You are on page 1of 6

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I

NAMA PENUH 1. OOI JIA SHEN – P99231

EMEL & NO HP sssshen01@hotmail.com / 012-5584623

PENGKHUSUSAN Pentadbiran Pendidikan (PKP)

NAMA PENSYARAH Dr. Azlin Norhaini Binti Mansor


Hubungan Kepimpinan servant guru dengan pencapaian akademik
murid dalam subjek Bahasa Melayu di Zon Pengkalan Hulu

Penyata Masalah

Bahasa Melayu merupakan Bahasa komunikasi utama di negara


Malaysia. Pengguasaan Bahasa Melayu adalah sangat penting bagi
memudahkan komunikasi, penyampai maklumat dan penerima maklumat.
Pengguasaan Bahasa Melayu dalam sekolah penting sebagai langkah ke
sekolah menegah. Justeru, penekaan terhadap tahap pencapaian akademik
murid dalam Bahasa Melayu dititikberatkan oleh pihak Kerajaan kepada
semua murid supaya menguasainya. Namun, penguasaan Bahasa Melayu
oleh murid sekolah rendah masih mencapai tahap yang rendah. Penguasaan
Bahasa Melayu lemah dalam sekolah adalah disebabkan oleh kepimpinan
guru lemah dalam kelas.

Selain itu, kelemahan pencapaian akademik juga disebabkan oleh


sikap murid itu sendiri yang tidak mempeduli kepentingan Bahasa Melayu.
(Johari 2017). Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab mempunyai
respon untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan kelemahan
pencapaian pelajar adalah disebabkan oleh kegagalan guru dalam memimpin
kelas. (Bakar et al. 2015; MUSA & HALIM 2015) . Keadaan kepimpinan yang
baik akan menyumbang kepada pendidikan yang baik kepada murid. Oleh itu,
terdapat hubungan amalan kepimpinan servant guru dan pencapaian
akademik Bahasa Melayu murid di sekolah.

Tujuan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kepimpinan servant guru dan
kesannya terhadap tahap pencapaian akademik murid serta hubungannya
antara kepimpinan servant guru dengan pencapaian prestasi akademik murid
dalam Bahasa Melayu di Zon Pengkalan Hulu.
Objektif

 Mengenalpasti kepimpinan servant guru dalam zon Pengkalan Hulu


 Mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid dalam subjek
Bahasa Melayu di Zon Pengkalan Hulu
 Mengenalpasti hubungan kepimpinan servant guru dengan tahap
pencapaian akademik murid dalam subjek Bahasa Melayu di Zon
Pengkalan Hulu.

Persoalan Kajian

 Apakah gaya kepimpinan guru dalam zon Pengkalan Hulu ?


 Apakah tahap pencapaian akademik murid dalam subjek Bahasa
Melayu di Zon Pengkalan Hulu?
 Adakah kepimpinan servant guru signifikan terhadap pencapaian
akademik murid dalam subjek Bahasa Melayu di Zon Pengkalan
Hulu ?

Hipotesis Kajian

Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan servant guru dengan


tahap pencapaian murid dalam Bahasa Melayu di Zon Pengkalan Hulu.

Definisi Kepimpinan Servant

Kepimpinan merupakan proses penting dalam pengurusan perubahan.


Kepimpinan servant merupakan kepimpinan yang berdasarkan individul di
mana pemimpin memahami, memberi sokongan dan motivasi persenol
terhadap individual. (Ehrhart 2004; Liden et al. 2008). Kepimpinan servant
pemberian fokus kepada pengilap sepenuhnya terhadap potensi murid ke
arah melaksanakan tugas dengan lebih cekap, meningkatkan potensi,
kepimpinan diri dan kemampuan kepimpinan masa depan. (Grieves 2010) .
Menurut Greenleaf 1970, penekanan terhadap kepimpinan servant adalah
berdasarkan sembilan cara iaitu (1) kemahiran mendengar, (2) berempati, (3)
memulihkan keadaan, (4) kesedaran terhadapa emosi diri dan orang lain, (5)
pujukan kepada orang lain, (6) pembentukan konsep, (7) berpandangan jauh,
(8) kepimpinan dan (9) komitmen untuk membangunkan orang lain dan
membangunkan komuniti.

