You are on page 1of 15

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

PENGGUNAAN TEKNIK JUBIN ALGEBRA DALAM


PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDARABAN UNGKAPAN
ALGEBRA BAGI PELAJAR TINGKATAN 2
(The Use Of Algebraic Tiles Techniques In Mastering Algebraic
Multiplication Skills For Form 2 Students)
Nur Zila Muhamad Jubri1, Effandi Zakaria2*, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore3
1, 2, 3
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: effendi@ukm.edu.my

Accepted: 1 February 2020 | Published: 15 February 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemahiran pelajar terhadap pendaraban ungkapan algebra didapati sangat lemah
khususnya bagi aspek yang melibatkan penolakan sebutan negatif. Perkara ini menjadi salah
satu punca menyebabkan pelajar kurang berminat dengan pembelajaran Matematik
terutamanya melibatkan algebra. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji
keberkesanan penggunaan kaedah Jubin Algebra dalam kalangan pelajar tingkatan dua
dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran pendaraban ungkapan algebra. Model
Kemmis dan Taggart yang mempunyai empat fasa telah digunakan dalam kajian. Kaedah
pengumpulan data dibuat menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen ujian pra
dan ujian pasca melibatkan 13 orang pelajar tingkatan dua. Mereka dipilih secara
pensampelan bertujuan dan kesemua mereka mempunyai masalah yang sama iaitu lemah
dalam kemahiran mendarab ungkapan algebra. Data dianalisis secara deskriptif melalui
frekuensi dan peratusan bagi menunjukkan tahap penguasaan kemahiran pendaraban
ungkapan algebra. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah Jubin Algebra dapat
memberikan impak yang positif dalam membantu mengurangkan kesilapan pelajar
seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran mereka. Implikasi kajian ini ialah terhadap
perubahan amalan pengajaran secara tradisional oleh guru kepada pengajaran
menggunakan Jubin Algebra yang mana ia lebih kepada berpusatkan pelajar serta selari
dengan pengajaran abad ke-21. Kajian lanjutan boleh dibuat menggunakan analisis statistik
inferensi dan implementasi pendekatan kualitatif untuk mendalami keberkesanan dan
meneroka potensinya dengan lebih baik.

Kata kunci: jubin algebra, ungkapan algebra, kemahiran mendarab, tingkatan 2

Abstract: Students' skills in multiplication of algebraic expressions are found to be very


weak especially when involve with subtraction in negative term. This is one of the reasons
why students are less interested in Mathematics learning especially in algebra. This action
research was conducted to study the effectiveness of the use of Algebra Tile methods in form
two students in improving algebraic multiplication skills. The four-phase Kemmis and
Taggart models were used in the study. The data collection method was conducted using a
quantitative approach through pre- and post-test instruments involving 13 secondary
students. They were chosen for the purpose of sampling and all of them had the same
problem of weakening their algebraic multiplication skills. The data were analyzed
descriptively by frequency and percentage to indicate the level of proficiency in algebraic
multiplication skills. The findings show that the use of the Algebra Tile method can have a

74
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

positive impact in helping to reduce student error and improve their skills. The implication
of this study is that teachers have traditionally changed their teaching practices to teach
using Algebra Tiles which is more student-centered and in line with 21st century teaching.
Further research can be done using statistical inference analysis and the implementation of
qualitative approaches to better understand and explore its potential.

Keywords: algebraic tiles, algebraic expressions, multiplication skills, form 2


___________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pengetahuan terhadap mata pelajaran Matematik sering dirujuk kepada sistem nombor dan
operasi asas khususnya dalam penyelesaian masalah. Perkara ini merangkumi bentuk simbol
dan juga ruang yang dibahagikan kepada beberapa komponen yang lain iaitu aritmetik,
kalkulus, geometri dan yang paling utama ialah algebra. Sehubungan itu, topik berkaitan
algebra yang diajar dalam tingkatan dua khususnya terdapat dua topik seperti pemfaktoran,
pecahan algebra dan juga rumus algebra. Manakala pengembangan dua ungkapan algebra
dalam dua tanda kurungan merupakan satu sub topik di dalam tajuk pemfaktoran dan pecahan
algebra. Beberapa pengkaji lepas (Nor’ain, Marzita, Mazlini, Mohd Faizal Nizam &
Amalina, 2015) dalam kajian mereka menunjukkan bahawa algebra merupakan salah satu
cabang dalam Matematik yang menggunakan huruf, tanda atau simbol sebagai wakil kepada
angka dan juga kuantiti. Manakala ungkapan algebra pula ialah ungkapan yang
menggabungkan nombor, pemboleh ubah atau simbol Matematik lain dengan operasi
(Bahariah et al., 2017).

Dalam kajian ini, tumpuan kemahiran algebra adalah tertumpu kepada pendaraban atau
kembangan ungkapan algebra yang diajar semasa di tingkatan dua. Kajian ini hanya
memberikan tumpuan kepada dua ungkapan algebra dalam dua tanda kurungan sahaja dan
bukan satu ungkapan. Sebelum ini pelajar menjawab soalan berkaitan pendaraban dua
ungkapan algebra menggunakan kaedah konvensional iaitu setiap sebutan dalam tanda
kurungan pertama mesti didarabkan dengan setiap sebutan dalam tanda kurungan kedua.
Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar mampu untuk menguasai cara tersebut
terutamanya di kalangan pelajar di tahap sederhana dan lemah.

