You are on page 1of 43

UNIT 5 i

Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Unit 5

MPU 3113/03
Hubungan Etnik

Cabaran dan
Pemupukan
dalam Mezahirkan
Keharmonian
ii WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

PANEL KURSUS
Ketua Penyelaras Kursus: Dr. S. Nagarajan
Penulis Kursus: Puan Rabikha Hasni bte Suparman
Pereka Instruksi: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi
Ahli Panel Kursus: Puan Rabikha Hasni bte Suparman, Puan Irmadura Ramli dan Dr. Ooi Chia Yi

PENYELARAS KURSUS
Puan Rabikha Hasni bte Suparman

PENILAI KURSUS LUARAN


Professor Dr James Chin Ung Ho, University of Tasmania

PRODUKSI
Penyunting Dalaman: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi dan Encik Khoo Chiew Keen
Pereka Grafik: Cik Audrey Yeong

Universiti Terbuka Wawasan adalah institusi pengajian tinggi bukan berunsur keuntungan pertama
di Malaysia yang didedikasikan kepada pelajar dewasa. Organisasi ini dibiayai oleh Yayasan
Pendidikan Wawasan, sebuah entiti yang dikecualikan dari cukai yang ditubuhkan oleh Parti
Gerakan Malaysia, dan disokong oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust, badan-badan
kebajikan, koperasi, orang ramai dan peruntukan dari kerajaan Malaysia.

Penyediaan bahan kursus universiti ini dibiayai oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment
Trust.

© 2015 Universiti Terbuka Wawasan

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,
disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang
cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada
pihak penerbit Universiti Terbuka Wawasan.

Universiti Terbuka Wawasan


(KPT/JPT/DFT/US/P01)
Wholly owned by Wawasan Open University Sdn. Bhd. (700364-W)
54, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Tel: (604) 2180333 Faks: (604) 2279214
E-mel: enquiry@wou.edu.my
Laman web: www.wou.edu.my
UNIT 5 iii
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Kandungan
Unit 5 Cabaran dan Pemupukan
dalam Mezahirkan
Keharmonian
Ringkasan unit 1

Objektif unit 1

5.1 Cabaran dan implikasi hubungan etnik di 3


Malaysia

Objektif 3

Pengenalan 3

Faktor konflik di Malaysia 4

Cabaran pengukuhan hubungan etnik 5

Cadangan jawapan untuk aktiviti 13

5.2 Pencapaian hubungan etnik 15

Objektif 15

Pengenalan 15

Kejayaan hubungan etnik di Malaysia 16

Usaha kerajaan dalam hubungan etnik 18

Cadangan jawapan untuk aktiviti 32

Rumusan Unit 5 33

Rumusan kursus 35

Cadangan jawapan latihan kendiri 37

Rujukan 39
iv WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 5 1
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Ringkasan Unit

D alam unit ini menjelaskan kepada anda berkenaan dengan isu, cabaran dan masa
hadapan hubungan etnik di Malaysia. Keanekaragaman suku kaum, agama dan
budaya menjadikan masyarakat di Malaysia ini unik kerana dapat hidup bersama
dalam sebuah negara. Walau bagaimanapun, hakikat perpaduan pelbagai kaum yang
ada di Malaysia akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Hal ini tetap
akan berlaku walaupun pelbagai perancangan kearah memupuk perpaduan telah
dirancang dan dilaksanakan.

Topik 5.1 akan mendedahkan kepada anda mengenai masalah dan isu yang timbul
dalam hubungan etnik di Malaysia. Cabaran yang dilalui bukanlah satu perkara
baharu malah ianya telah wujud sejak Malaysia dijajah dan ianya beterusan sehingga
kini dengan insiden-insiden yang boleh menyebabkan kerenggangan serta mencabar
keutuhan perpaduan bangsa Malaysia. Tidak dinafikan walaupun Malaysia hampir
enam dekad pasca merdeka, namun masyarakat pelbagai kaum masih memilih
untuk berada dalam kelompok majoriti kaum masing-masing tetapi pada masa
yang sama tetap mengekalkan keharmonian dan perpaduan. Selain itu, kini media
sosial seperti Facebook dan Twitter telah menjadi satu platform terbuka dalam
membincangkan segala isu tanpa batasan dan ianya berpotensi menjadi punca kepada
ketidakharmonian antara kaum.

Seterusnya topik 5.2 akan menyentuh tentang pelaksanaan dan pencapaian dasar
kerajaan kearah penyatuan kaum dalam membentuk sebuah negara bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Kejayaan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat
membantu menyatukan penduduk berbilang kaum dan meletakkan landasan asas
bagi Malaysia dalam mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.

Objektif Unit
Di akhir Unit 4, anda akan dapat:

1. Menghuraikan latar belakang hubungan etnik di Malaysia.

2. Menjelaskan pelbagai cabaran yang dihadapi dalam jalinan hubungan etnik


di Malaysia.

3. Membincangkan isu-isu penting dalam aspek cabaran hubungan etnik.


2 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 5 3
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

5.1 Cabaran dan Implikasi Hubungan


Etnik di Malaysia
Objektif
Di akhir topik ini , anda akan dapat:

1. Menjelaskan cabaran sosial dalam yang dihadapi dalam mewujudkan


hubungan etnik.

2. Menghuraikan kestabilan politik yang perlu dicapai dalam memupuk


perpaduan kaum.

3. Menghuraikan cabaran ekonomi dalam pengagihan pendapatan yang


seimbang.

4. Mengenalpasti cabaran dari dalam dan luar akibat daripada proses globalisasi.

Pengenalan
Sebelum kita membincangkan berkenaan dengan isu dan cabaran dengan lebih
mendalam adalah penting bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat
Malaysia terlebih dahulu. Ini kerana, anda perlu memahami terlebih dahulu
sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat yang ada kini. Apa yang
dialami kini merupakan refleksi proses sosial yang dilalui oleh masyarakat di mana
pembinaannya adalah bersama dasar dan polisi yang diperkenalkan dari semasa ke
semasa. Berdasarkan kepada sejarah negara kita, perpisahan yang wujud sebelum
merdeka berlaku secara fizikal ( Ahmad Ali Seman & Warti, 2013). Ini adalah akibat
daripada Dasar ‘pecah dan perintah’ yang telah diamalkan oleh kerajaan British dan
seterusnya telah merubah komposisi penduduk di negara tanah jajahan takluknya.

Dasar ‘pecah dan perintah’ telah menyebabkan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai ras dan kaum berpecah dan dimanipulasikan mengikut kepentingan British.
Ketiga-tiga kaum utama telah dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem
pendidikan yang berbeza-beza. Kesannya dasar ini telah menyebabkan perpaduan
dan perasaan hidup bersama tidak berlaku di Tanah Melayu.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan dasar pecah dan perintah telah menjadi strategi
yang paling berkesan dan efektif untuk menghalang kumpulan kecil di Tanah Melayu
untuk berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika pemerintahan British
yang menjadi tonggak utama goyahnya perpaduan antara kaum.
4 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Faktor konflik di Malaysia


Dalam merealisasikan hubungan etnik yang harmoni terdapat cabaran yang perlu
dilalui bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan. Cabaran yang dihadapi sama
ada dari dalam negara mahupun diperingkat global perlu ditangani dengan baik.
Berdasarkan senario semasa, banyak usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan
dengan memperkenalkan pelbagai dasar dalam menangani konflik yang terjadi.
Rajah 5.1 menunjukan beberapa faktor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam
masyarakat.

