You are on page 1of 29

LAPORAN TEKNIKAL PENYELIDIKAN

TAJUK PENYELIDIKAN: PENILAIAN KEBERKESANAN


PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN
(TKPM) DI MALAYSIA
(KOD S/O 12739)

GERAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RESEARCH


ACCULTURATION GRANT SCHEME/RAGS)

OLEH:
DR. NORANIZA BINTI YUSOFF
KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN
ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2015
1
1.0 PENGENALAN

Perladangan kontrak ialah pengeluaran pertanian yang dijalankan menurut perjanjian

antara pembeli dan peladang, yang menetapkan syarat-syarat untuk pengeluaran dan pemasaran

keluaran ladang. Biasanya, peladang bersetuju untuk menyediakan kuantiti yang dipersetujui

dalam keluaran pertanian khusus. Ini perlu memenuhi piawaian kualiti pembeli dan dibekalkan

pada masa yang ditetapkan oleh pembeli. Sebaliknya, pembeli melakukan pembelian keluaran dan

dalam beberapa kes menyokong pengeluaran melalui misalnya membekalkan input ladang,

penyediaan tanah ladang dan peruntukan untuk nasihat teknikal (Food and Agriculture

Organization of the United Nations, 2015).

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH DAN ULASAN KARYA

2.1 Konsep Pengeluaran Makanan Untuk Menangani Masalah Harga Hasil Tanaman

Program TKPM Di Pasaran

Mercy et al. (2013) mendapati responden memiliki 2.13 ekar tanah dan mempunyai kira-

kira 14 pokok berdaya keluaran terutamanya jenis avokado Fuerte dan Hass. Nilai total aset isi

rumah dianggarkan pada KES 47454. Secara purata responden yang menerima purata KES 1.55

per setiap satu Fuerte yang dijual manakala purata KES 2.55 per setiap satu Hass. Responden

mendapatkan pendapatan dari tanaman, ternakan dan aktiviti bukan perladangan dan purata

pendapatan isi rumah setahun ialah KES 61845. Penyertaan dalam perladangan kontrak

mempunyai kesan yang positif ke atas pendapatan avokado dengan peserta dijangka meningkatkan

pendapatan mereka dengan KES 5386 kepada KES 7441 setahun. Petani menerima harga yang

lebih baik dari perladangan kontrak yang membawa kepada peningkatan dalam pendapatan

avokado.

2
2.2 Konsep Pengeluaran Makanan Untuk Menangani Masalah Pengurusan Dalam

Program TKPM

UNIDROIT (2014) dalam kajian kes di Tanzania dan Zimbabwe melibatkan perladangan

kontrak kacang soya, jagung dan benih minyak, perladangan kontrak biasanya bermula dengan

penghantaran permohonan oleh petani individu yang berminat. Petani kemudiannya diatur oleh

syarikat dibahagikan kepada kumpulan yang mengandungi 10 orang ahli (maksimum bilangan ahli

ialah 12 orang) di mana petani memilih ketua petani mereka. Ketua diberikan tanggungjawab,

tugas dan jangkaan dari awal pembentukan kumpulan serta diberikan latihan berkenaan kaedah

untuk memainkan peranan sebagai ketua petani.

2.3 Ciri-ciri Penting Pelaksanaan Program TKPM

Food And Agriculture Organization (2001) menggambarkan perladangan kontrak biasanya

mengikut satu dari lima model yang luas bergantung pada keluaran, sumber penaja dan keamatan

hubungan antara petani dan penaja.

2.4 Keberkesanan Program TKPM Dalam Pengeluaran Selamat

Ajao dan Oyedele (2013) mendapati bahawa kecekapan adalah dikumpulkan ke dalam satu

taburan kekerapan dengan julat indeks kecekapan sangat berbeza dengan minimum dari 0.583,

0.414 dan 0.383 dan maksimum dari 1.000 untuk kecekapan teknikal, peruntukan dan ekonomi.

Kecekapan purata yang menandakan purata potensi yang wujud dalam perladangan tembakau

dalam kawasan kajian adalah 0.831, 0.716 dan 0.592 untuk kecekapan teknikal, peruntukan dan

ekonomi. Dalam jumlah 495 petani tembakau yang menjadi responden hanya seorang petani yang

ditemui mempunyai kecekapan secara teknikal, peruntukan dan ekonomi.

3
2.5 Keberkesanan Program TKPM Dalam Meningkatkan Penglibatan Usahawan

Moyo (2014) mendapati dari Ujian analysis of variance (ANOVA) yang telah dijalankan

menunjukkan keputusan yang signifikan dalam perbezaan pengeluaran purata merentasi lima

tahun dari 2009-2013 dan kualiti pengeluaran dengan harga purata menjadi proksi untuk kualiti.

Petani kontrak yang menjual pengeluaran mereka kepada firma kontrak mengatasi petani bukan

kontrak dan kumpulan campuran dari segi jumlah pengeluaran tembakau kepada firma kontrak.

Kumpulan campuran petani yang menghantar hasil pengeluaran secara lelongan dan firma kontrak

mempunyai harga yang lebih baik kerana mereka boleh akses harga yang lebih baik yang

ditawarkan pada harga dua lantai.

2.6 Keberkesanan Program TKPM Dalam Meningkatkan Pendapatan Peserta

Jadual 1 menunjukkan negeri Selangor mempunyai nilai pengeluaran paling tinggi

berbanding dengan negeri lain iaitu RM26,597,147.48 pada tahun 2010 dengan jumlah

pengeluaran sebanyak 26,257,894.43 kg.

4
JADUAL 1 Status pelaksanaan program TKPM pada 1 Januari sehingga Disember 2010
TKPM Bilangan Luas Bilangan Pengeluaran Nilai
TKPM Dibangunkan Peserta (kg) Pengeluaran
(RM)
TKPM Kedah 2 102.50 31 539,992.47 728,752.60
TKPM Pulau 1 80.00 21 1,722,326.00 1,958,954.30
Pinang
TKPM Perak 6 602.70 105 11,922,003.00 9,658,507.75
TKPM Selangor 11 1,018.09 331 26,257,894.43 26,597,147.48
TKPM Negeri 5 286.00 62 914,767.50 1,299,746.41
Sembilan
TKPM Melaka 2 148.14 37 566,400.00 1,002,006.50
TKPM Johor 7 241.69 51 2,005,605.75 3,215,625.46
TKPM Pahang 17 1,525.00 186 5,443,530.12 6,470,372.34
TKPM 3 622.70 68 3,993,454.50 4,120,964.60
Terengganu
TKPM Kelantan 4 80.00 21 922,686.00 1,390,922.82
Jumlah 58 4706.82 913 54,288,659.77 56,443,000.26
Keseluruhan
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia (2012)

2.7 Analisis Kos Faedah (Statistik Nisbah)

Ajao dan Oyedele (2013) mengemukakan ringkasan kos purata yang meminimakan

kuantiti input yang menunjukkan bahawa pada purata input yang digunakan boleh dikurangkan

kepada N75550.36, N3,820, N286.54, N47.76, N0.96, N0.96 dan N1.910 untuk buruh, tanah,

Nitrogen, Phosphorus, and Potassium (NPK), urea, karate, sukercide dan benih. Ini menandakan

bahawa begitu banyak simpanan boleh dicapai jika responden adalah mempunyai kecekapan kos.

