You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

2. 1.0 PENGENALAN 3–4

3. 2.0 TEORI PIAGET 5–7

4 .0 TEORI ERIC ERIKSON 8 – 10

5 4.0 PERANAN GURU DALAM


MENYELESAIKAN MASALAH KOGNITIF
MURID

6 5.0 PERANAN GURU DALAM


MENYELESAIKAN MASALAH
SOSIOEMOSI MURID

7 RUMUSAN 11

8 REFLEKSI

9 BIBLIOGRAFI 12

1
1.0 PENGENALAN
Setiap manusia akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang
melibatkan perubahan dari segi bentuk, kebolehan mental dan sahsiah. Aspek
perkembangan kanak-kanak sejak lahir hingga dewasa perlulah difahami
supaya dapat membantu mereka mencapai tugas-tugas perkembangan
tersebut mengikut urutan yang terkawal.

Pertumbuhan ialah suatu perubahan dan peningkatan dalam jumlah dan ukuran
pada tubuh badan seseorang yang dapat diukur secara kuantitatif. (Santrock,
2014). Perubahan yang boleh diukur adalah seperti berat, tinggi, saiz dan
struktur badan. Lampl (2008) pul mengatakan pertumbuhan berat badan dan
ketinggian semasa peringkat bayi adalah lebh cepat berbanding peringkat
kanak-kanak kerana perbezaan potensi genetik mereka.

Perkembangan pula menurut Santrock adalah melibatkan perubahan tubuh


badan yang bersifat kualitatif. Hal ini membawa maksud bahawa perubahan
telah nyata berlaku melibatkan sifat yang berlainan daripada peringkat-
peringkat terdahulu. Diamond (2013) pula mengatakan bahawa perkembangan
adalah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu
yang bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga akhir hayat.
Perkembanga kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan
serta berkait rapat dengan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak
dalam persekitaran. Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan
potensi kanak-kanak untuk penghasilan peningkatan kemampuan untuk
berfungsi pada tahap-tahap tertentu.

2
2.0 TEORI PIAGET
Jean piaget merupakan tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Teori beliau adalah
berlandaskan bahawa setiap kanak-kanak umpama saintis yang sentiasa aktif
meneroka dunianya untuk mencapai kefahaman.

Terdapat empat konsep utama yang dicadangkan oleh Piaget tentang proses
pembelajaran iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi. Skema
merupakan struktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang
untuk memahami dan menyusun maklumat baru. Skema dibina semasa kanak-
kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada
pengalaman fizikal di persekitarannya. Semakin kanak-kanak membesar,
skema baru akan terbentuk dan skema sedia ada akan diubah suai dan
bertambah luas.

Seterusnya adalah asimilasi dimana individu mengintegrasikan maklumat atau


pengalaman baru ke dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang
masa kerana manusia sentiasa aktif memproses segala peristiwa yang berlaku
di sekitar mereka. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan Amir dan Basir.
Mereka tinggal di kawasan yang berbeza. Amir tinggal di kawasan nelayan
manakala Basir tinggal di kawasan taman perumahan. Persekitaran Amir yang
yang ceria dan mempunyai hubungan sosial dengan masyarakat menyebabkan
dia menjadi pelajar yang peramah. Berbeza pula dengan Basir yang agak
pendiam dan sentiasa mengikuti kelas pemulihan khas. Kemungkinan
persekitaran yang dialami oleh Basir seperti kurangnya hubungan sosial
dengan masyarakat menyebabkan dia sebegitu.

Konsep yang ketiga adalah akomodasi dimana jika individu mengasimilasikan


maklumat baru tetapi tidak berjaya, berkemungkinan berlaku dua perkara.
Pertama mengubah suai skema sedia ada untuk menerima maklumat baharu
atau membentuk skema baharu untuk menerima maklumat yang baharu.

Konsep yang terakhir adalah ekuilibrasi dimana ia merupakan keseimbangan


antara asimilasi dan akomodasi menentukan interaksi individu dengan
persekitaran untuk memahaminya. Ia menerangkan cara-cara pemikiran kanak-
kanak beralih dari satu peringkat ke peringkat yang berikutnya.

3
Pada tahun umur Basir dan Amir, teori Piaget menyatakan bahawa mereka
berada pada peringkat operasi konkrit. Kanak- kanak dalam peringkat ini
berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat
dengan situasi yang konkrit. Mereka sepatutnya memahami proses
transformasi, keterbalikkan dan menaakul. Di peringkat ini, kanak-kanak
membuat penaakulan logik tetapi masih terikat kepada objek atau peristiwa
yang konkrit.

