You are on page 1of 56

UNIT 2 i

Dinamika masyarakat Malaysia

Unit 2

MPU 3113/03
Hubungan Etnik

Dinamika
Masyarakat Malaysia
ii WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

PANEL KURSUS
Ketua Penyelaras Kursus: Dr. S. Nagarajan
Penulis Kursus: Dr. Faisal S. Hazis
Pereka Instruksi: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi
Ahli Panel Kursus: Puan Rabikha Hasni bte Suparman, Puan Irmadura Ramli dan Dr. Ooi Chia Yi

PENYELARAS KURSUS
Puan Rabikha Hasni bte Suparman

PENILAI KURSUS LUARAN


Professor Dr James Chin Ung Ho, University of Tasmania

PRODUKSI
Penyunting Dalaman: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi dan Encik Khoo Chiew Keen
Pereka Grafik: Cik Audrey Yeong

Universiti Terbuka Wawasan adalah institusi pengajian tinggi bukan berunsur keuntungan pertama
di Malaysia yang didedikasikan kepada pelajar dewasa. Organisasi ini dibiayai oleh Yayasan
Pendidikan Wawasan, sebuah entiti yang dikecualikan dari cukai yang ditubuhkan oleh Parti
Gerakan Malaysia, dan disokong oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust, badan-badan
kebajikan, koperasi, orang ramai dan peruntukan dari kerajaan Malaysia.

Penyediaan bahan kursus universiti ini dibiayai oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment
Trust.

© 2015 Universiti Terbuka Wawasan

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,
disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang
cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada
pihak penerbit Universiti Terbuka Wawasan.

Universiti Terbuka Wawasan


(KPT/JPT/DFT/US/P01)
Wholly owned by Wawasan Open University Sdn. Bhd. (700364-W)
54, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Tel: (604) 2180333 Faks: (604) 2279214
E-mel: enquiry@wou.edu.my
Laman web: www.wou.edu.my
UNIT 2 iii
Dinamika masyarakat Malaysia

Kandungan
Unit 2 Dinamika Masyarakat
Malaysia
Ringkasan unit 1

Objektif unit 1

2.1 Kemunculan masyarakat majmuk di Malaysia 3

Objektif 3

Pengenalan 3

Kesultanan Melayu Melaka: Titik permulaan 4


masyarakat majmuk

Asimilasi dan amalgamasi kelompok penghijrah dan 7


masyarakat tempatan

Cadangan jawapan untuk aktiviti 11

2.2 Pembentukan masyarakat majmuk era 15


kolonialisme

Objektif 15

Pengenalan 15

Kolonialisme dan masyarakat majmuk di Malaysia 16

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu 17

Dinasti Brooke di Sarawak 23

Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris di Sabah 25

Cadangan jawapan untuk aktiviti 28


iv WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

2.3 Masyarakat majmuk era pasca merdeka 31

Objektif 31

Pengenalan 31

Isu sosio-ekonomi 31

Rusuhan Mei 1969 33

Dasar Ekonomi Baru: Menangani hubungan etnik dan 35


kritikannya

Isu dan cabaran 40

Cadangan jawapan untuk aktiviti 43

Rumusan Unit 2 45

Cadangan jawapan latihan kendiri 47

Rujukan 51
UNIT 2 1
Dinamika masyarakat Malaysia

Ringkasan Unit

U nit 2 membincangkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia sejak era


Kesultanan Melayu Melaka hingga pasca merdeka. Ia juga mengupas dinamika
hubungan etnik pada waktu tersebut dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Unit 2 dibahagikan kepada tiga topik. Topik 2.1 menyusuri kemunculan masyarakat
majmuk semasa era Kesultanan Melayu Melaka. Ia juga meneliti proses asimilasi
yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang berhijrah dengan penduduk tempatan
pada waktu itu.

Topik 2.2 pula mengupas kemuncak pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia


iaitu pada era penjajahan.Walaupun susur galur pembentukan masyarakat majmuk
boleh dikaitkan dengan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15, dasar kolonial
British menyumbang kepada kedatangan besar-besaran penghijrah luar, khususnya
Cina dan India, ke Tanah Melayu. Selepas itu, Topik 2.2 melihat pembentukan
masyarakat majmuk di Sabah dan Sarawak dengan meneliti peranan yang dimainkan
oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan keluarga Brooke.

Akhir sekali, Topik 2.3 membincangkan tahap hubungan etnik pada era pasca
merdeka. Sebagai permulaan, Topik 2.3 menjelaskan isu sosio-ekonomi yang
memberikan cabaran terhadap usaha kerajaan menangani hubungan etnik. Ia
kemudiannya meneliti usaha negara dalam menangani isu sosio-ekonomi ini
dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Walaupun matlamat dan
objektif DEB adalah rasional dan sesuai pada waktu tersebut, pelaksanaannya tidak
memuaskan sehingga mendapat kritikan dari ramai pihak yang terlibat. Polemik ini
turut dibincangkan dalam Topik 2.3.

Objektif Unit
Di akhir Unit 2, anda akan dapat:

1. Menjelaskan beberapa fasa migrasi ke Malaysia.

2. Mengambarkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

3. Membincangkan impak penjajahan Barat terhadap struktur demografi di


Malaysia.

4. Membincangkan tahap hubungan etnik pada era pasca merdeka.


2 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 2 3
Dinamika masyarakat Malaysia

2.1 Kemunculan Masyarakat Majmuk


di Malaysia
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan fasa awal penghijrahan ke Malaysia.

2. Menjelaskan peranan Kesultanan Melayu Melaka dalam pembentukan


masyarakat majmuk di Malaysia.

3. Mengambarkan bentuk awal hubungan etnik.

Pengenalan
Pada awalnya, Tanah Melayu dihuni oleh Orang Asli yang boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan etnik utama (Negrito, Sakai dan Proto-Melayu) sementara Borneo
Utara (dikenali sebagai Sabah selepas pembentukan Malaysia) dan Sarawak didiami
oleh pelbagai suku etnik pribumi seperti Kadazan-Dusun dan Iban (Gullick, 1978:
9). Penghijrahan besar-besaran orang Melayu ke rantau ini, telah mengubah pola
penduduk di Tanah Melayu yang bertukar menjadi majoriti Melayu manakala di
negeri-negeri Borneo, kemasukan pendatang Melayu tidaklah sebesar penghijrahan
yang berlaku di Tanah Melayu. Justeru, walaupun penduduk Melayu di kepulauan
Borneo semakin meningkat semasa gelombang penghijrahan orang Melayu ke alam
Nusantara, suku etnik pribumi masih membentuk populasi terbesar di sini.

Struktur penduduk di Tanah Melayu terus mengalami perubahan apabila Kesultanan


Melayu Melaka membuka pintunya kepada pedagang asing. Ramai pedagang asing
menetap di Melaka manakala sebahagiannya pula berhijrah ke negeri-negeri lain
di Tanah Melayu khususnya Pulau Pinang dan Singapura yang turut mempunyai
pelabuhan yang tidak kurang hebatnya. Kemasukan pedagang asing ke Melaka
secara beramai-ramai semasa zaman kegemilangan Melaka adalah titik tolak kepada
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dan kemudiannya Borneo
Utara dan Sarawak.

Topik 2.1 menyusuri sejarah awal pembentukan masyarakat pelbagai etnik di


Malaysia dengan mengupas kemasukan pedagang asing ke Melaka pada kurun
ke-15 dan 16. Fokus perbincangan topik ini juga menjurus kepada bentuk
hubungan etnik masyarakat Melaka pada waktu tersebut. Adalah dihujahkan
bahawa pedagang asing yang menetap di Melaka telah melalui proses asimilasi
dan amalgamasi. Ini menyebabkan perbezaan etnik dan budaya antara mereka dan
penduduk tempatan menjadi tidak begitu ketara. Pada masa yang sama, proses
asimilasi dan amalgamasi telah membentuk lebih banyak kumpulan kacukan yang
turut menyumbang kepada kerencaman masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
4 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Kesultanan Melayu Melaka: Titik permulaan masyarakat majmuk


Kesultanan Melaka merupakan satu ‘zaman kepahlawanan dalam tradisi Kesultanan
Melayu’ (Gullick, 1978: 10).Walaupun kesultanan ini hanya kekal lebih dari satu
abad sahaja (1400 – 1511), pengaruhnya sangat besar dan luas. Kerajaan-kerajaan
lain di Tanah Melayu pada waktu itu kebanyakannya adalah hasil warisan kerajaan
Melaka. Sebelum kedatangan Islam di rantau ini, Kesultanan Melaka dipengaruhi
oleh agama Hindu dari segi corak pemerintahannya (Gullick, 1978: 10). Namun
demikian, selepas kedatangan agama Islam, Kesultanan Melaka menjadi lebih
makmur dan gemilang. Ia juga menjadi ‘pusat kemasyarakatan dan perkembangan
agama Islam yang termashyur di rantau alam Melayu’ (Zaid, 2010: 38).

Kemuncak kegemilangan Melaka berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah


(1459 – 1477). Pada waktu tersebut, Melaka terkenal sebagai sebuah pelabuhan
antarabangsa yang tersohor di rantau ini kerana kedudukannya yang strategik,
sistem pemerintahannya yang terbuka dan pentadbiran pelabuhannya yang cekap
(Muhammad Yusoff, 1989: 236; Shamsul, 2012: 30).Tambahan pula, Melaka
berupaya menangani ancaman perompak dan lanun sehingga membolehkan ribuan
kapal menjalankan kegiatan dagangan dengan selamat dan aman (Shamsul, 2012:
30).Lantaran itu, Melaka menjadi tumpuan pedagang Timur dan Barat yang
menjadikannya sebagai pusat jual-beli barangan dari seluruh dunia.

Keupayaan Melaka menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa telah menaikkan lagi


martabat Kesultanan Melayu. Manifestasi ketinggian martabat ini terserlah apabila
beberapa negeri yang pada mulanya berada di bawah naungan Siam telah meminta
perlindungan daripada Melaka. Antara negeri-negeri tersebut ialah Bernam, Klang,
Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani. Kekuatan Melaka juga terserlah apabila
ia berjaya menangkis dua serangan Siam yang merupakan sebuah kuasa besar di
rantau Nusantara pada waktu itu. Malah, Melaka cuba menakluk Siam dengan
melancarkan tiga serangan tetapi semuanya tidak berhasil (Shamsul, 2012: 31).
Walau bagaimanapun, Melaka berjaya menakluk sebuah lagi kerajaan yang kuat
iaitu Majapahit pada kurun ke-15.

Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka antara awal kurun ke-15 dan
16, ramai pedagang dari seluruh pelusuk dunia datang ke Tanah Melayu. Antara
mereka ialah pedagang Arab dan Parsi; Cina dan India; Nusantara dan Eropah (Zaid,
2010: 39 – 41; Fazliyana, 2002: 166 – 169; Muhammad Yusoff, 1989: 245 – 251).
Kelompok pertama iaitu pedagang Arab dan Parsi menjadikan Melaka sebagai pusat
persinggahan utama mereka di rantau Timur. Mereka membawa barang dagangan
seperti senjata, kain bulu, perak, candu, ambar, kismis dan nila. Sekembalinya mereka
ke tanah asal, pedagang Arab dan Parsi ini membawa balik barangan dari kepulauan
Melayu seperti buah pala, bunga cengkih, cendana, kayu gaharu, kemenyan, kasturi,
batik, keris jawa dan bijih timah. Sebahagian daripada barangan ini dibawa balik ke
negara asal mereka manakala selebihnya pula dijual di Eropah. Selain berdagang,
orang Arab dan Parsi turut memainkan peranan penting dalam penyebaran agama
Islam ke rantau ini.
UNIT 2 5
Dinamika masyarakat Malaysia

Kelompok pedagang yang kedua pula datangnya dari China dan India. Antara tarikan
utama Melaka kepada pedagang Cina dan India ialah perdagangan bijih timah yang
menjadi eksport utama kerajaan Melaka sejak pertengahan kurun ke-15 (Zaid, 2010:
40). Antara barang dagangan yang dibawa pedagang Cina ialah kain, teh, tembikar,
sutera, satin, mutiara, kapur, tawas, belerang, barang tembaga, besi, wangi-wangian,
ubat-ubatan, gading, manik, batu jed dan kayu arang (Fazliyana, 2002: 166).
Selain menjalin hubungan dagangan, Melaka juga menjalin hubungan diplomatik
dengan negara China. Hubungan baik antara Melaka dan China meningkatkan lagi
martabat Kesultanan Melayu Melaka memandangkan China adalah salah sebuah
kuasa besar dunia pada waktu itu. Pedagang India pula telah menjalin hubungan
dagangan dan sosial dengan alam Melayu sejak kurun ke-6 lagi (Zaid, 2010: 40). Ini
terbukti dengan penemuan candi di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah. Selain itu,
kewujudan empayar Melayu-Hindu Majapahit antara tahun 1293 hingga 1500 yang
menjangkau kuasanya hingga ke kepulauan Borneo juga menjadi bukti pengaruh
tamadun India di rantau ini. Pedagang India dilaporkan sebagai kumpulan asing
yang paling ramai tinggal di Melaka pada waktu itu (Muhammad Yusoff, 1989:
314). Mereka mendapat perhatian istimewa pihak istana terutamanya mereka yang
beragama Islam. Buktinya, ada segelintir orang India yang menjadi pemimpin dalam
kalangan masyarakat Melaka, manakala ada pula yang dilantik sebagai hulubalang
dan laksamana (Muhammad Yusoff, 1989: 314 – 315).

Melaka bukan sahaja menjadi tumpuan pedagang Timur Tengah, Cina dan India
tetapi juga pedagang Nusantara sendiri. Antara mereka ialah pedagang dari Jawa,
Kalimantan, Makasar, Filipina dan Siam. Pedagang dari Jawa, Kalimantan, Makasar
dan Filipina datang ke Melaka semasa angin Monsun Timur Laut dan kembali ke
tempat asal mereka semasa bertiupnya angin barat. Pedagang Nusantara menjadi
pembekal utama makanan dan rempah ratus ke Melaka (Muhammad Yusoff, 1989:
249). Pedagang Siam, umpamanya,membawa kemenyan, gading, batu permata,
barang tembaga, beras, ikan kering, garam dan sayur-sayuran (Fazliyana, 2002: 166).
Sekembalinya dari Melaka, mereka membawa balik barang dagangan seperti hamba
abdi, rempah dan candu ke negara asal. Walaupun Melaka dan Siam bermusuhan,
kedua-duanya tetap menjalin hubungan dagangan atas faktor keperluan ekonomi
(Muhammad Yusoff, 1989: 248). Negara serantau lain yang turut berkunjung ke
Melaka untuk menjalankan aktiviti dagangan ialah Burma yang membawa beras,
wangi-wangian dan batu delima (Fazliyana, 2002: 166).