5
2.8 Keberkesanan Nilai Jualan Melalui Contract Farming Dalam Program TKPM Untuk

Meningkatkan Penglibatan Syarikat Swasta

Gounna Corp. (2013) mendapati kira-kira 300,000 tan beras akan dikeluarkan setiap tahun

untuk pasaran. Import Nigeria adalah sebanyak dua juta tan beras setiap tahun. Ia akan

mengimbangi 15 peratus dari import. Pengaturan perladangan kontrak membolehkan perniagaan

agro multinasional untuk berunding dengan pembekal input, pemilik traktor, bank-bank,

pemproses beras dan peniaga bagi pihak petani. Ini adalah berfaedah dari segi memba

2.9 Perladangan Kontrak

Moyo (2014) menunjukkan bahawa infrastruktur pengairan adalah diperlukan untuk

menyokong pengeluaran tanaman musim sejuk dan tanaman hortikultur. Dalam stok infrastruktur

ladang, pelaksanaan dan peralatan adalah sangat rendah berbanding dengan jumlah petani yang

penting untuk kebangkitan semula sektor pertanian. Kira-kira 100 peratus daripada petani kontrak

mempunyai akses kepada perkhidmatan pengembangan. Jawapan petani ke atas perkhidmatan

menunjukkan bahawa isu utama konflik ialah pengkelasan, penggredan dan harga tembakau yang

mana mereka berasa tidak mempunyai perhubungan.

2.10 Keselamatan Makanan

Kebelakangan ini bidang pengeluaran makanan menunjukkan model sosial di mana

tingkah laku meningkatkan kepentingan sendiri seseorang (self-aggrandizing) iaitu cuba untuk

mendapatkan pengaruh dan kekayaan dengan membina lebihan makanan dan bertukar-tukar

mereka untuk barangan dan perkhidmatan dan pengikut (Matrix, 2003).

6
2.11 Pendapatan Peserta TKPM

mStar Online (2010), menyatakan TKPM Hulu Yam sejak penubuhannya telah

mengeluarkan 65,352 tan matriks sayuran bernilai RM48 juta, 33 peserta yang terlibat,

memperoleh pendapatan bersih lebih RM3,000 sebulan. Menurut Utusan online (2009), bilangan

peserta yang terlibat adalah seramai 764 usahawan tani dan 110 terdiri daripada syarikat. Seramai

500 daripada mereka pula telah mendapat hasil daripada tanaman. Seramai 148 usahawan tani atau

19 peratus telah berjaya memperoleh pendapatan bersih melebihi RM3,000 sebulan.

2.12 Definisi Konsepsi

Pengeluaran tanaman makanan boleh dijelaskan melalui definisi tanaman iaitu yang ditanam

dalam kuantiti yang ketara dituai sebagai makanan, makanan ternakan atau bagi apa-apa maksud

ekonomi. Tanaman makanan ialah tanaman yang boleh digunakan untuk makanan untuk manusia

seperti gandum, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengeluaran ialah bermaksud penuaian

sesuatu yang semula jadi. Oleh itu pengeluaran tanaman makanan ialah penuaian tanaman yang

boleh digunakan untuk makanan untuk manusia (Crop production, n.d.; Answers, 2012; Google,

n.d.).

2.13 Definisi Operasional

Kajian ini menggunakan definisi konsep TKPM dan ciri-ciri TKPM yang digambarkan

oleh Portal Rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2012) untuk mengkaji

berkenaan keberkesanan program TKPM. Konsep yang lain yang turut dikaji ialah penglibatan

usahawan, tanaman makanan dan strategi pelaksanaan serta pengeluaran.

7
3.0 PENYATAAN MASALAH

Menurut Anim Agro Technology (2009), terdapat masalah-masalah dalam pelaksanaan

TKPM. Terdapat 19 projek TKPM di seluruh Semenanjung dengan pelaburan kerajaan sebanyak

RM10.152 juta melibatkan kawasan fizikal seluas 3,807 hektar. Masalah dalam pelaksanaan

TKPM ialah seperti masalah perhubungan dengan peserta projek. TKPM Sekijang, terdapat

peserta tinggal jauh dari lokasi projek iaitu 60-90 km dari lokasi projek. Masalah bencana alam

seperti banjir dan kemarau juga menganggu pelaksanaan. Kejadian banjir beberapa kali

menyebabkan kerosakan kepada tanaman dan sistem pengairan peringkat awal projek sebelum

kerja-kerja pelurusan dan pelebaran Sungai Segamat disiapkan pada pertengahan 2004. Banjir

menyebabkan pam air tenggelam dan perlu diselamatkan dengan pemasangan ‘Chain lock’.

Kekurangan hujan pada bulan Mei dan Ogos menyebabkan beberapa kolam tadahan air kurang

atau kualiti air menurun serta paras air dalam sungai terjejas yang menjejaskan aktiviti pengeluaran

hasil.

Persoalan kajian ialah apakah konsep pengeluaran makanan yang sesuai untuk menangani

masalah harga hasil tanaman Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di pasaran?

Apakah konsep pengeluaran makanan yang sesuai untuk menangani masalah pengurusan dalam

Program TKPM? Apakah ciri-ciri penting yang mempengaruhi pelaksanaan Program TKPM?

Adakah Program TKPM berfungsi dengan berkesan dalam pengeluaran selamat iaitu

meningkatkan pengeluaran tanaman makanan? Adakah Program TKPM meningkatkan

penglibatan usahawan? Adakah Program TKPM berjaya meningkatkan pendapatan peserta kepada

RM3,000 yang disasarkan? Adakah nilai jualan melalui ‘contract farming’ meningkatkan

penglibatan syarikat swasta? Objektif kajian adalah seperti berikut:

8
1. Menentukan konsep pengeluaran makanan yang sesuai untuk menangani masalah harga

hasil tanaman Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di pasaran. Hasil

kajian menunjukkan bahawa masalah harga tidak mempunyai perbezaan yang signifikan

dengan konsep TKPM.

