You are on page 1of 13

REKABENTUK LITAR

DAN PCB DENGAN


PROTEUS
versi 1

Penceramah
HUSAINI AZA MOHD ADAM

Fasilatator
MAHDZIR
JAMAAIN
ASMAYUZEE
ISHAM SAHAR
NURAKHYAR
NORDIN AHMAD
ZULKEFLI
ZARINA ISMAIL

1
Perisian Proteus PCB Design and Simulation
1.1 Pengenalan
Proteus adalah satu alat simulasi dan perisian rekabentuk untuk kegunaan
dalam merekabentuk litar elektrikal dan electronic. Ia juga mempunyai ciri
lukisan CAD 2D. Perisian ini dibangunakn oleh Labcenter electronics di
Yorkshire, England.

Proteus merupakan satu suite yang mengadungi skematik, simulasi dan


rekabentuk PCB.
 ISIS – Perisian untuk melakar litar skematik dan melakukan simulasi
litar secara real time.
 ARES –digunakan untuk menghasilkan rekabentul litar bercetak PCB.
Ia juga mengadungi ciri mamaparkan keluaran hasil corak PCB
bersama komponen elektronik dalam pandangan 3D.
 Ciri lakaran objek CAD dalam lukisan 2D

Isis mempunyai pustaka yang mengadungi pelbagai komponen elektronik


dari pengeluar pengeluar komponen electronik utama. Ia juga mempunyai
sumber, penjana isyarat, ukuran dan alat analisis seperti osiloskop,
voltmeter, meter ampere dan lain-lain.

1.2 Litar Skematik dengan ISIS

1.2.1 Langkah 1: Mula dengan projek baru (Start new project)


Menghasilkan projek baru boleh dibuat dengan tiga cara seperti yang
digambarkan dalah rajah di atas. Kemudian kotak dialog New Projeck
Wizard: Start akan timbul. Berikan nama fail dan lokasi untuk simpan fail
yang terhasil. Pastikan klik Next untuk langhkah seterusnya.

1.2.2 Langkah 2: Pemilihan rekabentuk skematik dan layout PCB

Rajah 1: Pemilihan saiz skematik

Rajah 2: Pemilihan jenis PCB Layout


Langkah ini memerlukan anda memlilih template atau saiz ruang lakaran
skematik yang hendak dibuat. Saiz ini merujuk kepada ukuran saiz kertas
piawai yang biasa kita guna untuk cetakan komputer. Klik Next
seterusnya template kotak dialog PCB akan timbul untuk memilih jenis
dan saiz PCB yang hendak dibuat dan klik next utuk langkah yang
seterusnya.

Klik Next bagi kotak dialog ( PCB Layer Usage ) dan Next ( Firmware)
tanpa sebarang perubahan (default). Akhir sekali kotak diualog summary
akan dipaparkan dan klik FINISH.

1.2.3 Langkah 3: ISIS and ARES


Helaian reka bentuk ISIS and ARES akan terbuka berdasarkan tetapan yang
telah dipilih sebelum ini. Kita boleh memilih antara ISIS dan ARES. Kita
mulakan dengan memilih ISIS untuk membina/lakar litar skematik.
1.3 Membina skematik dengan ISIS Schematic Capture

1.3.1 Langkah 1: Mengenali ruang kerja ISIS.


Isis boleh jika dilhat persekitaran kerjanua boleh dibahagi kepeada beberapa
seperti rajah dibawah

Menu Bar

Toolbars
File Commands

Display commands

Editing Commands

Design Tools

Application Module
Mode Selector Tooolbar Orientation Toolbar

Reflection
Main Mode

2D Graphics

Rotation
Gadgets

Simulation Toolbar

1.3.2 Langkah 2: Mencari dan memilih komponen elektronik

Kita perlu memilih komponen elektronik yang hendak digunakan dalam


litar. Komponen ini boleh dipilih dari library (pustaka) dengan memilih
(klik) pada icon COMPONENT MODE dan kemudian klik pada icon P (pick
devices). Window Pick Devices akan timbul dan kita boleh mencari
komponen yang dikendaki melalui library browser seperti rajah di bawah.
Carian boleh dibuat melalui Keyword, Category, Sub-category dan
Manufacturer.
Dalam library browser, tulis nama komponen elektronik di ruang keywords
dan paparan peranti atau komponen akan dipaparkan di bahagian
Results. Anda akan lihat pada setiap komponen akan ada dua jenis
preview iaitu simnol skematik dan PCB. Double klik pada komponen
tersebut untuk dipilih dan ia akan tertera diruang DEVICES.

Anda boleh terus mmencari komponen yang hendak digunakan dalam


bagi litar skematik yang hendak dibina.
Tips : Pemilihan komponen sebaiknya pilih komponen yang ada PCB
preview. Sekiranya tidak ada kita boleh meletakkannya kemudian dengan
memilih Tapak PCB (Footprint) sedia ada atau buat tapak PCB yang baru.

1.3.2.1 Tugasan.
Buat carian bagi komponen berikut’
 Perintang
 Relay
 Diod 1N4007
 LED
 Transistor 2n22222
 Terminal Blok 3 pin

1.3.3 Langkah 3 : Meletakkan komponen ke ruang kerja


Komponen yang telah dipilih kemudianya boleh diletakkan diruang kerja
untuk tujuan membuat litar skematik. Ini boleh dilaksanakan dengan
memilih (klik) komponen yang dikehendaki dari DEVICES, kemudian bawa
mouse (cursor) ke ruang kerja dan klik, simbol komponen akan timbul
tetapi masih bebas bergerak mengikut mouse. Bawa simbol tersebut ke
lokasi yang sesuai dan klik sekali lagi untuk meletakkannya secara kekal.

Walaupun komponen ini sudah ditempatkan secara kekal. Namun


demikian kita masih boleh mengubah kedudukan dan orientasi komponen
tersebut mengikut keadaan dan kesesuaian dalam lakaran skematik.

1.3.3.1 Mengubah kedudukan komponen


Untuk mengubah kedudkan komponen, letakan curcor pada komponen
yang dikehendaki sehingga cursor berubah menjadi move icon. Kemudian
klik tanpa lepas (klik and hold) sambil gerakkan ke lokasi lain dalam ruang
kerja yang sama.

1.3.3.2 Mengubah Orientasi komponen


Untuk mengubah oprientasi komponen klik kanan mouse (right click) dan
pilih orientasi yang dikehendaki.
1.3.4 Membuat sambungan wayar
Untuk membuat sambungan wayar antara setiap kaki komponen, letakkan
cursor pada pin (kaki komponen) sampai kotak merah kecil timbul pada
hujung pin tersebut, kemudian klik dan gerakkan mouse, anda akan lihat
wayar dari pin bergerak mengikut mouse dan bawa ke pin komponen
yang hendak disambung sehingga kotak merah timbul. Klik untuk
kekalkan sambungan wayar. Buat sambungan untuk keseluruhan litar
skematik anda.

Untuk memadam atau edit sambungan wayar, anda boleh guna selection
mode pilih kawasan yang hendak di edit atau dipadam atau boleh juga
meletakan cursor pada wayar sehingga bertukar menjadi warna merah,
klik kanan dan pilih menu edit, drag atau padam wayar berkenaan.
Setelah siap semua komponen disambungkan dengan wayar, anda sudah
bersedia untuk membuat PCB dengan SRE

You might also like