Pada peringkat ini, kanak-kanak mempelajari lebih daripada dua perkara pada
satu masa dan dapat menguasai konsep pengabadian. Kanak-kanak juga
mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek.
Pada peringkat akhir, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara induktif atau
deduktif.

Melalui kes Amir dan Basir, mereka tergolong dalam peringkat operasi konkrit.
Basir mempunyai keupayaan berfikir yang terbatas kepada konkrit sahaja. Hal
ini membawa maksud bahawa Basir bergantung kepada objek-objek untuk
memahami sesuatu perkara. Berbeza pula dengan Amir dimana dia mempunyai
keupayaan berfikir kepada konkrit dan juga abstrak. Hal ini membuatkan Amir
menjadi pelajar yang bijak.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai


konsep pemuliharaan. Piaget ade mengemukan tiga prinsip iaitu yang pertama
adalah prinsip identiti dimana kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang
ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun
bentuknya berubah. Seterusnya adalah prinsip ganti rugi dimana mereka tahu
sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu
aspek yang lain. Akhir sekali adalah prinsip keterbalikan dimana kanak-kanak
boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal
semula.

Perkembangan kognitif Basir sedikit lambat menyebabkan pemikiran logiknya


sedikit terbatas. Berbeza dengan Amir dimana perkembangannya sedikit laju.
Walaupun hanya terbatas kepada konkrit sahaja, namun Amir sudah mampu
menguasai kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan, dan penyusuna
bersiri. Hal ini menunjukkan Amir merupakan pelajar yang telah mencapai satu
peringkat pemikiran logik.

4
Faktor berlakunya perkembangan kognitif adalah disebabkan oleh faktor baka.
Kita sedia maklum bahawa kematangan sangat mempengaruhi bagaimana
seseorang memahami dunia di sekitarnya. Proses kematangan ini dikendalikan
oleh gen. Setiap gen akan menunjukkan kesannya secara perlahan-lahan
dalam diri setiap individu. Perkara seperti ini selalunya diwarisi daripada ibu
bapa. Ibubapa yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi
berkemungkinan juga akan melahirkan anak-anak yang tinggi keupayaan
mentalnya. Hal ini termasuklah potensi, bakat, pemikiran dan tabiat semula jadi.

Seperti dalam kes Amir dan Basir, mereka berkemungkinan mempunyai jenis
genetik yang berbeza. Ibubapa Amir berkemungkinan mempunyai keupayaan
mental yang tinggi menyebabkan Amir menjadi pelajar yang cemerlang di
sekolahnya. Berbeza dengan Basir dimana dia merupakan pelajar yang
megikuti kelas pemulihan khas. Hal ini membawa maksud bahawa ibubapa
Basir berkemungkinan seorang yang agak lemah keupayaan fizikalnya.

Seterusnya adalah disebabkan faktor persekitaran. Persekitaran memberi


dorongan yang penting kepada proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak. Persekitaran memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif
kanak-kanak. Apabila mereka tinggal dalam kawasan yang tenang dan aktif
pergaulan sosialnya menyebabkan mereka memahami dan menemui prinsip
keseimbangan. Pengalaman yang dicapai akan diamati seterusnya diproses
maklumat tersebut.

Seperti yang terjadi kepada Amir dan Basir mereka tinggal di kawasan yang
berbeza. Amir tinggal di kawasan nelayan manakala Basir tinggal di kawasan
perumahan yang terjejas keadaannya. Walaupun menurut Piaget semakin
tinggi umur seseorang semakin tinggi inteleknya. Namun persekitaran yang
dialami oleh Basir menyebabkan perkembangan kognitifnya terbantut.
Disebabkan Amir yang tinggal di kawasan nelayan menyebabkan dia menjadi
seorang yang peramah manakala kawasan perumahan Basir menyebabkan dia
menjadi seorang yang pendiam

5
3.0 TEORI ERIC ERIKSON
Diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994 ) yang merupakan ahli neo-
Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Teori
perkembangan psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori-teori
yang paling terkenal dalam psikologi. Erik Erikson percaya bahawa personaliti
yang terbentuk dalam satu siri peringkat. Teori Erikson menerangkan kesan
pengalaman merentasi seluruh jangka hayat, dari lahir hingga kematian.

Menurut Erikson, teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan


individu-individu di persekitaran kanak-kanak. menurut beliau, personaliti
seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.
Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan
individu iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial.

Beliau mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan


di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai
matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang individu.