2. Menentukan konsep pengeluaran makanan yang sesuai untuk menangani masalah

pengurusan dalam Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Hasil kajian

menunjukkan bahawa masalah pengurusan dalam program TKPM tidak ada perbezaan

dengan konsep TKPM.

3. Menentukan ciri penting yang mempengaruhi pelaksanaan Program Taman Kekal

Pengeluaran Makanan. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri penting yang mempengaruhi

pelaksanaan program TKPM tidak ada perbezaan dengan hasil pengeluaran TKPM.

4. Menilai keberkesanan Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan dalam pengeluaran

selamat iaitu meningkatkan pengeluaran tanaman makanan. Keputusan kajian

menunjukkan hasil pengeluaran ternakan mempunyai pertalian dengan konsep

GAP/SALM, amalan teknologi terkini, sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan

dan pelan bisnes. Manakala hasil buahan mempunyai pertalian dengan pelan bisnes.

5. Menilai keberkesanan Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan dalam meningkatkan

penglibatan usahawan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengeluaran hasil TKPM tidak

ada perbezaan dengan penglibatan usahawan.

6. Menilai keberkesanan Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan dalam meningkatkan

pendapatan peserta kepada RM3,000 yang disasarkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa

pengeluaran hasil TKPM tidak ada perbezaan dengan sasaran pendapatan melebihi

RM3000.00 sebulan.

9
7. Menilai keberkesanan nilai jualan melalui ‘contract farming’ dalam Program Taman Kekal

Pengeluaran Makanan untuk meningkatkan penglibatan syarikat swasta. Hasil kajian

menunjukkan bahawa nilai jualan contract farming program TKPM mempunyai perbezaan

dengan penglibatan syarikat swasta.

Hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep pengeluaran makanan untuk

menangani masalah harga hasil tanaman program TKPM di pasaran.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsep pengeluaran makanan untuk

menangani masalah harga hasil tanaman program TKPM di pasaran.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep pengeluaran makanan untuk

menangani masalah pengurusan dalam program TKPM.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsep pengeluaran makanan untuk

menangani masalah pengurusan dalam program TKPM.

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri penting pelaksanaan program

TKPM dengan hasil pengeluaran.

Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri penting pelaksanaan program

TKPM dengan jualan hasil pengeluaran.

Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil pengeluaran dengan pengeluaran

selamat.

Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil pengeluaran dengan meningkatkan

penglibatan usahawan.

Ho9: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep TKPM dengan sasaran pendapatan

melebihi RM3000.00 sebulan.

10
Ho10: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri TKPM dengan sasaran pendapatan

melebihi RM3000.00 sebulan.

Ho11: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara antara nilai jualan melalui contract farming

untuk meningkatkan penglibatan syarikat swasta.

Skop kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif ke atas peserta program TKPM di Malaysia.

Aspek kajian adalah berkenaan keberkesanan program ke atas peserta. Bagi mendapatkan

gambaran yang lebih jelas berkenaan beberapa perkara telah diberi perhatian khusus iaitu:

a. Konsep pengeluaran makanan untuk menangani masalah harga hasil tanaman program

TKPM di pasaran.

b. Konsep pengeluaran makanan untuk menangani masalah pengurusan dalam program

TKPM.

c. Ciri-ciri penting pelaksanaan program TKPM.

d. Keberkesanan program TKPM dalam pengeluaran selamat.

e. Keberkesanan program TKPM dalam meningkatkan penglibatan usahawan.

f. Keberkesanan program TKPM dalam meningkatkan pendapatan peserta.

g. Analisis kos faedah (statistik nisbah).

h. Keberkesanan nilai jualan melalui Contract Farming dalam program TKPM untuk

meningkatkan penglibatan syarikat swasta.

Kepentingan kajian adalah seperti berikut:

a. Jangkaan hasil penyelidikan ialah proposal praktikal kepada agensi kerajaan.

b. Menambahbaik program TKPM untuk pelaksanaan lebih berkesan.

c. Menghasilkan idea dan konsep baru berkenaan pengeluaran makanan.

11
Kerangka teoretikal kajian boleh dilihat pada Rajah 1 berikut:

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

Masalah harga hasil


tanaman TKPM

Konsep TKPM
Masalah
pengurusan dalam
program TKPM

Hasil Pengeluaran
Ciri-ciri TKPM TKPM

Peningkatan
pendapatan
(sasaran
pendapatan > Keberkesanan
RM3000.00 Program
sebulan) TKPM

Pengeluaran selamat

Perladangan
Nilai kontrak Penglibatan
jualan (pembolehubah usahawan
pengantara)
Penglibatan syarikat
swasta

RAJAH 1 Kerangka teoretikal kajian

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah kajian adalah penyelidikan gunaan jenis penilaian yang menggunakan pendekatan

kuantitatif untuk mengutip data dan mencadangkan pelan praktikal untuk membuat perubahan

12
kepada subjek yang dikaji. Persampelan kajian menggunakan kerangka persampelan direktori

seperti direktori nombor telefon (Landon dan Banks, 1978) peserta program TKPM dalam buku

Kisah kejayaan usahawan TKPM Selangor 2012 (310 orang responden), Direktori usahawan

ternak negeri Selangor (4 orang responden) dan senarai nama penerima sijil SALM mulai 2002-

2011 (2 orang responden). Persampelan melalui direktori melibatkan pengkaji membuat panggilan

ke semua nombor telefon yang diperolehi. Kaedah seterusnya ialah pengkaji mendapatkan nombor

telefon peserta program TKPM melalui internet yang terdiri dari laman sesawang peserta program

TKPM (19 orang responden). Jumlah keseluruhan responden yang dibuat panggilan telefon ialah

seramai 335 orang responden melalui telefon rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan telefon

penyelidik. Populasi kajian ialah seramai 913 orang peserta TKPM di seluruh Malaysia.

Soalan kaji selidik menggunakan skala ratio untuk mendapatkan data pendapatan, kos

projek, kos penyelenggaraan, keuntungan projek, hasil pengeluaran dan jumlah jualan. Soalan

adalah berbentuk terbuka. Soalan yang menggunakan skala nominal adalah soalan berkenaan

jantina, bangsa dan agama. Soalan-soalan lain berkenaan latar belakang responden adalah

berbentuk terbuka seperti tahap pendidikan, umur, tarikh mula projek, keluasan projek dan tempoh

masa projek. Soalan juga menggunakan skala ordinal iaitu melalui skala Likert yang mengandungi

lima pilihan jawapan. Pilihan jawapan adalah (1) tidak tahu, (2) sangat tidak setuju, (3) tidak

setuju, (4) setuju dan (5) sangat setuju. Antara soalan yang menggunakan skala ordinal ialah soalan

23 hingga soalan 60. Jumlah keseluruhan soalan ialah 65 soalan.

