You are on page 1of 1

TUGASAN 4: PEMBENTANGAN

4.0 Sejarah Bola Jaring


Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di
kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar
perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi.
Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan
bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada
permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.
            Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia
bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-
guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi
permainan kaum wanita di Malaysia.

4.1 Isi-Isi latihan program latihan


Program latihan periodisasi ialah satu pendekatan latihan yang tersusun dan melibatkan
beberapa kitaran latihan yang meletakkan pelbagai aspek dalam program latihan dalam
tempoh masa yang khusus. Latihan disusun mengikut pembahagian tempoh masa yang
bersesuaian dengan matlamat dan objektif latihan. Fasa-fasa latihan termasuklah latihan
makro, latihan meso dan latihan mikro. Empat fasa latihan antaranya bermula dengan fasa
persediaan yg terbahagi kepada dua iaitu persediaan umum dan persediaan khusus, fasa
pra pertandingan, fasa pertandingan dan fasa transisi.

You might also like