You are on page 1of 1

K SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAPAT SETIA,

JALAN TENAGA, RAPAT SETIA,


31350 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-3113385
KOD SEKOLAH : AEA2065 Faks : 05-3127284

“1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Ruj.Kami: SMKRS/ / /( )


Tarikh : 19 Jun 2014
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. M. Abu Bakar bin N.S. Mohamed Sariff,
SMK Rapat Setia,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Majlis Perpisahan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya selaku setiausaha kelab guru SMK
Rapat Setia 2014 mewakili guru-guru yang lain ingin mengadakan majlis perpisahan bagi En. Hj
Mohd Azlan Bin Khalil dan Pn. Sabariah Binti Hashim yang akan bertukar dan menyambung
perkhidmatan mereka di sekolah yang baru.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin meminta keizinan tuan terlebih dahulu sebelum
melaksanakannya. Butiran lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 23 Jun 2014 (Isnin)


Masa : 5:30 Petang
Tempat : Dataran setia, SMK Rapat Setia, Ipoh

3. Saya berharap agar tuan dapat memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis ini. Segala
perhatian dan pertimbangan yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menurut perintah,

…………………………………….
(MOHD QUSAIRI IBRAHIM)
Naib Pengerusi,
Kelab Guru dan Staf 2014,
SMK Rapat Setia,
31350 Ipoh

You might also like