You are on page 1of 12

HAK ASASI UNTUK SEMUA

ISSN 1823-3392 Jun


EDARAN PERCUMA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Human Rights Commission of Malaysia 2012

SUHAKAM LANCAR LAPORAN TAHUNAN 2011


B uat julung kalinya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) telah melancarkan Laporan Tahunannya pada 16 April
2012. Bertempat di Dewan Chersonese Mediahall, Maju Junction, majlis
pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri
Hasmy Agam yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Datuk Dr Khaw Lake
Tee (Naib Pengerusi), Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi A Majid, Muhammad
Sha’ani Abdullah, James Deva Nayagam dan Detta Samen.

Laporan Tahunan 2011 ini merupakan laporan tahunan SUHAKAM yang


ke 11. Setiap tahun, selaras dengan Seksyen 21(1) Akta Suruhanjaya
Pesuruhjaya SUHAKAM di majlis pelancaran Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), SUHAKAM
Laporan Tahunan 2011 akan menyerahkan Laporan
Tahunannya ke Parlimen semasa persidangan pertama Parlimen dengan harapan
ianya dapat diteliti dan dibahas oleh Ahli Parlimen. Malangnya, walaupun
SUHAKAM tanpa gagal telah menyerahkan Laporan Tahunannya sepanjang
10 tahun yang lepas, tiada satu pun dibahaskan.

Justeru, majlis pelancaran ini merupakan satu forum untuk pihak-pihak


berkepentingan membincangkan isu-isu dan meneliti syor-syor yang
dikemukakan oleh SUHAKAM dalam Laporan Tahunannya. Selain itu, ia
juga merupakan satu platform kepada Ahli Parlimen untuk mengambil isu-
isu hak asasi manusia yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan
membahaskannya di Parlimen.

“Seperti tahun-tahun yang lalu, kami amat berharap Laporan tahunan SUHAKAM
ini diteliti dan dibahas oleh Ahli Parlimen, semoga mereka dan Negara secara
bersambung di muka surat 9

LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2011:


ISU ORANG ASAL/ASLI CATAT JUMLAH
ADUAN TERTINGGI Sebahagian hadirin
pada pe
Laporan Tahunan SUH lancaran
AKAM

S epanjang tahun 2011, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia


Malaysia (SUHAKAM) telah menerima 1,232 aduan hak
asasi manusia dengan Semenanjung Malaysia mencatat
kekasaran yang melampau semasa sesi soal siasat ke
atas tahanan.
553 aduan, manakala Sabah dan Sarawak masing-masing
merekodkan 219 dan 53 aduan. Namun agak ironik, SUHAKAM hanya menerima empat
aduan mengenai ISA, lima aduan mengenai kebebasan
Daripada jumlah tersebut, 357 aduan yang diterima bersuara dan satu aduan mengenai kebebasan beragama.
berkaitan isu-isu Orang Asal/Asli dengan Semenanjung
Malaysia mencatat 156 kes; di Sabah 153 kes melibatkan Berbanding tahun sebelumnya, jumlah aduan yang
isu tanah dan di Sarawak pula 48 kes berkenaan dakwaan dicatatkan pada tahun 2011 menunjukkan peningkatan
pelanggaran hak ke atas tanah adat. ketara. Ini kerana terdapat banyak aduan yang
direkodkan semasa sesi rundingan awam yang diadakan
SUHAKAM turut menerima 113 aduan berkaitan salahguna sempena Inkuiri Nasional Ke Atas Hak Tanah Orang
kuasa oleh polis, kelewatan tindakan polis dan penggunaan Asal/Asli Malaysia.
SUHAKAM: DEFINISI HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA
DI SALAH TAFSIR
efinisi hak asasi manusia dalam masyarakat
D Malaysia masih kurang jelas, berbeza dan tidak
konsisten, begitu pandangan Pengerusi SUHAKAM,
Pengerusi SUHAKAM itu menjelaskan, kenyataan
mengenai minoriti seksual dalam laporan tahunan
tersebut bukan bertujuan untuk mengiktiraf gaya hidup
Tan Sri Hasmy Agam. golongan berkenaan sebaliknya beliau menegaskan,
“keutamaan kami hanyalah kepada hak-hak golongan
Menurut beliau, setelah hampir 13 tahun penubuhan ini yang didiskriminasi dan perlu diberi perlindungan
SUHAKAM, masih ada golongan masyarakat yang sewajarnya.”
prejudis dan berpandangan sempit yang menyalahtafsir
konsep hak asasi manusia khususnya Perisytiharan Menjelaskan isu yang sama, Naib Pengerusi SUHAKAM
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) sebagai Datuk Khaw Lake Tee berkata, “SUHAKAM tidak
nilai-nilai asing yang dibawa daripada barat. memperjuangkan hak mereka sebagai LGBT
sebaliknya mempertahankan hak mereka
“Ini tidak benar. Setiap individu itu sebagai manusia. SUHAKAM berpendirian
mempunyai hak sejak lahir lagi teguh bahawa setiap manusia berhak
dan hak itu perlu dimanifestasikan dihormati dan dilayan secara bermaruah.”
secara bertanggungjawab,” tegasnya
semasa Pelancaran Laporan Tahunan Jelas beliau lagi, kenyataan berhubung
SUHAKAM 2011 baru-baru ini. golongan minoriti seksual ini yang
dimuatkan dalam Laporan Tahunan
Ujarnya, “hak kemasyarakatan jelas SUHAKAM 2011 itu tidak mencerminkan
termaktub dalam Perlembagaan Negara pendirian sebenar SUHAKAM sebaliknya
yang merangkumi hak politik dan sivil, merupakan pandangan dan maklumbalas
ekonomi, sosial, kebudayaan, kesaksamaan yang diterima melalui perbincangan yang dibuat
gender dan kebudayaan. Ianya perlu dilihat bersama golongan LGBT ini dan juga wakil-wakil
secara menyeluruh dan sesuatu hak itu tidak boleh agama bukan Islam.
diutamakan tanpa mengambilkira hak-hak lain.”
Sementara itu, mengulas mengenai kempen anti-LGBT
Menurut Tan Sri Hasmy, “ini boleh dicapai melalui di sekolah, Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Abdullah
anjakan paradigma dengan menerima UDHR sebagai berkata, “sekiranya kempen anti-LGBT ini benar-
prinsip-prinsip sejagat yang perlu dicapai di samping benar dijalankan di sekolah-sekolah, kerajaan dan
mendukung prinsip hak asasi manusia berpandukan Kementerian Pelajaran perlu menghormati mereka ini.
perlembagaan persekutuan.” Ini kerana mereka juga manusia dan aktiviti berunsur
negatif seperti ini perlu dihentikan.”
Menjawab persoalan pendirian SUHAKAM mengenai
hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender SUHAKAM, ujarnya lagi, menentang sebarang
(LGBT) atau turut dikenali sebagai minoriti seksual, diskriminasi ke atas golongan minoriti seksual ini.

