You are on page 1of 11

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

BAB 4 : HABA DAN TENAGA

SUHU ASPEK HABA

 Ukuran darjah kepanasan takrif  Satu bentuk tenaga


 Dinaikkan semasa haba Ciri-ciri  Dipindahkan dari kawasan
menyerab dan diturunkan bersuhu tinggi ke kawasan
apabila haba dibebas bersuhu rendah

 Kuantiti asas Kelas kuantiti  Kuantiti terbitan

 Kelvin, K Unit SI  Joule, J


 Celsius, °C Unit lain  Kalori ( cal )
 Fahrenheit ,°F

4.2 KESEIMBANGAN TERMA

• Berlaku apabila 2 objek bersentuhan


• Tenaga haba akan dipindahkan dan sampai satu tahap suhu tidak meningkat kerana suhu
kedua-dua objek telah sama.
• Kadar pemindahan haba bersih adalah sifar.

APLIKASI KESEIMBANGAN TERMA

a) MEMBUAT KEK
• Apabila kek yang bersuhu rendah dimasukkan ke dalam ketuhar, kek akan menyerap tenaga
haba pada kadar yang lebih tinggi daripada membebaskan tenaga

• Kek itu mengalami penyerapan tenaga dan suhunya akan meningkat

• Selepas suatu masa, suhu kek sama dengan suhu ketuhar. Pada masa ini, pemindahan haba
bersih adalah sifar. Kek mencapai keseimbangan terma dengan ketuhar.

b) MENGUKUR SUHU BADAN


• Wujud sentuhan antara thermometer dan lidah pesakit.
• Tenaga haba mengalir dari badan pesakit ke thermometer. Sampai satu tahap, suhu kedua-
duanya adalah sama.
• Kadar pemidahan haba bersih adalah sifar.

c) MENGUKUR SUHU CECAIR


• Thermometer dimasukkan ke dalam cecair supaya wujudnya sentuhan antara dua objek.
• Haba daripada cecair akan mengalir ke thermometer dan suhunya naik.. selepas suatu masa
suhu kedua-duanya sama.
• Kadar pemindahan haba bersih adalah sifar.

1|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5
4.3 KONSEP MUATAN HABA( J kg-1 °C-1 )

 Jumlah tenaga haba yang yang diperlukan oleh sesuatu bahan untuk menaikkan suhu bahan
tersebut sebanyak 1°C bagi 1kg bahan.
 Muatan haba sesuatu bahan bergantung kepada :
a) Jisim bahan
b) Jenis bahan
c) Kuantiti haba yang dibekalkan

BAHAN MUATAN HABA SIFAT BAHAN


• Lambat panas
A Besar • Lambat sejuk
• Bahan penyejuk
• Cepat panas
B kecil • Cepat sejuk
• Bahan peralatan memasak

 Muatan haba tentu ialah tenaga haba yang diserab @ dibebaskan untuk mengubah
keadaan bahan.

Q = mc
Q = tenaga haba diserab @ dibebas

M = jisim bahan

C = pemalar

 = perubahan suhu

 Tenaga haba juga boleh dipindahkan daripada bentuk tenaga lain :


I. Tenaga elektrik

Pt = mc
P = kuasa pemanas

t = tempoh masa

II. Tenaga kinetic

1 mv2 = mc
2
III. Tenaga keupayaan

mgh = mc
2|www.sagadbl.com Cikgu Irwan
NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5
 Kegunaan muatan haba tentu
1) Peralatan memasak :
• Peralatan memasak diperbuat daripada bahan yang mempunyai muatan haba
yang kecil
• Pemegangnya diperbuat daripada bahan yang bermuatan haba yang lebih besar
dan juga konduktor haba yang lemah.
2) Air sebagai agen penyejuk dalam enjin kereta

• Enjin kereta menghasilkan banyak haba . oleh itu, air memainkan peranan
sebagai penyimpan haba yang bertindak sebagai agen penyejuk bagi
mengelakkan peningkatan suhu yang terlalu tinggi.
3) Bayu laut dan bayu darat

Bayu laut Bayu darat

 Daratn dan lautan menerima haba yang  Air laut lebih panas daripada daratan kerana
sama daripada cahaya matahari. muatan habanya > besar daripada muatan
 Permukaan darat lebih cepat panas haba di daratan.
berbanding air kerana muatan habanya <  Menyebabkan haba air laut lambat
daripada muatan haba laut. disingkirkan berbanding daratan.
 Ketumpatan udara di daratn lebih rendah  Udara di permukaan laut yang panas
berbanding di lautan. bergerak ke atas dan menghasilkan kawasan
 Udara panas akan bergerak ke atas yang bertekanan tinggi
menghasilkan kawasan yang bertekanan  Udara sejuk di permukaan darat yang
rendah bertekanan rendah bergerak ke permukaan
 Uadara sejuk di permukaan laut yang laut mengisiu udara panas yang ditinggalkan
bertekanan tinggi bergerak ke daratan untuk membentuk satu perolakan.
mengisi tempat udara panas untuk
membentuk satu perolakan.