13
Mereka bentuk kajian

Pelan untuk merekodkan data


dan ujian rintis

Membuat keputusan tentang populasi,


kerangka persampelan, saiz sampel dan
memilih sampel

Pengutipan data

Analisis data

Penulisan cadangan praktikal

Operasi (pembangunan projek)

Penulisan laporan kajian

RAJAH 2 Carta alir aktiviti penyelidikan

Prosedur pengumpulan data melibatkan pengumpulan data berbentuk primer yang

melibatkan pengutipan data dari subjek yang dikaji iaitu individu yang menjadi peserta program

TKPM. Pengkaji mengadakan temubual melalui telefon kepada responden yang bersetuju menjadi

responden atau peserta kajian untuk mengisi borang kaji selidik. Kebolehpercayaan kajian

menunjukkan keputusan analisis kebolehpercayaan (reliability analysis) ialah 0.995 iaitu

14
kebolehpercayaan item ujian kajian melibatkan skala ordinal dan interval adalah cemerlang dan

boleh dipercayai. Kesahan kajian menunjukkan keputusan ujian kesahan melalui discriminant

analysis menunjukkan pembolehubah adalah signifikan iaitu nilai p adalah kurang dari 0.05.

Pengutipan data sebenar bermula pada 15 Julai 2014 dan berakhir pada 28 Oktober 2014

menggunakan borang kaji selidik. Analisis data melibatkan pemprosesan dan penganalisisan data

dibuat menggunakan perisian SPSS versi International Business Machines Corporation/IBM yang

menjalankan dua bentuk analisis iaitu desktriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi

kekerapan, peratusan, median dan julat. Analisis inferensi melihat hubungan antara pembolehubah

melalui analisis korelasi, regresi dan regresi ganda. Analisis lain ialah Kruskal Wallis, analisis kos

dan faedah menggunakan statistik nisbah serta analisis menggunakan scatterplot.

Pendekatan normative profesional mengutip data menggunakan borang kaji selidik dan

proses terdiri dari siri linear tentang keputusan mudah iaitu mendefinisikan sasaran seperti

menghapuskan kesulitan yang ada atau mencipta produk baru. Komponen penting dari sasaran

mengisytiharkan pandangan yang perlu digunakan apabila membuat proposal atau cadangan

normatif. Mendefinisikan faktor yang dalam konteks yang boleh diubahsuai dan faktor yang tidak

boleh diubahsuai. Perancangan bagaimana untuk mencapai sasaran itu. Memilih alternatif terbaik

iaitu yang terbaik memenuhi sasaran, memberikan hasil yang memuaskan dan perbelanjaan yang

paling kurang. Membuat pelan tindakan yang terperinci. Mengemukakan cadangan praktikal

kepada agensi yang menguruskan TKPM. Cadangan ini telah dikemukakan kepada tiga orang

peserta TKPM iaitu seorang peserta di negeri Kedah dan dua orang peserta di negeri Selangor.

Akhir sekali ialah operasi iaitu pembangunan projek. Proses penyelidikan adalah seperti dalam

rajah carta alir aktiviti penyelidikan (Rajah 2).

15
5.0 KEPUTUSAN DAN PENEMUAN KAJIAN

JADUAL 2 Korelasi antara ciri-ciri TKPM dan sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan

Ciri-ciri TKPM Sasaran pendapatan >


RM3000
Ciri-ciri TKPM Korelasi Pearson 1 0.331*
Sig. (2-tailed) 0.015
N 53 53
Sasaran Korelasi Pearson 0.331* 1
pendapatan Sig. (2-tailed) 0.015
>RM3000 N 53 53
Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan bahawa terdapat korelasi antara ciri-ciri TKPM dengan

sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan iaitu korelasi mencapai statistik signifikan pada

aras p < 0.05. Oleh itu, hipotesis null berjaya ditolak maka terdapat perhubungan yang positif

antara ciri-ciri TKPM dengan sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan.

JADUAL 3 Ringkasan model antara ciri-ciri TKPM dan sasaran pendapatan melebihi RM3000.00

sebulan

Model R R kuasa dua R kuasa dua terlaras Keralatan piawai anggaran


a
1 0.331 0.110 0.092 1.26216
a. Peramal: (Tetap), Ciri-ciri TKPM

Jadual 3 menunjukkan sifat korelasi antara pembolehubah ciri-ciri TKPM dengan sasaran

pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan. Nilai R kuasa dua ialah r2 = 0.110 yang menunjukkan

11 peratus varian dalam sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan diterangkan melalui

ciri-ciri TKPM.

16
JADUAL 4 Koefisiena antara ciri-ciri TKPM dan sasaran pendapatan melebihi RM3000.00

sebulan

Model Koefisien tidak terpiawai Koefisien terpiawai t Sig.


B Keralatan piawai Beta
1 (Tetap) -0.491 1.606 -0.305 0.761
Ciri-ciri 1.000 0.399 0.331 2.505 0.015
TKPM
a. Pembolehubah Bergantung: Sasaran pendapatan melebihi RM3000.00

Jadual 4 menunjukkan koefisien beta. Nilai koefisien tidak terpiawai B tetap ialah -0.491

(a) dan nilai koefisien tidak terpiawai B ciri-ciri TKPM ialah 1.000 (b). Persamaan regresi ialah y

= -0.491 + 1.000, nilai signifikan ciri-ciri TKPM ialah mencapai statistik p < 0.05. Oleh itu,

hipotesis null berjaya ditolak. Ini adalah bermakna perhubungan antara pembolehubah sasaran

pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan dengan ciri-ciri TKPM adalah boleh dipercayai dan

boleh digunakan untuk membuat ramalan.

Rajah 3 menunjukkan hubungan adalah linear iaitu dalam bentuk garis lurus. Hubungan

juga secara positif dan menandakan bahawa pendapatan yang tinggi adalah berkaitan dengan ciri-

ciri TKPM.

RAJAH 3 Scatterplot ciri-ciri TKPM dan sasaran pendapatan melebihi RM3000.00

17
Kajian Mercy et al. (2013) mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam

jumlah pendapatan total isi rumah dengan petani kontrak dan bukan kontrak. Faktor pendidikan,

akses kepada status kredit dan jalan raya adalah penting untuk menentukan penyertaan petani

dalam perladangan kontrak. Singh (n.d.) mendapati kajian kes ke atas perladangan kontrak yang

berjaya bagi petani syarikat kecil membuat keputusan untuk bekerja melalui orang tengah yang

dipanggil Hundekari di Maharashtra yang menguruskan hubungan dengan petani kontrak kecil

yang memiliki 1-2 hektar dan keluasan kawasan yang ditanam adalah 1-2 ekar merangkumi

tanaman ubi kentang di bawah situasi kontrak bagi pihak syarikat, hak daripada petani yang

berdaftar, bekalan input, kredit dan penyusunan pembelian semula. Petani hanya memiliki 2-4

hektar tanah dan keluasan kawasan tanaman adalah 2-4 ekar. Terdapat lebih kurang 11000

penanam bagi syarikat di Maharshtra dan 3500 di Karnataka. Kira-kira 85.3 peratus petani mahu

meneruskan kontrak kerana perbaikan tanah, premium dan kualiti yang lebih baik dalam

pengeluaran.

