You are on page 1of 41

www.bengkelmudah.

my
Perhatian

Ebook ini telah dihasilkan untuk tujuan berkongsi pendapat, pengajaran dan menyalurkan
maklumat umum mengenai tajuk yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai
mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau perundangan.

Segala teknik dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap
individu dan tidak dijamin akan menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Segala logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam ebook ini
samaada secara tulisan atau visual adalah hak milik syarikat pengeluar dan pemiliknya
masing-masing.

Penulis adalah pihak berkecuali yang tidak mempunyai sebarang hubungan atau kaitan
dengan pemilik laman web www.mudah.my iaitu syarikat Mudah.my Sdn Bhd.

Harap maklum.

(YA) Anda boleh menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan untuk tujuan peribadi

(YA) Anda boleh memberikan ebook ini secara percuma atau sebagai bonus hanya dari link
www.bengkelmudah.my/bonus sahaja

(TIDAK) Anda tidak boleh menjual ebook ini kepada individu lain

(TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang maklumat atau tulisan di dalam ebook ini

(TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang pautan di dalam ebook ini

www.bengkelmudah.my
Kenali Penulis

Hi dan salam sejahtera. Nama saya Umar Taib. Kepakaran saya ialah berbisnes secara
online. Antara laman yang menjadi kegemaran saya untuk berbisnes adalah Mudah.my.
Kenapa saya memilih Mudah.my? Anda akan temui jawapannya setelah habis membaca
ebook ini.

Saya telah menggunakan Mudah.my sejak tahun 2009. Di bawah, anda boleh lihat emel
daripada Mudah.my yang dihantar kepada setiap pengguna Pro Niaga setelah
mendaftarkan akaun.

Akaun Pro Niaga saya yang pertama didaftarkan atas nama Hala Maya. Ini bersempena
dengan nama perniagaan yang saya daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu
Hala Maya Resources. Ia merupakan nama perniagaan rasmi saya yang pertama. Sebelum
itu semasa bergelar pelajar universiti saya berniaga secara ‘haram’ saja. Hehe.

Sepanjang berbisnes di Mudah.my, saya mendapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan


yang ingin mencuba juga. Ada yang tanya macam mana nak mula, apa yang boleh dijual,
senang ke nak letak iklan, berapa kena bayar, kenapa iklan selalu kena tendang dan
macam-macam lagi lah. Kan bagus kalau saya dibayar oleh pihak Mudah.my untuk
memberikan khidmat pelanggan ini. =P

www.bengkelmudah.my
Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya di forum dan di Facebook. Kadang-kadang
saya terpaksa menghidupkan status Go Offline di Facebook akibat lambakan soalan yang
diterima apabila orang perasan saya sedang Online. Bukannya kedekut ilmu. Tapi dah tak
larat nak jawab kepada sorang-sorang dengan soalan masing-masing.

www.bengkelmudah.my
Maka saya pon berkongsikanlah pengalaman dan ilmu saya berniaga di Mudah.my di blog,
forum dan program yang saya anjurkan. Ini lebih baik kerana saya dapat kongsikan sekali
gus kepada ramai orang. Di bawah adalah antara perkongsian saya di forum.

www.bengkelmudah.my
Ini pula di blog saya.

www.bengkelmudah.my
Saya juga suka berkongsikan ilmu dan pengalaman saya di program-program yang
dianjurkan pihak lain atau saya sendiri.

Berikut merupakan beberapa gambar di seminar dan bengkel Mudah.my yang telah saya
anjurkan.

www.bengkelmudah.my
www.bengkelmudah.my
Ingin saya kongsikan sedikit kata-kata positif yang diterima di Facebook yang membuatkan
saya terus bersemangat berkongsikan ilmu dan pengalaman saya berbisnes di Mudah.my.

www.bengkelmudah.my
www.bengkelmudah.my
Astro Awani pernah menemuramah saya tentang
panduan berbisnes di Mudah.my. Sesi temuramah itu
telah disiarkan di dalam rancangan Bisnes Alternatif.

Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman saya


berbisnes di Mudah.my juga pernah dipaparkan di surat
khabar seperti Metro.

www.bengkelmudah.my
Di Mudah.my, saya telah mengiklankan berbagai-bagai produk dan servis. Antaranya ialah:

1. Kamera Digital
2. MP4
3. MP3
4. Game
5. Radio
6. Baju
7. Seluar
8. Topi
9. Jaket
10. Sticker
11. CD
12. DVD
13. Peralatan pejabat
14. Peralatan sekolah
15. Cenderahati
16. Servis menjahit
17. Servis percetakan
18. Sewakan peralatan audio dan video
19. Aksesori Telefon
20. Sewakan pejabat
21. Carikan pekerja untuk kilang
22. Dan banyak lagi..

Setiap produk dan servis yang saya iklankan, ada yang sememangnya dipunyai oleh saya
dan ada yang saya sekadar iklankan produk dan servis milik orang lain. Mesti ada yang
tertanya-tanya, kenapa saya iklankan produk dan servis orang lain?

Ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk saya buat untung atas angin!

Di ebook ini saya akan kongsikan bersama anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa
Menjual Produk Sendiri.

Ingin saya maklumkan di sini juga bahawa saya bukanlah wakil daripada Mudah.my atau
diupah pihak Mudah.my untuk memberikan perkongsian ini. Saya hanyalah salah seorang
daripada ribuan usahawan di Mudah.my. Yang membezakan saya dengan yang lain ialah,
saya usahawan SUPER!

Usahawan Super bukan sekadar buat duit untuk diri sendiri, tetapi turut membantu orang
lain buat duit untuk diri mereka. Adakah anda sudah bersedia? Jika sudah teruskan bacaan
di muka surat sebelah.

www.bengkelmudah.my
Pengenalan Mudah.my

Mudah.my di pelopori oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Singapore Press


Holdings dan Schibsted ASA dan diuruskan oleh anak syarikatnya di Malaysia iaitu
701Search Sdn Bhd.

Mudah.my ialah laman jual beli terbesar di Malaysia. Dalam masa sebulan, 5.2 juta pelawat
masuk ke Mudah.my. Pelawat ini pula merupakan ‘unique visitor’!

Anda tidak tahu apa itu unique visitor? Tak mengapa. Mari saya terangkan dengan ringkas.

Unique visitor dikira berdasarkan IP dan setiap IP yang berbeza, ia akan dikira sebagai 1
unique visitor. Sekiranya laman web dilayari oleh 100 IP yang berbeza, ini umpama laman
web anda sedang dilihat oleh 100 orang yang berbeza.

Kesimpulannya Mudah.my menerima sebanyak 5.2 juta pelawat yang berbeza sebulan.
Oleh yang demikian, setiap iklan di Mudah.my akan dilihat oleh prospek yang berbeza juga!

Mudah.my menyediakan kemudahan kedai online yang dipanggil sebagai Pro Niaga.
Sesiapa pun boleh mendaftar dan membuka akaun Pro Niaga secara percuma.

Buat masa ini, sudah ada 84,000 akaun Pro Niaga yang didaftarkan. Kedai-kedai online di
Mudah.my ini giat buat duit setiap hari.

www.bengkelmudah.my
Jumlah pengunjung ke Mudah.my seramai 5.2 juta bukanlah fakta daripada saya. Tapi pihak
Mudah.my sendiri yang nyatakan di laman web mereka.

Jadi dengan visitor atau prospek pelanggan seramai itu, kenapa masih ramai yang gagal
untuk meraih pendapatan lumayan daripadanya?

Sebagai pemancing, di mana tempat anda pilih untuk menangkap sebanyak mungkin ikan?
Ya betul! Di lubuk yg terdapat banyak ikan. Anda cuma perlu memancing di lubuk ikan dan
tunggu umpan disentap. Tetapi, jika teknik memancingnya salah & umpannya tidak sesuai,
maka seekor ikan pun tidak akan berselera untuk memakan umpan tersebut.

Kita sudah pun jumpa lubuknya. Cuma tinggal untuk gunakan teknik memancing yang betul
dan umpan yang menyelerakan!

www.bengkelmudah.my
OK sekarang mari kita ke Mudah.my pula.

Gambar di atas ialah laman utama Mudah.my. Di Mudah.my, anda boleh mengiklankan
produk dan servis secara percuma sahaja. Tahukah anda bahawa masih ramai yang
menyangka mereka perlu bayar untuk menggunakan servis Mudah.my? Kesian.