Reese (2007) ada menyatakan hal yang sama dalam kajiannya iaitu masalah dalam
pembelajaran algebra sering dialami oleh pelajar sama ada di peringkat rendah mahupun
tinggi. Manakala kesilapan atau miskonsepsi yang sering dilakukan dalam menyelesaikan
algebra pula adalah hampir sama di setiap peringkat umur (Lerch, 2002). Jika diteliti dengan
lebih mendalam, dapat dilihat masalah ini terjadi kerana penguasaan pelajar terhadap
kemahiran pengembangan ungkapan algebra itu sendiri sangat lemah terutamanya yang
melibatkan penolakan sebutan yang mempunyai tanda negatif. Selain itu, pelajar menganggap
kaedah darab ke dalam dua kurungan agak sukar untuk dikuasai kerana pelajar lemah dalam
kemahiran mendarab dan sering keliru untuk membuat proses mendarab khususnya yang
melibatkan dua kurungan dan proses penambahan atau penolakan yang melibatkan tanda
negatif (Rusita & Effandi, 2016). Kebiasaannya pelajar sering berpendapat bahawa ungkapan
algebra bukan sahaja sukar malah ia juga merupakan satu topik yang tidak menarik serta
membosankan. Ini kerana kebanyakan konsep bagi ungkapan algebra banyak melibatkan
konsep-konsep yang abstrak.

75
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang bersifat tradisional tidak lagi sesuai digunakan
dalam pembelajaran Matematik pada abad ke-21 ini. Untuk menyelesaikan masalah ini guru
perlu bersifat lebih kreatif dan inovatif dalam menambah baik kaedah pengajaran dengan
menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) atau bahan manipulatif yang sesuai. Seperti
ditegaskan oleh Smaldino, Lowther, dan Mims (2018) bahawa bahan manipulatif adalah
seperti objek yang boleh dilihat yang dikendalikan dalam sesi pembelajaran. Seiring dengan
pembelajaran abad ke-21, kaedah pengajaran seperti kaedah visualisasi banyak dilaksanakan
menggunakan bahan-bahan pengajaran manipulatif. Kajian yang dilaksanakan oleh Garderen
(2006) ada mengatakan bahawa pembelajaran menggunakan visualisasi adalah merujuk
kepada keupayaan kognitif pelajar dengan menggambarkan secara mental tentang proses
dalam soalan dengan menggunakan imej visual yang wujud dalam bentuk model, gambar
rajah atau sebarang bentuk konkrit. Menurut kajian Kribbs dan Rogowsky (2016) pula
menghujahkan bahawa pelajar mampu meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan
masalah atau sebarang soalan Matematik dengan hanya menggunakan kaedah visualisasi.

Jubin Algebra merupakan salah satu kaedah visualisasi yang merupakan bahan manipulatif
dan kaedah alternatif dalam proses pembelajaran bagi semua mata pelajaran khususnya
Matematik (Rita & Mulia, 2016). Jubin Algebra ini lebih praktikal atau bersifat hands-on
kerana kaedah ini merupakan bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk model, bongkah atau
blok untuk meneroka konsep dan menyelesaikan masalah. Kaedah ini merupakan suatu
proses kognitif atau dalam erti kata lain ialah tindakan seseorang yang menghubungkan
konstruk dalaman dengan situasi di sekelilingnya (Kanapathy, 2016). Perkara ini boleh
ditakrifkan sebagai suatu proses memahami soalan secara spontan dengan membuat
gambaran atau perwakilan mental (Maslinah & Effandi, 2017).

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat impak penguasaan terhadap kemahiran pendaraban
ungkapan algebra khususnya yang melibatkan dua tanda kurungan dengan menggunakan
kaedah jubin algebra bagi pelajar tingkatan dua. Impak ini ditunjukkan melalui perubahan
skor tahap penguasaan pelajar tingkatan dua terhadap kemahiran pendaraban ungkapan
algebra sebelum dan selepas menggunakan kaedah jubin algebra. Dalam konteks ini, satu
intervensi bagi teknik pengajaran yang lebih mudah dan kreatif perlu diperkenalkan dalam
membantu pelajar untuk menguasai kemahiran mendarab bagi ungkapan algebra.

Intervensi ini dilihat berpotensi untuk melahirkan pelajar yang serba boleh, kreatif dan kritis.
Penguasaan ini dilihat mampu mengelakkan kekeliruan terhadap proses mendarab ungkapan
algebra serta mampu menangani masalah penguasaan ilmu Matematik yang lain. Selain itu,
intervensi ini dapat membantu pihak guru dalam memperbaiki kaedah pengajaran agar proses
pembelajaran menjadi lebih berkesan, kreatif dan menuju ke arah pembelajaran abad ke-21 di
masa hadapan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan Jubin Algebra adalah
suatu teknik atau intervensi yang difikirkan memberi kesan yang positif terhadap pelajar
dalam penguasaan kemahiran pendaraban dalam ungkapan algebra.

