Professional Documents
Culture Documents
Faktor Tarikan Pelancong Pantai PD
Faktor Tarikan Pelancong Pantai PD
Faktor Tarikan Pelancong Pantai PD
ISSN: 2231-962X
ABSTRAK
Sektor pelancongan adalah merupakan sektor yang tidak kurang pentingnya dalam menjana
pertumbuhan ekonomi negara. Krisis ekonomi yang melanda negara sejak akhir akhir ini
memerlukan kerajaan memberi fokus yang lebih ke atas industri ini agar kemelesetan yang di
hadapi dapat dipulihkan seberapa segera yang mungkin.Pelancongan pantai adalah
merupakan salah satu tarikan yang unik dalam industri ini kerana keadaan pantai semula jadi
yang cantik telah menarik minat pelancong baik dari dalam maupun dari luar negara untuk
datang melancong ke negara ini.Kajian ini cuba menganalisis tentang faktor yang menarik
kedatangan pelancong tempatan ke kawasan pantai. Untuk mencapai matlamat ini, satu
kajian telah dilakukan di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dalam bulan jun 2008.
Berasaskan kepada 100 responden yang dipilih secara rawak, hasil kajian mendapati bahawa
kepuasan merupakan faktor utama kedatangan pelancong tempatan ke kawasan pantai. Oleh
yang demikian aspek kebersihan dan kecantikan serta keselesaan kawasan pantai dan
kemudahan perjalanan ke tempat distinasi merupakan aspek utama yang harus difokuskan
bagi menjamin kedatangan pelancong ke kawasan pantai.
Kata kunci: industri pelancongan; pelancongan pantai; krisis ekonomi.
ABSTRACT
Tourism sector is one of the important sectors in generating national economic growth. As a
result of recent economic crisis, this industry requires government to give more emphasis
on the industry so that the economic slump can be restored soonest possible. Beach tourism
is one of the unique attractions of the industry as beautiful natural beaches attracted both
local and foreign tourists. This study intends to analyse factors that attract local tourists to
the beach areas. In order to achieve this objective, a study has been conducted at the Port
Dickson beach, Negeri Sembilan in June 2008. Based on 100 respondents who are randomly
selected, result of the study shows that satisfaction is the main factor for local tourist arrival
to beach areas. Thus, the cleanliness, scenic and comfort aspects at the beach areas, as well
as travelling facilities to the area are also important aspects that need to be focused on as to
guarantee continuous tourist arrival to the beach areas.
1. Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semulajadi yang indah
dan mempesonakan. Kewujudan dan keunikan flora serta faunanya adalah sebuah khazanah
alam yang tiada ternilai harganya. Malaysia juga mempunyai kawasan persisiran pantai yang
indah dan menarik. Keindahan persisiran pantai yang menyamankan dan persekitaran yang
mempesonakan merupakan aset penting negara dalam membantu menarik pelancong
tempatan dan luar negara datang berkunjung mahupun menginap di Malaysia. Di mana
kawasan persisiran pantai dan pulau yang wujud di Malaysia telah menjadi tumpuan kepada
para pelancong asing mahupun domestik sebagai destinasi pelancongan utama mereka.
Anugerah alam yang tercipta dan tiada ternilai ini telah menjadikan Malaysia antara sebuah
negara percutian mereka yang utama. Ini telah mendorong pihak kerajaan dan badan terbabit
serta agensi yang terlibat berusaha lebih gigih dalam membantu mempromosikan dan
memperkenalkan Malaysia di seluruh dunia. Dengan usaha yang dijalankan seperti Tahun
Melawat Malaysia, Fiesta Flora, sukan air seperti “Monson Cup” dan festival yang lain telah
dapat membantu menarik lebih ramai lagi para pelancong asing dan tempatan untuk bercuti
serta mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Oleh itu, ia juga dapat membantu
memperkenalkan serta mempromosikan Malaysia di seluruh dunia sebagai kawasan percutian
yang menarik dan mempesonakan.
