You are on page 1of 11

1.

0 BIODATA

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL


2.1 PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu program yang dijalankan oleh


pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semua guru
pelatih dari semester 1 hingga semester 4 wajib menjalani program ini di sekolah pilihan
masing-masing. Melalui program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan
dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di
sekolah. Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di Sungai Tongkang,Rengit iaitu di
Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang . PBS yang telah saya jalani hanya saya seorang kerana
berdekatan dengan rumah saya.Saya adalah wakil sulong dari IPGM Tengku Ampuan Afzan .
Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari maklumat mengenai sekolah, serta
melaksanakan beberapa kajian kepada pelajar sekolah rendah mengikut peringkat iaitu dari
peringkat 1 umur 6

7 tahun, peringkat 2 umur 8-10 tahun dan peringkat 3 umur 11-12 tahun bagi
mengetahui proses Perkembangan Kanak- Kanak mengikut peringkat-peringkat tersebut.
Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak
seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid-murid
yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan
program PBS ini. Data-data yang telah saya dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk
dijadikan satu portfolio ini. Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya
berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap
tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.
) 2.2.1 FOKUS UTAMA TUGASAN

Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 1 bagi guru
pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Perguruan Tengku Ampuan
Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah untuk mengenali persekitaran sekolah. Selain itu, PBS ini juga
bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan dan persekitaran guru-guru di
sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan guru pelatih untuk mendapat gambaran dan
mengetahui persekitaran dan iklim bilik darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak.
Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat
maklumat mengenai pelaksanaan beberapa kajian tentang proses Perkembangan Awal Kanak-
Kanak mengikut peringkat umur selaras dengan kehendak kerja kursus yang telah diberikan
oleh pihak IPG.

2.2.2 TUJUAN TUGASAN

Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk
memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah dan persekitarannya
sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta melihat tingkah laku pelajar
sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih
dapat berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan dan murid sekolah. Hal ini sekaligus dapat
meningkat kemahiran intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat
mengetahui peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen
yang terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan semasa
guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 5 hari di sekolah yag dipilih
oleh guru pelatih. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu merancang apa yang
perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat ialah:

Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh

Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan


seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain

Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan


2.2.4 INSTRUMEN PENILAIAN

Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan temubual. Setiap instrumen
yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan ini.

2.3 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Pada hari Isnin tersebut saya sampai awal ke sekolah kira-kira jam 7.15 pagi. Setelah tiba
di sekolah, saya bertanya kepada sekumpulan murid berkaitan lokasi pejabat sekolah.
Sementara menunggu guru besar, saya telah berkenalan dengan guru penolong kanan satu, En
Mustapha bin Ithinin. Oleh sebab setiap pagi Isnin diadakan perhimpunan mingguan, saya
terpaksa menunggu sehingga perhimpunan tamat untuk berjumpa dengan guru besar. Kira-kira
jam 8.00 pagi setelah tamatnya perhimpunan, saya masuk ke bilik guru besar. Sesi
memperkenalkan diri berlangsung selama 30 minit. Selepas itu saya meminta diri untuk
meninjau kawasan sekitar sekolah ini dan berkenalan dengan guru-guru lain serta kakitangan
sekolah yang lain. Selepas rehat saya bertemu semula dengan puan guru besar, Puan Paridah
bte Abu Bakar . Tujuannya untuk berbincang mengenai soalan tugasan peranan pengurus
sekolah dalam memperkembangkan aspek-aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan
sosioemosi. Beliau memberikan kerjasama yang amat baik dan maklumat yang disampaikan
amat membantu. Kemudian beliau mengarahkan saya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia
Matematik agar memudahkan kerja saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mentor saya
merupakan seorang guru pakar di sekolah tersebut. Sepanjang seminggu berada di sana, saya
tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua warga sekolah memberikan kerjasama dan
tunjuk ajar kepada kami semua. Sememangnya inilah yang diharapkan oleh kami semua sebagai
seorang yang baru. Seminggu berada di sana sudah cukup bagi kami untuk mengumpulkan
data-data yang diperlukan untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

2.4 LAPORAN DAN PENILAIAN

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 21
Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan rakan-
rakan. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang yang terletak di Sungai
Tongkang,Rengit,Johor . Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu institusi penting
dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang
diterima di sekolah bukanlah hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya
merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan
harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK). Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam
persekolah berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam teori-
teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak mungkin dilupakan.
Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari ini saya telah
menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi
murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak
mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Melalui persekitaran
sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan para guru yang menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru
mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut
kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya.
Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada
dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam
mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat
kerjasama dari guru-guru yang lain. Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana
kawalan kelas sangat penting ketika guru sedang mengajar. Ini kerana purata saiz kelas di
sekolah ini ialah sebanyak 20 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan
terhadap murid-murid yang berada di kerusi belakang. Dalam melunaskan tugasan PBS, saya
perlu mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam
senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini,
tugasan ini melatih kami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin dikumpul
termasuklah mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di
sekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang sewajarnya
ada dalam satu sekolah. Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan
sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang
dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang pengurusan
sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar, kami dapat mengetahui tahap
perkembangan awal kanak-kanak mengikut peringkat yang telah ditetapkan . Melalui temubual
ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat
diwujudkan dalam diri saya. Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini
banyak membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya
tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi
memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang guru
kelak.
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 PEMERHATIAN

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang
salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah
mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang
disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran
yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang
kurang selamat digunakan contohnya padang sekolah, keadaan padang sekolah yang sempit.
Selain itu, budaya memberi salam masih kurang dipraktikkan dalam kalangan pelajar di
peringkat sekolah rendah. Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah
yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan
yang lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai
tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut.
Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah. Bukan itu sahaja, saya turut
memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-
guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P
tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 SENARAI SEMAK

Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak. Sebelum
menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan tugasan ini. Semasa
taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan mengenai tugasan ini. Panduan
ini bertujuan untuk memberi garis pandu bagi melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-
masing Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya. Senarai
semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti biodata, pernyataan
professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi , ilmu atau
pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir. Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi
panduan kepada saya tentang perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan
maklumat berkaitan dengan segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat
membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

3.3 TEMUBUAL

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah
menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran,
guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru
kaunseling, guru panitia, guru prasekolah, guru pendidikan khas, kakitangan sekolah dan murid.
Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka.
Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat
memuaskan berhubung tugasan saya ini.

