You are on page 1of 5

PANDANGAN TOKOH TERHADAP KESANTUNAN BAHASA

1. Menurut Asmah Haji Omar (2000):


 Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari
yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada
pendengar.
 Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
 Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
 Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

2. Menurut Leech (1983), beliau telah menginterpretasikan kesantunan sebagai


perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
 Bahasa mesti halus
 Beradab sopan
 Perlakuan lemah-lembut
 Berbudi pekerti

3. Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula, menyatakan kesantunan itu
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
 Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
 Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
 Biasanya mengamalkan budaya yang sama
 Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

4. Menurut Hamka (1995):


 Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
 Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang
keras.
 Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

5. Menurut Aristotle
 Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya.
 Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

6. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, "semulia-mulia manusia ialah orang


yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat."
7. Menurut Confucius, kesantunan merupakan konsep yang digunakan. Dalam konsep
ini, terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia iaitu:
 Ketaatan kepada ibu bapa
 Kasih sayang
 Menghormati orang lain
 Patuh
 Sopan santun
 Melakukan kebajikan

8. Menurut Brown dan Levinson (1987):


 Kesantunan merupakan usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka
(TAM) kepada pendengar.
 Bagi mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua,
iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat.
 Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan
ancaman terhadap muka pendengar.

9. Menurut Watts et. al (1992) :


 Kesantunan merupakan tingkah laku yang digunakan untuk mengekalkan
keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal manusia.
 Walau bagaimanapun, Watts menyempitkan konsep kesantunan menjadi istilah
yang lebih terperinci, iaitu konsep Perlakuan Politik Verbal.

10. Menurut Bayraktaroglu (1997):


 Kesantunan merupakan kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman
untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan
sesama manusia menjadi renggang.

http://ppismpstoria.blogspot.my/2014/08/definisi-kesantunan-menurut-tokoh.html
2.2 TAKRIFAN KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

1. Menurut Asmah Haji Omar (2000):

Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu.
Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur
kata yang santun.
Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-
masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan
martabat.
Beliau telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:

a) Kesantunan asas
- Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu
sama lain.
- Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Hal ini kerana, dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas
yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam
atau agama-agama lain.

b) Kesantunan berkala
- Merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh
masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu.
- Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan
yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara
percakapan disampaikan.
- Misalnya, rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru
dan lain-lain.
- Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.

2. Menurut Leech (1983)

Menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan


pergeseran dalam sesuatu interaksi iaitu bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan
yang lembah-lembut serta berbudi pekerti.

3. Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968)


Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik.
Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.
Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.
Biasanya mengamalkan budaya yang sama.
Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

4. Menurut Nabi Muhammad S.A.W

" Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik
atau lebih baik diam."
" Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat
ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara. "
" Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat, dan berkata-kata keji. "
" Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia
mengingkarinya, dan jika diberi amanah ia khianati. "
" Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling benci-
membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain,
dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. "
" Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik. "

5. Menurut Hamka

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.

6. Menurut Aristotle

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

7. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil
ketika kuat.

Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:


Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal
menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara
penutur dengan pendengar.

Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan
keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.

Awang Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicaranya.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran
secara sopan dan beradab.

You might also like