Pelancongan bukan sahaja dapat membantu meningkatkan dan menambahkan sumber
pendapatan negara malahan pelancongan juga merupakan satu sektor terpenting negara dalan
memperkenalkan serta mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kedatangan
para pelancong asing ke Malaysia khususnya telah banyak membantu dalam meningkatkan
pendapatan negara dari segi pertukaran matawang asing. Oleh yang demikian sektor ini
adalah salah satu sektor yang penting kepada negara dan juga pembangunan serta
pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut. Namun begitu, sektor pelancongan terutamanya
pelancongan kawasan pantai telah lama wujud akan tetapi masih terdapat kekurangan dan
perlu diperbaiki supaya ia lebih signifikan serta dikenali oleh semua golongan termasuk
pelancong domestik dan pelancong asing dari luar negara. Pelancongan kawasan pantai di
sesetengah negeri yang berpotensi masih ada lagi yang terbiar dan tiada usaha mahupun
tindakan untuk membangunkan kawasan pantai tersebut terutamanya kawasan pantai yang
berpotensi sebagai kawasan pelancongan pantai. Pembangunan sektor ini bukan sahaja dapat
membantu menarik kedatangan pelancong ke kawasan pantai mereka malahan dapat
membantu menambahkan pendapatan seisi keluarga dengan membuka perniagaan di kawasan
tersebut seperti kedai makan, barangan kraftangan dan sebagainya. Kini kemasukan
pelancong asing selain pelancong domestik telah menampakkan tren yang semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Ini terbukti dengan jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia
pada tahun 2006 adalah seramai 17.55 juta orang berbanding 16.43 juta orang pelancong
asing yang datang pada tahun 2005. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% bagi
tempoh tersebut. Oleh itu, sektor pelancongan perlulah diperluaskan ke seluruh negeri di
Malaysia bagi membangunkan kawasan yang berpotensi besar menjadi pusat pelancongan
yang unggul pada masa hadapan.
2. Isu
Di masa kegawatan ekonomi yang melanda ketika ini, industri pelancongan merupakan salah
satu sumber pendapatan negara yang boleh membantu dalam pertumbuhan ekonomi di
samping dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Secara amnya, Malaysia kaya
dengan punca tarikan kepada para pelancong. Antaranya ialah keindahan pantainya yang
menarik. Salah satu tempat yang telah menjadi lagenda di Malaysia ialah Pantai Port Dickson
yang terletak di Negeri Sembilan. Keindahan pantainya telah sekian lama menjadi tumpuan
pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara. Satu isu yang harus di ambil kira ialah
apakah sebenarnya faktor yang boleh menarik pengunjung untuk datang di kawasan pantai
245 Mohd. Anuar Md.Amin
sebagai destinasi pelancongan mereka? Adakah kerana pantainya yang menarik atau suasana
persekitaran yang aman, kemudahan infrastruktur ataupun mungkin ada faktor lain yang boleh
menarik para pelancong ke kawasan tersebut. Berasaskan kepada kepentingan industri ini
daripada sudut ekonomi yang meningkat satu kajian telah dilakukan ke atas 100 respondan
untuk mengenalpasti sebab kedatangan mereka ke kawasan pantai. Pantai Port Dickson telah
di pilih sebagai mewakili pelancongan pantai. Antara perkara-perkara yang di tanya kepada
responden adalah latarbelakang responden dan penilaian responden ke atas ciri-ciri generik
dan ciri-ciri spesifik yang terdapat di pantai tersebut.