2. Ulasan Kajian Lepas

Terdapat empat kajian lepas di beberapa buah negara yang telah mengkaji tentang
keberkesanan menggunakan Jubin Algebra terhadap pembelajaran Matematik di dalam topik
Algebra. Jadual 1 menunjukkan maklumat terperinci tentang kajian lepas terhadap kaedah
jubin algebra yang telah dijalankan

76
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Bilangan responden dan lokasi kajian Jubin Algebra yang dipilih

PENULIS (TAHUN) LOKASI RESPONDEN


Sari, Ratu Ilma & Somakim (2016) Indonesia 32 Pelajar sekolah menengah
Larbi & Mavis (2016) Ghana 56 Pelajar sekolah menengah
Castro (2017) Amerika Syarikat (USA) 36 Pelajar sekolah menengah
Garzón & Bautista (2018) Colombia 40 Pelajar Universiti

Melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Sari, Ratu Ilma dan Somakim (2016) ke atas 32
orang pelajar sekolah menengah di Indonesia menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
Jubin Algebra mampu mengurangkan kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pelajar
apabila menyelesaikan persamaan linear dengan satu pembolehubah. Selain itu, penggunaan
Jubin Algebra merupakan pendekatan yang sangat berkesan dan dapat memperbaiki proses
pemikiran terhadap penyelesaian masalah dalam Algebra dalam kalangan 56 orang pelajar
sekolah menengah di Ghana (Larbi & Mavis, 2016).

Kaedah Jubin Algebra ini bukan sahaja dapat memberi impak positif kepada pelajar sekolah
menengah malah ia juga turut memberi kesan yang baik kepada pelajar di universiti. Kajian
Garzón dan Bautista (2018) mendapati kaedah Jubin Algebra secara maya yang dijalankan ke
atas 40 orang pelajar universiti di Colombia merupakan suatu alat pedagogi alternatif yang
sangat sesuai untuk belajar dengan lebih jelas tentang Algebra khususnya di sekolah
menengah dan universiti kerana ia membolehkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di
dalam kelas serta mampu untuk membina pengetahuan Matematik. Walau bagaimanapun,
terdapat dapatan yang bertentangan seperti kajian Castro (2017) terhadap 36 orang pelajar
sekolah menengah di Amerika Syarikat yang mendapati penggunaan kaedah Jubin Algebra
ini tidak memberikan kesan langsung kepada pelajar kurang upaya terhadap pengetahuan
mereka tentang konsep Algebra. Ini kerana pemahaman dan pemikiran pelajar kurang upaya
yang sangat terhad terhadap konsep Algebra serta teks atau ujian yang digunakan untuk
kajian ini tidak direka khusus untuk penggunaan Jubin Algebra.

Secara keseluruhan, boleh disimpulkan bahawa semua kaedah Jubin Algebra yang
dibincangkan didapati berpotensi memberikan kesan positif yang baik terhadap pengetahuan,
kefahaman, kemahiran dan juga pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik
khususnya terhadap pelajar normal yang berada di tahap sederhana dan lemah.

3. Metodologi
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan yang diaplikasikan daripada model kajian
tindakan Stephen Kemmis dan Robin McTaggart pada tahun 1988. Model ini menunjukkan
kajian tindakan dilaksanakan mengikut urutan sebanyak empat langkah utama dalam setiap
gelung yang berterusan (Kemmis & McTaggart, 1988). Terdapat beberapa kelebihan kajian
tindakan dalam pendidikan antaranya ialah guru dapat menyiasat dan menganalisis amalan
pengajaran mereka sendiri dengan lebih mendalam melalui cara yang baru dalam apa yang
mereka dan pelajar berjaya dan gagal lakukan (Tran Thi, 2009). Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan setelah pengkaji mengenal pasti kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam
menguasai kemahiran mendarab ungkapan algebra melibatkan dua tanda kurungan. Ini
bertujuan untuk membantu pelajar mengatasi masalah tersebut dengan menjalankan satu
intervensi yang bersesuaian iaitu kaedah Jubin Algebra. Maklumat lanjut mengenai empat
langkah tersebut dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.

77
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Refleksi

Satu kitaran Merancang


Memerhati kajian Tindakan

Melaksanakan
Tindakan

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Empat langkah utama yang dimaksudkan itu ialah dengan membuat refleksi, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan dan yang terakhir ialah memerhati.

1. Refleksi
Pada peringkat ini, sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lepas akan diimbas
kembali dan meneliti semula kekuatan atau kelemahan dengan membuat tinjauan awal bagi
mengumpul maklumat dan membuat analisis. Melalui hasil semakan buku latihan responden
dan ujian pra yang diberikan, pengkaji dapat membuat tinjauan awal terhadap tahap
kemahiran pelajar dalam pendaraban ungkapan algebra. Tinjauan awal ini perlu dibuat bagi
mengumpul maklumat dan membuat analisis masalah yang dihadapi pelajar dalam topik
pendaraban ungkapan algebra.

