You are on page 1of 7

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS


2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
17 MAC 2020

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH


PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan


bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih dan dibenarkan
discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah
pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad
adalah sebanyak 49 kes.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 17 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 120 kes


baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif
COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes. Berdasarkan
siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini,
sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster
perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di


Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat dua (2) kematian COVID-19 (Kes
ke-178 dan kes ke-358) dilaporkan kepada Crisis Preparedness and
Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM pada hari ini.

i. Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur


34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di
Masjid Jamek Seri Petaling tempoh hari. Beliau mula
mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat
rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020
setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan
telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan
meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

ii. Kes ke-358 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur


60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula
mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada
7 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Umum
Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19.
Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac
2020.

STATUS TERKINI KEJADIAN COVID-19 DI MALAYSIA

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan


mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut
peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).

KKM ingin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil


tindakan drastik ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19
dengan cara menghadkan pergerakan orang ramai. Pendekatan ini
perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan lebih
ramai rakyat negara ini daripada dijangkiti wabak jangkitan COVID-
19 yang kini telah memasuki gelombang kedua. Walau
bagaimanapun, tindakan tersebut tidak akan menjejaskan
perkhidmatan kesihatan di mana ianya akan terus diberikan oleh
KKM di kesemua fasiliti. Begitu juga perkhidmatan kesihatan swasta
boleh diteruskan.

KKM ingin menggesa orang ramai untuk mematuhi segala arahan


berkaitan dengan perintah tersebut, yang akan dikuatkuasakan
mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 3020. Kegagalan mematuhi
mana-mana arahan tersebut, sekiranya disabitkan dengan
kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta
342, iaitu:

i. kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak


melebihi dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya;

ii. kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh


dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda, atau
kedua-duanya;

iii. kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi


RM 200.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Setiap individu perlu menjadi rakyat Malaysia yang


bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing untuk
membantu kerajaan Malaysia dalam membendung penularan
kejadian COVID-19. Antara tindakan-tindakan yang harus diambil
oleh setiap rakyat Malaysia bagi mencegah dan mengawal jangkitan
COVID-19, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan adalah
seperti berikut:
1. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap
masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan
air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser).

2. Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang


baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk
mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta
merta.

3. Segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala


jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema
dan / atau sakit tekak.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini


melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA


MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
17 Mac 2020 @ 5.00 petang
LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

JUMLAH
NEGERI KESELURUHAN
KES
PERLIS 8
KEDAH 31
PULAU PINANG 23
PERAK 23
SELANGOR 161
NEGERI SEMBILAN 45
MELAKA 17
JOHOR 77
PAHANG 28
TERENGGANU 7
KELANTAN 25
SABAH 82
SARAWAK 29
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR & PUTRAJAYA 113
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 4
TOTAL 673
MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh YBhg. Perdana


Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020, Kementerian Kesihatan
Malaysia telah mengambil langkah untuk mewartakan perintah
Perisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan di bawah seksyen 11
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
[Akta 342].

2. Perintah ini akan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac
2020. Selama perintah ini berkuat kuasa semua orang akan
tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

3. Pegawai yang diberi kuasa selama tempoh perintah ini berkuat


kuasa boleh mengarahkan supaya mana-mana orang yang
tinggal dalam kawasan tempatan jangkitan membenarkan diri
mereka-
• Untuk dirawat;
• Diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang
ditetapkan; atau
• Dikenakan apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu
untuk mengawal penyakit itu.

4. Adalah menjadi suatu kesalahan kepada mana-mana orang yang


melanggar Perintah ini. Mereka boleh dikenakan penalti dan boleh
didakwa

5. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang


dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 hingga 31
Mac 2020, KKM telah menyediakan garis panduan untuk diikuti
oleh Ketua Jabatan dan pegawai di KKM. Secara umumnya,
kesemua operasi fasiliti kesihatan akan berjalan seperti biasa bagi
tujuan menyampaikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan
kepada rakyat dan juga melaksanakan langkah-langkah
pencegahan penularan wabak COVID-19.
6. Walau bagaimanapun, bagi sebahagian pegawai yang tidak perlu
hadir bertugas secara sepenuh masa atau secara penggiliran,
mereka boleh dibenarkan untuk bekerja dari rumah. Penentuan
untuk pegawai bekerja dari rumah dibuat di peringkat Ketua
Jabatan masing-masing.

7. Taska dan tadika yang mana perkhidmatan diperlukan di KKM


akan terus dibuka bagi tujuan memberi khidmat sokongan
penjagaan anak berikutan pegawai perlu bertugas di fasiliti
kesihatan. Dalam hal ini, saya juga ingin menasihatkan agar
langkah-langkah pencegahan dan keselamatan diberi keutamaan
dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

You might also like