You are on page 1of 15

PROGRAM PEMBUGARAN TEKAD SPM

TAHUN 2016

Pada 17hb Februari 2016 (Rabu), Sekolah Menengah Kebangsaan

Banting telah Berjaya mengadakan Program Pembugaran Tekad SPM dan

The Champion di dewan sekolah SMKB. Program ini dirasmikan oleh En

Abdul Hamid bin Majid, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor

PEngurusan Sekolah) PPD Kuala Langat.

Program ini adalah dirancang khas untuk murid yang akan

menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016. Program ini bertujuan

untuk membantu murid menentukan matlamat mereka dalam

peperiksaan. Oleh itu murid akan mempunyai motivasi dalaman bagi

memastikan matlamat mereka tercapai. Motivasi beajar tidak akan

terbentik jika murid tersebut thidak mempunyai keinginan, cita-cita atau

maklumat manfaat belajar bagi dirinya.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran ibubapa pada jam 7.30

pagi. Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan kata aluan pengacara

majlis, diikuti dengan nyanyian lagu Negara Ku, Bacaan doa, Ucapan Ala-

aluan Pengetua, dan ucapan YDP PIBG. Pada jam 9.00pagi, ucapan

perasmian dan gimik perasmian telah disempurnakan oleh tetamu

kehormat.

Majlis diteruskan dengan Persembahan Multimedia untuk tatapan

semua. Pada jam 9.45am Pengetua SMK Banting, Puan Hajah Rahani bt
Arshad telah menyampaikan penerangan program the Champion.

Penerangan target dan pencapaian sekolah telah disampaikan oleh Guru

Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Siti Asnah bt Ahmad.

Pada jam 10.15 pagi, majlis diteruskan dengan lafaz ikrar Guru, Ibu

bapa dan murid. Pada jam 10.45 pagi, upacara memeterai Aku Janji 2016

diadakan. Ianya dikuti oleh penyerahan sijil Aku Janji Murid oleh wakil

murid kepada perasmi dan penyerahan Sijil Aku Janji Kelas oleh Ketua

Tingkatan kepada Pengetua. Acara diteruskan lagi dengan penyerahan

Folder The Champion kepada pelajar STAR sekolah.

Pada Jam 12.30tgh majlis diakhiri dengan penyampaian

cenderamata kepada perasmi sebelum majlis bersurai pada jam 12.40tgh.

You might also like