You are on page 1of 6

RUMUSAN

Kajian ini amat penting pada masa kini oleh kerana wujudnya pelbagai pendapat mengenai
institusi pendidikan. Selain itu, peranan ibu bapa dalam didikan agama kepada anak-anak
merupakan satu elemen penting yang perlu diamalkan agar dapat membentuk sahsiah anak-
anak ke arah keperibadian yang baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
melihat persepsi ibu bapa terhadap pendidikan Islam anak-anak di samping ingin mengetahui
tindakan yang diambil oleh ibu bapa dalam meningkatkan pengetahuan pendidikan agama
terhadap anak-anak. Penyelidikan terhadap kajian ini dibuat melalui pendekatan soal selidik
yang melibatkan seramai 20 orang responden dari kalangan ibu bapa. Keseluruhannya, hasil
kajian ini telah menunjukkan bahawa persepsi ibu bapa terhadap sekolah agama adalah
positif terhadap pendidikan Islam anak-anak. Namun ada juga yang berpendapat bahawa
kedua-dua institusi berikut mempunyai kelebihan tersendiri dalam membentuk generasi muda
mahupun dari segi sahsiah dan kerohanian.

2.0 PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dewasa ini pelbagai jenis sekolah wujud di Malaysia. Perkembangan dari semasa ke
semasa, masyarakat diperkenalkan daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan,
Sekolah Menengah Kebangsaan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster
Kecemerlangan, Sekolah Bestari. Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Vokasional ditingkat
menjadi Kolej Vokasional. Selain Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sains
sedia ada ditambah dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Maktab Rendah Sains
MARA juga turut mewujudkan sekolah berstatus Ulul Albab. Sekolah Pendidikan Khas,
Sekolah Sukan Malaysia, dan Sekolah Seni Malaysia diwujudkan untuk memenuhi slot
pendidikan yang harus diberi perhatian khusus.

Dalam tumpuan ibu bapa menghantar anak ke destinasi pendidikan menengah


popular iaitu Sekolah Berasrama Penuh di bawah kendalian Kementerian Pendidikan, MRSM
di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Sekolah Menengah Agama di bawah Majlis
Agama Islam Negeri, penubuhan satu demi satu Sekolah Menengah Integrasi yang
menggabung akademik dan hafazan al-Quran semakin mendapat tumpuan. Sekolah integrasi
kini seolah-olah menjadi pilihan utama ibu bapa. Terdapat gelombang kesedaran golongan
ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama dan komitmen
berkenaan membuktikan sekolah aliran pendidikan Islam semakin menjadi pilihan utama.

Kementerian Pendidikan secara berterusan membuat penambahbaikan terhadap


pendidikan Agama Islam, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Usaha itu menyentuh pelbagai aspek merangkumi semakan semula kurikulum, jumlah
guru dan perluasan sekolah tahfiz dan sekolah agama. Malah, pelaksanaan kokurikulum
bersepadu di 171 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan kokurikulum tahfiz kepada 16
SABK bermula tahun 2015. Selain itu, kementerian akan melaksanakan model Syahadah Al-
Ulya Ulul Albab di Sekolah Menengah Agama Imtiaz YT Besut, Terengganu pada tahun
depan. Ia menggabungkan tiga disiplin iaitu sains, tahfiz dan turath untuk murid sekolah
menengah yang terpilih ke sekolah itu (Hazwan&Fahmy, 2017)
2.1 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
(SKMA)

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula


apabila wujudnya pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah
berkembang kepada 55 buah SMKA. Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah
Bahagian Agama Kementerian Pendidikan ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik
Mohammed Mohyideen Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini
berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat
dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat


sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa
yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu
Kementerian Pendidikan pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di
Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama
diselaraskan dengan sekolah menengah harian (Azim Pendidik.com.my, 2017)

Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan


Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang
wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik,
Geografi, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama
tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya.
Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga
manusia dan cabaran masyarakat semasa.

2.2 PENYATAAN MASALAH

Setiap ibubapa pastinya menginginkan anak-anak mereka mendapat pendidikan


yang terbaik. Segelintir ibubapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Menegah Kebangsaan Agama berbanding Sekolah Menengah Kebangsaan dan sebagainya
namun ada yang memilih sebaliknya. Pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri atas
pilihan yang dibuat. Lazimnya, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah
agama untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dan seimbang dari aspek ilmu dunia
mahupun ilmu akhirat. Sebaliknya bagi ibubapa yang memilih untuk tidak menghantar anak
mereka ke sekolah agama lazimnya mempunyai fahaman bahawa pendidikan sekolah agama
terlalu fokus kepada pendidikan agama berbanding pendidikan akademik para pelajar. Malah
ada di antara mereka yang mempunyai pemikiran bahawa sekolah agama mempunyai banyak
kekurangan berbanding sekolah biasa.

