You are on page 1of 12

6.

0 Peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam


Pembentukan Perpaduan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan


pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah untuk
mencari formula bagi melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan
untuk hidup bersama dalam keadaan rukun damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia.

Peranan pendidikan penting dalam memupuk 


integrasi dan perpaduan kaum. Dalam konteks
Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor
unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah
lama disedari. Oleh itu, menerusi Dasar Pendidikan
Kebangsaan,beberapa langkah telah diambil dalam
usaha ke arah mencapai matlamat ini. Untuk mencapai
matlamat tersebut, beberapa strategi telah disusun dan
dilaksanakan dalam membentuk perpaduan di negara
kita.

Antara strategi-strategi pelaksanaan ialah menjadi


bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,
mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, memastikan
sukatan pelajaran yang seragam dan sistem
peperiksaan yang seragam,mewujudkan Sekolah
Wawasan serta pelbagai program pendidikan yang
menggalakkan integrasi kaum.
 

Bahasa Kebangsaan  Sebagai Bahasa Pengantar


Utama

     Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan


dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini
dinyatakan dalam beberapa dokumen penting kerajaan.
Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah
mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa
Melayu. Akta Bahasa kebangsaan 1967 telah
menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
rasmi negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan
Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama adalah satu prinsip Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat
bahawa Bahasa Kebangsaan bertindak sebagai tali
penghubung terpenting dalam usaha memupuk
perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai
bahasa pengantaraan antara masyarakat kita yang
berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu juga diwajibkan
penggunaannya sebagai bahasa rasmi di negara kita.
Selaras dengan kedudukan serta peranannya, Bahasa
Melayu merupakan sebagai salah satu matapelajaran
wajib yang perlu diajar di semua peringkat serta jenis
sekolah di Malaysia.  Dalam Akta Pendidikan 1996,
telah menjelaskan bahawa kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar  utama hanya
untuk sekolah kebangsaan sahaja dan sekolah jenis
kebangsaan dibenarkan menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar sekolah.

       Meskipun sekolah jenis kebangsaan diwajibkan


untuk mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai subjek
utama, namun, perbezaan bahasa pengantar ini
sebenarnya masih menambahkan jurang antara kaum
kerana kurangnya interaksi pelajar dengan kaum yang
lain. Masyarakat Malaysia seharusnya sedar bahawa
usaha untuk membangunkan negara ini adalah usaha
bersama iaitu tanggungjawab setiap kaum yang
merupakan rakyat Malaysia. Kesedaran tentang
kepentingan bahasa amat penting kerana melalui
perkongsian satu bahasa, kita dapat berkomunikasi
dengan lebuh berkesan .Penggunaan bahasa yang
seragam jugacmampu membantu menghilangkan
perasaan prasangka dan menigkatkan kefahaman
budaya sesuatu kaum tentang budaya kaum yang lain.
Sikap saling memahami ini akan mewujudkan sikap
hormat menghormati yang seterusnya akan membantu
memupuk integrasi kaum dan juga perpaduan.

Mewujudkan Kurikulum Yang Sama

  “ The Minister shall prescribe a curriculum to be


known as the national Curriculum which subject to
subsection (3) shall be used by all schools in the
National education system (Education Act 1996,Sec.
18)”. Penyataan ini, jelas menunjukkan bahawa
kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya segala pengetahuan,
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi
pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-
ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap
dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.  

 Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan


sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa
Kabinet pada tahun 1979: “ Dengan tujuan untuk
mewujudkan keperibadian kebangsaan, maka adalah
diperakukan supaya pendidikan yang diberi kepada
semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah
hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.
(Perakuan 33)”

     Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah


adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk
mewujudkan keperibadian ke arah pembentukkan
perpaduan kaum di negara kita. Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)  digubal dengan
bertujuan untuk membangunkan modal insan yang
berilmu pengetahuan disamping menerapkan nilai-nilai
murni seperti semangat patriotik dan sikap saling
menghormati. Bagi pendidikan sekolah menengah yang
masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pula, ia merupakan kesinambungan
kurikulum sekolah rendah yang menekankan pendidikan
yang seimbang dan bersepadu. Melalui kurikulum yang
sama, asas perpaduan dapat dipupuk semenjak dari
alam persekolahan lagi. Pendedahan awal ini mampu
memupuk semangat patriotisme yang tinggi
terutamanya melalui subjek Sejarah ataupun
Sivik/Kewarganegaraan.  Dari keseluruhannya, analisis
terhadap kandungan kurikulum setiap peringkat
menyimpulkan bahawa setiap aspek perpaduan sangat
di utamakan. Kurikulum juga tidak menunjukkan unsur
bias atau memihak kepada setiap etnik. Budaya setiap
etnik perlu diterima sebagai budaya Malaysia. Oleh
karena itu, dirumuskan bahwa kurikulum pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan membayangkan konsep
bangsa Malaysia yang diharapkan wujud pada masa
depan yang akan datang. Dalam konsep ini tidak ada
budaya etnik yang akan dipinggirkan malahan
semuanya perlu ditonjolkan. Melalui pendidikan civic
dan kewarganegaraan kemungkinan suatu hari nanti
rakyat Malaysia akan lebih liberal atau bersifat terbuka,
termasuk dalam hal-hal berkaitan dengan agama.

Melaksanakan Sistem Peperiksaan yang Seragam

     Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan


kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam.  Dengan adanya sekatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar
tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses untuk
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.

Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian pendidikan merupakan satu langkah
yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam
mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan
mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan
memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dari kawasan luar bandar ataupun
pedalaman tanpa mengira bangsa. Dengan itu, diharap
semua kaum akan mendapat menikmati kemudahan
yang sama dalam pendidikan. Di samping itu, alat-alat
serta kemudahan yang dibekalkan di sekolah-sekolah
juga adalah seragam tanpa mengira jenis sekolah iaitu
sama ada sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis
kebangsaan. Dengan ini, tidak timbul perbezaan
kemudahan diantara jenis-jenis sekolah.

Selain itu, pelajar-pelajar dari kalangan pelbagai


kaum tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana
sekolah di negara kita. Mereka diberi kebebasan untuk
membuat pilihan masing-masing. Ini kerana walaupun
sekolah- sekolah ini berbeza dari segi bahasa
pengantar , namun sukatan, buku teks, peperiksaan dan
jadual waktu diselaraskan secara berpusat.

Hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk


mempelajari bahasa dan kebudayaan kaum masing-
masing tetap dihormati dan diberi perlindungan
sewajarnya. Diharap dengan semangat toleransi dan
hormat-menghormati ini, usaha memupuk perpaduan
dapat dicapai sepenuhnya.

Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan


Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk
mengeratkan perpaduan yangsudah sedia terjalin kukuh
di kalangan rakyat Malaysia. Penekanan semangat
perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi
iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan
kerana kanak-kanak ibarat kain putih yang bebas
daripada sebarang pemikiran negatif. Selain itu, tujuan
penubuhan Sekolah Wawasan juga adalah untuk
menghayati tujuan Penyata Razak 1956 yang di
antaranya  hendak menyatukan murid-murid daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai
satu peraturan pelajaran.

 Sekolah Wawasan menempatkan tiga aliran sekolah


yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan
membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa
Melayu. Ini kerana penguasaan murid-murid SJKC
masih lagi lemah akibat kurangnya peluang untuk
berinteraksi dalam Bahasa Melayu di sekolah dan di
rumah. Oleh itu, melalui perkongsian kawasan dan
kemudahan seperti kantin, perpustakaan dan pelbagai
kemudahan lagi, pelajar-pelajar akan berpeluang untuk
berinteraksi dengan kaum yang lain.

     Namun, pelaksanaan Sekolah Wawasan ini


kurang mendapat sokongan daripada masyarakat Cina
khasnya kerana bimbang identiti sekolah Cina akan
terhakis. Pemikiran sebegini merupakan faktor yang
boleh menggagalkan usaha memupuk perpaduan.
Justeru itu, rakyat Malaysia seharusnya tidak terlalu
memikirkan kepentingan diri dan mula berfikir untuk
kebaikan semua dalam mencapai matlamat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
bersatu padu.