Kelompok pedagang yang terakhir ialah pedagang Eropah. Mereka kebanyakannya


datang dari Portugal, Belanda, Sepanyol, Perancis dan Britain. Pedagang Eropah
datang ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus yang amat tinggi nilainya pada
waktu itu. Selain menjalankan aktiviti ekonomi, pedagang Eropah juga aktif dalam
penyebaran agama Kristian bagi menyaingi penyebaran agama Islam di rantau ini
(Zaid, 2010: 42). Pengaruh orang Eropah bukan sahaja dalam lingkungan ekonomi
dan sosial tetapi juga menjangkau ruang politik apabila ia kemudiannya menjadi
kuasa penjajah di rantau ini.

Jadual 2.1 merumuskan senarai barangan yang dibawa ke Melaka and dibawa balik
dari Melaka oleh pedagang-pedagang asing di seluruh dunia.
6 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Kelompok Barang yang dibawa ke Barang yang dibawa balik dari


pedagang Melaka Melaka
Arab dan Parsi senjata, kain bulu, perak, candu, buah pala, bunga cengkih,
ambar, kismis dan nila cendana, kayu gaharu, kemenyan,
kasturi, batik, keris jawa dan
bijih timah
Cina dan India kain, teh, tembikar, sutera, satin, bijih timah
mutiara, kapur, tawas, belerang,
barang-barang tembaga, besi,
wangi-wangian, ubat-ubatan,
gading, manik, batu jed dan
kayu arang
Nusantara — Jawa, makanan seperti beras, ikan hamba abdi, rempah ratus dan
Kalimantan, Makasar, kering, garam, sayur-sayuran; candu
Filipina dan Siam rempah ratus, wangi-wangian
dan batu delima
Eropah — Portugis, rempah ratus
Belanda, Sepanyol,
Perancis dan Inggeris

Jadual 2.1 Kelompok pedagang asing yang datang ke Melaka


Sumber: Zaid (2010: 39 –41); Fazliyana (2002: 166 –169); dan Muhammad Yusoff (1989:
245 – 251)

Kemajuan Melaka menjadikannya sebuah kota pelbagai budaya yang menemukan


manusia daripada pelbagai latar etnik, budaya dan kepercayaan (Shamsul, 2012:
31). Sebenarnya, kedatangan budaya asing seperti Arab pra-Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam dan Eropah ke alam Melayu telah berlaku sejak kurun
ke-5 lagi (Shamsul, 2012: 31). Walau bagaimanapun, ia menjadi semakin pesat
semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Ini menunjukkan bahawa
masyarakat tempatan sudah lama terdedah dengan budaya serta kepercayaan asing
yang telah menjejakkan kakinya ke rantau ini seawal kurun ke-5 lagi. Justeru,
pendedahan masyarakat tempatan terhadap budaya serta kepercayaan asing ini
menyebabkan mereka mudah menerima kedatangan orang luar yang akhirnya
menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan.

Kegemilangan Melaka, walau bagaimanapun, tidak kekal lama apabila ia melalui


zaman kejatuhan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488 – 1511). Era
kejatuhan Melaka menyaksikan kerajaan Melayu ditakluk oleh tiga kuasa asing.

Pada tahun 1511, sebuah armada laut Portugis yang diketuai Alfonso de Albuquerque
berjaya menakluk Melaka daripada Sultan Mahmud. Beliau kemudiannya melarikan
diri dan mengasaskan Kesultanan Johor. Setelah diusir dari Melaka, Sultan Mahmud
berusaha untuk merampas kembali kerajaannya beberapa kali tetapi gagal. Pada
tahun 1641 pula, Belanda merampas Melaka daripada Portugis sebagai kuasa Eropah
yang berpengaruh di Selat Melaka. Semasa penjajahan Belanda, ia giat menjalankan
perdagangan dengan negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu. Setelah lebih 150
tahun, pemerintahan Belanda di Melaka berakhir apabila Inggeris mengambil alih
UNIT 2 7
Dinamika masyarakat Malaysia

kuasa pada 1795. Secara perlahan-lahan, Inggeris memperluaskan kuasa jajahannya


merentas negeri Melaka sehingga ia berjaya menakluk kesemua negeri-negeri di
Tanah Melayu (Gullick, 1978: 11).

Aktiviti 2.1

Bincangkan sumbangan pedagang-pedagang asing yang datang


ke Melaka dalam mencorakkan tamadun Melayu dan Nusantara.
Nyatakan contoh-contoh yang berkaitan.

Asimilasi dan amalgamasi kelompok penghijrah dan masyarakat


tempatan
Pada awal pemerintahan Sultan Iskandar Syah (1414 – 1424), penduduk Melaka
hanya berjumlah seribu orang sahaja tetapi ia meningkat kepada 190,000 orang
pada masa sebelum penjajahan Portugis (Muhammad Yusoff, 1989: 275). Kehadiran
penghijrah yang diistilahkan sebagai ‘orang dagang’ atau ‘orang perantau’ di Melaka
pada waktu itu adalah antara sebab utama peningkatan jumlah penduduk Melaka.
Kemajmukan masyarakat Melaka pada waktu itu terserlah apabila 84 jenis bahasa
dituturkan dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Kemunculan masyarakat
majmuk didorong oleh peranan sosio-ekonomi yang dimainkan oleh negeri Melaka
pada waktu itu.

Penghijrah atau ‘orang asing’ di Melaka boleh dibahagikan kepada dua (Muhammad
Yusoff, 1989: 310).

1. Kumpulan pertama (Tentera dan mubaligh)

a. Mereka yang diupah sebagai tentera kerajaan Melaka.

b. Orang Jawa, Parsi dan golongan pendakwah Islam yang menjadi ulama
dan guru kepada orang Melaka.

2. Kumpulan kedua (Pedagang dan pelombong)

a. Pedagang yang menjalankan aktiviti jual beli.

b. Turut menyebarkan agama Islam dan Kristian dalam kalangan penduduk


tempatan.

c. Pelombong bijih. Kelompok pedagang dan pelombong ini kebanyakannya


datang dari negara Arab, Parsi, Cina, India, Nusantara dan Eropah.
8 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Dalam kalangan penghijrah ini, sebahagian daripada mereka menetap terus di Melaka
sementara selebihnya hanya menjadikan kota pelbagai budaya ini sebagai tempat
persinggahan untuk menjalankan aktiviti dagangan. Kelompok yang menetap di
Melaka ini berperanan dalam menambahkan lagi bilangan kumpulan etnik di Tanah
Melayu, khususnya Melaka yang pada awalnya dihuni oleh ramai orang Melayu.

Pertemuan dan pertembungan budaya di Melaka berperanan dalam melahirkan


budaya majmuk, suatu fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu (Shamsul,
2012: 31 – 32). Kelompok orang asing yang menetap di Melaka berinteraksi dengan
penduduk tempatan dan cuba mengenali adat resam serta kepercayaan mereka
(Zaid, 2010: 39). Sebagai kelompok minoriti, mereka menghormati kebudayaan
Melayu dan belajar bertutur dalam bahasa Melayu. Orang Melayu yang membentuk
kumpulan majoriti pada waktu itu menyesuaikan diri dengan keadaan yang
berubah tetapi mengekalkan identiti kemelayuan mereka. Walaupun budaya serta
kepercayaan asing masuk ke Tanah Melayu, orang Melayu tidak merasa terancam.
Ini menyebabkan hubungan etnik pada waktu itu dianggap mesra dan harmoni
(Faaland et al., 1991: 9).

Dalam kalangan kumpulan penghijrah, orang India adalah yang paling ramai
bilangannya. Mereka juga menduduki kelas istimewa berbanding kumpulan
penghijrah lain. Kedudukan istimewa orang India ini terbukti apabila ada kalangan
orang India yang diserapkan ke dalam sistem pentadbiran Melaka (Muhammad
Yusoff, 1989: 314). Selain orang India, penghijrah dari kepulauan Jawa turut diberi
kepercayaan untuk berkhidmat dalam sistem pentadbiran Melaka pada waktu itu.

Penghijrah yang menetap di Tanah Melayu lazimnya berkahwin dengan orang


tempatan. Malah Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah sendiri bernikah dengan
anak perempuan pemerintah China, Puteri Hang Li Po (Shamsul, 2012: 30).
Selain itu, seorang India Muslim telah menjadi menantu kepada Sri Nara Diraja
yang kemudiannya melahirkan zuriat Melayu berketurunan India dalam kalangan
pembesar dan kerabat diraja Melaka (Zaid, 2010: 43). Sifat penghijrah yang ‘lemah
lembut, pengaruh mereka yang kuat dari segi pemilikan harta dan sifat ketokohan
mereka’ menjadi daya tarikan kepada orang tempatan (Zaid, 2010: 39). Perkahwinan
campur ini bukan sahaja berlaku secara semulajadi tetapi juga didorong oleh faktor
peluasan pengaruh ekonomi dan aktiviti penyebaran agama.

Proses asimilasi dan amalgamasi ini akhirnya membawa kepada pembentukan


masyarakat baharu seperti Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab, Melayu
berketurunan India, Peranakan Jawi dan Serani (Serani juga dikenali sebagai
Kristang) (Zaid, 2010: 45 – 46). Baba Nyonya yang juga dikenali sebagai Peranakan
Cina adalah hasil proses akulturasi orang Cina dengan orang Melayu. Makanan,
pakaian dan bahasa mereka banyak dipengaruhi budaya Melayu tetapi pada masa
yang sama mereka mengekalkan identiti Cina terutamanya dalam aspek keagamaan
dan perkahwinan.

Melayu berketurunan Arab pula adalah komuniti yang terbentuk hasil daripada
perkahwinan campur antara orang Melayu dan Arab. Dikenali dengan gelaran
‘Syed’, orang Arab yang kebanyakannya datang dari selatan Semenanjung Arab
bertumpu di bahagian utara Tanah Melayu seperti Kedah dan Pulau Pinang. Mereka
kemudiannya berkahwin dengan orang tempatan bagi membantu penyebaran agama
UNIT 2 9
Dinamika masyarakat Malaysia

Islam. Kelompok masyarakat ini menggunakan nama klan mereka bagi memelihara
identiti Arab. Di Pulau Pinang umpamanya, terdapat lebih kurang lima puluh klan
Arab Melayu. Antara klan-klan tersebut ialah Bajunid dan Alhabshi.

Satu lagi komuniti campuran yang wujud hasil proses asimilasi dan amalgamasi di
Tanah Melayu ialah Melayu berketurunan India atau India Muslim. Komuniti ini
masih mengekalkan bahasa Tamil sebagai bahasa pertuturan tetapi pada masa yang
sama fasih berbahasa Melayu. Adat resam dan kepercayaan mereka juga banyak
dipengaruhi oleh kedua-dua budaya iaitu Melayu dan India. Masyarakat Peranakan
Jawi juga terhasil daripada perkahwinan campur antara orang India dan Melayu.
Beza komuniti ini dengan India Muslim ialah dari segi bahasa yang dituturkan.
Orang India Muslim lazimnya menggunakan bahasa Tamil dalam pertuturan harian
mereka manakala Peranakan Jawi lebih cenderung menggunakan bahasa Melayu.

Kelompok terakhir masyarakat yang terhasil daripada proses kahwin campur antara
kelompok penghijrah dan penduduk tempatan ialah masyarakat Serani. Orang
Serani terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dan
penduduk tempatan khususnya Melayu. Kebanyakan masyarakat Serani menganut
agama Kristian (Katolik Roman) manakala sebahagian kecil pula menganut agama
Islam. Kini, masyarakat Serani merujuk kepada mereka yang berkacukan darah
Eropah dan Asia.

Bagi penghijrah yang tidak menetap di Tanah Melayu, tahap interaksi mereka
dengan orang tempatan sangat terhad (Mohammad Yusoff, 1989: 311). Pedagang
Cina, umpamanya, tinggal di hotel-hotel yang berasingan serta berjauhan daripada
orang tempatan. Mereka ini mengasingkan diri daripada penduduk tempatan kerana
mereka tahu bahawa kehadiran mereka adalah bersifat sementara sahaja.

Aktiviti 2.2

Bincangkan adat resam dan kepercayaan masyarakat Baba Nyonya,


Melayu berketurunan Arab, Melayu berketurunan India, Peranakan
Jawi dan Serani.

Rumusan

1. Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah


kelompok penduduk terawal menetap di Malaysia sebelum
penghijrahan besar-besaran orang Melayu. Pada waktu itu, orang
Melayu merupakan kumpulan penghijrah yang kemudiannya
menguasai sistem politik dan ekonomi tempatan.
10 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

2. Kedatangan orang luar ke Melaka semasa zaman kegemilangan


Kesultanan Melayu ini menjadi titik tolak pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia.

3. Kerajaan Melaka mencapai zaman kegemilangan kerana


kedudukannya yang strategik, sistem pemerintahannya yang
terbuka, pentadbiran pelabuhan yang cekap dan keselamatan
maritim yang terpelihara.

4. Terdapat empat kelompok pedagang di Melaka iaitu Arab dan


Parsi; Cina dan India; Nusantara dan Eropah.

5. Kumpulan yang berhijrah ke Melaka boleh dibahagikan kepada


dua iaitu (1) kelompok tentera dan mubaligh dan (2) kelompok
pedagang dan pelombong.

6. Sebahagian penghijrah menetap terus di Melaka manakala


sebahagiannya pula hanya menjadikan Melaka sebagai pusat
menjalankan aktiviti perdagangan.

7. Penghijrah yang menetap di Melaka mempunyai tahap interaksi


yang tinggi dengan penduduk tempatan. Mereka cuba
memahami adat resam serta kepercayaan mereka. Penduduk
tempatan pula menerima kedatangan penghijrah ini tetapi
pada masa yang sama mengekalkan identiti mereka.

8. Pertemuan dan pertembungan budaya di Melaka berperanan


dalam melahirkan budaya majmuk, suatu fenomena sosial yang
istimewa dalam alam Melayu.

9. Ramai penghijrah yang menetap di Tanah Melayu berkahwin


dengan orang tempatan. Proses amalgamasi ini mengubah
struktur penduduk dan budaya kehidupan mereka.

10. Proses asimilasi dan amalgamasi ini membawa kepada


pembentukan masyarakat baharu iaitu Baba dan Nyonya,
Melayu berketurunan Arab, Melayu berketurunan India,
Peranakan Jawi dan Serani.

Latihan Kendiri 2.1

1. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada


kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

2. Jelaskan dua kumpulan penghijrah yang berbeza di Melaka.


UNIT 2 11
Dinamika masyarakat Malaysia

3. Bincangkan bentuk hubungan etnik semasa zaman Kesultanan


Melayu Melaka.

4. Nyatakan kumpulan masyarakat baharu yang terbentuk hasil


daripada perkahwinan campur antara kelompok penghijrah
dan penduduk tempatan.

