You are on page 1of 1

SOALAN: Kita skrg brada dlm pandemik Covid 19 yg megubah citra seluruh alam.

Sebagai seorg
guru novis, bagaimana anda melihat proses pendidikan perlu diurus sebaik mungkin utk
menangani era perubahan terkini

JAWAPAN:
Semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan
penularan penyakit akibat sejenis virus. Bahaya COVID-19 ini memerlukan tindakan kerajaan
untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh kerana wabak COVID-19, para guru perlu sedia untuk proses pendidikan perubahan
terkini. kemudahan Teknologi Matlumat Komunikasi (TMK) ini akan menjadi sebahagian
daripada kehidupan murid di sekolah. Learning tools yang digunakan boleh disesuaikan
mengikut keperluan pembelajaran; bagi mereka yang mempunyai akses internet boleh
mengikuti kelas menggunakan Skype, Edmodo atau Google Classroom. Interaksi juga boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi chat, yang membolehkan murid dan guru berbincang
mengenai pembelajaran pada bila-bila masa. Amalan ini telah dibuktikan oleh institusi yang
mengamalkan pembelajaran dalam talian sepenuhnya.
Namun terdapat juga cabaran dalam melaksanakan perkara itu antaranya jurang digital
antara Kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman dan akses kepada peranti pintar dan
kemudahan internet.

You might also like