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA Untuk pertanyaan, hubungi kami di: PEJABAT SARAWAK
MALAYSIA (SUHAKAM) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
IBU PEJABAT
Tan Sri Hasmy Agam (Pengerusi) (SUHAKAM),
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Datuk Dr Khaw Lake Tee (Naib Pengerusi) Suite 8.01, 8.02 & 8.03,
(SUHAKAM)
Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj A Majid Tingkat 8, Menara Tun Jugah,
BULETIN SUHAKAM  JUN 2012

Tingkat 11, Menara TH Perdana,


James Nayagam 18, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Muhammad Sha’ani Abdullah 93100 Kuching, Sarawak.
Tel : +603 2612 5600
Detta Samen Tel : +608 2234 650
Faks : +603 2612 5620
Jannie Lasimbang Faks : +608 2254 937
Website : www.suhakam.org.my
E-mel : humanrights@suhakam.org.my E-mel : sarawak@suhakam.org.my
EDITORIAL
Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj A Majid PEJABAT SABAH DICETAK OLEH
(Pengerusi) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia D’fa Print Sdn. Berhad
James Nayagam (SUHAKAM) No. 16, Jalan 9/21, Seksyen 10,
Muhammad Sha’ani Abdullah Suite E1, Tingkat 8, Menara CPS No.1, Selaman Light Industrial Park,
Hashimah Nik Jaafar Jalan Centre Point, 43650 Bandar Baru Bangi,
(Setiausaha SUHAKAM) 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Selangor Darul Ehsan
Mohamad Bahadon (Ketua Penerbitan) Tel : +608 8317 405 Tel : +603 8926 3808
Siti Rahayu Mohd Noor Faks : +608 8317 406 Faks : +603 8926 3830
Noor Azlina Abdul Jalil E-mel : sabah@suhakam.org.my E-mel : dfagraphic@yahoo.com

BULETIN SUHAKAM diterbitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), dan diedarkan secara percuma kepada
pelbagai agensi kerajaan, organisasi awam, institusi, kumpuwlan sukarela dan individu yang berminat. SUHAKAM mengalu-alukan sebarang
tulisan, artikel, surat, berita dan pandangan berkaitan hak asasi manusia untuk pertimbangan siaran ke dalam buletin ini. SUHAKAM berhak
untuk tidak menyiarkannya atau mengedit bahan tersebut dari segi isi, kejelasan, stail dan ruangan. Sumbangan hendaklah dialamatkan
kepada : mohamad@suhakam.org.my.
2
3

BULETIN SUHAKAM  JUN 2012


BERSIH 2.0:
POLIS L ANGGAR
HAK ASASI MANUSIA
dan semasa perhimpunan pada
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) merumus-
kan telah berlaku pelanggaran hak
9 Julai 2011 itu telah dibacakan oleh
Pengerusi Panel Siasatan Awam
tindakan oleh sesuatu unit diketahui
oleh unit lain, bagi mengelak-
kan percanggahan arahan yang
asasi manusia oleh pihak polis Datuk Khaw Lake Tee dan dua panel boleh membahayakan keselamatan
semasa perhimpunan Bersih 2.0 lain, Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi dan peserta, sepertimana dialami peserta
pada Julai tahun lepas. Detta Samen di sidang akhbar pada perhimpunan yang terperangkap
4 Mei 2012 di Ibu Pejabat SUHAKAM. di HTS dan HBC akibat tembakan
Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk gas pemedih mata dan meriam
Khaw Lake Tee berkata, “memang “SUHAKAM berpendapat penggunaan air yang dilepaskan dari dua arah
berlaku pelanggaran hak asasi sebarang alat termasuk senjata, bertentangan.
manusia oleh pihak polis semasa alat pemedih mata atau sebarang
mengendalikan perhimpunan Bersih cara lain untuk menyuraikan peserta SUHAKAM akan menyerahkan laporan
2.0 dalam beberapa keadaan, seperti yang mungkin boleh menimbulkan penuh kepada Polis Diraja Malaysia
di Hospital Tung Shin (HTS), Hospital risiko keselamatan seharusnya tidak dan berharap syor-syor yang telah
Bersalin Cina (HBC) dan KL Sentral, dibenarkan di dalam mahupun di dikemukakan oleh SUHAKAM melalui
yang telah menjejaskan keselamatan sekitar kawasan berkepentingan siasatan awam ini akan diberi
orang awam”. awam seperti hospital, tempat ibadat pertimbangan sewajarnya bagi
dan sekolah,” ujarnya. mengelakkan berlakunya insiden
Laporan siasatan awam ke atas seperti ini di masa akan datang.
dakwaan pelanggaran hak asasi Panel turut mengesyorkan setiap unit
manusia termasuk penggunaan PDRM yang bertugas di kawasan
kekerasan yang melampau sebelum yang sama berkomunikasi dan setiap

SUHAKAM: PEMANSUHAN ISA DIALU-ALUKAN,


RANG UNDANG-UNDANG BARU PERLU DISEMAK
Rang Undang-undang tersebut yang
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) mengalu-
alukan pemansuhan Akta Keselamatan
membenarkan polis menahan suspek
sehingga tempoh 29 hari sahaja bagi
Dalam Negeri 1960 (ISA) dan tujuan siasatan, serta mengalu-alukan
menyambut baik Rang Undang- fasal berhubung semakan semula
Undang Kesalahan Keselamatan tempoh penahanan setiap lima tahun.
(Langkah-Langkah Khas) 2012 yang
dilihat sebagai langkah positif ke arah Walau bagaimanapun SUHAKAM
memperbaiki hak asasi manusia di berpendapat beberapa peruntukan
negara ini. dalam Rang Undang-undang tersebut
perlu diteliti semula sebelum ianya
“SUHAKAM menyambut baik usaha diwartakan. Menurut Tan Sri Hasmy lagi, peruntukan
Perdana Menteri melindungi hak asasi yang membenarkan kuasa memintas
manusia dan kebebasan melalui rang Menurut Tan Sri Hasmy, peruntukan di komunikasi di bawah Fasal 4(6)
sepatutnya dilaksanakan melalui
undang-undang baru ini,” ujar Pengerusi bawah Fasal 4 Rang Undang-undang
arahan mahkamah bagi mengelakkan
SUHAKAM, Tan Sri Hasmy dalam satu baru itu tidak menyediakan pemerhatian
pencabulan kebebasan peribadi.
kenyataan akhbar. penghakiman bagi melanjutkan tempoh
penahanan sehingga 28 hari. “SUHAKAM sedia bekerjasama dengan
Rang Undang-Undang tersebut telah agensi-agensi kerajaan berkaitan
mengambilkira beberapa cadangan Selain itu, walaupun Fasal 5 Rang khususnya Jabatan Peguam Negara
SUHAKAM melalui laporannya Review Undang-undang itu membenarkan dan pihak berkepentingan lain bagi
of the Internal Security Act 1960 yang waris diberitahu mengenai penahanan memastikan Rang Undang-undang
telah diterbitkan pada 2003. suspek, ia juga perlu disemak kerana baru ini konsisten dengan prinsip
ia membenarkan pihak polis menafikan hak asasi manusia sejagat, sekaligus
Tambahnya, SUHAKAM juga khidmat guaman kepada tahanan dalam menegakkan hak asasi manusia
menyambut baik peruntukan di bawah tempoh 48 jam. di Negara ini,” katanya.
INKUIRI NASIONAL:
MASYARAKAT ORANG ASAL LUAH MASALAH SEMASA
PENDENGARAN AWAM DI SARAWAK
S iri pertama pendengaran awam Inkuiri Nasional anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) telah bermula pada 27 Februari sehingga 14 Mac 2012 di Sarawak. Sesi
pendengaran ini yang diadakan di Dewan Masyakat Serian pada 27 Februari hingga
1 Mac; Dewan Suarah Sibu (3-5 Mac); Dewan Suarah Bintulu (7-10 Mac) dan Dewan
Suarah Miri (12-14 Mac) telah dipengerusikan oleh Tan Sri Hasmy Agam dan
Tan Sri Hasmy Agam semasa mempengerusikan dibantu Pesuruhjaya Detta Samen dan James Nayagam serta konsultan bebas,
sesi pertama Pendengaran Awam
Inkuiri Nasional di Sarawak Datuk Ranita Mohd Hussein dan Andrew Khoo.