Prasangka

Etnosentrisme Perkauman

Faktor
perpecahan
dalam
masyarakat

Rasisme Diskriminasi

Stereotaip

Rajah 5.1 Faktor perpecahan dalam masyarakat

Perpecahan juga boleh berlaku apabila wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat,
kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya
hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar
daripada golongan miskin (Mansor 2006). Konflik juga berlaku disebabkan
oleh kerumitan menanggung kos hidup yang terus meningkat, perkhidmatan
awam yang kurang memuaskan, pengangguran, kemiskinan, keterpinggiran dan
ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan wujudnya
banyak kumpulan samseng. Justeru, isu-isu berkenaan secara tidak langsung telah
memberi kesan kepada masalah perpaduan dalam kalangan rakyat (Shamsul Amri,
2012).
UNIT 5 5
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Seterusnya konflik bukan sahaja disebabkan perbezaan budaya dan agama, tetapi
turut berpunca daripada faktor kemiskinan dan keterpinggiran. Contohnya,
rusuhan kaum di Kampung Medan, Selangor dikaitkan dengan isu kemiskinan
dan pembangunan (Mansor, 2006). Maka anda dapat menilai bahawa kerajaan
berperanan berat dalam pembentukan dasar dan polisi yang dapat mengagihkan
kekayaan negara secara saksama. Ini bertujuan untuk pencapaian keadilan sosial
dan keseimbangan ekonomi antara semua kaum di Malaysia.

Konflik yang berlaku ini jika tidak dikawal dan dibiarkan berterusan boleh
mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keamanan negara. Kesannya, akan
berlaku pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pendidikan, perumahan
dan pekerjaan.

Cabaran pengukuhan hubungan etnik


Malaysia di antara negara yang sentiasa berusaha mengekalkan keamanan antara kaum
dan sentiasa menjadi rujukan bagi negara-negara dunia lain. Walau bagaimanapun,
banyak tentangan yang telah dilalui oleh Malaysia dalam pengukuhan hubungan
etnik ini. Berikut adalah antara cabaran dan tentangan yang dihadapi oleh masyarakat
Malaysia:

Cabaran
sosial

Cabaran Jenis-jenis Cabaran


globalisasi cabaran politik

Cabaran
ekonomi

Rajah 5.2 Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia (Azman dan Kamarudin,
2012)
6 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Cabaran sosial

Isu yang terlibat dalam cabaran sosial dapat dilihat dalam beberapa keadaan iaitu
pemisahan petempatan, sistem pendidikan yang berasingan dan perbezaan agama,
kepercayaan dan budaya dalam kalangan etnik.

1. Pemisahan fizikal

Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada amalan pecah dan perintah
Inggeris terhadap tanah Melayu. Pengasingan penempatan iaitu kaum-
kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi iaitu
kaum Cina tinggal dikawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum India pula
diletakkan dikawasan perladangan untuk aktiviti pertanian yang terletak
diluar bandar. Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diterima bekerja
dengan pejabat pentadbiran British (Ruslan Zainuddin, 2000). Pemisahan
fizikal ini menyebabkan kumpulan etnik itu tidak mempunyai peluang
untuk berinteraksi dan mendekati etnik lain dengan lebih dekat kerana
mereka tinggal di wilayah dan daerah yang berbeza. Hal ini menyebabkan
kerenggangan perhubungan antara kaum menjadi renggang. Hal ini telah
memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan
anggota etnik. Keadaan ini seterusnya akan membiak dan menimbulkan
prasangka, stereotaip dan terus mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli
sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

2. Sistem pendidikan yang berasingan

Dalam bidang pendidikan kerajaan British mengamalkan dasar ‘laiserz-faire’.


Menerusi pendidikan ini sistem pendidikan berkembang mengikut haluan
masing-masing dan kesannya empat sistem persekolahan yang berbeza telah
diwujudkan ketika itu. Masyarakat Melayu ketika itu dengan sekolah pondok
yang bersifat tradisional di mana kualiti pendidikan terhad. Sekolah kaum
Cina diusahakan oleh sukarelawan Cina, sekolah Tamil diuruskan oleh
kaum India dan sekolah Inggeris pula diuruskan oleh mubaligh-mubaligh
Kristian. Setiap kumpulan etnik menggunakan bahasa pengantar masing-
masing dan lokasi sekolah juga adalah berbeza mengikut sektor ekonomi yang
diceburi oleh kaum masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukan jurang
perbezaan penerimaan tahap pembelajaran di mana dapat dilihat fikiran dan
anspirasi setiap kaum berbeza di mana masing-masing mengambil berat aspek
mengagungkan tanah air sendiri seperti di negara Cina, India dan England.

Di sini dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan vernakular yang


diamalkan oleh Inggeris mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis
yang menebal dalam kalangan kaum di Tanah Melayu. Pendidikan pada
peringkat ini dilaksanakan tanpa garis panduan serta tidak menitikberatkan
objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Penekanan mereka adalah
untuk memberi pelajaran kepada segolongan rakyat agar dapat memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Objektif pemerintahan Inggeris adalah
bukan untuk mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar
menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.
UNIT 5 7
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, Inggeris, Arab, dan
Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk
semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum
(Zulhilmi Paidi dan Rohani A. Ghani, 2003).

Rajah 5.3 Masyarakat majmuk


Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Demografi_Malaysia

3. Perbezaan agama, bahasa dan kebudayaan

Dalam setiap kumpulan etnik pastinya mempunyai agama, kebudayaan


dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu terus dengan sistem hidup yang
berlandaskan kebudayaan dan tradisi mereka serta menganuti agama Islam.
Orang Cina kebanyakkannya beragama Buddha dan mengikuti ajaran
Confucius dan Taois. Orang India pula penganut agama Hindu. Etnik Cina
dan India datang dengan membawa nilai-nilai kebudayaan dari negara asal
mereka.

Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam negara


asal mereka. Kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan
kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan perasaan kumpulan etnik
masing-masing. Cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat
dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan, budaya dan agama
mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal
terhadap kebudayaan dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan
bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana
beranggapan ia akan mengurangkan identiti mereka jika terdapat yang lain
selain bangsa merekai.
8 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Semasa penjajahan Inggeris juga, akhbar adalah platform untuk


menyemarakkan semangat perkauman dalam kalangan pelbagai kaum yang
terdapat di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar diterbitkan berdasarkan keperluan
setiap kaum dimana akhbar-akhbar diterbit menggunakan Bahasa Melayu,
Mandarin, Tamil dan juga Inggeris.

Kaum Akhbar-akhbar yang diterbitkan

Melayu • Wanita Malaya


• Majlis
• Utusan Melayu
Cina • Lat Pau
• Nanyang Siang Pau
• Sin Chew Jit Poh
• Modern Daily News
India • Ulaga Nesan
• Tamil Nesan
• Tamu Murasu

Jadual 5.1 Akhbar terbitan semasa penjajahan Inggeris

Setiap akhbar ini berperanan melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan
ekonomi suku kaum masing-masing. Disamping itu, akhbar-akhbar ini
turut menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam
dan luar negeri. Jelaslah, penggunaan akhbar yang berbeza bahasa telah
menyebabkan semangat perkauman menebal yang boleh menyebabkan
berlakunya rusuhan kaum. Dengan itu, media massa perlulah menjadi
agen pemupukan perpaduan yang utama di Malaysia. Keberkesanan media
massa memainkan peranan penting bagi membina kesedaran dan galakan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Maklumat yang
disebarkan melalui media massa boleh memberi mesej perpaduan kerana
nilai-nilai perpaduan ini boleh dibentuk dalam rancangan televisyen, radio,
internet dan artikel di akhbar.

