You are on page 1of 10

PENGENALAN

Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan Sains
dan Teknologi. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan melalui
pembacaan,melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al Quran
yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Tetapi kami akan
memperincikan hanya dua ayat sahaja daripada Al Quran yang memberi kaitan Al Quran dengan
Sains dan Teknologi bahkan membuktikan bahawa Al-Quran telah mengatasi sains . Al-Quran
juga dijadikan sebagai bahan rujukan ia telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk
mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di samping membuat pelbagai penemuan
baru . Ayat yang akan kami menerangkan lebih jauh adalah ayat ke 14 daripada surah al-
mukminun dan ayat 12 daripada surah At-Talaq . Tapi sebelum itu kami akan menerangkan
maksud Al-Quran , Sains dan Teknologi .

Al-Quran adalah sebuah kitab Allah yang sangat mulia yang diturunkan kepada junjungan kita
Nabi Muhammad saw. Ia adalah merupakan Kitab suci yang sempurna, terlengkap serta menjadi
pedoman dan petunjuk untuk umat Islam sepanjang zaman.

Perkataan Sains datang daripada bahasa Latin & Scinetia yang bermaksud mendapatkan ilmu
atau maklumat seperti mendapatkan maklumat yang lain & sains bermula dengan pengalaman
dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sains bertujuan untuk
memahami dunia di sekeliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains
iaitu penghuraian& mencari keseragaman dan pembentukan teori dan hukum.Sains dari sudut
pandangan Islam ialah Sains merupakan satu cabang ilmu berkaitan dengan alam tabii dimana
terletaknya nilai-nilai keagamaan ajaran Islam dan syariah berlandaskan tauhid. Al-Quran juga
menggalakan kita mengkaji alam dan mengkaji manusia. Selain itu, Sains dalam Islam tidak
memisahkan antara ilmu wahyu dan akal. Sains dan agama adalah saling melengkapi. Agama
menjadi peraturan kepada segala aktiviti sains dan peradaban saintis.

Teknologi ialah pengkajian kaedah-kaedah dan teknik.teknik pembuatan barang dan


perindustrian & penggunaan. Teknologi adalah pengetahuan yang sistematik untuk mencipta
barangan bagi memudahkan pekerjaan manusia.[ CITATION Zah19 \l 1033 ]
1.1) Ayat 14 Surah Al-Mukminun

Surah al-mukminun adalah surah ke-23 , surah ini terdiri daripada 118 ayat dan surah ini
diturunkan di Mekah. Surah ini dinamakan Surah Al Mukminun, kerana permulaan ayat ini
manerangkan bagaimana sifat-sifat yang perlu ada pada orang mukmin yang menjadikan
mereka berjaya di akhirat dan mereka mendapat ketenangan jiwa di dunia. Demikian tingginya
sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w. . Keistimewaan surah
ini adalah kerana ia menceritakan banyak perkara perkara seperti tentang keimanan tentang hari
kebangkitan ,terdapat juga hal hal yang berkaitan hukum hakam .Terdapat juga kisah kisah para
nabi seperti nabi Harun , nabi Isa dan nabi Nuh. Selain itu ia menceritakan juga tentang proses
kejadian manusia iaitu ayat yang ke 14 . Ayat 14 daripada surah ini dipilih untuk kerja kursus ini
adalah kerana ia menceritakan tentang proses kejadian menusia dan dibuktikan oleh saintis pada
masa kini dan membuktikan kebenaran Al-Quran yang terlebih dahulu menerangkan tentang
kejadian manusia.

