You are on page 1of 3

PENGENALAN

Pembentukan modal insan harusnya dilakukan secara berterusan dan sejak dari
akar umbinya. Generasi muda yang berakhlak merupakan salah satu asset terpenting
kepada pembangunan negara. Pembangunan dan kemajuan negara sememangnya tidak
hanya tertumpu kepada ekonomi dan sosial, tetapi juga meliputi keterampilan rakyatnya.
Generasi muda mula dibentuk apabila mereka menjejakkan kaki ke aam persekolahan dan
dari situ mereka diasah dan digilap supaya menjadi individu yang mampu menyumbang
kepada kemajuan negara. Institusi pendidikan terbahagi kepada pelbagai jenis termasuklah
sekolah menengah kebangsaan harian dan juga sekolah menengah kebangsaan agama
(SKMA). Terdapat jurang yang agak jelas di antara pemilihan institusi-institusi pendidikan
tersebut di mana salah satu faktornya ialah perbezaan sistem pendidikannya. Lazimnya,
sekolah menengah kebangsaan harian lebih menjadi pilihan ibubapa berbanding sekolah
yang mempunyai ‘latarbelakang’ pendidikan agama. Hal ini dapat dibuktikan dengan
bilangan sekolah agama yang dibangunkan sejak awal penubuhan.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat


sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana.
Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab
sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di
Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi,
Bahasa Inggeris dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak
berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya
lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia
dan cabaran masyarakat semasa. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap
pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah
berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem
pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah
menengah harian.

Pertambahan bilangan sekolah dan kelas pada tahun berikutnya amatlah


kurang malah ada yang tidak langsung bertambah. Pada tahun 2003, hanya berlaku
pertambahan sebanyak 1.85% sahaja sekolah menengah agama dan 2.38% bagi kelas
manakala tahun 2004 menunjukkan bilangan sekolah menegah agama langsung tidak
bertambah dan bilangan kelas bertambah hanya 0.97% berbanding 2.38% tahun
sebelumnya. Malah jadual tersebut menunjukkan bilangan sekolah dan kelas daripada
keseluruhan sekolah dan kelas sekolah menengah terus mengalami penurunan iaitu
masing-masing sebanyak 2.78% dan 2.03%.
Jadual 1: Bilangan Sekolah Agama di Malaysia 2002-2004

2002 2003 Perubahan 2004 Perubahan


(%) (%)
Bilangan 54 55 1.85 55 0

Sekolah (2.97) (2.89) (2.78)


Bilangan Kelas 1303 1334 2.38 1347 0.97
(2.07) (2.07) (2.03)

Nota: ( ) peratus daripada jumlah Sekolah/Kelas bagi sekolah biasa, asrama penuh,
agama, teknik dan model khas.

Sumber: Diubahsuai daripada Perangkaan Pendidikan Malaysia pelbagai tahun

Dalam tumpuan ibu bapa menghantar anak ke destinasi pendidikan menengah


popular iaitu Sekolah Berasrama Penuh di bawah kendalian Kementerian Pendidikan,
MRSM di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Sekolah Menengah Agama di bawah
Majlis Agama Islam Negeri, penubuhan satu demi satu Sekolah Menengah Integrasi yang
menggabung akademik dan hafazan al-Quran semakin mendapat tumpuan. Sekolah
integrasi kini seolah-olah menjadi pilihan utama ibu bapa. Terdapat gelombang kesedaran
golongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama dan
komitmen berkenaan membuktikan sekolah aliran pendidikan Islam semakin menjadi pilihan
utama. Kementerian Pendidikan secara berterusan membuat penambahbaikan terhadap
pendidikan Agama Islam, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Jadi, kajian ini dilakukan dengan beberapa objektif iaitu:

1. Meninjau persepsi ibu bapa terhadap pendidikan sekolah agama kepada anak-
anak.
2. Menghuraikan kebaikan menghantar anak-anak ke sekolah agama
METODOLOGI KAJIAN

Bab ini akan membicarakan secara khusus tentang kaedah kajian yang
diaplikasikan untuk mendapatkan data-data yang tepat. ‘Methods’ membawa maksud cara-
cara. Manakala ‘logos’ bereti ilmu. Oleh itu, metodologi bererti ilmu tentang cara-cara.
Manakala ‘metodologi penyelidikan’ adalah ilmu tentang cara melakukan penelitian. Kaedah
yang digunakan untuk tugasan ini akan dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Kaedah Pengumpulan Data (soal selidik)- Kaedah soal selidik adalah


kaedah yang digunakan oleh seseorang individu tersebut bertujuan untuk
menyelesaikan sesuatu tugas tententu melalui mendapatkan keterangan atau
pendirian secara lisan daripada respoden dengan bercakap-cakap sambal
berhadapan dengan responded tersebut. Kaeddah ini merupakan pembantu
utama kepada kaedah pemerhatian. Mereka yang akan disoal selidik adalah 20
ibu bapa tentang pendapat mereka terhadap Sekolah Agama pada zaman
moden ini. Jenis soal selidik yang akan dijalankan adalah secara ‘informal’ dan
menyerupai satu perbualan sosial untuk mewujudkan hubungan mesra dengan
responden. Tujuan soal selidik akan dijelaskan kepada responden dan
dimulakan dengan soalan yang mudah dan kurang sensitif.
ii. Kaedah Analisis Data (komparatif)- Kaedah Komparatif bermaksud membuat
kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap beberapa data yang
diperoleh dalam penyelidikan. Melalui kaedah ini, segala data dan maklumat
yang didapati akan dibandingkan antara satu sama lain dan seterusnya akan
dibuat kesimpulan. Daripada keterangan-keterangan diatas mengenai kaedah-
kaedah yang akan digunakan dalam penyelidikan ini, adalah diharapkan akan
menghasilkan penemuan ini sebagai kajian yang tepat, memuaskan dan tidak
dapat dipertikaikan.

You might also like