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 2.1

1. Tamadun Cina

a. Penggunaan perkataan bahasa Cina dalam bahasa Melayu


seperti kapur, kurma dan cengkih.

b. Pengaruh makanan seperti makanan Baba Nyonya.

2. Tamadun India

a. Pengaruh makanan seperti capati, roti dhal dan kari.

b. Membawa kesenian yang diangkat oleh orang Melayu seperti


bangsawan dan wayang kulit.

c. Penggunaan bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu.

3. Tamadun Islam

a. Mengubah world view Melayu daripada kepercayaan


terhadap roh dan semangat kepada Allah yang Maha Esa,
Malaikat dan kitab suci.

b. Beberapa institusi Islam diperkenalkan seperti Pejabat Agama


Islam, Mahkamah Syariah dan Pejabat Mufti.

c. Penggunaan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu


seperti hakim, mahkamah, akal, tamadun, roh, iman, ilmu.
12 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

4. Tamadun Barat

a. Memperkenalkan cara pemakaian Barat

b. Membawa world view yang lebih bersifat terbuka.

c. Penerimaan muzik Barat.

Aktiviti 2.2

1. Baba-Nyonya

a. Bertutur dalam bahasa Melayu dan Hokkien.

b. Pakaian menyerupai orang Melayu seperti kebaya.

c. Mengamalkan agama tradisional Cina.

d. Masakan mempunyai pengaruh Melayu dan Cina.

e. Perkahwinan dipengaruhi budaya Cina yang diselang selikan


dengan lagu dondang sayang.

2. Melayu berketurunan Arab

a. Bertutur dalam bahasa Melayu.

b. Menganut agama Islam.

c. Mengekalkan identiti keluarga dengan menggunakan nama


keluarga seperti Bajunid.

3. Melayu berketurunan India

a. Bertutur dalam bahasa Tamil dan Melayu.

b. Menganut agama Islam.

c. Perkahwinan dipengaruhi budaya India dan Melayu.


UNIT 2 13
Dinamika masyarakat Malaysia

4. Peranakan Jawi

a. Bertutur dalam bahasa Melayu.

b. Salah satu cara mengekalkan identiti keluarga ialah dengan


menggunakan nama keluarga seperti Merican.

c. Menganut agama Islam.

d. Perkahwinan banyak dipengaruhi budaya India.

5. Serani

a. Berturut bahasa Kristang.

b. Mengamalkan ajaran Katolik.


14 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 2 15
Dinamika masyarakat Malaysia

2.2 Pembentukan Masyarakat Majmuk


Era Kolonialisme
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan peranan penjajah dalam pembentukan masyarakat majmuk di


Malaysia.

2. Menghuraikan kedatangan beramai-ramai penghijrah semasa zaman


penjajahan.

3. Mengambarkan struktur penduduk selepas penjajahan asing.

Pengenalan
Apabila kuasa Eropah mula menerokai tanah baharu, rantau Nusantara termasuklah
Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak turut menjadi tumpuan. Tanah Melayu
pertama kali dijajah oleh kuasa Eropah iaitu Portugis pada tahun 1511. Pada kurun
ke-15 dan 16, Portugis dan Sepanyol adalah kuasa Eropah yang berpengaruh dalam
memperkembangkan wilayahnya ke rantau Asia (Mardiana dan Hasnah, 2011: 27).
Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa asing
untuk tempoh 446 tahun: Portugis (1511 – 1641), Belanda (1641 – 1824), Inggeris
(1824 – 1957) dan Jepun (1941 – 1945) (Mardiana dan Hasnah, 2011: 27).

Dalam kalangan negeri-negeri Borneo pula, penjajahan kuasa asing tidak melalui
tempoh yang panjang seperti di Tanah Melayu. Di Borneo Utara (Sabah), penjajahan
kuasa asing bermula agak lewat dan hanya bertahan untuk 98 tahun sahaja. Ia
bermula daripada Syarikat Perdagangan Amerika Borneo (1865 – 1877) yang
memperoleh hak pajakan ke atas Borneo Utara pada 1865 yang kemudiannya
bertukar tangan kepada Persatuan Overbeck-Dent (1877 – 1881), dan diikuti oleh
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (1881 – 1941), Jepun (1942 – 1945) dan Inggeris
(1945 –1963) (Singh, 2003: 115 –164; Mohammad Agus, 2006: 206 –216). Tempoh
penjajahan di Sarawak pula adalah agak panjang sedikit berbanding Borneo Utara
iaitu selama 122 tahun. Penjajahan di Sarawak bermula dengan pemerintahan
keluarga Brooke (1841 – 1941) dan diikuti oleh penjajahan Jepun (1941 – 1945)
semasa Perang Dunia Kedua dan pemerintahan kolonial Inggeris (1945 – 1963).

Sepanjang penjajahan kuasa asing di rantau ini, sifat kemajmukan masyarakat


Malaysia semakin menebal apabila penjajah membawa masuk orang asing secara
beramai-ramai. Topik ini mengupas peranan yang dimainkan penjajah dalam
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Ia juga menyusuri perkembangan
dan bentuk hubungan etnik di Malaysia pada waktu itu.
16 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Kolonialisme dan masyarakat majmuk di malaysia


Dalam kalangan kuasa penjajah di Tanah Melayu, kerajaan kolonial Inggeris
memainkan peranan yang paling besar dalam membawa perubahan terhadap
kehidupan masyarakat tempatan. Ia telah mengubah struktur politik dan ekonomi
tempatan dengan memperkenalkan institusi serta sistem politik dan ekonomi moden.
Selain itu, penjajah Inggeris juga mengubah struktur masyarakat dengan membawa
masuk orang Cina dan India secara beramai-ramai.

Manakala di Borneo Utara pula, Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang giat
menjalankan aktiviti perdagangan di wilayah ini adalah kuasa asing yang paling
berpengaruh dalam mencorakkan kehidupan masyarakat di sini. Syarikat Berpiagam
ini telah menambah sifat kemajmukan masyarakat Borneo Utara dengan membawa
masuk orang Cina secara beramai-ramai bagi mengusahakan aktiviti perladangan.

Di Sarawak, keluarga Brooke yang memerintah untuk 100 tahun berperanan dalam
memperluaskan wilayah Sarawak yang pada mulanya hanya merangkumi bahagian
Kuching sehingga ke utara Borneo yang merangkumi bahagian Limbang dan Lawas.
Dalam pada itu, Brooke turut mengubah struktur masyarakat dengan membawa
masuk orang Cina secara beramai-ramai.

Memandangkan peranan serta pengaruh besar yang dimainkan oleh tiga kuasa asing
ini, bahagian seterusnya akan membincangkan peranan yang dimainkan oleh tiga
kuasa besar tersebut dalam pembentukan masyarakat majmuk di tiga wilayah yang
berbeza dalam Malaysia. Adalah dihujahkan bahawa perubahan yang berlaku dalam
struktur masyarakat dan sistem ekonomi serta politik di Malaysia banyak dipengaruhi
kolonialisme Barat yang bertapak sejak penghujung kurun ke-18.

Rajah 2.1 Sir James Brooke (Raja Putih Sarawak Pertama)


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/James_Brooke
UNIT 2 17
Dinamika masyarakat Malaysia

Rajah 2.2 Charles Brooke (Raja Putih Sarawak Kedua)


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Charles_Brooke,_Rajah_of_Sarawak

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu


Kehadiran kuasa Inggeris di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke-17 apabila
pedagang Inggeris menjalankan aktiviti dagangan di rantau Nusantara (Mardiana
dan Hasnah, 2011: 33). Walau bagaimanapun, kelibat Inggeris hilang seketika
apabila ia keluar dari Kepulauan Ambon pada 1675. Pada tahun 1730an, pedagang
Inggeris kembali ke Tanah Melayu dalam jumlah yang besar disebabkan kegiatan
perdagangan yang pesat di rantau ini. Pada 1778, adalah dianggarkan sejumlah 62
kapal Inggeris berada di Melaka dan ia meningkat kepada 65 pada 1780 (Mardiana
dan Hasnah, 2011: 33). Walaupun ia mempunyai kekuatan ekonomi, Inggeris tidak
mengambil pendekatan campur tangan dalam hal-ehwal tempatan pada waktu itu.
Dasar ini berubah pada lewat kurun ke-18.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula sejak pendudukan Inggeris di


Pulau Pinang (Shamsul, 2012: 34).Pada 1786, Francis Light berjaya memperoleh
persetujuan Sultan Abdullah untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada beliau untuk
dijadikan sebagai pos perdagangan. Sebagai ganti, Sultan dibayar 30,000 dolar
Sepanyol (Mardiana dan Hasnah, 2011: 34). Kehadiran Inggeris di Tanah Melayu
menjadi semakin kuat apabila Stamford Raffles berjaya menakluk Singapura pada
1819. Setelah merampas Singapura daripada Kesultanan Johor, Raffles mendirikan
pengkalan tentera Inggeris di situ (Mardiana dan Hasnah, 2011: 34).
Pada 1824, perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani yang membawa kepada
pembahagian rantau Nusantara kepada dua kawasan jajahan iaitu bahagian selatan
yang meliputi Tanah Melayu,Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei sebagai
tanah jajahan Inggeris dan kepulauan Indonesia pula berada di bawah takluk
Belanda. Perpecahan wilayah ini memusnahkan empayar Johor-Riau yang sebelum
itu mempunyai kuasa ke atas Johor, Singapura, kepulauan Riau, Sumatra, Pahang,
Melaka dan Selangor.
18 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Perjanjian Pangkor 1874 adalah peristiwa penting yang mengubah kuasa sultan serta
kerajaan Melayu. Inggeris mengambil kesempatan terhadap perebutan kuasa dalam
kalangan pihak istana dan konflik kongsi Cina sebagai peluang untuk bertapak
di Perak dan seterusnya negeri-negeri Melayu lain (Mardiana dan Hasnah, 2011:
35). Perjanjian Pangkor adalah jalan penyelesaian yang dibrokerkan oleh penjajah
Inggeris terhadap masalah dalaman negeri Perak. Perjanjian tersebut bukan sahaja
menyelesaikan konflik di Perak tetapi ia sebenarnya adalah perancangan tersembunyi
penjajah untuk menakluk negeri-negeri Melayu.

(a) Sultan Abdullah Muhammad Shah II (b) Sir Andrew Clark

Rajah 2.3 Perjanjian Pangkor 1874 ini ditangani oleh Sultan Abdullah Muhammad
Shah II dan Sir Andrew Clark
Sumber: (a) https://en.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Muhammad_Shah_II_of_Perak
(b) https://en.wikipedia.org/wiki/Andrew_Clarke_%28British_Army_officer%29

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu didorong oleh empat
faktor utama (Mardiana dan Hasnah, 2011: 35).

1. Inggeris mahu memonopoli perdagangan di Tanah Melayu terutamanya


perdagangan bijih yang diperlukan bagi menampung pengeluaran makanan
tin di Eropah pada waktu itu.

2. Inggeris yang dipengaruhi dasar imperialis cuba meluaskan tanah jajahannya.

3. Pesaingan kuasa penjajah lain seperti Belanda, Perancis, Itali, Russia dan
Jerman mendorong Inggeris untuk sama-sama memperluaskan wilayahnya.
UNIT 2 19
Dinamika masyarakat Malaysia

4. Inggeris bertindak untuk campur tangan dalam hal tempatan di Tanah


Melayu bagi menyekat kuasa asing lain daripada menembusi pasaran
ekonomi di Tanah Melayu. Justeru, campur tangan Inggeris membolehkannya
mendapat kuasa penuh ke atas urus tadbir negeri-negeri Melayu dan pada
masa yang sama menyekat kemasukan kuasa asing lain.

Setelah Inggeris berjaya menakluk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka, ia


menyatukan ketiga-tiga negeri ini di bawah sebuah pentadbiran yang dikenali
sebagai Negeri-negeri Selat. Ditubuhkan pada 1826, Negeri-negeri Selat diketuai
oleh Gabenor manakala negeri-negeri di bawah naungannya diketuai oleh Residen
(Mardiana dan Hasnah, 2011: 39). Pada 1895, sistem Residen diperluaskan ke
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Setahun selepas itu, keempat-empat
negeri Melayu tersebut disatukan di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ia
diketuai oleh Residen Jeneral yang melapor terus kepada Gabenor Negeri-negeri
Selat. Pada 1909, Perjanjian Bangkok ditandatangani antara kerajaan koloni Inggeris
dan Siam. Perjanjian ini memberi kuasa kepada Inggeris untuk menakluk negeri-
negeri bekas jajahan Siam iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Penasihat
Inggeris dilantik untuk setiap negeri-negeri ini yang dikenali sebagai Negeri-negeri
Melayu bukan Bersekutu termasuk Johor. Sultan mempunyai lebih banyak kuasa
dalam kalangan Negeri-negeri Melayu bukan Bersekutu kerana penasihat Inggeris
tidaklah begitu berpengaruh berbanding Residen. Penjajah Inggeris telah cuba
untuk menyatukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu
bukan Bersekutu tetapi digagalkan oleh penentangan berterusan Raja-raja Melayu.
Penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu lengkap dengan pembentukan Negeri-
negeri Melayu bukan Bersekutu.

Sistem Tahun Negeri-negeri Terlibat

Negeri-negeri Selat 1826 Pulau Pinang, Singapura dan Melaka


Negeri-negeri Melayu 1896 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Bersekutu
Negeri-negeri Melayu 1909 Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Bukan Bersekutu

Jadual 2.2 Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu


Sumber: Mardiana dan Hasnah (2011: 43)

Penjajahan Inggeris bukan sahaja mengubah sistem politik tempatan dan kuasa Raja
Melayu, ia juga mengubah kegiatan ekonomi negeri-negeri Melayu yang akhirnya
membawa kesan terhadap struktur masyarakat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini,
minat Inggeris terhadap perdagangan bijih menjadi faktor penting dalam campur
tangan mereka di Tanah Melayu. Nilai ekonomi Tanah Melayu semakin meningkat
apabila Inggeris memperkenalkan tanaman getah dalam kalangan negeri-negeri
di Pantai Barat. Dalam mengejar kepentingan komersilnya, Inggeris cuba untuk
meminimakan gangguan terhadap masyarakat Melayu (Shireen, 1998: 4). Atas dasar
inilah Inggeris membawa masuk ramai buruh dari China untuk mengusahakan
perlombongan bijih. Hal yang sama juga berlaku dalam sektor perladangan di mana
20 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Inggeris membawa masuk buruh dari India untuk mengusahakan tanaman getah.
Walaupun Inggeris mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dengan tidak campur
tangan dalam hal ehwal mereka, pihak Inggeris sebenarnya tidak mempunyai
rancangan untuk memajukan mereka. Malah, dasar kolonial pada waktu itu adalah
untuk memelihara kehidupan tradisi orang Melayu (Means, 1972: 36). Lantaran itu,
dasar membawa masuk buruh asing ini bukan dilihat semata-mata untuk memelihara
kehidupan masyarakat tempatan tetapi sebenarnya untuk melemahkan mereka.
Usaha ini dilakukan bagi memastikan kuasa politik dan ekonomi orang Melayu
dikekang supaya Inggeris dapat mengekalkan kuasa mereka di Tanah Melayu.

Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu


adalah orang Melayu yang menguasai sistem politik dan ekonomi pada waktu
itu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah yang bermula pada
pertengahan kurun ke-19 dan perusahaan getah pada awal kurun ke-20 membawa
kepada kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.
Menjelang 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu
(Furnivall et al., 1991: 9).

Berbanding era kegemilangan Melaka di mana kelompok penghijrah melalui proses


asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan, orang Cina dan India yang
datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 dan 20 mengekalkan kebudayaan serta
identiti masing-masing. Malah, kesetiaan mereka masih kepada negara asal (Azmah,
2001: 88 – 89). Kumpulan ini mengekalkan identiti mereka berbanding kelompok
yang datang semasa zaman kegemilangan Melaka kerana jumlah kemasukan mereka
adalah jauh lebih ramai. Justeru, mereka mampu membentuk komuniti mereka
sendiri yang mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan asal mereka. Selain
itu, kumpulan penghijrah ini juga beranggapan bahawa tujuan mereka ke Tanah
Melayu adalah bersifat sementara sahaja. Mereka hendak mencari rezeki di sini dan
kemudian kembali ke negara asal (Azmah, 2001: 89). Justeru, mereka tidak melihat
keperluan untuk memahami kebudayaan tempatan dan menjalin hubungan setia
kawan dengan mereka.

Semangat persefahaman dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai


etnik tetap terpelihara walaupun tiada proses asimilasi atau amalgamasi. Semasa
penjajahan Inggeris, usaha dijalankan supaya orang Melayu yang mudah memberi
dan mudah menerima tidak dicabar. Aturan ini, menurut Faaland et al., (1991: 9),
adalah kunci kepada hubungan etnik yang harmoni pada waktu itu.

Peningkatan kemasukan penghijrah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan


orang Melayu tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya
(Faaland et al., 1991: 9). Bagaimanapun, pada tahun 1940an, orang Melayu yang
dipimpin oleh Onn Jaafar dari Johor bangun untuk menentang penubuhan Malayan
Union (Kesatuan Tanah Melayu). Orang Melayu menentang kesatuan ini kerana ia
cuba menghapuskan taraf Raja, autonomi negeri dan hak orang Melayu.

Sebelum rancangan memperkenalkan Malayan Union, orang Melayu tidak dapat


bersatu untuk menentang penjajah. Walaupun pelbagai tentangan dilancarkan di
Naning, Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu, ia mudah dipatahkan
oleh Inggeris. Antara nama besar yang mengetuai tentangan terhadap penjajah ialah
Dol Said, Dato Bahaman, Tok Gajah dan Tok Janggut (Mardiana dan Hasnah,
UNIT 2 21
Dinamika masyarakat Malaysia

2011: 43). Perpecahan dalam kalangan orang Melayu menjadi faktor utama yang
membantutkan usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah pada waktu itu
(Faaland et al., 1991: 10). Namun demikian, semua ini berubah apabila cadangan
Malayan Union diutarakan. Orang Melayu mulai bergabung sehingga membawa
kepada penubuhan parti politik Melayu yang pertama iaitu Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) pada 1946. Parti Melayu ini menjadi tunggak utama
orang Melayu menentang Malayan Union dan seterusnya penjajah Inggeris bagi
mencapai kemerdekaan. Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan, walau
bagaimanapun, bukan sahaja digerakkan oleh orang Melayu tetapi juga oleh etnik
lain iaitu India dan Cina (Faaland, 1991: 11). Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan
Kongres India Malaysia (MIC) bergabung tenaga dengan UMNO untuk menuntut
kemerdekaan. Tidak dilupakan juga peranan yang dimainkan oleh kumpulan-
kumpulan minoriti lain seperti golongan haluan kiri dalam Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya (PKM) (Abu Talib, 2013). Walaupun
ramai pihak mempersoalkan peranan yang dimainkan kelompok ini dalam mencapai
kemerdekaan, segelintir ahli akademik menuntut pengiktirafan sumbangan mereka
(Abu Talib, 2013).

Rajah 2.4 Penentangan Malayan Union oleh orang Melayu


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union#/media/File:Protest_against_
Malayan_Union.jpg

Kerjasama antara tiga parti utama di Tanah Melayu ini diperkukuhkan lagi dengan
pembentukan gabungan parti yang dinamakan Perikatan pada 1952. Pemimpin
ketiga-tiga parti ini kemudiannya bersetuju untuk bernaung di bawah sebuah
negara baharu iaitu Malaya melalui sebuah kompromi yang dikenali sebagai “Tolak
Ansur Tahun 1957”. Kompromi ini menyaksikan orang Melayu memberi konsesi
berhubung taraf kewarganegaraan kepada penduduk bukan Melayu sementara
orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu (Faaland et
al., 1991: 11).
22 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Pada 1963, Tanah Melayu bersama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk
Persekutuan Malaysia. Idea pembentukan Malaysia ini dipelopori oleh Tanah Melayu
dan Singapura yang melihat gabungan kedua-dua negara ini sebagai jalan untuk
mematahkan pengaruh komunis di rantau ini. Memandangkan kemasukan Singapura
akan membawa kepada kebanjiran orang Cina ke Tanah Melayu, penyertaan Sabah
dan Sarawak diperlukan bagi mengimbangi kebanjiran ini. Walau bagaimanapun,
cadangan penubuhan Malaysia ini ditentang hebat oleh segelintir pihak di Sabah dan
Sarawak. Justeru, sebuah suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold
telah ditubuhkan pada 1962 untuk menilai pandangan penduduk kedua-dua negeri
terhadap cadangan Malaysia. Laporan Cobbold menyimpulkan bahawa majoriti
rakyat Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia manakala satu pertiga
pula menentang. Di sebalik laporan positif Suruhanjaya Cobbold, ada sesetengah
pihak yang mempersoalkan sejauh mana rakyat Sabah dan Sarawak benar-benar
memahami konsep Malaysia dan impaknya terhadap kehidupan mereka.

Di sebalik kritikan dan tentangan terhadap penubuhan Malaysia, ia akhirnya


direalisasikan pada 16 September 1963. Sebelum itu, Sabah dan Sarawak memperoleh
kemerdekaan terlebih dahulu pada 31 Ogos dan 22 Julai masing-masing. Manakala,
Singapura pula mencapai kemerdekaan dalam Malaysia pada 16 September 1963.
Dengan terbentuknya Malaysia, Sabah dan Sarawak menjadi dua antara empat
wilayah politik yang membentuk negara baharu ini. Dengan kata lain, Sabah dan
Sarawak tidak mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri di Tanah Melayu.
Sebaliknya mereka mempunyai kedudukan yang sama dengan Tanah Melayu dan
Singapura. Justeru, hak istimewa yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan
Perkara 18 bagi Sarawak diperuntukkan bagi mengiktiraf kedudukan kedua-dua
negeri ini sebagai kuasa besar dalam Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun,
selepas terkeluarnya Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada 1965, kuasa
istimewa Sabah dan Sarawak mulai ditarik balik. Tindakan kerajaan pusat menarik
balik hak istimewa ini menjadi faktor utama yang membawa kepada tuntutan untuk
keluar Malaysia yang dilaungkan oleh sesetengah pihak di Sabah dan Sarawak sejak
kebelakangan ini.

Selain tentangan dalaman di Sabah dan Sarawak, idea penubuhan Malaysia juga
ditentang oleh negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina. Indonesia menentang
pembentukan negara baharu ini kerana Presiden Sukarno merasakan Tunku
membelakangkan beliau dengan tidak membuat rundingan dengannya terlebih
dahulu. Selain itu, idea Malaysia juga membantut usaha Sukarno untuk membentuk
Indonesia Raya, sebuah gagasan politik yang ingin menyatukan Indonesia, Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei (Mardiana dan Hasnah, 2011: 85). Indonesia
menyatakan tentangan mereka dengan melancarkan konfrontasi dengan slogan
‘Ganyang Malaysia’. Ia berlarutan selama tiga setengah tahun dan berhenti apabila
Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suharto. Filipina pula menentang pembentukan
Malaysia kerana ia berpendapat bahawa Sabah adalah miliknya. Tuntutan Sabah ini
ditolak oleh Inggeris. Walaupun tuntutan tersebut berpanjangan sehingga ke hari
ini, ia tidak diendahkan kerana masyarakat Sabah sendiri mahukan Malaysia seperti
yang dinyatakan dalam Laporan Cobbold.
UNIT 2 23
Dinamika masyarakat Malaysia

Aktiviti 2.3

Bincangkan rentetan peristiwa yang membawa kepada pembentukan


Malaysia pada 1963.

Dinasti Brooke di Sarawak


Sebelum kedatangan Brooke, Sarawak adalah salah sebuah tanah jajahan Kesultanan
Brunei. Pada waktu itu, Sarawak hanya merangkumi bahagian Kuching sahaja. Ia
diperluaskan sehingga ke utara kepulauan Borneo iaitu Lawas semasa penjajahan
Brooke. Dengan kata lain, penjajahan Brooke telah memperluaskan sempadan
Sarawak dan pada masa yang sama mengecilkan wilayah jajahan Kesultanan Brunei.
James Brooke merupakan keluarga Brooke yang pertama sekali menjejakkan kaki
ke Sarawak pada 1841. Beliau memperoleh kuasa ke atas Sarawak daripada Sultan
Brunei setelah berjaya mematahkan tentangan penduduk tempatan terhadap
Pangiran Brunei (Faisal, 2012: 26). Setelah berjaya mendapatkan kuasa ke atas
Sarawak, Brooke memperluaskan tanah jajahannya secara berperingkat-peringkat
seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2.3.

Tanah jajahan Tahun

Batang Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka 1853


Muara Sungai Rejang 1853
Hulu Sungai Rejang — Oya, Tatau, Mukah dan Bintulu 1861
Baram 1882
Trusan 1885
Limbang 1890
Lawas 1905

Jadual 2.3 Peluasan tanah jajahan Brooke di Sarawak


Sumber: Faisal (2012: 26 – 27)

Pemerintahan Brooke bermula dengan James (1841 –1868) yang setelah kematiannya
pada1868 digantikan oleh Charles (1868 – 1917) yang merupakan anak kepada
kakaknya. Charles kemudian digantikan oleh anaknya Vyner (1917 – 1941) yang
merupakan Rajah Sarawak yang terakhir. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak
diserahkan kepada Inggeris walaupun tindakan ini mendapat tentangan penduduk
tempatan. Di bawah pemerintahan Inggeris, Sarawak kemudiannya memperoleh
kemerdekaan pada 1963. Ia kemudian membantu pembentukan Malaysia pada
tahun yang sama.
24 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Antara aktiviti ekonomi utama Sarawak semasa penjajahan Brooke ialah


perlombongan antimoni dan emas. Kegiatan perlombongan ini mendorong orang
Cina yang berada di Sambas, Indonesia untuk berhijrah ke Bau, Kuching bagi
mengusahakan perlombongan bijih (Leigh, 1974: 3). Pemerintahan Brooke yang
stabil dan kekacauan yang berlaku di negara China mendorong lebih ramai orang
Cina berhijrah ke Sarawak (Leigh, 1974: 3). Walaupun kebanyakan orang Cina
yang berhijrah ke Sarawak bekerja sebagai petani dan pelombong, mereka berjaya
menguasai aktiviti perdagangan dan juga pembalakan tidak lama selepas bertapak
di negeri ini. Penguasaan ekonomi orang Cina terserlah apabila mereka menjadi
kumpulan etnik yang paling berpengaruh dalam bidang ekonomi pada tahun 1970an
(Leigh, 1974: 3). Mereka juga menjadi kumpulan etnik yang kedua besar di Sarawak
selepas Iban (Leigh, 1974: 2). Ramai orang Cina bertumpu di kawasan bandar-
bandar besar seperti Sibu, Sarikei dan Kuching. Mereka membina sekolah mereka
sendiri dan menubuhkan persatuan yang berasaskan dialek. Kumpulan dialek yang
terbesar pada waktu itu adalah Hakka, Foochow, Hokkien dan Teochew. Dengan
membentuk komuniti tersendiri, orang Cina mampu mengekalkan identiti mereka
dan terus mengamalkan adat serta kepercayaan tradisi mereka.

Brooke turut menggunakan dasar pecah perintah dalam mengekalkan kuasanya


di Sarawak. Ia merekrut golongan aristokrat Melayu sebagai pemimpin tempatan
manakala orang Iban dijadikan sebagai bala tenteranya. Sebelum kedatangan Brooke,
orang Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan etnik pribumi. Hubungan
ini didorong oleh kegiatan perdagangan antara mereka. Walau bagaimanapun, kuasa
ekonomi orang Melayu disekat oleh Brooke manakala orang Cina didorong untuk
menjalankan kegiatan ekonomi sehingga mereka menjadi kuasa ekonomi baharu.
Dasar pecah perintah Brooke menyebabkan sektor ekonomi serta pekerjaan terbahagi
mengikut kumpulan etnik. Apapun, hubungan etnik di Sarawak pada waktu tersebut
masih baik dan harmoni.

Seperti di Tanah Melayu, penjajahan Brooke turut mendapat tentangan penduduk


tempatan. Pada 1853, kaum Iban dari Batang Lupar yang dipimpin oleh Rentap
melancarkan serangan ke atas kubu Brooke di Skrang. Tentangan ini berpunca
daripada tindakan Brooke menghapuskan amalan ‘ngayau’ atau potong kepala
yang sudah menjadi amalan tradisi etnik pribumi ini.Tentangan Rentap berterusan
hampir 20 tahun sehinggalah kematiannya pada 1870 (Baring-Gould dan Bampfylde,
2007: 169). Penjajahan Brooke turut ditentang oleh orang Melayu. Pada 1859,
Sharif Masahor dan Abdul Ghapur menjalankan plot untuk membunuh dua orang
pegawai Inggeris yang berkhidmat untuk Brooke di Mukah. Kedua-duanya berjaya
ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura. Tentangan orang Sarawak terhadap
penjajah tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia diteruskan apabila Rajah Sarawak
yang terakhir mengambil keputusan untuk menyerahkan negeri ini kepada penjajah
Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Pembunuhan Gabenor Inggeris Kedua Sir
Duncan Stewart oleh Rosli Dhoby pada 1949 adalah kemuncak tentangan orang
Melayu terhadap penjajahan Inggeris.
UNIT 2 25
Dinamika masyarakat Malaysia

Rajah 2.5 Rosli Dhoby


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Rosli_Dhobi

Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris di Sabah


Pada awal kurun ke-16, Borneo Utara adalah wilayah jajahan Kesultanan Brunei
(Singh, 2003: 5). Pada waktu itu, Sabah bukanlah sebuah unit politik yang kita
kenali pada hari ini. Ia terbahagi kepada beberapa jajahan yang dikuasai kerajaan
Brunei manakala kawasan pedalaman berada di bawah kuasa pemimpin tempatan.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila berlakunya perebutan kuasa dalam kalangan
waris Kesultanan Brunei pada 1662 hingga 1674. Sebagai jalan penyelesaian, campur
tangan Kesultanan Sulu dituntut. Setelah berjaya mencapai penyelesaian, bahagian
timur laut Borneo Utara diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Pada kurun ke-19,
Borneo Utara terbahagi kepada tiga wilayah:

1. Kawasan pesisir dari Kimanis ke Pandasan berada di bawah takluk Brunei.

2. Kawasan dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku dibawah kuasa


Kesultanan Sulu.