2. Merancang Tindakan
Setelah maklumat diperoleh, pengkaji perlu merancang intervensi yang boleh dijalankan ke
atas responden dan memilih kaedah pembelajaran baru yang lebih menarik agar sesi
pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan. Perancangan tindakan bagi membuat
intervensi ini memerlukan kreativiti guru. Seperti kajian ini, intervensi yang boleh
dilaksanakan ialah menggunakan kaedah visual iaitu Jubin Algebra bagi menarik minat
pelajar.

3. Melaksanakan Tindakan
Pada peringkat ini, satu pelaksanaan tindakan dilaksanakan setelah berjaya merancang satu
intervensi yang sesuai. Dalam kajian ini, selepas analisis ujian pra dibuat, pengkaji
kemudiannya memilih untuk melaksanakan intervensi selama 10 jam dengan mempraktikkan
gaya pembelajaran secara penemuan di dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Matematik. Selepas kelas intervensi dilaksanakan, responden diberikan satu set Ujian
Pengembangan Algebra bagi Ujian Pasca.

78
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

4. Memerhati
Pada peringkat yang terakhir ini, pengkaji perlu memantau sama ada tindakan atau kaedah
intervensi tadi berkesan dan sejauh mana ia dapat mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajar sebelum ini. Bagi kajian ini, pengkaji membuat refleksi berdasarkan
analisis ke atas keputusan ujian pra dan ujian pasca serta membuat perbandingan di antara
dua ujian tersebut bagi melihat sejauh mana peningkatan penguasaan kemahiran responden
dalam pendaraban ungkapan algebra selepas intervensi dilaksanakan.

Responden Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan di sekolah pengkaji sendiri iaitu di sebuah Sekolah Menengah
Agama di daerah Sepang, Selangor. Responden kajian terdiri daripada 13 orang pelajar
tingkatan 2 daripada kelas yang sama. Kaedah persampelan bertujuan dilaksanakan
berdasarkan pemerhatian dan refleksi pengkaji sebagai guru semasa sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dijalankan. Pengkaji dapat mengenal pasti pelajar yang tidak
menguasai kemahiran mendarab ungkapan algebra semasa di dalam kelas dan kemudian
mereka dipilih sebagai responden. Kaedah ini merupakan satu pemilihan yang disengajakan
agar pemberi sumber data utama berkeupayaan dalam menjelaskan konsep atau fenomena
tertentu (Michalos, 2014).

Perancangan
Kajian ini melibatkan pengkaji sebagai guru mata pelajaran Matematik tingkatan dua dan 13
orang pelajar sebagai responden kajian. Jadual 2 menunjukkan perancangan kajian tindakan
dalam tempoh masa yang ditentukan.
Jadual 2: Perancangan Pelaksanaan Kajian

Bulan Minggu Aktiviti


Tinjauan awal:
Julai 2019 1 i. Pengkaji mengenal pasti masalah dan kumpulan sasaran.
ii. Mengenal pasti kelemahan pelajar dalam Ungkapan Algebra
i. Mereka bentuk soalan ujian pra bagi mengenal pasti masalah
Julai 2019 2 pelajar.
ii. Menjalankan ujian pra selama satu jam
Analisis dan tinjauan awal:
Julai 2019 3 i. Menganalisis, merekodkan dan melaporkan keputusan ujian
pra, bilangan dan peratus bagi item soalan yang berjaya
dijawab.
ii. Melaporkan dapatan kajian.
i. Merancang dan menjalankan aktiviti Jubin Algebra kepada
Julai 2019 4 pelajar selama 10 jam bagi 5 hari di mana setiap hari ialah 2
jam.
ii. Menjalankan ujian pasca untuk menilai tahap keberkesanan
Jubin Algebra.
i. Menganalisis, merekodkan dan melaporkan keputusan ujian
Ogos – Oktober 2019 1-3 pasca serta membuat perbandingan antara ujian pra dan
ujian pasca bagi setiap pelajar.
ii. Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan.
iii. Menyediakan laporan.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang dibina adalah untuk mengukur dan melihat kemahiran pelajar dalam
menjawab soalan berkaitan pendaraban ungkapan algebra sebelum dan selepas intervensi

79
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

kaedah Jubin Algebra dijalankan di dalam kelas. Pengkaji menggunakan kaedah semakan
Ujian Pra serta Ujian Pasca. Ujian ini mengandungi 9 soalan subjektif merangkumi dua
ungkapan dalam dua kurungan. Di mana soalan-soalan ini melibatkan kemahiran pendaraban
(pengembangan) yang melibatkan pendaraban berulang, sebutan negatif dan juga positif.
Jadual 3 menunjukkan taburan soalan mengikut kemahiran yang diuji.

Jadual 3: Taburan soalan mengikut kemahiran yang diuji


NOMBOR
KEMAHIRAN
SOALAN
1, 2, 6, 7,  Kemahiran pendaraban (kembangan) melibatkan sebutan positif dan negatif bagi ungkapan
8, 9 (b) algebra [(
 Kemahiran pendaraban (kembangan) melibatkan sebutan negatif bagi ungkapan algebra
3, 4 [(
 Kemahiran pendaraban (kembangan) berulang melibatkan sebutan negatif bagi ungkapan
5, 9 (a) algebra [(

Soalan-soalan di dalam jadual 3 ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Matematik


tingkatan 2 dan telah disemak oleh dua pakar. Antaranya ialah seorang guru cemerlang
Matematik (Subject-matter expert, SME) yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dan
seorang guru Matematik yang berpengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun. Ujian rintis
telah dijalankan ke atas lima orang pelajar tingkatan dua daripada kelas yang lain. Ujian ini
digunakan untuk memastikan setiap soalan yang diuji sesuai dan mudah difahami oleh
responden. Hal ini adalah untuk membolehkan data yang dikumpul mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.

