You are on page 1of 20

SENARAI KANDUNGAN

1.0 SENARAI KANDUNGAN……………………………………………………………

2.0 PENGENALAN ………………………………………………..……………....….…

3.0 ISU-ISU BERDASARKAN PERANAN BAHASA

MELAYU……………………...4

4.0 LANGKAH MENGATASI ISU……………………………………………..………12

5.0 KESIMPULAN …………………………………………………….…..…….……..16

6.0 SENARAI RUJUKAN ……………………………………...………………………

18
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai keunikannya yang


tersendiri dan amat sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan kita.
Malah, menurut New Straits Times, bahasa ini diperkayakan lagi dengan sifat
kesantunan dan kehalusan, menjadikannya salah satu bahasa yang paling indah di
dunia (Shahril Nizam 2018). Sebagai contoh, frasa seperti mohon maaf, minta diri,
langkah kanan atau terima kasih jelas menunjukkan sifat atau identiti kebudayaan
yang luhur terdapat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tambahan pula, bahasa
Melayu juga telah memainkan beberapa peranan yang amat penting di Malaysia
iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan juga
bahasa rasmi.

Walau bagaimanapun, masih terdapat cabaran-cabaran yang perlu


ditempuhi untuk memastikan bahasa Melayu ini dimartabatkan ke dalam hati seluruh
rakyat Malaysia. Ramai berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa
yang kurang berdaya saing jika dibandingkan bahasa asing seperti bahasa Inggeris
dan bahasa Perancis (Shahril Nizam 2018). Ini jelas menunjukkan majoriti rakyat
Malaysia masih tidak cukup menghayati dan menghargai nilai yang terdapat pada
bahasa Melayu sehingga memberi penekanan yang lebih terhadap bahasa asing.
Malah, kesan daripada globalisasi sering dijadikan punca utama kepada isu-isu yang
timbul dalam bahasa Melayu ini di mana kebanyakkan aplikasi dan maklumat dalam
laman web adalah dalam bahasa Inggeris.

Menurut Utusan Online, bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa


kebangsaan turut “dibimbangi akan lenyap secara beransur-ansur jika
penggunaannya tidak diberikan penekanan dan perhatian serius oleh mana-mana
pihak” (Abdul Yazid Alias 2018). Ini amat membimbangkan kerana bahasa Melayu
yang selama ini menjadi identiti kewarganegaraan rakyat Malaysia akan didominasi
oleh bahasa asing yang secara tidak langsung mengubah ciri-ciri kebudayaan yang
telah wujud di negara ini. Di samping itu, terdapat pelbagai isu-isu bahasa Melayu
yang boleh menjejaskan peranannya dan pelbagai faktor yang menimbulkan isu-isu
tersebut. Oleh yang demikian, isu dan cabaran yang dihadapi perlu ditangani bagi
memastikan bahasa Melayu masih terus diamalkan dan dipertuturkan pada masa
hadapan.
2.0 ISU-ISU BERDASARKAN PERANAN BAHASA MELAYU

Isu-isu bahasa Melayu ini akan dibincangkan berdasarkan empat peranan


utamanya iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi, bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan
negara.

Isu pertama yang berkaitan dengan Bahasa Melayu adalah statusnya sebagai
bahasa kebangsaan. Dalam sekitar tahun 1960-an, isu bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan menjadi pembakar semangat perjuangan dalam kalangan
orang Melayu dan rakyat Malaysia serta menjadi sebahagian daripada jiwa
nasionalisme orang Melayu (Mohd Rashid 2013). Di bawah Perkara 152(1)
Perlembagaan Malaysia pula, telah diperuntukkan bahawa “bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan negara Malaysia yang perlu dipegang dan dihayati oleh setiap
kaumnya yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai bahasa ibunda
masing-masing selain daripada bahasa Melayu” (Siti Nor Azhani & Adlina 2013).
Tambahan pula, di negara Malaysia sendiri, Bahasa Melayu mempunyai “kedudukan
tinggi sebagai bahasa kebangsaan” yang telah dibuat oleh bapa-bapa kemerdekaan
yang berniat untuk memastikan rakyatnya boleh berkongsi satu bahasa komunikasi
yang sama (Fatihah Jamhari 2018). Namun begitu, kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan semakin tergugat kerana didatangi dengan pelbagai
cabaran dan halangan.

