You are on page 1of 27

Puisi Melayu Tradisional

Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

Walau bagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan


maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil kesusasteraan itu
merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat.
Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada
masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi
mesyarakat tersebut.

Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas
(lihat lampiran).

Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi
dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis
puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis-jenis seperti
pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap,
talibun, mantera, nazam, rubai, qit’ah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-
teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat,
terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji.

Pantun

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu
tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh
Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson,
Winsteadt dan Van Ophuijsen.

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan
keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan
cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun
nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.

Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan,


berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema
rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran
dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya
mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan
normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun
mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali
pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna.
Contohnya:

Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu,

Luka di tangan berdarah merah,

Luka di hati tak dapat nak tahu.

pembayang

maksud

leh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak-
kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong
sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah
menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di
dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang
pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik
semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan
mesej. Contohnya:

Pantun Budi
Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Baik bergalas baik tidak,

Buli-buli bertali benang,

Baik berbalas baik tidak,


Asal budi sama dikenang.

Tanam lenggundi tumbuh kelapa,

Terbit bunga pucuk mati,

Budi tuan saya tak lupa,

Sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,

Tempat pipit membuat sarang,

Budi dan emas sama dijunjung,

Hidup aman dikenang orang.

#Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Gurindam

Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal


daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil,
tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia
merupakan pinjaman dari segi istilah saja.

Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya
(sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris
serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam. Bentuk yang tidak
terikat tergolong sebagai puisi bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika
berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris; dan
mempunyai rima atau tidak.

Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji (lihat
lampiran 3). Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti
tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya
lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah
sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu
terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-
kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu.
Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat,
keagamaan, dan pengajaran.
Contohnya:

Ini Gurindam Fasal yang Kesembilan

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,

Bukannya manusia iaitulah syaitan.

Kejahatan seorang perempuan tua,

Itulah iblis punya penggawa.

Kepala keada hamba-hamba raja,

Di situlah syaitan tempatnya manja.

Kebanyakan orang yang muda-muda,

Di situlah syaitan tempat berkuda.

Perkumpulan lelaki dengan perempuan,

Di situlah syaitan punya jamuan.

Adapun orang tua yang hemat,

Syaitan tak suka membuat sahabat.

Jika orang muda kuat berguru,

Dengan syaitan jadi berseteru.

#Sumber: dipetik daripada Harun Aminurrashid, (penye.), 1990 dalam Kajian Puisi
Melayu. Singaura: Pustaka Melayu.

Syair

Walaupun berasal dari Arab-Parsi namun syair Melayu tidak beracuan syair
daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan
acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989).

Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam
di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-
Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama
Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan
Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai.
Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau
prasasti Minye Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat
penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam
perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh
ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair
dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya.
Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan
tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab
yang menjadi tiruannya.

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan


rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun
terdapat juga variasi-variasi bentuk yang lain.

Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa
variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:

i. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap)

ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.

iii. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.

iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.

v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.

vi. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya.

vii. Empat baris seirama (monorhyme).

viii. Empat baris berkait.

Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair ini membuktikan bahawa syair
tidak terhad kepada satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat baris serangkap,
dengan rima a/a/a/a lebih luas digunakan. Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu
mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita(bukan naratif) iaitu syair
romantis, syair panji, syair sejarah, syair keagamaan, dan syair kiasan. Manakala
syair bukan cerita ialah syair agama, syair nasihat dan tema-tema lain yang
berasingan.
Contohnya:

Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup

Berkata ilmu akulah sultan,

Kerajaan aku darat dan lautan,

Jahil berseru akulah syaitan,

Ikutlah aku merata hutan.

Ilmu itu gemala sakti,

Sinarnya cerah cahaya sejati,

Asal puncanya lamun didaati,

Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat ternilaikan,

Sebuah dunia belinya bukan,

Kuasanya bersukat digunakan,

Di laut, di darat, di rimba dan pekan.