Rajah 5.4 Akhbar Majlis


Sumber: http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Tokoh_Bapawarta_PHOTO.htm
UNIT 5 9
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Rajah 5.5 Akhbar Lat Pau


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Singaporean_Mandarin

Aktiviti 5.1

Bagaimanakah media massa dapat berperanan sebagai agen


pemupukan perpaduan di Malaysia?

____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

Cabaran politik

Cabaran seterusnya ialah kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kaum.
Sejarah politik perkauman asalnya bermula di Eropah dan Amerika Syarikat.
Kewujudan parti-parti politik yang melibatkan perkauman merupakan satu kaedah
untuk menjulang bangsanya menjadi kuat dan berkuasa dalam kedudukan politik,
ekonomi dan sosial. Parti yang berasaskan perkauman hanya akan memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Malaysia tidak terkecuali dalam
politik perkauman kerana parti-parti politik yang memerintah negara sekarang
bernaung di bawah satu komponen yang sama dan setiap parti politik dalam
komponen itu masih lagi berasaskan perkauman (Azman dan Kamaruddin, 2012).
10 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Misalnya, parti UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu


dan Bumiputera yang lain. MCA ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum
Cina manakala MIC menjaga hak kaum India di Malaysia. Terdapat juga parti yang
membuka keahlian pelbagai pelbagai kaum dan bangsa seperti Parti Gerakan, DAP
dan PAS. Risiko yang perlu dihadapi jika politik perkauman ini terus diamalkan ialah:

1. Ancaman kepada kestabilan politik dan keamanan negara.

2. Jurang perkauman akan menjadi semakin melebar dimana parti politik


tersebut akan hanya memperjuangkan kepentingan kaum mereka sahaja.

3. Perasaan benci dan curiga akan terus disemai demi kepentingan politik.

Parti politik berasaskan kaum haruslah berusaha mengurangkan agenda-agenda


perjuangan perkauman mereka tetapi lebih memfokuskan kepada mencapai
perpaduan dan integrasi antara kaum. Elakkan daripada membincangkan isu seperti
bahasa, agama, kerakyatan kerana ini tidak menyumbang ke arah perpaduan.

Dalam aspek ideologi pula, fahaman nasionalisme sering memainkan peranan besar
dalam menyatukan rakyat tetapi fahaman nasionalisme yang sempit sering membawa
implikasi tidak baik dalam konteks perhubungan kaum (Dr. Zaid Ahmad, 2012).
Gejala seperti ekstremisme dalam melaksanakan sesuatu, cauvinisme atau taksub
dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak
betul serta fanatisisme dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan bahkan
menolak pandangan orang lain sekeras-kerasnya perlu dielakkan dalam usaha untuk
bersatu (Azman dan Kamaruddin, 2012).

Cabaran ekonomi

Dalam bidang ekonomi terdapat beberapa cabaran yang berlaku diantaranya ialah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Dalam kepesatan pembangunan di
Malaysia isu agihan pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Apa yang diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik
akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan masyarakat.

Kebanyakan orang Melayu terlibat dalam pertanian yang berteknologi rendah, orang
India menjadi buruh dan orang Cina dalam sektor perniagaan dan perdagangan yang
berteknologi moden. Dalam hal ini, cabaran paling utama ialah penguasaan ekonomi
oleh etnik tertentu yang mewujudkan jurang pendapatan yang besar antara etnik
(Ahmad Ali Seman dan Warti, 2013). Pola perbezaan ekonomi mengikut kaum ini
menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang. Akibat dari ketidakseimbangan
ini ialah setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Aktiviti ekonomi
yang berbeza ini menyebabkan setiap kaum ini utidak bertemu dan bergaul (Azman
dan Kamaruddin, 2012). Ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami
budaya dan adat resam kaum-kaum lain (Mardiana dan Hasnah, 2003). Kesannya,
semangat perkauman akan meningkat ekoran kurangnya interaksi yang berlaku.
UNIT 5 11
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Perbezaan pekerjaan yang berlaku telah meluaskan lagi jurang antara kaum.
Ketidakseimbangan pendapatan berlaku sehingga terjadinya tuntutan setiap etnik
untuk mendapatkan hak yang munasabah. Penguasaan kaum tertentu dalam sesebuah
sektor tertentu dan kawasan tertentu telah mewujudkan polarisasi etnik yang menebal
sehingga perhubungan antara etnik menjadi terhad.

Negara Malaysia yang berbilang kaum ini hasruslah mempunyai model ekonomi
yang dapat memberi jaminan pengagihan yang saksama. Terdapat pelbagai strategi
yang boleh digunakan dalam memastikan keseimbangan dapat dicapai iaitu
dengan program kemahiran pekerjaan, membaiki mekanisme subsidi, menangani
diskriminasi dalam sektor pekerjaan, memperkemaskan perundangan dan lain-lain.

Cabaran globalisasi

Globalisasi merupakan dunia yang terbuka luas dan banyak memberi manfaat kepada
kehidupan manusia. Namun, yang menjadikannya satu cabaran besar kepada manusia
kini ialah dengan adanya pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada
perkembangan ini dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil
khususnya dalam konteks hubungan antara negara (Zaid Ahmad, 2012). Globalisasi
merupakan penjajahan halus sehingga melenyapkan nilai luhur dan pemikiran barat
diterima secara halus ke dalam masyarakat (Ahmad Ali Seman dan Warti, 2013).
Globalisasi yang ada sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu kuasa barat
kerana melalui globalisasi, corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan sosial barat
diketengahkan (Azman dan Kamaruddin, 2012). Kejayaan mereka ini dibantu oleh
masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik
dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi,
perpaduan, konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum.

Selain itu, perkembangan teknologi maklumat terutamanya jaringan media


sosial seperti Facebook merupakan platform yang boleh menyebabkan kestabilan
perpaduan di Malaysia menjadi rapuh. Manusia bebas bersuara dan adakalanya boleh
menyentuh sensitiviti masyarakat yang lain. Walau bagaimanapun, penggunaan
media sosial ini juga ada kebaikannya jika ianya digunakan untuk menyatupadukan
masyarakat Malaysia.

Berdasarkan senario di atas jelaslah menunjukan bahawa dasar pecah dan perintah
yang dilaksanakan oleh Inggeris telah menjadi penyebab utama kepada krisis dan
konflik hubungan etnik di negara kita. Situasi yang wujud sebelum merdeka telah
menimbulkan persoalan yang besar yang kemudiannya perlu ditangani oleh para
pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua. Ekoran persoalan tersebut
formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk
hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran , keperibadian
dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia dicari. (Ahmad Ali Seman dan Warti, 2013)
12 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Aktiviti 5.2

Dapatkah anda berikan aktiviti yang boleh digunakan dalam


Facebook dalam menyemai jalinan hubungan antara pelbagai kaum?