Pelaksanaan Kaedah Jubin Algebra


Pengkaji telah merancang dan menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
bagi topik pendaraban ungkapan algebra yang menggunakan intervensi yang dipilih iaitu
Jubin Algebra selama 10 jam. Jubin Algebra terdiri daripada tiga bentuk yang berbeza iaitu
segi empat tepat, segi empat sama kecil dan empat warna yang berbeza. Jubin Algebra ini
telah dibina sendiri oleh pengkaji sebanyak 13 set yang akan digunakan oleh setiap
responden. Rajah 2 menunjukkan sampel Jubin Algebra yang digunakan oleh responden.

Rajah 2 : Sampel Jubin Algebra yang digunakan dalam kajian ini.


Berikut ialah langkah bagaimana menggunakan Jubin Algebra dalam membuat
pengembangan ungkapan algebra seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Sebelum
memulakan aktiviti, pelajar diberi panduan bagaimana untuk menggunakan Jubin Algebra
serta satu set jubin dan beberapa soalan juga diberikan.

80
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 4: Langkah-langkah menggunakan Jubin Algebra

Contoh :

x x x
Langkah 1: Pilih 3 jubin x (hijau) dan 5
jubin 1 (kuning)
(jubin merah mewakili nilai negatif)
1 1 1 1 1

𝟐𝒙 𝟑
1 1 1 1
Langkah 2: Susun jubin secara mendatar x x 1 1 1
dan menegak

Mendatar : 1
𝟐
Menegak : x
1
𝒙

1
1

Langkah 3: Jubin menegak x 𝟐𝒙 𝟑


yang pertama didarabkan dengan setiap x x 1 1 1
jubin yang mendatar.

𝒙𝟐 𝒙𝟐 𝒙𝟐
𝟐

x x
x

x
x
x
X =
𝒙

x X 1 = x 1
1

1 yang 𝟐𝒙 𝟑
Langkah 4: Jubin menegak
kedua didarabkan dengan setiap jubin yang x x 1 1 1
mendatar.

1 X x = x 𝒙𝟐 𝒙𝟐
𝟐
x

x
x
x
𝒙

1 X 1 = 1
1 x x 1 1 1
1

81
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

𝟐𝒙 𝟑
Langkah 5 : Ulang langkah 4
x x 1 1 1

𝒙𝟐 𝒙𝟐

𝟐
x

x
x
x
𝒙
1 x x 1 1 1
1 x x 1 1 1
𝟐𝒙 𝟑
Langkah 6: Hitung jumlah jubin
x x 1 1 1

x 1 𝟐
𝒙𝟐 𝒙𝟐
x

x
x
x
7 jubin 6 jubin
𝒙

2 jubin
1 x x 1 1 1
Jawapannya:
1 x x 1 1 1

Bagi melancarkan aktiviti, berikut ialah langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Jubin Algebra
yang pengkaji jalankan:

Langkah 1
Pengkaji menjelaskan kepada pelajar tentang aktiviti pembelajaran menggunakan Jubin Algebra.
Kemudian, pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil di mana setiap satu kumpulan terdiri
daripada 4 orang pelajar.

Langkah 2
Setiap pelajar akan diberikan 1 set Jubin Algebra yang mengandungi jubin 1(18 keping), jubin -1
(18 keping), jubin (8 keping), jubin (8 keping), jubin 2 (4 keping), jubin 2
(4 keping).

Langkah 3
Pengkaji memberikan panduan kepada pelajar bagaimana untuk menggunakan Jubin Algebra dan
menyelesaikan beberapa contoh soalan pengembangan dengan membuat pendaraban ungkapan
algebra menggunakan Jubin Algebra.

Langkah 4
Pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan 10 soalan pengembangan ungkapan algebra dengan
menggunakan Jubin Algebra. Pelajar menyusun jubin-jubin tersebut mengikut panduan yang telah
diberikan sebelum ini.

Langkah 5
Jawapan akhir bagi pengembangan ditunjukkan sebagai bukti pelajar menguasai kemahiran
mendarab ungkapan algebra. Pelajar yang berjaya menjawab dengan cepat dan betul diberikan
hadiah.

82
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Kaedah Pengumpulan Data


Sebelum pengajaran menggunakan Jubin Algebra dijalankan, pelajar diberikan satu set ujian
pra yang mengandungi daripada 9 soalan yang melibatkan dua ungkapan algebra dalam dua
tanda kurungan dan ia telah diubahsuai dari koleksi soalan akhir tahun yang telah lepas. Ujian
pra ini mengambil masa selama 1 jam. Ia dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kemahiran
yang sedia ada dalam mendarab atau membuat pengembangan terhadap ungkapan algebra
apabila guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Selepas itu, pengkaji
melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah Jubin Algebra seperti yang ditetapkan
selama 10 jam. Kemudian, pada minggu terakhir kajian pelajar telah diberikan ujian pasca
yang menggunakan set soalan yang sama seperti ujian pra. Ujian pasca ini dilaksanakan bagi
melihat perubahan dalam peningkatan penguasaan pelajar terhadap kemahiran pendaraban
ungkapan algebra selepas menggunakan kaedah Jubin Algebra.