3. Objektif Kajian
Berasaskan kepada isu di atas, maka kajian ini bertujuan untuk:-
Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik
Tuanku Jaafar hingga ke Tanjung Tuan. Port Dickson dengan kegemilangannya yang unik
menghiasi pinggir pantai Selat Melaka sepanjang kawasan perairan Negeri Sembilan. Ianya
terletak 30km dari Seremban, kira-kira 60km dari KLIA, 55km dari Putrajaya – pusat baru
pentadbiran negara, Cyberjaya – Koridor Raya Multimedia (MSC) negara dan lebih kurang
70km dari bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan untuk memasuki Port
Dickson. Laluan yang paling sesuai untuk pengunjung Utara Semenanjung atau Selatan
Semenanjung ialah dengan melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Keluar dari jalan susur ke
Seremban dan merentasi Lebuhraya Seremban – Port Dickson yang bermula dari tol
Seremban. Laluan yang dihiasi dengan kehijauan alam semulajadi melalui Jalan Persekutuan
membawa pengunjung terus ke persisiran pantai Port Dickson yang indah. Rajah 1
menunjukkan peta lokasi ke pantai Port Dickson.
Faktor Tarikan Pelancongan Pantai 246
5. Skop Kajian
Jumlah responden bagi kajian ini terhad kepada mereka yang bercuti di kawasan pelancongan
pantai Port Dickson di Negeri Sembilan Darul Khusus. Sejumlah 100 responden yang
berkunjung di kawasan pantai Port Dickson pada 19hb Februari 2007 di pilih secara rawak.
Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi maklumat diri responden, tahap kepuasan terhadap
kawasan percutian, tahap kepuasan terhadap ciri-ciri generik dan ciri-ciri spesifik yang
terdapat di kawasan di pantai Port Dickson.
7. Kajian Lepas
Terdapat beberapa penulisan yang telah dilakukan oleh penyelidik lain sebelum ini berkenaan
kawasan pantai. Antaranya adalah seperti:-
Norihan Ramli (1987) dengan kajian tesis beliau bertajuk “Perkembangan Aktiviti
Pelancongan Di Port Dickson”. Dalam kajian tesis tersebut beliau mengutarakan usaha oleh
pihak kerajaan tempatan perlu untuk membangunkan indusrti pelancongan di Negeri
Sembilan. Dengan andaian projek-projek yang dijalankan seolah-olah mencerminkan
‘penawaran membentuk permintaan’ dengan pelaburan yang besar dalam jangkasama
pendek dan seterusnya memperolehi keuntungan di dalam jangkamasa panjang.
Kajian beliau juga menyentuh kepada kesan-kesan negatif serta positif, masalah serta
masa hadapan industri pelancongan di Negeri Sembilan.
Muhundhan a/l Mayappan (1991/1992). Kajian tesis bertajuk “Perkembangan Industri
Pelancongan Di Malaysia. Kajian kes di Negeri Sembilan”. Kajian yang dijalankan
mandapati pembangunan tempat-tempat bersejarah, menarik dan penganjuran pelbagai
program akan menarik pelancong lebih ramai untuk datang ke Negeri Sembilan. Di mana,
projek pembangunan yang dijalankan dengan secara tidak langsung akan memberikan
kemudahan yang selesa kepada pelancong yang datang. Kesimpulan kepada kajian beliau
mendapati industri pelancongan Negeri Sembilan mempunyai potensi yang cerah dengan
perancangan pembangunan yang lebih teratur.
Faktor Tarikan Pelancongan Pantai 248
8. Metodologi Kajian
Sampel:
Sebanyak 100 responden telah di pilih secara rawak ke atas responden yang berkunjung ke
Port Dickson pada 19hb Februari 2007. Antara soalan yang dikemukan adalah meliputi
latarbelakang responden (jantina, umur, taraf perkahwinan, perkerjaan, bermalam atau
sebaliknya), sebab mengapa mereka memilih Port Dickson sebagai destinasi pelancongan
pantai, ciri-ciri generik dan spesifik yang terdapat di pantai Port Dickson.
Pemprosesan data:
Data-data yang di kumpul di proses dengan menggunakan SPSS dan dipersembahkan dalam
bentuk carta pai dan jadual.