1. ________________________________________________
________________________________________________

2. ________________________________________________
________________________________________________

Rumusan

Jelaslah banyak cabaran yang sudah kita lalui dalam pembentukan


perpaduan di Malaysia. Sesungguhnya bagi mencapai perpaduan
yang kekal lama adalah perlu kita untuk bersatu padu dan teguh
berdiri menghadapi segala cabaran. Dalam memperbetulkan cabaran
dan halangan pembentukan perpaduan ini kerajaan dan juga rakyat
Malaysia perlu banyak bertoleransi. Dalam aspek sosial, kita dapat
lihat nilai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih
ketara dalam masyarakat majmuk menjadi bertambah sukar apabila
setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri. Dalam aspek politik, politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman
jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil
kira kepentingan semua pihak. Manakala cabaran ekonomi, dapat
dilihat apabila kerajaan telah melaksanakan pelan tindakan yang
amat baik iaitu dengan pengenalan kepada Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan disamping
meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Cabaran ini tidak hanya terhenti disini, perjalanan yang akan


kita lalui masih jauh lagi. Oleh itu, cabaran ini perlu ditangani
bersama oleh penduduk berbilang kaum secara berhemah supaya
keharmonian dapat dikekalkan di Malaysia.
UNIT 5 13
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Latihan Kendiri 5.1

1. Bagaimanakah sistem pendidikan yang berasingan boleh


menyebabkan jurang antara kaum?

_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

2. Bagaimanakah parti politik perkauman boleh dikekalkan di


Malaysia?

_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

3. Senaraikan (3) tiga impak negatif yang akan berlaku sekiranya


politik perkauman ini tidak dibendung.

a. ______________________________________________
______________________________________________

b. ______________________________________________
______________________________________________

c. ______________________________________________
______________________________________________

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 5.1

1. Media massa perlu melaporkan berita yang boleh memberikan


kesedaran tentang kepentingan hubungan etnik.

2. Industri perfileman perlu memaparkan isu perpaduan kaum


secara kreatif agar mudah difahami.
14 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

3. Sentiasa memaparkan ideologi dan dasar kerajaan yang


menyokong perpaduan antara kaum.

4. Laporan yang dibuat tidak memihak hanya kepada satu kaum


sahaja dan tidak menggambarkan kecurigaan sesuatu etnik
melebihi etnik yang lain.

Aktiviti 5.2

1. Aktiviti kebajikan yang dapat sama-sama membantu pelbagai


kaum.

2. Memberi kesedaran tenatng kepentingan menjaga hubungan


antara kaum.
UNIT 5 15
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

5.2 Pencapaian Hubungan Etnik


Objektif
Di akhir topik ini, anda akan dapat:

1. Mengenali aspek-aspek yang menjadi penentu kepada kejayaan hubungan


etnik.

2. Menghuraikan faktor-faktor kejayaan hubungan etnik di Malaysia.

3. Menjelaskan usaha dan dasar-dasar kerajaan bagi penyatuan perpaduan


kaum.

Pengenalan
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum,
agama dan budaya. Kehidupan toleransi dan menerima perbezaan dalam masyarakat
majmuk menjadikan Malaysia antara negara yang cemerlang dan berjaya dalam semua
lapangan. Kepentingan menjaga masyarakat majmuk ini ialah untuk mewujudkan
suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak tanggapan
negatif yang boleh menghancurkan perpaduan negara. Jalinan erat antara kaum
menjadi asas kehidupan yang tenteram dan dapat memakmurkan Malaysia.

Pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menentukan perpaduan kaum


di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang
ditadbirnya. Perpaduan amat penting dalam mengekalkan keharmonian dan
kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang dapat mengekalkan perpaduan
dan kestabilan merupakan negara yang mempunyai daya tahan dan jati diri yang
kukuh serta sukar ditakluki oleh negara asing. Konflik yang pernah berlaku di
Malaysia adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi
nasional. Oleh itu, adalah lebih baik agar perpaduan yang sedia ada ini dikekalkan.
Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan pelan tindakan bagi
mewujudkan serta mengekalkan perpaduan. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui
dua cara iaitu:

1. Integrasi

Integrasi merupakan proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam


kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial
dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
16 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

2. Asimilasi

Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti


diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang lebih besar.

Kejayaan hubungan etnik di Malaysia


Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum mempunyai acuan yang tersendiri dalam
kejayaan menjalinkan hubungan antara etnik. Atas faktor-faktor inilah Malaysia
telah menjadi negara yang harmoni dan hidup bersatu padu. Berikut merupakan
faktor-faktor dalam pembinaan masyarakat Malaysia:

Keazaman
politik

Penggunaan
Peranan
sains dan
Islam
teknologi
Faktor
kejayaan
hubungan
etnik

Peranan
Ekonomi
institusi
kukuh
berkaitan

Perkongsian
visi dan misi

Rajah 5.6 Faktor Kejayaan Hubungan Etnik

Keazaman politik

Kerajaan yang memerintah mempunyai misi dan visi untuk memupuk perpaduan
kaum. Kesedaran tentang kepentingan penyatuan penduduk telah membawa
kepada pengubalan pelbagai dasar yang dibentuk agar kerajaan berupaya memupuk
persefahaman dan memelihara kestabilan politik negara. Pemimpin negara dan
juga kerajaan yang memerintah mempunyai azam untuk mewujudkan negara yang
harmoni dengan membentuk pelan tindakan yang berkesan. Contohnya kerajaan
sedar akan kepentingan mempunyai satu bahasa rasmi yang boleh dijadikan sebagai
alat menyatupadukan semua penduduk di Malaysia. Justeru, kedudukan bahasa
UNIT 5 17
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 perlembagaan Persekutuan sebagai


bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, tetapi bahasa lain turut dilindungi dibawah
perkara ini dan boleh digunakan tanpa sekatan.

Peranan Islam

Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak
boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, 2005: 37). Konsep persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada
kenyataan bahawa kewujudan manusia yang berbagai etnik, bangsa dan keturunan
merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan. Malah
kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang melahirkan kepelbagaian budaya,
gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup
ini begitu indah untuk dikongsi bersama (Nazri Muslim, Nik Yusri, AhmadHidayat,
2011)

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik, setiap rakyat perlu hormat-
menghormati terhadap hak individu dan masyarakat. Fahaman seperti ekstremisme,
cauvinisme, fanatisisme, etnosentrisme, prejudis, stereotaip dan rasisme hendaklah
diketepikan (Wan Suhaimi dan Syed Mohammad Hilmi, 2007: 29 – 32).

Peranan institusi

Kerajaan mewujudkan pelbagai institusi bagi merealisasikan agenda dan cita-


cita kerajaan untuk membentuk kesepaduan sosial di Malaysia Antaranya ialah
Kewujudan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, dan Institut Latihan
dan Integrasi Nasional. Kedua-dua jabatan yang ditubuhkan ini bertanggungjawab
dalam memelihara perpaduan kaum di negara ini.