1.2) Ayat 12 Surah At-Talaq


Surah At-Talaq adalah surah yang ke 62 menurut turutan mushaf . Ia hanya mengandungi
12 ayat sahaja dan surah ini dikelaskan sebagai surah madaniah iaitu turun di Madinah .
Surah ini adalah diantara surah al taghabun dan surah al tahrim . Asbab Nuzul Surah ini
adalah berkaitan dengan Abdullah ibnu Umar yang menceraikan isterinya semada Haidh
(Sahih Bukhari) Keistimewaan surah ini adalah kerana surah ini dinamakan attalak
kerana kebanyakkan ayat ayatnya berkaitan dengan masalah talak dan hal hal yang
berkaitan dengannya . Surah ini juga ada menerangkan hukum-hukum yang berkenaan
dengan Talak , iddah, kewajipan suami isteri pada masa iddah dan talak , dan juga
perintah kepada orang mukmin supaya bertakwa . Surah ini juga mengandungi ayat
seribu dinar dimana banyak fadhilat-fadhilat jika diamalkan ayat tersebut . Surah ini juga
ada menyatakan tentang lapisan lapisan bumi iaitu sama dengan lapisan langit iaitu 7
lapisan.[ CITATION DUW \l 1033 ]
2) MAKNA AYAT

2.1) Ayat 14 Surah Al-Mukminun

“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan
darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi
beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah
sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”[ CITATION ALQ \l
1033 ]

2.2) Ayat 12 Surah At-Talaq

“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang
demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap
sesuatu.” [ CITATION ALQ \l 1033 ]
3)TAFSIRAN AYAT

3.1) Ayat 14 Surah al-mukminun


Iaitu dari setitis nutfah , ia berkembang kepada setompok sel apabila sel lelaki itu
bercantum dengan telur (ovum) . Ia melekatkan dirinya pada dinding Rahim selaku satu
noktah yang kecil pada mulanya kemudian ia subur dengan memakan darah ibunya .
Dan dari setompok sel , ia berkembang kepada segumpal darah apabila noktah kecil yang
melekat pada dinding Rahim itu membesar dan berubah menjadi seketul darah dari darah
yang kental dan bercampur . Kemudian makhluk ini terus berkembang subur mengikut
suatu garis yang tetap yang tidak menyimpang dan tidak berubah , dan tidak pula
berlengah lengah melaksanakan harakatnya yang diatur rapi itu . Ia terus membesar
dengan kekuatan yang tersembunyi di dalam sel itu , iaitu kekuatan yang diambil dari
undang undang ilahi dan ia meneruskan perkembangan dan perjalananya dibawah tadbir
dan taqdir ilahi sehingga sampai kepada peringkat pertumbuhan “tulang tulang”

“Dan kami jadikan segumpal darah itu tulang-temalang” (14)

Kemudian tiba pula peringkat perkembangan membalut tulang-temalang :

“Kemudian kami balutkan tulang itu dengan daging “

Di sini menusia kagum dengan hakikat yang didedahkan oleh Al Quran mengenai
pertumbuhan dan pembentukan janin di dalam rahim itu , iaitu suatu hakikat yang belum
lagi diketahui dengan halus melaikan di masa kebelakangan ini sahaja setelah majunya
ilmu anatomi janin . Ini ialah kerana sel sel tulang itu lain dari sel sel daging dan kini
telah ternyata bahawa sel sel tulang itulah yang mula mual membentuk janin dan tiada
satu sel pun dari sel sel daging dilihat melaikan sesudah lahirnya sel sel tulang dan
sempurnanya pembentukan kerangka tulang umum janin itu . Inilah hakikat yang
dirakamkan Al-Quran :
“Dan Kami Jadikannya segumpal darah itu tulang temalang , kemudian kami balutkan
tulang itu dengan daging” (14)

(Kemudian kami ciptakannya satu makhluk yang lain”(14)

Iaitu makhluk manusia yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri . walaupun janin
manusia menyerupai janin haiwan dalam peringkat peringkat perkembangan jasmaniyah ,
tetapi janin manusia berkembang menjadi satu makhluk yang berlainan dari haiwan , iaitu
ia berubah menjadi makhluk insan yang mempunyai sifat sifat yang tersendiri dan
mempunyai kesediaan untuk meningkat tinggi sedangkan janin haiwan tetap tinggal pada
martabat haiwan sahaja tanpa mempunyai sifat-sifat yang membolehkan untuk meningkat
tinggi dan menuju kepada kesempurnaan seperti yang dipunyai janin manusia .

