You are on page 1of 35

5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.

com

1.0 BIODATA

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 1/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

2.0 PERNYATAAN

PROFESIONAL

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 2/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

2.1 PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu program yang


dijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM). Semua guru pelatih dari semester 1 hingga semester 4 wajib menjalani
program ini di sekolah pilihan masing-masing. Melalui program ini saya didedahkan
dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu
sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di sekolah.

Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di Sungai Tongkang,Rengit iaitu


di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang . PBS yang telah saya jalani hanya saya
seorang kerana berdekatan dengan rumah saya.Saya adalah wakil sulong dari IPGM

Tengku Ampuan Afzan . Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari
maklumat mengenai sekolah, serta melaksanakan beberapa kajian kepada pelajar
sekolah rendah mengikut peringkat iaitu dari peringkat 1 umur 6  – 7 tahun, peringkat 2
umur 8-10 tahun dan peringkat 3 umur 11-12 tahun bagi mengetahui proses
Perkembangan Kanak- Kanak mengikut peringkat-peringkat tersebut.

Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada


beberapa pihak seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan

sekolah dan murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan
beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS ini. Data-data yang telah saya
dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk dijadikan satu portfolio ini.

Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan
ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan ini
dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 3/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

2.2 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)

2.2.1 FOKUS UTAMA TUGASAN

Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 1 bagi


guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Perguruan
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah untuk mengenali persekitaran
sekolah. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan
keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan
guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran dan iklim bilik
darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat maklumat
mengenai pelaksanaan beberapa kajian tentang proses Perkembangan Awal Kanak-
Kanak mengikut peringkat umur selaras dengan kehendak kerja kursus yang telah
diberikan oleh pihak IPG.

2.2.2 TUJUAN TUGASAN

Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


adalah untuk memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah
dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta
melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam
seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih dapat berinteraksi dengan guru-guru,
kakitangan dan murid sekolah. Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran
intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahui
peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang
terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan
semasa guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 4/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

2.2.3 MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 5 hari di sekolah yag
dipilih oleh guru pelatih. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu

merancang apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah
saya buat ialah:

   Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh


   Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang
berkaitan seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain
   Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan

2.2.4 INSTRUMEN PENILAIAN

Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan
temubual. Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti

semasa menjalankan tugasan ini.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 5/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

2.3 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Pada hari Isnin tersebut saya sampai awal ke sekolah kira-kira jam 7.15 pagi.
Setelah tiba di sekolah, saya bertanya kepada sekumpulan murid berkaitan lokasi

pejabat sekolah. Sementara menunggu guru besar, saya telah berkenalan dengan guru
penolong kanan satu, En Mustapha bin Ithinin. Oleh sebab setiap pagi Isnin diadakan
perhimpunan mingguan, saya terpaksa menunggu sehingga perhimpunan tamat untuk
berjumpa dengan guru besar. Kira-kira jam 8.00 pagi setelah tamatnya perhimpunan,
saya masuk ke bilik guru besar. Sesi memperkenalkan diri berlangsung selama 30
minit. Selepas itu saya meminta diri untuk meninjau kawasan sekitar sekolah ini dan
berkenalan dengan guru-guru lain serta kakitangan sekolah yang lain.

Selepas rehat saya bertemu semula dengan puan guru besar, Puan Paridah bte
 Abu Bakar . Tujuannya untuk berbincang mengenai soalan tugasan peranan pengurus
sekolah dalam memperkembangkan aspek-aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan
sosioemosi. Beliau memberikan kerjasama yang amat baik dan maklumat yang
disampaikan amat membantu.

Kemudian beliau mengarahkan saya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia


Matematik agar memudahkan kerja saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mentor
saya merupakan seorang guru pakar di sekolah tersebut. Sepanjang seminggu berada
di sana, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua warga sekolah
memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada kami semua. Sememangnya inilah yang
diharapkan oleh kami semua sebagai seorang yang baru. Seminggu berada di sana
sudah cukup bagi kami untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan untuk
membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 6/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

2.4 LAPORAN DAN PENILAIAN

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani


bermula dari 21 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 banyak memberi pengetahuan baru

kepada saya dan rakan-rakan. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang
yang terletak di Sungai Tongkang,Rengit,Johor . Seperti yang kita semua tahu, sekolah
merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam
kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya
menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek
seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan
dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam
persekolah berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam
teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak
mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid
sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami
tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui
semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat

menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.


Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan
para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya,
saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang
digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak
mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui
peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik.

Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa
depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari
guru-guru yang lain.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 7/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas
sangat penting ketika guru sedang mengajar. Ini kerana purata saiz kelas di sekolah ini
ialah sebanyak 20 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan
terhadap murid-murid yang berada di kerusi belakang.

Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai


sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak yang telah
dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini, tugasan ini melatih
kami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin dikumpul termasuklah
mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di
sekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang
sewajarnya ada dalam satu sekolah.

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah,
guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang
dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang
pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar, kami dapat
mengetahui tahap perkembangan awal kanak-kanak mengikut peringkat yang telah
ditetapkan . Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan

kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.


Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina
sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini,
kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi
memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang
guru kelak.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 8/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

3.0 INSTRUMEN

PENGUMPULAN

DATA BERHUBUNG

 TUGASAN

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 9/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

3.1 PEMERHATIAN

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa


kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui

pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.
Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang kurang selamat digunakan contohnya
padang sekolah, keadaan padang sekolah yang sempit. Selain itu, budaya memberi
salam masih kurang dipraktikkan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang hanya

berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang
lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai
tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah
tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh
dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh
guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala
input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 10/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

3.2 SENARAI SEMAK

Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak.


Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan

tugasan ini. Semasa taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan
mengenai tugasan ini. Panduan ini bertujuan untuk memberi garis pandu bagi
melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi
yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-masing

Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya.
Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti
biodata, pernyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan,

kolaborasi , ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir.

Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang
perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan
segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat membantu saya
dalam melaksanakan tugasan ini.

3.3 TEMUBUAL

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.
Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong
kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan
hal ehwal murid (HEM), guru kaunseling, guru panitia, guru prasekolah, guru pendidikan
khas, kakitangan sekolah dan murid.

Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan


kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat
 jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 11/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

3.4 SOAL SELIDIK

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan


kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan

mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini.
Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang
menarik mengenai sekolah ini.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 12/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

4.0 KOLABORASI

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 13/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam
lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah
mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali.
Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah:

4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2 Perbincangan dengan guru panitia

4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5 Interaksi dengan murid

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 14/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.0

Ilmu/pengetahuan

baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 15/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.1 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya
perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di

Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, saya telah memperolehi banyak pengetahuan


baru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah
tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru
Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam
memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta
dalam proses mengetahui perkembangan awal kanak-kanak.

Sebagai contohnya, saya telah mengikut guru semasa beliau menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semasa P&P dijalankan, banyak ilmu
telah saya dapati. Ilmu baru yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan
dengan lebih menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu
menguji daya kreativiti seorang guru dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P
dijalankan. Hal ini kerana aktiviti P&P yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk
terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. Alat Bantu Mengajar juga sangat
membantu para guru untuk mengajar. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya

seharusnya lebih kreatif dalam mereka Alat Bantu Mengajar dan merancang strategi
pengajaran yang berkesan. Kelas yang terdapat di sekolah ini juga kemas dari segi
susun aturnya dan dipercayai dapat memperkembangkan pembelajaran murid-murid.
Kawalan bilik darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Hal ini kerana, jika
guru tidak dapat mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan sebaiknya sekaligus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

Selain itu, persekitaran sekolah yang menarik turut memberi kefahaman yang

baru kepada saya. Melalui pemerhatian saya, lanskap sekolah yang menarik mampu
mengubah suasana belajar menjadi lebih ceria sebagai contoh, penanaman tumbuh-
tumbuhan hijau. Hal ini kerana banyak tumbuhan ditanam di sekitar kawasan sekolah.
Tumbuhan yang ditanam bukan sahaja dapat memperindah kawasan sekolah, malahan
iainya turut dilabel di sesetengah tumbuhan contohnya tumbuhan herba. Dengan

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 16/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

penanaman pelbagai jenis tumbuhan, ianya dapat memupuk semangat cintakan alam
semulajadi dalam kalangan murid-murid sekolah ini.