Seramai 111 orang saksi utama yang terdiri daripada 38 orang Katanya lagi, “SUHAKAM juga akan (telah) meneruskan
saksi awam, 31 orang saksi kerajaan, 38 orang saksi swasta sesi pendengaran awam yang sama di beberapa kawasan
dan 4 orang saksi pakar (expert witness) telah menghadiri di Semenanjung Malaysia pada bulan April dan Mei, sementara
sesi pendengaran awam tersebut dan memberikan keterangan di Sabah pula, sesi pendengaran awam akan dijalankan pada
masing-masing. bulan Jun 2012”.

Sementara itu, sebanyak 34 kes telah didengar sepanjang sesi


pendengaran awam di Sarawak dengan perinciannya seperti
di bawah:

No Kategori Kes Jumlah


1. Pencerobohan tanah 15
2. Pentadbiran 9
3. Pampasan 3
4 Taman Negara 2
5. Skim Pembangunan Orang Asli 3
6. Tadahan air 1
7. Projek komersial 1
JUMLAH 34 Ahli Panel (dari kiri) Detta Samen, Tan Sri Hasmy Agam (Pengerusi),
James Nayagam dan Jannie Lasimbang, (berdiri dari kiri)
Datuk Ranita Mohd Hussein dan Andrew Khoo
Daripada 34 kes tersebut, 12 kes diterima di Serian, 8 kes di sesi Pendengaran Awam di Miri
di Sibu, manakala di Bintulu dan Miri masing-masing merekodkan
7 kes.

SUHAKAM merumuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang


SUHAKAM JAMIN PENDENGARAN AWAM
BEBAS DAN TERBUKA
direkodkan sepanjang sesi pendengaran awam di Sarawak,
terdapat percanggahan mengenai definisi hak tanah adat
di antara kerajaan negeri dan masyarakat Orang Asal/Asli.

Menurut Tan Sri Hasmy, “Inkuiri Nasional mengenai hak tanah


P endengaran awam Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah
Orang Asal/Asli yang dijalankan oleh Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia adalah satu proses yang bebas,
Orang Asal/Asli yang telah kami jalankan di Sarawak ini adalah terbuka dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
sangat bermakna, kerana ia telah membolehkan semua pihak
Demikian penjelasan Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam
BULETIN SUHAKAM  JUN 2012

memperolehi maklumat yang lebih komprehensif mengenai berhubung kebimbangan yang bangkitkan oleh Sarawak
masalah berhubung hak tanah adat. Kami telah memberikan Timber Association (STA) berhubung sesi pendengaran ini.
peluang kepada semua pihak terlibat untuk mengemukakan
keterangan mereka dengan ikhlas dan jujur”. Peranan SUHAKAM untuk menyiasat dakwaan pencabulan
hak asasi manusia telah diperuntukkan secara jelas dalam
Tambahnya lagi, SUHAKAM akan menyediakan cadangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999
(Akta 597) yang menyatakan bahawa SUHAKAM boleh
yang diharap dapat menyelesaikan permasalahan hak tanah atas kehendaknya sendiri atau atas aduan yang dibuat
di Sarawak bagi jangka masa segera, sederhana dan panjang. kepadanya oleh orang atau kumpulan yang terkilan, atau
seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan
“Penyelesaian jangka segera termasuklah syor-syor bagaimana orang yang terkilan, menyiasat dakwaan pelanggaran hak
masyarakat Orang Asal/Asli dan kerajaan negeri dapat asasi manusia orang atau kumpulan berkenaan. Oleh itu,
bekerjasama untuk mencapai situasi yang menguntungkan pendengaran awam ini bertujuan menentukan kebenaran
dakwaan tersebut dan memberi peluang kepada mereka
kedua-dua belah pihak dalam membangun dan memelihara yang didakwa untuk memberi penjelasan.
tanah adat. Penyelesaian jangka sederhana akan merangkumi
aspek-aspek seperti isu mengenai hak pihak tertentu dalam Menurut Tan Sri Hasmy, SUHAKAM telah melantik ahli Panel
projek pembangunan tanah, manakala penyelesaian jangka yang terdiri daripada anggota SUHAKAM dan konsultan
bebas yang dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam
panjang memerlukan perubahan dan penambahbaikan ke atas bidang hak tanah Orang Asal/Asli untuk mendengar
undang-undang dan peraturan sedia ada supaya hak semua keterangan saksi dan hujah balas pihak-pihak yang didakwa
pihak akan dilindungi dengan adil,” jelas Tan Sri Hasmy. melakukan pelanggaran tersebut.
4
INKUIRI NASIONAL: 50 SAKSI BERI KETERANGAN, 14 KES
5

DIPERDENGARKAN DI SESI PENDENGARAN AWAM SEMENANJUNG

BULETIN SUHAKAM  JUN 2012


S UHAKAM kini kembali meneruskan sesi Pendengaran
Awam Inkuiri Nasional ke atas Tanah Adat Orang Asal/
Asli di Semenanjung setelah berakhirnya sesi pendengaran
Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mengendalikan
isu-isu berkaitan hak tanah, serta ruang kepada pemaju
swasta untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan
awam di Sarawak pada 14 Mac lepas. terhadap mereka.

Bertempat di Pejabat SUHAKAM di Kuala Lumpur, sesi Tan Sri Hasmy menekankan, “Sesi pendengaran awam ini perlu
pendengaran awam yang berlangsung pada 27 hingga 30 dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang sewajarnya
Mac 2012 ini menyaksikan 50 orang saksi telah dipanggil bagi memastikan Panel dapat membuat penilaian secara
memberikan keterangan di hadapan panel dan 14 kes objektif ke atas isu-isu hak tanah, selain mendalami setiap
diperdengarkan. Saksi-saksi yang hadir memberikan kes, sebelum mengemukakan laporan yang mengandungi
keterangan terdiri daripada saksi awam (15 orang), saksi ulasan serta syor-syor SUHAKAM kepada pihak yang
kerajaan (25 orang), saksi swasta (7 orang) dan saksi berkaitan, termasuklah Kerajaan Negeri dan Persekutuan”.
pakar (expert witness) seramai 3 orang. Di bawah pula
merupakan pecahan kes yang diteliti semasa Pendengaran Pendengaran Awam bagi Inkuiri Nasional akan diteruskan di
Awam Semenanjung Malaysia bagi Selangor dan Kluang, Johor; Kuala Kangsar, Perak; Gua Musang, Kelantan;
Negeri Sembilan. dan Temerloh, Pahang antara April hingga Mei 2012.
Manakala sesi seterusnya akan diadakan di Sabah pada Jun.
No Kategori Kes Jumlah
1. Hutan Simpan 4
2. Pencerobohan tanah 3
3. Pampasan 2
4 Penipuan 2
5. Urbanisasi 2
6. Pencemaran 1
Seorang saksi sedang menjelaskan
JUMLAH 14 sesuatu kepada Panel Inkuiri
Nasional pada sesi Pendengaran
Pendengaran awam yang dipengerusikan oleh Tan Sri Hasmy Awam di Ibu Pejabat SUHAKAM
Agam dan dibantu oleh ahli Panel Datuk Khaw Lake Tee,
Jannie Lasimbang serta konsultan bebas Datuk Dr Denison
Jayasooria dan Dr Collin Nicholas ini bertujuan, antaranya,
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang Orang Sebahagian
Asal/Asli daripada merealisasikan hak asasi ke atas tanah daripada orang
adat bagi memenuhi keperluan mereka. awam yang hadir
ke sesi Pendengaran
Selain mendengar kenyataan daripada masyarakat Awam Semenanjung
di Ibu Pejabat
Orang Asal mengenai dakwaan pencerobohan tanah di SUHAKAM
perkampungan Orang Asli di Selangor dan Negeri Sembilan,
Panel turut melihat kepada peranan dan fungsi agensi

