You are on page 1of 5

VKWA2031: SISWANIAGA III

TUGASAN KHAS INVIDIDU (KUMPULAN A)

TAJUK:

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN KEPADA


USAHAWAN ATAU PENIAGA

NAMA: YEE CHIN CHUAN

NO MATRIK : 261511

DISEDIAKAN UNTUK: DR. MAT RAHIMI BIN YUSOF


Rancangan perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci
berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal,
rancangan pemasaran, jualan dan unjuran untungan. Selain daripada merekodkan informasi
penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan pernigaan juga
penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada instituse kewangan. Rancangan
perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti
perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubah suai aktiviti
dan hala tuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perrniagaan.
Terdapat usahawan dan peniaga yang enggan dan tidak ingin untuk menyediakan rancangan
perniagaan kerana mereka merasakan bahawa itu adalah perkara yang tidak penting dan
rumit. Hal ini kerana mereka tidak tahu bahawa betapa pentingnya rancangan perniagaan
untuk para usahawan dan peniaga yang baru menubuhkan perniagaan. Mereka sering
memberikan tugas-tugas menyediakan rancangan perniagaan kepada pihak ketiga melalui
mengupahkan mereka. Dengan menyediakan rancangan perniagaan, usahawan atau peniagan
dapat tengok dengan jelas mengenai cara and proses yang perlu dijalani untuk mencapat visi,
misi dan objektif yang ingin dicapat untuk menjayakan perniagaan. Hal ini menyebabkan
mereka tidak dapat ilmu yang akan didapat sekiranya dia menyediakan rancangan perniagaan
itu. Rancangan adalah amat penting dari beberapa aspek seperti digunakan untuk memohon
pembiayaan, tetapi terdapat juga banyak aspek lain yang mengalakkan para usahawan dan
peniaga untuk menyediakan rancangan perniagaan ini.

Antara kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan atau perniaga ialah


memahami bidang perniagaan lebih mendalam. Hal ini kerana rancangan perniagaan adalah
untuk memberi peluang kepada usahawan memikirkan keselurahan proses perniagaan dan
menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti dan terperinci agar dapat mencapai
matlamat. Ini kerana rancangan perniagaan mempunyai maklumat lengkap yang berkaitan
dengan pernigaan yang ingin usahawan laksanakan. Seandainya seorang usahawan
menjalankan perniagaan tanpa rancangan perniagaan, maka usahawan akan menghadapi
masalah dalam mengetahui kesuluhan proses perniagaan mereka. Semasa proses membuat
rancangan perniagaan, usahawan atau perniaga juga akan membuat analisis pasaran dan
pesaing mengenai produk sama atau hampir sama yang membolehkan usahawan atau
perniaga meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pasaran yang ingin mereka ceburi. Hal ini
membolehkan usahawan atau perniaga tersebut melengkapkan diri dengan persediaan yang
cukup dan rapi semasa menjalankan operasi atau perniagaan mereka.
Kedua ialah rancangan perniagaan seterusnya pula adalah menjadi garis panduan yang
teratur dan cekap supaya perjalanan perniagaan yang lebih lancer dan tersusun. Usahawan
yang teliti dan cekap akan memastikan bahawan rancangan perniagaan mereka lengkap dan
akan dijadikan garis panduan sepanjang mengendalikan perniagaan. Selain itu, usahawan
juga akan merujuk kepada rancangan perniagaan dalam membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah agar tidak terkeluar daripada landasan matlamat asal menjalankan
perniagaan. Dengan itu, perniagaan yang baru dibuka dapat dijalankan dengan lancar dan
dapat menghadapi masalah-masalah yang bakal ditemui dengan tenang dan selesaikannya
dengan cepat. Hal ini dapat megurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat
anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh
itu, usahawan perlu menilai dan mengkaji rancangan perniagaan sebelum membuat keputusan
untuk memulakan. Dengan membuat rancangan perniagaan, usahawan atau peniaga akan
secara tidak langsung dikehendaki untuk melakukan aktiviti pengkajian dan menganalisis
semua unsur-unsur yang penting bagi menyediakan rancangan perniagaan yang baik dan
lengkap. Dengan itu, usahawan dan peniaga dapat menimba ilmu pengetahuan dan bersiap
sedia untuk menghadapi sebarang masalah yang akan dihadapi oleh mereka. Hal ini
membolehkan segala urusan dijalankan dengan lancar yang boleh tolong menuju ke
kerjayaan perniagaan.

