You are on page 1of 124

PENGESAHAN PENYELIA

Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca laporan projek ini dan pada
pandangan saya/kami* laporan projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti
untuk tujuan penganugerahan Ijazah/ Sarjana / Doktor Falsafah
Sains (Pengurusan Pembinaan)

Tandatangan :
Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof
Tarikh : APRIL 2006

* Potong yang tidak berkenaan


RISIKO DAN PENGURUSANNYA DALAM PEMBINAAN:
PERSPEKTIF KONTRAKTOR

ASLILA BT. ABD. KADIR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Sains
(Pengurusan Pembinaan)

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006
ii

“Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”
iii

Istimewa untuk....

Suami yang disayangi;


Amran b. Muharam

dan

Anak-anak;
Amran Afieq
&
Amran Hazeem

serta

Semua ahli keluarga

Terima kasih di atas segala dorongan, pengorbanan dan sentiasa memahami.


PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyanyang

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Dr. Aminah Binti Md Yusof selaku penyelia kajian, yang telah banyak
membantu, membimbing dan memberi dorongan disepanjang tempoh kajian ini.

Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan sekerja di Kolej Teknologi Binaan


YPJ di atas segala pertolongan dan bantuan yang diberikan secara berterusan
sehinggalah kajian ini berjaya dihasilkan. Terima kasih juga kepada kesemua pihak
kontraktor yang memberikan kerjasama yang baik dalam penghasilan kajian ini.

Walaupun di dalam penyediaan kajian ilmiah ini penulis menghadapi


berbagai masalah, ujian yang perit dan getir serta kehilangan semangat di separuh
jalan, bimbingan, dorongan dan kerjasama anda semua telah membantu, menjayakan
kajian ini.

Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa baik anda.

Sekian, terima kasih.


v

ABSTRAK

Risiko merupakan suatu keadaan yang kejadiannya tidak dapat dipastikan


dengan tepat. Kewujudannya selalu dirujuk akan membawa kesan negatif seperti
kemusnahan atau kerugian. Dalam kerja-kerja pembinaan, kewujudan risiko selalu
dikaitkan dengan kelewatan projek serta kenaikan kos. Namun, kesan negatif ini
bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau diminimumkan. Kontraktor
sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan,
seharusnya bersedia untuk menangani risiko-risiko pembinaan bagi memastikan
kejayaan projek pembinaan. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat risiko-risiko
yang sering dihadapi oleh kontraktor dan cara mereka menguruskan risiko-risiko
tersebut. Skop kajian ini hanya tertumpu kepada risiko yang wujud ketika
pelaksanaan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu, hanya kontraktor yang berpengalaman
di sekitar Negeri Johor sahaja yang dipilih. Kajian ini dibuat meliputi semakan
literatur yang berkaitan, diikuti dengan pengedaran borang soal selidik kepada
kontraktor. Data-data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan kaedah
SPSS. Hasilnya dapat diketahui bahawa kontraktor sememangnya sedar akan
kewujudan risiko dan berpendapat risiko merupakan sesuatu yang perlu dikenalpasti
dan diuruskan. Risiko yang berkaitan dengan kewangan pula merupakan risiko yang
sering dihadapi oleh kontraktor dan ia menyumbang tahap keseriusan yang tinggi
kepada pembinaan. Bagi tujuan meminimumkan kesan risiko, kontraktor lebih
selesa untuk membuat perancangan kerja dari peringkat awal lagi. Namun, lain-lain
system pengurusan risiko turut diamalkan. Antaranya membuat analisa dari projek
lepas dan melantik perunding.
vi

ABSTRACT

Risk is a condition that cannot be identified accurately. Its existence is


always referred to a situation that can cause negative effect such as destruction or
loss. In construction works, the existence of risk is always linked to project delay or
cost increase. However, this negative effect can be avoided or minimised. As a
party who is responsible in running the construction works, contractors should be
prepared to manage construction risk as to ensure the success of the project. The
aim of the project is to examine risk that is normally faced by contractors and how
they manage the identified risk. The scope of the project focuses on the existence of
risk during the construction progress. Hence, only experience contractors within
Johor State are chosen. This project involves literature review and questionnaire
distributed to contractors. Gathered data was analysed using SPSS method. The
findings show that the contractors were fully aware of the existence of risk and
believe that risk was something that needs to be identified and managed. Risk
related to finance was type of risk that is commonly faced by the contractors and it
contributed the highest level of seriousness in construction. As a mean to minimise
the risk effect, the contractors felt comfortable to do and early work program.
However, other risk management method were also implemented, such as to do
analysis on previous project and appointed consultant.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA


SURAT
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Lampiran xv

I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Kenyataan Masalah 3
1.3 Matlamat dan Objektif 4
1.4 Skop Kajian 5
1.5 Metodologi Kajian 6
1.5.1 Kajian Literatur 6
1.5.2 Kaedah Soal Selidik 7
1.5.3 Temubual 7
1.5.4 Analisis Data 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii

BAB PERKARA MUKA


SURAT
II KONSEP RISIKO DAN PENGURUSANNYA
2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Risiko 11
2.2.1 Komponen Risiko 12
2.2.1.1 Ketidakpastian 12
2.2.1.2 Tahap Risiko 12
2.2.1.3 Punca Risiko 14
2.2.2 Klasifikasi Risiko 15
2.3 Pengurusan Risiko 17
2.3.1 Definisi Pengurusan Risiko 18
2.3.2 Objektif Pengurusan Risiko 18
2.3.3 Proses Pengurusan Risiko 19
2.3.3.1 Mengenalpasti Risiko 20
2.3.3.2 Analisa Risiko 21
2.3.3.3 Tindakbalas Risiko 22
2.4 Kesimpulan 24

III PENGURUSAN RISIKO DALAM PEMBINAAN


3.1 Pengenalan 25
3.2 Proses Pembangunan Projek Pembinaan 26
3.3 Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Pembinaan 28
3.4 Risiko-Risiko Pembinaan 29
3.4.1 Bencana Alam 30
3.4.2 Keadaan Tanah 30
3.4.3 Bahan Binaan 33
3.4.4 Buruh 34
3.4.5 Peralatan dan Jentera 34
3.4.6 Kemalangan dan Kecederaan 35
3.4.7 Pengetahuan Teknikal dan Mutu Kerja 35
3.4.8 Kelewatan 36
ix

BAB PERKARA MUKA


SURAT

III PENGURUSAN RISIKO DALAM PEMBINAAN


3.4.9 Kewangan 37
3.4.10 Pengurusan 37
3.4.11 Keadaan Ekonomi 38
3.4.12 Sosial dan Politik 38
3.5 Tindakbalas Terhadap Pengurusan Risiko 39
3.5.1 Tindakan Pencegahan 40
3.5.2 Tindakan Pembetulan 40
3.6 Kesimpulan 43

IV PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS AWAL


4.1 Pengenalan 44
4.2 Rekabentuk Kajian 45
4.3 Penyediaan Borang Soal Selidik 46
4.4 Pemilihan Responden Untuk Kajian 48
4.5 Pengumpulan Data Kajian 49
4.5.1 Kaedah Pengedaran Borang Soal Selidik 50
4.5.2 Temubual 51
4.6 Penyusunan dan Pemindahan Data 52
4.7 Kaedah Penganalisaan Data 52
4.8 Masalah Yang Dihadapi 53
4.9 Analisis Awalan 55
4.9.1 Analisis Agihan dan Maklumbalas Responden 55
4.9.2 Analisis Latar Belakang Responden 57
4.9.2.1 Kelas Pendaftaran PKK dan CIDB 57
4.9.2.2 Pengalaman Responden 59
4.9.2.3 Bilangan Projek Dalam Tempoh 60
Lima (5) Tahun
4.9.3 Kesimpulan 61
x

BAB PERKARA MUKA


SURAT

V ANALISIS TERPERINCI:
RISIKO DALAM PELAKSANAAN PEMBINAAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Kesedaran dan Persepsi Kontraktor Terhadap 63
Risiko
5.3 Risiko Yang Sering Dihadapi Oleh Kontraktor 64
5.3.1 Jenis-Jenis Risiko 65
5.3.1.1 Analisis Risiko Pembinaan 68
5.3.1.2 Analisis Risiko Peruntukkan 69
Kontrak
5.3.1.3 Analisis Risiko Kewangan 71
5.3.1.4 Analisis Risiko Rekabentuk 72
5.3.1.5 Analisis Risiko Alam Sekitar 73
5.4 Analisis Tahap Risiko 74
5.4.1 Analisis Sumber Kewangan Kontraktor 77
5.4.2 Analisis Risiko Kelewatan Pembayaran 79
Kemajuan
5.4.3 Analisis Risiko Aliran Tunai Kontraktor 80
5.4.4 Analisis Masalah Subkontraktor 81
5.4.5 Analisis Kelewatan Bahan Binaan 83
5.5 Analisis Pengurusan Risiko 84
5.6 Kesimpulan 86
xi

