You are on page 1of 1

Kerjasama antara parti politik

Parti-parti politik seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan, Parti Islam Se Malaysia
(PAS), dan parti-parti lain dapat memupuk dan mengekalkan perpaduan antara rakyat
Malaysia. Sebenarnya, aktiviti seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), BR1M (Bantuan Rakyat
1 Malaysia) dan 1 Malaysia adalah aktiviti-aktiviti yang dilancarkan oleh Kerajaan BN. Jadi,
BN adalah pengganti kepada Parti Perikatan pada tahun 1973.  Parti Perikatan yang
dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC berjaya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan
politik yang rasmi atas tujuan mencapai kemerdekaan dan kebebasan Tanah Melayu daripada
penjajah British. Kerjasama pelbagai kaum Parti Perikatan berkesan dan diterima oleh semua
rakyat pada masa itu. Gabungan parti merupakan satu kekuatan yang baru bagi demokrasi.

Seterusnya, pada tahun 2015 Penubuhan Pakatan Harapan dapat ditubuhkan dan dianggotai
oleh Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Amanah
Negara (PAN). Penubuhan Pakatan Harapan ini merupakan gabungan rasmi antara parti
politik kerajaan di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat. Dengan itu,
Pakatan Harapan bertujuan untuk membela rakyat dan membina semula negara Malaysia. Hal
itu, majoriti rakyat Malaysia dapat bersatu padu dan bersikap tidak mengira antara kaum
supaya Pakatan Harapan dapat memenangi sebanyak 113 buah kerusi parlimen dalam Pilihan
Raya umum ke-14 pada tahun 2018.

Oleh hal yang demikian, kerjasama antara parti politik berasaskan kaum telah membawa
kebaikan dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam Sejarah Malaysia.

You might also like