3|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

Cth soalan:

1) Berapakah kuantiti haba yang perlu dibekalkan apabila sebatang rod besiberjisim 3kg untuk
menaikkan suhunya dari 25°C ke 60°C.? (muatan haba tentu besi = 452 J kg-1 °C-1 )

m = 3kg

 = 60 – 25 = 35°C

Q = mc

= 3 ( 452 ) ( 35 )

= 47460 J

2) Sebuah cerek dengan kuasa 2400 W mengandungi air pili berjisim 4kg dan suhu 25°C.
berapakah masa yang diambil untuk memanaskan air itu sehingga mencapai takat didih
100°C?

P = 2400 W

m = 4kg

 = 100 – 25 = 75°C

Pt = mc

2400 × t = 4 ( 4200 ) ( 75 )

t = 525 saat

3) Sebiji peluru berjisim 30g yang bergerak dengan halaju 350 ms-1 terbenam ke dalam sebuah
beg pasir dan dihentikan. Jika muatan haba tentu peluru ialah 150 Jkg-1 °C-1, anggarkan
kenaikan suhu peluru itu

 mv2 = mc


 =
2


= 350 2 × 150

= 408.3 °C
4|www.sagadbl.com Cikgu Irwan
NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

4.4 KONSEP HABA PENDAM

 Tenaga haba yang diserab @ dibebaskan untuk mengubah keadaan bahan tanpa
perubahan suhu.
1) Haba pendam pelakuran
• Mengubah jasad daripada pepejal kepada cecair

Q = mL
Q = tenaga haba

M = jisim

L = haba pendam

2) Haba pendam pengewapan


• Mengubah jasad daripada cecair kepada gas

Q = m

 Situasai harian yang melibatkan haba pendam :


a) Kotak ais

Dinding kenbar kotak menebatkan kandungan kotak daripada menyerap haba dari
persekitaran.

Apabila ais melebur, kuantiti haba yang besar diserab daripada makanan tersebut.
Dengan cara ini, makanan itu disejukkan dan dikekalkan sejuk untuk masa yang agak
lama.

b) Memasak dengan mengukus

Air mempunyai haba pendamtentu yang besar.

Apabila stim mengkondensasi, suatu kuantiti besar haba pendam dibebaskan.

c) Air sebagai bahan penyejukan

Minuman boleh disejukkan dengan memasukkan beberapa ketul ais ke dalamnya.

5|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5
Semasa ais melebur, satu kuantiti haba pendam tentu yang besar diserap daripada
minuman menyebabkan minuman itu disejukkan.

 Cth soalan :
1. Sebuah cerek mengandungiair berjisim 2kg
a) Apabila air dalam cerek mencapai 100°C, berapakah kuantiti haba yang
diperlukan untuk mengubah air di dakam cerek itu kepada stim pada 100°C?

(haba pendam tentu pengewapan air = 2.26 ×106 J kg-1 )

Q = mL

= 2 ( 2.26 × 106 )

= 4.52 × 106

b) Jika cerek itu adalah cerek elektrik dengan kuasa 3.6 kW, berapakah masa
pendidihan?

Pt = mL

3.6 × 103 t = 4.52 × 106


. × 
t=
. ×
t = 1256 saat

latihan merangka eksperimen

A B

Rajah menunjukkan dua gelas teh tarik panas yang diletakkan di atas meja. Pada awalnya, kedua-
duanya itu sama panas. Selepas suatu tempoh masa, didapati teh di dalam gelas A lebih panas
daripada teh di dalam gelas B.

Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan tersebut.

6|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

4.5 HUKUM-HUKUM GAS

 Teori kinetic gas


• Zarah-zarah gas sentiasa bergerak secara rawak.
• Pergerakannya sentiasa mewujudkan perlanggaran antara dinding bekas @ sesame
sendiri
• Perlanggaran itu merupakan perlanggaran kenyal yang akan menghasilkan
perubahan momentum seterusnya terhasilnya daya.
• Daya yang bertindak ke atas permukaan bekas akan menghasilkan tekanan.