3. Selebihnya iaitu kawasan pedalaman kekal dalam tangan pemimpin tempatan


(Singh, 2003: 5 – 6).

Kesemua kawasan ini diserahkan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada
1881.

Kuasa Barat mulai bertapak di Sabah sejak awal kurun ke-19 lagi. Sebelum
kemunculan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, kuasa Barat yang pernah bertapak
di negeri bawah bayu ini ialah Amerika pada 1865 dan Persatuan Overbeck-Dent
dari Britain pada 1877. Selain itu, kuasa Barat lain seperti Sepanyol dan Belanda
turut menuntut Sabah sebagai kuasa takluk mereka (Singh, 2003: 140). Untuk
mengekalkan kuasanya di rantau ini, kerajaan koloni Inggeris bersetuju untuk
memberi kuasa kepada Dent untuk mentadbir urus Sabah bukan hanya sebagai
tanah pajakan. Untuk mentadbir Sabah, sebuah syarikat yang dikenali sebagai
26 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Syarikat Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada 1 November 1881 dan pada
1888, Sabah diberi status sebagai tanah lindungan Inggeris. Syarikat Berpiagam
ini kekal memerintah Sabah sehingga 1941 iaitu apabila tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Pada waktu itu, Sabah dijajah sementara oleh Jepun.

Syarikat Berpiagam diketuai Gabenor yang dibantu oleh Majlis Perundangan dan
perkhidmatan awam (Lim, 2008: 21). Ia dibentuk bagi mencapai dua objektif
utama. Pertama, Syarikat Berpiagam cuba menyediakan persekitaran yang stabil
bagi pelaburan dan perdagangan asing. Kedua, Syarikat Berpiagam dikehendaki
melindungi harta dan hak individu golongan peribumi serta tidak campur
tangan dalam hal-ehwal mereka. Walaupun Syarikat dibentuk untuk memelihara
kepentingan golongan peribumi, ia lebih mengutamakan kepentingan pemilik
sahamnya dan keuntungan ekonomi yang dijanjikan oleh sumber semula jadi yang
kaya di Sabah.

Di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam, kegiatan ekonomi tempatan khususnya


sektor perladangan telah dipergiatkan. Antara tanaman yang diusahakan ialah
tembakau, tebu, kopi dan ganja (Singh, 2003: 151). Walau bagaimanapun, Sabah
tidak mempunyai sumber buruh yang mencukupi untuk menampung perusahaan
perladangan secara besar-besaran. Pada 1887, anggaran penduduk di Borneo Utara
ialah 150,000 orang sahaja (Lim, 2008: 22). Kekurangan buruh bertambah teruk
disebabkan oleh berleluasanya amalan perhambaan dalam kalangan penduduk
tempatan. Penduduk tempatan beranggapan bahawa pekerjaan berupah adalah
lebih hina daripada bekerja sebagai seorang hamba. Oleh itu, Syarikat Berpiagam
membawa masuk buruh dari negara Cina untuk menampung masalah kekurangan
buruh. Dasar ini menyumbang kepada peningkatan orang Cina di Sabah yang
kemudiannya menjadi kumpulan etnik yang kedua besar selepas etnik Kadazan-
Dusun pada 1960 (Lim, 2008: 47).

Di Borneo Utara, penjajahan Syarikat Berpiagam mendapat tentangan hebat


penduduk tempatan yang diketuai Mat Salleh pada 1894. Mat Salleh adalah
keturunan campuran Bajau dan Sulu. Punca utama penentangan Mat Salleh
dan pengikutnya ialah dasar penjajah yang membebankan penduduk tempatan.
Tentangan ini, walau bagaimanapun, berjaya dipatahkan apabila Mat Salleh
dibunuh pada 1900. Satu lagi tentangan penduduk tempatan terhadap Syarikat
Berpiagam dilancarkan oleh masyarakat Murut pada 1915 di Rundum. Tentangan
ini diketuai oleh pemimpin Murut iaitu Antanum. Mereka menyerang pejabat koloni
di Pensiangan tetapi ianya berjaya dipatahkan. Pada waktu itu, Antanum berjaya
ditahan dan kemudiannya dibunuh (Mardiana dan Hasnah, 2011: 48).

Selepas penjajahan Jepun, Borneo Utara termasuk Labuan turut diserahkan kepada
kerajaan kolonial Inggeris.Pada waktu itu, Syarikat Berpiagam dilihat tidak mampu
membangunkan semula Borneo Utara selepas kemusnahan yang berlaku semasa
Perang Dunia Kedua. Tambahan pula, ramai negara di rantau Asia ingin menuntut
kemerdekaan daripada kuasa asing, justeru pemerintahan kuku besi Syarikat
Berpiagam dianggap bukan pilihan lagi. Penjajahan Inggeris tidak kekal lama
apabila Borneo Utara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Ia kemudian
membantu pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 (Mohammad Agus,
2006: 207).
UNIT 2 27
Dinamika masyarakat Malaysia

Aktiviti 2.4

Bincangkan kesan penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara


dan dinasti Brooke terhadap hubungan etnik di Borneo Utara dan
Sarawak.

Rumusan

1. Tanah Melayu telah dijajah oleh empat kuasa asing iaitu Portugis
(1511 – 1641), Belanda (1641 – 1824), Inggeris (1824 – 1957)
dan Jepun (1941 – 1945).

2. Sabah telah dijajah oleh Syarikat Perdagangan Amerika Borneo


(1865 – 1877), Persatuan Overbeck-Dent (1877 – 1881),
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (1881 –1941), Jepun (1942 –
1945) dan Inggeris (1945 – 1963).

3. Sarawak pula dijajah oleh keluarga Brooke (1841 –1941), Jepun


(1941 – 1945) dan Inggeris (1945 – 1963).

4. Penjajah telah meningkatkan lagi tahap kemajmukan masyarakat


di Malaysia dengan membawa masuk secara beramai-ramai
orang Cina dan India.

5. Berbanding dengan era kegemilangan Melaka di mana mereka


yang berhijrah melalui proses asimilasi dan amalgamasi, orang
Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu pada kurun
ke-19 dan 20 hidup secara berasingan dan mengekalkan
kebudayaan serta identiti masing-masing.

6. Semangat persefahaman dan keharmonian dalam kalangan


masyarakat pelbagai etnik tetap terpelihara walaupun tiada
proses asimilasi atau amalgamasi.

7. Dasar pecah perintah Inggeris telah menyebabkan kegiatan


ekonomi dan sosial masyarakat terbahagi berdasarkan
pengenalan etnik.

8. Di sebalik polarisasi etnik ini, masyarakat berbilang etnik dapat


bersatu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.
28 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

9. Pembentukan Malaysia pada 1963 pula mendapat reaksi yang


berbeza dalam kalangan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Walau
bagaimanapun, Laporan Cobbold mendapati majoriti penduduk
di kedua-dua negeri bersetuju terhadap cadangan pembentukan
Malaysia. Hasil laporan ini dijadikan asas pembentukan
Malaysia pada 16 September 1963.

10. Polarisasi etnik di Malaysia kekal selepas merdeka dan terus


menjadi cabaran besar dalam memastikan keharmonian
hubungan etnik di negara ini.

Latihan Kendiri 2.2

1. Senaraikan kuasa asing yang pernah menjajah Tanah Melayu,


Sabah dan Sarawak.

2. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong Inggeris menjajah Tanah


Melayu.

3. Bincangkan kesan penjajahan terhadap struktur masyarakat di


Malaysia.

4. Bincangkan punca tentangan segelintir masyarakat Sabah dan


Sarawak terhadap penubuhan Malaysia.

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 2.3

• 1961 — Tunku Abdul Rahman mengumumkan gagasan


Malaysia di Singapura.

• 1961 — Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia


ditubuhkan untuk memberitahu orang ramai mengenai
konsep Malaysia dan menyediakan memorandum mengenai
cara penubuhannya.
UNIT 2 29
Dinamika masyarakat Malaysia

• 1962 — Suruhanjaya Cobbold diwujudkan untuk mendapatkan


pandangan orang ramai di Sabah dan Sarawak mengenai
Malaysia. Hasil pungutan suara mendapati dua pertiga bersetuju
dengan penubuhan Malaysia. Antara pihak yang menentang
ialah Sarawak United People’s Party (SUPP).

• 1962 — Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan untuk


merangka perlembagaan baharu untuk Malaysia. Wakil daripada
Sabah mengemukakan 20 Perkara untuk melindungi hak serta
kepentingan mereka. Sebaliknya, wakil Sarawak tidak berbuat
demikian tetapi turut menyokong tuntutan wakil Sabah yang
kemudiannya diterima pakai di Sarawak.

• 1962 — Referendum diadakan di Singapura di mana 71 peratus


bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Pihak yang menentang
ialah Barisan Sosialis dan komunis.

• 1963 — MAPHILINDO ditubuhkan oleh kerajaan Indonesia


dan Filipina bagi menentang pembentukan Malaysia. Ini
memaksa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengkaji
semula Laporan Cobbold. Hasil kajian mendapati majoriti
rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju dengan penubuhan
Malaysia.

• 16 September 1963 — Malaysia diasaskan secara rasmi.

Aktiviti 2.3

1. Borneo Utara

a. Kemasukan beramai-ramai orang Cina, hasil dorongan


Syarikat Berpiagam, menambah lagi dinamika masyarakat
pelbagai etnik di Sabah.

b. Berlaku perkahwinan campur antara segelintir orang Cina


dengan penduduk tempatan yang kemudiannya melahirkan
kumpulan masyarakat baharu seperti Sino-Kadazan.

c. Orang Cina bergiat aktif dalam ekonomi manakala kelompok


pribumi menguasahakan kegiatan tradisional seperti
pertanian pindah dan perikanan.

d. Hubungan etnik agak baik walaupun polarisasi etnik adalah


agak tinggi.
30 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

2. Sarawak

a. Hubungan rapat antara orang Melayu dan pribumi Sarawak


disekat oleh Brooke bagi menyekat pengaruh orang Melayu.

b. Kemasukan beramai-ramai orang Cina ke kawasan bandar


menyebabkan mereka berupaya menguasai ekonomi
tempatan.

c. Brooke melaksanakan dasar pecah perintah dengan


menjadikan orang Melayu sebagai pemimpin manakala
orang Iban dijadikan bala tenteranya.

d. Polarisasi etnik semakin kuat apabila kegiatan ekonomi dan


sosial masyarakat terbahagi mengikut kumpulan etnik.

e. Hubungan etnik, umumnya, adalah baik walaupun tahap


polarisasi agak tinggi.
UNIT 2 31
Dinamika masyarakat Malaysia

2.3 Masyarakat Majmuk Era Pasca


Merdeka
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan isu-isu penting yang mempengaruhi hubungan etnik pada era


pasca merdeka.

2. Menerangkan langkah kerajaan mentadbir urus hubungan etnik pada era


pasca merdeka.

Pengenalan
Topik ini menggariskan isu-isu era pasca merdeka yang membawa impak besar
terhadap Malaysia. Ia turut membincangkan faktor-faktor yang membawa kepada
konflik etnik yang terburuk dalam sejarah negara pada 13 Mei 1969. Selepas itu,
perbincangan difokuskan kepada tindakan yang diambil kerajaan dalam menangani
krisis ini dan seterusnya mengembalikan hubungan harmoni dalam kalangan
masyarakat pelbagai etnik. Akhir sekali, topik ini mengupas kritikan terhadap
tindakan afirmatif yang diambil oleh kerajaan dan membawa perhatian anda kepada
cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negara kesan daripada pelaksanaan dasar ini.

Isu sosio-ekonomi
Kemerdekaan Tanah Melayu adalah sebuah kemenangan besar rakyat terhadap kuasa
penjajah. Justeru, pada tahun-tahun awal penubuhan negara baharu ini, semangat
nasionalisme dan solidariti masyarakat pelbagai etnik adalah sangat kuat. Semangat
ini, walau bagaimanapun, mulai terhakis apabila rakyat kembali menghadapi realiti
kehidupan yang diwarisi daripada zaman penjajah. Pembangunan sememangnya
rancak berjalan selepas negara mencapai kemerdekaan tetapi ia banyak tertumpu di
kawasan bandar walhal hampir dua pertiga penduduk masih berada di kawasan luar
bandar. Isu kemiskinan, agihan ekonomi yang tidak seimbang dan pembangunan
fizikal yang tidak sekata mendominasi wacana masyarakat. Isu-isu ini kemudiannya
menjadi pencetus kepada pergolakan etnik yang telah mengubah lanskap sosio-
ekonomi negara.

Pada awal zaman pemerintahan Inggeris, kegiatan ekonomi negara terbahagi kepada
dua kegiatan yang berbeza tetapi selari (Faaland et al., 1991: 5).

1. Melibatkan sektor pengeluaran secara besar-besaran yang diusahakan oleh


syarikat-syarikat Inggeris. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah
perlombongan bijih dan perladangan getah serta minyak sawit. Kegiatan
ini tertumpu di bahagian barat Tanah Melayu yang kaya dengan hasil bumi
32 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

dan tanah yang subur. Hasil ekonomi ini dieksport ke pasaran antarabangsa
melalui pelabuhan-pelabuhan utama di Singapura dan Pulau Pinang.
Keuntungan dan upah daripada kegiatan ekonomi ini adalah tinggi
berbanding kegiatan ekonomi lain. Kegiatan ekonomi ini meninggalkan
pengaruh moden yang memberi kesan besar terhadap budaya dan sistem
nilai setempat.