Antara faktor yang sering menjadi penyumbang kepada isu ini adalah seperti
pengaruh globalisasi dan sifat golongan muda pada zaman kini. Zaitul Azma Zainon
Hamzah, seorang penulis dalam Pelita Bahasa pernah menyebut dalam rencananya
bahawa “Bahasa Short Message Services (SMS) menconteng bahasa standard”
(Majed 2017). Melalui pernyataannya itu, kita boleh simpulkan bahawa golongan
remaja pada masa kini telah merosakkan keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Bahasa yang digunakan dalam laman media sosial dan juga
penghantaran mesej SMS adalah bahasa yang telah dicampur-adukan antara
bahasa rasmi dengan bahasa asing. Tambahan pula, keadaan ini menjadi semakin
teruk apabila dijadikan amalan dalam penulisan dan pertuturan seharian di mana
boleh merosakkan imej bahasa Melayu di mata orang luar. Jelas, ini menunjukkan
tiadanya pengawasan oleh pihak tertentu sehingga bahasa SMS atau bahasa rojak
ini boleh didengari dan dilihat di mana-mana sahaja (Mohd Rashid 2013). Justeru
itu, perubahan budaya baharu yang telah dicetuskan oleh revolusi teknologi
maklumat telah melahirkan golongan remaja yang lebih suka menerima maklumat
yang ringkas, cepat, pendek dan mudah difahami sehingga mengabaikan
penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian. Secara amnya,
kita “terlalu terdedah dan terbuka kepada anasir-anasir luar” dan kurangnya
“mekanisme penahanan terhadap penerapan luaran” (Mohd Rashid 2013).

Selain pengunaan bahasa SMS, golongan remaja yang hanya berfokus untuk
mencapai pangkat A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi matapelajaran
bahasa Melayu turut menjadi cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Seorang penulis yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun mengajar bahasa
Melayu telah menyaksikan ramai bekas muridnya yang mendapat pangkat A dalam
subjek tersebut mempunyai “penggunaan bahasa Melayu yang tunggang langgang,
bercampur-aduk dengan istilah asing dan sebagainya” (Majed 2017). Ini
menunjukkan sifat pelajar yang hanya mengejar kecemerlangan dalam subjek
tersebut sehingga mengabaikan hasrat sebenar bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Tambahan pula, perkara ini berlaku kerana tingginya nilai bahasa
Melayu dalam kebanyakan kerja yang pesat berkembang di sektor awam di mana
pemohonnya wajib lulus sekurang-kurangnya dengan mata kredit dalam
matapelajaran bahasa Melayu pada peringkat SPM (Mohd Rashid 2013). Keadaan
sebegini telah menyebabkan penghayatan dan penghargaan kepada nilai sebenar
bahasa Melayu menjadi terpesong atas sebab kepentingan kejayaan sendiri dalam
kalangan remaja pada masa kini.

Perkara-perkara yang berlaku ini berkait rapat dengan “osomosis budaya,


keyakinan dan kerapuhan jati diri dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
menganggap isu bahasa adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesar-
besarkan” (Majed 2017), sedangkan bahasa Melayu merupakan identiti bahasa
negara kita Malaysia. Oleh itu, usaha daripada semua pihak termasuk kerajaan,
institusi sekolah, dan masyarakat setempat harus dilakukan untuk melindungi status
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memantapkan lagi nilai jati diri
dalam kalangan golongan muda kita. Tuntasnya, “pembentukan jati diri melalui
bahasa merupakan elemen penting dalam pembinaan tamadun Malaysia yang dapat
terhasil daripada semangat mencintai negara dengan penonjolan identiti sebagai
warganegara” (Siti Nor Azhani & Adlina 2013).

Isu yang kedua adalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di pusat-pusat
pengajian tinggi. Seperti yang termaktub dalam Perkara 152(1) Perlembagaan
Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
menjadikannya bahasa yang terpenting di negara ini. Malah, menurut Utusan Online,
Saifulizam Mohamad (2017) turut menyatakan yang bahawa perkembangan Bahasa
Melayu “cukup menggalakkan malah hingga satu peringkat, bahasa Melayu berjaya
menjadi bahasa ilmu tinggi di universiti dengan mencakupi semua pelbagai disiplin
ilmu termasuk perubatan, sains dan teknologi.” Ini merupakan sesuatu yang amat
membanggakan kerana telah membuktikan kemampuan bahasa Melayu di peringkat
institusi tinggi.