9. Hasil Kajian
249 Mohd. Anuar Md.Amin
Berdasarkan kepada carta pai di atas, didapati bahawa 27% daripada yang datang ke
kawasan pantai Port Dickson adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 15-24 tahun dan
mereka kebanyakkannya terdiri daripada golongan pelajar. Manakala sebanyak 8% sahaja
adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 45-54 tahun. Selebihnya adalah mereka yang
berumur dalam lingkungan 25-34, 35-44, 55 dan ke atas iaitu masing-masing sebanyak 21%,
20% dan 24%. Kesimpulan yang didapati bahawa kebanyakkan pelancong yang datang ke
kawasan pantai tersebut adalah yang berumur dalam lingkungan 15-24 tahun.
Jadual 1 menunjukkan jantina dan status perkahwinan pelancong yang datang ke Port
Dickson. Daripada jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 59 orang lelaki dan 41 orang
perempuan yang di pilih sebagai responden. Daripada yang di pilih didapati 39 orang (66%)
daripada leleki yang telah berkahwin dan selebihnya 20 orang (34%) yang belum berkahwin.
Bagi responden perempuan pula didapati 20 orang (48%) yang berkahwin dan selebihnya
21 orang (52%) yang belum berkahwin. Kesimpulannya didapati bahawa kebanyakkan kaum
lelaki yang datang ke pantai adalah kaum lelaki yang telah berkahwin, manakala kaum
perempuan pula yang belum berkahwin.
9.2 Perbelanjaan
Faktor Tarikan Pelancongan Pantai 250
9.3 Bermalam
Daripada jadual 4 di atas, jelas menunjukkan bahawa sebab utama pelancong datang ke
Port Dickson kerana ianya berhampiran dengan kediaman (53%). Yakni dalam lingkungan
80km diikuti dengan penginapan yang selesa (27%) dan pantai yang menarik (17%).
251 Mohd. Anuar Md.Amin
Daripada jadual 7 jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhan didapati 51% daripada
responden berpuas hati, manakalah 49% lagi mengatakan perlu dilakukan perubahan. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa walaupun secara keseluruhan respondan berpuas hati dengan
kemudahan yang terdapat di pantai Port Dickson tetapi mereka berpendapat bahawa perlu
dilakukan perubahan supaya dapat meningkatkan lagi “Kualiti Pelancongan Pantai” bagi
memastikan lebih ramai lagi pelancong akan memilih pantai sebagai destinasi pelancongan
mereka.
10.1 Kesimpulan
Pelancongan merupakan salah satu sumber utama pendapatan negara terutamanya bagi negara
yang mempunyai sumber alam semulajadi dan keindahan alam semulajadi yang banyak.
Kedatangan para pelancong asing ke Malaysia khususnya telah banyak membantu dalam
meningkatkan pendapatan negara daripada segi pertukaran matawang asing maka sektor
pelancongan perlu diperluaskan. Hasil perkembangan pesat sektor pelancongan di kawasan
tersebut akan menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan yang terkenal dan
dikenali umum mahupun dunia. Ini akan membantu negara Malaysia untuk dikenali di mata
dunia kerana kekayaannya daripada segi keindahan serta pemandangan yang menarik serta
semulajadi. Dalam usaha kerajaan merancang strategi bagi membangunkan sektor
pelancongan ini kepada skala yang lebih luas, hasil kajian yang diperolehi daripada soal
selidik mendapati bahawa tedapat beberapa isu yang harus dipertimbangkan dari sudut dasar.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di kawasan pelancongan pantai di Port
Dickson, Negeri Sembilan mendapati pembangunan yang lebih terancang perlu
dipertingkatkan bagi meningkatkan jumlah kedatangan para pelancong ke kawasan tersebut.
Untuk mencapai matlamat ini, ianya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak
termasuklah pemilik-pemilik hotel dan resort serta para peniaga. Ini dapat dibuktikan
menerusi soal selidik yang telah dijalankan, di mana daripada segi peratusan dan jumlah
pelancong yang datang kebanyakkannya adalah yang berumur 15-24 tahun dan kebanyakkan
mereka terdiri daripada golongan pelajar iaitu pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
Swasta (IPTA/S).