Bukan itu sahaja, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat

menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai
kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat
menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah
dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama
saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi, pekerja
kebersihan sudah menjalankan tugas. Bilik selesa guru turut dihias cantik. Saya juga
turut melawat surau yang terdapat di sekolah ini.Susun atur pakaian sembahyang, Al-
Quran dan meja kecil disusun rapi.

Tambahan lagi, apa yang saya dapati dari pemerhatian saya ialah pelajar di sini
kurang dari segi sahsiah. Kebanyakan mereka kurang memberi salam kepada guru.
Walaupun begitu, tidak semua pelajar berkelakuan sebegitu. Hanya segelintir pelajar
sahaja yang kurang mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian mereka.

Guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang


dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa datang ke sekolah meskipun
penggunaan „punch card‟ tidak lagi digunakan. Para guru juga mengajar di setiap kelas
pada waktu tang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru
yang lain akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 17/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.2 SENARAI SEMAK

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai


semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak

digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak
merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian.
Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah
pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap
bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu didapatkan maklumat seperti
pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya. Semasa
proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan
mengenai pendidikan telah saya perolehi.

Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan


yang disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat
untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau
kelas. Sekolah ini merupakan sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih
daripada 400 orang. Terdapat 2 buah kelas dalam setiap darjah iaitu Bijak dan Gigih.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 18/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.3 TEMU BUAL

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang

kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak
perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa
pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru
panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk
menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan


Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan

pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek


dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan
kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang
dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan
telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana
mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-soalan juga turut
ditanyakan.

 Antara soalan yang ditanyakan ialah:

  Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?


  Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?
  Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?
  Adakah mata pelajaran Bahasa Melayu menyumbang kepada kecemerlangan
akademik?
  Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
  Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam
memantapkan akademik murid?
  Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?
  Apakah perbezaan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan?
  Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan bagi kanak-kanak khas?

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 19/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.4 SOAL SELIDIK

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya

 juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan


soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai mumi di kalangan
murid-murid.

Definisi nilai-nilai mumi adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang.
 Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional,
kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi,
berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setiakawan dan sebagainya . Terdapat murid-

murid yang rajin membantu guru.

Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan
serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya
telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya
cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 20/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.5 PENGALAMAN DI BILIK DARJAH

Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya dapat


mengetahui banyak perkara. Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi

borang senarai semak yang mengandungi maklumat seperti berikut:

Bil. Perkara Catatan/data


1. Nama dan alamat sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang,83100
Rengit,Batu Pahat,Johor.
2. No. telefon sekolah 07-4244355
3. Alamat e-mail/web sekolah skst_jba0065@yahoo.com
4. Lokasi Luar Bandar
5. Nama Guru Besar Pn Paridah binti Abu Bakar
6. Nama GPK 1 En.Mustapa bin Ithnin
7. Nama GPK HEM Puan Muhaizah bte Husin
8. Nama GPK Kokurikulum Puan Ruziati binti Othman
9. Nama Penyelia Petang -
10. Gred sekolah B
11. Bilangan guru Lelaki: 7

Perempuan:12
12. Kelayakan profesional guru Siswazah: 4
Bukan siswazah: 15
13. Bilangan kelas 7 termasuk Prasekolah
14. Purata saiz kelas 34
15. Jumlah murid Melayu Cina India Lain-
lain

Lelaki 113 Tiada Tiada Tiada


206 perempuan 93 Tiada Tiada Tiada
16. Lain-lain maklumat yang   Lanskap sekolah

menarik perhatian mengenai   Penggunaan ABM dalam P&P


sekolah ini   Teknik dan pengajaran guru


http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 21/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

  Penglibatan murid-murid dalam setiap


aktiviti

Dengan adanya borang senarai semak ini, mudahlah saya untuk merekodkan data-data
yang telah saya perolehi. Selain itu, saya juga mendapat ilmu baru mengenai
persekitaran dan iklim bilik darjah. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian saya, bilik-
bilik darjah di sini mempunyai susun atur yang sangat sesuai dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan bahan dan sumber pengajaran yang
dipamerkan di bilik darjah. Saya juga dapat melihat penglibatan aktif murid-murid dalam

setiap aktiviti pembelajaran. Berikut ialah ilmu baru yang telah saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan PBS di sekolah ini.