Namun begitu, kedudukan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai


bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi agak terbantut di mana “bahasa Inggeris mula
mengambil peranan bahasa Melayu” sebagai bahasa ilmu (Saifulizam Mohamad
2017). Gill (2016) dalam artikelnya yang berjudul Masa Depan Bahasa Melayu di
Malaysia turut menyatakan yang penekanan kepada bahasa Inggeris oleh
kebanyakkan pihak universiti di Malaysia telah “menjejaskan kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu”.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Noriah Mohamed (2005), ianya


dianggarkan bahawa 80% tapak jejaring adalah dalam bahasa Inggeris (Abdul Hadi
2017). Implikasi kepada keadaaan ini telah memaksa penuntut-penuntut institut
pengajian tinggi untuk meningkatkan pemahaman dalam bahasa Inggeris supaya
mereka boleh memahami maklumat yang dicari untuk menyelesaikan tugasan
projek, pembentangan dan sebagainya. Secara tidak langsung, penguasaan bahasa
Melayu mereka akan merosot kerana dicampur-adukan dengan bahasa asing.
Malah, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga menunjukkan kecenderungan ke
arah mendaulatkan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Siti Nor Azhani & Adlina 2013).
Tambahan pula, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah lebih merisaukan di mana penggunaannya
masih tidak menyerlah dan menyeluruh kerana masih ada sesetengah pihak yang
beranggapan bahawa “bahasa Melayu tiada nilai komersial dalam perniagaan”
(Othman Hussain et al. 2017). Pemikiran sebegini merupakan racun penghalang
kepada perkembangan bahasa Melayu kerana wujudnya persepsi bahawa bahasa
Melayu ini rendah nilainya dan tidak mempunyai daya saing di peringkat
antarabangsa. Tambahan pula, tanpa mengira penuntut IPTA atau IPTS, golongan
penuntut yang mempunyai persepsi sedemikian beranggapan bahasa Melayu
bukanlah alat yang penting dalam “mengejar kemajuan dalam era globalisasi yang
didominasi oleh bahasa Inggeris” (Othman Hussain et al. 2017).

Jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja, memang tidak mustahil peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi akan bertambah
lemah. Tuntasnya, tidak dinafikan yang bahawa perkembangan teknologi maklumat
yang membawa kepada perubahan zaman era globalisasi ini memaksa kita untuk
berubah seiringan dengan tuntutan keadaan semasa. Walaubagaimanapun, kita
tidak seharusnya redha dan menunduk kalah kepada dominasi bahasa Inggeris
sekiranya ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sahaja di
negara ini tetapi di luar juga.

Seterusnya, isu yang ketiga adalah peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan kaum di Malaysia. Dalam mewujudkan interaksi dalam komuniti, elemen
asas seperti bahasa adalah sangat penting di mana manusia perlu saling
berinteraksi bagi tujuan kelangsungan hidup mereka (Siti Nor Azhani & Adlina 2013).
Maka, di sinilah bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan bagi
memudahkan proses penyatuan masyarakat multietnik di Malaysia melalui satu
bahasa yang boleh difahami semua. Bahasa Melayu mempunyai “nilai serta jati diri
sendiri” malah berperanan sebagai alat perpaduan dan medium komunikasi dalam
memelihara hubungan antara kaum dan etnik yang harmonis di Negara kita ini (Gill
2016). Dengan ini, interaksi yang harmoni dapat diwujudkan dan seterusnya dapat
“membina perpaduan dalam membangunkan negara secara bersama” dan “dapat
memberi impak kepada peradaban Malaysia” (Siti Nor Azhani & Adlina 2013).
Melalui pernyataan tersebut, ianya jelas menunjukkan kepentingan bahasa Melayu
dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.

Walaubagaimanapun, usaha dan hasrat negara dalam menjadikan bahasa


Melayu sebagai bahasa perpaduan masih belum terlaksana dengan jayanya.
Menurut Utusan Online, kegagalan ini adalah disebabkan oleh terdapatnya
“polarisasi kaum yang wujud di sekolah, berterusan di institusi pengajian tinggi, dan
di tempat kerja” (Teo 2017). Malah, Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Bin
Mohamad memberi pernyataan yang bahawa perpaduan kaum di Malaysia sukar
dicapai kerana wujudnya sistem sekolah vernakular atau pelbagai aliran yang
membolehkan penggunaan bahasa ibunda mereka dan bukannya bahasa
kebangsaan sebagai medium pengajaran (Hadi Azmi 2018).