2. Bersandarkan kegiatan tradisi yang telah menjadi amalan penduduk


tempatan sejak berabad lamanya. Kegiatan tradisi ini adalah berasaskan
pertanian terutamanya penanaman padi, kelapa, kopi dan perikanan.
Sektor ekonomi ini tidak tersusun dan tidak berstruktur dari segi
perancangan pembangunan di peringkat nasional. Hasil kegiatan ekonomi
ini hanya digunakan untuk kegunaan tempatan dan tidak dijual ke pasaran
antarabangsa. Ianya tertumpu di kawasan utara dan timur Tanah Melayu.
Di pantai barat pula, kegiatan penanaman getah dijalankan dalam kalangan
pekebun kecil sahaja.

Disebabkan dasar pecah perintah Inggeris, struktur ekonomi negara terbahagi


mengikut kelas dan kumpulan etnik. Kelompok bandar lebih tertumpu kepada
sektor ekonomi moden seperti perlombongan dan perladangan getah dan sawit
manakala kelompok luar bandar pula terperangkap dalam sektor pertanian dan
perikanan. Pengelasan ekonomi juga berlaku dari segi etnik di mana orang Melayu
yang kebanyakannya menetap di luar bandar lebih tertumpu kepada kegiatan
ekonomi tradisi manakala kelompok Cina dan India mengusahakan kegiatan
ekonomi moden (Faaland et al., 1991: 6). Selain mengusahakan sektor ekonomi
tradisi, orang Melayu juga lebih cenderung terlibat dalam sektor perkhidmatan
awam baik di peringkat pusat mahupun negeri. Stratifikasi ekonomi berteraskan
kepada kumpulan etnik ini sudah lama terbentuk di Malaysia tetapi ia bertambah
ketara semasa penjajahan Inggeris (Faaland et. al., 1991: 8). Ketidakseimbangan
ini masih berterusan kerana kerajaan tidak mengambil pendekatan progresif untuk
menanganinya selepas mencapai kemerdekaan.

Pada era pasca merdeka, tahap pertumbuhan ekonomi negara sememangnya agak
menggalakkan. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
benar ialah 4.1 peratus bagi tempoh 1956 – 1960 dan meningkat ke 5.0 peratus
bagi tempoh lima tahun berikutnya (1961 – 1965). Pertumbuhan ekonomi yang
memberangsangkan ini berterusan pada tempoh 1966 – 1970 dengan catitan
5.4 peratus KDNK benar (Shamul, 2012: 67). Walaupun pertumbuhan ekonomi
agak menggalakkan pada waktu itu, limpahan ekonomi ini tidak dinikmati oleh
semua golongan masyarakat. Pada akhir tahun 1960an, hampir separuh daripada
rakyat Malaysia berada dalam kelompok kemiskinan iaitu sebanyak 49.3 peratus
(Shamsul, 2012: 67). Sejumlah besar golongan miskin ini berada di luar bandar
di mana majoriti daripada mereka adalah golongan Bumiputera. Pada 1970,
64.8 peratus orang Melayu adalah miskin berbanding dengan hanya 26.0 peratus
masyarakat Cina dan 39.2 peratus masyarakat India (data Semenanjung Malaysia
sahaja).
UNIT 2 33
Dinamika masyarakat Malaysia

Rusuhan Mei 1969


Dalam pilihan raya umum 1969, kerajaan Perikatan mengalami kekalahan teruk
tetapi masih dapat mengekalkan tampuk pemerintahan di peringkat pusat dan
sejumlah besar kerajaan-kerajaan negeri. Buat pertama kali sejak pilihan raya
umum diperkenalkan di negara ini, Perikatan gagal mempertahankan majoriti
dua pertiga kerusi Parlimen apabila ia hanya mampu menang 66 daripada 104
kerusi yang dipertandingkan (Comber, 2011: 130 – 131). Dalam kalangan parti
komponen Perikatan, Persatuan Cina Malaysia (MCA) mempamerkan prestasi
terburuk apabila ia hanya menang di 13 daripada 33 kerusi yang ditandingi.
Perikatan juga tewas di Pulau Pinang yang berjaya dirampas oleh Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan) sementara Kelantan pula terus kekal di bawah kerajaan
Parti Islam SeMalaysia (PAS). Pembangkang juga menang lebih daripada separuh
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan Perak. Tetapi keengganan
Gerakan untuk membentuk kerajaan gabungan dengan parti-parti pembangkang
yang lain membolehkan Perikatan terus mengekalkan kuasa di kedua-dua negeri
ini (Comber, 2011: 132).

Pada 11 dan 12 Mei, perarakan kemenangan telah diadakan di Kuala Lumpur


oleh dua parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dan Gerakan.
Menurut laporan rasmi, 196 kematian direkodkan dan lebih daripada 300 orang
cedera. Jumlah tangkapan mencecah hampir 10,000 orang di mana 5,561 orang
daripadanya didakwa. Namun demikian, menurut wartawan asing, angka kematian
dan kecederaan adalah lebih tinggi daripada angka rasmi yang dikeluarkan pihak
kerajaan.

Tunku Abdul Rahman menyalahkan komunis dan kongsi gelap Cina sebagai dalang
konflik 13 Mei (Comber, 2011: 142). Pendapat Tunku ini kemudiannya menjadi
pendapat rasmi kerajaan apabila ia dimasukkan ke dalam Laporan Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) yang ditugaskan untuk menyiasat punca konflik ini. Selain
itu, laporan ini juga mengenal pasti beberapa faktor lain yang menyumbang kepada
konflik etnik ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah tafsiran Perlembagaan yang
berbeza antara orang Melayu dan bukan Melayu, tentangan terhadap hak istimewa
orang Melayu, perasaan perkauman yang dimainkan semasa kempen pilihan raya dan
perarakan kemenangan pembangkang (Comber, 2011: 142). Pada 1970, kerajaan
mengemukakan faktor penyebab yang agak berlainan iaitu ‘sikap permusuhan dan
perasaan yang tidak seimbang antara kaum’ (Comber, 2011: 143). Pendirian ini
membawa kepada pengubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan beberapa dasar-dasar
lain yang bertujuan mengembalikan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.

Menurut Faaland et al., (1991: 13), rusuhan 13 Mei berpunca daripada masalah
struktur masyarakat di mana ketidakseimbangan ekonomi telah menimbulkan
rasa tidak puas hati kelompok majoriti Melayu. Keadaan ini bertambah tegang
apabila parti pembangkang mempersoalkan hak orang Melayu dan berkempen
secara ‘militan’ dengan tema ‘Malaysia untuk orang Malaysia’. Faaland et al.,
(1991: 13) mendakwa bahawa pengajaran utama peristiwa 13 Mei ialah ‘usaha
mencabar kedudukan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, sama
ada secara terbuka atau secara terselindung, sebelum orang Melayu dapat merasai
dirinya selamat dari segi ekonomi, tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Cabaran
sedemikian akan ditentang oleh orang Melayu...’.
34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Apapun faktor yang membawa kepada peristiwa 13 Mei, ia kekal menjadi titik
hitam dalam sejarah negara. Dalam tempoh pasca rusuhan, hubungan sosial antara
orang Melayu dan Cina terputus. Hubungan tegang ini mendorong kerajaan
memperkenalkan pelbagai dasar baharu yang berperanan untuk mengembalikan
hubungan harmoni dalam kalangan etnik dan juga memastikan agar peristiwa 13
Mei tidak berulang lagi (Comber, 2011: 151). Dasar-dasar ini mempunyai impak
besar dalam mengubah lanskap ekonomi, politik dan sosial negara.

Antara respon awal kerajaan terhadap peristiwa 13 Mei ialah dengan membentuk
sebuah ideologi nasional yang diharapkan dapat mengembalikan solidariti masyarakat
pelbagai etnik. Pada 31 Ogos 1970, ideologi kebangsaan yang dinamakan Rukun
Negara dilancarkan. Ideologi ini menerapkan unsur-unsur keislaman dan adat
kebudayaan tempatan (Comber, 2011: 151). Prinsip-prinsip yang terkandung dalam
ideologi nasional ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik
di Malaysia. Melalui ideologi ini, kerajaan berharap untuk memupuk semangat
nasionalisme negara dan bukannya nasionalisme etnik.

Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.

• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.

• Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang


kaya dan berbagai corak.

• Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi


moden.

Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Keluhuran perlembagaan

• Kedaulatan undang-undang

• Kesopanan dan kesusilaan

Rajah 2.1 Rukun Negara sebagai ideologi nasional


Sumber: Comber (2011: 152)
UNIT 2 35
Dinamika masyarakat Malaysia

Selain melancarkan ideologi nasional, kerajaan turut memperkenalkan Dasar


Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pendidikan
Kebangsaan 1974 digubal bagi meminda dasar 1961 yang tidak mengambil kira
keperluan membentuk identiti nasional dan perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik. Dasar sistem pendidikan terdahulu hanya meneruskan dasar
pendidikan yang menjadi amalan penjajah di mana setiap kumpulan etnik diberi
kebebasan untuk membangunkan sistem pendidikan mereka tersendiri. Ini memberi
ruang kepada munculnya pendidikan Inggeris, Cina, Tamil dan juga sekolah pondok.
Sistem pendidikan pada era penjajah yang diteruskan dalam era pasca merdeka ini
bertujuan untuk mengekalkan identiti etnik setiap kelompok masyarakat di Malaysia
tanpa mengambil kira kepentingan nasional (Mardiana dan Hasnah, 2011: 301).
Pindaan penting yang terkandung dalam Dasar Pendidikan 1974 ialah menjadikan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara. Selain itu, dasar tersebut juga menerapkan
penggunaan satu kurikulum yang sama untuk semua jenis aliran pendidikan serta
memperkenalkan pendidikan moral bagi pelajar bukan Islam.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula diperkenalkan pada 1971. Ia mempunyai


tiga objektif iaitu mengukuhkan perpaduan nasional melalui budaya, membentuk
identiti nasional melalui penerapan budaya nasional dan memperkaya kualiti
hidup dan kesejahteraan rohani melalui pembangunan sosio-ekonomi (Mardiana
dan Hasnah, 2011: 304). Dasar Kebudayaan Kebangsaan menggunakan budaya
tempatan khususnya Melayu dan Islam sebagai tunjang budaya nasional. Satu lagi
dasar penting yang diperkenalkan kerajaan selepas 13 Mei ialah Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang merupakan tindakan afirmatif untuk membetulkan ketidakseimbangan
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik khususnya orang Melayu. Dasar ini akan
dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

Selain memperkenalkan dasar-dasar baharu, kerajaan Perikatan turut berusaha


untuk memupuk solidariti politik dengan membentuk kerjasama dengan parti-parti
pembangkang. Usaha ini dilakukan dengan membesarkan gabungan parti daripada
tiga (UMNO, MCA, MIC) kepada sembilan (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP,
PAS, Gerakan Sabah, Pesaka dan SUPP). Gabungan yang diasaskan pada 1973 ini
dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

Dasar Ekonomi Baru: Menangani hubungan etnik dan kritikannya


Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk mencapai perpaduan nasional
menerusi serampang dua mata iaitu mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira
kumpulan etnik dan menyusun semula masyarakat bagi mengurang serta menghapus
pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan kawasan (Faaland et. al.,
1991: 12). Perpaduan nasional, menurut kerajaan, hanya boleh dicapai melalui
kesaksamaan ekonomi antara etnik menerusi program bantuan terhadap kumpulan
etnik yang paling memerlukan iaitu Bumiputera (Gomez dan Saravanamuttu, 2013:
6). Pendirian ini menjadi panduan asas dalam pelaksanaan DEB.
36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

DEB, pada dasarnya, digubal untuk menyelesaikan isu ketidakseimbangan yang


didedahkan oleh Peristiwa 13 Mei dengan menggunakan pendekatan ketidaksamaan
mendatar (Gomez, Saravanamuttu dan Maznah, 2013: 8). Pendekatan ketidaksamaan
mendatar melihat pembentukan masyarakat berdasarkan dimensi kumpulan tertentu
seperti etnik, agama atau kasta. Pendukung pendekatan ini berhujah bahawa
konflik etnik dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi hanya dapat diatasi sekiranya
bantuan ditujukan kepada kumpulan yang paling memerlukan bantuan (Gomez,
Saravanamuttu dan Maznah, 2013: 4).

Untuk mencapai matlamat serampang dua matanya, DEB dirangka untuk


mengurangkan tahap kemiskinan daripada 49.3 peratus (Semenanjung Malaysia
sahaja) kepada 16.7 peratus. Selain itu, DEB juga bermatlamat untuk mengurangkan
ketidakseimbangan dalam struktur guna tenaga; membentuk masyarakat perdagangan
dan perindustrian Bumiputera; meningkatkan pemilikan saham Bumiputera
kepada sekurang-kurangnya 30 peratus; meningkat penglibatan Bumiputera
dalam pemilikan sektor produktif; dan meningkatkan daya pengeluaran serta taraf
kehidupan golongan miskin di luar bandar (Faaland et. al., 1991: 70 – 71; Gomez,
Saravanammutu dan Maznah, 2013: 8).

Kemiskinan 1970 1990 2012

Bumiputera 64.8 20.4 2.2


Cina 26.0 5.4 0.3
India 39.2 7.6 1.8
Lain-lain 44.8 22.8 1.5
Malaysia 49.3 15.0 1.7

Jadual 2.4 Kemiskinan mengikut kumpulan etnik, 1970 – 2012


Sumber: Ragayah (2013: 39) dan Unit Perancang Ekonomi (21/1/2015)

Pada 1990 iaitu tempoh tamatnya DEB, banyak matlamat dasar ini tercapai. Kadar
kemiskinan berjaya dikurangkan kepada 15 peratus, suatu pencapaian yang lebih
baik daripada yang disasarkan iaitu 16.7 peratus. Kadar kemiskinan dalam kalangan
orang Melayu pula menurun dengan mendadak daripada 64.8 peratus pada 1970
kepada 20.4 peratus pada 1990. Kadar kemiskinan dalam kalangan etnik lain juga
menurun dengan begitu drastik sekali. Kejayaan pengurangan kadar kemiskinan
diteruskan sehingga negara menuju ke alaf baharu. Pada 2012, kadar kemiskinan
nasional ialah 1.7 peratus manakala kadar kemiskinan dalam kalangan pelbagai etnik
turun di bawah aras lima peratus. Pemilikan ekuiti Bumiputera turut meningkat
kepada 19.1 peratus pada 1990 dan 21.9 peratus pada 2008; suatu peningkatan
yang besar walaupun masih tidak mencapai sasaran 30 peratus. Pemilikan saham
Bumiputera pada 1970 ialah 1.5 peratus sahaja. Pencapaian yang paling besar DEB
dalam soal pemilikan saham ialah pengurangan saham asing daripada 63.4 peratus
pada 1970 kepada 25.4 peratus pada 1990 (Gomez, 2013: 89).
UNIT 2 37
Dinamika masyarakat Malaysia

1970 1990 2008

Badan amanah dan individu Bumiputera 2.4 19.2 21.9


Cina 27.2 45.5
36.7
India 1.1 1.0
Syarikat penama 6.0 8.5
Firma kawalan tempatan — 0.3 41.4
Asing 63.4 25.4

Jadual 2.5 Pemilikan saham syarikat terhad, 1970 dan 1990


Sumber: Gomez (2013: 89) dan Unit Perancang Ekonomi (2010: 148)

Walaupun DEB mencapai banyak matlamat yang telah disasarkan, ia turut


menimbulkan cabaran serta isu baharu (Gomez dan Saravanamuttu, 2013).

