You are on page 1of 1

Soalan : Kemukakan cara bagaimana guru boleh tingkatkan peluang Pendidikan kanak-kanak

bekeperluan khas dalam bilik darjah arus perdana.

Antara cara guru boleh meningkatkan peluang Pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas
dalam bilik darjah arus perdana ialah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi juga merupakan salah satu cara bagaimana guru aliran perdana dapat membantu dalam
merealisasikan konsep, matlamat dan dasar Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Penguasaan
guru aliran perdana terhadap teknologi maklumat dan komunikasi amat penting ke arah
meningkatkan kompetensi diri. Noriati A. Rashid et al. (2012) menyatakan bahawa pengaplikasian
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan dapat
membantu meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pemudahcaraan tersebut.
Berdasarkan pernyataan tersebut, pengimplementasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam
proses pembelajaran dan pemudahcaraan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran dan
pemudahcaraan yang bermakna dalam kalangan murid di dalam bilik darjah.

Selain itu, guru aliran perdana seharusnya menggunakan sumber pembelajaran dan
pemudahcaraan yang bersesuaian dengan keperluan murid yang terdapat di dalam bilik darjah
inklusif. Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Noriati A. Rashid et al. (2009), sumber
pembelajaran dan pemudahcaraan merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau
murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah inklusif. Penggunaan
sumber pembelajaran dan pemudahcaraan yang bersesuaian amatlah penting untuk membolehkan
murid berkeperluan khas dapat memahami sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru ketika
berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah tersebut. Sebagai
contoh, guru aliran perdana boleh menggunakan sumber pembelajaran dan pemudahcaraan
berasaskan visual sekiranya dalam kelas tersebut terdapat murid yang mempunyai masalah
pendengaran. Justeru itu, guru aliran perdana seharusnya menggunakan sumber pembelajaran dan
pemudahcaraan dalam merealisasikan konsep, matlamat dan dasar Program Pendidikan Inklusif agar
murid berkeperluan khas dapat memahami sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru ketika
berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah inklusif sama seperti
murid yang lain.

Di samping itu, guru perlu membina hubungan positif bersama murid-murid berkeperluan
khas. Guru perlu mengelakkan daripada unsur diskriminasi kerana setiap manusia mahu dilayan dgn
baik dan adil. Ketidakadilan dlm blik darjah terutamanya utk murid berkeperluan khas menyebabkan
mereka rasa tersisih n tidak disayangi. Guru wajar melayani muridnya dgn adil tanpa ada sikap pilih
kasih. Apabila guru sudah ada hubungan positif ini, maka guru sudah pun mengenali perangai, sikap,
sifat dan latar belakang mereka menyebabkan guru mudah utk mengendalikan murid tersebut. Hal
ini secara tidak langsung menyebabkan guru dpt merancang aktiviti yg sesuai agar dpt meningkatkan
peluang pendidikan mereka dlm darjah arus perdana.

You might also like