  Pelan bilik darjah


  Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid
  Bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid
  Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran
  Pembahagian murid dalam kumpulan tertentu

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 22/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.5.1 Pelan bilik darjah

Meja murid

Bakul sampah
Papan kenyataan

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 23/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.5.2 Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid
secara berkesan

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi
oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan
peranan. Saya menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan
Sungai Tongkang selama seminggu. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapat
menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas
pada sesi pagi. Guru tersebut menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah.

 Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan
pengajaran adalah kelas prasekolah Bestari. Di sekolah ini terdapat dua kelas
prasekolah yang mempunyai guru masing-masing. Dalam kelas ini terdapat pelbagai
sudut yang menarik perhatian kami. Kesemua sudut-sudut ini membantu dalam
perkembangan murid prasekolah. Selain sudut-sudut ini terdapat juga bahan-bahan
pengajaran yang di pamerkan di sekeliling bilik darjah yang sering digunakan oleh guru
prasekolah untuk pengajaran.

Di dalam bilik darjah prasekolah ini juga terdapat huruf-huruf yang ditampal pada
dinding kelas. Di setiap sudut ditampal dengan pelbagai perkataan yang meliputi tajuk
bagi setiap subjek yang dipelajari. Dengan adanya bahan sebegini, murid prasekolah
dapat menghafal huruf yang diajar oleh gurunya dengan cepat. Cara ini juga
memudahkan murid menyebut dan mengenal huruf-huruf tersebut dan juga
memudahkan guru prasekolah untuk mengajar dengan hanya menunjuk pada huruf-
huruf tersebut bila-bila masa. Terdapat juga penggunaan kad-kad imbasan(flash card) 
yang mengandungi nombor. Kesemua bahan ini sering digunakan oleh guru
prasekolah. Kad-kad yang mengandungi suku kata dan perenggan pendek juga
dipamerkan dalam kelas tersebut.

Bukan itu sahaja, malahan di suatu sudut dalam kelas juga tersedia objek-objek
konkrit. Objek-objek yang dimaksudkan adalah blok bentuk-bentuk seperti segi empat,

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 24/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

bulat, segi tiga dan sebagainya. Apabila bahan seperti ini dipamerkan, ianya dapat
memudahkan pelajar lebih mengenali bagaimana bentuk sebenar sesuatu objek
tersebut. Di belakang kelas pula terdapat satu sudut bacaan yang mempunyai rak buku
cerita. Sudut ini dilengkapi sofa dan meja kecil bagi memudahkan murid untuk
membaca buku cerita. Buku-buku cerita yang dipamerkan mempunyai tajuk-tajuk yang
menarik dan gambar-gambar berwarna yang dapat menarik minat murid prasekolah
untuk membacanya.

Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan rohani dan sahsiah
murid-murid juga turut dipamerkan di suatu sudut kelas. Kebanyakan kelas yang saya
perhatikan mempunyai bahan pengajaran yang sebegini. Sebagai contohnya, terdapat
himpunan doa-doa harian. Apabila setiap hari murid datang ke sekolah membaca doa-
doa tersebut, lama-kelamaan mereka akan fasih. Adab-adab yang perlu diikuti dalam
kehidupan seharian mereka contohnya adab dengan guru,adab makan dan banyak lagi
turut dipamerkan.

Bukan itu sahaja, dalam bilik darjah prasekolah tersebut turut dipamerkan bahan
multimedia seperti radio dan televisyen. Bahan teknologi ini sering digunakan oleh guru
prasekolah untuk mengajar pelajaran yang berkaitan. Contohnya, radio digunakan

untuk memperdengarkan lagu semasa muzik diajarkan kepada murid-murid. Televisyen


pula digunakan untuk aktiviti menyanyi atau menonton cerita-cerita kanak-kanak.

