You are on page 1of 7

TAJUK

GETAH PENJANA EKONOMI

PENGENALAN
Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis
tanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan
khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia
juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius.
Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah
ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil
dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah
ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masam atau
sentiasa banjir.
Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18
meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok
getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-
lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada
jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut.
Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18 meter. Lateks putih
atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem
luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang
membentuk 30 darjah pada ufuk.
Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan:
goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang
hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok.
Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua
menghasilkan lebih banyak lateks.
Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan
permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong
perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan
Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.
Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar
Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja
Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal.
Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada
tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876,
sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22
dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar
negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British.
Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan

1
ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan
untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.
Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar,
Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah
pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan
penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas
2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh
negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.
Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher
Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil
pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji
kegunaannya.
Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun
1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber
kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman
Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah
memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas
Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John
Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar
padu.
Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila
kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah
meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan
dengan:-
1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh
Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876.
2. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca
bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.
3. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya
sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok
dihantar ke Kuala kangsar.
4. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani
Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah
hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah
sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

2
KEJAYAAN TANAMAN GETAH

Pekebun kecil RISDA raih RM3,000.00 sebulan sehektar, 350 ribu mampu
hidup senang, bebas dari miskin tegar. Harga getah RM15.06 sekilogram. Harga
pasaran SMR20 pada 20 Jan. 2011 berbanding RM4.00 sekilogram 5 tahun dulu
Malaysia menghadapi penurunan dalam pengeluaran getah asli dunia. Dari
tahun 1990 hingga 2013, Malaysia mengeluarkan hanya antara 825,000 tan hingga
1.3 juta tan getah asli setahun.
Ia tidak memungkinkan Malaysia menyaingi pengeluaran getah Thailand,
Indonesia, Vietnam dan Kemboja berikutan faktor kekangan kawasan penanaman
baharu getah. Justeru, Malaysia hanya mampu mengekalkan kedudukan sebagai
pengeksport getah asli keenam terbesar dunia.
Dengan keluasan penanaman hanya 1.06 juta hektar sekarang, Malaysia
tidak mampu menyaingi keluasan tanaman getah di ketiga-tiga negara terbabit.
Faktor ini ditambah dengan kehilangan semakin banyak ladang getah yang diubah
menjadi kawasan pembangunan hartanah atau ladang sawit yang membawa
pulangan lebih stabil dan berterusan.
Saban tahun, ada saja ladang getah yang diubah menjadi ladang sawit,
kawasan perumahan atau bangunan komersial, sekali gus menyebabkan
pengeluaran getah asli negara semakin menyusut.
Bagaimanapun, di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama Negara
(NKEA), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melaksanakan
Program Tanaman Baharu dan Tanam Semula Getah Pekebun Kecil dengan
meletakkan sasaran meningkatkan keluasan tanaman getah kepada 1.2 juta hektar
dengan pengeluaran dua juta tan setahun menjelang tahun 2020.
Kementerian itu menyediakan RM744 juta bagi melaksanakan kedua-dua
program berkenaan dengan sasaran tanaman baharu seluas 38,770 hektar dan
tanam semula seluas 113,900 hektar.

3
4
PRODUK

INOVASI
getah untuk penghasilan produk kecantikan, perubatan dan makanan haiwan
berasaskan komoditi. Air daripada getah boleh diproses untuk dijadikan makanan
haiwan yang mampu mencecah harga RM40 sekilograma

5
KESIMPULAN
Industri getah adalah merupakan salah satu industri yang telah menyumbang
kepada ekonomi Malaysia. Selepas merdeka untuk membangun dan menuju ke arah
merealisasikan matlamat untuk mencapai menjadi sektor pertanian sebagai tunggak
pertumbuhan ketiga negara Malaysia. Untuk tujuanmemenuhi hasrat tersebut,
industri ini perlu mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti,merealisasikan
penggunaan sumber, mengukuhkan asas ekonomi dan daya saingnya di pasaran
domestik dan antarabangsa dunia dalam 40 tahun akan datang. Maka industri ini
perlu berdaya menghadapi cabaran-cabaran industri demi membawa industri ini ke
satu tahap yang lebih pesat dan maju.

6
Terima kasih

Kerana membaca

Buku skrap saya.

You might also like