You are on page 1of 11

4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

 Historical, Myth, Legend

hasan anak rimau


 david.cronenberg ·  Dec 21, 2012

1 of 10 Next  

Dec 21, 2012 #1

david.cronenberg
D Active+ Member

Ajaran : Hasan Anak Rimau

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oct 1983
telah membincangkan Ajaran Hasan Anak Rimau. Muzakarah telah memutuskan bahawa oleh kerana ajaran Tok Ayah Hasan ini
hanya berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja maka terserahlah kepada kedua-dua negeri itu untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya bagi membendung ajaran Tok Ayah Hasan. Sementara itu ianya hendaklah diawasi supaya tidak merebak ke negeri-
negeri lain.


Log in Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 1/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

Sedikit pendedahan untuk maklumat semoga ia menjadi pedoman dan pengajaran pada pembaca blog semua.
Pertama sekali jangan tanya siapa saya.....

Hasan anak harimau dulunya seorang guru silat maka ramailah anak murid mereka dan antaranya ada di balok kuantan. Banyak
keistemewaan beliau maklumlah beliau seorang guru silat.
Apabila usia meningkat tergerak untuk mengabdi diri pada Allah dan beliau terus meningalkan alam persilatan.
Kerja hariannya ialah menjual anak limau di pekan daerah beliau tinggal.Lama kelamaan orang kampong mengelar beliau "Hasan
anak rimau". Dalam masa itu anak murid beliau semakin ramai.Asas utama ajaranya ialah berzikir dan beruzlah mengingati Allah.
Zikir yang beliau bawa dinamakan "zikir kuat"

Pengikut beliau masa itu seluruh negara & perusuk negeri ada.Lama kelamaan hilang nama 'Hasan Anak limau' dan digantikan
dengan 'Hasan anak Harimau'.
Banyak keistimewaan beliau antaranya
Dia boleh mengetahui isi hati tetamu datang.
Sekiranya dia ingin makan burung sebut saja tak lama kemudian burung itu akan datang.
Dan banyak lagi.

Pengikut setia beliau ialah anak sulung beliau dan ayah pin.Ayah pin ini ada anak perempuan yang bernama mok su. Tak lama
kemudian hasan ini kawin dengan mok su...dengan ini ayah pin ada lah pok mertua hasan anak harimau.

Apabila meninggalnya hasan anak rimau ini ajaran ini berpecah menjadi 3 kumpulan.

Kumpulan anak beliau


Kumpulan ayah pin
Dan kumpulan mok su.

Kumpulan yang di bawa oleh anak beliau ada dikelantan ,kumpulanya tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu ,masih
mengamalkan zikir dan beruzlah .

Kumpulan Mok su baik sikit dari ayah pin. Pengikut mok su tak ada yang sembahyang dan pernah seorang pengikutnya yang
sembahyang ditegur dengan kataya "selagi kita sembahyang selagi itu kita tak kenal Allah".Mok su ini pada pengikut mereka dia
umpama Aishah isteri Rasulullah..dia tak boleh kawin sebab itu sehingga sekarang dia tak kawin lagi. Kehidupanya mewah dan
dengar cerita sekarang dia tinggal di Muazam Shah.

Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau Ayah Pin

LATAR BELAKANG

1 .Nama sebenar Hasan bin Yaakob. Gelaran lain untuk beliau ialah Tok Yah Hasan, Pak Teh Hasan dan Pak
Chu Hasan tetapi yang paling popular ialah Hasan Anak Rimau.

2. Dilahirkan di Kampung Bendang Pauh, Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Disebarkan di
Kampong Bukit Gading, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan 
Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan meninggal
Log indunia di sana.
Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 2/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

3. Pengganti beliau ialah Ayah Pin. Nama penuhnya ialah Ariffin bin Muhamad. Berusia 49 tahun. Beliau
berasal dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Mempunyai empat orang isteri dan 21 orang anak.

4. Ayah Pin menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan disitulah
dijadikan markas kumpulan ajaran Ratip Kuat.

5. Dua orang guru lain sebagai penyambung ajaran ini ialah Mohamad bin Ya dan Kamariah bt Ali.
Mohamad bin Ya dilahirkan pada 11.8.1950 di Kampong Beah, Redang, Bachok, Kelantan. Pernah belajar di
Madrasah Tarbiah Kampung Lepah, Selising Bukit Jawa, Pasir Putih hingga darjah tujuh sebelum
menyambung pelajaran ke Darululum, Deoband India dan Mesir. Manakala isterinya Kamariah bt Ali
dilahirkan pad a 1.1.1951. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan berkelulusan Azhar. Kedua-duanya pernah
menjadi guru agama di Sekolah Menengah Methodist Kampar, Perak (suami) dan Sekolah Menengah
Kampar, Perak (Isteri).