SUHAKAM DENGAR ISU HAK TANAH ORANG ASLI DI JOHOR DAN KELANTAN
S etelah 125 saksi beri keterangan dan 48 kes diperdengarkan
sepanjang Pendengaran Awam di Sarawak dan
Semenanjung Malaysia (Selangor dan Negeri Sembilan)
Pendengaran Awam ini antara lain untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang menghalang Orang Asal/Asli daripada
merealisasikan hak asasi ke atas tanah adat berasaskan
pada 27 Februari sehingga 14 Mac dan 27 Mac hingga 30 keperluan mereka, di samping untuk mengumpul maklumat
Mac lepas, SUHAKAM kini meneruskan sesi Pendengaran sama ada berbentuk lisan mahupun dokumen daripada saksi-
Awam di Kluang, Johor pada 9 dan 10 April dan Gua Musang, saksi yang dipanggil oleh ahli Panel berdasarkan aduan-
Kelantan pada 27 hingga 30 April 2012. aduan yang diterima.

Ahli Panel terdiri daripada Tan Sri Hasmy Agam (Pengerusi),


Datuk Dr Khaw Lake Tee (Naib Pengerusi), dan Pesuruhjaya
Jannie Lasimbang serta dibantu oleh konsultan bebas Datuk
Dr Denison Jayasooria dan Dr Collin Nicholas.

Panel NI sedang mendengar keterangan saksi Orang Asli semasa (Kiri) masyarakat Orang Asli yang hadir ke sesi Pendengaran
Pendengaran Awam di Kluang, Johor Awam di Kelantan (Kanan) Orang Asli sedang memberi
penjelasan berkenaan tanah adat mereka
SUHAKAM SAMBUT BAIK PELAN TINDAKAN
HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP)
S atu perbincangan meja bulat (RTD) mengenai ‘Pelan
Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP)’ anjuran
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah
Peserta yang
hadir ke RTD
NHRAP anjuran
diadakan pada 9 Februari di Kuala Lumpur. SUHAKAM

RTD tersebut, yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Khaw Lake serta membantu BHEUU mendapatkan laporan, hasil kajian,
Tee selaku Naib Pengerusi SUHAKAM, telah dihadiri oleh statistik dan lain-lain maklumat mengenai isu-isu hak asasi
wakil-wakil organisasi masyarakat sivil (CSO) dan institusi di Malaysia, yang boleh dijadikan bahan rujukan BHEUU
akademik, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang Undang sebagai kajian dasar awal untuk membentuk NHRAP.
(BHEUU), Jabatan Perdana Menteri merupakan agensi fokal
bagi pembangunan NHRAP diwakili oleh Puan Akhzailina Md Dalam ucapannya, Datuk Dr Khaw Lake Tee menyatakan,
Akhir. Turut hadir ialah Pesuruhjaya Detta Samen, James “SUHAKAM menyokong penuh keputusan kerajaan
Nayagam dan Jannie Lasimbang. membangunkan NHRAP di Malaysia. Ini dapat dilihat melalui
kepelbagaian usaha yang telah dilaksanakan oleh SUHAKAM
sejak 2001 lagi, termasuklah menyerahkan satu kertas kajian
mengenai NHRAP kepada kerajaan untuk pertimbangan
pada 2006.”

Katanya, “SUHAKAM percaya adalah penting bagi kerajaan


memastikan proses ini melibatkan penyertaan aktif daripada
semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, ahli
parlimen, badan kehakiman, agensi penguatkuasaan, institusi
hak asasi manusia, masyarakat sivil, ahli akademik, sektor
swasta dan juga media.”

Di RTD tersebut, antara isu yang dibangkit dan dicadangkan


Panel RTD Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional yang oleh peserta ialah faedah NHRAP; isu berkaitan wanita,
dipengerusikan oleh Datuk Dr Khaw Lake Tee bersama wakil-wakil
agensi kerajaan, organisasi masyarakat civil dan ahli akademik
kanak-kanak dan OKU ditangani secara berasingan;
penglibatan sektor swasta terutamanya badan multinasional
Objektif utama RTD ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan persatuan pelajar dalam proses NHRAP; dan pangkalan
dan maklum balas daripada organisasi masyarakat sivil data laporan hak asasi manusia Malaysia diwujudkan bagi
dan institusi akademik berhubung pembangunan NHRAP memudahkan capaian kepada orang ramai.

SUHAKAM: KANAK-KANAK TAHANAN IMIGRESEN WAJAR


DIBERI KEMUDAHAN ASAS
Majlis pelancaran tersebut turut
S ejajar dengan kempen global
menghentikan penahanan imigresen
kanak-kanak yang dilancarkan pada sesi
pencari suaka yang sekarang ini masih
dikekalkan di depot tahanan sementara
imigresen.
dihadiri oleh Naib Yang DiPertua Majlis
Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, Datuk
ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Dr Raj Karim; Pengerusi Jawatankuasa
BULETIN SUHAKAM  JUN 2012

Geneva pada 21 Mac lalu, Suruhanjaya Menurut Pesuruhjaya James Nayagam, Hak Asasi Majlis Peguam, Andrew
Hak Asasi Manusia Malaysia kanak-kanak yang ditahan di depot Khoo dan Pengerusi Jawatankuasa
(SUHAKAM) telah mengesyorkan tahanan walaupun untuk jangka masa Kecil Migran, Pelarian dan Hal Ehwal
supaya kerajaan menyediakan yang singkat, mengalami penderitaan Imigresen, Dato’ M. Ramachelvam.
kemudahan pendidikan, rekreasi dan psikologi dan cenderung membunuh diri
perkhidmatan kesihatan kepada kanak- terutamanya kanak-kanak perempuan,
kanak warga asing yang ditahan di serta berdepan masalah kesihatan
depot tahanan sementara imigresen. seperti hilang berat badan, trauma dan
tekanan mental yang berkekalan.
Syor tersebut telah diutarakan oleh
SUHAKAM semasa Majlis Pelancaran “Kanak-kanak tersebut tidak
Kempen Global Tamatkan Tahanan sewajarnya ditahan sebaliknya harus
Imigresen Kanak-Kanak peringkat diberikan perlindungan keselamatan
kebangsaan dengan kerjasama Health dan hak asasi mereka diutamakan
Equity Inititatives dan Malaysian Child memandangkan mereka yang melarikan
Resource Institute pada 2 April lalu. diri daripada penderaan, peperangan
dan kemiskinan serta tidak mempunyai
SUHAKAM juga menyeru agar kerajaan dokumentasi dan majoritinya telah Dari kiri, Dato’ M. Ramachelvam, Andrew Khoo,
James Nayagam dan Datuk Dr Raj Karim
menyediakan penempatan alternatif kehilangan atau tanpa diiringi ibu bapa,” di Majlis Pelancaran Kempen Tamatkan
bagi kanak-kanak migran, pelarian dan katanya. Tahanan Imigresen Kanak-Kanak
6
SUHAKAM PUPUK KESEDARAN HAK ASASI MELALUI SENI
7

P ertemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

BULETIN SUHAKAM  JUN 2012


Malaysia (SUHAKAM) bersama Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam
usaha memupuk kesedaran hak asasi manusia dalam
kalangan masyarakat Malaysia melalui pendekatan
seni telah menampakkan hasil positif. Perbincangan
yang diadakan di ASWARA pada 22 Mac lalu
memperlihatkan kesanggupan ASWARA untuk
menerapkan pengetahuan hak asasi dalam kalangan
pelajar-pelajarnya melalui pendekatan ceramah
bersama SUHAKAM-ASWARA. Sehubungan itu,
satu modul pembelajaran bagi merealisasikan hasrat
tersebut akan disediakan oleh SUHAKAM.

Beberapa usul lain turut dibentangkan, antaranya, Delegasi SUHAKAM yang diketuai Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi
cadangan mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi Hj A Majid dalam perbincangan dengan ASWARA, diketuai oleh
Dato’ Dr Mohd Anuar b Haji Rethwan, Dekan Fakulti Penulisan
membincangkan penerapan unsur-unsur hak asasi
dengan lebih terperinci melalui program-program
usahasama pada masa akan datang; SUHAKAM
sebagai sebuah pusat rujukan pelajar-pelajar ASWARA SUHAKAM KESAL KEBEBASAN
PELAJAR BERSUARA DINAFIKAN
dalam menghasilkan pelbagai projek yang menerapkan
unsur-unsur hak asasi manusia dan SUHAKAM
menyumbang anugerah hak asasi manusia dalam
Penilaian Tahun Akhir (PeTA) pelajar ASWARA.
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) memandang berat akan
keputusan sesetengah universiti baru-baru ini
“Sebarang sekatan yang
tidak munasabah ke atas yang menggantung pelajar-pelajarnya yang telah
penggunaan hak dan menyuarakan pendapat, sambil mendakwa pelajar-
pengalaman berkenaan pelajar ini telah memburukkan nama institusi
akan menidakkan mereka dan mengganggu ketenteraman awam.
pendidikan dan pengalaman
yang amat penting dalam SUHAKAM, dalam kenyataan media yang
perkembangan mereka
dikeluarkan pada awal Januari lalu, melahirkan rasa
sebagai pemimpin
masa depan Negara”
kesal dengan tindakan yang diambil oleh beberapa
-Tan Sri Hasmy Agam universiti tersebut. Katanya, tindakan tersebut
bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar
malah bertentangan dengan pengumuman YAB
DEBAT ANTARA UNIVERSITI- Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta

MEMPROMOSI PEMANSUHAN
Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang
membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun

HUKUMAN MATI DI MALAYSIA dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung


kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan

S uruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia


(SUHAKAM) dengan kerjasama Delegasi
Kesatuan Eropah dan Majlis Peguam telah
kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat.
menganjurkan debat ‘Mempromosi Pemansuhan
Hukuman Mati Di Malaysia’ pada 1 Mac 2012, di
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pengerusi Tan
Kuala Lumpur Convention Centre.
Sri Hasmy Agam, mengalu-alukan rundingan awal
Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
kesedaran di kalangan generasi akan datang bersama SUHAKAM, wakil-wakil pelajar dan pihak
mengenai kewajaran memansuhkan hukuman mati. berkepentingan lain mengenai peruntukan yang
kontroversi di dalam AUKU, dan berharap agar
Pertandingan debat itu adalah antara penuntut rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan penuntut dapat diadakan agar ianya akan membolehkan
oo, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan telah pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak
dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
dan kebebasan.
Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz.
LYNAS: SUHAKAM PANTAU HIMPUNAN HIJAU 2.0
H impunan Hijau 2.0 yang telah berlangsung secara aman pada 26 Februari di Kuantan
merupakan satu protes kepada projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP). Lynas
awal Februari lalu telah mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga
Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi loji pemprosesan nadir bumi yang
berharga RM700 juta di Gebeng, Pahang.

SUHAKAM telah menghantar satu pasukan pemantau yang terdiri daripada 16 pegawai dan
kakitangannya yang diketuai oleh Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Abdullah.

Selain Kuantan, SUHAKAM juga memantau perhimpunan ini yang turut diadakan serentak
Kumpulan pemantau SUHAKAM di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur. Selain dua lokasi terbabit, Himpunan Hijau 2.0 turut diadakan
yang hadir di perhimpunan
di beberapa lokasi lain iaitu di Penang Esplanade, Bukit Merah (Perak) dan Tanjung Aru (Sabah).
Hijau 2.0 di Kuantan

SUHAKAM PANTAU BERSIH 3.0 DAN PERARAKAN 1 MEI


P ada 28 April 2012 lalu, Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah
melakukan pemantauan ke atas perhimpunan
Walau bagaimanapun, berlaku insiden yang
tidak diingini semasa perhimpunan Bersih 3.0
dan The Coalition for Clean and Fair Elections
Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. (Bersih 2.0) mahu SUHAKAM menjalankan
siasatan penuh ke atas insiden tersebut.
Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Abdullah
dalam kenyataan memaklumkan SUHAKAM Selain memantau perhimpunan Bersih 3.0 di
akan (telah) menggerakkan pegawai dan Dataran Merdeka, SUHAKAM turut memantau
kakitangannya bagi menjalankan aktiviti Perarakan 1 Mei yang diadakan sempena Hari
Pekerja di Dataran Maybank, Kuala Lumpur.
pemantauan Bersih 3.0 kali ini sepertimana
yang telah dilakukan semasa Bersih 2.0
Perarakan tersebut bertujuan menyuarakan 14
tahun lepas. Mengetuai kumpulan pemantau
tuntutan yang terkandung dalam Deklarasi 1 Mei
kali ini, Pesuruhjaya James Nayagam ketika
2012, yang mana antaranya ialah mendesak
perhimpunan 3.0 berlangsung dilaporkan agar gaji minumum ditetapkan pada RM1,500
berkata, “Saya lihat semua peserta ber- dan bukannya RM900 (Semenanjung) dan
himpun secara aman, dan saya rasa tiada RM800 (Sabah dan Sarawak) sebagaimana
sebab untuk mana-mana pihak bertindak yang telah diumumkan kerajaan pada
di luar batasan”. 30 April 2012.

