You are on page 1of 1

Bincangkan keistimewaan yang terdapat dalam cerita lipur lara.

Cerita Lipur Lara ialah segala cerita yang mempunyai unsur pengembaraan yang berkaitan
dengan golongan raja. Cerita Lipur Lara mengisahkan mengenai golongan istana dengan
segala gambaran, keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian luar biasa.

Antara keistimewaan cerita lipur lara ialah cerita ini disampaikan dengan bahasa dan
cara yang menarik. Cerita lipur lara merupakan cerita lisan, oleh itu faktor bahasa
memainkan peranan yang penting dalam penyampaiannya. Hal ini kerana kemampuan
bercerita dengan bahasa yang berbeza daripada pertuturan seharian yang biasa dapat
menarik minat dan perhatian rakyat untuk mendengar penutur bercerita.

Selain itu, semasa menyampaikan cerita lipur lara, salah satu keistimewaannya ialah
cerita ini diiringi dengan alat muzik. Disebabkan adanya iringan alat muzik, cerita lipur lara
merupakan dikatakan istimewa dan berbeza. Contoh alat pengiring yang digunakan ilah
rebab, biola, dan batil. Menurut Awang Had Salleh (1965), terdapat juga persembahan yang
diiringi dengan beberapa jenis alat pengiring seperti biola dan gendang keling.

Di samping itu, kita sedia tahu bahawa cerita mempunyai banyak fungsi dan fungsi
utamanya adalah sebagai didikan kepada masyarakat. Namun, cerita lipur lara lebih
diutamakan sebagai sumber hiburan. Sesuai dengan namanya lipur lara, cerita ini bertujuan
untuk membawa hiburan kepada rakyat.

Justeru itu, tema kebanyakan cerita lipur lara adalah berkaitan dengan percintaan
antara wira dengan wirawati dan peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam
mencapai sesuatu tujuan. Keistimewaannya adalah kegagahan dan kesaktian wira
sangatlah ditonjolkan. Misalnya, dalam Hikayat Malim Demam, Hikayat Anggun Cik Tunggal,
dan sebagainya banyak menonjolkan kisah-kisah kesaktian dan menunjukkan hubungan
antara dunia dan kayangan tiada batas.

Secara kesimpulannya, setiap cerita mempunyai keistimewaannya. Dalam cerita


lipur lara jelaslah kita lihat ciri-ciri yang menonjolkan cerita tersebut.

You might also like