You are on page 1of 2

Covid-19: Dua petugas kesihatan

maut, 181 positif [METROTV]


 MyMetro
 Utama

Share
 
Tweet

Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


am@hmetro.com.my

SERAMAI 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan


swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua kematian membabitkan
golongan terbabit dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan


mendapati punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan
disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan.

“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan


hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu
menjangkiti rakan mereka.

“Manakala 36 lagi petugas dijangkiti semasa berkhidmat di klinik atau Unit


Rawatan Rapi (ICU).

“Ia disebabkan semasa melaksanakan prosedur, pesakit tidak memaklumkan


ada hubung kait dengan kontak rapat positif Covid-19.

“Ini bermakna hanya 20 peratus dijangkiti di hospital manakala 80 peratus


bukan berkaitan perkhidmatan di hospital,” katanya pada sidang media harian
Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
GAMBAR hiasan.
Noor Hisham berkata, seramai 2,000 petugas kesihatan sudah menjalani
saringan secara berkala bagi memastikan tiada jangkitan itu dalam kalangan
petugas.

“Kita menyaring barisan hadapan secara berkala bukan di hospital KKM


sahaja, tetapi hospital swasta turut melakukan saringan sama.

“Kita tidak tunggu bergejala baru nak saring, sebaliknya dilakukan secara
berjadual,” katanya.

You might also like