You are on page 1of 7

HARI GURU yang disambut setiap 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna bagi

warga pendidik. Semalam, para guru diraikan demi menghargai jasa dan
menyanjungi pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa. Ia merupakan
pengiktirafan masyarakat dan kerajaan atas sumbangan yang tidak ternilai dalam
mencorak masa hadapan anak bangsa dan membangunkan negara.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai “Hari Guru” kerana pada tarikh inilah dalam 1956,
Laporan Jawatankuasa Pelajaran yang dikenali sebagai “Laporan Razak” yang telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterima oleh Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu.

Objektif sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di negara kita adalah:

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan, pembangunan


negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum
guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar,


persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan


mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Tema ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi


pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi
transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2
PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam
memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan.

Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui


pendidikan. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi
memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti
yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat
Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam
mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju
yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat
global.

Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pemacu dan penterjemah dalam
usaha menuju dan mencapai matlamat dan hasrat Transformasi Nasional 2050
(TN50).

Demi merealisasikan agenda transformasi pendidikan, peranan guru amat diperlukan


berkorban masa serta menempuh pelbagai cabaran dalam menjayakan misi ini
dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Prasyarat utama membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan
sejahtera dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ini, adalah melalui pe-
ngukuhan perpaduan, pembinaan identiti nasional, persefahaman dan saling
meraikan kepelbagaian resam budaya dan keutuhan semangat kebangsaan
bersesuaian dengan kepesatan pembangunan negara dalam menghadapi era dunia
tanpa sempadan.

Peranan dan perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah negara ini sebelum
mencapai kemerdekaan lagi. Semangat perjuangan guru yang tulus gigih berjuang
dan berani menentang pihak penjajah sentiasa terpahat dalam sejarah negara.

Kini, peranan guru telah berubah kepada menyuntik perasaan perpaduan dan
pembangunan negara, memperkukuh perkongsian nilai dan menyemarakkan lagi se-
mangat patriotisme dan sifat cintakan negara dan bangsa dalam kalangan anak-anak
kita. Sekolah-sekolah merupakan agen perpaduan dan medan penyubur nilai sosial
seperti semangat kekitaan, sifat toleransi, demokratik, saling hormat menghormati,
taat setia kepada raja dan negara dan mempunyai keazaman untuk hidup bersama
dengan bersepakat, rukun dan harmoni dalam masyarakat majmuk negara Malaysia.

Guru merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan dengan menyahut


cabaran transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menerusi transformasi tersebut, peradaban bangsa
boleh diperkukuhkan lagi melalui penghasilan modal insan yang dinamik. Guru juga
berperanan memastikan generasi muda diberikan pendidikan berkualiti seiring era
kemajuan terkini. Warga pendidik perlu melestarikan pembangunan profesionalisme
bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan negara ini. Melalui
pendidikan berkualiti dan mantap, kita dapat menghasilkan murid bertaraf dunia dan
mempunyai pemikiran kritikal abad ke-21 sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Kerjaya guru masa kini memerlukan guru sentiasa melakukan anjakan minda dan
perubahan budaya kerja dengan memperbaharui pengetahuan dan
mempertingkatkan kemahiran melalui pembelajaran berterusan. Akhlak dan budi
pekerti yang telah dipelihara sekian lama ini perlu kita teruskan supaya guru terus
dipandang tinggi dan menjadi teladan kepada anak didik dan masyarakat. Kita juga
perlu menyayangi profesion keguruan kerana bakti luhur dan jasa murni guru
sesungguhnya tidak terbalas.

Tanggungjawab kita sememangnya semakin hari semakin kompleks serta mencabar


selaras dengan perkembangan yang amat pesat pada masa kini. Setiap gerak laku,
tutur bicara dan tindakan para guru sentiasa menjadi perhatian dan dinilai oleh
masyarakat. Marilah kita bersama-sama memastikan martabat profesion keguruan
dipelihara, disanjung dan sentiasa dipertingkatkan. Jasa dan pengorbanan seorang
guru itu sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan dan emas permata.