Singh (n.d.) mendapati bahawa operasi Kaithal dalam Basmati organik oleh Agrocel

Industries bermula dalam tahun 1998 dan diperakui pengeluaran Basmati organik yang telah

bermula pada tahun 2001 dengan 35 orang petani dan 277 ekar kawasan. Kontrak dengan individu

penanam yang kebanyakannya adalah ahli dalam kumpulan perdagangan yang sama rata dipanggil

Agrocel Pure dan Fair Rice Growers’ Association merentasi 12 kampung dengan 70 orang ahli

adalah secara bertulis dan dalam tempoh 5 tahun selepas pensijilan. Kira-kira 23.5 peratus petani

menunjukkan kemahiran perladangan yang lebih baik sebagai manfaat utama dalam perladangan

kontrak.

18
6.0 KESIMPULAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri TKPM mempunyai hubungan yang signifikan

dengan sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan. Objektif kajian yang keempat berjaya

mendapat keputusan yang menunjukkan hasil pengeluaran ternakan mempunyai pertalian dengan

konsep GAP/SALM, amalan teknologi terkini, sasaran pendapatan melebihi RM3000.00 sebulan

dan pelan bisnes. Manakala hasil buahan mempunyai pertalian dengan pelan bisnes. Antara

analisis yang digunakan ialah korelasi, regresi dan regresi berganda. Implikasi kajian ialah

program TKPM berjaya meningkatkan pendapatan kira-kira 52.8 peratus responden yang

merupakan peserta program dan mengeluarkan petani dari kemiskinan tegar. Penambahbaikan

yang boleh dilakukan dalam program TKPM ialah petani perlu mencari kaedah yang dapat

mengurangkan kos dan meningkatkan hasil pengeluaran yang secara langsung dapat meningkatkan

keuntungan. Petani boleh mengurangkan kos projek dengan menghasilkan sendiri baja organik

yang terdiri dari pelbagai jenis dan yang paling kerap digunakan oleh petani ialah baja organik

jenis kompos.

Baja kompos juga mempunyai kemampuan yang baik untuk meningkatkan hasil

pengeluaran dan mempunyai pelbagai kelebihan iaitu tidak mendatangkan kesan yang buruk

kepada manusia dan persekitaran. Peningkatan hasil pengeluaran juga dapat dilakukan dengan

petani menghasilkan pencegah serangga perosak menggunakan daun neem. Ia dapat

mengurangkan kos dan dapat menghapuskan serangan serangga perosak dalam tempoh masa yang

panjang jika menggunakan daun neem secara tetap. Konsep baru berkenaan program TKPM ialah

pengeluaran sendiri (self production) iaitu pertanian yang melibatkan petani atau pekebun

menghasilkan sendiri baja dan racun serangga perosak yang memerlukan kos yang rendah, dapat

meningkatkan hasil pengeluaran dan keuntungan petani. Produk yang boleh dihasilkan untuk

19
meningkatkan keberkesanan program TKPM ialah dengan menggalakkan petani untuk

menghasilkan baja organik jenis baja kompos dan menghasilkan pencegah serangga perosak yang

dapat meningkatkan hasil pengeluaran.

20
BIBLIOGRAFI

African Development Bank, Development Centre of The Organisation For Economic Co-
Operation and Development dan United Nations Development Programme. (2014).
African economic outlook 2014. Atas talian pada 27 Januari 2015, dari
https://books.google.com.my/books?id=jS_jAwAAQBAJ&pg=PA166&lpg=PA166&dq=
outlook+of+contract+farming&source=bl&ots=O8aGOME8Vr&sig=rVkbu2IBaFhpMd
NSuTewosVZuQ0&hl=en&sa=X&ei=Cc3GVLf5FMGpmwXh_oCYDQ&ved=0CCIQ6
AEwAQ#v=onepage&q=outlook%20of%20contract%20farming&f=false

Agriculture and Consumer Protection (n.d.). Advantages and problems of contract farming –
Food and … Atas talian pada 8 April 2015, dari http://www.fao.org/docrep/
004/y0937e/y0937e03.htm

Agriculture Department (Crop Husbandry), Government of Mizoram. (n.d.). Approved Annual


Plan. Atas talian pada 26 Januari 2015, dari
http://agriculturemizoram.nic.in/AnnualPlan.html

Ajao, A. O. dan Oyedele, G. A. (2013). Economic efficiency of contract farming in Oyo state:
experience from British American Tobacco Company. International Journal of
AgriScience, Vol. 3(9), 699-707. Atas talian pada 7 April 2015, dari
http://www.inacj.com/attachments/section/17/Temp%20July%202013-
826%20Ajao%202%20F%20P%20%28699-707%29.pdf

Alberta Agriculture, Food and Rural Development. (2004). Alberta fertilizer guide. Atas talian
pada 1 Februari 2015, dari http://www1.agric.gov.ab.ca/
$department/deptdocs.nsf/all/agdex3894/$file/541-1.pdf?OpenElement

Anim Agro Technology. (2009). Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sekijang, Segamat
– satu penilaian. Atas talian 15 April 2015, dari
http://animhosnan.blogspot.com/2009/07/tkpm-sekijang-analisa-projek.html

Answers. (2012).

Bassily, N. (2010). Notes to broadcasters on contract farming. Atas talian pada 7 April 2015,
dari http://wire.barza.fm/en/archives/2010/07/ notes-to-broadcasters-on-contract-farming-
10081

Beaumont, R. (2010). Practical companion to statistics at square 2 by Micheal Campbell


multiple linear regression. Atas talian pada 9 April 2015, dari
http://www.floppybunny.org/robin/web/virtualclassroom/stats/statistics2/mult_lin_reg_ca
mpbell_companian.pdf

BusinessDictionary.com. (2015). Primary data. Atas talian pada 13 April 2015, dari
http://www.businessdictionary.com/definition/primary-data.html

21
BHU. (n.d.). Pest management. Atas talian pada 5 Februari 2015, dari
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=52&ved=0CC
QQFjABODI&url=http%3A%2F%2Fwww.bhu.org.nz%2Fnewsite%2Fworkshops%2FM
anuals%2Fpest%2520management%2520updated.doc&ei=8LLSVLHQNcm5ogSspYLw
Ag&usg=AFQjCNG4XixDTPsYvNuT0m1WbWgGTtJL_Q&bvm=bv.85142067,d.cGU

Bijman, J. (2008). Contract farming in developing countries: an overview. Working Paper. Atas
talian pada 28 Januari 2015, dari http://coqa.nl/wp-content/images/bijman-contract-
farming-100508.pdf

Boscher, C., Sexton, D. dan Valleur, R. (2012). Contract farming and fair trade: Identification of
driver sand impediments to the emergence and consolidation of producer organizations.
Agronomes et Veterinaires Sans Frontieres.