Sekolah-sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)


dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) terbentuk hasil daripada dasar pecah
dan perintah oleh pihak British. Dasar tersebut bertujuan untuk memecahbelahkan
rakyat daripada bersatu supaya tidak menentang pihak penjajah pada ketika itu.
Kini, sekolah-sekolah vernakular masih lagi wujud di Malaysia kerana tuntutan yang
dibuat oleh kaum lain untuk belajar dalam bahasa mereka sendiri dan bagi
mengekalkan budaya etnik mereka. Sekolah vernakular merupakan satu isu yang
kontroversial kerana melibatkan kaum yang berbeza di mana orang Cina
kebanyakkannya di SJKC dan orang India di SJKT. Peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan tidak tercapai di sekolah vernakular kerana penggunaanya yang
tidak dominan jika dibandingkan dengan bahasa ibunda yang menjadi bahasa
pengantar dalam SJKC dan SJKT.

Walaupun subjek bahasa Melayu diajar dalam sekolah-sekolah tersebut,


tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Misalnya di SJKC, murid Cina “rata-ratanya
hanya mengetahui dan fasih berbahasa Mandarin, tetapi bahasa Melayu yang
dipelajari tidak dikuasai dengan baik” (Teo 2017). Di sini, kita boleh melihat
kegagalan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan kerana terdapat
golongan yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Ini bukan hanya berlaku di
sekolah vernakular sahaja, malah sekolah antarabangsa yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar turut menjadi penghalang. Kefasihan
bertutur dalam bahasa Melayu merupakan elemen yang sangat penting dalam
penyatuan rakyat. Ini kerana bahasa Melayu bertindak sebagai alat komunikasi
bukan sahaja untuk mewujudkan ukhwah tulen tetapi juga membawa kepada
permuafakatan ikhlas dan kita sebagai rakyat berbilang kaum akan lebih mengenali
dan menghormati antara satu sama lain (Teo 2017).

Dr. Teo Kok Seong, seorang profesor dalam Pengajian Etnik berkata yang
bahawa “langkah menutup sekolah-sekolah vernakular bukanlah sesuatu yang
realistik dan menganggapnya sebagai suatu kenyataan yang bahaya” (Hadi Azmi
2018). Oleh itu, usaha yang sesuai perlulah dilaksanakan bagi membolehkan
bahasa Melayu berfungsi dengan eloknya sebagai bahasa perpaduan di Negara ini
tanpa menimbulkan isu-isu yang akan membangkitkan pergaduhan dan konflik
antara kaum yang berbeza ini.

Kesimpulannya, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan masih


jauh lagi untuk dicapai. Hal ini adalah disebabkan oleh perbezaan persepsi dan
pandangan oleh pelbagai kaum yang mempunyai kepentingan sendiri dalam
memelihara dan mempertahankan bahasa ibunda masing-masing. Oleh itu, satu
pembaharuan yang menyeluruh terhadap sistem pendidikan perlu dilakukan serta
perlu sesuai bagi setiap pihak bagi mengelakkan berlakunya isu-isu kontroversi yang
melibatkan kaum.

Akhir sekali, isu yang keempat adalah berkenaan dengan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan. Sebagai bahasa rasmi,
bahasa Melayu bertindak sebagai alat perhubungan yang menggerakkan semua
jentera pentadbiran yang terdapat di dalam negara Malaysia (Othman Hussain et al.
2017). Malah, bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam
segala urusan rasmi seperti perbicaraan di dalam mahkamah tinggi, adat istiadat
pertabalan diraja dan sebagainya. Tambahan pula, menurut Harian Metro, Perdana
Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad turut “menegaskan yang
penggunaan bahasa Melayu tetap diutamakan dalam semua urusan rasmi negara”
(Rohaniza Idris 2018). Sungguhpun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi
negara, Perlembagaan Persekutuan masih menghormati bahasa ibunda yang lain
dengan tidak melarang atau meminggirkannya daripada terus dipelajari dan
digunakan dalam kehidupan seharian.