6.Bapa Muhamad ialah Haji Ya bin Haji Ali dan merupakan ketua ajaran berkenaan di Kampung Beah,
Redang, Bachok, Kelantan.

7.Ajaran ini dikesan pada tahun 1970an di tempat-tempat berikut:

a. Bukit Mas, Tanah Merah )


b. Gong Datok, Pasir Putih )
c. Dalam Rhu, Pasir Putih ) Kelantan
d. Kampong Beah, Redang, Bachok )
e. Pasir Panjang )
f. Merchang )
g. Felda Sungai Tong )
h. Kampung Langkat ) Terengganu
i. Pulau Rusa )
J. Felda Jerangau )
k. Kemaman )
l. Marang )
m. Kampong Tok Kah, Dungun )
n. Taman Kapar Jaya, Malim Nawar )
o. Taman Lela, Kemunting, Taiping )
Perakp. Kongsi Baru, Setiawan )
q. Endau Rompin ) Pahang

8.Jumlah Pengikut keseluruhan dianggarkan mencapai 2,000 orang.

9. Antara murid kanan ajaran ini ialah:


I. Haji Ya bin Hj. Ali, Bachok.
II. Nik Halim, Gong Datok, Pasir Putih
III. Yusof bin Awang, Kg. Tok Kah Dungun.
IV. Sulaiman bin Takrib, Malim Nawar, Perak. 
Log in Register
  
https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 3/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

CIRI-CIRI KESALAHAN

Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin membawa ajaran berikut:


1. Gurunya berada di mana-mana sahaja makhluk berada.

2.Guru adalah pemegang anak kunci syurga.

3.Manusia adalah tuhan dan tuhan adalah manusia.

4.Tidak perlu percaya kepada Nabi Muahmmad S.A.W.

5.Mendakwa dirinya tuhan.

6.Berkuasa melantik di kalangan muridnya sebagai Wali Allah dan menentukan darjat.

7.Di waktu solat dikehendaki mengingati guru terlebih dahulu sebelum mengingati Allah.

8.Mendakwa diri diresapi roh Nabi Muhammad S.A.W. dan di suatu masa nanti akan bertukar menjadi
Imam Mahadi.

9.Ratib dan Zikir selepas Maghrib, Isyak dan Subuh.Ayah Pin mengajar zikir kepada ahli-ahlinya dan seruan
seperti berikut:"WAHAI AYAH PIN MEMBERI KEPADA AKU, DISITULAH AKU, BERGURULAH AKU DI
HADAPAN AYAH PINKU, SEBENAR-BENARNYA GURULAH AKU DUNIA SAMPAI AKHIRAT, WAHAI AYAH
PINKU, WAHAI TUHANKU APALAH DOSAKU, MOHONNYA KEPADAMU YA ALLAH".Mohamad Ya dan isteri
mendakwa:

a.Hari Jumaat sebenarnya ialah hari Sabtu iaitu berhimpun segala hari dari hari Ahad hingga hari Sabtu.
Alasannya berdasarkan surah Al Hadid dimana dikatakan Allah mencipta dan menyempurnakan alam ini
dalam masa enam hari, sedang hari Jumaat penghulu segala hari sudah tentu duduknya hari ketujuh.
Susunan harinya menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Sabtu dan Jumaat dihari Ketujuh.

b.Solah Jumaat hendaklah diamalkan pada hari yang ketujuh iaitu Sabtu,

c.Mentafsir perkataan Aamanu di ayat 9, surah Jumaat sebagai wajib sembahyang bagi laki-laki dan
perempuan kerana mereka adalah orang beriman.

d.Maksud solat Jumaat ialah berhimpun beramai-ramai melakukan amalan zikir/ratib iaitu dimulai dengan
solat maghrib, berselawat, berdoa dan disusuli dengan ratip maghrib. Kemudian solat Isyak, berselawat,
berdoa dan mengamalkan zikir Isyak. Selepas ini mengadakan perbincangan mengenai hal ehwal amalan
mereka.

TINDAKAN

1.Pada 16 Mac 1971, Mahkamah Kadi, Pasir Mas, Kelantan telah menghukum Hasan Anak Rimau dengan
denda RM200.00 atau sebulan penjara kerana kesalahan di bawah Sek. 69 Undang-Undang Majlis Ugama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 2/66 iaitu mengajar
Log in Register perkara-perkara yang berlawanan dengan

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 4/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

hukum syarak'.