Jasa seorang ialah taulan,

Teman berbeka suluh berjalan,

Jasa berhimun ialah pengenalan,

Hiasan penyata polan si polan

Sumber: dituturkan oleh Haji Abd. Rahim Shafie, Langkawi, Kedah keada Wahyunah
Haji Abd. Gani dan Mohamad Shaidan (peny.), 2000 dalam Puisi Melayu Lama
Berunsur Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Endoi

Endoi berasal daripada kata “endul” yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah,
1989). Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh
masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk
memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk
syair, nazam dan juga antun sebagai wadah penyampaiannya.
Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah
dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan
nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu
bapa, dan memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab
suci al-Quran.

Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa
atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak
yang berusia tujuh hari. Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan
panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya. Contohnya:

Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil

Bismillahirrahmaanirrahim

Lailahaillallah, Muhammadar Rasullullah

Bismillah itu permulaan nama,

Keadaan zatnya bersama-sama,

Zahirnya sifat menyatakan isma,

Kadim dan taat setia lama.

Hai segala nur-ul-khatam,


Dipecahnya empat nazirnya Adam,

Dipecahnya pula sekian alam.

Rahim bapamu turun ke ibumu,

Empat puluh hari nutfah namamu,

Delapan puluh hari alqah namamu,

Seratus dua puluh hari alamah namamu.

Sumber: Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 1996 dalam Warna
Sari Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Fajar Bakti.

Rejang

Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau
hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan
dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau
astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya ,
masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal
hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti
Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan hubungannya dengan ramalan
waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan raksi (nasib baik atau buruk
mengikut perkiraan waktu).

Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai
bentuk pantun dan syair, Cuma berbeda pada rima akhir yang tidak tetap,
sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap.

Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris
pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud.
Bahkan kalau diteliti lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait.
Selain itu, dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang
berhubungan seperti syair. Biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal
yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran. Contohnya:

Rejang Hari Bulan

Tujuh hari bulan rejangnya tikus,

Tikus jantan masuk penjara,

Kalau terkenang sifat yang bagus,

Hilanglah akal lenyap bicara.

Tikus jantan masuk penjara,


Penjara besar besi kursani,

Hilanglah akal lenyap bicara,

Dendam oi apa selaku ini.

Penjara besar besar besi kursani,

Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,

Dendaru oi apa selaku ini,

Tidur berendam airnya mata.

Sumber: dipetik daripada Ampuan Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah, 1999 dalam
“Syair Rejang, Penyelenggaraan dan Analisis Teks” Disertasi Ph.D. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nazam

Nazam berasal daripada istilah Arab nazam yang bererti puisi. Sejenis puisi yang
terikat. Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan
pertimbangan puisi Arab. Temanya selalu berhubung dengan keagamaan,
pendidikan, dan keilmuan. Antara ciri-ciri khasnya ialah terdiri daripada dua baris
serangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata di dalam sebaris antara 10-12
suku kata. Yang kedua, skema rimanya ialah a/a, b/b, c/c, serima (monorhyme) dan
seterusnya. Isinya pula menyentuh tentang hal-hal agama. Isinya tidak sempurna
dalam dua baris; dan puisi bentuk nazam ini boleh dibawa secara berlagu seperti
nasyid dan qasidah. Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung dengan
persoalan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang bertemakan
nasihat, akhlak dan sebagainya.

Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang tersendiri


antaranya menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar dengan
perjalanan hidup atau riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyamaikan pengajaran
agama seperti ilmu tauhid, dan menyampaikan nesihat dan pendidikan.

Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu tidaklah seluas
pantun dan syair. Pada umumnya nazam digunakan dalam menyampaikan ajaran
Islam yang meliputi perihal Nabi Muhammad s.a.w., pelajaran tauhid, fikah, dan
rukun iman. Bentuk nasyid dan zikir menjadi wadah penyebaran nazam dan
biasanya disamakan dalam majlis-majlis keagamaan seperti sambutan awal
Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan sebagainya. Contohnya:

Nazam Ajal

Oleh Hj. Ahmad Mufti

Kalau sungguh kamu yakin,

Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Benar tidak bila ada amal kamu,

Puas hati tidak sesalkan dirimu.

Ingat-ingat hai saudara masa itu,

Nyawa sampai batang leher baru tentu.


Kita ini akan matilah sudahnya,

Tidak tahu bila samaikan ajalnya.

Pahit mati itu bukan macam jadam,

Bukan pula macam api boleh padam.

Oleh itu mari kita sama-sama,

Buat amal jangan leka jangan lena.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,

Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.