Iklan produk dan servis anda perlu dipaparkan mengikut negeri-negeri seperti:

1. Perlis
2. Kedah
3. Penang
4. Kelantan
5. Terengganu
6. Perak
7. Pahang
8. Selangor
9. Kuala Lumpur
10. Negeri Sembilan
11. Melaka
12. Johor
13. Sarawak
14. Sabah

www.bengkelmudah.my
Iklan anda juga boleh dikategorikan kepada:

1. Vehicles
a. Cars
b. Motorcycles
c. Car Accessories & Parts
d. Other Accessories & Parts
e. Other Vehicles
2. Properties
a. Apartments
b. Houses
c. Commercial Properties
d. Land
e. Rooms
f. New Properties
3. Electronics
a. Mobile Phones & Gadgets
b. TV/Audio/Video/Cameras
c. Computers & Accessories
4. Home & Personal Items
a. Home & Garden
b. Watches/Accessories
c. For Children
d. Others
5. Leisure/Sports/Hobbies
a. Sports & Outdoors
b. Hobby & Collectibles
c. Music/Movies/Books
d. Pets
6. Business to Business
a. Professional / Office Equipment
b. Business for Sale
7. Jobs & Services
a. Jobs
b. Services
8. Travel
a. Accommodation
b. Tours & Holidays
9. Food
10. Others

www.bengkelmudah.my
Di Mudah.my anda boleh beriklan secara biasa ataupun dengan akaun Pro Niaga. Adalah
lebih baik anda beriklan menggunakan akaun Pro Niaga kerana banyak manfaat yang kita
boleh perolehi dan keuntungan jualan boleh digandakan.

Namun untuk ebook ini, saya cuma akan kongsikan cara yang paling ringkas iaitu beriklan
secara biasa.

Anda klik pada butang Post a Free ad.

www.bengkelmudah.my
Anda akan di bawa ke laman ini pula. Di laman inilah anda boleh iklankan produk dan servis
anda dengan mengisi maklumat tertentu.

Maklumat tersebut adalah:

1. Nama
2. Emel
3. Nombor Kad Pengenalan
4. Nombor Telefon
5. Kategori
6. Negeri
7. Tajuk Iklan
8. Isi Kandungan Iklan
9. Harga
10. Gambar

Dengan hanya memberikan maklumat-maklumat di atas, iklan anda berpotensi untuk


menarik pelanggan daripada 5.2 juta pelawat unik di Mudah.my.

Seterusnya saya akan kongsikan, teknik yang membolehkan anda buat duit di Mudah.my
tanpa menjual produk sendiri!

www.bengkelmudah.my
Teknik Dropshipping

Saya akan tunjukkan kepada anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual
Produk Sendiri. Teknik ini dipanggil Dropshipping.

Secara mudah Dropshipping adalah seperti perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan
pesanan dan pengeposan.

Kelebihan utamanya ialah anda tidak perlu berbelanja besar dalam menyediakan stok
semata-mata untuk memperolehi diskaun harga ke atas barang yang dibeli dan anda juga
tidak memerlukan tempat untuk menyimpan stok.

Kita lihat contoh di bawah:

Katakan anda menjual jam azan di Mudah.my. Jam azan tersebut anda jual dengan harga
RM160 + RM10 kos pengeposan. Pembeli akan bayar kepada anda harga keseluruhan baju
tersebut RM170.

Kemudian anda hubungi Dropshipper ataupun Supplier untuk membeli jam azan yang
ditempah oleh pelanggan anda. Sebagai contoh, jam azan tersebut untuk anda sebagai ejen
Dropship ialah RM115 saja. Penghantaran pula diberikan percuma. Jumlah RM115.

RM170 – RM115 = RM55. Dari sini anda sudah mendapat keuntungan RM55 bagi sebuah
jam azan yang dijual secara pantas dan mudah!

Err ada yang masih tak faham lagi? Tidak mengapa. Saya akan terangkan pula dengan
contoh bergambar.

www.bengkelmudah.my
1. Anda promosikan produk daripada Dropshipper di laman jual beli seperti Mudah.my.
Secara asasnya anda cuma promosikan maklumat dan gambar produk. Maklumat
dan gambar produk ini pula pihak Dropshipper sudah pun sediakan. Anda cuma
perlu ‘copy & paste’ ke Mudah.my.
2. Apabila pembeli melihat iklan anda di Mudah.my dan tertarik dengannya, maka dia
akan hubungi anda untuk membeli.
3. Pembeli akan buat bayaran produk dan kos pos.
4. Anda akan menerima bayaran tersebut dan kemudian menggunakan duit itu untuk
membuat pembelian daripada Dropshipper pula dengan harga khas sebagai ejen.
Lebihan daripada duit itu anda simpan sebagai untung.
5. Dropshipper akan menguruskan belian daripada pelanggan anda dengan
membungkus dan menghantar produk tersebut kepada mereka.