Perkongsian visi dan misi

Membina kesepaduan merentasi etnik memerlukan rakyat bersama-sama dalam


mencapai satu hala tuju. Dasar-dasar kerajaan yang dikemukakan bertujuan
membawa rakyat Malaysia mencapai matlamat keharmonian antara kaum. Rukun
Negara, Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 merupakan satu paksi utama pada
keseluruhan integrasi nasional. Walaupun terdapat cabaran, namun dengan adanya
visi dan strategi yang jitu, dilaksanakan pula dengan bertanggungjawab dan proaktif
oleh semua pihak, sudah pasti keharmonian yang dikongsi ini dapat bertahan.
18 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Pengukuhan ekonomi

Faktor ekonomi memainkan peranan yang penting dalam pemupukan perpaduan


kaum. Pepraduan kaum mampu merapatkan jurang perbezaan ekonomi.Iini terbukti
dengan pengenalan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak di
mana beliau berjaya melaksanakan pengagihan kekayaan dan pendapatan antara
semua kaum. Selain itu, pihak kerajaan berusaha meningkatkan taraf kehidupan
golongan miskin dengan memodenkan kawasan luar bandar.

Teknologi komunikasi dan media sosial

Hubungan etnik di Malaysia perlulah dipupuk dengan pemuafakatan kerana ia


mendukung jati diri kebangsaan. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
dengan mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan dapat memajukan
Malaysia. Media massa dan teknologi sebagai wahana penyatuan dapat membina
satu masyarakat yang progresif. Antara peranan yang dimainkan oleh teknologi
kamunikasi dan media sosial dalam pemupukan perpaduan ialah:

1. Menyampaikan agenda-agenda perpaduan kerajaan dengan lebih berkesan


menerusi televisyen, media sosial, radio dan internet.

2. Memupuk semangat perpaduan menerusi iklan-iklan seperti iklan Petronas


sempena perayaan Hari Merdeka. Iklan ini membawa nilai positif terhadap
masyarakat kerana mesej yang disampaikan mudah difahami.

3. Mengenengahkan tentang keunikan, kepelbagaian dan interaksi antara


kaum di Malaysia melalui rancangan-rancangan yang dipaparkan di
televisyen seperti drama dan dokumnetari seperti filem Sepet, Estet dan
filem-filem P. Ramlee.

Usaha kerajaan dalam hubungan etnik


Pembinaan negara bangsa

Keadaan Malaysia yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang


meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat bersama-sama memikul tanggungjawab
tanpa ada perasaan syak wasangka. Konsep Negara Bangsa boleh dipraktikkan bagi
mewujudkan masyarakat bersatu padu dan membina patriotisme yang tinggi. Dalam
erti kata lain, negara bangsa itu merupakan satu proses melahirkan bangsa baru,
yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan
oleh ikatan-ikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk
bangsanya. Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan
taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.
UNIT 5 19
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh
dihuraikan seperti berikut:

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan
yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah
dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia
dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Melangkah Ke Hadapan, 1999

Negara bangsa mempunyai lima faktor pemangkin iaitu:

1. Lingua Franca — bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam


perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara
Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa
rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan
utama masyarakat.

2. Integrasi — merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional


antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan dan politik.

3. Kewarganegaraan — membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat


bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa,
ekonomi dan politik boleh menyatupadukan rakyat.

4. Patriotisme — merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam


berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan
teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi
patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan
mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan
menghadapi cabaran mendatang.

5. Demokrasi — merupakan pemberian hak kepada semua warganegara


dalam memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan
keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa wujud apabila terdapat kefahaman
mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada
rakyat terlibat dalam pentadbiran negara.

(Pelan Induk Pendidikan 2006-2010)

Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah untuk mencapai status negara
maju. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan
adalah teras utama yang menunjangi konsep ini. Oleh sebab itu, pelbagai aspek
perlu diberikan penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan
20 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

kerana tanpa kesepakatan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah


pasti hasrat mencapai taraf negara maju menemui jalan buntu. Sekiranya komuniti
hari ini mampu bersatu hati dalam semua perkara, maka usaha untuk memajukan
negara menjadi semakin mudah. Hal ini demikian kerana kekuatan sesebuah negara
bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya semata-mata tetapi ia
turut dinilai melalui kekuatan moral yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat yang
mendiami di dalam sesebuah negara tersebut.

Dasar Pendidikan

Kaedah terpenting dalam mewujudkan perpaduan ialah menerusi pendidikan.


Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara adalah penting
bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-
kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam
sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi
kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta
nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Terdapat beberapa
kaedah bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:

1. Sistem persekolahan yang sama bagi semua kaum

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah umum


yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan
sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil
dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan
jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukansebagai dasar pendidikan
kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar
di semua peringkat sekolah.

2. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum


di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman antara kaum dengan yang lain dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.

3. Kurikulum yang sama

Kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita


negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara
disamping menghasilkan rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal
insan).
UNIT 5 21
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

4. Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan
bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan
peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui mata pelajaran
Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan
hormat-menghormati terutama dalam masyarakat berbilang kaum, agama
dan adat resam.

5. Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah


telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Dengan adanya sistem peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini
boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum disamping
mewujudkan keperibadian yang sama.

(Ahmad Ali Seman dan Warti, 2013: 275)

Kerajaan berusaha secara serius untuk menggubal satu sistem pendidikan


kebangsaan untuk Tanah Melayu selepas Pilihan Raya persekutuan 1955 dibawah
pimpinan Tun Abdul Razak. Pada ketika itu, Tun Abdul Razak menubuhkan satu
Jawatankuasa Pelajaran dan memberi cadangan penambahbaikan dalam sistem
pendidikan dengan itu maka wujudlah Penyata Razak 1956. Penyata Razak yang
dikemukakan pada 16 Mei 1956 mengesyorkan cadangan berikut:

Penyata Razak mencadangkan syor berikut

1. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan syarat


tidak menyekat bahasa dan budaya lain di Tanah Melayu.
2. Penubuhan dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa
kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar dan dikenali sebagai
sekolah umum. Bagi sekolah pengantar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris
dengan bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran dan dikenali sebagai
sekolalah jenis umum.
3. Penubuhan dua jenis sekolah menengah iaitu sekolah menengah umum
(bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris diajar sebagai
subjek wajib) dan sekolah menengah jenis umum (bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dan bahasa Melayu wajib diajar).
4. Sistem pendidikan sekolah menengah dibahagikan kepada tiga peringkat
berikut:

a. Sekolah menengah rendah (tiga tahun)

b. Sekolah menengah atas (dua tahun)

c. Sekolah pra universiti (dua tahaun)


22 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

5. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah
dan menengah dan bahasa lain boleh diajar sekiranya terdapat 15 murid
hendak pelajarinya.
6. Integrasi kaum boleh dicapai melalui penggunaan sukatan pelajaran yang sama
bagi semua sekolah dan kandungan buku-buku teks mesti berorientasikan
kehidupan di Tanah Melayu.
7. Semua guru akan diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional demi
menjamin kelancaran perkhidmatan guru dan Jemaah Nazir Persekutuan
harus ditubuhkan untuk memberi bimbingan profesional kepada guru-guru
berkenaan.

Jadual 5.2 Penyata Razak

Penyata Razak dibentangkan dan diluluskan sebulat suara oleh Majlis Perundangan
Persekutuan pada 7 Mac 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan pelajaran 1957.
Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk parti politik
kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas hati dan syak wasangka
terhadap kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru
Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah
untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.
Manakala Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa
kemajuan Sekolah Tamil akan terencat.