Setelah dianalisis, Amir dan Basir berada pada peringkat kecekapan lawan rasa
rendah diri. Peringkat ini adalah dimana kanak-kanak perlu menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan. Kegagalan akan
membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Kita boleh lihat perbezaan
antara Amir dan Basir. Keyakinan yang ada dalam diri Amir menyebabkan dia
berjaya mencapai matlamatnya. Berlainan pula dengan Basir yang sentiasa
gagal dalam mencapai apa atau menyelesaikan krisis yang dialaminya. Basir
yang selalu gagal dalam setiap hal menyebabkan prestasi akademiknya
menurun.

Hal ini adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan


sosioemosi Amir dan Basir. Salah satunya adalah disebabkan oleh faktor
persekitaran dimana Amir berkemungkinan mempunyai sebuah keluarga yang
harmoni dan ceria menyebabkan dia berasa tenang dan tiada tekanan dalam
hidupnya. Hal ini menyebabkan Amir menjadi pelajar yang cemerlang di
sekolahnya kerana faktor persekitaran yang baik. Amir juga tinggal d kawasan
nelayan dimana dia bergaul mesra dengan orang disekelilingnya. Disebabkan

6
hal tersebut, Amir mampu menjadi sesorang yang peramah dan tidak sentiasa
ceria. Kawasan yang tenang dapat melahirkan individu yang cergas dan
cerdas. Hal seperti inilah yang berlaku kepada Amir dimana persekitaran yang
tenang menjadikan Amir seorang yang bijak dan peramah.

Berbeza pula dengan Basir. Setelah dianalisis, Basir merupaka pelajar yang
pendiam dan juga menduduki kelas pemulihan khas. Hal ini adalah kerana
faktor persekitarannya dimana dia tinggal di kawasan yang kurang hubungan
sosialnya. Basir berkemungkinan hanya terkurung di dalam rumah dan tidak
dibenarkan untuk bergaul dengan masyarakat menyebabkan Basir menjadi
seorang yang pendiam. Ibu bapa Basir juga mungkin seorang yang tidak peduli
terhadap perkembangan yang berlaku dalam diri Basir menyebabkan dia
berasa dirinya diabaikan dan menghadapi tekanan sehingga tahap
perkembangannya tidak dapat dikembangkan.

7
4.0 PERANAN GURU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH KOGNITIF MURID

Bagi peringkat umur Amir dan Basir, guru seharusnya mengelak daripada
berperanan sebagai penyampai maklumat. Sebaliknya, guru seharusnya
memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan penemuan
konsep atau prinsip yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran
mereka.

Soalan–soalan berasaskan logikal pertu ditanya dengan lebih kerap. Strategi


pengajaran dan pembelajaran perlu mencabar pemikiran murid supaya dapat
mencetuskan proses asimilasi dan akomodasi.

Guru perlu merancang aktiviti yang melibatkan kekekalan isi padu, nombor dan
keluasan. Galakan juga perlu diberikan kepada kanak-kanak dalam melakukan
aktiviti keterbalikan atau susunan sonsang. Pada peringkat ini kanak-kanak
mampu mengikut arahan, peraturan dan giliran yang ditetapkan. Tambahan
pula, merekan boleh memahami konsep kemenangan dan kekalahan dalam
sesuatu pertandingan serta memahami emosi orang lain.

Tumpuan yang tinggi perlu terhadap pelajar seperti Basir. Hal ini kerana
peringkat perkembangan kognitifnya tidak terlalu berkembang. Guru
seharusnya menyediakan bahab-bahan konkrit untuk menguji minda Basir bagi
menguji idea kanak-kanak melalui penglibatan yang aktif iaitu mencabar
pemikiran logik tentang permasalahan yang mereka hadapi. Hal ini kerana
Basir belum dapat berfikir secara abstrak. Berlainan kesnya pula dengan Amir
yang dapat berfikir secara konkrit dan abstrak.

8
5.0 PERANAN GURU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH SOSIOEMOSI
MURID

Guru seharusnya memberikan penghargaan kepada murid. Sebagai contoh


dengan memberikan murid pujian dan penghargaan ke atas setiap usaha dan
kejayaan mereka walaupun kecil. Hali ini bertujuan untuk memberikan mereka
motivasi dan galakan untuk terus berusaha di samping memberi peluang untuk
mengecapi rasa kejayaan. Guru juga boleh mempamerkan hasil kerja mereka
sebagai contoh kepada pelajar lain. Hal ini mampu dalam menaikkan semangat
mereka dan turut menggalakkan murid lain untuk berusaha bersungguh.

Sebagai contoh Amir yang merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.


Kejayaan yang dicapai olehnya perlulah diberi penghargaan ataupun pujian
supaya semangatnya sentiasa ada untuk melakukan dengan lebih baik lagi.
Bagi Basir pula, guru perlu memberi dorongan supaya Basir mampu untuk
mencapai kejayaan dan bukan kegagalan semata-mata.

