You are on page 1of 7

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3
SR AGAMA BERSEPADU KERAJAAN JOHOR
DAERAH SEGAMAT

MINIT MESYUARAT SEKSYEN PANITIA MATA PELAJARAN KSSR BIL 1


(TAHUN 2017)

Tarikh : 09 Januari 2017


Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En.Faizal bin Yunos
Kehadiran (Bilangan) : 14/15 orang
Turut Hadir (Jika ada) : Pn.Hjh Norshakilla binti Mahad (Cuti Sakit)

Hadir :
1. Pn.Hjh Munjiah binti Mohd Musuri (Guru Besar)
2. En.Faizal bin Yunos (PK Pentadbiran)
3. Pn.Fuzillah binti Mahad (PK Hal Ehwal Murid)
4. Pn.Aishah binti Mohideen (KP Bahasa Melayu)
5. Pn.Zanariah binti Ab.Satar (KP Bahasa Inggeris)
6. Pn.Siti Aminah binti Mohamad Kamilan (KP Matematik)
7. En.Mohd Faizal bin Dawet@Daud (KP Sains)
8. Pn.Zuhaila binti Idris (KP Pendidikan Agama Islam)
9. Pn.Anisanizah binti Wakijo (KP Bahasa Arab)
10. Pn.Fazlina binti Mahmud (KP Dunia Seni Visual)
11. Pn.Zuraida binti Amat Senin (KP Pendidikan Jasmani &
Kesihatan)
12. En.Mohamad Hafizuddin bin Mohamed Tahir (KP Sejarah)
13. Pn.Noor Aziah binti Ismail (KP RBT & TMK)
14. Pn.Rizawati binti Jamaludin (KP Dunia Muzik)

AGENDA MESYUARAT

1
3.1 PERUTUSAN PENGERUSI
3.1.1 Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran ketua-ketua
panita mata pelajaran KSSR dalam mesyuarat Seksyen Panitia Mata Pelajaran
kali pertama tahun 2017. Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab, al
Fatihah.
3.1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada ketua panitia
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang baharu dilantik iaitu:
Pn.Zuraida binti Amat Senin.
3.1.3 Pengerusi meminta agar Seksyen Panitia Mata Pelajaran untuk cuba
mengadakan minit mesyuarat bil.2 dan 3 secara berasingan bagi panitia mata
pelajaran KSSR dan KSAKJ.
3.1.4 Pengerusi turut memberitahu bahawa bagi tahun 2017, Program Kecemerlangan
Sekolah hendaklah diperkasakan oleh Seksyen Panitia Mata Pelajaran bagi
membantu Seksyen Kecemerlangan Akademik. Selain itu, senarai program
kecemerlangan yang dirancang hendaklah menggunakan pekeliling yang
diadaptasi daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
Makluman : Semua ahli

3.2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.2.1 Cadangan diterima : Pn.Anisanizah binti Wakijo
Sokongan : Pn.Siti Aminah binti M.Kamilan
Keputusan : Diterima sebulat suara
Makluman : Semua ahli

3.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.3.1 En.Mohamad Hafizuddin bin Mohamed Tahir memberitahu bahawa pada minit
mesyuarat yang lalu berakhir pada jam 11.00 pagi sedangkan mesyuarat
dimulakan pada jam 12.30 tengah hari.
3.3.2 Pengerusi mengingatkan supaya dibetulkan masa tamat mesyuarat tersebut
untuk difailkan.
Makluman : Penyelaras Seksyen Panitia Mata
Pelajaran

3.4 FOKUS MESYUARAT

2
3.4.1 Program Kecemerlangan UPSR :
3.4.1.1 Panitia Bahasa Melayu;
3.4.1.1.1 Merujuk kepada Program Citra Bahasa Melayu, panitia Bahasa
Melayu akan mengeluarkan pamplet tentang info-info Bahasa Melayu
kepada murid.
3.4.1.1.2 Program Memartabatkan Bahasa Melayu 1M1P seperti simpulan
bahasa di susur gajah, akan diceriakan dan ditambahbaik lagi bagi
tahun 2017.
3.4.1.1.3 Program Perkongsian Rakan Sejawat.
Pengerusi meminta agar program ini direalisasikan pada tahun ini
dengan berpandukan format yang telah diberi oleh En.Abd Razak bin
Mat Yasin dan buat senarai semak bagi rakan sejawat yang telah
melaksanakannya untuk dibentangkan pada mesyuarat yang akan
datang.
3.4.1.1.4 Program PLC Guru Bahasa Melayu (Teknik Penandaan) akan
diteruskan lagi pada tahun ini.
3.4.1.1.5 Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Segamat 2017, akan
masukkan sekali penyertaan bagi acara Bicara Berirama.
3.4.1.1.6 Pihak pentadbiran bersetuju dan meminta Panitia Bahasa Melayu
memilih program untuk dilaporkan.
Makluman : Panitia Bahasa
Melayu

3.4.1.2 Panitia Bahasa Inggeris ;


3.4.1.2.1 Belum bersedia untuk membentangkan.
Makluman : Panitia Bahasa
Inggeris

3.4.1.3 Panitia Sains ;


3.4.1.3.1 Bengkel Teknik Menjawab Sains bagi tahun 2017 akan diteruskan
lagi dimana ianya akan diadakan sebanyak 2 kali dalam setahun.
3.4.1.3.2 Kelab Persatuan Sains dan Matematik akan memperkasakan lagi
pelbagai aktiviti.