Kepimpinan servant juga boleh didefinisikan mengikut 7 dimensi oleh Liden et


al, 2008 iaitu (1) pemulihan emosi, (2) membangunkan komuniti, (3)
mengutamakan subordinat, (4) membantu kecemerlangan dan pembangunan
diri subordinat, (5) memberi kuasa kepada subordinat, (6) kemahiran
konseptual dan (7) beretika.

Menurut kajian daripada Yahya 2014, kepimpinan servant memainkan


peranan penting dalam usaha meningkatkan perubahan di sekolah. Guru
yang mengamalkan kepimpinan servant dalam kelas mampu mengubah sikap
murid dalam pembelajaran di samping meningkatkan pencapaian murid
dalam Bahasa Melayu.

Pencapaian akademik murid dalam Bahasa Melayu

Membaca merupakan satu teknik asas dalam membina ilmu. Tujuan


membaca adalah untuk memahami teks dan mampu memberi makna selepas
membaca teks. (Abdul Rasid Jamian 2011; Hussin 2018). Keupayaan
membaca . Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran penting dan
merupakan dinamik, iaitu memerlukan komunikasi antara penulis dan
pembaca. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang untuk
mentafsir ilmu ke dalam bentul visual. Pemahaman bacaan bergantung pada
segi pemikiran, pengalaman dan pengetahuan semasa membaca.

Menurut Abdul Rashid,2011 dan Hussin 2018 kemahiran menulis


merupakan budaya intelek melengkapi antara kemahiran membaca dengan
menulis. Keupayaan menulis merupakan proses mentafsir maklumat bersifat
mekanikal dan disampaikan bersistem kepada pembaca dengan mengambil
kira penyaluran maklumat , penggunaan Bahasa dan gaya penulisan. Justeru,
keupayaan membaca dan menulis yang tinggi mampu meningkatkan
pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu di samping meningkatkan
pencapaian akademik mereka dalam subjek tertentu.
Kerangka Kajian

Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah kepimpinan servant guru


manakala pemboleh ubah bersandar pada dalam kajian adalah tahap
pencapaian akedamik dalam bahasa Melayu pelajar . Perhubungan antara
pembolehubah dan pemboleh ubah bersandar adalah seperti dibawah :

Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

Kepimpinan servant Tahap penguasaan


akademik Bahasa Melayu
 Memberi motivasi Pelajar
 memahami  Membaca
 memberi  Menulis
sokongan  SAPS

(Ehrhart 2004; Liden et


al. 2008)
Rujukan

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis


bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 1–11.

Bakar, N. A., Basri, R. & Fooi, F. S. 2015. Hubungan Kepimpinan Guru


dengan Pencapaian Akademik Pelajar. International Journal of Education
and Training 1(2): 1–11. doi:10.1016/j.clml.2017.02.029

Greenleaf, R.K. 1970. The Servant as Leader. Indianapolis, ST: The Robert
K. Greenleaf Centre
Grieves, J. 2010. Organizational Change: Themes & Issues. Oxford
University Press.

Hussin, M. A. A. bin A. 2018. Tujuan Membaca. blogspot.


https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/tujuan-membaca.html [25
May 2019].

Johari, S. 2017. Isu gagal BM: Mungkin susah untuk dapat A namun sukar
sangat ke nak lulus? Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/isu-gagal-bm-mungkin-susah-untuk-dapat-namun-sukar-sangat-
ke-nak-lulus-159415 [26 May 2019].

Liden, R.C., Wayne, S.J., Zhao, H. & Henderson, D. 2008. Servant


leadership: Development of a multidimensional measure and multilevel
assessment. Leadership Querterly 19: 161-177.
MUSA, K. & HALIM, H. A. 2015. Kemahiran Interpersonal Guru dan
Hubungan dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan
Malaysia 40(2): 89–99. doi:10.1518/001872097778667898

Yahya, I. &. 2014. Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya terhadap


Pengurusan Perubahan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1): 19–26.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong:


PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like