www.bengkelmudah.my
Daftar Sebagai Ejen Dropship

Di Malaysia terdapat beberapa pihak yang menyediakan servis Dropshipping. Ada yang
percuma dan ada juga yang berbayar untuk mendaftar. Nasihat saya, carilah pihak yang
berkaliber dan mampu untuk membantu anda menjalankan bisnes secara Dropship dengan
lancar.

Jangan gunakan pihak Dropshipper yang berniat untuk mencuri pelanggan anda. Saya akan
ceritakan lebih lanjut tentang mencuri pelanggan ini kemudian.

Di sini saya akan tunjukkan satu contoh, bagaimana anda boleh menjadi ejen Dropship di
JamAzan.com.my.

Harga runcit jam azan ialah RM160. Sebagai ejen dropship mereka, anda akan mendapat
harga istimewa iaitu RM115. Jika anda menjual sama harga dengan mereka, keuntungan
anda ialah RM45 untuk sebuah jam. Namun anda bebas untuk menaikkan harga jualan
supaya keuntungan anda bertambah.

www.bengkelmudah.my
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftar sebagai ejen dropship.

Layari www.umar.my/jamazan

Anda akan dibawa ke borang pendaftaran sebagai ejen dropship. Isikan maklumat seperti
nama, emel, telefon, alamat, kod diskaun dan lain-lain.

Yuran pendaftaran sebagai ejen dropship jam azan ialah RM40 untuk seumur hidup. Namun
sebagai pembaca ebook ini, anda akan mendapat diskaun istimewa.

Masukkan kod diskaun MUDAH dan anda layak menerima diskaun 50%!

Jadi anda hanya perlu membayar RM20 untuk menjadi ejen dropship seumur hidup.

Setelah selesai mengisi segala maklumat yang diperlukan, klik pada butang Submit.

www.bengkelmudah.my
Ayuh Buat Duit!

Sekarang ayuh kita mulakan buat duit secara Dropship di Mudah.my.

Kita isikan maklumat yang diperlukan.

Isikan nama, alamat emel, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.

Pada bahagian Category pula, anda pilih Watches/Accessories.

Klik bahagian For Sale.

Pilih Region anda. (negeri)

Klik New pada Condition.

Pilih Gender anda. (jantina)

www.bengkelmudah.my
Teknik SEO (Search Engine Optimization)

Selepas itu anda perlu isikan bahagian Heading atau Tajuk dan Ad Text atau Isi Kandungan
Iklan. Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Ia akan menentukan samada iklan
anda akan menarik pelawat dan menukarkan mereka menjadi pelanggan atau tidak!

Pada bahagian Heading, pastikan anda isikan dengan Keyword atau Kata Kunci yang dicari
ramai pembeli.

Sekarang kita akan gunakan sedikit Teknik Search Engine Optimization. SEO adalah teknik
meningkatkan dan mempromosi laman web untuk meningkatkan bilangan pelawat daripada
enjin carian. Kita pula akan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan bilangan pelawat
daripada enjin carian seperti Google ke iklan kita.

Secara mudahnya kita akan buat iklan yang dihasilkan untuk menduduki ranking tertinggi di
hasil carian. Dengan ini iklan tersebut mempunyai kekerapan untuk dilihat pengguna internet
yang lain dan secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan pelawat ke iklan
anda. Jadi ia mampu meningkatkan jualan produk dan servis anda tanpa mengeluarkan
modal sesen pun.

Letakkan diri anda pada kedudukan pembeli. Jika pembeli mahu membeli jam azan, apa
yang akan dicari oleh pembeli tersebut di internet?

Pertamanya dia akan ke enjin carian paling popular iaitu Google.

Di Google dia akan taip keyword apa yang dicarinya. Dalam kes ini ialah jam azan digital.

Jika dia sekadar menaip jam, beribu-ribu laman web mengenai jam akan keluar dan ini akan
menyukarkan pencariannya.

