You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, dasar luar bermaksud tindakan yang diambil oleh sesebuah negara
untuk berhubung dengan negara lain. Objektif dasar luar sesebuah negara lazimnya
bertujuan untuk melindungi kepentingan negara dalam aspek keselamatan dan juga
aspek ekonomi. Dalam tugasan kali ini, saya mengkaji tentang sumbangan Malaysia
dalam pertubuhan antarabangsa. Pertubuhan antarabangsa yang saya pilih ialah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu( PBB ).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu( PBB ) telah ditubuhkan pada tahun 1942


selepas Perang Dunia Kedua. Malaysia telah menyertai dan menganggotai PBB pada
tahun 1957. Pelbagai sumbangan yang telah Malaysia lakukan dalam PBB sejak dari
penyertaannya sehingga kini. Sumbangan ini telah saya kaji dan telah saya terangkan
dalam tugasan ini.

1
2.0 SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA ATAU
SERANTAU

Malaysia telah menganggotai pertubuhan antarabangsa yang penting iaitu Pertubuhan


Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia banyak memberi sumbangan dalam PBB
dengan menganggotai pertubuhan tersebut. Perkara ini sebagai tanda menyokong
setiap aktiviti PBB. Selain itu, sebagai sebuah negara anggota PBB Malaysia sentiasa
menyokong dasar dan prinsip PBB bagi mewujudkan keamanan di dunia (Ahmad
Farhan, 2009). Majlis Keselamatan PBB telah menaruh keyakinan yang besar terhadap
kemampuan Malaysia terutamanya dalam memelihara keamanan antarabangsa.

Oleh demikian kerana, Malaysia telah banyak melibatkan diri dalam misi keamanan
antarabangsa. Sebagai contoh, Malaysia telah menyertai pasukan pendamai PBB ke
Congo. Ia bertujuan bagi menamatkan perang saudara di sana pada tahun 1960 di
mana sebelum pembentukan Malaysia (Ahmad Farhan, 2009). Pasukan tentera
Malaysia ditempatkan di sana bermula pada Oktober 1960 hingga April 1963. Pasukan
tentera bertugas bagi mengawal keamanan untuk mencapai kemerdekaan dan
menamatkan perang saudara di sana. Malaysia telah mengeluarkan belanja sebanyak
RM30 juta bagi tujuan tersebut (Ahmad Farhan, 2014).

Seterusnya, Malaysia telah bersetuju untuk menyertai misi pengaman PBB di


Namibia dan menyokong resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB ke atas Namibia. Oleh
itu, Malaysia telah mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara
tersebut mencapai kemerdekaan. Misi pengaman ini bermula pada bulan Februari 1989
hingga April 1990 (Ahmad Farhan, 2009). Malaysia juga telah menderma sebanyak $5
juta kepada Tabung Afrika bagi membantu negeri Afrika yang mana telah diancam oleh
Afrika Selatan. Disebabkan oleh bantuan Malaysia dalam misi pengaman ini, PBB telah
membayar sebanyak $14 juta kepada kerajaan Malaysia bagi perkhidmatan yang
dilakukan di Namibia (Ahmad Farhan, 2014).

Di samping itu, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-


Iraq. Misi ini bermula pada tahun 1988 hingga 1991. Penglibatan Malaysia bermula
apabila Iraq bersetuju untuk melakukan gencatan senjata pada 20 Ogos 1988. Hal ini
kerana, peperangan yang berlaku antara Iran-Iraq selama lapan tahun di sepanjang
garisan sempadan kedua-dua sejauh 1200 kilometer (Wan Shawaluddin, 2000).
Pasukan pemerhati Malaysia bertanggungjawab bagi memantau dan mengendalikan
garis gencatan senjata. Pasukan Malaysia juga perlu memastikan pengunduran semua

2
pasukan yang terlibat dalam peperangan ke perbatasan yang dipersetujui sebelum
proses damai dapat dicapai sepenuhnya. Pasukan pemerhati Malaysia telah
dibahagikan kepada tiga kumpulan dan di tempatkan di Baghdad, Sulaimaniah, Bagubah
dan Basrah.