Kaedah Analisis Data


Dapatan data yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca tersebut dianalisis secara
deskriptif dengan melihat frekuensi dan peratusan yang digambarkan secara kuantitatif bagi
menjawab persoalan kajian berkaitan peningkatan tahap penguasaan pelajar tingkatan dua
terhadap kemahiran pendaraban ungkapan algebra menggunakan kaedah jubin algebra. Hasil
dapatan analisis dan peningkatan terhadap penguasaan kemahiran pelajar dalam pendaraban
ungkapan algebra boleh menjadi ukuran ke atas hasil tindakan dan kejayaan di dalam kajian
tindakan ini.

4. Dapatan Kajian
Penyelidikan ini menggunakan dapatan kajian daripada ujian pra dan ujian pasca untuk
menjawab persoalan kajian iaitu adakah terdapat peningkatan tahap penguasaan 13 orang
pelajar tingkatan dua dalam kemahiran pendaraban ungkapan algebra sebelum dan selepas
menggunakan kaedah Jubin Algebra. Terdapat 3 kemahiran yang diuji di dalam ujian pra dan
ujian pasca. Soalan 1, 2, 6, 7, 8, 9 (b) menguji kemahiran pendaraban ungkapan algebra yang
melibatkan sebutan positif dan negatif iaitu ( . Manakala soalan 3 dan 4 pula
menguji kemahiran pendaraban bagi ungkapan algebra yang melibatkan hanya sebutan
negatif iaitu ( dan yang terakhir bagi soalan 5 dan 9 (a) pula ia menguji
kemahiran pendaraban berulang yang juga melibatkan sebutan negatif iaitu ( .
Rajah 3 menunjukkan perbandingan terhadap jumlah responden yang berjaya menguasai
kemahiran yang diuji di dalam ujian pra dan ujian pasca.

Bil. Responden
14
12
10
8
6
4
2
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 (a) S9 (b)
Ujian Pra Ujian Pasca No. Soalan

Rajah 3: Perbandingan jumlah responden yang menguasai kemahiran ungkapan algebra mengikut item
soalan ujian pra-pasca

83
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, ujian pra menunjukkan hanya 2 soalan sahaja yang
berjaya dijawab dengan betul iaitu soalan 1 (1 responden) dan soalan 2 (1 responden).
Manakala soalan yang selebihnya iaitu soalan 3 sehingga 9 tidak ada yang berjaya menjawab.
Selepas intervensi dilaksanakan, keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang lebih
baik berbanding ujian pra. Kesemua 13 responden berjaya menjawab semua soalan dengan
betul atau dalam erti kata lain mereka berjaya menguasai kesemua kemahiran yang diuji.
Sehubungan dengan itu, Jadual 5 di bawah menunjukkan maklumat terperinci tentang
perbandingan peratus penguasaan responden terhadap kemahiran yang diuji di dalam ujian
pra dan ujian pasca.

Jadual 5: Perbezaan peratus responden yang berjaya menjawab berdasarkan ujian pra dan pasca

Kemahiran Pendaraban
Melibatkan Sebutan Melibatkan Sebutan Berulang Melibatkan
Positif Dan Negatif Negatif Sahaja Sebutan Negatif Sahaja
( ( (
Ujian [Soalan 1, 2, 6, 7, 8, 9(b)] [Soalan 3, 4] [Soalan 5, 9(a)]

Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus


Responden Responden Responden
UJIAN PRA 2 15.38 % 0 0% 0 0%
UJIAN PASCA 13 100 % 13 100 % 13 100 %
PERBEZAAN (+ / -) + 84.62 % (11 / 13) + 100 % (13/13) + 100 % (13/13)

Berdasarkan Jadual 5 di atas, dapat dilihat semua kemahiran yang diuji di dalam ujian pasca
mempunyai peningkatan yang tinggi berbanding dengan ujian pra. Bagi kemahiran yang
pertama iaitu kemahiran pendaraban yang melibatkan sebutan positif dan negatif telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 84.62%. Hanya 2 orang responden iaitu R3 dan R13
mampu mengusai kemahiran tersebut di dalam ujian pra manakala di dalam ujian pasca pula
kesemua 13 orang responden berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Selain itu,
bagi kemahiran pendaraban yang melibatkan sebutan negatif sahaja serta pendaraban
berulang didapati tiada langsung responden yang mampu menjawab ketika diuji dalam ujian
pra. Tetapi selepas kaedah intervensi menggunakan Jubin Algebra diperkenalkan peratus
peningkatan penguasaan kemahiran pendaraban menunjukkan 100%, di mana kesemua 13
orang responden mampu menjawab soalan ujian pasca dengan betul.