Jadi dia pun mengecilkan pencariannya di Google dengan menaip Jam Azan Digital. Oleh
itu lebih banyak laman web yang spesifik dengan pencariannya yang akan keluar di Google
untuk dipilih.

www.bengkelmudah.my
Saya amat mencadangkan agar anda tidak abaikan Teknik SEO kerana:

1. Iklan anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin carian seperti Google.

2. Jumlah pelawat ke iklan anda akan meningkat dengan mendadak.

3. Setiap pelawat berpotensi untuk ditukarkan menjadi pembeli.

4. Penting bagi menghadapai persaingan yang ramai menjual secara online.

5. Semua dia atas anda akan dapat tanpa mengeluarkan wang ringgit sebagai modal.

Di sini saya tidak kongsikan bagaimana kita boleh menggunakan Teknik SEO untuk buat
duit di Mudah.my. Saya dapati ramai yang sukar untuk faham teknik tersebut dengan
sekadar belajar dengan membaca. Adalah lebih sesuai jika saya kongsikan secara
berdepan.

Setelah membuat kajian keyword, antara keyword yang akan saya gunakan dalam iklan ini
ialah:

1. Jam azan digital


2. Harga jam azan digital
3. Jam azan Malaysia
4. Jam azan subuh

Maka saya cadangakan untuk Heading, gunakan keyword Jam Azan Digital.

Jadi bagaimana pula dengan keyword yang lain tadi?

Oh itu kita akan gunakan pada bahagian Ad Text. Teruskan membaca sahabat!

www.bengkelmudah.my
Untuk bahagian Ad Text atau Isi Kandungan Iklan, ada beberapa ciri yang perlu anda
masukkan. Antaranya ialah:

1. Masukkan tajuk ke dalam iklan.


2. Masukkan keyword yang telah dianalisa ke dalam iklan.
3. Ceritakan kelebihan produk atau servis. Bukan sekadar spesifikasi.
4. Berikan sesuatu secara percuma kepada pelanggan. Pelanggan memang suka
pemberian percuma!
5. Berikan jaminan terhadap produk atau servis yang ditawarkan.
6. Terangkan cara pembayaran.
7. Letakkan ayat tindakan supaya pelanggan membeli dengan segera.
8. Pastikan ejaan dan tatabahasa yang digunakan betul.
9. Pastikan semua di atas lengkap. ;)

Berikut merupakan contoh Isi Kandungan iklan yang telah saya hasilkan. Anda boleh copy &
paste ke dalam kotak Ad Text dan ubah mengikut kesesuaian.

Adakah anda sering terlewat waktu sembahyang atau terus tertinggal solat subuh setiap
hari?

Atau anda langsung tak dengar azan sebab rumah anda jauh dari masjid atau surau?

Risau dosa anda bertambah banyak tiap kali kewajipan 5 waktu di remehkan sedangkan
umur makin meningkat?

Kami telah berpengalaman dalam bidang bisnes jam azan digital dan kami mahu tawarkan
jam azan digital yang membantu menyelesaikan beberapa masalah anda.

Antara kelebihan jam azan digital:

1) Menepati waktu azan Malaysia kerana azan akan dilaungkan setiap kali masuk
waktu sembahyang. Anda tak ada alasan tak dengar azan solat jika rumah jauh dari
masjid atau surau sebab dah ada jam azan digital ni di rumah yang mengingatkan
anda supaya lekas sembahyang terutamanya solat subuh.

2) Nombor jam ini juga mudah dilihat kerana paparan skrin jam azan digital ini luas dan
besar.

www.bengkelmudah.my
3) Sangat praktikal kerana anda boleh letak jam azan digital ni di meja atau disangkut
pada dinding ikut kesukaan anda.

4) Anda juga boleh bawa ke luar negara jika anda melancong atau berhijrah kerana jam
azan digital ni boleh di 'set' semula untuk mengikut waktu azan di sesebuah negara
dan bukan saja untuk waktu azan Malaysia.

5) Lebih jimatkan wang kerana anda boleh pilih nak guna bateri atau adapter pada jam
azan digital ini.

Harga jam azam digital di Malaysia boleh mencecah sehingga RM180 sebuah.

Namun harga jam azan digital kami cuma RM170 dan anda akan diberikan PERCUMA
sebuah kompas kiblat!

Bukan itu saja, malah anda juga akan mendapat penghantaran ke seluruh Malaysia secara
PERCUMA juga.

Kami jamin tempahan anda akan sampai dalam masa 3-5 hari berkerja.