2.Pada 20 Jun 1980, Mahkamah Kadi Tanah Merah telah menjatuhkan hukuman denda RM200.00 dan
sebulan penjara kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60. Mahkamah Kadi Besar Kota Bahru
pada 20 Mei 1981 dalam kes ulang bicara telah memutuskan Hasan Anak Rimau bersalah dan dikenakan
denda RM200.00 atau penjara 2 1/2 tahun. Beliau membayar denda tersebut.

3.Pada 22 Mac 1983, Hasan Anak Rimau telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Kadi
Besar di bawah Seksyen 74(1). Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil
2/1996 kerana melafazkan perkataan yang menyebabkan terkeji dan tersenda agama Islam.

4.Mahkamah Kadi Besar Ipoh pada 29 Julai 1991 dan 30 September 1991 telah membicarakan kes
Muhamad bin Ya dan telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulah.

5.Pada tahun 15 Januari 1995, Ariffin bin Muhamad (Ayah Pin) telah membuat pengkuan bahawa beliau
menipu semua pengikutnya dengan dakwaan pernah bertemu dengan Allah dan Rasulullah S.A.W. dalam
keadaan jaga. Beliau juga mengaku jahil dalam hukum Islam dan tidak pernah belajar agama (Utusan
Malaysia - 16.1.1995).

6.Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 30.5.1981 telah memfatwakan bahawa ajaran tarikat
tersebut yang mengamalkan meratip kuat adalah salah dari segi ajaran Islam dan membawa kepada
kekufuran. Ini kerana terdapat zikir-zikir dan wirid-wirid dan juga kedapatan perkataan yang tidak ada
makna dalam bahasa Arab seperti perkataan Ho Hang.

7.Jemaah Ulamak Majlis Ugama Islam Kelantan pada 10.8.1981 telah memfatwakan bahawa butir-butir
pengajaran tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau adalah salah dan menjejaskan iman seseorang Islam yang
mempercayai dan beriktikad dengannya. Oleh yang demikaian sesiapa yang mempercayai, menerima dan
beriktikad dengan ajaran itu atau mengamalkan, wajiblah bertaubat kembali kepada pengajaran dan jalan
yang sebenar.

8.Pada 12 Februari 1995, Muhamad bin Ya, Kamariah bt Ali, Teh Idris, Mad Yaakob bin Ismail, Daud bin
Mamat dan Kamaruzaman bin Abdullah telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bahru, Kelantan.
Pada 26 Mac 1995 Mahkamah Syariah Kota Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap
Mohamad Mohamad Ya selama 2 tahun iaitu satu tahun atas tuduhan pertama dan satu tahun atas
tuduhan kedua. Tuduhan pertama iaitu mengadakan istiadat atau perkara yang berlawanan dengan
hukum syarak dan upacara berzikir beramai-ramai dan berlawanan dengan Fatwa Majlis Agama Islam dan
Istiadat Melayu Kelantan. Manakala isterinya Kamariah Ali, 43 tahun dipenjarakan 20 bulan bagi kedua-dua
tuduhan. Begitu juga Teh Idris 64 tahun dari Kg. Pacakan, Jalan Rhu Semerak, Md. Yaakob Ismail, 40 tahun
dari kampung yang sama dan Daud Mamat 62 tahun dari Kg. Patani Sering, Pasir Putih dihukum 20 bulan
penjara. Hukuman penjara berjalan secara berasingan dan berkuatkuasa pada 26 Mac 1995.

NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
Sel. P.U. 45 
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM,
Log in 1989
Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 5/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

FATWA TENTANG TARIKAT ZIKRULLAH HASAN ANAK RIMAU DAN AYAH PIN
En. 21/1989
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran
Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa
Perunding Hukum Syara', membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

(1)Amalan Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Yah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam
yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2)Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak
Rimau atau Yah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan
kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 19hb Oktober 1995.
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007j

Negara asal : Malaysia


Negeri : Selangor
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Penulis/Ulama : Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom
Tarikh Diisu : 30th September 1995

Nota: 23th November 1995

sumber copyjer, halaqah & tokcu[/SIZE]


Last edited: Jan 7, 2013

pecker, 8itis9, FariqX and 6 others

Sponsored Post

Dec 21, 2012 #2

david.cronenberg
D Active+ Member

Ade tak warga CG pernah terjumpa dengan pengikut atau pengamal nya?


Log in Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 6/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

Dec 21, 2012 #3

coyotito
Active Member

Pernah jumpa.. Knp?

Dec 21, 2012 #4

david.cronenberg
D Active+ Member

coyotito said: 

Pernah jumpa.. Knp?

benarkah mereka bole membaca fikiran orang lain ala telepathic? atau cara psychoanalisis?

masih aktif kah mereka?