Merujuk Rajah 4 menunjukkan contoh hasil kerja responden ketika menjawab ujian pra dan
ujian pasca. Berdasarkan pemerhatian terdapat perbezaan yang ketara di antara dua ujian
tersebut di mana responden tidak merancang strategi penyelesaian secara sistematik dan
teratur dalam membuat pengembangan ketika menjawab soalan ujian pra. Tetapi selepas
intervensi responden menunjukkan hasil kerja yang teratur dan jawapan yang betul dengan
2
melukis gambar rajah Jubin Algebra. [Soalan nombor 5: ]

84
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

85
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 4: Hasil kerja responden dalam ujian pra dan ujian pasca

Melalui pemerhatian yang dibuat ke atas ujian pra dan ujian pasca dapat disimpulkan bahawa
kebanyakan pelajar sekolah menengah lemah dalam menguasai kemahiran berkaitan empat
operasi aritmetik khususnya yang melibatkan nombor negatif. Sehubungan itu, pelajar yang
mempunyai gaya pemikiran yang sederhana dan rendah sesuai menggunakan alat atau bahan
media sebagai medium untuk membantu mereka memahami konsep Matematik dengan lebih
jelas (Muhamad Khoirul Umam, 2019). Justeru, objektif dan persoalan kajian ini dilihat
tercapai di mana terdapat perbezaan tahap penguasaan pelajar tingkatan dua terhadap
kemahiran pendaraban ungkapan algebra yang melibatkan dua ungkapan dalam dua kurungan
sebelum dan selepas kaedah Jubin Algebra diperkenalkan dalam menyelesaikan soalan
pengembangan.

5. Perbincangan
Pada awalnya terdapat bukti bahawa masih ada pelajar yang kurang mahir dalam pendaraban
ungkapan algebra. Jika dilihat dari hasil pembelajaran dan juga semakan buku latihan
didapati hampir 90% pelajar lemah dalam menguasai kemahiran asas pengembangan
ungkapan algebra terutamanya yang melibatkan dua kurungan. Ini dapat dilihat apabila
pelajar tidak dapat melengkapkan jalan kira untuk mendapatkan jawapan akhir. Kesalahan
seperti ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai pengetahuan terhadap konsep dan
prosedur yang kukuh (Van Der Walt & Maree, 2007). Apabila kemahiran asas bagi
pengembangan atau pendaraban bagi ungkapan algebra berjaya dikuasai, maka cara berfikir
seseorang pelajar juga akan berubah. Ekoran daripada itu, pelajar akan lebih mudah untuk
memahami dan mampu membuat pengembangan atau pendaraban bagi soalan ungkapan
algebra dengan baik.

Justeru, Jubin Algebra sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar atau latihan
pengetahuan yang dapat membantu pelajar untuk mengingat kembali pembelajaran yang
lepas serta menambah baik kemahiran asas pendaraban atau pengembangan ungkapan
algebra. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam
konteks yang pelbagai dan bermakna kepada pelajar. Daripada terus menggunakan kaedah
pengajaran berbentuk tradisional yang bosan, para guru perlu mencuba satu kaedah
pengajaran yang lebih menarik dan praktikal iaitu Jubin Algebra. Aktiviti menggunakan
Jubin Algebra ini lebih menyeronokkan kerana wujudnya kepelbagaian pengalaman
pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks ini, penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian
persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Sejajar dengan
pembelajaran abad ke-21, pelajar perlu didedahkan dengan pembelajaran aktif yang
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, kolaboratif dan interaktif. Dalam kajian ini,

86
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

aktiviti koperatif dan kolaboratif yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah Jubin
Algebra.

Dapatan kajian oleh Nadya (2014) membuktikan bahawa melalui pendekatan penggunaan
bahan manipulatif ke dalam Pendidikan Matematik dapat membantu pelajar sekolah
menengah untuk memahami konsep matematik dengan lebih baik. Maka, ini bermakna
bahawa aktiviti Jubin Algebra boleh dianggap sebagai amalan yang berkesan dan memberi
impak positif dalam pembelajaran Matematik. Aktiviti tersebut bukan lagi hanya berpusatkan
guru tetapi fokus kepada pelajar.

Hasil dapatan kajian ini dapat memberikan kesan yang positif sama seperti kajian-kajian yang
lepas. Dalam konteks ini, penglibatan pelajar menjadi lebih aktif di dalam kelas dan pelajar
mampu menggunakan pengetahuan yang sedia ada sebagai asas untuk menyelesaikan
masalah. Di samping itu, Jubin Algebra juga mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kompetitif yang mana ia mampu menggalakkan keseronokan dan meningkatkan
pembelajaran.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini akan memberikan kepentingan kepada pelbagai pihak seperti
pelajar, guru dan sekolah. Selepas kajian ini dilaksanakan, penguasaan terhadap kemahiran
pelajar dalam pendaraban ungkapan algebra meningkat terutama berkaitan dengan konsep
asas pengembangan. Bukan itu sahaja, malah kualiti pengajaran guru dapat ditambahbaik
kerana kajian ini dapat membantu guru bagi mengenal pasti kesilapan penguasaan konsep
asas pengembangan ungkapan algebra pelajar. Lantaran itu, prestasi peperiksaan dan gred
purata sekolah akan semakin meningkat.