Manakala hasil soal selidik ke atas kepuasan responden terhadap percutiannya serta
kualiti ekosistem secara purata mendapati mereka berpuas hati terhadap kawasan pantai Port
Dickson. Hasil kajian juga mendapati bahawa mereka yang datang ke pantai tersebut adalah
mereka yang telah berkahwin. Ia berkemungkinan besar kedatangan mereka adalah untuk
berbulan madu ataupun untuk bercuti.
Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati bahawa mereka yang berkunjung ke
kawasan pantai Port Dickson kebanyakkannya adalah golongan muda dan pertengahan umur.
Di mana mereka semuanya gembira serta berpuas hati terhadap kualiti ekosistem dan
mendapat kepuasan diri ketika berada di kawasan pantai tersebut. Akan tetapi mereka yang
datang menginap di sekitar kawasan pantai adalah sedikit. Hal ini berlaku kerana
kebanyakkan mereka datang ke kawasan pantai tersebut hanyalah untuk beriadah ataupun
berkelah bersama-sama keluarga di samping yang datang adalah terdiri dari mereka yang
tinggal berhampiran dengan pantai Port Dickson (dalam lingkungan 80km).
253 Mohd. Anuar Md.Amin
10.2 Cadangan
Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas, beberapa cadangan dikemukakan bagi
memastikan pelancongan pantai dapat dinaiktaraf sebagai destinasi pelancongan yang
popular. Antara cadangan yang diutarakan ialah:-
(i) Memperbaiki dan menaiktarafkan sistem perkhidmatan terutamanya dalam sektor
perhotelan dan resort. Selain keindahan pantai serta kawasannya, sistem
perkhidmatan juga perlu dititikberatkan terutamanya daripada segi penginapan atau
tempat bermalam bagi pengunjung atau pelancong asing mahupun tempatan. Ia juga
merupakan salah satu faktor yang memberikan kepuasan kepada para pengunjung
atau pelancong terhadap percutian mereka di kawasan pantai tersebut. Oleh itu, pihak
yang berkenaan terutamanya pemilik hotel-hotel mahupun resort perlulah memastikan
tahap perkhidmatan mereka sentiasa menepati citarasa pengunjung selain
memperbaiki kelemahan yang sedia ada dari masa ke semasa. Ia bertujuan bukan
sahaja memberikan kepuasan kepada pengunjung malahan ia dapat menjaga nama
baik sesebuah hotel ataupun resort. Hal ini akan memberikan satu kelebihan kepada
pemilik-pemilik hotel dan resort kerana kemungkinan besar pengunjung berkenaan
akan datang kembali untuk menginap di hotel mahupun resort tersebut kerana
perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik dan cekap.
Rujukan
Norihan Ramly. 1987. Perkembangan Aktiviti Pelancongan Di Port Dickson, Kertas Ilmiah, Fakulti
Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhundhan a/l Mayappan. 1992. Perkembangan Industri Pelancongan Di Malaysia. Kajian Kes Di Negeri
Sembilan, Kertas Ilmiah, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keane, Michael J. 1996. “Sustaining Quality in Tourism Destinations: An Econimic Model with an
Application” Applied Ecomonics, Taylor and Francis Journals, vol. 28 (12), pages 1545-53, December.
Clara A. Gunn. 1988. Tourism Planning. Second Edition. New York Taylor And Francis.
Chadee, D. D. and Mattsson, J. 1996. An empirical assessment of customer satisfaction in tourism, The
Service Industries Journal, Vol. 16, July, p. 305-320 [3].
LeBlane, G. 1992. “Factors Affecting Customer Evaluation of Service Quality in Travel Agencies: An
Investigation of Customer Perception”. Journal of Travel Research, (spring), 10-16.
Average Occupancy Rates Of Hotels By Locality January-March 2006/2005 (atas talian)
http://www.tourism.gov.my/statistic/hotels_occupancy_rates_new.asp
Pusat Pelancongan Malaysia (atas talian) http://www.mtc.gov.my/
Kementerian Pelancongan Malaysia (atas talian) http://www.motour.gov.my/