“Maka Sucilah Allah seelok-elok Pencipta”

Sebenarnya disana tiada Tuhan yang lain yang mencipta selain dari Allah . Oleh itu kata-
kata “seelok-elok’ dalam ayat ini bukan bertujuan melebihkan satu penciptaan yang lain
malah untuk mengungkapkan sifat keelokan yang Mutlaq dalam penciptaan Allah .

“Maha Sucilah Allah seelok-elok Pencipta” yang telah mengisi dalam fitrah manusia
daya qudrat yang membolehkan menempuh peringkat peringkat perkembangan ini
mengikut Sunnatullah yang tidak pernah berubah , menyimpang dan mungkir , sehingga
sampai kepada martabat yang sempurna yang ditentukan untuk manusia mengikut
peraturan Ilahi yang amat rapi .[ CITATION QUT \l 1033 ]
3.2) Ayat 12 Surah At-Talaq

Mengenai tujuh langit itu , kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tepat tentang
meksudnya, ukuran tinggi rendahnya dan panjang lebarnya . Demikianlah juga tentang
tujuh bumi .Boleh jadi bumi yang kita kenali ini merupakan salah sebuah bumi tujuh
buah bumi itu dan bumi bumi yang baki lagi itu , hanya dalam pengetahuan Allah sahaja ,
dan boleh jadi maksud dari ungkapan : “Seperti langit-langit itu juga”

Maksud tujuh langit dan tujuh bumi ialah bumi adalah sejenis dengan langit dari sudut
struktur kejadiannya atau ciri cirinya . Walaubagaimanapun kita tidak perlu mencuba
untuk memadankan nas-nas ini dengan ilmu pengetahuan yang ada pada kita kerana ilmu
pengetahuan kita tidak meliputi seluruh alam buana hingga kita dapat mengatakan
dengan tegas dan yakin bahawa inilah yang dikehendaki oleh AL-Quran .Kita tidak akan
mungkin berkata demikian melainkan pada hari manusia telah mengetahui dengan penuh
keyakinan segala struktur kejadian alam buana seluruhnya , dan ini adalah angan angan
yang terlalu jauh sekali. Oleh itu , kita dapat mengambil faedah dari hakikat itu yang
disarankan ayat ini dari sudut ia menydarkan jiwa kita dan dari sudut untuk membentuk
kefahaman universal yang betul . Isyarat Al-Quran kepada penciptaan alam buana yang
amat besar ini : “Allahlah yang telah menciptakan tujuh langit dan menciptakan bumi
seperti langit-langit itu juga “[ CITATION QUT \l 1033 ]
4) PENGAJARAN

4.1) Ayat 14 Surah AlMukminun

Ayat ini adalah sebagai bukti jelas tentang kekuasaan Allah SWT dalam mencipta
seterusnya mentadbir seluruh Ala mini dengan Kekusaan dan KehendakNya . Allah
Telah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia iaitu daripada setitis air mani
kemudian bergabung dengan ovum membentuk zygot dan melalui fasa fasa seterusnya
dan menjadi manusia yang sempurna . Ayat ini telah membuktikan kebenaran Al-Quran
dan Kebenaran tentang Kekuasaan Allah SWT dimana Sains hanya baru sahaja dapat
membuktikan tentang fasa fasa kejadian manusia , Tetapi Al Quran terlebih dahulu
menceritakannya persis dengan apa yang dikaji oleh Sains. Ayat ini memberi pengajaran
supaya manusia lebih berfikir tentang kekuasaan Allah SWT dan mengkaji Sains dengan
lebih mendalam agar dapat membuktikan dengan lebih jelas lagi tentang kekuasaan Allah
SWT seterusnya menjadi seorang mukmin yang ideal dalam segala bidang yang diceburi
[ CITATION TAD \l 1033 ].