    

Menggerakkan Semula Program RIMUP

Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan


(RIMUP) adalah hasil ilham bekas Perdana Menteri,
Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986,
ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada
peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada
peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan
aktiviti kokurikulum serta sukan secara bersama oleh
pelajar pelbagai kaum. Namun, penekanan tidak
diberikan tentang kefahaman konsep aktiviti yang
dilaksanakan. Oleh itu, di dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP 2003-2010),
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan
semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang
lebih segar sebagai salah satu langkah untuk
membolehkan pelajar dari sekolah yang terdiri daripada
satu kaum untuk berinteraksi dengan pelajar kaum yang
lain dari sekolah yang lain. Penglibatan masyarakat
setempat, pentadbiran sekolah,guru dan pelajar sekolah
dalam kegiatan khas bersama telah memperkukuhkan
lagi konsep RIMUP.   Program RIMUP mempunyai 3
komponen utama iaitu akademik,kokurikulum dan
sukan, serta e- integrasi dan akan dilaksanakan melalui
kegiatan dalam enam bidang berikut :aktiviti
kecemerlangan akademik, aktiviti kesukanan dan
permainan, aktiviti kokurikulum ,aktiviti khidmat
masyarakat, aktiviti meningkatkan patriotisme serta
aktiviti virtual melalui e- integrasi.
 

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

      Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan


masyarakat Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan
matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat
dicapai. Salah satunya ialah Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia
2006-2010.Salah satu fokusnya ialah meperkasakan
Sekolah Kebangsaan.Tujuan pelaksanaan program ini
adalah agar Sekolah Kebangsaan dapat menjadi salah
satu teras pelaksanaan RMKe-9 bagi merealisasikan
Sekolah Kebangsaan sebagai tempat memupuk
perpaduan kaum dan pusat kecermelangan pendidikan
dalam bidang akademik dan bukan akademik.Dasar
Memperkasakan SK bertujuan supaya SK kekal sebagai
pilihan utama masyarakat Malaysia.  Ini kerana dengan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, diharap rakyat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dapat
memilih untuk menempatkan anak mereka di satu
sekolah di mana pelajarnya dapat berinteraksi dan
bergaul dengan kaum yang lain. Usaha ini diharap
dapat memupuk integrasi dan menjalin perpaduan kaum
di peringkat persekolahan lagi.

      Namun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya


sekolah-sekolah yang terdapat di negara ini iaitu
Sekolah Kebangsaan yang sedia ada ataupun Sekolah
Jenis Kebangsaan masih lagi berpegang kepada
kepentingan kaum masing-masing. Ini kerana masih
terdapat sekolah-sekolah yang masih mengekalkan
identiti vernakular seperti yang terdapat pada zaman
penjajahan British dahulu.    Pemikiran sebegini
seharusnya dibuang, kerana di era teknologi maklumat
dan globalisasi ini, pendidikan lebih bersifat global.
Pelajar-pelajar harus didedahkan dengan kemahiran
untuk berinteraksi dan bekerja sama dengan kaum yang
terdiri daripda pelbagai latar belakang agar dapat
menyiapkan diri mereka untuk menghadapi alam
pekerjaan suatu hari nanti. Cabaran bagi menapai
Wawasan 2020 sebenarnya terletak di tangan
masyarakat Malaysia khasnya ibubapa dan pendidik
untuk mencorak pemikiran pelajar bagi memenuhi
aspirasi nasional untuk mencapai perpaduan kaum.

      Oleh itu, adalah penting untuk kita semua membuka


minda dan lebih terbuka dalam isu yang membabitkan
pendidikan anak-anak agar dapat melahirkan generasi
yang mempunyai jati diri,nilai-nilai serta semangat
toleransi yang tinggi.
Laman utamaPembelajaran Abad 216 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21


Cikgu Hailmi Jumaat, Januari 01, 2016
Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan
apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan
kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi
terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada
abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad
21. Selamat beramal!

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar.
Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk
menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam


Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam
kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3.  Memahami Perkembangan dan


Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru
untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi
mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka. 

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi
para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon
pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi
dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan
juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling
dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan
salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang
memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain,
maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk
menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd,
game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana
pembelajaran di dalam kelas.

You might also like