Selain itu, Malaysia juga terlibat dengan misi pengaman di Kemboja selepas menjadi
pasukan pemerhati di sempadan Iran-Iraq. Pasukan pengaman dihantar ke sana bagi
memulihkan keamanan negara Kemboja yang musnah akibat daripada perang saudara
di antara 4 pauk Kemboja yang bertelagah. Pasukan pemerhati Malaysia dihantar bagi
mengawasi gencatan senjata, memberi perlindungan kepada 500,000 pelarian,
memerhatikan keselamatan dan juga membuat perhubungan dan laporan kepada Majlis
Keselamatan PBB. Pasukan pemerhati Malaysia juga berperanan bagi mengendalikan
pilihanraya di kawasan tanggungjawab.

Malaysia turut terlibat dalam misi pengaman di Bosnia-Herzegovina pada tahun 1993
bagi menyahut seruan supaya kehadiran anggota PBB ditambah. Ini merupakan kali
pertama Malaysia terlibat dalam misi pengaman di benua Eropah yang beriklim
sederhana. Peperangan di Bosnia ini berlaku ekoran kejatuhan bekas Republik
Yugoslavia yang menyebabkan negara yang pernah bersatu ini berpecah menjadi
beberapa wilayah. Antara wilayahnya ialah Bosnia-Hezergovina, Croatia, Sebia dan
Macedonia. Disebabkan oleh perpecahan wilayah ini, berlakunya konflik etnik di Bosnia
yang melibatkan orang Islam Bosnia dan orang Serb. Pasukan pemerhati Malaysia
dihantar ke sana bagi memerhati dan melindung penduduk daripada ancaman senjata.
Malaysia juga memberi bantuan kewangan serta bantuan senjata. Namun begitu, misi ini
gagal kerana PBB telah mengundurkan diri daripada menghadapi konflik ini.

Selain daripada sumbangan Malaysia dalam misi pengaman antarabangsa, Malaysia


juga memberikan sumbangannya dalam konsep human right. Malaysia merupakan
negara yang bersuara lantang dalam mengutuk dan menentang dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan. Dasar ini diamalkan oleh minoriti kulit putih di sana.
Malaysia bukan sahaja mengutuk tindakan minoriti kulit putih tersebut malah memboikot
semua jenis barang buatan Afrika Selatan. Malaysia juga bersuara lantang dalam forum-
forum antarabangsa bagi membincangkan mengenai ketidakadilan yang berlaku di
Afrika Selatan yang mendiskriminasikan majoriti kulit hitam. Pada waktu ini, Malaysia
diwakili oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menganggotai Jawatankuasa Khas
Bangsa-Bangsa Bersatu.

3
Dasar Aparteid yang diwujudkan oleh pemimpin ini telah memberi kesan jangka
panjang kepada majoriti kulit hitam untuk ditindas. Bagi Malaysia, penduduk peribumi
asal Afrika Selatan yang berkulit hitam tidak boleh dianggap sebagai hamba oleh minoriti
kulit putih(Wan Shawaluddin, 2000). Penduduk kulit hitam diberi layanan seperti hamba
walhal mereka merupakam peribumi asal Afrika Selatan. Mereka juga tidak diberi
layanan yang sepatutnya sebagai rakyat sah negara tersebut. penduduk kulit hitam
diletakkan di kawasan-kawasan tanah pertanian yang tidak subut. Kemudahan dari segi
pelajaran juga tidak diberikan kepada penduduk majoriti kulit hitam. Mereka tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berikutan
masalah kewangan yang dihadapi dan juga sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas
mereka oleh pemerintah.

Namun begitu, disebabkan oleh ketegasan Malaysia dalam menentang dasar


Aparteid, satu resolusi yang positif ditimbulkan oleh badan dunia kepada penduduk kulit
hitam di Afrika Selatan. Dasar Aparteid ini telah diharamkam di seluruh kawasan di
Afrika Selatan. Penduduk majoriti kulit hitam yang ditindas dahulu juga telah mempunyai
hak yang sama dengan minoriti kulit putih kini. Hak yang mereka perolehi meliputi dari
seluruh aspek iaitu hak dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

Di samping menegakkan konsep human right, Malaysia juga memainkan peranan


dalam PBB bagi menentag perkembangan senjata nuklear secara berleluasa. Hal ini
demikian kerana ancaman senjata nuklear yang menjadi masalah dan mengancam
seluruh dunia. Sejak tahun awal 1960, ujian senjata nuklear oleh kuasa-kuasa besar
semakin menjadi-jadi. Perkara ini amat membimbangkan negara-negara kecil
termasuklah Malaysia sendiri. Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis bertanggungjawab
kerana negara-negara besar inilah yang sering melakukan ujian senjata nuklear.