Malangnya, keistimewaan tersebut telah “disalah gunakan sehingga


melangkaui peruntukan asal yang tidak membenarkan bahasa lain dalam urusan
rasmi Negara” (Fatihah Jamhari 2018). Salah satu contoh yang berlaku adalah
daripada tindakan seorang menteri yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasmi
dengan menggunakan bahasa Mandarin (Ahmad Zaharuddin Sani 2018). Perkara
tersebut telah menjadi satu isu yang hangat dan mendapat kecaman daripada
pelbagai pihak terutamanya pencinta bahasa yang memartabatkan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Jelas, amalan penggunaan
bahasa Melayu “di peringkat kepimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan rasmi”
juga dilihat sebagai faktor-faktor yang “mempengaruhi dan merumitkan penggunaan
bahasa Melayu yang baik” (Mohd Rashid 2013). Selain daripada peranannya dari
segi sudut politik, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem
pendidikan turut amat goyah.

Isu yang paling hangat didebat mengenai peranan bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan adalah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar PPSMI ini mula diperkenalkan pada tahun
2003 oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang merupakan perdana menteri
Malaysia yang ke-empat pada ketika itu. Asalnya, hasrat daripada perlaksanaan
PPSMI ini adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek bahasa
Inggeris selain daripada membolehkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris seiringan dengan kemajuan teknologi dan globalisasi. Tetapi,
sepanjang 9 tahun perlaksanaan dasar PPSMI ini, kita dapat melihat yang bahawa
dasar tersebut tidak membawa sebarang peningkatan dalam peratus pencapaian
subjek Sains dan Matematik.

Berdasarkan Majalah Pendidik (2017), keputusan UPSR pada tahun 2008


telah menunjukkan peratusan murid yang mendapat keputusan A, B dan C telah
menurun bagi sekolah bandar dan luar bandar. Malah, ianya juga menunjukkan
jurang pencapaian yang amat besar di antara sekolah di bandar dan luar bandar
(Nazarudin Shahari 2018). Tambahan pula, kajian daripada universiti-universiti
tempatan telah mendapati yang bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris adalah
nominal sepanjang perlaksanaan PPSMI (Anon. 2017). Daripada keputusan yang
tidak memberangsangkan mengenai dasar PPSMI ini, ternyata bahasa yang
digunakan agak sukar difahami dan dipelajari oleh para pelajar. Ini menampakkan
kelemahan dari segi dasar dan polisi kerajaan di mana wujudnya kontradiksi
dalaman dalam sistem pendidikan negara sehingga menyebabkan terjejasnya
proses pembinaan negara bangsa (Siti Nor Azhani & Adlina 2013). Hasil daripada
pelbagai dapatan kajian, PPSMI telah dimansuhkan pada tahun 2012 dan
pengajaran Sains dan Matematik telah kembali menggunakan bahasa Melayu
kecuali sekolah yang mengikuti program dwibahasa (Dual Language Programme,
DLP).

Kita serba tahu yang bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa


antarabangsa dan merupakan alat perhubungan yang sangat penting sekiranya
ingin mempunyai hubungan jaringan yang kuat dengan negara luar.
Walaubagaimanapun, penegasan terhadap pentingnya penguasaan bahasa Inggeris
telah meminggirkan kepentingan bahasa Melayu dan telah membebankan pelbagai
pihak terutamanya para pelajar dan para guru. Kesimpulannya, pengunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan adalah sangat penting. Ini
adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pentadbiran yang gah seiring dengan bahasa-bahasa lain.
3.0 LANGKAH MENGATASI ISU-ISU

Salah satu langkah mengatasi isu-isu dalam bahasa Melayu adalah dengan
memantapkan lagi peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Fungsi utama DBP
dilaksanakan melalui dua program utama, “iaitu melalui pembinaan bahasa dan
pengembangan bahasa” (Mohd Rashid 2013). Tambahan pula, berdasarkan Pelan
Tindakan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka 2011-2015, salah satu usaha
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam mahupun swasta
dan memperbanyakkan penerbitan buku-buku akademik dalam bahasa Melayu serta
memperluaskan lagi istilah bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi.
Secara tidak langsung, ini dapat membantu siswazah dalam memenuhi keperluan
mereka dalam pencarian maklumat berkaitan dengan pembelajaran kursus mereka.