Sumber: dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989. himpunan Puisi Klasik.
Shah Alam: Marwilis Publisher.
Dikir/Zikir

Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

Menurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan Arab, zikir yang
bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perkembangan puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-
pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur
agama, sama ada tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi
Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajarannya.

Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap,
jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya;
mungkin mempunyai atau tidak mempunyai rangkap. Dikir/zikir biasanya terdiri
daripada ungkapan-ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk
yang tertentu. Kadang-kadang dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain
seperti pantun, syair, mantera dan nazam.

Puisi ini dinamakan dikir kerana setiap ungkapan atau kata-kata maksud atau isi
puisi yang dipaparkan diselang-selikan dengan kata-kata atau ungkapan puji-pujian
terhadap Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada permulaan puisi, ungkapan
puji-pujian (zikir) terhadap Allah s.w.t. dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad
s.a.w. (selawat) disusun sehingga membentuk satu rangkap yang tersendiri.
Rangkap ini diulang-ulang sehingga adakalanya beberapa rangkap sebelum
rangkap isi.

Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana penyebarannya dilakukan


secara lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan atau
didaktik iaitu mengingati khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang
perlu diikuti, serta menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari
aspek agama (Islam) atau nilai masyarakat.

Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif
dan akhlak yang baik keada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal
nilai sosial dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak
ansur dan sebagainya.
Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus,
permainan kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul. Dikir/zikir yang
diucapkan atau yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya
mengandungi unsur dakwah, dan isinya penuh dengan puji-pujian dan kemuliaan
terhadap Nabi Muhammad s.a.w. selain itu dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-
majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Akhir sekali, dikir/zikir sebagai gambaran masyarakat terutama dalam aspek
kebahasaan dan nilai-nilai estetika. Contohnya:

Dikir Dabus

Allah hee Allah huu ya Allah,

Baddal hee ya maula,

Allah hee Allah huu ya Allah,

Hudal le ma ti habur sere ya Allah.

Allah humma salli Allah,

Allah he salli dona Allah,

Allah Muhammadun sahu ya Allah,

Hee Allah Allah wabiza aalihi.


Pada kasih penghulu kita Muhammad,

Cahaya bulan empat belas petunjuk yang sempurna,

Hati rindu kepada Nabi Muhammad,

Sentiasalah didapat daripada yang sempurna.

Allah hee Allah huu ya Allah,

Baddal hee ya maula,

Allah hee Allah huu ya Allah,

Hudal le ma ti habur sere ya Allah.

Sumber: didokumentasikan oleh Ahmad Ali Salikin, 1996. Lumut, Perak.


Rubai

Rubai berasal daripada sastera Parsi dan merupakan puisi tertua dalam bahasa
tersebut. Apabila Parsi menerima Islam, puisi tersebut menjadi sebahagian daripada
puisi warisan Islam. Tokoh yang identik dengan rubai ialah Omar Khayyam (1132).
Puisi rubai diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883)
dan ini menjadikan rubai Omar Khayyam begitu terkenal. Rubai dalam bahasa
Melayu pertama kali diperkenal oleh Bukhari al-Jauhari dalam teks Taj al-Salatin.
Rubai karya Omar Khayyam pula telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh tokoh
bahasa dari Johor iaitu Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji sulaiman (1868-1955)
berdasarkan versi Inggeris yang diterjemah oleh Edward Fitzgerald.

Dalam Kamus Umum Indonesia, rubai dikatakan sebagai puisi Arab empat baris.
Ada sarjana mengatakan rubai berbentuk sajak yang terdiri daripada empat baris
(a/a/a/a) yang selalunya bertujuan falsafah atau tasawuf serta membentuk epigram.
Daripada segi cirinya, pola rima a/a/b/a atau a/a/a/a; jumlah barisnya terdiri daripada
empat baris serangkap; menakala suku katanya ialah antara lapan hingga dua belas
suku kata. Isinya dalam satu rangkap, dan temanya membawa persoalan yang
bersifat falsafah, agama, nasihat dan sejarah.