Compostumbler. (n.d.). How to make superior compost. Atas talian pada 4 Februari 2015, dari
http://syracusecoe.org/coe/images/allmedia/classroom/superior-compost.pdf

Contract farming. (2015). Answers. Atas talian pada 28 Januari 2015, dari
http://www.answers.com/topic/contract-farming

CropLife America. (2012).

Crop production. (n.d.).

Department for Environment Food and Rural Affairs. (2010). Fertiliser manual (RB209). Atas
talian pada 4 Februari 2015, dari https://www.gov.uk/
government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/69469/rb209-fertiliser-manual-
110412.pdf

Dhiman, V. K. dan Hartmann, M. (n.d.). Contract farming as a concept for rural agricultural
development: evidence from potato seed culture in Punjab, Northern-India. Atas talian
pada 28 Januari 2015, dari http://www.tropentag.de/2009/abstracts/posters/525.pdf

Eaton, C. dan Shepherd, A.W. (2005). Contract farming: partnerships for growth. FAO
Agricultural Services Bulletin, Issue 145. Atas talian pada 12 April 2015, dari
https://books.google.com.my/

Eaton, C. dan Shepherd, A. W. (2001). Contract farming partnerships for growth. FAO
Agricultural Services Bulletin. Atas talian pada 26 Januari 2015, dari
http://www.ruralfinance.org/fileadmin/templates/rflc/documents/1126181509491_Contra
ct_farming___partnerships_for_growth.pdf

ESSEduNet. (2013). Interpretation of the model summary table. Atas talian pada 12 April 2015,
dari http://essedunet.nsd.uib.no/cms/topics/regression/2/2.html

European Commission. (2012). Agricultural markets and small-scale producers: access and risk

22
management tools. Atas talian pada 27 Januari 2015, dari
https://ec.europa.eu/europeaid/sites/devco/files/study-agricultural-markets-small-scale-
producers-201205_en_5.pdf

FAO Corporate Document Repository. (n.d.). Fertilizer use by crop in Malaysia. Atas talian
pada 1 Februari 2015, dari http://www.fao.org/docrep/007/y5797e/y5797e06.htm

Ferris, S., Kaganzi, E., Best, R., Ostertag, C., Lundy, M. dan Wandscheider, T. (2006). A market
facilitator’s guide to participatory agroenterprise development. Colombia: Centro
Internacional de Agricultura Tropical.

Food and Agriculture Organization of the United Nations. (2015). Contract farming resource
centre. [Online] Available: http://www.fao.org/ag/ags/contract-farming/faq/en/

Food And Agriculture Organization. (2001). Contract farming: Partnership for growth. FAO
Agricultural Services Bulletin, 145. Atas talian pada 13 April 2015, dari
http://www.ruralfinance.org/fileadmin/templates/rflc/documents/1126181509491_Contra
ct_farming___partnerships_for_growth.pdf

Gellings, C. W. dan Parmenter, K.E. (n.d.). Energy efficiency in fertilizer production and use.
Effecient Use And Conservation Of Energy, Vol. II. Atas talian pada 4 Februari 2015, dari
http://www.eolss.net/sample-chapters/c08/e3-18-04-03.pdf

Gerwing, J. (2005). Fertilizer recommendation guide. Atas talian pada 1 Februari 2015, dari
http://pubstorage.sdstate.edu/AgBio_Publications/articles/EC750.pdf

Google. (n.d.).

Gounna Corp. (2013). Reducing poverty through contract farming. Atas talian pada 7 April
2015, dari http://nigeria.gounna.com/show/show/63685/1

HDRA. (n.d.). The neem tree. Atas talian pada 5 Februari 2015, dari http://www.infonet-
biovision.org/res/res/files/494.hdra%20NeemTree.pdf

Hochmuth, G. J. (2015). Fertilizer management for greenhouse vegetables – Florida greenhouse


vegetable production handbook. UF University of Florida, IFAS Extension, Vol. 3. Atas
talian pada 29 Januari 2015, dari http://edis.ifas.ufl.edu/cv265

Identifying project costs and benefits. (n.d.). Atas talian pada 7 Oktober 2013, dari
http://www.stanford.edu/group/FRI/indonesia/documents/gittinger/Output/chap2.html

IFAD. (n.d.). Egypt: smallholder contract farming for high-value and organic agricultural
exports. Atas talian pada 28 januari 2015, dari http://www.ifad.org/pub/pn/egypt.pdf

Inter-American Institute for Cooperation on Agriculture (IICA), Economic Commission for

23
Latin America and Caribbean (ECLAC) dan Food and Agriculture Organization of the
United Nations (FAO). (2009). The outlook for agriculture and rural development in the
Americas: A perspective on Latin America and the Carribbean.Costa Rica: IICA.

Investopedia. (2012).

Jabatan Pertanian Malaysia. (2012).

Jabatan Pertanian Malaysia. (n.d.). HIP- Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Atas
talian pada 14 April 2015, dari http://www.doa.gov.my/documents/10157/7f39d548-f4b9-
4ed0-ab2c-5de2dc54ba2f

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2015). Definisi miskin tegar.
Atas talian pada 13 April 2015, dari http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi

Kudadjie-Freeman, C., Richards, P. dan Struik, P. C. (2008). Unlocking the potential of contract
farming: lessons from Ghana. Atas talian pada 28 Januari 2015, dari
http://pubs.iied.org/pdfs/14575IIED.pdf

Kumar, J. dan Kumar K., P. (2008). Contract farming: problems, prospects and its effect on
income and employment. Agricultural Economics Research Review, Vol. 21, pp 243-250.
Atas talian pada 26 Januari 2015, dari http://ageconsearch.umn.edu/bitstream/47678/2/10-
J-Kumar.pdf

Kumwenda, I. dan Madola, M. (2005). The status of contract farming in Malawi. Atas talian
pada 28 Januari 2015, dari http://www.fanrpan.org/
documents/d00691/Contract_Farming_Report.pdf

Laerd Statistics. (2013). Multiple regression analysis using SPSS statistics. Atas talian pada 9
April 2015, dari https://statistics.laerd.com/spss-tutorials/multiple-regression-using-spss-
statistics.php

Landon, E. L. dan Banks, S. K. (1978). An evaluation of telephone sampling designs. Advance in


Comsumer Research, Volume 5, eds. Hunt, K. Ann Abor, MI: Association for Comsumer
Research, pp. 103-108. Atas talian pada 13 April 2015, dari
http://www.acrwebsite.org/volumes/9408/volumes/v05/NA-05

Lilongwe. (2008). Ministry of agriculture and food security. Government of Malawi: Food
Security Action Plan, Volume II. Atas talian pada 26 Januari 2015, dari
https://extranet.who.int/nutrition/gina/sites/default/files/MWI%202008%20Food%20secu
rity%20action%20plan.pdf

MacMillan Dictionary. (2012).