Selain itu ialah guru bertanggungjawab dalam merancang aktiviti pembelajaran


yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Pembelajaran yang terlalu
sukar dan diluar kemampuan mereka perlulah dielakkan supaya murid tidak
berasa rendah diri jka gagal dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Kanak-kanak
seperti Basir perlulah diberi aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehannya
supaya Basir tidak lagi menjadi pelajar yang rendah diri mahupun pendiam.

Seterusnya adalah dengan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.


Hal ini kerana ia mampu dalam menjalinkan hubungan yang mesra dengan
anak murid. Bukan itu sahaja, mereka berasa selesa dan yakin untuk
berinteraksi dengan guru. Ini juga boleh merujuk kepada Basir. Keadaan kelas
yang kondusif mampu menjadikan Basir seorang pelajar yang ceria dan
peramah seperti Amir.

Guru juga perlu mengelakkan daripada membuat perbandingan antara murid.


Guru seharusnya mendidik murid untuk bersaing dengan diri mereka sendiri
dan mengenal pasti kebolehan yang ada dalam diri sendiri. Guru tidak
seharusnya memfokuskan kepada kelemahan diri. Guru juga berperanan dalam
menetapkan matlamat pembelajaran. Kegagalan dapat dikurangkan dan
potensi murid dapat diperkembangkan.

9
Guru juga perlulah membenarkan murid untuk melakukan kesilapan. Hal ini
kerana murid dapat belajar untuk untuk menambah baik daripada kesalahan
tersebut. Kesilapan tersebut merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran. Akhir sekali ialah guru perlulah bersikap adil terhadap semua
murid. Peluang pembelajaran yang sama perlulah diberi kepada setiap murid
tanpa mengira bangsa atau tahap kebolehan mereka. Hal ini penting agar murid
dapat membina keyakinan diri dan boleh menggalakkan interaksi sosial yang
sihat dalam kalangan murid.

10
RUMUSAN

Teori kognitif lebih mementingkan proses belajar dari pada hasil belajarnya.
Teori ini mengatakan bahawa belajar tidak sekadar melibatkan hubungan
antara stimulasi dan respon, melainkan tingkah laku seseorang ditentukan oleh
persepsi serta pemahamannya tentang situasi yang berhubungan dengan
tujuan belajarnya. Teori kognitif juga menekankan bahawa bahagian-bahagian
dari suatu situasi saling berhubungan dengan seluruh konteks situasi tersebut.
Teori ini berpandangan bahawa belajar merupakan suatu proses internal yang
mencakupi ingatan, pengolahan informasi, emosi, dan aspek-aspek kejiwaan
lainnya. Belajar merupakan aktiviti yang melibatkan proses berfikir yang sangat
kompleks.

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak merupakan salah satu cabang


pengkajian perkembangan kanak-kanak yang dianggap sama
pentingnya dengan aspek perkembangan yang lain. Ia merupakan
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindak balas
terhadap sesuatu situasi. Hal ini membawa maksud keupayaan kanak-kanak
untuk memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu emosi atau keadaan.
Apabila kanak-kanak dapat mengurus emosi, secara tidak lansung mereka
dapat membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap yang positif.

11
REFLEKSI

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka


bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga
beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara
masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tentang sedikit kekeliruan tetapi
Alhamdulillah berkat daripada penerangan pensyarah.

Melalui tugasan ini juga, sedikit sebanyak ia membantu meningkatkan


pengetahuan saya mengenai pelbagai input berguna untuk diadaptasi pada
masa akan datang. Ilmu-ilmu seperti ini sebenarnya boleh diguna pakai dan
sangat dekat dengan diri kita kerana setiap manusia pastinya mempunyai
pandangan yang berbeza-beza terhadap perbuatan orang lain sama ada
berbentuk penulisan atau tindakan. Ilmu pengetahuan saya semakin meningkat
semasa proses pencarian maklumat untuk dimasukkan ke dalam tugsan ini.
Selepas membuat kajiian, barulah saya mengetahui banyak perkara dan sedikit
sebanyak membantu saya dalam mengetahui pelbagai isu yang tentang hal ini

Walaupun saya mengalami pelbagai permasalahan dalam tempoh menyiapkan


tugasan ini, syukurlah saya mendapat bantuan daripada pensyarah yang
sanggup membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja,
bantuan daripada rakan-rakan juga membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini.

12
BIBLIOGRAFI

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis dan Rafidah Ruhani (2016).
Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn
Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan


Kanak- Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd

13

You might also like