Dalam puisi Melayu tradisional, pengisian dalam rubai selalunya bertemakan


falsafah, persoalan tasawuf, agama, nasihat, dan sejarah. Puisi rubai bertujuan
untuk panduan pendidikan. Contohnya:

Kemuliaan Insan

Peri permulaan keadaan insan,

Itulah ingatkan dirimu yang berirfan,

Supaya mengetahui perinya ini,

Dengan takdir lagi dengan ihsan.


Masnawi

Masnawi identik dengan penyair terkenal Parsi, Jalaluddin al-Rumi (1207-1273 M),
terutama dalam karya agungnya Mathnawi Ma’nawi. Sebagai puisi yang
bersumberkan puisi Arab-Parsi, masnawi tidak popular dalam kalangan masyarakat
Melayu, dan Oleh sebab itu, genre ini tidak berkembang.

Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari menerusi


karangannya Tajus Salatin. Puisi ini berbentuk bebas dari aspek baris, perkataan
dan suku kata dalam sebaris. Walaupun begitu, terdapat pengawalan pada rima
akhirnya seperti a/a, b/b, c/c, dan seterusnya. Genre puisi ini bertemakan puji-pujian
tentang kehandalan, kekuatan, kepandaian, dan kemayhuran seseorang tokoh.

Secara keseluruhannya, masnawi berfungsi sebagai panduan, pengajaran, dan


nasihat kepada khalayaknya. Contohnya:

Budi

Dengarlah olehmu, hai yang budiman,

Budi itulah sungguh pohon ahsan,

Kerana ahsan itu puri budilah,

Jika lain maka lain jadilah,

Orang yang berbudi itu kayalah,

Yang bukan berbudi itu papalah,


Jikalau kau dapat harta alam ini,

Dan budi kurang padamu di sini,

Bahawa ke sini jua namamu,

Dan segala ke sini pun adamu,

Jika kamu mahu menjadi kaya,

Mintalah budi bagimu cahayai,

Hai Tuhanku, Bukhari yang biasa,

Minta selamat budi sentiasa,

Sudah taju’ssalatin fi’lawhir,

Dan Bukhari dengan taju itu fakir,

Seribu syukur keada Tuhannya.

Sumber: Khalid M. Hussain(penye.), 1996. Karangan Bukhari al-Jauhari, Tajus


Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ghazal

Ghazal bermaksud puisi bersifat cinta. Puisi yang berasal dari Parsi ini merupakan
sejenis nyanyian dalam kalangan orang muda yang dalam percintaan. Sajak puisi ini
terdapat pada kata yang di belakang.

Bagaimanapun, secara umumnya puisi ini berpolarimakan a/a, yang diulang-ulang.


Perulangan juga secara a b, b c, c d dan seterusnya; baris-barisnya terdiri dariada
ayat yang panjang-panjang. Perkataannya tidak disukat banyaknya, dan terdiri
dariada 20 hingga 22 suku kata. Panjangnya dalam lingkungan belasan baris. Pada
bahagian akhir, pengubahnya menyelitkan namanya sebagai peleraian (takhallus).
Tema ghazal berkaitan dengan persoalan cinta, sama ada cinta sesama manusia
ataupun cinta manusia terhadap Tuhan.

Pada umumnya, puisi ghazal berperanan sebagai alat komunikasi yang menyatakan
cinta dan kasih sayang.

Berzanji

Pada dasarnya, berzanji boleh didapati dalam bentuk iaitu berzanji nathar (bentuk
prosa berirama) dan bentuk puisi. Sebagai puisi tumpang, berzanji menggunakan
bentuk nazam dan syair yang dilagukan. Rima akhir sesuatu rangkap atau rawi
dalam bacaan berzanji ini adalah a/a/a/a, sama ada dalam ejaan asalnya (jawi)
mahupun dalam terjemahan bahasa Melayu. Berzanji bertemakan keagungan Allah
dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Berzanji biasanya dilagukan untuk majlis-majlis seperti sambutan mauludur Rasul,


majlis perkahwinan (ucapan untuk pasangan pengantin), majlis bercukur rambut dan
majlis khatam al-Quran.

