You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SEBINTEK

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 1 Februari 2018


Hari : Khamis
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran


guru-guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 AGENDA BARU

2.1 PENUBUHAN JAWATANKUASA


Penasihat : George anak Unggat (Guru Besar)
Pengerusi : Helenny Gani
Setiausaha : Mohamad Nassir bin Suhaili
Bendahari : Noorhafizah binti Abd Samat
Ahli-ahli : Semua guru PJ dan PK
Penyelaras PJ : Helenny Gani
Penyelaras PK :

2.2 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

2.2.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan


mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.
2.2.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan
menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
2.2.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan
selama 30 minit setiap waktu. Tidak boleh dijalankan setiap hari
untuk kelas yang sama. Mesti diselang hari dan mesti dijalankan
sebelum masa rehat.
2.2.4 Masa Pendidikan Kesihatan 1 waktu sahaja (30 minit). Masa PJ
tidak boleh digunakan untuk mengajar PK.

1
2.2.5 Beri penekanan tentang tajuk-tajuk yang melibatkan PEERS dan
gunakan istilah yang betul kepada murid.

2.3 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN PJPK


2.3.1 RPT mesti disediakan dan disahkan oleh Guru Besar.
2.3.2 RPH diselaraskan untuk semua guru yang mengajar
PJ dan PK.
2.3.3 RPH boleh disediakan dengan merujuk RPT yang telah disediakan.
Untuk memudahkan guru menyediakan RPH, digalakkan guru-guru
untuk memuat turun Modul Panduan Pengajaran PJ dan PK. Modul
itu adalah lengkap dan sangat membantu guru dalam PdPc dan
membuat perancangan aktiviti.
2.3.4 Pengerusi menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran
harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.

Tindakan: Semau guru PJPK

2.4 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


2.4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan juga perlu diisi dan dilengkapkan
selepas membuat pentaksiran ataupun selepas aktiviti dijalankan.
2.4.2 Penilaian akhir perlu dicetak dan diserahkan kepada guru kelas
pada hujung tahun.

Tindakan: Makluman

2.5 SEGAK

2.5.1 Penyelaras SEGAK ialah Cikgu Noorhafizah, akan dibantu oleh


Cikgu Mohamad Nassir.
2.5.2 SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan bulan
Ogos untuk murid Tahun 4,5 dan 6. Panduan untuk Pelaksanaan
SEGAK ada pada pengerusi dan akan dibuat salinan dan
diserahkan kepada semua guru PJ.
2.5.3 SEGAK mesti dijalankan mengikut prosedur yang betul (ikut
urutan aktiviti yang telah ditetapkan) dan perlu dijalankan dalam
satu masa sahaja. Tidak boleh disambung pada hari yang
seterusnya. Boleh dijalankan selepas masa PdPc.
2.5.4 Semua guru PJ digalakkan untuk menjalankan ujian SEGAK secara
serentak untuk memudahkan guru menilai murid.
2.5.5 Semua keputusan SEGAK perlu direkodkan di dalam Buku
Penialain SEGAK yang telah disediakan.

2
2.6 AKTIVITI TAHUNAN
2.6.1 Aktiviti Bulan Kecergasan akan dijalankan pada Bulan Oktober.
2.6.2 Aktiviti senam robik akan dijalankan pada tarikh yang akan
ditetapkan kemudian.
2.6.3 Pertandingan Bola Jaring dan Futsal akan diadakan untuk murid
mengikut rumah sukan.
2.6.4 Ceramah Kesihatan dan PEERS.

2.7 PENGURUSAN FAIL


2.7.1 Fail Panitia akan disediakan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.

3 HAL-HAL LAIN

3.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan
alatan boleh ambil kunci daripada pengerusi.
3.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
alatan PJ. Sila isi borang keluar masuk peralatan yang diletakkan di pintu
stor.
3.3 Guru PJ perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani aktiviti PJ sama ada
guru lelaki atau guru perempuan.
3.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur
dan jangan lupa untuk tandatangan borang keluar masuk peralatan sukan.

Tindakan: Semua guru PJ

4 UCAPAN PENANGGUHAN

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disedia oleh Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………. ………………………..

(MOHAMAD NASSIR BIN SUHAILI) (HELENNY GANI) (WINNIE MARONG)


Setiausaha Panitia PJPK, Ketua Panitia PJPK Penolong Kanan 1,

You might also like