Akibat terlalu banyak penentangan terhadap Penyata Razak maka satu jawatankuasa
pula ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Hasil semakan dan kajian
semula yang dijalankan terhadap Laporan Razak, maka terhasilah Laporan Rahman
Talib pada tahun 1960. Jawatankausa Rahman Talib yang dipengerusikan oleh
Menteri Pelajaran, Dato Rahman Talib dianggotai oleh tiga tiga orang ahli MCA,
seorang ahli MIC dan empat orang ahli UMNO.

Laporan Rahman Talib mengesyorkan agar memperkukuhkan lagi integrasi sosial


pelajar pelbagai kaum dan memberi erti kepada pendidikan kebangsaan adalah
dengan mengadakan semua peperiksaan awam dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sahaja. Mulai tahun 1962, kelulusan dalam mata pealajaran bahasa Melayu
diwajibkan dalam peperiksaan Sijil rendah Pelajaran (SRP). Dalam Laporan Rahman
Talib , bahasa Melayu diberi keutamaan yang mana kelulusan dalam Sijil Rendah
Pelajaran adalah wajib. Hal ini bermaksud pelajar daripada kumpulan etnik akan
mengikuti satu bahasa yang sama (Najeemah, 2010: 156).

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menerusi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan
kepada perpaduan rakyat Malaysia. Selaras dengan akta ini, bahasa Melayu dijadikan
sebagai satu bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa pentadbiran dalam usaha
membina sebuah bangsa yang kukuh dan bersatu padu.

Untuk melahirkan ruang fizikal dan bukan fizikal yang dapat memupuk perpaduan
nasional, kerajaan memperkenalkan sekolah wawasan yang bertujuan untuk
menyediakan satu ruang sosial yang memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar
UNIT 5 23
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

daripada pelbagai etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalinkan hubungan


harmoni. Kerajaan turut mempromosikan Rancangan Integrasi Murid-murid
Sekolah Kebangsaan (SK) dengan murid-murid Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) Cina dan Tamil. Hal ini dilaksanakan menerusi aktiviti-aktiviti kokurikulum
tambahan dengan memanfaatkan sokongan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), Rukun Tetangga dan NGO setempat (Hazman Hassan, 2012).

Bukan setakat itu sahaja, malah pihak sekolah turut menawarkan subjek bahasa
Mandarin dan bahasa Tamil sebagai subjek elektif di sekolah aliran kebangsan.
Dengan adanya penawaran subjek tersebut disekolah diharapkan dapat memberikan
peluang kepada etnik lain mendalami bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai
bahasa kedua. Dengan pendedahan ini, diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada
proses perpaduan dan integrasi antara etnik.

Bagi peringkat pengajian tinggi, subjek Hubungan Etnik turut diperkenalkan sebagai
satu agen dalam memantapkan perpaduan dan mewujudkan masyarakat berintegrasi
ala Malaysia (Hazman Hassan, 2012).

Aktiviti 5.3

Nyatakan dua peranan sekolah dalam meningkatkan interaksi antara


etnik di sekolah.

1. ________________________________________________
________________________________________________

2. ________________________________________________
________________________________________________

Rukun Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 menjadikan kerajaan lebih serius dalam menjadikan


masyarakat Malaysia lebih bersatu padu. Kerajaan mula berusaha ke arah merangka
dasar-dasar pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara kaum.
Oleh itu, wujudlah Rukun Negara yang dijadikan sebagai ideologi nasional Malaysia
yang mana telah menggariskan lima prinsip utama, iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan


24 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Penggubalan Rukun Negara semestinya mempunyai objektifnya tersendiri. Berikut


disenaraikan objektifnya:

1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara


dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Masyarakat adil haruslah
bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan
sesuatu golongan terhadap yang lain.

2. Memelihara cara hidup demokratik iaitu perlembagaan negara yang


menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik
rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi
hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan
atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi
memusnahkan demokrasi.

3. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa
dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.

4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan


yang kaya. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam
dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.

5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains


dan teknologi moden Kita hendaklah mewujudkan sebuah masyarakat
progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras
dengan perkembangan teknologi terkini.

Jelaslah Rukun Negara menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting
kepada setiap anggota masyarakat Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok pelbagai etnik di negara ini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Salah satu asas kepada ketengangan kaum dan menjadi penghalang perpaduan ialah
ekonomi. Oleh itu, misi kerajaan ketika itu ialah melaksanakan dasar yang dapat
mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, berdaya saing, dinamik dan kuat dari
segi ekonomi. Maka, Dasar Ekonomi Baru digubal pada 1971. Dasar Ekonomi Baru
(DEB) telah disusun dan dijalankan dengan strategi serampang dua mata:

1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan


peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
UNIT 5 25
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

DEB yang dilancarkan oleh kerajaan berjaya meningkatkan taraf hidup semua kaum.
Antara usaha yang dilaksanakan mengurang dan membasmi kemiskinan terutama
di luar bandar ialah dengan mewujudkan pekerjaan kepada semua golongan dan
menambahkan pendapatan dan memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang
berpendapatan rendah sama ada dibandar atau luar bandar dengan meningkatkan
lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas contohnya dalam bidang pendidikan
seperti bantuan buku dan biasiswa. Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB
sangat berbeza kerana masyarakat bandar sahaja yang dapat menikmati kemudahan
asas perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar bandar
jauh ketinggalan. Memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan
kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan,bekalan air dan elektrik
sekaligus dapat mengecilkan jurang kemiskinan (Syed Ibrahim, 2007).

Pada ketika itu, kerajaan turut bertindak meluaskan lagi peluang pekerjaan bagi
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dalam strategi membasmi kemiskinan.
Kerajaan membuka peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan
dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah Inggeris. Semua kaum diberi akses bagi
menceburkan diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan
perindustrian.

Disamping itu, kerajaan juga telah menggalakkan penyertaan semua kaum dalam
sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti
perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan (Nazaruddin, 2004). Hasilnya
semenjak DEB dilaksanakan ekonomi telah maju ke hadapan. Strategi disebalik
pelaksanaan DEB ialah untuk membina ekonomi yang seimbang dari segi etnik
dengan menggalakkan produktiviti dibawah ekonomi bebas dan pasaran terbuka.
DEB itu sendiri perlulah dilihat sebagai satu dasar dimensi ekonomi dalam penujuan
ke arah satu masyarakat yang berjaya dan makmur (Mukhriz dan Khairy, 2004).

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilancarkan oleh Tun Mahathir pada
17 Jun 1991 bermatlamat untuk mengemaskinikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991 – 2000 telah digubal
berpandukan DPN. Dua objektif DPN ialah:

1. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana


masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan
lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi
berterusan.

2. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai


taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi aiaitu dari segi keadilan
sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.
26 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

DPN bertujuan untuk mewujudkan corak pembangunan yang seimbang yang


merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan


ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama


ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan;

3. Mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi


negara bagi menggalakkan perkongsian secara ladil dan saksama faedah
yang diperolehi dari pertumbuhan secara adil dan saksama untuk semua
rakyat Malaysia;

4. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan


jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara
negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat


menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai
nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan
bangga dan cintakan negara;

6. Memajukan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang


berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu
serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan
satu ekonomi perindustrian yang moden;

8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi,


perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada perlindungan alam sekitar
dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan
negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 dilancarkan semasa pemerintahan Tun Mahathir. Tujuan Wawasan


2020 dilaksanakan ialah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari segi
ekonomi,politik,sosial, spiritual, psikologi dan budaya pada tahun 2020. Semua ini
direalisasikan menerusi pencapaian sembilan cabaran seperti yang berikut:

1. Membentuk negara Malaysia yang bersatu padu serta satu bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
UNIT 5 27
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan


keyakinan terhadap diri sendiri, bangga akan apa-apa yang ada dan gagah
menghadapi pelbagai masalah.