Malaysia telah menyuarakan dalam Perhimpunan Agung PBB kali ke-16 pada tahun
1961 supaya dua kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia bermuafakat dalam
hal senjata nuclear(Wan Shawaluddin, 2000). Negara-negara bukan nuklear yang lain
jelas menyokong tindakan Malaysia yang berani dan tegas dalam membangkitkan isu
ini. Di Sidang Kemuncak Moscow pada tahun 1972, satu persetujuan telah dicapai.
Amerika Syarikat dan Rusia telah bersepakat untuk mengehadkan senjata peluru
berpandu. Malaysia mengalu-alukan persetujuan tersebut . malaysia mahukan supaya
kuasa-kuasa besar ini bersetuju untuk mencapai kata sepakat ke arah perlucutan
senjata secara keseluruhannya.

4
Malaysia telah mengambil pendirian tegas terhadap usaha-usaha untuk memerangi
gejala penyalahgunaan dadah (Wan Shawaluddin, 2000). Hasil daripada usul Malaysia,
satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) pada tahun 1987. Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad telah menjadi Yang Dipertua persidangan
tersebut. Pada bulan Jun 1987, PBB telah mengisytiharkan tarikh 26 Jun sebagai Hari
Antidadah Antarabangsa. Tarikh ini dipilih bersempena dengan Persidangan
Antarabangsa Mengenai Penagihan dan Pengedaran Dadah yang diadakan di Vienna.

Selain itu dari segi ekonomi pula, Malaysia pernah menjadi ahli Bank Dunia. Bank
Dunia ini merupakan bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan
Disember 1945 (Mokhtar,1991). Ia bertujuan bagi membantu negara-negara ahli yang
sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan
membangunkan ekonomi negara-negara ahli tersebut. Sebagai ahli, Malaysia
memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan dapat membasmi
kemiskinan di luar bandar serta menyediakan peluang pekerjaan. Rancangan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan( FELDA ) dijayakan dengan menggunakan bantuan
daripada Bank Dunia. Bank Dunia turut membantu bagi membangunkan prasarana
pendidikan dan penyelidikan (Norasmah, 1997).

Malaysia juga pernah dipilih untuk menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965, 1989 dan 1999 (Mokhtar, 1991). Tan Sri Razali Ismail merupakan wakil Malaysia
ke PBByang menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai
wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik di Myanmar. Misi beliau ke Myanmar
adalah bagi meredakan ketegangan di antara kerajaan Myanmar dan penyokong
pembangkang. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB dalam
menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan
Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur pada tahun 1983 sebelum
Persidangan Utama dibuat di Geneva (Ahmad Farhan, 2009). Dalam PBB, isu Palestin
telah mendapat sokongan daripada negara-negara Islam.

Akhir sekali, Malaysia mempelopori usaha untuk menamatkan monopoli dalam


mentadbir benua Antartika oleh segelintir negara besar (Mahdi Shuid et.al.,2007). Isu
mengenai Antartika ini telah dikemukan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dalam
Perhimpunan Agung PBB yang ke-37 pada tahun 1982. Malaysia telah menyarankan
kepada PBB supaya Benua Antartika dijadikan sebagai warisan dunia dan menjadi hak
milik semua negara (Norasmah, 1997).

5
Secara kesimpulanya, Malaysia merupakan salah satu negara yang mendapat
kepercayaan daripada PBB untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari pelbagai
aspek seperti keselamatan dan juga sosial. Perkara di atas dapat dilihat dengan jelas
sumbangan yang Malaysia lakukan sepanjang menanggotai PBB bermula dari tahun
penyertaannya.

6
RUJUKAN

Ahmad Farhan Abdullah. (2009). Sumbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)


dalam pembentukan Malaysia dan penglibatan Malaysia dalam PBB: Malaysia dan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),1957-2003. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia.

Ahmad Farhan Abdullah. (2014). Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa


Bersatu(PBB),1957-2003. [Diakses pada 28 Ogos 2016]. Boleh didapati:
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22914/109.136.PDF.

Mahdi Shuid, Suzaini Osman dan Sazlina Othman. (2007). Sejarah Malaysia. Selangor:
Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Mokhtar A.Kadir. (1991). Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam politik antarabangsa.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norasmah Yusoff. (1997). Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman pertubuhan


bangsa-bangsa bersatu. Sarawak : Universiti Malaysia Sarawak.

Wan Shawaluddin Wan Hassan. (2000). Jurnal Kinabalu VI(2000)25-41: Malaysia dan krisis
bosnia. Sabah : Universiti Malaysia Sabah.

You might also like