Untuk menempah :

1. Hubungi kami untuk periksa stok dan tempahan

2. Buat bayaran RM170 ke akaun berikut

Bank : CIMB

Nama: Ali bin Abu

No Akaun: 1234567890

3. Selepas bayaran, SMS atau emelkan maklumat:

-Nama

-Alamat Penghantaran

-Jumlah Bayaran

-Masa dan Tarikh Bayaran

-Mod Bayaran (Cash Deposit Machine / Interbank Transfer / Maybank2u)

www.bengkelmudah.my
-Produk yang dibeli

4. Setelah bayaran disahkan, kami akan buat penghantaran segera.

5. Pesanan di jangka sampai dalam masa 3-5 hari bekerja

Tunggu apa lagi? Tempah sekarang sebelum stok kehabisan!

Telefon: 012 2340499

Emel: jamazan@umar.my

Pada bahagian Price, masukkan RM170.

Klik pada kotak Certify.

www.bengkelmudah.my
Kemudian anda boleh masukkan gambar. Hanya 3 keping gambar yang dibenarkan. Oleh
itu masukkanlah gambar berkualiti yang mampu membuatkan pelanggan anda membuat
keputusan untuk membeli. Gambar akan diberikan oleh pihak JamAzan.com.my setelah
anda mendaftar sebagai ejen di www.umar.my/jamazan

Sekarang anda klik butang Choose File.

Double Click pada gambar pertama yang akan menjadi gambar utama untuk iklan anda.

www.bengkelmudah.my
Sekarang klik pada butang Add Extra Images.

Gambar pertama tadi akan dimuatnaik ke Mudah.my. Seterusnya ulang cara memasukkan
gambar seperti tadi sehingga semua 3 keping gambar dimuatnaik.

Setelah 3 keping gambar berjaya dimuatnaik, klik butang Next.

www.bengkelmudah.my
Anda akan dibawa ke laman ini.

www.bengkelmudah.my
Di sini anda boleh lihat kembali segala maklumat dan gambar yang telah diisikan. Periksa
kembali jika ada sebarang kesilapan. Jika ada klik butang Edit Ad untuk membuat
pembetulan.

Di sini juga Mudah.my ada menawarkan samada anda mahu menggunakan servis premium
mereka. Servis premium ini mampu untuk melonjakkan jualan anda di Mudah.my jika kena
caranya.

Di dalam ebook ini, saya tidak menunjukkan caranya kerana penerangannya agak panjang.

Dibawah sekali anda perlu memasukkan katalaluan atau Password. Minima 5 aksara
diperlukan. Gunakanlah katalaluan yang mudah untuk anda ingat dan susah untuk orang
lain teka.

www.bengkelmudah.my
Akhir sekali klik butang Insert Ad.

Anda akan dibawa ke laman ini dengan ucapan terima kasih daripada Mudah.my. Apa yang
anda perlu buat sekarang ialah tunggu sehingga iklan anda diluluskan pihak Mudah.my.

Mengikut daripada pengalaman saya, dalam masa 24 jam iklan anda akan diluluskan jika
tiada masalah.

www.bengkelmudah.my
Yahoo, iklan lulus!

Setelah iklan anda diluluskan, emel seperti di bawah akan dihantar. Anda boleh klik link
yang diberikan untuk melihat iklan tersebut di Mudah.my.

www.bengkelmudah.my
Beginilah rupanya iklan yang telah diluluskan tadi. Sekarang kita lihat di mana kedudukan
iklan jam azan di Google jika kita menggunakan keyword yang betul pada tajuk dan
kandungan iklan.

www.bengkelmudah.my
Ini adalah contoh iklan yang telah diindeks oleh Google Malaysia. Adalah penting untuk
mendapatkan tempat Top 10! Dengan keyword Jam Azan Digital, iklan jam azan telah
berada di tempat ke 3 dengan persaingan 370,000!

Dengan keyword Jam Azan, iklan jam azan telah berada di tempat ke 3 dan 4 dengan
persaingan 1,630,000!

www.bengkelmudah.my
Ini pula adalah contoh iklan yang telah diindeks oleh Google. Dengan keyword Jam Azan
Digital, iklan jam azan telah berada di tempat ke 9 dan 10 dengan persaingan 369,000!

www.bengkelmudah.my
Umpan Dimakan Ikan

Sekarang anda cuma perlu menungggu mata kail dan umpan anda di lubuk Mudah.my
disentap ikan.

