You are on page 1of 2

SYOKNYA BELAJAR !

- PENDIDIKAN ISLAM
TEMA : AQIDAH
STANDARD KANDUNGAN : 5.1 RUKUN IMAN
Nama :_______________________________________________________
Hari :______________ Tarikh : ______________
Kelas : ______________

ARAHAN A :
Baca dan salin nota yang disediakan.

NOTA – RUKUN IMAN


 Iman bermaksud – membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan
melakukan dengan anggota badan.
 Dalam erti kata mudah, Iman bermaksud PERCAYA.
 Orang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal dengan Rukun
Iman.
 Hukum mempercayai Rukun Iman adalah WAJIB.
 Orang beragama ISLAM wajib mempercayai Rukun Iman.
 RUKUN IMAN ada 6 perkara iaitu :
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Malaikat.
3. Percaya kepada Kitab.
4. Percaya kepada Rasul.
5. Percaya kepada Hari Akhirat.
6. Percaya Qada dan Qadar.

 Kepentingan meyakini Rukun Iman :


Kepada Diri 1. Mentaati segala perintah Allah.
2. Sentiasa melakukan kebaikan.
Kepada Keluarga 1. Keluarga mendapat rahmat Allah.
2. Melahirkan keluarga yang harmoni.
Kepada Masyarakat dan Negara 1. Masyarakat dan negara aman bersatu padu.
2. Negara diberkati Allah.

Cikgu Aisyahbuhari
ARAHAN B : (PK CEKAL)
Berdasarkan nota, salin dan jawab soalan latihan yang berikut.

1. Hukum mempercayai Rukun Islam adalah ________. (wajib/sunat)


2. Orang beragama _______ wajib mempercayai Rukun Iman. ( Hindhu/Islam)
3. Rukun Iman ada _______ perkara. (lima /enam)

4. Tulis jawapan mengikut susunan Rukun Iman yang betul.

Kitab Rasul
Allah

Qada Hari Malaikat


dan Akhirat
Qadar

1 Beriman kepada ______________.

2 Beriman kepada ______________.

3 Beriman kepada ______________.

4 Beriman kepada ______________.

5 Beriman kepada ______________.

6 Beriman kepada ______________.

Cikgu Aisyahbuhari

You might also like