Walaubagaimanapun, Mohd Rashid (2013) dalam artikelnya menyatakan


yang bahawa peranan dan kuasa DBP agak terhad dalam memartabatkan bahasa
Melayu. Ini boleh dilihat dalam kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan
iklan, di mana pihak DBP tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan menasihati
pihak yang berkenaan. Peranan DBP yang terhad ini ada berkaitan dengan
peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang hanya mengisytiharkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi tidak memperuntukkan
“sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang tidak
mengamalkan penjiwaan bahasa” (Mohd Rashid 2013). Sebaik-baiknya, beberapa
pindaan dan perubahan dalam akta atau bidang kuasa DBP adalah perlu bagi
mengawal pencemaran bahasa Melayu di negara ini. Oleh itu, dengan
memantapkan lagi peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini, pengunaan bahasa
Melayu akan mendapat perhatian yang lebih serius oleh semua pihak.

Bagi mengatasi isu peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan,


kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai sebarang hasrat untuk “memansuhkan
sekolah-sekolah pelbagai aliran kerana kepelbagaian tersebut adalah kekayaan,
keistimewaan dan kekuatan bagi Malaysia” (Badrul Hafizan 2018). Sebenarnya,
kerajaan sebelum ini telah melaksanakan pelbagai polisi dan dasar untuk
mengukuhkan perpaduan di negara kita seperti sekolah Wawasan, Rancangan
Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP), dan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang didapati berkesan dalam meningkatkan interaksi dan persefahaman
dalam kalangan pelajar dari sekolah yang berbeza ini. Program sebegini berupaya
untuk membolehkan para pelajar daripada sekolah pelbagai aliran ini untuk bertutur
dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerjasama dalam kumpulan. Walaubagaimanapun,
PLKN telah dimansuhkan pada tahun 2018 manakala RIMUP masih diteruskan
perlaksanaanya.

Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) ini membolehkan para


pelajar dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) untuk bergabung dan menjalankan aktiviti
bersama (Badrul Hafizan 2018). Melalui program RIMUP ini, murid-murid ini akan
mempelajari tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kerana
mereka tidak akan berupaya untuk berkomunikasi sekiranya tidak bertutur dalam
bahasa Melayu dengan rakan daripada sekolah yang berbeza ini. Secara tidak
langsung, RIMUP telah menyediakan satu platform yang sesuai bagi murid
mempraktikan penggunaan bahasa Melayu secara bermakna.

Oleh kerana gagalnya perlaksanaan PPSMI, kerajaan telah memperkenalkan


Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi memastikan bahasa Melayu terus menjadi bahasa pengantar di
sekolah tanpa mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris dalam menyediakan
pelajar menghadapi cabaran dalam era globalisasi ini (Anon. 2017). Malah, ini
selaras dengan anjakan ke-dua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) iaitu memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris. Melalui dasar MBMMBI ini, tiga manfaat yang bakal dikecapi iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang fasih menggunakan bahasa Melayu dengan yakin,
membina modal insan yang boleh mengakses pelbagai media teknologi komunikasi,
dan membentuk insan yang mempunyai jati diri yang tinggi serta mempunyai daya
saing yang kuat di peringkat antarabangsa (Mohd Rashid 2013).
Dengan terlaksananya dasar ini, pengajaran bahasa Melayu dan juga bahasa
Inggeris dipandang serius oleh semua pihak dalam memastikan pembelajaran
bahasa yang berkualiti kepada murid-murid. Pihak kerajaan telah melaksanakan
beberapa pendekatan baru di bawah dasar MBMMBI bagi meningkatkan
penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Antaranya
adalah dari segi penambahbaikkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
penyediaan guru yang mencukupi, penyediaan bahan bacaan yang berkualiti dan
sebagainya (Anon. 2017). Ini jelas menunjukkan usaha dan keprihatinan pihak
kerajaan dalam membantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid-murid ini.

Seterusnya, kualiti guru dalam mengajar subjek bahasa Melayu perlu


ditingkatkan. Hal ini adalah kerana kebanyakkan murid di Malaysia mendapat
pembelajaran bahasa Melayu secara formal di peringkat sekolah. Oleh itu, guru-guru
yang cukup terlatih dan fasih dalam pengajaran bahasa Melayu mampu
menghasilkan generasi muda yang dapat menghargai dan mempelajari pengunaan
bahasa Melayu yang betul. Guru yang terlatih akan mampu untuk mencari formula
atau penyelesaian yang sesuai dan terbaik bagi mengatasi kelemahan penguasaan
bahasa dalam kalangan pelajar-pelajar mereka. Tambahan pula, pelbagai kaedah
pengajaran dan intervensi yang hebat mungkin dapat dicipta serta pelbagai
pendekatan menganalisis bahasa dapat dicuba oleh guru dalam mengatasi
kelemahan bahasa pelajar (Mohd Rashid 2013).

