You are on page 1of 8

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3
SR AGAMA BERSEPADU KERAJAAN JOHOR
DAERAH SEGAMAT

MINIT MESYUARAT SEKSYEN PANITIA MATA PELAJARAN KSSR BIL 1


(TAHUN 2018)

Tarikh : 22 Januari 2017


Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn.Fuzillah binti Mahad
Kehadiran (Bilangan) : 15/15 orang
Turut Hadir (Jika ada) :-

Hadir :
1. Pn.Fuzillah binti Mahad (Guru Besar)
2. Pn.Norshakilla binti Mahad (PK Pentadbiran)
3. Pn.Fatimahawa binti Muhammad (PK Hal Ehwal Murid)
4. Pn.Aishah binti Mohideen (KP Bahasa Melayu)
5. Pn.Zanariah binti Ab.Satar (KP Bahasa Inggeris)
6. Pn.Siti Aminah binti Mohamad Kamilan (KP Matematik)
7. En.Mohd Faizal bin Daud (KP Sains)
8. Pn.Zuhaila binti Idris (KP Pendidikan Agama Islam)
9. Pn.Anisanizah binti Wakijo (KP Bahasa Arab)
10. Pn.Fazlina binti Mahmud (KP Dunia Seni Visual)
11. Pn.Zuraida binti Amat Senin (KP Pend. Jasmani & Kesihatan)
12. En.Mohamad Hafizuddin bin Mohamed Tahir (KP Sejarah)
13. En.Mohd Faizal bin Daud (KP RBT & TMK)
14. Pn.Rizawati binti Jamaludin (KP Dunia Muzik)

1
____________________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

AGENDA MESYUARAT

3.1 PERUTUSAN PENGERUSI


3.1.1 Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran ketua-ketua
panita mata pelajaran KSSR dalam mesyuarat Seksyen Panitia Mata Pelajaran
kali pertama tahun 2018. Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab, al
Fatihah.
3.1.2 Pengerusi turut mengingatkan bahawa bagi tahun 2018, setiap panitia hendaklah
menyumbang idea-idea baharu untuk meningkatkan kecemerlangan bagi panitia
masing-masing.
Makluman : Semua ahli

3.2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.2.1 Cadangan diterima : Pn.Anisanizah binti Wakijo
Sokongan : Pn.Fazlina binti Mahmud
Keputusan : Diterima sebulat suara
Makluman : Semua ahli

3.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.3.1 Perkara 4.1 (Dasar-dasar kerajaan):
- Fail Ebrm akan dihentikan pengeluaran secara hard copy tetapi bersedia jika
ada pemantauan daripada pihak luar.
- RPT hendaklah dikumpul oleh setiap Ketua Panitia masing-masing.
- Perbelanjaan Perkapita untuk tahun 2018 (belum diterima).
3.3.2 Peperiksaan (KSSR):
- Bagi tahun 2018 hanya dua peperiksaan sahaja dijalankan untuk
mengurangkan kos dan tiada lagi ujian bulanan.
- Sasaran dikhususkan kepada Pentaksiran Bilik Darjah.
- Jadual Pembina Item Soalan terbaharu akan dikeluarakan.

2
________________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

3.3.3 Jadual Waktu:


- Bagi subjek Sains Tahun 1, akan ditambah kepada 4 kredit.
- Subjek Pendidikan Kesenian diperingkat sekolah pula, masih lagi diasingkan
untuk subjek seni dan muzik.
- Jadual Penyeliaan Pemantauan Pdpc dan Pencerapan Buku Tulis akan
diedarkan.
- Bagi subjek Seni, boleh menggunakan borang pencerapan buku tulis.
3.3.4 Perincian Headcount:
- Laporan aktiviti bagi tahun 2017 perlu dibuat untuk dua salinan.
3.3.5 Panitia 2018:
- Minta Seksyen Panitia Mata pelajaran untuk menjemput pihak luar bagi sesi
Micro Teaching berkaitan pembelajaran Abad ke-21.
- Cadangan untuk sesi LADAP (En.Razak).
3.3.6 Penggunaan BLA:
- Optimumkan latihan dan penandaan buku (boleh ditanda bersama-sama muri).
- Penggunaan buku jalan raya (PKJR) seminggu sekali dan ditulis dalam Ebrm
(30 minit) sebagai tambahan dalam aktiviti guru.
3.3.7 Program Pagi Panitia:
- Penggunaan buku PKJR dicadangkan semasa sesi program pagi panitia.
3.3.8 Kelas Tambahan UPSR:
- Kelas Tambahan UPSR akan dijalankan pada bulan Mei.
3.3.9 Fail Panitia:
- Fail Panitia bagi tahun 2018 hendaklah dilengkapkan untuk semakan pihak
pentadbiran.
- Bagi subjek Sejarah, Muzik dan Seni, hanya satu fail sahaja perlu disediakan.
3.4.0 Kertas Soalan KSSR:
- Kertas soalan KSSR mestilah dipulangkan kepada semua murid.

