You are on page 1of 1

Kedudukan lelaki dan wanita

LELAKI dan wanita mempunyai kedudukan sama untuk mendapatkan pahala apabila beriman, taat
dan rajin melakukan amal soleh.

Setiap amal perbuatan Rasulullah SAW menjadi sunnah kepada umat Islam tanpa mengira lelaki atau
wanita dan kanak-kanak, belia atau orang tua. Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, berkata sunnah bermaksud
setiap perbuatan, perkataan dan perakuan serta apa-apa sahaja disabitkan kepada Nabi Muhammad
SAW.

Oleh itu, sesiapa yang mengikut sunnah diberi pahala, selain menterjemahkan bukti cinta kepada
Baginda.

“Wanita dan lelaki daripada sudut kehambaan tidak ada bezanya. Oleh itu, wanita yang mencontohi
amal perbuatan Nabi SAW, bermakna mereka mengamalkan sunnah Baginda.

“Pada masa sama, ada nasihat dan pesanan Rasulullah SAW kepada wanita yang disampaikan
menerusi akhlak Baginda dengan golongan berkenaan,” katanya.

Beliau memetik hadis diriwayatkan Imam Tirmizi mengenai wanita Ansar, Ummu Imarah al-
Anshariyah RA yang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Saya melihat semua diperuntukkan bagi
lelaki. Saya tidak menemukan wanita disebut sedikit pun (dalam al-Quran).”

Maka, firman Allah SWT turun: “Sesungguhnya lelaki dan wanita Muslim; lelaki dan wanita mukmin;
lelaki dan wanita tetap dalam ketaatan; lelaki dan wanita benar; lelaki dan wanita sabar; lelaki dan
wanita khusyuk; lelaki dan wanita bersedekah; lelaki dan wanita berpuasa; lelaki dan wanita
memelihara kehormatan; lelaki dan wanita banyak menyebut (nama) Allah; Allah menyediakan
keampunan dan pahala yang besar kepada mereka.” (Al-Ahzab: 35)

You might also like