Salah satu usaha kerajaan adalah dengan menaik taraf Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu kepada Institut Pendidikan Bahasa Melayu
(IPBM) supaya bahasa Melayu boleh terus diperkembangkan sehingga ke peringkat
antarabangsa (Anon. 2015). Dengan langkah menaik taraf institusi tersebut, guru-
guru bahasa Melayu yang berkemahiran dan berkualiti dapat dilahirkan sehingga
mampu menjadi pakar rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan. Di
samping itu, IPBM juga mampu berfungsi dalam menyediakan dan menjalankan
kursus pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan kepada guru-guru (Anon. 2015).
Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, peranan dan bimbingan daripada
seorang guru memainkan peranan utama terhadap penguasaan bahasa murid
(Zamri, Nik & Juliawati 2009). Ini kerana murid lebih berminat untuk belajar dan
mengamalkan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian apabila didedahkan
dengan proses pengajaran bahasa yang menarik. Zamri, Nik dan Juliawati (2009)
turut menyatakan yang faktor pengajaran guru mempunyai impak yang besar dan
merupakan faktor yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran murid
yang lebih berkesan dan efektif. Oleh itu, guru haruslah diberi latihan dan
pengetahuan yang mencukupi supaya dapat memberi pembelajaran dan
pemudahcaraan yang berkualiti kepada murid-murid.
4.0 KESIMPULAN

Secara lazimnya, kedudukan dan peranan bahasa Melayu pada zaman ini
mendepani pelbagai cabaran. Peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa rasmi semakin tewas kepada pengunaan
bahasa Inggeris hasil daripada ledakan teknologi yang begitu pantas dan juga
disebabkan sifat endah tak endah sesetengah pihak. Sekiranya tiada tindakan atau
usaha yang dilakukan, maka tidak mustahil fungsi dan peranan bahasa Melayu akan
lenyap begitu sahaja. Kita tidak dapat terus menyalahkan sesuatu pihak kerana
ianya tidak dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku. Apa yang penting adalah
langkah penyelesaian dan intervensi yang sesuai dan secara berterusan harus
dilakukan oleh semua pihak.

Beberapa langkah mengatasi isu bahasa Melayu yang telah dilaksanakan


pada masa kini. Pemantapan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
perlaksanaan Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP), perlaksanaan
dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa bahasa Inggeris
(MBMMBI), dan penekanan kepada guru bahasa Melayu yang berkualiti merupakan
usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan penguasaan dalam bahasa
Melayu dapat ditingkatkan dan kedudukannya dapat diperkukuhkan lagi.
Walaubagaimanpun, usaha-usaha tidak akan dapat tercapai sekiranya tiada
kerjasama yang utuh daripada semua pihak dalam memastikan semua dasar dan
usaha ini dilaksanakan dengan jayanya.

Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu padu dan bekerjasama bagi
menangani cabaran yang berlaku dan mengangkat semula taraf bahasa Melayu
demi pembinaan tamadun bangsa. Tambahan pula, taraf penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar harus dipertingkatkan dan diperbaiki dari segi lisan
dan penulisan mereka. Ini menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan
memperkembangkan bahasa Melayu terutama sekali para pendidik. Satu
perumpamaan daripada bahasa Inggeris iaitu Rom tidak dibina dalam sehari, ini
boleh dikaitkan dengan perancangan dan usaha dalam memperkasa dan
memartabatkan peranan bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu masih belum
mencapai kedudukan yang kukuh sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
ini tidak bermaksud kita perlu mengalah terlebih dahulu. Sebaliknya, komitmen yang
tinggi dan usaha-usaha penyelesaian selama ini perlu diteruskan walaupun
prosesnya mengambil masa yang agak lama untuk berjaya.
5.0 SENARAI RUJUKAN

Abdul Hadi Abd Rashid. 2017. Bahasa Melayu: cabaran dan dugaan dunia tanpa
sempadan.
http://www.kc.upm.edu.my/article/bahasa_melayu_cabaran_dan_dugaan_dun
ia_tanpa_sempadan-32766 [6 Mei 2019].

