You are on page 1of 32

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 1 : ALAM SEKITAR

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 1
TEMA ALAM SEKITAR

TAJUK KELESTARIAN ALAM

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca, mengakses dan mendapatkan maklumat penting
OBJEKTIF
daripada bahan teks dan grafik.
ii. Menggunakan maklumat untuk membuat keputusan.

i. Teknik Bacaan : KWLH


STRATEGI /
ii. KBAT : Mengaplikasi dan menilai
PENDEKATA
N ABAD KE
iii. Nilai : Cinta akan alam sekitar, bertanggungjawab
21
iv. Strategi P&P : Didik Hibur , Jelajah Pembelajaran

i. Audio / Komputer / Internet – Youtube


ii. Petikan Akhbar,
MEDIA
iii. Gambar
* mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT Pelbagai
TEKS

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES i. Mengimbas dan mengenal pasti


KOGNITIF ii. Menilai Kualiti dan Kredibiliti

1
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
* Petikan Youtube Lagu Hijau
a. Membaca lirik lagu HIJAU nyanyian Zainal * Mengimbas & mengenal pasti
Abidin
b. Menyanyikan lagu HIJAU Lampiran 1
c. Memahami maksud seni kata lagu

LANGKAH 2

a. Mengamati gambar hutan sebelum aktiviti * Memahami gambar


penerokaan dan selepas diteroka (aktiviti
kumpulan) * Mengakses dan
mendapatkan
b. Berdasarkan gambar, bincangkan perkara maklumat
berikut:
i. Kepentingan hutan kepada manusia * Pembelajaran koperatif dan
ii. Sebab-sebab pencemaran alam Kolaboratif
iii. Kesan-kesan pencemaran alam kepada
kehidupan * Pengurusan grafik

c. Mencari maklumat tentang hutan simpan yang


terdapat di Malaysia Lampiran 2

LANGKAH 3
a. Baca dan fahami petikan akhbar bertajuk * Petikan akhbar
‘Bukit Gondol Sungai Keruh’ * Teknik Bacaan KWLH
i. Fahami apa yang tersurat.
ii. Mencari maklumat berdasarkan petikan Membuat refleksi dan menilai
dan kaitkan dengan gambar
penebangan hutan. Lampiran 3

LANGKAH 4

a. Rancang satu percutian yang menarik di hutan


bandar yang terdapat di Malaysia. Nyatakan Mengakses dan mendapatkan
langkah yang perlu diambil untuk maklumat
merealisasikan percutian tersebut.
b. Cari maklumat tentang hutan bandar dan
keunikan tempat tersebut. Menilai kualiti dan kredibiliti.
c. Pembentangan hasil kerja.

Lampiran 4

LAMPIRAN 1
Lirik Lagu HIJAU nyanyian Zainal Abidin
2
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
Kategori : Lagu Melayu | Artis : Zainal Abidin

LAMPIRAN 2

3
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

● Gunakan peta pemikiran (i-Think) yang SESUAI untuk catatkan


maklumat yang diperoleh.

LAMPIRAN 3

4
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 4
MENEROKA HUTAN BANDAR DI MALAYSIA

Rancang satu percutian yang menarik bersama-sama keluarga di hutan bandar


yang terdapat di Malaysia. Cari maklumat yang menarik tentang hutan bandar yang
ingin anda kunjungi.

5
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

6
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

7
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2
TEMA ALAM SEKITAR

TAJUK TEKNOLOGI HIJAU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i.Membaca dan mentafsir maklumat daripada teks dan grafik
OBJEKTIF ii.Berhujah tentang kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan
kita

i. Teknik Bacaan : KWLH


STRATEGI /
ii. KBAT : Memahami, menganalisis, mengaplikasi dan mencipta
PENDEKATA
N ABAD KE
iii. Nilai: Menghargai alam sekitar
21
iv. Strategi PdP: Pengajaran Pembezaan

MEDIA i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web

8
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
ii. Grafik,
iii. Petikan Akhbar,
iv. Gambar
*mengikut kesesuaian

SITUASI Awam

FORMAT Pelbagai
TEKS

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES Mengintegrasi dan menjana inferen


KOGNITIF

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1

a. Rujuk poster Kempen Kurangkan Penggunaan * Poster


Plastik.
b. Catat dan dapatkan maklumat tentang kesan * Mengakses dan
plastik terhadap alam sekitar. mendapatkan maklumat
dengan membuat
perbandingan.

LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
http://www.bharian.com.
a. Membaca petikan umum tentang manfaat my/node/40615
teknologi hijau.
LAMPIRAN 2
b. Memberi hujah tentang kepentingan teknologi
hijau dalam kehidupan berdasarkan petikan dan
idea sendiri.
Pembelajaran Koperatif
9
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
Contoh :
Stand-N-Share
Whiteboard Sharing

LANGKAH 3
Mengimbas dan
a. Baca dan fahami keratan akhbar tentang mengenal pasti
pelaksanaan teknologi hijau di Malaysia
i. Peranan pelbagai pihak
ii. Kesan jika teknologi hijau tidak Pengurusan grafik
dilaksanakan di negara kita
LAMPIRAN 3
b. Catat maklumat dalam bentuk bahan grafik.
c. Bentangkan dapatan anda.

LAMPIRAN 1

10
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

11
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 2
PETIKAN UMUM : TEKNOLOGI HIJAU

SUMBER : : http://www.bharian.com.my/node/40615

12
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang
memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai
pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan
menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga
dan sumber asli, dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.

Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan, iaitu dari aspek
tenaga, teknologi hijau dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga
seperti angin, air, solar, hybrid, dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi.
Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan
dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian
lama.

Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk


kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi, dan sebagainya akan menjejaskan
kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau,
kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum malah dapat meningkatkan dan
melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air,
mengurangkan pembuangan bahan tercemar, dan melindungi sumber semula jadi. Dari
aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi, dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia
dan biodiversiti umumnya.

Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara,


justeru dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan
keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat
menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi
juga dapat dioptimumkan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau'
yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya
dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat
meningkatkan kualiti udara, terma, dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaan kereta
enjin hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar,
mengurangkan masalah infrastruktur tempatan, dan meningkatkan kualiti hidup.

LAMPIRAN 3

13
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

14
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

15
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3
TEMA ALAM SEKITAR

TAJUK JEREBU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i.Membaca secara aktif untuk memperoleh maklumat daripada
OBJEKTIF bahan yang dibaca
ii.Mengakses maklumat daripada teks dan membuat perbandingan
iii.Menganalisis perkaitan antara bahan

Teknik Bacaan : SQ4R


STRATEGI /
KBAT : mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta
PENDEKATA
N ABAD KE
Nilai: Cinta akan negara, bertanggungjawab
21
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual

i. Internet – Laman Web


ii. Gambar
MEDIA
iii. Petikan
*mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT Pelbagai
TEKS

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES Menyokong, mengenal pasti dan menangani konflik


KOGNITIF

16
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
https://www.youtube.
Tayangan Video Upin Ipin
com/watch?
v=3r3WkoCma1M
a. Bersoal jawab tentang isu yang terdapat dalam
video tersebut. Murid buat kesimpulan dari video *Sumbang saran
secara individu.

LANGKAH 2
Teknik bacaan SQ4R
a. Membaca artikel ‘Punca-punca Jerebu’ dan
mengupas artikel menggunakan teknik bacaan * Mengakses dan
SQ4R. mendapatkan maklumat

b. Membentangkan maklumat yang terdapat dalam


artikel. LAMPIRAN 1

c. Mengulas maklumat dan menentukan kewajaran


hujah

LANGKAH 3
* Mengakses dan
a. Membaca dan memahami petikan akhbar berkaitan mendapatkan maklumat
jerebu di Indonesia dan Malaysia dengan membuat
perbandingan.
b. Bincangkan perkaitan jerebu antara dua buah
negara dan kesan-kesannya. LAMPIRAN 2

LANGKAH 4
a. Menganalisis gambar Keadaan Jerebu di Malaysia.
b. Berdasarkan peranan berikut, bagaimanakah * Mengimbas, mengenal
mengatasi masalah jerebu di negara kita dan pasti dan menganalisis
dunia.
i. Diri sendiri LAMPIRAN 3
ii. Sekolah
iii. Kerajaan
iv. Masyarakat
v. NGO
c. Bentangkan dapatan anda.