3.4 SOAL SELIDIK

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal
selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah
tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar
tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.

4.0 KOLABORASI

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam
lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan
isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali. Kolaborasi yang dilakukan
oleh saya ialah:

4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2 Perbincangan dengan guru panitia

4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5 Interaksi dengan murid


5.0 Ilmu/pengetahuan baru

5.1 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya
perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah
Kebangsaan Sungai Tongkang, saya telah memperolehi banyak pengetahuan baru, melalui
pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah tersebut. Sebelum ini saya
tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru
Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani,
emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta dalam proses mengetahui perkembangan awal
kanak-kanak.

Sebagai contohnya, saya telah mengikut guru semasa beliau menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semasa P&P dijalankan, banyak ilmu telah saya dapati.
Ilmu baru yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan dengan lebih menarik untuk
menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu menguji daya kreativiti seorang guru
dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P dijalankan. Hal ini kerana aktiviti P&P yang
menarik dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. Alat
Bantu Mengajar juga sangat membantu para guru untuk mengajar. Oleh itu, sebagai seorang
guru, saya seharusnya lebih kreatif dalam mereka Alat Bantu Mengajar dan merancang strategi
pengajaran yang berkesan. Kelas yang terdapat di sekolah ini juga kemas dari segi susun
aturnya dan dipercayai dapat memperkembangkan pembelajaran murid-murid. Kawalan bilik
darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Hal ini kerana, jika guru tidak dapat
mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan
sebaiknya sekaligus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

Selain itu, persekitaran sekolah yang menarik turut memberi kefahaman yang baru
kepada saya. Melalui pemerhatian saya, lanskap sekolah yang menarik mampu mengubah
suasana belajar menjadi lebih ceria sebagai contoh, penanaman tumbuh-tumbuhan hijau. Hal
ini kerana banyak tumbuhan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Tumbuhan yang ditanam
bukan sahaja dapat memperindah kawasan sekolah, malahan iainya turut dilabel di sesetengah
tumbuhan contohnya tumbuhan herba. Dengan penanaman pelbagai jenis tumbuhan, ianya
dapat memupuk semangat cintakan alam semulajadi dalam kalangan murid-murid sekolah ini.

Bukan itu sahaja, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik
perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai kata-kata,
formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar
dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah
juga sangat memuaskan. Pada hari pertama saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut
kerana pada awal pagi lagi, pekerja kebersihan sudah menjalankan tugas. Bilik selesa guru turut
dihias cantik. Saya juga turut melawat surau yang terdapat di sekolah ini.Susun atur pakaian
sembahyang, Al-Quran dan meja kecil disusun rapi.

Tambahan lagi, apa yang saya dapati dari pemerhatian saya ialah pelajar di sini kurang
dari segi sahsiah. Kebanyakan mereka kurang memberi salam kepada guru. Walaupun begitu,
tidak semua pelajar berkelakuan sebegitu. Hanya segelintir pelajar sahaja yang kurang
mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian mereka.

Guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang


dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa datang ke sekolah meskipun
penggunaan „punch card‟ tidak lagi digunakan.Para guru juga mengajar di setiap kelas pada
waktu tang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru yang lain
akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.

5.2 SENARAI SEMAK

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai semak
dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak digunakan
sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu
borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat
dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah,
prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu
didapatkan maklumat seperti pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya.
Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan
mengenai pendidikan telah saya perolehi.

Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan yang


disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat untuk menjalani
aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau kelas. Sekolah ini merupakan
sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih daripada 400 orang. Terdapat 2 buah kelas
dalam setiap darjah iaitu Bijak dan Gigih.
5.3 TEMU BUAL

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual
yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar
mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui
berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada
mulanya saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan
perasaan itu hilang sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan
tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan
pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah
tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah
sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa
dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada
soalan. Soalan-soalan juga turut ditanyakan.

Antara soalan yang ditanyakan ialah:

Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?

Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?

Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?

Adakah mata pelajaran Bahasa Melayu menyumbang kepada kecemerlangan akademik?

Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?

Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan akademik
murid?

Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?

Apakah perbezaan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan?

Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan bagi kanak-kanak khas?

5.4 SOAL SELIDIK

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang
jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga dapat
mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik.
Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai mumi di kalangan murid-murid.

Definisi nilai-nilai mumi adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang. Antara
contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional, kejujuran,
semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian
teguh, disiplin, kasih sayang, setiakawan dan sebagainya.Terdapat murid-murid yang rajin
membantu guru.

Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba
sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan
para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan
maklumat ini pada masa kelas ganti.

5.5 PENGALAMAN DI BILIK DARJAH

Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya dapat mengetahui


banyak perkara. Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi borang senarai semak
yang mengandungi maklumat seperti beriku

Bil Perkara Catatan/data


1. Nama dan alamat sekolah
2. No. telefon sekolah
3.

You might also like