Kepentingan rancangan perniagaan juga membantu usahawan menganggarkan


keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan
sistematik dan lebih jelas. Ini kerana rancangan perniagaan mengandungi beberapa jenis
rancangan seperti rancangan pentadbiran yang menguruskan sumber manusia, rancangan
kewangan yang menguruskan sumber kewangan, rancangan pemasaran yang sumber
pemasaran produk dan sebagainya. Rancangan perniagaan juga dijadikan panduan tentang
penggihan sumber yang telah dirancang dari awal menjalankan perniagaan. Ia juga boleh
digunakan sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan
membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang
dirancang. Hal ini kerana semasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan atau peniaga
perlulah membuat bajet atau belanjawan untuk menubuhkan perniagaan. Hal ini
membolehkan usahawan dan peniaga telah bersiap sedia dari segi kewangan dan tidak perlu
risau semasa aktiviti perniagaan dijalankan. Bukan sahaja itu, usahawan dan peniaga juga
boleh membuat pelan mengenai bahagian pentadbiran. Dengan itu usahawan dan peniaga
mempunyai persediaan yang cukup dan rapi mengenai department seperti cara pengagihan
sumber manusia supaya tidak melakukan pembaziran tenaga manusia dan menggunakan
pekerja secara efektif dalam perniagaan.

Rancangan perniagaan juga boleh membantu dalam meningkatkan motivasi usahawan


agar dapat membuat ramalan tentang perniagaan yang diceburi berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam rancangan perniagaan. Sebagai contoh, rancangan pengeluaran dalam
rancangan perniagaan yang membantu pengusaha menganggarkan jumlah pembelian bahan
mentah dan berapa jumlah output yang akan dikeluarkan berdasarkan pembelian yang dibuat.
Oleh sebab itu, rancangan perniagaan penting bagi sesebuah perniagaan dijalankan. Selain
dari rancangan pengeluaran, rancangan lain juga seperti rancangan kewangan yang mengawal
keluar masuk tunai dalam perniagaan, rancangan pemasaran yang menyediakan strategi
pemsaran produk dan sebagainya. Usahawan atau peniaga tidak akan rasa resah dan takut
disebabkan mempunyai unsur-unsur yang membuat mereka berasa tidak tentu dan bimbang
yang mungkin memyebabkan usahawan atau peniaga tersebut tidak dapat membuat
keputusan yang betul kerana panik dan tidak dapat fikir dengan wajar.

Kepentingan seterusnya ialah mengurangkan risiko kegagalan. Rancangan perniagaan


memberi panduan kepada usahawan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan
dengan membuat anggaran dan perkiraan mengenai hasil dan kos yang terlibat dalam
perniagaan yang dirancangkan. Justeru, usahawan akan mengkaji dan menilai daya maju
perniagaan yang dirancang sebelum membuat sesuatu keputusan untuk memulakannya,
secara tidak langsung, penyediaan rancangan perniagaan memaksa usahawan mengumpul
maklumat terkini dalam pasaran.

Rancangan perniagaan juga boleh membantu usahawan atau peniaga untuk membina
imej baik kepada pengguna lain. Rancangan perniagaan digunakan oleh usahawan atau
peniaga untuk memberi imej dan memberi tanggapan yang baik kepada pengguna-pengguna
lain. Contohnya, rancangan perniagaan ini boleh diberikan kepada agensi kewangan seperti
bank untuk mendapatkan sumber pembiayaan untuk mendapatkan sumber dana bagi
memulakan dan mengembangkan perniagaan usahawan atau peniaga tersebut. Usahawan atau
perniaga juga dapat mendapatkan pelaburan dari luar jika rancangan perniagaan disediakan
untuk pelabur membuat analisis sama ada ingin melabur atau tidak. Rancangan perniagaan
juga boleh dilihat oleh para pengguna seperti pengguna kini atau bakal pengguna supaya
mereka dapat membuat keputusan untuk terus membeli produk atau service yang ditawarkan
oleh usahawan atau peniaga tersebut.
Kesimpulannya, rancangan perniagaan adalah suatu yang banyak memberikan
kebaikan kepada para usahawan atau pengguna. Rancangan perniagaan dapat membantu
usahawan dan peniaga dalam menolong usahawan atau peniaga dalam memahami bidang
perniagaan yang diceburi oleh mereka dengan lebih mendalam, dapat menjadi garis panduan
dalam menjalankan aktiviti perniagaan usahawan atau peniaga tersebut, memberi bantuan
kepada usahawan dan peniaga dalam menganggarkan keperluan sumber-sumber dan
mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas, dapat
meningkatkan motivasi usahawan atau perniagaan dalam membuat ramalan untuk aktiviti
perniagaan mereka, mengurangkan risiko kegagalan dan membina imej yang baik kepada
para pengguna yang lain.

You might also like