You are on page 1of 2

PERINCIKAN STRATEGI YG GURU BOLEH LAKUKAN UTK MEWJDKAN KECINTAAN MURID TERHADAP

SENI, WARISAN DAN BUDAYA


SAYA NAK KAMU JAWAB (20 MARKAH) , HURAI DAN BERI CONTOH SERTA JUSTIFIKASI.

1. STRATEGI MELALUI AKT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Terdapat beberapa strategi yang guru boleh lakukan iaitu melalui aktiviti kesenian san
kebudayaan seperti melaksanakan program pemakaian pakaian warisan budaya. Guru juga
berperanan dalam memastikan setiap murid menghayati seni dan warisan budaya dengan
memastikan murid hadir dan sama-sama menghargai seni dan budaya. Melalui pendekatan
program warisan seni dan budaya yang menarik dapat menarik perhatian murid serta
meningkatkan kesedaran murid terhadap pentingnya integrasi nasional di samping dapat
menghargai warisan seni budaya di malaysia. Hal ini akan memastikan integrasi nasional akan
wujud dengan sendirinya dengan adanya sikap menghargai seni.

2. PENGINTEGRASIAN SENI DAN BUDAYA DLM PDPC

InSeterusnya ialah pengintegrasian seni dan budaya dalam PDPC. Guru perlulah kreatif dan
inovatif dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
memasukkan elemen-elemen seni warisan dan budaya semasa mengajar. Sebagai contoh,
guru boleh mengaitkan perkara tentang kebudayaan dan kesenian semasa sesi pengajaran
subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, sains dan lain-lain misalnya memberi soalan karangan
yang bertajuk kebudayaan yang berada di Malaysia. Oleh itu, murid-murid akan selalu
didedahkan dengan seni warisan dan kebudayaan pada setiap waktu pembelajaran kerana
guru-guru ada memasukkan elemen-elemen kesenian dan kebudayaan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini dapat meningkatkan kecintaan murid terhadap
seni, warisan dan kebudayaan di negara.

3. STATEGI MELALUI KURIKULUM KESENIAN (MPEL MUZIK DAN SENI)

Seterusnya, guru juga boleh mewujudkan kecintaan murid terhadap seni, warisan dan budaya
melalui kurikulum kesenian. Muzik dan Seni merupakan mata pelajaran yang lebih dekat dengan unsur
kesenian dan budaya masyarakat. Oleh itu, subjek ini amat sesuai untuk guru menerapkan rasa
kecintaan terhadap murid-murid. Guru-guru akan mendedahkan kepada murid tentang keunikan
pelbagai warisan dan kesenian yang ada di negara ini dengan merancang aktiviti yang menarik. Contoh
aktivitinya adalah menyanyikan lagu tradisional mengikut kaum, mempersembahkan jenis tarian
tradisional di hadapan kelas dan melukiskan bunga kebangsaan dan bendera Malaysia. Guru juga boleh
beri peluang kepada semua murid yg terdiri drpd berbilang kaum dan agama utk berinteraksi antara
satu sama lain dan melibatkan diri dgn semua aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya,
penglibatan murid dlm aktiviti kokurikulum seperti kempen cintakan warisan seni.

4. KERJSAMA DENGAN BADAN BADAN KESENIAN NEGERI

Strategi yang berikutnya pula adalah kerjasama diantara badan badan kesenian negeri
seperti Yayasan Warisan Johor yang amat memartabatkan dan memelihara sejarah,
persuratan, seni dan buaday negeri Johor. Dengan adanya Yayasan Warisan Johor, ia dapat
menjaga kesedaran dan kecenderungan orang ramai untuk bekerjasama dan menyokong
usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan, sejarah, seni dan budaya yang
diamalkan negeri Johor. Dalam hal ini, guru-guru boleh mengambil inisiatif seperti menjemput
pihak atau pegawai yang bertugas di bahagian kesenian untuk melaksanakan program seperti
memberikan cemarah atau membuat pameran mengenai seni budaya sesebuah negeri.

You might also like