Guru itu umpama lautan luas

Menghampar ilmu tak terluas

Bagai hempasan keras gelombang

Kepada murid mendamai tenang

Guru itu laksana gunung agung

Tinggi berbukit sabar iktibar

Persis batu dan pasir terdampar

Tugasnya mulia mendidik mengajar

Selamat “Hari Guru” kepada semua kaum guru dan warga pendidik di Malaysia.
PENULIS ialah pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-pemacu-transformasi-
pendidikan-1.674261#ixzz5cPUY5Obc 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada
Yang Berusaha Encik Mansor bin Baba Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Jasin, Guru Penolong Kanan Puan Hajah Normah binti Said, guru-guru cemerlang
dan rakan guru sekalian. Saya sebagai wakil guru, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Hendak berburu ke luar kota,

Seluas alam bumi terbentang,

Tanpa guru siapalah kita,

Ibarat malam tanpa bintang.

Istana kota sebelas langkat,

Tempat baharu Nakhoda Pekan,

Sama kata sama sepakat,

Hari guru mari raikan.

Sambutan Hari Guru merupakan pengiktirafan masyarakat dan kerajaan atas


sumbangan yang tidak ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan
membangunkan negara. para guru diraikan demi menghargai jasa dan menyanjungi
pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa. Hari Guru diadakan bertujuan
untuk mengenang dan menghargai jasa guru. Biarpun insan yang bergelar guru ini
tidak pernah mengharapkan balasan, namun sebagai seorang murid wajarlah kita
mengenang dan menghargai segala didikan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan
buat kita semua. Di sekolah, gurulah yang mendidik dan mengasuh kita untuk
Berjaya dan menjadi insan yang berguna. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada
guru, kita tidak mungkin tahu membaca, menulis dan mengira. Usaha murni para
guru yang tidak mengenal jemu ini memang patut dipuji. Selain itu, kita perlu
menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara
dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan berbudi bahasa. Jangan
sesekali bersikap berat tulang untuk membantu mereka seperti membersihkan kelas
dan mengangkat barang-barang mereka.

“Guru Pemaju Transformasi Pendidikan Negara” merupakan tema yang dipilih


untuk sambutan hari guru tahun 2018. Apakah yang dimaksudkan dengan tema
sambutan hari guru tahun 2018 ini? Guru ialah individu penting, berperanan sebagai
pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
Pemacu ialah penggerak yang menggerakkan susuatu usaha dengan lebih cepat
dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran. Transformasi
bermaksud membawa perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan,
pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
Manakala pendidikan pula membawa maksud perihal mendidik yang merujuk
kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam
menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting
dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada
peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai
pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat
dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara
melalui pendidikan.

Pada era globalisasi ini, cabaran menjadi seorang guru semakin mencabar
kerana masyarakat kita sedang menngalami pembangunan yang pesat. Cabaran
boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mencabar atau menguji kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Hal ini kerana, guru perlu
menyesuaikan diri dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih untuk
diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada itu,
guru-guru pada masa kini perlu sentiasa mempersiapkan diri agar tidak ketinggalan
dengan perkembangan era globalisasi. Guru-guru “otai” kebanyakannya agak sukar
untuk menyesuaikan diri dengan teknologi pendidikan yang baharu kerana pada
zaman dahulu, teknologi pendidikan tidak secanggih hari ini. Ini menyebabkan,
sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk
tujuan pengajaran. Oleh itu, sebagai seseorang guru mestilah bersikap terbuka untuk
mempelajari teknologi pendidikan yang baharuuntuk digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran demi merealisasikan agenda transformasi pendidikan.

Selain itu, skop tugasan guru bukan sahaja di dalam bilik darjah namun di
sekolah secara amnya. Seorang guru bukan sahaja mengajar berberapa subjek
tertentu seorang guru juga terpaksa memegang sesuatu jawatan dalam
jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Antara jawatan yang terpaksa dipegang oleh seseorang guru ialah
penyelaras papan notis, guru penasihat persatuan, kelab dan rumah sukan. Perkara
ini membuktikan bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sahaja mengajar di
dalam kelas malah memikul tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplindan
salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari semakin
meningkat dalam kalangan murid. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru,
bersikap antisosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya wujud didalam
kalangan pelajar. Pelajar-pelajar ini dikenali sebagai pelajar yang bermasalah
disiplin. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah barud alam era yang
sereba moden ini.

You might also like