You are on page 1of 4

KAJIAN LEPAS

Kebanyakan kajian lepas adalah membincangkan tentang kelebihan menghantar


anak ke sekolah agama serta sistem pendidikannya yang memuaskan. Norhafizah
Shoheme (2001) dalam kajiannya juga mengkaji aspek pencapaian sekolah agama dan
merumuskan bahawa kewujudan sekolah agama bukan sekadar untuk memastikan
kelangsungan pendidikan Islam dalam sistem yang lebih teratur, malah kepentingan dalam
pencapaian para pelajar baik dari segi akademik mahupun penglibatan dalam aspek aktiviti
pelajar. Beliau telah membuat kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Mashoor
(Perempuan) Pulau Pinang dan mendapati pencapaian akademik pelajar sekolah agama
tersebut adalah membanggakan. Secara umumnya didapati pelajar sekolah agama telah
menunjukkan pencapaian yang baik dalam bidang akademik walaupun sekolah ini
merupakan sekolah aliran agama.

Kajian beliau disokong oleh satu kajian lain oleh Abdul Monir dalam Suzalie (2003).
Contohnya beliau telah melihat pencapaian Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin,
Klang Selangor dan mendapati pencapaian akademik dan agama sangat
memberangsangkan. Analisis beliau adalah melihat perkembangan pelajar di Sekolah
tersebut yang lahir tahun 1979. Menurut beliau Bagi peperiksaan PMR yang telah mereka
duduki tahun 1994, pencapaian tahap lulus adalah 100% diikuti SPM (96.4%) dan STPM
(91.4%). Dalam bidang agama pula pencapaian tahap lulus bagi Sijil Rendah Agama (SRA)
adalah 78.89% dan Sijil Tinggi Agama adalah 85.7% . Gambaran ini menunjukkan
perkembangan pelajar sekolah agama ini adalah amat memuaskan memandangkan mereka
cemerlang bukan sahaja aspek akademik malah berjaya dalam aspek pendidiakn agama.

Persoalannya mengapa ibubapa berminat menghantar anak mereka ke sekolah


agama? Kajian oleh Muhammad Yasir Abu Hassan (2005) contohnya, merumuskan dalam
kajiannya berhubung dengan sejauh mana pengetahuan dan kefahaman agama di kalangan
60 orang pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
mendapati bahawa pembentukan personaliti adalah dipengaruhi oleh kefahaman dan
penghayatan tersebut. Dapatan ini menunjukkan sekolah agama mampu mengekang
permasalahan sosial yang kian menggugat personaliti remaja. Pengertahuan agama yang
diperolehi kelihatan mampu membendung gejala sosial meskipun masih terdapat segelintir
pelajar sekolah agama yang turut terjebak dalam isu-isu sosial. Ini sedikit sebanyak
mendorong ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah agama iaitu memastikan anak
mereka menjadi manusia yang mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dalam
gejala sosial. Beberapa kajian terdahulu ini jelas menunjukkan kesan dan kepentingan
pendidikan agama terutamanya di sekolah agama.
HASIL KAJIAN

Latarbelakang responden adalah ibubapa yang mempunyai anak di sekolah


kebangsaan dan juga sekolah agama. Jumlah responden ialah 20 orang. Soal selidik ini
dilakukan secara atas talian menggunakan ‘Google Form’. Melihat kepada sejarah awal
penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA), institusi pendidikan ini
semakin menjadi pilihan selain dari sekolah menengah kebangsaan. Hal ini kerana proses
penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan
perkembangan semasa. Pada awal penubuhan, sekolah-sekolah menengah agama rakyat
kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang
prasarana. Namun pada masa kini, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin
meningkat kerana sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama telah
diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Secara am, kedua-dua institusi pendidikan tersebut mempunyai kelebihan masing-


masing. Pendidikan sekolah agama sering ‘disisihkan’ kerana masih ada pandangan
berbeza terhadap sistem dan pendekatan yang digunakan dalam pendidikan tersebut.
Maka, lebih ramai memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah harian. Antara faktor-
faktor terhadap pandangan tersebut adalah kerana kurangnya pendedahan tentang
kelebihan institusi pendidikan sekolah agama. Menurut Abdul Monir (2003) lagi, terdapat
beberapa fakta mengapa ibubapa memilih anak-anak mereka ke sekolah agama. Antaranya
ialah kesedaran pendidikan agama kepada anak-anak mereka, kelebihan menguasai
pelajaran umum dan agama secara serentak, peluang untuk memilih bidang adalah lebih
luas, sistem pendidikan sekolah agama yang tidak menyekat masa hadapan anak mereka,
pengiktirafan kerajaan terhadap lulusan sekolah agama dan sistem pendidikan di sekolah
agama adalah lebih bersepadu. Fakta-fakta ini jelas menunjukkan keyakinan masayarakat
terutama ibubapa terhadap sistem pendidikan agama di sekolah agama yang mendorong
meningkatnya permintaan kemasukkan ke sekolah agama.