17
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

18
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 1

PUNCA-PUNCA JEREBU
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat
pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai
gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah
telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda
negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah
menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar
Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah
diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan
19
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut
berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini,
sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua, “jikalau
tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan
secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika
memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar
dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana
fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran
kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin
membina infrastrukturyang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini
mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari
Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke
negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks
Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran
hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar
berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa


kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap.
Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang
kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah
sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit
demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang
membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum
melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran
ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi
kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke
udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh


selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi
pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan
sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan
kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar
ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan
pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam
lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi
bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap
yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di
20
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa
lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan 
berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak
terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung
pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan
negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang
dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup
membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk
menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang
dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yangboleh mengakibatkan
udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha
kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan
asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak
mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan
yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam
semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu
yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus
yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum
kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi
menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya
generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu,
semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahantidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana
pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”.

21
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 2

22
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

23
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

24
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

25
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

26
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 3

KEADAAN JEREBU DI MALAYSIA

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA TEKNOLOGI HIJAU DAN ALAM SEKITAR

TAJUK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

OBJEKTIF Murid menghasilkan satu brosur tentang aktiviti alam sekitar dan
teknologi hijau.

TUGASAN 1. Senaraikan program dan aktiviti alam sekitar yang telah


dilaksanakan di sekolah anda.

2. Lengkapkan borang aktiviti /program tambahan yang sesuai


memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan remaja dan
masyarakat.
27
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
3. Hasilkan satu brosur tentang satu program / aktiviti alam sekitar
yang mengandungi maklumat-maklumat berikut;

a) Muka hadapan brosur

b) Pengenalan program / aktiviti

c) Objektif program

d) Sasaran program

e)Maklumat-maklumat tambahan

4. Anda digalakkan untuk meneliti beberapa brosur dalam dan luar


negara menggunakan laman sesawang untuk menghasilkan brosur
yang berkualiti.

5. Penilaian brosur berdasarkan kriteria berikut:

a) Kandungan Maklumat

b) Kesesuaian Ilustrasi, Gambar dan Warna

c) Susunan Maklumat

d) Bahasa

LAMPIRAN 1

Lengkapkan borang maklumat di bawah menggunakan ayat yang ringkas.

Bil Nama Program / Aktiviti Tujuan Program / Aktiviti

28
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 2

Lengkapkan borang maklumat di bawah menggunakan ayat yang ringkas.

Bil Program Cadangan Objektif Program

29
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 3

Contoh brosur untuk panduan murid.

30
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR

LAMPIRAN 4

Borang Penilaian Rakan Sebaya Brosur Alam Sekitar


Tandakan √ pada ruangan yang sesuai dan kemukakan cadangan
penambahbaikan.

BIL ASPEK PENILAIAN 1 2 3 4 5

1 Kandungan Maklumat

Komen /Cadangan
penambahbaikan

31
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1 : ALAM SEKITAR
2 Kesesuaian Ilustrasi,
Gambar dan Warna

Komen /Cadangan
penambahbaikan

3 Susunan Maklumat

Komen /Cadangan
penambahbaikan

4 Bahasa

Komen /Cadangan
penambahbaikan

Skala Penilaian :

1 = Sangan Lemah
2 = Lemah
3 = Sederhana
4 = Baik
5 = Cemerlang

32

You might also like