(atas) Keadaan sesak


di hadapan SOGO dan Pertama
Kompleks (bawah) seorang
peserta Bersih 3.0 dilihat
cuba memberikan bunga
kepada pihak polis

Peserta Perarakan
1 Mei berkumpul
di Dataran Maybank
bagi menyuarakan
tuntutan mereka

MEMORANDUM ISU WILAYAH TANAH ADAT ORANG ASLI


BULETIN SUHAKAM  JUN 2012

L ima belas orang wakil Jaringan Kampung


Orang Asli Melaka (JKOASM) hadir ke
Pejabat SUHAKAM pada 20 Mac lepas bagi
Dalam memorandum itu, wakil JKOASM
turut mengemukakan dua aduan kepada
SUHAKAM, iaitu berhubung kedatangan
ini adalah menjadi kewajipan atau obligasi
setiap kerajaan dalam menunaikan hak-hak
golongan ini.
menyerahkan memorandum berhubung isu Cawangan Khas (SB) ke Kampung Orang
tanah adat Orang Asli. Memorandum yang Asli Melaka selepas memorandum dihantar Selain itu katanya, media berperanan dalam
sama telah diserahkan kepada Kerajaan kepada wakil Kerajaan Negeri Melaka, memastikan bahawa maklumat yang tepat
Negeri Melaka dan Perdana Menteri dan berhubung penukaran nama pada mengenai masyarakat Orang Asli disalurkan
Malaysia. papan tanda ke perkampungan mereka, agar membantu dalam mendidik masyarakat
daripada ‘Kampung Orang Asli Air Sialang dan pemimpin seterusnya menghormati
800m’ kepada ‘Kampung Air Sialang golongan yang dianggap ‘terpinggir’ ini.
Memorandum tersebut membantah agar
800m’. JKOASM tidak berpuas hati apabila
kerajaan Negeri Melaka amnya dan Kerajaan
perkataan Orang Asli digugurkan. Hal ini Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Abdullah
Malaysia khasnya untuk tidak meneruskan menerima memorandum daripada wakil
akan mengelirukan pihak luar yang ingin Jaringan Kampung Orang Asli Melaka
pindaan Akta Orang Asli (Akta 134), isu- ke perkampungan Orang Asli dengan
isu berkaitan Dasar Pemberimilikan Tanah perkampungan Melayu kerana kedua-
Orang Asli, rasa tidak puas hati mengenai duanya terletak di Kampung Air Sialang.
kenyataan-kenyataan dalam media masa
oleh pemimpin-pemimpin kerajaan terhadap Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Abdullah
masyarakat Orang Asli dan tuntutan untuk yang menerima memorandum tersebut
mengiktiraf Wilayah Adat menurut Deklarasi memberitahu bahawa pihak-pihak ber-
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai kepentingan masih tidak sedar akan hak-
Hak Orang Asal (UNDRIP). hak asasi masyarakat Orang Asli ini, dan
8
BERSIH 3.0: KEBEBASAN BERSUARA DAN HAK UNTUK BERHIMPUN
9

SECARA AMAN MESTI DILINDUNGI DAN DIHORMATI

BULETIN SUHAKAM  JUN 2012


S uruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) kecewa
dan bimbang dengan insiden yang
kali menyeru pihak berkuasa,
agar menggunakan cara yang
bersesuaian dan tanpa keganasan
berlaku semasa perhimpunan sekiranya mereka mendapati
awam Bersih 3.0 pada 28 April 2012 ianya perlu untuk mengawal atau
yang lalu. menyuraikan orang ramai semasa
perhimpunan”
Insiden mengenai dakwaan
pelanggaran hak asasi manusia “Suruhanjaya telah menawarkan
semasa perhimpunan ini ter- diri sebagai mediator antara polis
masuklah melibatkan dakwaan dan penganjur perhimpunan agar
pengendalian yang terlalu kasar satu persetujuan secara konsensus
dan secara sembarangan oleh antara dua pihak sebelum Kota Kinabalu telah dibenarkan
pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan dapat dicapai, namun, berhimpun dan bersurai secara
orang ramai, dan layanan tawaran tersebut telah ditolak,” aman, teratur dan bertanggungjawab
kasar polis terhadap petugas ujarnya lagi. tanpa sebarang insiden yang tidak
media yang menjalankan tugas diingini berlaku merupakan satu
mereka. SUHAKAM berpendirian SUHAKAM juga telah beberapa testimoni kepada kebolehlaksanaan
penggunaan kekasaran yang tidak kali menyeru pihak berkuasa untuk langkah-langkah tersebut,” katanya
seimbang dan tidak sepatutnya membenar dan memudahkan orang lagi.
terhadap peserta perhimpunan dan ramai untuk berhimpun secara
juga petugas media adalah satu aman, di samping menggesa agar Suruhanjaya menyeru orang
tindakan pihak polis yang tidak polis memudahkan orang ramai ramai, pihak media serta pihak
boleh diterima sama sekali. melaksanakan hak mereka untuk berkuasa berkaitan yang telah
berhimpun secara aman dan menyaksikan sebarang pelakuan
Menurut Pengerusi SUHAKAM mengeluarkan pandangan tanpa atau insiden mengenai dakwaan
Tan Sri Hasmy Agam, “SUHAKAM, membahayakan hak orang lain. pelanggaran hak asasi manusia
dalam Laporan Tahunan serta semasa perhimpunan 28 April 2012
laporan Siasatan Awam berkenaan “Peserta di perhimpunan yang untuk mengemukakan maklumat,
penggunaan kekerasan yang seumpamanya di beberapa tempat dokumen lain dan bukti yang
melampau oleh pihak polis semasa lain seperti Georgetown, Kuantan, berkaitan kepada Suruhanjaya
perhimpunan awam, telah berulang Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan untuk siasatan.
ma

S uruhanjaya Hak Asasi Manusia


Malaysia (SUHAKAM) pada MEMORANDUM BERHUBUNG IMPLIKASI
3 Februari lepas telah menerima
penyerahan memorandum daripada PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) dan Positive Malaysian
Sambungan dari muka surat 1
Treatment Access & Advocacy Group
(MTAAG) berhubung dengan implikasi keseluruhannya akan lebih memahami keadaan hak asasi manusia dan boleh
FTA terhadap isu-isu hak asasi menyumbang ke arah kemajuannya demi kepentingan masyarakat,” tegas
manusia. Tan Sri Hasmy semasa Ucaptama beliau di majlis pelancaran tersebut.

Sejajar dengan itu, SUHAKAM menggesa Ahli Parlimen agar meneliti dan
Memorandum yang diserahkan oleh
membahaskan Laporan Tahunannya atau sekurang-kurangnya, mengambil
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan
isu penting hak asasi manusia dan menyokong sepenuhnya syor yang
dan wakil MTAAG, Edward Low Cheap diutarakan dalam laporan tersebut, bagi melindungi dan mempromosi hak asasi
Foh ini, antara lain, menyenaraikan manusia kepada masyarakat awam agar mereka lebih memahami situasi hak
kebimbangan dan implikasi FTA ke atas asasi manusia.
hak-hak golongan pekerja di Malaysia
sekiranya ianya dilaksanakan. Ujarnya lagi, “Saya akui bahawa perkembangan hak asasi manusia di Malaysia
menunjukkan kemajuan, namun kadar peningkatannya agak perlahan dan tidak
SUHAKAM, ketika menerima memo- konsisten, serta memerlukan usaha yang lebih serius dan mantap oleh semua
randum tersebut berpendapat adalah pihak yang mahu melihat pencapaian lebih ketara dalam bidang ini”.
wajar isu-isu yang menimbulkan
kebimbangan sebegini dibincangkan Berkaitan dengan instrumen hak asasi manusia antarabangsa, beliau
melalui rundingan dan perbincangan menjelaskan Malaysia setakat ini hanya meratifikasi tiga daripada sembilan
dengan semua pihak berkepentingan teras utama instrumen tersebut iaitu Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
di Malaysia supaya setiap pihak (CRC), Konvensyen Mengenai Sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
berkaitan dapat menyuarakan pen- (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).
dapat masing-masing. SUHAKAM terus mendesak kerajaan agar meratifikasi instrumen selebihnya.
SUHAKAM LAWAT KAMPUNG ORANG ASLI
TASIK CHINI, PAHANG
Sekumpulan warga SUHAKAM yang pengangkutan yang menyukarkan
diketuai oleh Pesuruhjaya Muhammad anak-anak ke sekolah, ketiadaan
Sha’ani Abdullah serta enam orang bantuan daripada agensi berkaitan
pegawai dan kakitangan yang terdiri kepada anak-anak Orang Asli
daripada Ameer Izyanif Hamzah, yang bersekolah di sekolah jenis
Hasmah Abdul Manaf, Zeti Mazuwani, kebangsaan, serta masalah buli
Wan Nurul Ain, Norhafizah dan Noor di kalangan murid Orang Asli. Selain
Azlina Abd Jalil telah membuat lawatan itu, penduduk turut membangkitkan
ke Kampung Gumum dan Kampung masalah pencerobohan tanah adat
Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Puput di Tasik Chini. mereka oleh syarikat perlombongan
Abdullah bersama masyarakat Orang
Asli di Tasik Chini. serta projek-projek pembangunan
Sempena lawatan tersebut, satu seperti empangan yang mereka dakwa
majlis penerangan untuk memberi telah mencemarkan tasik, sungai
pendedahan mengenai hak asasi dan tanah adat hingga menyukarkan
manusia dan hak Orang Asli telah mereka memperolehi hasil hutan.
diadakan dan dihadiri oleh penduduk
Orang Asli dari kampung-kampung
berdekatan iaitu Kampung Gumum,
Kampung Melai, Kampung Puput,
Kampung Chendahan dan Kampung
Ulu Gumum.