Qit’ah

Qit’ah mula diperkenalkan dalam bahasa Melayu melalui Tajus Salatin. Qit’ah bererti
potongan, keratan atau sebahagian. Justeru, bentuknya ringkas; minimum dua baris
dan tidak sampai sepuluh baris. Sungguhpun begitu, terdapat juga qit’ah yang ditulis
dalam keadaan terkawal, yakni empat baris dalam satu rangkap.
Puisi qit’ah ini diletakkan dalam kategori sajak yang separuh terikat. Cirinya hampir
seperti syair dari segi pola rimanya, namun kadang-kadang ada kelainan rima pada
baris yang tertentu. Jumlah perkataan dalam satu-satu baris pula tidak ditentukan
dan kadang-kadang tidak seimbang, iaitu ada yang panjang dan ada yang pendek.

Tema qit’ah bersifat pemikiran dan renungan yang selalu membawa mesej yang
bersifat luhur dan berfikiran tinggi (falsafah). Sungguhpun begitu, makna qit’ah sukar
ditafsirkan kerana qit’ah menggunakan banyak perkataan Arab secara langsung,
dan tidak menterjemahkannya. Hal ini menyebabkan banyak orang tidak dapat
memahami qit’ah lalu menyebabkan puisi itu kurang digemari. Fungsi qit’ah ialah
untuk memberikan nasihat dan pengajaran, khususnya tentang pemikiran dalam
agama.

Ehwal Insan

Jika kulihat dalam tanah itu pada ehwal segala yang insan,

Tiadalah dapat kubezakan,

Pada antara hamba dan sultan,

Fana juga segala yang ada,

Dengarkan olehmu Kulluman ‘alaihi fan.

Seloka

Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis
puisi yang terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap
satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam
kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi
rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu
barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataan dalam sebaris. Seloka
juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa
baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).

Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam,
talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara
satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek,
sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau
perasaan yang asyik dan berkhayal.

Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah
menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya
disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang
seloka sama dengan peribahasa berirama.

Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa
olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran
yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir
terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa
yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara
keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali
dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai Malang
dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat
yang berperangai seperti watak-watak tersebut.

Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut,


sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak,
dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.

Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan


masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan
keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu,
puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota
masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak
digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat
bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang,
melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran
dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.

Teromba

Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini
dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat
Melayu Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma
hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam
kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

Berdasarkan struktur visualnya, teromba tergolong sebagai puisi tidak terikat kepada
perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang berangkap dan ada
yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Demikian
juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala menggunakan juga
puisi Melayu tradisional yang lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan
tradisional (peribahasa berangkap).

Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara
hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat,
peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat
yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah
dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun. Selain itu teromba
berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan adanya adat, peraturan
dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hidup
bermasyarakat, menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat pada satu-
satu masa dan zaman, menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang
mengamalkannya, kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan
dan pemikiran yang dalam dan tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya.

Talibun

Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi
berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat
dalam genre lipur lara (cerita kaba) dalam kalangan masyarakat Minangkabau.
Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”.
Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang
menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan
pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-
barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita
mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing.
Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu.

Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu
yang didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut
iaitu memerikan kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu
kota dan bandar, memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu
peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti
pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia.

Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang
menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja
wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut.
Wilkinsin menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep
pengulangan ini. Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian
yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi dalam bentuk seperti engulangan di
bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi
yang lain.

Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat
mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat
terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini
digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda.

Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang
sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang
ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran
masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun
dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.
Peribahasa Berangkap

Peribahasa atau ungkapan tradisional yang mempunyai subgenre seperti bidalan,


pepatah, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil tidak
tergolong dalam genre puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau
kata-kata yang berangkap. Namun, dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat
sejumlah besar peribahasa yang wujud dalam bentuk puisi. Oleh itu, Za’ba (1966),
Mohd. Taib Osman (1979) menamakan puisi ini sebagai peribahasa berangkap atau
peribahasa berirama.

Menurut Harun Mat Piah (1989), peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa
yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau
lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin
dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada
yang lain.

Seperti puisi-puisi Melayu yang lain, peribahasa berangkap juga boleh dikenal pasti
berdasarkan ciri-ciri yang terdapat ada aspek struktur, tema, isi, dan fungsinya.