Abdul Yazid Alias. 2018. Fungsi, peranan Bahasa Melayu bakal lenyap – Jefrizal.
Utusan Online, 6 Julai: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fungsi-
peranan-bahasa-melayu-bakal-lenyap-jefrizal-1.704108 [6 Mei 2019].

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 2018. Tidak mungkin wujud bangsa Malaysia
tanpa bahasa Melayu. Berita Harian Online, 27 Jun:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/06/442123/tidak-mungkin-wujud-
bangsa-malaysia-tanpa-bahasa-melayu [7 Mei 2019].

Anon. 2015. IPG Kampus Bahasa Melayu dinaik tarad sebagai IPBM. Berita Harian
Online, 29 Januari: https://www.bharian.com.my/node/32210 [6 Jun 2019]

Anon. 2017. Dasar MBMMBI diteruskan. Majalah Pendidik Mei.


https://www.pendidik.com.my/2017/05/dasar-mbmmbi-diteruskan/ [6 Mei
2019].

Badrul Hafizan Mat Isa. Tiada hasrat mansuh sekolah pelbagai aliran. Utusan
Online, 30 Ogos: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tiada-hasrat-
mansuh-sekolah-pelbagai-aliran-1.738537 [5 Jun 2019]

Fatihah Jamhari. 2018. Kedudukan Bahasa Melayu bahasa ibunda Malaysia.


Utusan Online, 26 Februari:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kedudukan-bahasa-melayu-
bahasa-ibunda-malaysia-1.616387 [6 Mei 2019].

Gill, S.S. 2016. Masa depan Bahasa Melayu di Malaysia.


http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=1059 [6 Mei 2019].

Hadi Azmi. 2018. Sistem sekolah pelbagai aliran haling capai perpaduan di
Malaysia, kata PM. Berita Benar, 29 Jun:
https://www.benarnews.org/malay/berita/my-sekolah-180629-
06292018160851.html [11 Mei 2019].

Majed, M. J. 2017. Cabaran dan masa depan bahasa Melayu. Utusan Online, 30
Mac: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-dan-masa-depan-
bahasa-melayu-1.463536 [6 Mei 2019].

Mohd Rashid Md Idris. 2013. Memartabatkan Bahasa Melayu melalui pendidikan


dan mendepani cabaran globalisasi. Malaysian Journal of Youth Studies, 207-
222.

Nazarudin Shahari. 2018. Pelajar jadi bahan uji kaji jika PPSMI dilaksana semula.
Utusan Online, 5 Mac: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelajar-jadi-
bahan-uji-kaji-jika-ppsmi-dilaksana-semula-1.621184 [13 Mei 2019].

Othman Hussain et al. 2017. Memperkukuh peranan Bahasa Melayu dalam dunia
teknologi. Dlm. Hussain Othman & Rosman Md. Yusoff (pnyt.).
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat, hlmn.1-18.
Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Rohaniza Idris. 2018. Bahasa Melayu untuk urusan rasmi kerajaan. Berita Harian
Online, 14 Ogos: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/
461804/bahasa-melayu-untuk-urusan-rasmi-kerajaan [12 Mei 2019].
Saifulizam Mohamad. 2017. Di mana kedudukan bahasa Melayu? Utusan Online, 23
Januari: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/di-mana-kedudukan-
bahasa-melayu-1.435020 [7 Mei 2019].

Shahril Nizam Abdul Malek. 2018. Bahasa Melayu a beautiful language. New Straits
Times, 21 Jun: https://www.nst.com.my/opinion/letters/2018/06/382298/
bahasa-melayu-beautiful-language [7 Mei 2019].

Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Adlina Ab. Halim. 2013. Cabaran dan peranan bahasa
kebangsaan dalam pembinaan peradaban Malaysia. Kertas kerja yang
dibentangkan di Fourth PPSPP International Conference, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Selangor, 19 Mac.

Teo, Kok Seong. 2017. Bahasa kebangsaan sebagai alat penyatuan bangsa.
Utusan Online, 3 September:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/bahasa-kebangsaan-sebagai-
alat-penyatuan-bangsa-1.522261 [11 Mei 2019].

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Juliawati Ibrahim. 2009.
Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa
Inggeris. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1): 67-92.

You might also like