Pada sesi itu juga, penduduk


mengemukakan beberapa isu seperti
Antara pegawai dan kakitangan
SUHAKAM yang melawat perkampungan isu perkampungan mereka yang Bot/perahu merupakan satu-satunya
Orang Asli di Tasik Chini, Pahang hanya boleh diakses dengan menaiki pengangkutan yang menghubungkan
perkampungan Orang Asli di Tasik Chini
bot; isu pendidikan seperti masalah dengan dunia luar

SUHAKAM LANCAR PROGRAM ATHAM DI SK KENANG;


ANJUR BENGKEL ATHAM DI TAIPING PAMERAN SAMBUTAN
menyemai dan menyebarluaskan
kesedaran hak asasi manusia terutama HARI WANITA
ANTARABANGSA 2012
di kalangan kanak-kanak sekolah,
walaupun begitu, masih banyak ruang
yang boleh diperbaiki dari aspek
pelaksanaan aktiviti agar ianya lebih
jelas dan memberi kesan kepada
para pelajar.
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) telah
menyertai pameran sempena Majlis
Sementara itu, pada 23-25 April 2012
Sambutan Hari Wanita Antara-
Para peserta bengkel ATHAM ketika lalu, SUHAKAM telah menganjurkan bangsa 2012 pada 8 Mac 2012
mendengar taklimat pegawai SUHAKAM bengkel ATHAM untuk sekolah Zon anjuran Kementerian Pembangunan
Utara dan Timur di Taiping, Perak bagi Wanita, Keluarga dan Masyarakat
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) telah memberi kesedaran dan pengetahuan
kepada para guru yang terlibat dengan
di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Hampir 1000 orang menghadirinya,
BULETIN SUHAKAM  JUN 2012

melancarkan program Amalan Terbaik


Hak Asasi Manusia (ATHAM) di program ATHAM, supaya ianya boleh termasuk golongan wanita dari-
dilaksanakan di sekolah dengan lebih
Sekolah Kebangsaan Kenang, Sungai pada Persatuan Ibu Tunggal
berkesan, di samping menjadikannya
Siput di Perak pada 28 Februari lalu, Negeri, wanita-wanita berkerjaya,
budaya dan amalan yang berterusan
yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya para usahawan wanita, rakan-
dalam kalangan warga sekolah.
Muhammad Sha’ani Abdullah. rakan Facebook JPW, serta pelajar-
Seramai 19 peserta daripada enam pelajar IPTA dan IPTS.
Berdasarkan pemerhatian semasa
buah sekolah sekitar negeri Pahang,
menjalankan aktiviti berkaitan hak Perak dan Kedah, serta beberapa orang
asasi kanak-kanak bersama 100 orang Sambutan Hari Wanita Antara-
wakil Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, bangsa 2012 ini yang dirasmikan
pelajar Tahun 4 hingga 6, SUHAKAM Perak, Kedah dan Putrajaya telah hadir
mendapati pelajar-pelajar tersebut oleh Menteri Pembangunan Wanita,
ke program tiga hari tersebut.
sukar mengikuti arahan yang diberikan, Keluarga dan Masyarakat, Dato’
dan ada pula segelintir pelajar yang Antara isu-isu utama yang dibangkitkan Seri Shahrizat Abdul Jalil, turut
belum mahir menguasai kemahiran oleh peserta bengkel ialah kerjasama mengadakan forum yang bertajuk
membaca walaupun telah memasuki rakan setugas dalam menyebarluaskan “Connecting Girls, Inspiring Futures”,
Tahun 2. ATHAM, bebanan tugas sedia ada, deklamasi puisi oleh Prof Madya Dr
pendedahan ATHAM yang lebih Lim Swee Tin dan ruang pameran
SUHAKAM memuji langkah awal yang komprehensif serta pengiktirafan daripada pelbagai agensi kerajaan
diambil oleh sekolah ini dalam usaha kepada nilai-nilai ATHAM.
10 dan swasta.
SUHAKAM MAHU GOLONGAN OKU DIHORMATI
11

H ak golongan Orang Kurang

BULETIN SUHAKAM  JUN 2012


Upaya (OKU) seringkali
disuara dan dibincangkan
dalam forum-forum dan
program anjuran SUHAKAM.
Ini kerana, SUHAKAM
menganggap golongan ini
sebagai salah satu golongan
rentan di Malaysia yang perlu
dilindungi kebajikannya dan
diberi perhatian sewajarnya.

Sehubungan itu, pada 23


April lalu, SUHAKAM telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat (RTD)
mengenai isu Orang Kurang Upaya bersama Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di Kuala Terengganu, sebagai kesinambungan daripada beberapa
siri RTD bersama PBT yang telah SUHAKAM jalankan sebelum ini.

Perbincangan bersama PBT, wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan (atas) Peserta RTD sedang
penduduk tempatan itu telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Dato’ bertanyakan soalan; (bawah) Hadirin
yang menghadiri RTD OKU di Terengganu
Dr Mahmood Zuhdi A Majid. Isu utama yang dibangkitkan peserta
perbincangan adalah mengenai tahap kesedaran masyarakat yang masih

LAWATAN KE
rendah dalam menghormati hak-hak golongan OKU ini.

“Masyarakat kita mempunyai mentaliti di mana mereka tidak menganggap


golongan kurang upaya ini sebagai sekumpulan manusia yang
PUSAT PEMULIHAN
perlu dihormati, sebagaimana situasinya di negara-negara barat,” ujar AKHLAK MUAR,
PENJARA KLUANG
Dato’ Dr Mahmood Zuhdi.