3
3.4.1.3.3 Kursus Penataran Mata Pelajaran Sains Tahun 1 2017 akan
dibincangkan dalam mesyuarat panitia Sains untuk berkongsi bahan
maklumat yang diterima.
3.4.1.3.4 Tiada sebarang acara yang dipertandingkan di peringkat zon bandar
mahupun daerah.
3.4.1.3.5 Pengerusi mengingatkan agar mata pelajaran yang mendapat 100%
dalam UPSR 3 tahun berturut-turut, menerima sijil kecemerlangan
daripada pihak sekolah.
Makluman : Panitia
Sains

3.4.1.4 Panitia Matematik ;


3.4.1.4.1 KSSR : Kuiz Matematik akan dijalankan sekali dalam sebulan.
3.4.1.4.2 UPSR : Bengkel Teknik Menjawab Matematik akan diadakan tiga
kali dalam setahun dengan topik yang berbeza-beza.
3.4.1.4.3 Perkasakan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
dikalangan guru-guru.
3.4.1.4.4 Pengerusi meminta supaya jadual Kelas Hikmah sedia ada dipatuhi
dahulu dan jika ada modul lain boleh dicadangkan kemudian.
Makluman : Panitia
Matematik

3.4.1.5 Panitia Pendidikan Islam ;


3.4.1.5.1 Program Tahfiz Muda akan dilaksanakan untuk MTQSS di peringkat
sekolah pada bulan Februari.
3.4.1.5.2 Program Pemantapan Jawi akan terus diperkasakan lagi sama ada
di peringkat guru-guru mahupun murid.
3.4.1.5.3 Pengerusi meminta agar panitia Pendidikan Islam berkolaborasi
dengan Seksyen Ko-akademik bagi acara-acara yang sama.
Makluman : Panitia Pendidikan
Islam

3.4.1.6 Panitia Bahasa Arab ;

4
3.4.1.6.1 Program untuk menambah bahan ilmiah / label akan terus
diceriakan dan dipergiatkan lagi, terutamanya di Balai Islam sekolah.
Makluman : Panitia Bahasa
Arab

3.4.1.7 Panitia TMK ;


3.4.1.7.1 Modul Tahun 1 telah ada unsur TMK bagi tahun 2017 berbanding
Tahun 4 yang tidak ada TMK.
3.4.1.7.2 Pengerusi meminta panitia TMK untuk mengadakan sesi taklimat atau
penataran berkaitan dengan elemen TMK yang digabungkan dengan
ICT. Misalnya Program Pemantapan Aplikasi Modul untuk guru tahun
1 sahaja.
3.4.1.7.3 Slot terakhir bagi Program Transisi yang hendak dimasukkan elemen
pengenalan TMK bolehlah berkolaborasi dengan Seksyen Bimbingan
dan Kaunseling.
Makluman : Panitia
TMK

3.4.1.8 Panitia Dunia Seni Visual ;


3.4.1.8.1 Projek Kesenian Tahun 1 akan dijalankan dua kali dalam setahun.
Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu, bagi mata pelajaran Dunia
Seni Visual ( Pameran Seni) dan mata pelajaran Muzik
(Persembahan Seni).
3.4.1.8.2 Tiada sebarang maklum balas berkaitan dengan penyertaan bagi
Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Pertandingan Reka Cipta
Bahan Buangan (Tahap 2) yang disertai bagi tahun 2016.
3.4.1.8.3 Penyertaan di peringkat luar akan diteruskan lagi bagi tahun 2017.
Makluman : Panitia Dunia Seni
Visual

3.4.1.9 Panitia Sejarah ;


3.4.1.9.1 Johan Pertandingan Keceriaan & Pencahayaan sempena
Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2016.

5
3.4.1.9.2 Program Lawatan Sejarah dicadangkan untuk dilaksanakan
sebelum puasa (disasarkan untuk murid Tahun 6).
Makluman : Panitia
Sejarah

3.4.1.10 Panitia Muzik ;


3.4.1.10.1 Nyanyian Lagu Muafakat Johor hendaklah diperdengarkan kepada
murid pada perhimpunan harian ketika murid berjalan masuk ke bilik
darjah, waktu rehat di kantin dan di dalam acara-acara rasmi yang
lain.
Makluman : Panitia
Muzik

3.5 HAL-HAL LAIN


3.5.1 Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.

3.6 UCAPAN PENANGGUHAN


3.6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua panitia kerana
menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia
sekolah.
3.6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................... ..................................
(Pn.Aishah binti Mohideen) (En.Faizal bin Yunos)
Penyelaras Seksyen Panitia Mata Pelajaran, PK Pentadbiran,
SR Agama Bersepadu Segamat. SR Agama Bersepadu Segamat.

Disahkan oleh :

......................................................
(Hjh Munjiah binti Mohd Musuri)
Guru Besar

6
SR Agama Bersepadu Segamat.

You might also like