Jadual 2 menunjukkan respon iaitu persepsi ibubapa terhadap pendidikan sekolah


agama. Soalan-soalan yang ditujukan merangkumi pendapat tentang kelebihan menghantar
anak ke sekolah agama. Sebanyak 45% peratus daripada keseluruhan responden pernah
menghantar anak mereka ke sekolah agama manakala selebihnya tidak pernah. Pendapat
mereka juga diperoleh terhadap kelebihan menghantar anak ke sekolah agama. 90%
daripada responden berpendapat bahawa pengetahuan agama lebih meluas manakala
selebihnya berpendapat bahawa akhlak dan sahsiah pelajar lebih terpelihara dan pendidikan
yang seimbang di sekolah agama. Berdasarkan respon bagi ibubapa yang pernah
menghantar anak ke sekolah agama, bilangan anak yang pernah dihantar adalah di dalam
lingkungan seorang hingga dua orang. Manakala, bagi mereka yang tidak menghantar anak
ke sekolah agama, terdapat beberapa sebab yang telah dikemukakan. Antaranya adalah
kerana kurangnya pendedahan tentang kebaikan menghantar anak ke sekolah agama, jarak
yang jauh, kurangnya fasiliti dan peruntukkan di sekolah agama serta mereka percaya
sekolah harian meliputi banyak perkara dari segi kokurikulum dan mata pelajaran yang
ditawarkan.

Jadual 2 Persepsi ibubapa terhadap pendidikan sekolah agama


Soalan dari soal selidik Respon (%)
A B Lain-lain
Adakah anda pernah menghantar 45 (Ya) 55 (Tidak)
anak- anak ke mana- mana
sekolah agama?
Pada pendapat anda, apakah 90 5 (Akhlak dan 5 (Pendidikan
kelebihan menghantar anak anda (Pengetahuan sahsiah lebih yang seimbang)
ke sekolah agama? agama lebih terpelihara)
meluas)
Adakah anda setuju jika dikatakan 85 (Ya) 15 (Tidak)
pendidikan di sekolah menengah
agama lebih berkesan dalam
membentuk sahsiah anak- anak
muda

Sahsiah atau personaliti mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi


(Kamus Dewan, 2001, 1169). Sekolah agama sering dikaitkan dengan penerapan ilmu
agama yang lebih mendalam serta pembentukan sahsiah pelajar. Hal ini kerana jika pelajar
diterapkan dengan ilmu agama yang mencukupi, pelajar akan lebih terbentuk ahklak dan
sahsiah mereka. Antara faktor luaran yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah
pelajar di sekolah agama ialah prasarana dan persekitarannya. Berdasarkan soal selidik
yang dijalankan, sebanyak 85% responden setuju bahawa pendidikan di sekolah agama
lebih berkesan dalam membentuk sahsiah anak muda. Teras RMK9 iaitu membangunan
modal insan adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dengan slogan Islam Hadhari.
Kerajaan ingin memastikan modal manusia yang dilahirkan bukan sahaja mempunyai
keintelektual yang tinggi melalui aqal yang diberikan oleh Allah s.w.t malah perlu seimbang
dengan mempunyai nilai murni dan akhlak yang mulia. Pembangunan insan dapat
dilaksanakan terutamanya melalui sistem pendidikan samada bersifat formal atau tidak yang
menekankan aspek nilai murni dan akhlak mulia.
Sekolah agama kepada anak-anak sebenarnya sangat membantu untuk
memasukkan roh Islam dalam diri anak-anak. Hal ini kerana roh Islam mampu terbina hasil
daripada falsafah pembangunan sesebuah sekolah. Islam boleh dipraktikkan secara
sempurna sekiranya terdapat suasana yang sesuai untuk anak-anak mengamalkan ajaran
yang dipelajari. Hal ini terbukti berlaku kepada anak-anak Muslim di Malaysia. Kurikulum
yang sama dalam pendidikan Islam yang diajar di sekolah menengah kebangsaan dan
SMKA, tetapi dari segi pengamalannya dan roh Islam, didapati bahawa pelajar yang berada
SMKA adalah lebih tinggi berbanding yang berada di sekolah kebangsaan (Norhisham,
2015).

Muhammad Yasir Abu Hassan, 2005. Pengetahuan dan Penghayatan Islam di


Kalangan Pelajar: Satu Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Tidak
diterbitkan.

Norhafizah Shoheme, 2001. SMKA (P) Al-Mashoor: Sejarah Penubuhan Dan


Perkembangan Serta Peranannya Dalam Membentuk Generasi Islam. Tidak diterbitkan

Norhisham, Muhamad, PhD thesis, (2015). Biah Solehah Dan Penghayatan Akhlak
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). (Doktor Falsafah), Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala


Lumpur: IKIM

You might also like