You are on page 1of 1

Kesejahteraan sosial merupakan matlamat dan elemen teras kepada pembangunan sesebuah

masyarakat dalam negara terutamanya Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya
dan berbilang kaum. Kesejahteraan sosial yang dicapai oleh sesuatu negara digambarkan oleh
kedudukan atau keadaan sesuatu masayarakat pada suatu masa tertentu. Kedudukan atau
keadaan masyarakat tersebut digambarkan pula oleh tahap dan taraf hidup individu, keluarga
dan masyarakat berkenaan. Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial dalam negara
ditentukan oleh tiga aspek, iaitu: pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan
peluang mobiliti sosial dalam masyarakat. Kewujudan ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial
ini akan menyediakan masyarakat dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan
menyeluruh terhadap keperluan asas dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial.

Bagi meneruskan kelestarian kesejahteraan sosial yang sememangnya dikecapi selama


ini, perlunya ada indikator-indikator dan platform-platform tertentu bagi terus menjamin
kesejahteraan, keharrmonian, keamanan dan kedamaian sosial ini. Untuk tujuan tersebut
Dasar Sosial Negara (DSN) diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 yang bermatlamat
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dam mantap dengan setiap anggota
masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam
persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik,
bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama. Ini penting kerana apabila
keadaan kesejahteraan sosial baik, ianya akan dapat memastikan tahap perkembangan dan
kemajuan masyarakat seterusnya pembangunan sosio-ekonomi dan negara yang ingin dan
juga dicapai akan dapat direalisasikan.

Dasar Sosial Negara ini dipilih kerana dasar ini dapat dilihat secara menyeluruh untuk
membantu setiap individu di negara ini yang mana berpeluang untuk hidup dalam keadaan
aman dan sejahtera, Dasar ini juga diwujudkan untuk pembangunan sosial yang berteraskan
nilai-nilai murni serta peningkatan keupayaan individu bagi mencapai kesepaduan dan
kestabilan sosial dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Pembentukan DSN ini mempunyai hubungkait dengan dasar-dasar yang terlibat secara
lansung mahupun tidak lansung terhadap aspek-aspek sosial dalam negara. Antara Dasar-
dasar yang mempunyai hubung kait dengan DSN ini ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Belia Negara, Dasar Wawasan 2020 dan Pelan
Integriti Nasional (PIN).

You might also like