You are on page 1of 3

Dewasa ini pelbagai jenis sekolah wujud di Malaysia.

Perkembangan dari semasa ke


semasa, masyarakat diperkenalkan daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan,
Sekolah Menengah Kebangsaan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster
Kecemerlangan, Sekolah Bestari. Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Vokasional ditingkat
menjadi Kolej Vokasional. Selain Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sains
sedia ada ditambah dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Maktab Rendah Sains
MARA juga turut mewujudkan sekolah berstatus Ulul Albab. Sekolah Pendidikan Khas,
Sekolah Sukan Malaysia, dan Sekolah Seni Malaysia diwujudkan untuk memenuhi slot
pendidikan yang harus diberi perhatian khusus.

Dalam tumpuan ibu bapa menghantar anak ke destinasi pendidikan menengah


popular iaitu Sekolah Berasrama Penuh di bawah kendalian Kementerian Pendidikan, MRSM
di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Sekolah Menengah Agama di bawah Majlis
Agama Islam Negeri, penubuhan satu demi satu Sekolah Menengah Integrasi yang
menggabung akademik dan hafazan al-Quran semakin mendapat tumpuan. Sekolah integrasi
kini seolah-olah menjadi pilihan utama ibu bapa. Terdapat gelombang kesedaran golongan
ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama dan komitmen
berkenaan membuktikan sekolah aliran pendidikan Islam semakin menjadi pilihan utama.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SKMA)

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula


apabila wujudnya pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah
berkembang kepada 55 buah SMKA. Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah
Bahagian Agama Kementerian Pendidikan ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik
Mohammed Mohyideen Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini
berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat
dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat


sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa
yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu
Kementerian Pendidikan pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di
Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama
diselaraskan dengan sekolah menengah harian (Azim Pendidik.com.my, 2017)

Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan


Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang
wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik,
Geografi, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama
tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya.
Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga
manusia dan cabaran masyarakat semasa.

HYPOTHESIS
Wujud dua kelompok ibubapa dengan pandangan berbeza terhadap sekolah
pendidikan agama. Berdasarkan analisa terhadap soal selidik yang dijalankan kepada 20
orang ibubapa, ada yang berpendapat bahawa penerapan agama mampu dilaksanakan secara
langsung dari rumah dan melalui subjek Pendidikan Agama di sekolah. Manakala ada juga
daripada mereka yang berpendapat bahawa penerapan agama dan pembentukan akhlak
mampu dicapai dengan lebih sempurna melalui pendidikan di sekolah agama.

Visi aliran sekolah integrasi ini rata-rata ingin membentuk generasi al-Quran yang intelek,
bertakwa dan berdaya saing dalam era globalisasi. Misinya pula membangunkan potensi diri
secara menyeluruh ke arah pemurnian jiwa selaras dengan prinsip al-Quran dan sunnah untuk
melahirkan generasi rabbani yang seimbang begitu meyakinkan ibu bapa untuk menghantar
anak mereka mendapat pendidikan dan bimbingan daripada guru dan ustaz di sekolah
berkenaan.

Berbanding dengan pada zaman kanak-kanak kaum bapa dan ibu dahulu, kini terdapat lebih
banyak pilihan sekolah integrasi (akademik biasa dan agama) yang ditawarkan di sekolah
kendalian KPM, MARA, Majlis Agama Islam Negeri dan swasta.

Kementerian Pendidikan menitikberatkan pendidikan agama Islam di negara ini sebagai


langkah menangkis penularan gejala sosial dalam kalangan anak muda masa ini. Antara
inisiatif yang dilakukan kementerian untuk melaksanakan pendidikan agama secara terus
ialah melalui penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah agama
bantuan kerajaan (SABK) dan kelas aliran agama.

Selain itu, suatu strategi menarik yang dilakukan oleh kerajaan adalah memperkenalkan
konsep Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA). Setakat ini ada empat Ulul Albab di MRSM dan tiga Ulul
Albab di SMKA. Jumlahnya akan bertambah pada tahun-tahun mendatang.

Murid dididik menghafaz al-Quran dan dalam masa yang sama mempelajari subjek sains dan
teknologi. Ia akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya kurikulum integratif dapat disusun
supaya sentuhan al-Quran terhubung dengan sains dan latihan keguruan yang sepadu harus
diberi supaya pembelajaran sains selari dengan tema-tema utama al-Quran.

Refe
https://www.pendidik.com.my/2017/02/03/aliran-agama-jadi-pilihan-sekolah-berasaskan-
pendidikan-islam-jadi-rebutan-kalangan-ibu-bapa/?cn-reloaded=1

http://www.wom.my/ada-apa/kelebihan-sekolah-agama-swasta/

https://www.mingguanwanita.my/tak-semestinya-anak-sekolah-biasa-bukan-tahfiz-mak-ayah-tak-
masuk-syurga/

You might also like