3
Makluman : Penyelaras Seksyen Panitia
Mata Pelajaran dan semua ahli
________________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

3.4 FOKUS MESYUARAT

3.4.1 Program Kecemerlangan UPSR :

3.4.1.1 Panitia Bahasa Melayu;


3.4.1.1.1 Duit Perkapita PCG akan digunakan sebaik-baiknya untuk tujuan
pembelian bahan-bahan bantu belajar murid.
3.4.1.1.2 Program PLC Guru Bahasa Melayu (pengajaran berpasangan / rakan
dan kongsi) akan dilaksanakan pada tahun ini.
3.4.1.1.3 Sudut bahasa di dalam bilik darjah perlu disediakan oleh guru.
Makluman : Panitia Bahasa
Melayu

3.4.1.2 Panitia Bahasa Inggeris ;


3.4.1.2.1 Aktiviti akan dijalankan ketika sesi program pagi panitia.
Makluman : Panitia Bahasa
Inggeris

3.4.1.3 Panitia Sains ;


3.4.1.3.1 Fokus untuk murid-murid yang masih tidak dapat menguasai fakta
sains.
3.4.1.3.2 Memperkasakan aktiviti untuk memaparkan carta atau bahan sains
yang berlabel dan hands on.
3.4.1.3.3 Pertandingan “Roket Air” dicadang akan dijalankan pada sambutan
bulan Kebangsaan.
Makluman : Panitia Sains

4
___________________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

3.4.1.4 Panitia Matematik ;


3.4.1.4.1 Fokus untuk penguasaan Sifir.
3.4.1.4.2 Perkasakan penguasaan Sifir bagi kedua-dua tahap terutamanya bagi
murid-murid yang lemah.
3.4.1.4.3 Cadangan aktiviti ialah ketika program pagi panitia.
Makluman : Panitia
Matematik

3.4.1.5 Panitia Pendidikan Islam ;


3.4.1.5.1 Program Pemantapan Jawi, Kem Bistari Solat dan Kelas Khat akan
terus diperkasakan lagi tahun ini.
3.4.1.5.2 Pengerusi meminta agar panitia Pendidikan Islam berkolaborasi
dengan Panitia Al Qur’an agar semua murid pandai bertarannum
sebagaimana misi Jabatan Agama Islam Johor.
Makluman : Panitia Pendidikan
Islam

3.4.1.6 Panitia Bahasa Arab ;


3.4.1.6.1 Program untuk menambah bahan ilmiah / label akan terus diceriakan
dan dipergiatkan lagi, terutamanya di surau sekolah.
Makluman : Panitia Bahasa
Arab

5
3.4.1.7 Panitia TMK ;
3.4.1.7.1 Menyahut cabaran untuk menyertai kumpulan penanda (road show)
ke sekolah luar.
3.4.1.7.2 Program Teknik Jawab Soalan akan cuba dilaksanakan tahun ini.
3.4.1.7.3 Fokus pada murid yang lemah (belum menguasai basic word).
Makluman : Panitia
TMK

____________________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

3.4.1.8 Panitia Dunia Seni Visual ;


3.4.1.8.1 Projek Kesenian Tahun 2 pula akan dijalankan pada tahun ini iaitu,
Dunia Seni Visual ( Pameran Seni) dan Muzik (Persembahan Seni).
3.4.1.8.2 Penyertaan Ko-kurikulum sama ada di peringkat sekolah mahupun
luar akan diteruskan lagi tahun ini.
3.4.1.8.3 Cadangan untuk menggunakan Bilik RBT sebagai salah satu lokasi
sesi Pdpc Seni.
Makluman : Panitia Dunia Seni
Visual

3.4.1.9 Panitia Sejarah ;


3.4.1.9.1 Sifar gagal bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 untuk subjek Sejarah.
3.4.1.9.2 Program Lawatan Sejarah dicadangkan ke Pontian pada tahun ini.
3.4.1.9.3 Pelbagai program akan disusun sempena sambutan Bulan
Kebangsaan.
Makluman : Panitia
Sejarah

3.4.1.10 Panitia Muzik ;

6
3.4.1.10.1 Fokus kepada penggunaan alatan muzik kerana kebanyakan murid
tahap 1 yang masih tidak mengenali alatan muzik.
3.4.1.10.2 Pengerusi mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan
note sebagai persediaan untuk digunakan bagi acara atau
persembahan tertentu.
3.4.1.10.3 Bilik Muzik perlu disesuaikan dengan bahan-bahan yan lebih memberi
manfaat kepada murid.
3.4.1.10.4 Pengerusi meminta panitia muzik untuk mewujudkan pasukan sorak.
Makluman : Panitia
Muzik

____________________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

3.4 HAL-HAL LAIN


3.4.1 Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.
3.4.2 En.Hafizuddin bin Mohamed Tahir mencadangkan untuk mewujudkan pasukan
koir sekolah untuk majlis rasmi di peringkat sekolah.

3.5 UCAPAN PENANGGUHAN


3.5.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua panitia kerana
menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia
sekolah bagi tahun 2018.
3.5.2 Guru-guru mestilah prihatin terhadap murid-murid yang lemah dan mengambil
tindakan terutamanya terhadap subjek teras.
3.5.3 Tanggungjawab semua guru untuk menghasilkan murid yang seimbang daripada
segi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah ke arah kecemerlangan.
3.5.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

7
Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................... ..........................................................
(PN.AISHAH BINTI MOHIDEEN) (PN.NORSHAKILLA BINTI
MAHAD)
Penyelaras Seksyen Panitia Mata Pelajaran, PK Pentadbiran,
SR Agama Bersepadu Segamat. SR Agama Bersepadu Segamat.

Disahkan oleh :

..................................................
(PN.FUZILLAH BINTI MAHAD)
Guru Besar
SR Agama Bersepadu Segamat.

_______________________________________________________________________
SR SG 027 – Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00

You might also like