Asas pembentukan peribahasa berangkap ialah peribahasa. Seperti bahasa lisan


yang lain, peribahasa berangkap berfungsi sebagai alat komunikasi, sama ada
secara formal (digunakan dalam adat istiadat tertentu) atau tidak formal
(terutamanya untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang) dan sebagai
alat pendidikan atau didaktik. Selain itu ia berfungsi sebagai “pembebas
tanggungjawab perseorangan terhadap suatu kekuasaan” (Alan Dundes, 1989).
Maksud daripada kata-kata ini ialah jika mengkritik (terutamanya menunjukkan
kesalahan atau mencela) seseorang dengan menggunakan peribahasa, individu
sasaran akan lebih mudah menerima daripada dikritik atau dicela secara
langsung.Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

Fungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu
sistem sosial dalam masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan
kebijaksanaan penutur atau pewarisnya (juga melambangkan kebijaksanaan
masyarakat khalayaknya). Pewarisnya yang terhad menyebabkan mereka dianggap
sebagai golongan yang eksklusif dan istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi
puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarakat khalayaknya dan dapat
menggambarkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya. Peribahasa
berangkap terhadap dalam teromba. Teromba hanya dimiliki oleh indivividu yang
memegang kunci adat seperti ketua adat atau ketua lembaga. Oleh itu penguasaan
uisi ini sekali gus dapat menunjukkan ketinggian status seseorang dalam
masyarakatnya.

Mantera

Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre
ini merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat
Melayu selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih eksklusif, kerana
mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu sahaja seperti pawang
dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib
atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit
(Harun Mat Piah, 1989).

Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada
dari segi rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya.
Dari segi penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa khusus dan sukar
difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau bomoh sendiri pun, jika
ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera
sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh dituturkan sewenang-
wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera dianggap keramat dan tabu.

Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan
kepada orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam
bidang perpawangan atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini merupakan orang
perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai dapat memberikan
kesan kepada kehidupan masyarakat.

Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat
bergantung hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan
tamadun sekarang, mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair
yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas. Walaupun mantera telah
tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan kedatangan Islam, pengaruh Islam
telah diserapkan ke dalam bentuk mantera dengan menambah nama-nama atau
istilah-istilah yang ada kaitannya dengan Islam.

Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut
diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat.
Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama
dan nada yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan
menghalau makhluk halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang
mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Mantera juga dijadikan
pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam
upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera


masih lagi menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan
sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran sistem projeksi
masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan sesuatu institusi
masyarakatnya.

Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera


pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat
atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal
dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan dalam pekerjaan supaya setiap
usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan mentera adat
istiadat pula digunakan dalam upaca-upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera
haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu
sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh dengan pantang larang.

Teka-teki

Berbeza dengan puisi-puisi yang lain, teka-teki merupakan puisi lisan yang popular.
teka-teki dalam sastera tradisional terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu prosa
dan puisi. teka-teki yang tergolong dalam bentuk puisi mungkin ditemui dalam
bentuk syair dan antun atau dalam ungkapan-ungkapan puitis yang lebih bebas
seperti talibun, sesomba atau gurindam.

Sejenis puisi yang tidak terikat; terdiri daripada sebaris atau beberapa baris yang
berturutan, sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap, tidak tentu jumlah baris
serangkap, jumlah perkataan sebaris, mempunyai rima atau tidak. Tiap-tiap baris
atau serangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.
Secara umumnya, teka-teki berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa
lapang bersama keluarga atau sahabat handai. Kadang-kala teka-teki membawa
nada jenaka, ada juga yang menguji kecerdikan dan akal fikiran, malahan dapat
meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak juga orang dewasa.

Sesuai dengan fungsinya, teka-teki membawa pelbagai tema. Bagaimanapun,


penumpuan lebih kepada benda-benda yang paling hampir dengan kehidupan
manusia sehari-hari dan alam sekeliling. Pencita teka-teki adalah seorang pemerhati
yang peka dan seniman yang aktif.

Dua buah antologi teka-teki yang terkenal ialah Teka-Teki yang diselenggara oleh
O.T. Dessek(1918) dan Kitab Gemala Hikmat oleh Sulaiman bin Muhammad, Nur
oleh Munsyi Sulaiman(1907) dan Teka-Teki Warisan oleh Inon Shaharuddin Abdul
Rahman(1988).

You might also like