Pertama, DEB melahirkan ketidaksamarataan dari segi intra-etnik, wilayah (negeri)


dan kawasan (bandar-luar bandar). Sememangnya DEB telah berjaya mengurangkan
kadar kemiskinan khususnya masyarakat Bumiputera tetapi ia juga mewujudkan
jurang ekonomi yang besar dalam kalangan masyarakat Bumiputera. Kelompok
Bumiputera Sabah dan Sarawak telah terpinggir dari arus kemajuan dan jauh di
belakang berbanding orang Melayu (Aeria, 2013: 141). Ini menimbulkan rasa tidak
puas hati kelompok ini yang merasakan diri mereka seperti Bumiputera kelas kedua.
Rasa tidak puas hati ini kemudiannya menimbulkan sentimen nasionalisme etnik
dalam kalangan masyarakat Dayak dan Kadazan-Dusun.

Pencapaian pembasmian kemiskinan turut berbeza mengikut negeri dan ini telah
mewujudkan jurang yang besar antara wilayah serta negeri di Malaysia. Pada 1970
(data kemiskinan untuk Sabah dan Sarawak tidak ada), Kelantan adalah negeri
yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi iaitu 76.1 peratus, diikuti Perlis (73.9
peratus), Terengganu (68.9 peratus) dan Kedah (63.2 peratus). Negeri-negeri lain juga
mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu lebih daripada 40 peratus, kecuali
Selangor (29.2 peratus) (Ragayah, 2013: 36). Pada 1990, kadar kemiskinan semua
negeri menurun secara mendadak tetapi masih ada negeri yang mempunyai kadar
kemiskinan yang agak tinggi iaitu Sabah (34.3 peratus), Terengganu (31.2 peratus)
dan Kedah (30 peratus), sementara beberapa negeri lain seperti Selangor (7.8 peratus),
Pulau Pinang (8.9 peratus) dan Negeri Sembilan (9.5 peratus) mencatatkan kadar
kemiskinan yang jauh lebih rendah.

Kadar kemiskinan di setiap negeri terus mencatatkan penurunan pada 2012 tetapi
Sabah kekal sebagai negeri termiskin dengan peratusan kemiskinan 7.8 peratus.
Terengganu dan Kedah, walau bagaimanapun, berupaya keluar daripada kelompok
terbawah negeri termiskin dengan kedua-duanya mencatatkan peratusan kemiskinan
1.7 peratus. Tempat mereka diganti oleh Kelantan (2.7 peratus) dan Sarawak (2.4
peratus).
38 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

1970 1976 1990 2012

Johor 45.7 29.0 10.1 0.9


Kedah 63.2 61.0 30.0 1.7
Kelantan 76.1 67.1 29.9 2.7
Melaka 44.9 32.4 12.4 0.1
Negeri Sembilan 44.8 33.0 9.5 0.5
Pahang 43.2 38.9 10.3 1.3
Perak 48.6 43.0 19.3 1.5
Perlis 73.9 59.8 17.2 1.9
Pulau Pinang 43.7 32.4 8.9 0.6
Selangor 29.2 22.9 7.8 0.4
Terengganu 68.9 60.3 31.2 1.7
Sabah/W.P. Labuan — 58.3 34.3 7.8
Sarawak — 56.5 21.0 2.4
Malaysia 49.3 37.7 17.1 1.7

Jadual 2.6 Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1970 – 2012


Sumber: Ragayah (2013; 36), Jomo (2004: 4) dan Unit Perancang Ekonomi (21/1/2015)

Ketidaksamarataan juga wujud antara kawasan bandar dan luar bandar (Ragayah,
2013: 36). Usaha untuk membangunkan usahawan Bumiputera, umpamanya,
banyak memberi kelebihan kepada Bumiputera bandar manakala mereka yang
berada di luar bandar tidak mempunyai akses kepada peluang tersebut justeru
menyebabkan mereka terus terpinggir. Masyarakat luar bandar juga terpinggir
kerana mereka tidak dapat bersaing dengan Bumiputera bandar yang menikmati
kualiti pendidikan awal yang jauh lebih baik. Ini menyebabkan Bumiputera luar
bandar tidak mampu bersaing untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian
tinggi berbanding Bumiputera bandar. Kadar kemiskinan di luar bandar juga jauh
lebih tinggi berbanding kawasan bandar. Pada 1970, kemiskinan luar bandar di
Semenanjung Malaysia adalah 58.7 peratus manakala kemiskinan bandar adalah 21.3
peratus. Perangkaan untuk seluruh Malaysia tidak jauh berbeza enam tahun selepas
itu. Pada 1976, kemiskinan luar bandar di Malaysia adalah 50.9 peratus sementara
kemiskinan bandar adalah 18.7 peratus (Ragayah, 2013: 34).

Pada penghujung pelaksanaan DEB, kadar kemiskinan bandar-luar bandar


turun secara mendadak tetapi jurang antara kawasan ini kekal pada tahap yang
membimbangkan. Pada 1990, kemiskinan luar bandar adalah 21.8 peratus manakala
kemiskinan bandar adalah 7.5 peratus. Jurang kemiskinan bandar-luar bandar lebih
ketara di Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri ini masih mempunyai populasi
luar bandar yang besar. Walau bagaimanapun, jurang ini berjaya dikurangkan lebih
dari dua puluh tahun selepas itu. Pada 2012, kadar kemiskinan Malaysia di bandar
menurun kepada 1 peratus manakala kemiskinan luar bandar tidak jauh berbeza
pada 3.4 peratus.
UNIT 2 39
Dinamika masyarakat Malaysia

1970 1976 1990 2012

Semenanjung Malaysia 49.3 39.4 15.0 —


Luar bandar 58.7 47.8 24.7 —
Bandar 21.3 17.9 8.2 —
Sabah — 58.3 33.1 —
Luar bandar — 65.7 38.6 —
Bandar — 25.9 14.3 —
Sarawak — 56.5 31.9 —
Luar bandar — 65.0 37.3 —
Bandar — 22.9 8.2 —
Malaysia — 42.4 20.7 1.7
Luar bandar — 50.9 27.3 3.4
Bandar — 18.7 8.5 1.0

Jadual 2.7 Kemiskinan luar bandar dan bandar di Malaysia, 1970 – 2012
Sumber: Ragayah (2013: 34) dan Unit Perancang Ekonomi (21/1/2015)

Kedua, DEB gagal melahirkan usahawan Bumiputera dan meningkatkan ekuiti


saham kelompok ini. Pada 2009, tiada sebuah pun syarikat senarai awam yang
berada di kelompok 10 teratas di Malaysia yang dimiliki oleh Bumiputera walaupun
pelbagai bantuan serta sokongan telah diberikan oleh kerajaan. Dalam kalangan
syarikat industri pula, tiada sebuah pun syarikat yang berada di kelompok 20 teratas
di Malaysia yang dimiliki oleh Bumiputera. Selain gagal menghasilkan syarikat
Bumiputera yang besar dan berjaya, DEB juga gagal melahirkan syarikat tempatan
yang mampu mengusahakan sektor ekonomi baharu seperti teknologi maklumat, bio-
teknologi dan perkhidmatan perubatan. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam
membangunkan syarikat-syarikat tempatan yang aktif dalam sektor pembuatan. Pada
2009, syarikat-syarikat utama di Malaysia ialah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan
walaupun kerajaan giat melaksanakan dasar penswastaan. Syarikat milik kerajaan ini
pula tidak mempunyai kapasiti untuk bersaing, sebaliknya terus bergantung kepada
bantuan kerajaan (Gomez, Saravanamuttu dan Maznah, 2013: 12 – 13).

Ketiga, DEB melahirkan perdebatan mengenai hak dan identiti (Aeria, 2013;
Zawawi, 2013). Peminggiran Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kelompok
minoriti lain menimbulkan perdebatan mengenai hak mereka sebagai warganegara
dan keperluan memberi layanan istimewa kepada orang Melayu. Perdebatan ini
lazimnya mengambil pendekatan etnik seperti yang dimanifestasikan oleh gerakan
Hindraf yang didukung oleh kelompok minoriti India menjelang pilihan raya umum
2008. Di Sabah dan Sarawak pula, kesedaran etnik dalam kalangan masyarakat Iban
dan Kadazan-Dusun turut didorong oleh peminggiran mereka daripada program-
program DEB. Kini, rasa tidak puas hati Bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap
dasar ekonomi yang bersifat berat sebelah kepada orang Melayu membawa kepada
wujudnya tuntutan keluar dari Malaysia. Tuntuan ini agak ekstrim tetapi ia adalah
respon kelompok minoriti terhadap ketirisan dan ketidakadilan yang tercetus
daripada DEB.
40 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Sungguhpun DEB tamat pada 1990, tindakan afirmatif tetap diteruskan melalui
pengenalan dua lagi pelan ekonomi jangka panjang iaitu Dasar Pembangunan
Nasional (1991 – 2000) dan Dasar Wawasan Negara (1991 – 2010).Tetapi pada
2010, kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang cuba beranjak daripada
tindakan afirmatif agar ekonomi negara menjadi lebih kompetetif dan mesra
pasaran serta pelabur. Reformasi ekonomi yang diperkenalkan kerajaan merupakan
respon terhadap rasa tidak puas hati kumpulan minoriti yang terpinggir akibat
perlaksanaan tindakan afirmatif yang berpanjangan. Rasa tidak puas hati rakyat
dimanifestasikan dalam pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kerajaan BN
gagal mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan tumpas di lima
buah negeri. Model Ekonomi Baru, walau bagaimanapun, ditentang oleh segelintir
pertubuhan Melayu dan juga sesetengah pemimpin UMNO yang melihat hak
istimewa orang Melayu tercabar.

Aktiviti 2.5

Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil kerajaan


dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Isu dan cabaran


Dalam era pasca DEB, cabaran untuk menangani hubungan etnik bukan sahaja
berterusan, malah ia menjadi semakin kompleks dan mencabar. Walaupun DEB
berjaya mengembalikan kestabilan dan merancakkan pembangunan ekonomi, ia
juga menyumbang kepada peningkatan nasionalisme etnik dan polemik mengenai
hak serta keadilan. Gomez dan Saravanamuttu (2013: 23) dalam penulisan mereka
yang kritis mengenai pencapaian DEB telah menggariskan tiga isu dan cabaran
utama negara dalam konteks pasca DEB.

1. Ketidaksamaan mendatar (horizontal inequalities)

Perspektif ketidaksamaan mendatar (horizontal inequalities) yang didukung


DEB cenderung untuk meletakkan individu dalam kumpulan yang tidak
mengambil kira realiti semasa (Gomez dan Saravanamuttu, 2013: 23).
Dari segi realiti semasa, identiti individu dan kumpulan adalah dinamik,
tidak bersifat statik, seringkali bertindih dan sentiasa berubah. Sebaliknya,
ketidaksamaan mendatar mempunyai pandangan yang bersifat homogen
terhadap sesebuah kumpulan, justeru mengetepikan identiti individu,
perbezaan, perubahan dan juga jurang yang wujud dalam kalangan etnik
tersebut. Terma Bumiputera sendiri, umpamanya, ditentang penggunaannya
oleh kumpulan tersebut khususnya dalam kalangan Bumiputera bukan
Melayu di Sabah dan Sarawak (Zawawi, 2013: 307 – 8). Kelompok Iban,
Kadazan-Dusun dan Orang Ulu merujuk diri mereka sebagai minoriti
Bumiputera untuk membezakan diri mereka dengan kelompok Melayu
Islam yang lebih dominan.
UNIT 2 41
Dinamika masyarakat Malaysia

2. Konflik dalam etnik yang sama

Era pasca DEB mewujudkan bukan sahaja konflik antara etnik tetapi juga
dalam kalangan etnik itu sendiri. Tentangan sejumlah besar Bumiputera
Sabah dan Sarawak terhadap parti pemerintah yang didominasi oleh etnik
Melayu adalah manifestasi konflik dalam kalangan kelompok Bumiputera
itu sendiri. Manakala, di Semenanjung Malaysia pula, saingan sengit antara
UMNO dan PAS juga merupakan manifestasi perpecahan dalam kalangan
etnik Melayu yang semakin mendalam. Perbezaan kelas turut dirasai dalam
kalangan kelompok etnik Cina dan India di mana jurang antara yang kaya
dan miskin juga semakin ketara.

3. Perpaduan nasional terbantut menerusi DEB

Ketiga, DEB akan membantut perpaduan nasional dan memupuk


kepentingan etnik. Dasar yang menggunakan pendekatan ketidaksamaan
mendatar ini seolah-olah tidak mengiktiraf kewarganegaraan dan identiti
nasional kelompok bukan Melayu. Apabila ini berlaku, tentangan akan wujud
dan sentimen perkauman akan semakin menebal. Gomez, Saravanamuttu
dan Maznah (2013: 24) berpendapat bahawa tindakan afirmatif ini perlu
mempunyai had masa dan tidak diteruskan secara berpanjangan. Sekiranya
diteruskan, ia mampu menimbulkan ketegangan dan konflik.

Bukan itu sahaja, tindakan afirmatif seperti DEB akan membantut usaha Malaysia
untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020. Menurut Bank
Dunia, negara berpendapatan tinggi adalah negara yang mempunyai Keluaran
Dalam Negara Kasar (KNK) per kapita sebanyak USD12,615. Pada 2012, Malaysia
mencatatkan per kapita KNK USD9,820, suatu angka yang tidak jauh tersasar
daripada matlamat Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, kritikan yang dilemparkan
terhadap DEB dan pembangunan ekonomi negara pasca DEB menuntut persoalan
samada Malaysia mampu mencapai sasaran ini atau adakah ia akan dihambat oleh
perangkap negara berpendapatan menengah (middle income trap). Dalam laporannya
yang bertajuk “Middle-Income Trap: Economic Myth, Political Reality”, Yayasan Asia
menyimpulkan bahawa Malaysia bakal dirundung masalah middle income trap ini
(The Asia Foundation, 2014: 18 – 22). Laporan ini berhujah bahawa kemajuan
yang dicapai di Malaysia dilihat agak perlahan disebabkan oleh kekurangan inovasi
dan kemahiran, pelaburan yang rendah dalam sektor teknologi, penurunan tahap
kualiti pendidikan, kos buruh yang tinggi dan pertumbuhan pengeluaran yang
lembab. Faktor-faktor ini, menurut Yayasan Asia, adalah simptom middle income
trap. Yayasan tersebut menambah bahawa walaupun kerajaan telah memperkenalkan
dasar ekonomi yang bersifat progresif dan inovatif sejak kebelakangan ini, dasar-dasar
berkenaan hanya berperanan untuk mengatasi simptom-simptom middle income trap
dan bukannya menangani masalah struktur ekonomi yang bersifat kurang kompetetif.