SUHAKAM ANJUR LATIHAN DALAMAN DAN PENJARA


SIMPANG RENGGAM
UNTUK KAKITANGANNYA
S ejak awal tahun 2012, SUHAKAM telah pun mengendalikan empat latihan
dalaman kepada pegawai dan kakitangannya. Kesemua program latihan
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) telah
mengadakan program lawatan ke
yang diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan ini bertujuan memberikan Pusat Pemulihan Akhlak Muar,
lebih pendedahan dan kesedaran kepada kakitangannya mengenai isu-isu Penjara Kluang dan Penjara
semasa yang berkaitan hak asasi manusia. Simpang Renggam pada 2 dan 3
April 2012.
Siri latihan dalaman bagi tahun ini telah dimulai dengan ceramah HIV/Aids
bersama Pink Triangle Foundation pada 27 Januari; diikuti Kempen Hentikan Program lawatan 2 hari tersebut
LYNAS: Hak kepada Kesihatan dan Maklumat pada 24 Februari; program bertujuan melihat keadaan pusat
mengenai kesedaran kepada kesihatan sempena Hari Wanita Sedunia tahanan tersebut serta bertemu
iaitu Ceramah Kesedaran Kanser Payudara oleh Breast Cancer Wellness dengan tahanan dan banduan
Association Malaysia pada 23 Mac; dan tayangan dokumentari ‘Sicko’ arahan bagi mendapatkan maklum balas
Michael Moore sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 27 April lalu. berhubung keadaan di pusat
tahanan dan penjara tersebut sama
ada ianya mematuhi Standard
SUHAKAM SABAH BERSAMA KAUNTER ADUAN Minimum Rules for the Treatment

BERGERAK BERSEPADU, BPA


of Prisoners.

P ejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)


Sabah telah menyertai program Kaunter Aduan Bergerak
Bersepadu anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana
Selain Pejabat SUHAKAM Sabah, terdapat 28 Jabatan serta
Agensi Persekutuan dan Negeri mengambil bahagian dan
menyediakan kaunter untuk memberikan peluang kepada
Menteri (JPM) pada 10 Mac 2012 lalu di Pitas. orang ramai bertemu dan mengemukakan aduan/cadangan
kepada Jabatan/Agensi yang terlibat secara terus
bagi meningkatkan kecekapan dan mutu kerja.

Lebih 200 orang telah mengunjungi dan berdaftar


di kaunter SUHAKAM, dan menerima sebanyak 16
aduan mengenai isu tanah pada hari tersebut.

Orang ramai di kaunter aduan


SUHAKAM Sabah
SUHAKAM HADIRI MESYUARAT ICC KE-25 DI GENEVA
sokongan dan kepercayaan daripada ahli-ahli Forum yang lain,
P engerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam serta dua orang
pegawainya telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Forum.

Rangkaian Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa bagi Selain itu, di Mesyuarat APF dan SEANF, isu-isu serantau
Institusi-Institusi Nasional Untuk Promosi dan Perlindungan telah dibincangkan, termasuk isu penubuhan Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (ICC) ke-25 (ICC 25) pada 19-22 Mac 2012 Hak Asasi Manusia Myanmar.
di Geneva, Switzerland.

Ketiga-tiga delegasi SUHAKAM itu turut menghadiri empat


mesyuarat sampingan iaitu Mesyuarat Biro ICC, Mesyuarat
Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia (CFNHRI),
Mesyuarat Forum Asia Pasifik Institusi Hak Asasi Manusia
Nasional (APF), dan Mesyuarat Forum Institusi Hak Asasi
Asia Tenggara (SEANF).

Pada Mesyuarat ICC 25, SUHAKAM telah dijemput menjadi


ahli panel perbincangan mengenai Hak Orang Asal/Asli
dan juga proses akreditasi ICC. Turut dibincangkan adalah
Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, Alam Sekitar dan Hak
Asasi Manusia, Hak kepada Pembangunan dan Hak-Hak
Orang Asal/Asli.

Sebagai ahli Biro ICC, SUHAKAM turut menghadiri


mesyuarat Biro ICC yang membincangkan isu-isu dasar dan
pentadbiran ICC. Dalam mesyuarat tersebut, SUHAKAM
telah memberikan pandangan mengenai hala tuju ICC pada
masa hadapan.

Dalam Mesyuarat CFNHRI pula, SUHAKAM dilantik


mempengerusikan Forum tersebut bagi tahun 2013-2015
menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia.
SUHAKAM amat berbesar hati kerana telah menerima

Terima Kasih PUAN HASHIMAH Tan Sri Hasmy semasa membentangkan isu hak Orang Asal/Asli
dan juga ketika bercakap tentang proses akreditasi
Akhir Mei 2012 ini merupakan satu
lagi detik yang bakal tercatat dalam
sejarah SUHAKAM, kerana tarikh itu
menandakan berakhirnya perkhidmatan SUHAKAM BERSAMA
RAKYAT DI KUALA TERENGGANU
Setiausaha SUHAKAM, Puan Hashimah
Nik Jaafar. Memulakan tugasnya di
SUHAKAM pada 9 Jun 2008 secara
pinjaman, bermakna selama
empat tahun beliau menerajui
pentadbiran dan pengurusan
S uruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
melalui program “SUHAKAM Bersama Rakyat” telah
berpeluang bertemu dan berdialog dengan penduduk
SUHAKAM. Sebelum itu beliau di sekitar Kuala Terengganu mengenai isu-isu hak asasi
di Kementerian Pelancongan, mengetuai Sekretariat Tahun manusia pada 3 April 2012 lalu.
Melawat Malaysia.
Program tiga
Puan Hashimah, yang berasal dari Kelantan akan kembali jam itu bertujuan
menyambungkan perkhidmatannya sebagai pegawai Jusa memperkenalkan
C, di Perkhidmatan Awam. Selama empat tahun menerajui SUHAKAM kepada
SUHAKAM, Puan Hashimah berpeluang berkhidmat di bawah masyarakat dan
dua kumpulan Pesuruhjaya, yang diketuai Tan Sri Abu Talib dalam masa yang
Othman sebelum ini dan Tan Sri Hasmy Agam kini. Dalam sama mempromosi
tempoh tersebut beliau telah menunjukkan komitmen tinggi
hak asasi manusia
dalam menjadikan SUHAKAM sebagai sebuah suruhanjaya
yang dikenali dalam memperjuangkan hak asasi manusia untuk mewujudkan
di Negara ini. Sumbangan besarnya ialah mengukuhkan
pentadbiran SUHAKAM termasuk penstrukturan semula kesedaran mengenainya kepada masyarakat kampung
organisasi dan penampilan perancangan strategik, serta amnya, badan-badan bukan kerajaan, pihak berkuasa
pengurusan kewangan. tempatan, ketua kampung, penghulu dan ahli jawatankuasa
kemajuan kampung khususnya.
Seluruh warga SUHAKAM akan merasakan kehilangan bukan
sahaja kepimpinan beliau, malah beliau sebagai individu. Program yang telah mendapat sambutan menggalakkan
Warga SUHAKAM mengucapkan selamat maju jaya kepada daripada penduduk setempat itu merangkumi sesi taklimat
Puan Hashimah dan mendoakan semoga beliau akan lebih mengenai SUHAKAM dan Hak Asasi Manusia serta Isu-Isu
berjaya dalam menempuh tugasan baru nanti. Hak Asasi Manusia oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Prof Dato’
Dr Mahmood Zuhdi Hj A Majid , serta diakhiri dengan sesi soal
SUHAKAM mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jawab dan dialog mengenai permasalah hak asasi bersama
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, teguran dan umumnya peserta program.
kepimpinan beliau selama tempoh di SUHAKAM.

You might also like