Penggunaan Jubin Algebra telah merangsang pelajar untuk meneroka dan menguasai topik
yang dipelajari dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Namun begitu, perancangan
yang teliti diperlukan terutama dalam memberi arahan semasa aktiviti dengan jelas supaya
aktiviti Jubin Algebra berjalan dengan lancar. Bukan sahaja topik ungkapan algebra, malah
pelbagai topik Matematik yang lain sesuai untuk menggunakan Jubin Algebra dalam sesi
pengajaran. Kajian lanjutan boleh dibuat menggunakan analisis statistik inferensi dan
implementasi pendekatan kualitatif untuk mendalami keberkesanan dan meneroka potensinya
dengan lebih baik. Selain itu, adalah dicadangkan agar satu kajian bagi mengenal pasti
kesilapan pelajar dalam membuat pengembangan dijalankan pada masa akan datang.

Rujukan

Bahariah Baharam, Baharizah Baharam, Nurul Jannah Ahmad, Nurazreen Mohd Tahir, &
Mohd Nazri Mohd Hanafiah. (2017). Pemfaktoran dan Pecahan Algebra. In Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Matematik Tingkatan 2. (pp. 35-38). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Castro, S. (2017). Algebra Tiles Effect on Mathematical Achievement of Students with
Learning Disabilities. Master thesis, California State University.
Garderen, D. Van. (2006). Spatial visualization, visual imagery, and Mathematical problem
solving of students with varying abilities. Journal Of Learning Disabilities, 39(6), 496–
506.
Garzón, J., & Bautista, J. (2018). Virtual algebra tiles: a pedagogical tool to teach and learn
algebra through geometry. Journal of Computer Assisted Learning, 34(6), 876–883.

87
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 74-88, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Kanapathy, G. A. (2016). Kemahiran visualisasi dalam mata pelajaran matematik dalam


kalangan murid tahun 5 di sebuah SJKT daerah Kuala Muda Yan, Kedah. International
Seminar on Generating Knowledge Through Research. UUM-UMSIDA, 1 Oktober.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Victoria: Deakin
University Press.
Kribbs, E. E., & Rogowsky, B. A. (2016). A review of the effects of visual-spatial
representations and heuristics on word problem solving in middle school Mathematics.
International Journal of Research in Education and Science (IJRES), 2(1), 65–74.
Larbi, E., & Mavis, O. (2016). The use of manipulatives in mathematics education. Journal
of Education and Practice, 7(36), 53–61.
Lerch, C. (2002). The unfossilization of concepts in adult learning. Lilly Conference on
College Teaching. Oxford, 21-24 November.
Maslinah Lasiun & Effandi Zakaria. (2017). Kaedah Visualisasi Meningkatkan Tahap
Pencapaian Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. 1st Melaka
International Conference On Social Sciences 2017. Melaka, 29-30 Julai.
Michalos, A. C. (2014). Encyclopedia Of Quality Of Life And Well-Being Research. Canada:
SpringerReference.
Muhamad Khoirul Umam. (2019). Penggunaan metode Jaritmatika dalam meningkatkan
motivasi belajar. Awwaliyah: Jurnal PGMI, 2(1), 45–68.
Nadya Husenti. (2014). Penggunaan Grid Untuk Memahamkan Materi Segiempat Melalui
Pendekatan Realistic Mathematics Education (RME) Pada Siswa Kelas VII MTs.
Ma’arif Sidomukti Gresik. Master thesis, Universiti Negeri Malang.
Nor’ain Mohd Tajudin, Marzita Puteh, Mazlini Adnan, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah &
Amalina Ibrahim (2015). Persepsi dan amalan pengajaran guru Matematik dalam
penyelesaian masalah algebra. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2),
12–22.
Reese, M. S. (2007). What's So Hard about Algebra?: A Grounded Theory Study of Adult
Algebra Learners. Doctoral dissertation, University of San Diego.
Rita Novita, & Mulia Putra (2016). Using task like PISA’s problem to support student’s
creativity in Mathematics. Journal on Mathematics Education, 7(1), 31–42.
Rusita Mohd Nor & Effandi Zakaria (2016). Meningkatkan kemahiran pelajar dalam
pendaraban ungkapan algebra melalui penggunaan teknik ‘Kotak Ajaib Algebra‘.
Seminar Antarabangsa Pendidikan Global IV. Selangor, 8-9 Ogos.
Sari Saraswati, Ratu Ilma Indra Putri & Somakim. (2016). Supporting students’
understanding of linear equations with one variable using Algebra Tiles. Journal on
Mathematics Education, 7(1), 21–32.
Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Mims, C. (2018). Instructional Technology And Media
For Learning (12th Edition). Boston: Pearson Education Inc.
Tran Thi Thu Hien. (2009). Why Is Action Research Suitable For Education? VNU Journal of
Science, Foreign Languages, 25, 97–106.
Van Der Walt, M., & Maree, K. (2007). Do Mmathematics Learning Facilitators Implement
Metacognitive Strategies. South African Journal of Education, 27(2), 223–241.

88
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like