Middle-income trap adalah suatu keadaan yang ditakuti kerana ia mengambarkan


sebuah negara yang tidak mampu bersaing dengan negara maju yang mempunyai
tahap inovasi yang tinggi dan negara membangun yang mampu menawarkan
harga buruh yang rendah. Untuk mengatasi middle income trap ini, Yayasan Asia
42 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

menegaskan bahawa Malaysia bukan sahaja perlu mentransformasikan sistem


ekonominya tetapi yang lebih penting, sistem politiknya. Ia menyarankan agar
kerajaan membuat anjakan daripada politik yang berteraskan etnik kepada yang
berteraskan keperluan, kawalan politik kepada demokrasi, budaya rasuah kepada
ketelusan dan akauntabiliti. Tanpa transformasi politik ini, Malaysia bukan sahaja
akan terperangkap dalam middle-income trap tetapi yang lebih teruk kelembaban
ekonomi negara mampu membawa kepada pergolakan etnik yang buruk.

Aktiviti 2.6

Jelaskan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap Dasar


Ekonomi Baru (DEB).

Rumusan

1. Disebabkan dasar pecah perintah Inggeris, polarisasi etnik kian


menebal dan struktur ekonomi terbahagi mengikut kumpulan
etnik.

2. Tahap kemiskinan dalam kalangan etnik khususnya Melayu


dan Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah amat ketara dalam
era pasca merdeka.

3. Pendapat rasmi kerajaan menyatakan bahawa 13 Mei tercetus


disebabkan polarisasi etnik dan ketidakseimbangan ekonomi
dalam kalangan etnik khususnya orang Melayu.

4. Selepas 13 Mei, kerajaan melaksanakan dua dasar penting yang


bertujuan mengembalikan keharmonian hubungan etnik.
Pertama, pelancaran ideologi nasional yang dikenali sebagai
Rukun Negara. Kedua, perlaksanaan dasar sosio-ekonomi jangka
panjang yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (1970 –
1990).

5. DEB mempunyai serampang dua mata iaitu membasmi


kemiskinan tanpa mengira etnik dan menyusun semula
masyarakat bagi menghapuskan pengenalan etnik mengikut
fungsi-fungsi ekonomi dan kawasan.

6. Umumnya, DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan


meningkatkan pemilikan saham Bumiputera.
UNIT 2 43
Dinamika masyarakat Malaysia

7. Walau bagaimanapun, pengkritik DEB berhujah bahawa ianya


mewujudkan ketidakseimbangan baharu iaitu ketidakseimbangan
dalam kalangan etnik itu sendiri khususnya Bumiputera,
ketidakseimbangan wilayah (negeri) dan ketidakseimbangan
tempat (bandar-luar bandar).

8. Selain itu, DEB juga gagal membentuk kelompok usahawan


Bumiputera yang berdaya saing dan memupuk sentimen
nasionalisme etnik yang kuat.

9. Cabaran baharu dalam era pasca DEB ialah mewujudkan


keadilan sosial serta menangani ketidakseimbangan etnik yang
semakin menebal.

Latihan Kendiri 2.3

1. Terangkan isu sosio-ekonomi yang menjadi cabaran negara


dalam era pasca merdeka.

2. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada peristiwa


13 Mei.

3. Terangkan setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

4. Bincangkan pencapaian serta kepincangan DEB.

5. Jelaskan kesan DEB terhadap hubungan etnik di Malaysia.

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 2.5

• Political will (kesanggupan politik) adalah penting untuk


memastikan setiap matlamat dasar ini akan dilaksanakan dan
sebarang tentangan terhadapnya dapat dipatahkan.

• Mengutamakan kepentingan nasional dan mengetepikan


kepentingan politik dan etnik yang sempit.
44 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

• Mengadakan lebih banyak dialog dengan pihak yang menentang.

• Mengalakkan lebih banyak penyelidikan mengenai dasar yang


bersifat inklusif seperti Model Ekonomi Baru dan impaknya
terhadap negara.

Aktiviti 2.6

• Ia mengwujudkan lebih banyak ketidakseimbangan etnik,


wilayah dan kelas.

• Ia gagal melahirkan usahawan serta syarikat Bumiputera yang


benar-benar berjaya.

• Ia gagal meningkatkan ekuiti saham kelompok Bumiputera.

• Ia gagal memupuk perpaduan nasional, sebaliknya ia


meningkatkan lagi sentimen nasionalisme etnik.
UNIT 2 45
Dinamika masyarakat Malaysia

Rumusan Unit 2

Rumusan

Unit 2 membincangkan pembentukan masyarakat majmuk di


Malaysia sejak era Kesultanan Melayu Melaka hingga era pasca
merdeka. Ia juga mengupas pola hubungan etnik pada waktu
tersebut termasuklah peristiwa 1969. Adalah diharapkan melalui
pembacaan unit ini, anda mempunyai pemahaman mengenai
konteks pembentukan masyarakat majmuk yang ada di negara ini
dan cabaran yang dilalui untuk mengekalkan keharmonian serta
kestabilan.

Latar masyarakat majmuk dan hubungan etnik di Malaysia diharap


dapat menyediakan anda untuk perbincangan lebih mendalam dan
kritikal mengenai hubungan etnik di negara ini dalam konteks
semasa.
46 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 2 47
Dinamika masyarakat Malaysia

Cadangan Jawapan Latihan Kendiri

Maklum Balas

Latihan Kendiri 2.1

1. a. Kedudukannya yang strategik

b. Sistem pemerintahannya yang terbuka.

c. Pentadbiran pelabuhan yang cekap.

d. Keselamatan maritim yang terpelihara.

2. a. Kelompok tentera dan mubaligh.

b. Kelompok pedagang dan pelombong.

3. a. Proses asimilasi dan amalgamasi berlaku dalam kalangan


kelompok penghijrah dan penduduk tempatan.

b. Penduduk tempatan menerima kemasukan kelompok


penghijrah ini.

c. Ini menyumbang kepada hubungan etnik yang harmoni.

4. Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab, Melayu berketurunan


India, Jawi Peranakan dan Serani.

Latihan Kendiri 2.2

1. a. Tanah Melayu telah dijajah oleh empat kuasa asing iaitu


Portugis (1511 – 1641), Belanda (1641 – 1824), Inggeris
(1824 – 1957) dan Jepun (1941 – 1945).

b. Sabah telah dijajah oleh Syarikat Perdagangan Amerika


Borneo (1865 – 1877), Persatuan Overbeck-Dent (1877 –
1881), Syarikat Berpiagam Borneo Utara (1881 – 1941),
Jepun (1942 – 1945) dan Inggeris (1945 – 1963).

c. Sarawak pula dijajah oleh keluarga Brooke (1841 – 1941),


Jepun (1941 – 1945) dan Inggeris (1945 – 1963).
48 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

2. a. Inggeris mahu memonopoli perdagangan di Tanah Melayu


terutamanya perdagangan bijih yang diperlukan bagi
menampung pengeluaran makanan tin di Eropah pada waktu
itu.

b. Inggeris yang dipengaruhi dasar imperialis cuba meluaskan


tanah jajahannya.

c. Pesaingan kuasa penjajah lain seperti Belanda, Peranchis,


Itali, Russia dan Jerman mendorong Inggeris untuk
sama-sama memperluaskan wilayahnya.

d. Inggeris bertindak untuk campur tangan dalam hal tempatan


di Tanah Melayu bagi menyekat kuasa asing lain daripada
menembusi pasaran ekonomi di Tanah Melayu. Justeru,
campur tangan Inggeris membolehkannya mendapat kuasa
penuh ke atas urus tadbir negeri-negeri Melayu dan pada
masa yang sama menyekat kemasukan kuasa asing lain.

3. a. Dasar pecah perintah penjajah telah menambah kemajmukan


masyarakat Malaysia.

b. Kemasukan beramai-ramai orang Cina dan India adalah


didorong oleh kegiatan ekonomi penjajah.

c. Tahap polarisasi etnik agak serius di mana kegiatan ekonomi


dan sosial terbahagi mengikut kumpulan etnik.

4. a. Ia suatu bentuk penjajahan baharu oleh Tanah Melayu.

b. Sabah dan Sarawak akan dikuasai orang Melayu sepertimana


di Tanah Melayu.

c. Ada pihak yang mahu melihat gabungan yang lebih besar


antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Latihan Kendiri 2.3

1. a. Isu kemiskinan dalam kalangan etnik khususnya orang


Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

b. Polarisasi etnik yang agak tinggi disebabkan oleh pembahagian


kegiatan ekonomi dan sosial mengikut kumpulan etnik.
UNIT 2 49
Dinamika masyarakat Malaysia

c. Agihan ekonomi yang tidak seimbang.

d. Pembangunan fizikal yang tidak sekata.

2. a. Ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan etnik, wilayah


dan kelas.

b. Polarisasi etnik yang diwarisi sejak zaman penjajah.

c. Politik berteraskan etnik yang mendominasi kempen pilihan


raya umum 1969.

d. Pergolakan dalaman UMNO.

e. Perarakan kemenangan parti pembangkang.

3. a. Kepercayaan kepada Tuhan — Islam adalah agama


Persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan. Agama
menjadi tulang belakang kepercayaan masyarakat Malaysia.

b. Kesetiaan kepada Raja dan Negara — kesetiaan kepada Raja


dan Negara wajar diutamakan.

c. Keluhuran Perlembagaan — perlembagaan dibentuk


hasil kesepakatan semua orang, justeru semua pihak harus
menghormati dan mendukungnya.

d. Kedaulatan Undang-undang — undang-undang negara perlu


diterima dan dipatuhi kerana setiap warganegara adalah
sama di sisi undang-undang.

e. Kesopanan dan Kesusilaan — sifat warganegara yang


bersopan santun dan bersusila adalah penting dalam
mewujudkan masyarakat yang harmoni.

4. a. Pencapaian DEB — mengurangkan kadar kemiskinan


khususnya dalam kalangan orang Melayu; mengurang
ekuiti saham milik warga asing; membangunkan negara;
dan meningkatkan kemasukan pelajar Bumiputera ke
institusi pengajian tinggi.

b. Kepincangan DEB — gagal menstruktur semula masyarakat;


gagal menambah ekuiti saham Bumiputera; gagal melahirkan
usahawan dan syarikat Bumiputera yang benar-benar
berjaya; meningkatkan nasionalisme etnik; dan meningkatkan
ketidakseimbangan etnik, wilayah dan kelas.
50 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 2 51
Dinamika masyarakat Malaysia

Rujukan
Abu Talib Othman (2013) Aliran Kiri dalam Nasionalisme Melayu, 1945 – 57: Satu
Pemerhatian http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22910/024_051.
PDF (Akses 11 Jun 2015)

Aeria, A (2013) ‘Skewed economic development and inequality: The new economic
policy in Sarawak’ dalam Gomez, E T dan Saravanamuttu, J (eds.) (2013) The New
Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice,
Petaling Jaya: SIRD Press.

Azmah Abdul Manaf (2001) Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur:
Utusan Publications.

Baring-Gould, S dan Bampfylde, C A (2007) A History of Sarawak Under Its Two


White Rajahs 1839 – 1908, Kuala Lumpur: Synergy Media.

Comber, L (2011) Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Petaling


Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Faaland, Just et al., (1991) Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian
Ekonomi Orang Melayu, Shah Alam: Spektra.

Faisal S. Hazis (2013) Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in


Sarawak, Singapore: ISEAS Press.

Fazliyana Mustafa (2002) Kepentingan Kepimpinan Tun Perak dalam Kesultanan


Melayu Melaka, Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.

Gomez, E T (2013) ‘Nurturing Bumiputera capital: SMEs, entreprenurship and the


new economic policy’ dalam Gomez, E T dan Saravanamuttu, J. (eds.) (2013) The
New Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social
Justice, Petaling Jaya: SIRD Press.

Gomez, E T dan Saravanamuttu, J (eds.) (2013) The New Economic Policy in Malaysia:
Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Petaling Jaya: SIRD Press.

Gullick, J M (1978) Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jomo, K S (2004) ‘The new economic policy and interethnic relations in Malaysia’
United Nations Research Institute for Social Development. http://www.jomoks.org/
research/pdf/New_Economic_Policy.pdf (Akses 11 Jun 2015)

Kua Kia Soong (2007) May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of
1969, Petaling Jaya: SUARAM Komunikasi.
52 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Leigh, M (1974) The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Sydney: Sydney
University Press.

Lim, R (2008) Federal-State Relations in Sabah, Malaysia, Singapore: ISEAS Press.

Malaysia (1991) The Second Outline Perspective Plan, 1991 – 2000, Kuala Lumpur:
National Printing Department.

Means, G P (1972) ‘Special rights as a strategy for development’, Comparative Politics


5(1), October. 29 – 61.

Mohammad Agus Yusoff (2006) Malaysian Federalism: Conflict or Consensus, Bangi:


Penerbit UKM.

MStar (17 April 2010) Kumpulan Penyelidikan Dakwa Kerajaan Melayu Melaka
Diasaskan pada tahun 1278.

Muhammad Yusoff Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ragayah Haji Mat Zin (2013) ‘The new economic policy and poverty eradication in
Malaysia’ dalam Gomez, E T dan Saravanamuttu, J (eds.) (2013) The New Economic
Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Petaling
Jaya: SIRD Press.

Shamsul A B (2012) Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua, Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Shireen Mardziah Hashim (1998) Income Inequality and Poverty in Malaysia, Lanham:
Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

Singh, R (2003) The Making of Sabah 1865 – 1941: The Dynamics of Indigenous
Society, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

The Asia Foundation (2014) Middle-Income Trap: Economic Myth, Political Reality,
Kuala Lumpur: The Asia Foundation.

Unit Perancang Ekonomi (2015) Pendapatan dan Kemiskinan Isi Rumah,


http://www.epu.gov.my/household-income-poverty (Akses 21 Januari 2015)

Unit Perancang Ekonomi (2010) Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 –2015, Kuala
Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Zaid Ahmad (ed.) (2010) Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam: Oxford Fajar.

Zawawi Ibrahim (2013) ‘The new economic policy and the identity question of the
indigenous peoples of Sabah and Sarawak’ dalam Gomez, E T dan Saravanamuttu,
J (eds.) (2013) The New Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic
Inequalities and Social Justice, Petaling Jaya: SIRD Press.

You might also like