Maintenance costs. (2013). Collins. Atas talian pada 7 Oktober 2013, dari
http://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/maintenance-costs

24
Matrix. (2003).

Maunze, S. (2010). Contract farming in Zimbabwe....business unusual. Atas talianpada 28


Januari 2015, dari http://www.snvworld.org/files/
publications/zw_contract_farming_in_zimbabwe_-_business_unusual.pdf
Mercy, M., Judith, O., Patience, M. dan Mwanarusi, S. (2013). Does contract farming improves
smallholder farmers income? The case of avocado farming in Kenya. Invited paper
presented at the 4th International Conference of the African Association of Agricultural
Economists, September 22-25, 2013, Hammamet, Tunisia. Atas talian pada 7 April 2015,
dari http://ageconsearch.umn.edu/bitstream/161514/2/Mwambi%20Mercy,%20Oduol%
20Judith%20et%20al.pdf

Ministry of Agriculture Food and Cooperatives/MAFC. (2006). Contract farming: status and
prospects for Tanzania. Atas talian pada 26 Januari 2015, dari
http://www.fao.org/uploads/media/Contract%20farming_Tanzania.pdf

Minnesota Department of Transportation. (n.d.). Benefit-cost analysis for transportation


projects. Atas talian pada 23 Mac 2014, dari
http://www.dot.state.mn.us/planning/program/benefitcost.html

Morris, M., Kelly, V. A., Kopicki, R. J. dan Byerlee, D. (2007). Fertilizer use in African
agriculture: lessons learned and good practice guidelines. Washington DC.: The World
Bank. Atas talian pada 29 Januari 2015, dari
https://books.google.com.my/books?id=2DfqcjJ_8VwC&pg=PA70&lpg=PA70&dq=Cre
ate+fertilizer&source=bl&ots=oid1dTV_X2&sig=mdrPvbFDNgCT-
_PoSUWzyvkA5nY&hl=en&sa=X&ei=JM3JVKKABMaxogSo4oGgBA&ved=0CCIQ6
AEwATh4#v=onepage&q=Create%20fertilizer&f=false

Moyo, M. (2014). Effectiveness of a contract farming arrangement: A case study of tobacco


farmers in Mazowe district in Zimbabwe. Tesis Master of Philosophy, Stellenbosch
University. Atas talian pada 7 April 2015, dari
http://www.fao.org/uploads/media/moyo_effectiveness_%20%202014.pdf

mStar Online. (2010).

Nagaraj, N., Chandrakanth, M. G., Chengappa, P. G., Roopa, H. S. dan Chandakavate, P. M.


(2008). Contract farming and its implications for input-supply, linkages between markets
and farmers in Karnataka. Agricultural Economics Research Review, Vol. 21, pp. 307-316.
Atas talian pada 13 April 2015, dari http://ageconsearch.umn.edu/bitstream/47880/2/1-N-
Nagaraj.pdf

Nalini Arumugam dan Mohd Annas Bin Shamsudin. (2013). Attitudes of rock melon growers’
towards contract farming practices. Proceeding of the International Conference on Social
Science Research, ICSSR 2013, 4-5 June 2013, Penang, Malaysia. Atas talian pada 27

25
Januari 2015, dari http://worldconferences.net/proceedings/icssr2013/toc/120%20-
NALINI%20-%20Rock%20Melon%20Manuscript.pdf

OECD. (2013). Economic outlook for Southeast Asia, China and India 2014: Beyond the middle-
income gap. OECD Publishing. http://dx.dof.org/10.1787/sae0-2014.en /OECD. (2013).
Economic outlook for Southeast Asia, China and India 2014: Beyond the middle-income
gap. Atas https://books.google.com.my/books?id=dG8WAgAAQBAJ
&pg=PA115&lpg=PA115&dq=outlook+of+contract+farming&source=bl&ots=BT2EBY
Ct-v&sig=8eQ20QUiIhmaWhmRKnTBc4oSofk&hl=en&sa=X
&ei=Cc3GVLf5FMGpmwXh_oCYDQ&ved=0CEMQ6AEwCQ#v=onepage&q=outlook
%20of%20contract%20farming&f=false

Patipong Agriculture Machinery. (n.d.). P5310K. Atas talian pada 31 Mac 2015, dari
http://www.thaitechno.net/tma/productdetails.php?id=71118&uid=33981http://www.thait
echno.net/tma/productdetails.php?id=71118&uid=33981

Pesticides: Topical & Chemical Fact Sheets. (2014). Integrated pest management (IPM)
principles. Atas talian pada 5 Februari 2015, dari
http://www.epa.gov/opp00001/factsheets/ipm.htm

Phoumanivong, S. dan Ayuwat, D. (2013). The impacts of contract farming on rural farm
households, Lao Pdr. ISS & MLB, 24-26. Atas talian pada 27 Januari 2015, dari
http://www.fao.org/uploads/media/Role%20of%20contract%20farming%20in%20rural%
20farm%20Laos.pdf

Portal Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia. (2012).

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. (2015). MoA Inc. Atas talian pada 15
April 2015, dari http://www.moa.gov.my/moa-inc.;jsessionid=1438178867
F92BD54240E37B49DF4534

Portal Rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. (2012).