Apabila sudah ada pelanggan ingin membeli produk yang anda iklankan tadi, tunggu
sehingga bayaran diterima daripadanya. Setelah selamat diterima, anda hubungi Jam
Azan.com.my untuk membuat tempahan sebagai ejen dropship.

Jika stok ada, anda boleh terus membuat bayaran kepada mereka.

Maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon yang telah anda berikan sebelum ini di
borang pendaftaran akan digunakan pada borang kurier.

Maklumat anda akan diisikan pada bahagian atas. Maklumat pelanggan anda pula diisikan
pada bahagian bawah.

Jika pelanggan anda mahu membuat tempahan lagi, maka dia akan hubungi anda kerana
maklumat anda telah tertera pada borang kurier. Pelanggan anda juga tidak akan tahu
bahawa anda menjalankan perniagaan secara Dropshipping saja. Jadi anda tidak perlu
risau pelanggan anda dicuri Dropshipper. Terbaik bukan?

www.bengkelmudah.my
JamAzan.com.my akan memberikan anda tracking code kurier dan anda pula perlu
meberikannya kepada pelanggan supaya mereka tidak tertanya-tanya dengan status
tempahan mereka.

Jangan lupa untuk memaklumkan kepada JamAzan.com.my selepas pembayaran dibuat.


Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran berjaya diterima. Makluman dihantar
melalui:

E-mel: sales@jamazan.com.my

Butir-butir yang diperlukan:

1. Nama Anda

2. Alamat Anda

4. Nombor Telefon

3. Bank Pembayaran (Bayar kepada Maybank atau CIMB )

4. Jumlah Bayaran

5. Tarikh & masa pembayaran dibuat

6. Nama Pelanggan

7. Alamat Pelanggan

8. Nombor Telefon Pelanggan

Saya nasihatkan supaya menyimpan resit anda. Mereka mungkin mahu anda untuk
menyediakan bukti pembayaran jika memerlukan pengesahan lanjut tentang pembayaran
anda.

Apa yang berlaku selepas ini, pesanan anda akan dibungkus dan dihantar kepada
pelanggan dengan khidmat kurier. Dalam masa 3-5 hari berkerja, pelanggan anda akan
menerima tempahan tersebut dengan senyuman sampai ke telinga.

Anda pula telah pun mendapat keuntungan atas angin secara mudah dan pantas!

www.bengkelmudah.my
Penutup

Terima kasih kerana sudi membaca ebook percuma daripada saya ini. Ebook ini sebenarnya
saya tulis kerana masih ramai yang tidak nampak potensi besar untuk buat duit dengan
Mudah.my.

Mungkin pada peringkat permulaan ini anda rasa 'janggal', masih keliru atau wujud sifat
'takut-takut'. Ini adalah normal bagi semua orang orang apabila mempelajari perkara-perkara
yang tidak pernah dipelajari sebelum ini.

Setiap ilmu yang saya kongsikan di sini anda mesti terus praktikkan. Jangan anda ambil
ringan dengan ilmu yang anda terima secara percuma.

Apa yang disentuh di dalam ebook ini hanyalah 'sedikit' agar anda tidak mengalami
'limpahan maklumat' (information overload) iaitu akibat banyak sangat ilmu baru yang
dipelajari, maka anda tidak dapat fokus dan akhirnya hasil tidak memuaskan.

Jika anda mahu saya bongkarkan taktik berbisnes di Mudah.my pula, anda boleh
menghadiri Bengkel Usahawan Super Mudah.my. Di bengkel tersebut saya akan kongsikan
lagi ilmu dan taktik yang saya tidak sempat untuk tulis di ebook ini. Anda juga berpeluang
untuk terus bertanya kepada saya sebarang persoalan tentang berbisnes di Mudah.my
semasa menghadiri bengkel. Ilmu lebih mudah sampai jika bertemu terus dengan
sumbernya. Untuk maklumat lanjut, mohon layari www.bengkelmudah.my

Akhir kata saya doakan rezeki anda terus melimpah-ruah lagi diberkati. Mohon juga untuk
mendoakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat. =)

Sekian.

www.bengkelmudah.my
Yang Ikhlas,
Umar Taib
Blog: www.umarvellous.com
FB: www.umar.my
Email: hi@umarvellous.com

www.bengkelmudah.my

You might also like