HUKUM BOYLE HUKUM TEKANAN HUKUM CHARLES

7|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

• Hubungan antara tekanan • Hubungan antara tekanan • Hubungan antara isipadu


dan isipadu dan suhu dengan suhu
• Malar suhu • Malar isipadu • Malar tekanan

 P∝T V∝T
P∝

! # $! $#
P1V1 = P2V2 = =
"! "# "! "#
P
P V


°C °C
 -273 0

P
V

T(K) T (K)

Cth soalan :

1) Sebuah silinder besi yang mengandungi gas pada tekanan 280 kPa berada pada
suhu 47°C di dalam sebuah bengkel. Berapakah tekanan gas itu jika suhu bengkel
turun ke 27°C?

P1 = 280 T1 = ( 47 + 273 ) = 320K

P2 = ? T2 = (27 + 273 ) = 300K

% %
=
& &

8|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5
'( ) (
=
% )((

'( ×)((
P2 =
) (

P2 = 262.5kPa

2) Sebuah picagari mengandungi 5ml udara pada suhu bilik 27°C. picagari itu
kemudian disimpan di dalam peti sejuk dan suhunya turun ke 3°C. berapakah isi
padu udara di dalam picagari itu?

V1 = 5 T1 = (27 + 273 ) = 300K

V2 = ? T2 = (3 + 273 ) = 276K

 
=
& &

* +
=
)(( ,-

* × ,-
V2 =
)((

V2 = 4.6ml

3) Sebuah pam tangan mengandungi 1200cm3 udara pada tekanan 100kPa.muncung pam
itu ditutup dan ombohnya ditolak supaya isipadu udara dikurangkan ke 750cm3
.hitungkan tekanan baru udara itu.

P1 = 100 V1 = 1200

P2 = ? V2 = 750

P1V1 = P2V2

9|www.sagadbl.com Cikgu Irwan


NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5
(( ×  ((
= P2
,*(

160 kPa = p2

 Kegunaan hukum gas


a) pam basikal
• apabila omboh ditolak kedalam, udara di dalam silinder di mampatkan.
• Menurut hukum Boyle, tekanan silinder bertambah.
• Apabila tekanan udara di dalam silinder menjadi lebih tinggi daripada tekanan
udara di dalam tayar, sedikit udara mengalir ke dalam tayar itu.
b) kek span
• saiz kek selepas masak adalah dua kali ganda daripada saiz asalnya sebelum
dibakar.
• Menurut hukum Charles, isi padu gelembung udara bertambah apabila suhunya
dinaikkan dalam ketuhar.
c) tayar kereta
• apabila kereta sedang bergerak, geseran dan mampatan tayar yang berturut-
turut menyebabkan suhu udara di dalam tayar bertambah.
• Munurut hukum tekanan kenaikan suhu akan menyebabkan tekanan udara di
dalam tayar bertambah.
d) Belon udara panas
• Apabila udara panas di dalam belon di panaskan pada tekanan atmosfera,
suhunya meningkat.
• Menurut hukum Charles isipadu gas akan bertambah apabila suhunya bertambah

Latihan merangka experiment 1 SPM2005:

Sebelum membuat satu perjalanan jauh,ina mengukur tekanan dalam tayar keretanya. Dia
mendapati tekanan udar dalam keretanya adalah 190kPa.selepas perjalanan jauh itu,ina mengukur
semula tekanan di dalam tayarnya dan mendapati tekananya ialah 235kPa. Walau bagaimanapun
saiz tayar tetap tidak berubah.

Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan itu.

10 | w w w . s a g a d b l . c o m Cikgu Irwan
NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5
Latihan merangka eksperimen 2 SPM2012:

Rajah menunjukkan seorang murid sedang mencerut sat belon yang berisi udara. Seterusnya murid
itu meneruskan cerutan ke atasnya. Isipadu belon itu semakin berkurang dan belon itu terasa
menjadi keras.

Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan itu.

Latihan merangka eksperimen 3:

Rajah menunjukkan keadaan sebiji kek sebelum dibakar dan selepas


dibakar.chef zainab mendapati isipadu keknya bertambah
daripada isipadunya yang asal selepas suhu ketuharnya ditingkatkan.

Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan tersebut.

sebelum selepas

11 | w w w . s a g a d b l . c o m Cikgu Irwan

You might also like