Fahaman dan pemikiran seperti ini seharusnya dikikis dari kalangan masyarakat
tidak kira batasan umur. Kesedaran dan pendedahan perlu diberikan kepada umum tentang
kelebihan dan keistimewaan pendidikan sekolah agama oleh badan-badan yang
bertanggungjawab. Masyarakat harus menyedari kewujudan sekolah agama dan mengambil
peluang kelebihan yang ditawarkan pada pendidikan sekolah agama.

2.3 HIPOTESIS
Wujud dua kelompok ibubapa dengan pandangan berbeza terhadap sekolah
pendidikan agama. Berdasarkan analisa terhadap soal selidik yang dijalankan kepada 20
orang ibubapa, ada yang berpendapat bahawa penerapan agama mampu dilaksanakan secara
langsung dari rumah dan melalui subjek Pendidikan Agama di sekolah. Manakala ada juga
daripada mereka yang berpendapat bahawa penerapan agama dan pembentukan akhlak
mampu dicapai dengan lebih sempurna melalui pendidikan di sekolah agama.

3.0 OBJEKTIF

1. Melihat persepsi ibu bapa terhadap pendidikan Islam anak-anak.


2. Kajian ini juga ingin melihat pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa dalam
mengetahui tindakan yang akan diambil oleh ibu bapa dalam meningkatkan
pengetahuan pendidikan agama terhadap anak-anak.

3.1 KAEDAH KAJIAN

Bab ini akan membicarakan secara khusus tentang kaedah kajian yang kami akan
aplikasikan untuk mendapatkan data-data yang tepat.

Metodologi adalah perkataan yang diambil daripada perkataan Inggeris iaitu ‘method’.
Ia bererti acuran, system atau cara membuat sesuatu atau lebih tepat dipanggil sebagai
kaedah. Perkataan metodologi beraasal daripada Bahasa Yunani iaitu ‘methodos’ dan‘logos’ .
‘Methods’ membawa maksud cara-cara. Manakala ‘logos’ bereti ilmu. Oleh itu, metodologi
bererti ilmu tentang cara-cara. Manakala ‘metodologi penyelidikan’ adalah ilmu tentang cara
melakukan penelitian.

Kaedah yang digunakan untuk tugasan ini akan dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Kaedah Pengumpulan Data


ii. Kaedah Analisis Data

Kaedah Pengumpulan Data – Interviu

Kaedah soal selidik adalah kaedah yang digunakan oleh seseorang individu tersebut
bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu tugas tententu melalui mendapatkan keterangan atau
pendirian secara lisan daripada respoden dengan bercakap-cakap sambal berhadapan dengan
responded tersebut. Kaeddah ini merupakan pembantu utama kepada kaedah pemerhatian.
Mereka yang akan disoal selidik adalah 20 ibu bapa tentang pendapat mereka terhadap
Sekolah Agama pada zaman moden ini. Jenis soal selidik yang akan dijalankan adalah secara
‘informal’ dan menyerupai satu perbualan sosial untuk mewujudkan hubungan mesra dengan
responden. Tujuan soal selidik akan dijelaskan kepada responden dan dimulakan dengan
soalan yang mudah dan kurang sensitif.
Kaedah Analisis Data – Komparatif

Kaedah Komparatif bermaksud membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan


terhadap beberapa data yang diperoleh dalam penyelidikan. Melalui kaedah ini, segala data
dan maklumat yang didapati akan dibandingkan antara satu sama lain dan seterusnya akan
dibuat kesimpulan.
Daripada keterangan-keterangan diatas mengenai kaedah-kaedah yang akan digunakan
dalam penyelidikan ini, adalah diharapkan akan menghasilkan penemuan ini sebagai kajian
yang tepat, memuaskan dan tidak dapat dipertikaikan.

RUJUKAN
Hazwan dan Fahmy. (27 Julai 2017). Kurikulum agama di sekolah sentiasa ditambah baik.
Dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/07/306242/kurikulum-agama-di-
sekolah-sentiasa-ditambah-baik

https://www.pendidik.com.my/2017/02/03/aliran-agama-jadi-pilihan-sekolah-berasaskan-
pendidikan-islam-jadi-rebutan-kalangan-ibu-bapa/?cn-reloaded=1

http://www.wom.my/ada-apa/kelebihan-sekolah-agama-swasta/

https://www.mingguanwanita.my/tak-semestinya-anak-sekolah-biasa-bukan-tahfiz-mak-ayah-tak-
masuk-syurga/

You might also like