3. Membentuk dan memperkembangkan masyarakat demokratik yang


matang, yang mengamalkan bentuk demokrasi Malaysia yang unggul,
berasaskan muafakat dan musyawarah serta dapat dicontohi oleh banyak
negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan


melahirkan warganegarayang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian
yang utuh dan didorong oleh standard etika yang paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran di mana


setiap rakyat Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan
kesetiaan mereka kepada sebuah negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya


cipta dan berpandangan jauh, iaitu masyarakat yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa hadapan.

7. Membentuk masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang


sertamasyarakat yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri.

8. Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang


melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.

9. Membentuk masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu


menghadapi persaingan bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.

Wawasan 2020 menamakan perpaduan etnik dan integrasi nasional sebagai


komponen utama dalam pembangunan negara. Dalam perspektif masyarakat
integrasi, Wawasan 2020 cuba mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang
memiliki matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Malaysia diimpikan sebagai
negara maju yang aman dan masyarakat berintegrasi. (Hazman Hassan, 2012)

Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dengan berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, 1Malaysia digagaskan
sebagai formula pelengkap dasar-dasar kerajaan yang lebih awal demi membantu
mencapai Wawasan 2020 jika diterapkan dalam sanubari rakyat Malaysia dan
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat (Hazman Hassan, 2012)
28 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Usaha melahirkan satu generasi rakyat 1Malaysia bukanlah merupakan satu proses
asimilasi yang mampu melenyapkan identiti kaum atau etnik dan digantikan dengan
satu identiti nasional seperti diamalkan di negar-negara lain. Sebaliknya, Gagasan
1Malaysia menghargai dan menghormati malah memelihara identiti dan keunikan
kaum dan etnik masing-masing selaras dengan kerangka persetujuan-persetujuan
yang telah tercapai dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan dan
kemudiannya menyerlah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Gagasan 1 Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan


yang wujud dikalangan rakyat Malaysia sebagai satu aset atau kelebihan yang patut
dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana keunikan itu membantu dalam usaha
meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara kepada tahap yang lebih tinggi.
Namun, perlu dijelaskan bahawa Gagasan 1 Malaysia dimajukan bersandarkan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan
dan program-program pembangunan yang disediakan bagi kaum bumiputra dan
bukan bumiputra akan terus disediakan berdasarkan peruntukan-peruntukan yang
sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua kaum dan etnik akan mendapat
pembelaan dan bantuan selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan yang digubal berteraskan semangat tolak ansur antara kaum (https://
www.academia.edu/7559172/LATARBELAKANG_Gagasan_1_Malaysia_adalah_
satu_gagasan_yang_diperkenalkan_oleh_YAB_Dato).

Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional

Bagi merealisasikan harapan kerajaan maka Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi
Nasional telah dibentuk dengan tanggungjawab untuk memupuk dan memelihara
perpaduan negara kita. Bermula dengan penubuhan MAGERAN, Jabatan Perpaduan
Negara ditubuhkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di Malaysia yang rapuh ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Penubuhan JPNIN bermatlamat:

Memupuk kesefahaman dan semangat muhibbah melalui jaringan dan interaksi


sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti
nasional.

Sehingga kini, pelbagai strategi dirangka bagi memupuk perpaduan dan


mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Antaranya melalui Pelan
Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2006-2010. Antara program utama
JPNIN ialah Rukun Tetangga, Skim Ronda Sukarela, Tabika Perpaduan, Kelab
Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara.
UNIT 5 29
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Rajah 5.7 Rukun Negara

Rajah 5.8 Logo Rukun Tetangga


Sumber: http://krt.kampungselamat.com/wp-content/uploads/2014/04/LogoRT.png

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, Malaysia


memerlukan dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadiaan
negara. Masyarakat Malaysia mempunyai kebudayaan yang tersendiri mewujudkan
keadaan di mana perhubungan antara kaum menjadi tipis, hidup berasingan
secara berkelompok-kelompok, nilai dan pandangan hidup yang berasingan serta
mengekalkan hidupnya kesetiaan kesukuan kepada negara-negara asal walaupun
sudah lama berada di negara ini. (Fuziah dan Ruslan, 2000). Pembentukan
kebudayaan kebangsaaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang
stabil dan bersatu padu.
30 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Pada asasnya pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:

1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

2. Memupuk dan memelihara keperibadiaan kebangsaan yang lahir daripada


kebudayaan kebangsaan.

3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan


kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosioekonomi.

Terdapat 3 prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai dasar Kebudayaan


Kebangsaan iaitu (Pejabat Perdana Menteri, 2015):

1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini. Rantau ini yang
merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia,
Melanesia dan Oceania sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian
utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan
pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak
zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan
tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca).

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip
ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi
pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa
berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.

3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.


Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah
negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau
dan menjadi agama anutan sebahgian besar umat di rantau ini.

Rumusan

Pelbagai cabaran yang dilalui telah mematangkan Malaysia dalam


mengendalikan masalah antara kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa
pelbagai cabaran yang timbul mungkin disebabkan oleh salah faham
antara satu sama lain. Oleh itu, usaha-usaha yang lebih proaktif
untuk memberi pemahaman kepada masyarakat perlu dilaksanakan
dan proses integrasi antara satu sama lain perlu diperluaskan lagi.
Usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar perpaduan seperti Dasar
Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi
Baru merupakan satu langkah yang bijak. Ideologi Rukun Negara
yang dilancarkan juga boleh dijadikan aspirasi kepada rakyat
UNIT 5 31
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Malaysia untuk terus bersatu padu dan mempunyai jati diri yang
kukuh. Tidak hanya pihak kerajaan sahaja yang berperanan malah
sokongan padu semua pihak secara berterusan dapat mengekalkan
perpaduan di Malaysia.

Latihan Kendiri 5.2

1. Apakah ideologi Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan


Malaysia untuk mewujudkan perpaduan antara kaum?

A. Dasar Ekonomi Baru (DEB)


B. Rukun Tetangga
C. Rukun Negara
D. Tabika Perpaduan

2. Apakah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi


kemiskinan tanpa mengira kaum?

A. Dasar Pembangunan Nasional


B. Dasar Pendidikan
C. Dasar Ekonomi Baru
D. Wawasan 2020

3. Manakah antara berikut, bukan objektif Dasar Kebudayaan


Kebangsaan?

A. Kebudayaan sebagai medium perpaduan bangsa dan negara.


B. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting
dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi.
C. Memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir daripada
kebudayaan kebangsaan.
D. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
keseimbangan kerohanian dalam pembangunan
sosioekonomi.
32 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

4. Apakah yang ditekankan dalam Akta Bahasa Kebangsaan Perkara


152 Perlembangaan Persekutuan?

A. Memartabatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi


Malaysia.
B. Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
di semua pusat pengajian tinggi.
C. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
D. Memperkayakan penggunaan bahasa Melayu disamping
bahasa ibunda untuk kaum yang lain.