BAB PERKARA MUKA


SURAT

VI RUMUSAN DAN CADANGAN


6.1 Pengenalan 88
6.2 Rumusan dan Penilaian Kajian 89
6.3 Penilaian Objektif-Objektif Kajian 90
6.3.1 Objektif 1 : Mengenalpasti Kesedaran dan 91
Pandangan Kontraktor Tentang Risiko
Dalam Pembinaan
6.3.2 Objektif 2 : Mengkaji dan Mengenalpasti 92
Jenis-Jenis Risiko Yang Sering Dihadapi
Oleh Kontraktor Serta Menganalisis Tahap
Keseriusan Risiko Tersebut
6.3.3 Objektif 3 : Mengenalpasti Kaedah 93
Pengurusan Risiko Yang Diamalkan Oleh
Kontraktor Dalam Mengurangkan Kesan
Risiko
6.4 Kesimpulan 94
6.5 Cadangan Penyelidikan Akan Datang 95

RUJUKAN 96
LAMPIRAN A 100
xii

SENARAI JADUAL

NO MUKA
TAJUK
JADUAL SURAT
2.1 Sumber maklumat bagi mengenalpasti risiko yang 21
mungkin dihadapi
3.1 Kategori risiko pembinaan 31
3.2 Risiko-risiko pembinaan 32
5.1 Persepsi responden terhadap risiko 63
5.2 Kaedah mengenalpasti risiko 64
5.3 Nilai purata min bagi setiap jenis risiko 76
5.4 Kaedah pengurusan risiko oleh kontraktor 85
6.1 Risiko dan tahap risiko 93
6.2 Ringkasan penemuan kajian terhadap
94
pengurusan risiko kontraktor
xiii

SENARAI RAJAH

NO MUKA
TAJUK
RAJAH SURAT
1.1 Carta alir metodologi 9
2.1 Kategori risiko berdasarkan kombinasi kekerapan 13
kerugian dan ketenatan kerugian
2.2 Proses pengurusan risiko 20
3.1 Asas pembahagian risiko 42
4.1 Maklumbalas responden 56
4.2 Analisa borang soal selidik 56
4.3 Pendaftaran PKK 58
4.4 Pendaftaran CIDB 58
4.5 Pengalaman responden 59
4.6 Bilangan projek yang berjaya diuruskan oleh 60
responden
5.1 Kesedaran responden terhadap kewujudan risiko 63
5.2 Kekerapan risiko yang dihadapi oleh pihak 67
kontraktor
5.3 Risiko-risiko pembinaan 69
5.4 Risiko-risiko peruntukan kontrak 70
5.5 Risiko-risiko kewangan 71
5.6 Risiko-risiko rekabentuk 72
5.7 Risiko-risiko alam sekitar 74
5.8 Cadangan ketetapan tahap risiko 75
xiv

NO MUKA
TAJUK
RAJAH SURAT

5.9 Tahap keseriusan risiko mengikut turutan 77


5.10 Tahap risiko sumber kewangan kontraktor 78
5.11 Tahap risiko kelewatan pembayaran kemajuan 79
5.12 Tahap risiko aliran tunai kontraktor 81
5.13 Tahap risiko kepada masalah sub kontraktor 83
5.14 Tahap risiko kelewatan bahan binaan 84
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA


SURAT

A Borang Soal Selidik 100


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana


pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan,
pembuatan dan perkhidmatan. Krisis ekonomi pada pertengahan tahun 1997 telah
menyebabkan sektor pembinaan ini terjejas teruk dan bahangnya masih terasa hingga
kini. Mengikut Laporan Ekonomi 2004/05, pada tahun 2004 ekonomi Malaysia telah
berkembang kepada 7.1% dan ini merupakan pertumbuhan paling pesat sejak tahun
2000. Namun, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akthar
Aziz semasa mengumumkan prestasi KDNK bagi suku kedua tahun 2005, sektor
pembinaan ini terus merosot bagi lima suku tahunan dan pada suku kedua tahun
2005 ini, ia telah merosot kepada 2 peratus.

