You are on page 1of 2

1. A. Senaraikan jenis-jenis kepimpinan.

- semula jadi
- karisma
- teragih
- birokratik
B. Huraikan secara ringkas ciri kepimpinan birokratif.
- Kepimpinan birokratik merupakan pemimpin yang menggunakan kuasa rasmi
yang diberikan melalui pelantikan jawatan. Kepimpinan ini bertujuan untuk
memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi menggunakan
pendekatan rasional. Pendekatan birokratik memberi penekatan kepada o
rganisasi yang berorientasikan matlamat, pembahagian bidang pengkhususan,
struktur berhierarki, mementingkan peraturan dan tatatertib, mempunyai
prosedur kerja yang amat teknikal serta penjawatan berdasarkan kelayakan dan
kecekapan bidang. Ciri kepimpinan birokratik dalam organisasi sekolah ialah
guru besar atau pengetua menduduki hierarki tertinggi dalam struktur organisasi
sekolah, semua guru memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing,
pematuhan kepada peraturan sekolah dan jadual waktu akademik, penolong
kanan/ketua bidang/ketua panatia bertanggungjawab memastikan segala aktiviti
kurikulum dan kokurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan dan sukatan
yang ditetapkan.

2. A. Huraikan peranan guru sebagai pemimpin.


- Guru sebagai pemimpin di dalam bilik darjah ialah guru sebagai agen
perubahan. Oleh itu, guru hendaklah mempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah
yang berkesan dan mengamalkannya di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan dapat ditingkatkan. Guru
sebagai pemimpin hendaklah menggunakan kemahiran kepimpinan untuk mengurus
dirinya dan kebijaksaan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Guru sebagai
pemimpin juga perlu menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat
meyakinkan pelajar supaya mengikut ajaran guru.

B. Huraikan kemahiran-kemahiran guru sebagai pemimpin.


- Pertama sekali, guru sebagai pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran
dalam menghasilkan hubungan yang berkesan. Guru hendaklah membina
hubungan positif dengan pentadbir, rakan sekerja, murid, ibu bapa dan juga
komuniti agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik. Selain itu,
mempunyai kualiti kepimpinan. Guru hendaklah mempunyai ciri pemimpin
seperti boleh membuat keputusan, berkarisma dan juga boleh menjadi contoh
kepada murid. Guru sebagai pemimpin perlu memimpin murid-murid untuk
menjadi insan yang lebih baik. Seterusnya, guru hendaklah berkebolehan
merancang, memberi arahan dan mengawal. Ini bermakna guru hendaklah
bijak merancang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), memberi arahan
kepada kepada murid dan juga mengawal tingkah laku murid semasa di dalam
kelas. Oleh itu, guru hendaklah memantapkan ilmu pedagogi dan kemahiran.
Guru juga hendaklah berkebolehan mempengaruhi pelajar. Ini bermakna guru
hendaklah memberikan motivasi kepada pelajar agar mereka dapat mencapai
objektif pembelajaran, menunjukkan tingkah laku yang baik dan sebagainya.
Akhir sekali ialah guru hendaklah sentiasa mengembangkan keupayaan dan
kebolehan mereka. Ini bermakna guru sebagai pemimpin hendaklah sentiasa
proaktif dalam memajukan diri agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan
kemahiran sebagai seorang guru.

You might also like