Dec 21, 2012 #5

amins33
Super Active Member

panjang lebar asal usul ayah pin ni...

awal-awal ok je,bile da diagungkan org tu,jadi mcm hampeh la

Dec 21, 2012 #6



lambda123 Log in Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 7/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots
Super Active Member
L

ntah la tak pernah jumpa mereka.

Dec 21, 2012 #7

muaqall
Active Member

so TT penah jumpa dgn syeikh mahmud ke?

dah penah hadir majlis zikir depa?

Dec 25, 2012 #8

david.cronenberg
D Active+ Member

muaqall said: 

so TT penah jumpa dgn syeikh mahmud ke?

dah penah hadir majlis zikir depa?

tak penah pula

Dec 26, 2012 #9

silent6
S Fun Poster


Log in Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 8/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

sy rasa mereka bukan ada kuasa psikik atau apa saja yg superpower tp mungkin bersifat supernatural
melibatkan jin dan ilmu hitam..andai yg berjumpa dengan golongan ini harus berhati2..jangan sampai
hilang kewarasan seperti ustaz muhamad b. ya dan isterinya ustazah kamariah itu..malah bukan mereka
sahaja yg jadi begitu setelah minum air atau join kumpulan ini..ada yg sampai sanggup berhabis wang
ringgit dan sanggup jadi hamba menurut segala kata puak ini..ini bkn sesuatu yg hanya dgr2 cerita tetapi
dari pengalaman..

Dec 26, 2012 #10

muaqall
Active Member

david.cronenberg said: 

tak penah pula

..lenkali hadir dulu..jgn dok main kopi pes...

..tak pon jumpe saje2 pon tak pe...

...dosa dgn manusia..kene mintak maaf dgn manusia gak bro..

..kekekekekke..

..selamat mengkopi dan pes...ekekekekke

1 of 10 Next  

You must log in or register to reply here.

Sponsored Post

Similar threads

Sejarah ubat batuk Cap Ibu dan Anak


TT
Replies: 10 · Nov 17, 2016

Tarikh melihat anak bulan puasa, hari raya dan sejarahnya


eboss 
Replies: 15 · Jul 1, 2016 Log in Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 9/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

Tenggelamnya kapal TLDM KD SRI PERAK. Cerita sebenar bekas anak kapal yang
terselamat
AMICO66
Replies: 80 · Jul 1, 2016

Foto-foto Menarik Dari Puncak Piramid Hasil Pendakian Sekumpulan Anak Muda
graphicriver
Replies: 16 · Oct 31, 2015

Jawapan yang Perlu Anak Melayu Tahu dari Ahli Sejarah Negara Malaysia
Hans.Azhar
Replies: 12 · Mar 2, 2014

LATEST THREADS GENERAL CHAT

Pengarah animasi popular Tom & Jerry meninggal dunia


Started by lelabah · Today at 1:25 PM · Replies: 3
O cial News, Current Issues

Covid-19 Penghantar Bungkusan Guna Motosikal Wajib Daftar Aplikasi MySejahtera


Started by Xploit Machine · Today at 11:09 AM · Replies: 1
O cial News, Current Issues

Polis Tahan Lelaki Liwat Kanak - Kanak Lebih 20 Kali


Started by Xploit Machine · Today at 10:19 AM · Replies: 1
O cial News, Current Issues

Tiong Di Lantik Duta Khas PM Ke China


Started by Xploit Machine · Today at 9:53 AM · Replies: 8
O cial News, Current Issues

Covid-19 Makluman Perlaksanaan Pengutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M (PKP-MCO)


Started by Xploit Machine · Yesterday at 6:37 PM · Replies: 0
Santai, Others

 Historical, Myth, Legend

Welcome to the one of the largest online investment & business portal in South-East Asia. You currently view about 1/3 of our
forum sections. In order to enter all sections without restrictions, you may have to register to get full view and more functions
available. 
Log in Register
Forum statistics
https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 10/11
4/21/2020 hasan anak rimau | CariGold - Online Biz Hotspots

Threads: 610,520

Messages: 24,579,438

Members: 172,613

Latest member: Ctvya9

What's new

 New posts

 Latest activity

Connect with us

Copyright ©2005 - 2020, CariGold.com

Disclaimer: All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications
represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or
vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or o er any
investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own
consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for
general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or
liable for any damages and/or losses su ered by anyone of you.

 Lights o

Contact us Terms and rules Privacy policy Help 


Log in Register

https://carigold.com/forum/threads/hasan-anak-rimau.392208/ 11/11

You might also like