5. Manakah antara berikut bukan matlamat Penyata Razak?

A. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,


bahasa perpaduan dan bahasa perantara di sekolah.
B. Mengeratkan perpaduan antara kaum.
C. Penegasan asas kepada pendidikan asas 3M.
D. Sistem pendidikan menengah dibahagikan kepada tiga
peringkat.

Cadangan jawapan untuk aktiviti

Maklum Balas

Aktiviti 5.3

1. Peranan guru dalam menggalakkan pelajar untuk saling


mengenali dan menghormati walaupun berbeza etnik.

2. Pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai


bersama seperti berkasih sayang, hormat-menghormati dan
sebagainya.
UNIT 5 33
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Rumusan Unit 5

Rumusan

Cabaran untuk menjadikan bangsa Malaysia yang harmoni perlulah


sentiasa berterusan. Dalam mewujudkan sebuah masyarakat
Malaysia yang berdaya saing, peranan pemimpin adalah penting
pada semua peringkat. Peranan masyarakat dan orang awam
juga tidak boleh diabaikan. Kerajaan Malaysia telah menggubal
pelbagai pendekatan dan dasar bagi memastikan wujudnya sebuah
masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Dasar, polisi, ideologi dan
pelan tindakan yang dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan
dan memajukan rakyat dan negara, mewujudkan keseimbangan
pembangunan ekonomi dan mewujudkan perpaduan, kerjasama,
keadilan, serta kesungguhan merentasi kaum.

Jelaslah, bagi memastikan negara kita dalam keadaan stabil dalam


politik dan ekonomi maka perpaduan kaum merupakan perkara
utama yang harus diberi perhatian. Kerajaan sentiasa prihatin dan
menagmbil berat terhadap isu perpaduan supaya keharmonian di
negara kita dapat dikekalkan. Jika cabaran tersebut tidak dikawal,
ia akan mengakibatkan pembentukan semangat perkauman
yang mendalam, prasangka dan mengukuhkan lagi semangat
etnosentrisme.

Oleh yang demikian, setiap kaum dan golongan serta semua pihak
perlu bekerjasama dalam mencapai usaha murni bagi menjamin
kehidupan sejahtera di tanah air kita yang tercinta.
34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 5 35
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Rumusan Kursus

Rumusan

Kursus MPU 3113/03 Hubungan Etnik direka khusus kepada


anda untuk lebih mengenali latar belakang dan sejarah hubungan
etnik di Malaysia. Modul ini member manfaat kepada anda dalam
menerapkan semangat perpaduan kaum dan sikap saling mengenali
dan menghormati perbezaan dalam kalangan masyarakat Negara
kita.

Modul ini telah dibahagikan kepada lima unit utama:

Unit 1 membincangkan latar belakang masyarakat majmuk, konsep


dan teori asas hubungan etnik. Untuk memahami dan mengenali
manusia sebagai makhluk social, konsep-konsep asas hubungan
social manusia difahami terlebih dahulu. Menerusi unit ini anda
juga diperkenalkan dengan keunikan budaya dan masyarakat di
Malaysia.

Unit 2 menyentuh aspek asal-usul pembentukan masyarakat plural


di Malaysia yang bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Konsep pluralism, asimilasi dan amalgamasi turut dibincangkan
dalam unit ini. Ini bertujuan untuk membolehkan anda
mempunyai pemahaman yang mendalam dan tepat sebelum proses
pembentukan masyarakat majmuk dibincangkan dengan lebih
lanjut. Perbincangan tidak hanya kepada ketika Zaman Kesultanan
Melayu Melaka sahaja malah menjangkau kepada Zaman kolonial
hinggalah kepada Pasca Merdeka.

Tumpuan Unit 3 adalah terhadap Perlembagaan dalam konteks


Hubungan etnik yang merangkumi konsep dan sejarah penggubalan
perlembagaan negara. Unsur-unsur dalam perlembagaan seperti
bahasa kebangsaan, agama, institusi beraja serta kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera turut dibincangkan.

Unit 4 memfokuskan kepada pembangunan politik, ekonomi


dan sosial. Dalam unit ini perbincangan melibatkan usaha-usaha
kerajaan laksanakan dalam menjamin keharmonian masyarakat
kekal selamanya.

Akhir sekali, perbincangan dalam Unit 5 menjurus kepada cabaran


dan isu yang telah terjadi sepanjang sejarah Malaysia. Langkah-
langkah bersepadu yang diambil oleh kerajaan turut dibincangkan
agar anda memahami bahawa kestabilan perpaduan adalah usaha
yang dimainkan oleh semua pihak.
36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik

Semoga modul ini dapat memberi manfaat kepada anda dan


menjalinkan hubungan baik antara kita semua tanpa ada syak
wasangka. Selamat Maju Jaya!
UNIT 5 37
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Cadangan Jawapan Latihan Kendiri

Maklum Balas

Latihan Kendiri 5.1

1. a. Fikiran dan aspirasi setiap kaum berbeza dimana masing-


masing mengambil berat aspek mengagungkan tanah air
sendiri seperti di negara Cina, India dan England.

b. Sistem pendidikan vernakular yang diamalkan oleh Inggeris


mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis.
Pendidikan pada peringkat ini dilaksanakan tanpa ada garis
panduan serta tidak memberatkan objektif perpaduan
dalam sistem pelajarannya.

2. a. Berusaha mengurangkan agenda-agenda perjuangan


perkauman.

b. Elakkan daripada membincangkan isu seperti bahasa, agama,


kerakyatan kerana ini tidak menyumbang ke arah perpaduan.

3. a. Ancaman kepada kestabilan politik dan keamanan negara.

b. Jurang perkauman akan menjadi semakin melebar dimana


parti politik tersebut akan hanya memperjuangkan
kepentingan kaum mereka sahaja.

c. Perasaan benci dan curiga akan terus disemai demi


kepentingan politik.

Latihan Kendiri 5.2

1. C

2. C

3. B

4. C

5. C
38 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3113/03 Hubungan Etnik
UNIT 5 39
Cabaran dan pemupukan dalam mezahirkan keharmonian

Rujukan
Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi (2013) Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala
Lumpur: Freemind Horizon Sdn Bhd.

Azman dan Kamaruddin (2012) Hubungan Etnik, Selangor: Pearson.

Fuziah dan Ruslan (2000) Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Hazman Hassan (2012) Hubungan Etnik, Selangor: Pearson.

Mansor Mohd Nor, Abdul Rahman dan Mohammad Ainuddin (2006) Hubungan
Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur: Prentice Hall Malaysia.

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin (2003) Pengajian Malaysia, Shah Alam: Fajar
Bakti.

Nazri Muslim, Nik Yusri Musa dan Ahmad Hidayat Buang (2011) Hubungan Etnik
di Malaysia dari Perspektif Islam, Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1: 1 – 28

Shamsul Amri Baharuddin (2012) Modul Hubungan Etnik, Edisi kedua, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Ibrahim (2007) Merdeka Sejauh Mana Pencapaian Kita, Cooray’s House of
Publications.

Zaid Ahmad et al. (2010) Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam: Oxford Fajar.

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) Pendidikan Negara Bangsa, Kuantan:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

You might also like