Profit. (n.d.). Macmillan Dictionary. Atas talian pada 7 Oktober 2013, dari
http://www.macmillandictionary.com/dictionary/american/profit#profit_4

Ramaswami, B., Birthal, P. S. dan Joshi, P. K. (2006). Efficiency and distribution in contract
farming: the case of Indian poultry growers. MTID Discussion Paper No. 91. Atas talian
pada 26 Januari 2015, dari http://www.ifpri.org/sites/default/files/
publications/mtidp91.pdf

Ramsudar, B. dan Shubhabrata, S. (2014). Problems and prospects of contract farming in India.
Global Journal of Commerce & Management Perspective. Vol. 3(6), 12-17. Atas talian
pada 26 Januari 2015, dari http://gifre.org/admin/papers/gjcmp/12-17-Problems-vol-3-6-
gjcmp.pdf

26
Rehber, E. (2007). Contract farming: theory and practice. India: The Lefai University Press.
Atas talian pada 28 Januari 2015, dari
https://books.google.com.my/books?id=e0etb4VXMcoC&pg=PA3&lpg=PA3&dq=opini
on+on+contract+farming&source=bl&ots=ciZW9O3K-
B&sig=dxsBJWMedWvyrrChoeNl2pMwDg4&hl=en&sa=X&ei=fyDIVLi_CoLDmAXF
joKoDA&ved=0CE0Q6AEwCTge#v=onepage&q=opinion%20on%20contract%20farmi
ng&f=false

Saane, M. A. (2007). 6 evaluation of contract farming. Atas talian pada 26 Januari 2015, dari
file:///C:/Users/Aniza/Downloads/c6.pdf

Sagepub.com. (n.d.). Multiple regression: statistical methods using IBM SPSS. Atas talian pada 8
April 2015, dari http://www.sagepub.com/upm-data/49300_ch_7v.pdf

Salinger, G. (n.d.). Five ways to get rid of pests without using chemicals. Atas talian pada 5
Februari 2015, dari http://blogs.worldwatch.org/nourishingtheplanet/five-ways-to-get-rid-
of-pests-without-using-chemicals/

Sartorius, K. dan Kirsten, J. (2006). Contracts and contract farming as potential mechanisms to
improve market access for black farmers in South Africa. Atas talian pada 7 April 2015,
dari http://www.fanrpan.org/documents/d00692/Contract_Farming_
Report_South_Africa.pdf

Shapiro, C. A., Ferguson, R. B., Hergert, G. W., Wortmann, C. S., dan Walters, D. T. (2008).
Fertilizer suggestions for corn. University of Nebraska Lincoln Extension. Atas talian pada
29 Januari 2015, dari http://ianrpubs.unl.edu/live/ec117/build/ec117.pdf

Sharma, V. P. (2007). India’s agrarian crisis and smallholder producers’ participation in new
farm supply chain initiatives: a case study of contract farming. Indian Institute of
Management Ahmedabad, India. August 2007. Atas talian pada 26 Januari 2015, dari
http://www.iimahd.ernet.in/publications/data/2007-08-01Sharma.pdf

Shawnee County Appraiser’s Office (n.d.). Ratio study statistics. Atas talian pada 24 Mac 2015
dari http://www.snco.us/ap/statistics.asp

Simmons, P. (2002). Overview of smallholder contract farming in developing countries. ESA


Working Paper No. 02-04. Agricultural and Development Economics Division, The Food
and Agriculture Organization of the United Nations. Atas talianpada 27 Januari 2015, dari
http://www.fao.org/docrep/007/ae023e/ae023e00.HTM

Simpson, L.A. (2014). Development of innovative pest and disease management systems in
Caribbean agriculture under climate change. Launch Conference Meeting of The
Caribbean Sustainable Development Solution Network, 7-8 Mei 2014. Atas talian pada 5
Februari 2015, dari http://unsdsn.org/wp-content/uploads/2014/05/Simpson.pdf

Singh, A. dan Sharma, O. P. (2004). Integrated pest management for sustainable agriculture.

27
Dalam Pratap S. Burthal dan O. P. Sharma. Proceedings 11 Integrated Pest management in
Indian Agriculture. Atas talian pada 5 Februari 2015, dari
http://www.ncap.res.in/upload_files/workshop/wsp11.pdf

Singh, S. (n.d.). Leveraging contract farming for improving supply chain efficiency in India:
Some innovative and successful models. Atas talian pada 7 April 2015, dari
http://ejournal.narotama.ac.id/files/Leveraging%20Contract%20Farming%20for%
20Improving%20Supply%20Chain%20Efficiency%20in%20India.pdf

Smalley, R. (2013). Plantations, contract farming and commercial farming areas in Africa: A
comparative review. LACA Working Paper. Atas talian pada 12 April 2015, dari
http://www.fao.org/uploads/media/FAC_Working_Paper_055.pdf

Statistics Solution.com. (2014). The multiple linear regression analysis in SPSS. Atas talian pada
9 April 2015, dari http://www.statisticssolutions.com/the-multiple-linear-regression-
analysis-in-spss/

Statpac.com. (n.d.). Collinearity diagnostics. Atas talian pada 10 April 2015, dari
https://statpac.com/manual/index.htm?turl=collinearitydiagnostics.htm

swapsushias.blogspot.com. (2014). What is contract farming? Atas talian pada 12 April 2015,
dari http://swapsushias.blogspot.com/2014/02/contract-farming-in-india-
oppurtunities.html#.VSnkp9yUeJo

Terpstra, P. Q., Ofstedahl, A. Dan Christoplos, I. (n.d.). Contract farming and adaptation: a
blessing or a curse?. Atas talian pada 28 Januari 2015, dari
www.devstud.org.uk/downloads/52aee0c76eac5_17_christoplos.ppt

The World Bank. (2015). Fertilizer consumption (kilograms per hectare of arable land). Atas
talian pada 1 Februari 2015, dari http://data.worldbank.org/
indicator/AG.CON.FERT.ZS/countries

Tolentino, J. (2014). Contract farming and high value chains: a pathway to inclusive growth?
Atas talian pada 28 Januari 2015, dari http://aienetwork.org/blog/63/contract-farming-and-
high-value-chains-a-pathway-to-inclusive-growth

UNIDROIT. (2014). The legal dimension of contract farming: Promoting good contract
practices between producers and buyers in contract farming operations in the African
context. Addis Abab, 31 Oktober 2014. Atas talian pada 7 April 2014, dari
http://www.unidroit.org/english/documents/2014/study80a/s-80a-22-e.pdf

Unit Perancang Ekonomi. (2006).

USC Libraries. (2015). Organizing your social sciences research paper: Limitations of the study.
Atas talian pada 12 April 2015, dari http://libguides.usc.edu/c.php?g=235034&p=1561758

28
Vietmaz. (2015). Efficient rice farming to curb emissions. Atas talian pada 29 Januari 2015, dari
http://www.vietmaz.com/2015/01/efficient-rice-farming-to-curb-emissions/

Will, M. (2013). Contract farming handbook: a practical guide for linking small-scale producers
and buyers through business model innovation. Atas talian pada 27 Januari 2015, dari
http://www.giz.de/expertise/downloads/giz2013-en-handbook-contract-farming-manual-
low-resolution.pdf

wise GEEK. (n.d.). What is a Neem tree? Atas talian pada 5 Februari 2015, dari
http://www.wisegeek.com/what-is-a-neem-tree.htm

29

You might also like