4.2) Ayat 12 Surah At-Talaq

Ayat ini adalah sebagai hujah dan bukti tentang kekuasaan Allah dalam menciptakan
langit dan bumi . Langit dicipta 7 lapisan dan sama juga dengan bumi iaitu mempunyai 7
lapisannya dan Allah terlebih dahulu menyatakannya di dalam Al Quran iaitu pada ayat
12 surat At Talaq . Para Sainstis telah membuat kajian iaitu bumi mempunyai 7 lapisan
bumi dan setiap lapisan mempunyai fungsi fungsi dan sumber sumber mineral yang
berguna kepada manusia. Pengarannya adalah manusia perlu seimbang dalam mendalami
sesuatu ilmu dan menjadikan Al Quran sebagai sumber rujukan Utama dalam pelajaran
dan mengaitkan kejadian alam ini dengan kehebatan dan keesaan Allah SWT dalam
mencipta Alam ini dengan tersusun .
5) KESIMPULAN

Secara kesimpulan , dapat dibuktikan bahawa Al-Quran terlebih dahulu dalam


membuktikan fenomena Ala mini , ini akan menbuktikan kebenaran Al Quran dan Islam
sebagai agama yang benar . Dalam konteks sains dan teknologi , jelas sekali bahawa
Allah swt telah menceritakan secara tepat tentang kejadian manusia di dalam Al Quran
dan bumi mempunyai 7 lapisan . Para ilmuan sains hanya baru sahaja membuat kajian
dan penemuan tentang ini , terdapat juga ilmuwan yang memeluk agama islam setelah
menemui kebenaran tentang kejadian manusia melalui Al-Quran dan pada ketika itu tiada
alat teknologi yang dapat membuktikannya . Selain itu , setiap individu muslim
khususnya perlulah mempelajari ilmu dengan lebih mendalam agar menjadi lebih
cemerlang dan agar dapat menguatkan iman terhadap Allah SWT .Secara umumnya sains
dan teknologi sangat berkait rapat dengan Al-Quran . Ini kerana Al-Quran juga adalah
sumber rujukan bagi para ilmuan dalam sesuatu kajian yang dilakukan .

6)RUJUKAN

References
AL QURAN. (n.d.).

Hazimudin, Z. H. (2019, 4 21). Definisi Sains Dan Teknologi. Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/253192910/Definisi-Sains-Dan-Teknologi

PEBRIANT, D. (n.d.). Fadilah Istimewa Surah At Talaq. Retrieved from


https://www.wajibbaca.com/2018/12/surah-at-talaq.html

QUTB, S. (n.d.). TAFSIR FI ZILALIL QURAN.

TADABBUR SURAH AL MUKMINUN. (n.d.). Retrieved from


https://www.slideshare.net/SyaariRahman/nota-tadabbur-surah-almukminun-ayat-150
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH
Diploma sains
CTU 211
Ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi
A4AS1203_B
DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ SAIDI ADNAN BIN MD NOR

BIL NAMA NO PELAJAR SIGN


1 ASHAR BIN ABU HASSAN 2017310851
MUHAMMAD ZULHILMI BIN ISMAIL 2017500687
2
3 MUHAMMAD ARIF BIN ABDUL RANI 2017365089
4 MUHAMMAD LUQMANULHAKIM B 2017318881
FAUZI
(SEMESTER 3 2018/2019)

Perkara Markah Markah


penuh
Pendahulua 2
n
Isi dan 8
huraian
Kesimpulan 2
Rujukan 4
Etika Pro 4
Jumlah 20
BiL Isi Kandungan Muka surat
1 Pengenalan
2 Makna ayat
3 Tafsiran ayat
4 Pengajaran
5 Kesimpulan

6 Rujukan

You might also like