You are on page 1of 3

Pengenalan

Intro to Instructional Tech:

Antara idea:

 Apa itu Tek Pengajaran/Definisi


 Evolusi Tek Pengajaran hingga kini
 Tek Pengajaran dalam alaf ke 21
 Pentingnya Tek Pengajaran bagi pendidikan dan kepada seorang guru
 Tokoh utama dalam Tek Pengajaran dan apa yang mereka sarankan
 Dsbnya

https://nurlathifah14.wordpress.com/2015/06/22/sejarah-dan-perkembangan-
teknologi-pembelajaran/#_ftn4

 Pengenalan teknologi dalam pendidikan telah banyak menunjukkan impak positif


kepada para pelajar. Penggunaan teknologi pada masa kini menunjukkan peningkatan
pembelajaran dalam institusi pendidikan. Seiring dengan kemajuan dan kemahuan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR), penggunaan teknologi dalam
pengajaran sangat bersesuaian dan efektif dalam menyampaikan pengajaran. Ramsden
dalam Adibah (2012) menyatakan bahawa belajar atau pembelajaran di sekolah
seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya
menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-
konsep sesuatu bidang pelajar dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas
dan menyelesaikan masalah di luar kelas.
Teknologi instruksional dilihat mampu memberikan alternatif yang lebih mudah
kepada penyampaian guru di dalam mahupun di luar bilik darjah. Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) misalnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
Seorang pendidik boleh membuat persediaan lebih awal sebelum menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat berkaitan pengajaran lebih mudah diakses
melalui Internet dan guru mampu mendapatkan input yang lebih baik kepada pelajar.
Penggunaan alat ICT seperti powerpoint, bahan interaktif, bahan multimedia dan
animasi pastinya mampu menarik perhatian dan berkesan semasa penyampaian di
bilik darjah. Kaedah yang digunakan ini dapat dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas serta padat dengan maklumat. Hal ini kerana melalui ICT, pelajar akan
didedahkan dengan persembahan grafik mahupun video yang mudah difahami dan
menarik. Penggunaan ICT merangsang pelajar untuk belajar dengan bimbingan yang
minimum daripada guru. Oleh itu, para pelajar tidak mudah jemu dan memberi
tumpuan ketika pengajaran berlangsung lantaran tertarik dengan gaya persembahan
yang ditunjukkan melalui ICT.
Selain itu, penggunaan ICT menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
aktif serta mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru
boleh membina suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk
penerokaan. Melalui teknologi yang digunakan dalam pengajaran, pelajar boleh
belajar secara berkesan dan boleh mengumpul maklumat yang mungkin sukar
diperoleh dalam keadaan biasa daripada pelbagai laman pembelajaran. Guru boleh
menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci dan mendalam mengenai sesuatu
subjek atau tajuk yang diajar. Misalnya, penggunaan Internet sebagai alat untuk
mencari maklumat terkini berkaitan dunia pendidikan. Kemahiran melayari Internet
yang ada pada pelajar membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan
berkaitan aktiviti pembelajaran secara cepat dan efisien. Cara ini dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan kerana segala maklumat
yang diperlukan dapat diakses secara terus tidak kira di dalam bilik darjah mahupun
di rumah.
Teknologi intruksional melalui penggunaan ICT juga berperanan membantu pelajar
dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.
Guru dan pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran teknologi sedia ada melalui
pendedahan  pelbagai alatan dan bahan ICT yang mempunyai pelbagai fungsi dan
kegunaan tersendiri. Penguasaaan teknologi oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran memberikan nilai tambah kepada guru untuk mempraktikkannya ketika
penyampaian ilmu di dalam kelas. Di samping itu, guru dapat menambahkan kualiti
penyampaian dan menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT berdasarkan
pengalaman yang berlangsung semasa interaksi bersama pelajar.
Aplikasi teknologi melalui penggunaan ICT sebenarnya mewujudkan peluang
pembelajaran yang sama rata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan kecerdasan. Pengajaran di dalam sebuah kelas biasa mempunyai
pelbagai kebolehan untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru,
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu mengatasi
masalah pelajar tidak faham ilmu yang disampaikan. Pelajar pastinya lebih cenderung
untuk mengetahui perkara yang dipelajari kerana ia menarik dan mudah difahami.
Misalnya melalui penggunaan Frog VLE semasa pengajaran di dalam bilik darjah,
pelajar akan meneroka pembelajarannya sendiri berdasarkan arahan yang diberikan
oleh guru. Pembelajaran interaktif ini menyenangkan kerja guru dan memudahkan
pemahaman pelajar. Melalui persembahan slaid Powerpoint, persembahan grafik
mahupun tayangan video pendek di dalam laman pembelajaran mampu memberikan
pemahaman maksimum kepada pelajar. Melalui cara ini, segala tanda tanya dan
permasalahan yang timbul ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dapat segera
diselesaikan oleh pelajar mahupun guru dengan cara yang mudah. Pelajar boleh
mengulang kaji pembelajaran pada hari tersebut di rumah dengan hanya mengakses
laman pembelajaran yang dibekalkan di sekolah. Pelajar juga mudah mengakses nota
dan bahan pembelajaran melalui Internet.
 Adibah Ishak. (2012). Prinsip Teknologi Pengajaran.
http://www.slideshare.net/adibahishak123/prinsip-teknologi-pengajaran. Diakses pada
23 Mac 2016.
Anon. (2014). Prinsip-prinsip pembelajaran. http://www.informasi-
pendidikan.com/2014/01/prinsip-prinsip-pembelajaran.html. Diakses pada 23 Mac
2016.
Emran Yunus. (n.d.). Teori dan Reka Bentuk Instruksional.
https://www.academia.edu/4381882/TEORI_DAN_REKABENTUK_INSTRUKSIO
NAL. Diakses pada 23 Mac 2016.
Habibah Hj. Lateh., & Arumugam Raman. (2005). Web-Based Map Reading in
Geography. http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/12-
A_STUDY_ON_THE_USE_OF_INTERACTIVE_WEB_BASED_1-final.pdf.
Diakses pada 23 Mac 2016.
Kang Hiz. (2015). Pengertian dan Prinsip Pembelajaran.
http://kafeilmu.com/pengertian-dan-prinsip-pembelajaran/. Diakses pada 23 Mac
2015.
Nik Najibah. (2012). Definisi Teknologi Instruksional.
http://www.scribd.com/doc/114599610/Definisi-Teknologi-Instruksional#scribd.
Diakses pada 23 Mac 2016.
Seels B. dan Richey R. (1994). Instructional Technology: The definition and domains
of the field. Washington DC: Association for Educational Communications and
Technology.
Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational
design. New York: Mc Graw Hill.
Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional.
http://yusuphashim.blogspot.my/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html.
Diakses pada 23 Mac 2016.

You might also like