You are on page 1of 6

Disediakan oleh : Nur’Ain Nabilah Binti Kaharudin

Soalan 1 : Cari maklumat berkaitan dengan struktur organisasi KPM dan sekolah yang
terkini. Terangkan secara ringkas struktur tersebut.

1.1 Struktur organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Struktur bermaksud satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan
mempunyai hierarki yang tertentu. Organisasi pula merujuk kepada satu kumpulan individu
yang telah bersetuju untuk saling bekerjasama bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan suatu organisasi yang
bertanggungjawab dalam menguruskan sistem pendidikan negara. Di Malaysia, struktur
organisasi pendidikan adalah bergantung kepada politik dan pentadbiran di Malaysia.
Secara umumnya, terdapat lima peringkat dalam struktur organisasi KPM iaitu eksekutif,
pengurusan, penyeliaan, teknikal dan pelaksana. Gambar 1 menunjukkan lima peringkat
dalam struktur organisasi KPM.

Gambar 1 : Lima
peringkat dalam struktur organisasi KPM
Gambar 2 : Carta organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan kepada gambar 2, struktur organisasi KPM diketuai oleh Menteri


Pendidikan dan dibantu oleh Timbalan Menteri Pendidikan I dan Timbalan Menteri
Pendidikan II. Manakala, bagi struktur tertinggi pula terdiri daripada Ketua Setiausaha
sebagai utama turus III, diikuti dengan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Ketua
Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Ketua Setiausaha mempunyai
tiga Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Timbalan
Ketua Setiausaha (Strategik) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan). Manakala
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mempunyai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Guru), Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (Operasi Sekolah), Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan
Antarabangsa), Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan)
serta Timbalan Ketua Pengarah (Governan). Setiap jawatan dalam struktur tertinggi ini akan
ditugaskan untuk mentadbir bahagian atau unit-unit yang tertentu, contohnya bahagian
kewangan, bahagian matrikulasi dan bahagian-bahagian lain.

Terdapat 34 bahagian atau unit. 3 jabatan dan 8 agensi di bawah KPM. Tiga jabatan
itu adalah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan pendidikan Tinggi (JPT) dan Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Manakala, 8 agensi yang berada di
bawah KPM adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Kota Buku
(PKB), Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Unit Pelaksanaan dan Prestasi
Pendidikan (PADU).

1.2 Struktur organisasi sekolah

Struktur organisasi sekolah adalah suatu susunan dan hubungan antara setiap
bahagian serta posisi yang ada pada suatu organisasi atau bidang kerja dalam menjalankan
kegiatan operasional untuk mencapai tujuan yang diharapkan dan diinginkan. Malah, melalui
struktur organisasi sekolah, ia menggambarkan dengan jelas pemisahan bidang tugas
antara satu tugas dengan yang lain danmembatasi hubungan antara aktiviti dan fungsi alam.
Struktur organisasi sekolah yang baik adalah struktur yang menjelaskan hubungan secara
rasmi berkaitan dengan skop jawatan masing serta mematuhi segala arahan yang telah
disampaikan oleh pihak atasan

Terdapat dua peringkat dalam struktur organisasi sekolah iaitu peringkat teknikal dan
peringkat pelaksana. Bagi peringkat teknikal, struktur organisasinya terdiri daripada Guru
Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan mata pelajaran dan kerani. Manakala bagi
peringkat pelaksana pula terdiri daripada guru mata pelajaran.
Gambar 3 : Carta organisasi Sekolah Rendah

Gambar 3 menunjukkan carta organisasi sekolah rendah di mana Guru Besar adalah
struktur yang tertinggi, dibantu oleh penolong-penolong kanan yang terdiri daripada
penolong kanan tadbir dan kurikulum, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan
kokurikulum dan juga kaunselor. Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum bertanggungjawab
terhadap kurikulum dan pentadbiran,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab
dalam hal ehwal murid, manakala Penolong Kanan Kokurikulum menguruskan hal-hal
Kokurikulum.
Kemudian, di bawah Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum adalah terdiri daripada
ketua panitia bagi setiap mata pelajaran, guru penyelaras mata pelajaran dan guru-guru bagi
setiap mata pelajaran sebagai pelaksana. Manakala di bawah Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid teridri daripada guru disiplin, penyelaras kelas dan guru kelas. Seterusnya, penyelaras
kokurikulum dan penyelaras sukan adalah di bawah kelolaan Penolong Kanan Kokurikulum
diikuti dengan guru penasihat bagi badan beruniform, kelab persatuan serta sukan dan
permainan dan juga guru rumah sukan.
Soalan 2 : Bincangkan tugas dan tanggungjawab guru serta kepentingan jangkaan
guru terhadap murid berdasarkan pengalaman anda di sekolah.

Guru adalah pengamal dan pelaksana ilmu.


Pelaksana dasar Menyampaikan serta menyebakan ilmu kepada murid

Menerapkan Guru sebagai rol model kepada anak murid


Menerapkan nilai murni semasa sesi PdPc, contoh : nilai
nilai-nilai murni bekerjasama

Guru sebagai penyelidik dalam mengenalpasti kaedah pengajaran


Penyelidik yang sesuai dengan murid

Guru merupakan pemimpin dalam kelas.


Pemimpin Guru sebagai pemudah cara pembelajaran dan pentaksiran
termasuk pengurusan kelas dan kemenjadian murid.

Guru menggunakanTMK selaras dengan pendidikan abad ke-21


Pengamal TMK TMK sebagai kaedah pengajaran bagi menarik perhatian murid.

Peta 2.1 : Tugas dan tanggungjawab guru.


2.2 Jangkaan guru

Jangkaan merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh
sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan. Berdasarkan pengalaman
penulis di sekolah, kepentingan jangkaan guru terhadap murid adalah dapat meningkatkan
keyakinan diri murid yang lemah untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Hal ini
kerana, jika guru bersifat tidak mahu mengambil peduli tentang murid-murid yang lemah
kerana telah membuat jangkaan yang negatif, ini akan menyebabkan murid-murid terus
rendah diri dan tidak berjaya. Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman semasa
berpraktikum, penulis mendapat kelas belakang bagi tahun 5. Seharusnya, penulis tidak
boleh mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi dan penulis perlu fokus dengan kelebihan
murid-murid ini dan melaksanakan pengajaran berdasarkan kelebihan mereka, contohnya
melaksanakan pengajaran dalam bentuk berkomunikasi, contohnya permainan radio rosak.
Hal ini kerana, sebahagian besar murid-murid ini tidak dapat membaca. Selain itu,
kepentingan jangkaan guru terhadap murid adalah supaya guru dapat mengenalpasti
kaedah pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid-murid, memandangkan
setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Akhir sekali, penting bagi guru
untuk menetapkan jangkaan kepada murid bagi mengenalpasti potensi sebenar yang ada
pada diri murid. Contohnya, melalui aspek pengaliran berset iaitu mengumpulkan murid
berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu. Jika murid tersebut mempunyai kebolehan
dalam aliran sains, maka guru boleh tempatkannya di aliran sains. Jika murid tersebut
mempunyai kebolehan dalam bersastera, maka murid tersebut boleh ditempatkan di aliran
sastera. Pilihan yang betul akan membantu murid dalam menyerlahkan potensi serta bakat
yang ada pada diri mereka.

You might also like