Tambahan lagi penggunaan projector atau LCD dan overhead turut digunakan
dalam bilik darjah. Powerpoint juga digunakan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Slaid-slaid powerpoint yang dibuat oleh guru perlu kreatif untuk
mengelakkan murid-murid berasa bosan. Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti
ini dapat membantu para guru menjelaskan lagi tentang teori yang diajar kepada murid-

murid. Papan kenyataan yang disediakan di setiap kelas juga mempamerkan bahan-
bahan pembelajaran yang berguna kepada pelajar. Pada setiap papan kenyataan
tersebut, ianya dihias cantik dan dilengkapi dengan maklumat mengikut setiap mata
pelajaran yang dipelajari contohnya Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam,
Bahasa Inggeris dan Sains.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 25/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang dipamerkan


di bilik darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat
memudahkan murid untuk belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar.
Bahan-bahan seperti ini wajar dipamerkan dalam bilik darjah kerana ia dapat
meningkatkan perkembangan murid dari pelbagai aspek.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 26/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.5.3 Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan
oleh murid

Pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran pembelajaran atau boleh juga
dipanggil bahan bantu mengajar yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan
bantu mengajar tersebut perlulah mudah digunakan dan dapat menarik minat pelajar
untuk meneruskan sesi pembelajaran.

 Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah


digunakan oleh murid ialah papan kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahan
yang kekal dan tidak akan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Melalui penggunaan papan kenyataaan, murid-murid dapat belajar dengan lebih cepat
tanpa perlu mebuang masa bergerak ke tempat lain. Papan kenyataan yang dilengkapi
dengan pelbagai info dan nota berkaitan memudahkan pelajar membuat rujukan.
Contohnya, pada ruangan Bahasa Melayu dilengkapi dengan peribahasa, simpulan
bahasa, perkataan-perkataan tunggal dan sebagainya. Begitu juga dengan ruangan
Bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan kad bergambar seperti „Parts of Body‟,
sebutan nombor dalam bahasa Inggeris dan sebagainya. Pada ruangan Pendidikan
Islam pula dipamerkan huruf-huruf jawi, doa harian dan sebagainya. Dengan adanya
papan kenyataan yang berinformasi ini, murid-murid dapat belajar secara kendiri.

Selain itu, penggunaan kad-kad imbasan atau dikenali juga dengan „flashcard‟
yang mengandungi pelbagai gambar-gambar menarik dan perkataan-perkataan yang
 jelas dan terang. Gambar-gambar pada kad imbasan ini juga menggunakan kombinasi
warna-warna yang terang dan menarik sekaligus dapat menarik minat murid dan
merangsang perkembangan kognitif mereka. Jika gambar-gambar yang digunakan
tidak menarik ini akan membuatkan murid cepat bosan dan tidak menumpukan
perhatian semasa pengajaran.

Tambahan lagi, penggunaan bahan audio visual juga dapat memudahkan murid.
Contohnya penggunaan radio dalam Pendidikan Muzik. Dengan penggunaan radio,
murid dapat mendengar lagu dan bunyi-bunyian. Begitu juga dengan penggunaan

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 27/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

televisyen pada masa pengajaran atau pembelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti yang
biasanya dilakukan ialah bercerita dalam bahasa Melayu.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 28/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.5.4 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran

Murid-murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
murid mendapat input yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagi memastikan
pencapaian yang seimbang antara murid. .Melalui pemerhatian saya semasa PBS,
para guru banyak menggunakan teknik perbualan. Guru tersebut bertanyakan tentang
sesuatu topik yang ingin diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada
murid-murid. Teknik ini digunakan supaya murid dapat memberikan tumpuan

sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Melalui teknik ini juga, guru-guru berpeluang
untuk mengenali murid-murid secara lebih mendalam. Murid-murid akan merasa lebih
tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan.

Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak
difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani
meluahkan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang masih kuat
membelengu diri sesetengah mereka.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 29/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

5.5.5 Pembahagian murid-murid dalam kumpulan tertentu

Guru-guru akan memastikan tahap pencapaian murid-murid sebelum


pembahagian kumpulan dibuat. Selepas tahap pencapaian murid-murid diperolehi,

barulah pembahagian kumpulan dijalankan. Guru-guru mempunyai strategi sendiri


dalam membuat pembahagian kumpulan. Antara startegi yang dilakukan ialah
pembahagian murid mengikut pencapaian dan pembahagian murid dengan
mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah.  

Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan dengan


mengasingkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap
kepintaran mereka. Murid-murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan

yang pandai dan kumpulan yang lemah. Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan
supaya guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan murid yang
berlainan kepintaran. Kumpulan murid-murid bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang
sedikit sahaja manakala kumpulan murid-murid lemah tadi memerlukan tunjuk ajar yang
lebih daripada guru tersebut.

Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru dapat
memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan murid yang lemah. Apabila
tumpuan yang diberikan oleh guru lebih banyak kepada golongan ini, maka prestasi
pelajar lemah akan mula meningkat. Kesan lain yang diperoleh dari pembahagian cara
ini ialah murid yang lemah akan berasa malu dan rendah diri dengan rakan-rakan yang
lain. Murid yang pandai pula akan berasa bangga dan cuba merendah-rendahkan
kumpulan murid yang lemah itu.

Pembahagian cara kedua ialah guru membahagikan kumpulan dengan


mencampurkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak dalam satu kumpulan
tertentu. Guru yang melakukan pembahagian ini memberi peluang kepada semua
murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa
tersisih. Tindakan ini sangat bagus kerana ianya memberi peluang kepada semua
murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa
tersisih dan murid yang bijak dapat membantu murid-murid yang lemah.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 30/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

  Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid untuk bergaul antara
satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga. Murid-murid yang bijak ini
 juga dapat membantu guru dengan menjadi “guru kecil” kepada rakan -rakan mereka
yang lemah. Sudah menjadi kelaziman kepada para pelajar, mereka takut untuk
bertanya kepada guru kerana takut dimarahi. Oleh itu, murid yang bijak dapat menjadi
„guru kecil‟ kepada murid yang lemah. Pembahagian ini dapat membantu guru dalam
meningkat prestasi pelajar. 

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 31/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

6.0 REFLEKSI

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 32/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

7.0 Laporan akhir

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 33/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

 Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan
saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah
memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Kampung Sungai Tongkang,Rengit,Batu
Pahat. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang. Pemilihan
sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada di luar bandar
dan hal ini serba sedikit menambah pengalaman saya untuk melawat ke sekolah yang
bukan dari negeri kelahiran saya. Sekolah ini telah memenangi beberapa anugerah
dalam akademik mahupun kokurikulum. Sekolah ini juga telah memenangi beberapa
pertandingan sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang dipertandingkan adalah
menjadi Naib Johan Daerah Batu Pahat dan mewakili Negeri ke peringkat kebangsaan

dalam acara bola baling, mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara bola jaring,
Naib Johan daerah Batu Pahat dalam acara Public Speaking dan menjadi Johan
Daerah Batu Pahat dalam acara hafazan dan tilawah. Setelah beberapa hari
menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri
saya. Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat
bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan,
pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan murid-murid. Ketika berhadapan

dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi
dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan
menjalankan peraturan di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti
kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan
sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap

pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga
menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Pelajar 1 Sukan. Penglibatan pelajar dalam bidang
sukan juga wajar dibanggakan kerana pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat
nasional dalam sukan sofbol.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 34/35
5/22/2018 ContohLaporan PBS-slidepdf.com

Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam
akademik. Setiap tahun sekolah ini akan mencapai pencapaian yang begitu
memuaskan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Prestasi
sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun dan mengatasi sekolah-sekolah yang
lain di sekitar pekan Rengit. Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang
membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha mereka sendiri. Pihak
sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian
para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi
membantu pelajar-pelajar yang lemah.

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan
murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh
pihak sekolah. Unit bimbingan dan kaunseling juga menjalankan program kaunseling
dan bimbingan kepada murid yang bermasalah.

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya konklusikan bahawa saya banyak


belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya
sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan
pembelajaran yang berkesan.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-laporan-pbs-561d474706af1 35/35

You might also like