Umumnya, pembangunan sesuatu negara itu dilihat dari segi pembangunan


infrastrukturnya. Ini membuatkan industri binaan begitu berkait rapat dengan
ekonomi negara. Industri binaan merupakan kerja-kerja pembinaan yang berkaitan
dengan bangunan dan kejuruteraan awam. Merujuk kepada Akta Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) di bawah Seksyen 2,
Bahagian 1, industri pembinaan ditakrifkan sebagai “ …pembinaan, penyambungan,
2

pemasangan, pembaiki, penyenggaraan, pembaharuan, pengalihan,


pengubahsuaian, pemindaan, peruntuhan dan perobohan;
a) sebarang bangunan, binaan, struktur, dinding, pagar atau lubang asap;
b) sebarang jalan, kerja pelabuhan, jalan keretapi, laluan kabel, terusan
atau lapangan terbang;
c) sebarang longkang, perparit atau kerja-kerja kawalan sungai;
d) sebarang kerja elektrikal, mekanikal, air, gas, kerja petrokimia atau kerja
telekomunikasi; atau
e) sebarang jambatan, viadak, empangan, takungan air, kerja tanah,
saluran paip, akuaduk, longkang, parit pembentung atau kerja tebus
guna….”

Daripada takrifan tersebut, jelas memperlihatkan bahawa bidang industri ini adalah
luas serta tidak terhad kepada kerja-kerja pembinaan sahaja dan biasanya ia
mengambil masa yang lama untuk disempurnakan.

Menurut Flanagan dan Norman (1993), proses pembangunan pembinaan ini


mengambil masa yang panjang bermula dari kajian kemungkinan hinggalah kepada
penyiapan projek. Proses pembangunan yang dimaksudkan ini, meliputi empat (4)
fasa iaitu konsep, perancangan, pembinaan dan penyiapan. Seterusnya, menurut
mereka lagi, proses pembangunan pembinaan ini melibatkan banyak pihak dari
pelbagai kemahiran serta melibatkan aktiviti yang kompleks. Situasi ini telah
menyumbang kepada risiko dalam pembinaan yang memungkinkan sesuatu projek
itu mengalami kerugian atau kelewatan.

Menyedari risiko sebagai elemen yang perlu dihadapi oleh setiap pihak dalam
pembangunan projek, maka ia perlu diuruskan dengan baik dan berkesan. Secara
amnya, risiko boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang tidak pasti akan berlaku dan
sekiranya berlaku, ia boleh membawa kepada kerugian atau kerosakan. Dalam
konteks pembinaan, risiko yang wujud dalam industri ini sebenarnya tidak boleh
dihapuskan, namun begitu ia boleh diminimumkan atau dialihkan kepada pihak lain
(Roozbeh, 1995). Menurut Pym dan Wideman (1987) pula, terdapat 3 jenis
3

pendekatan asas yang digunakan untuk meminimumkan risiko, iaitu melalui kaedah
pengelakan, pelencongan dan pelan tindakan luarjangka (kontigensi). Tujuan utama
pendekatan ini diambil ialah untuk mengurangkan kesan risiko ke atas produktiviti,
prestasi, kualiti dan belanjawan projek.

Walaupun menyedari industri binaan ini berisiko, namun masih ramai lagi
kontraktor yang selesa untuk menyertai bidang ini. Ramai di antara mereka yang
telah mencatat kejayaan, namun tidak kurang juga yang menghadapi kegagalaan.
Kejayaan seorang kontraktor dalam perniagaannya adalah bergantung kepada
keupayaan syarikat tersebut menguruskan risiko. Menurut Roozbeh (1995),
pengurusan risiko dalam syarikat pembinaan adalah penting kerana ia boleh
mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat. Maka, bagi menjamin kejayaan
projek, banyak faktor yang perlu dinilai sebelum membuat sebarang keputusan
secara cepat dan tepat. Antaranya adalah kos, keuntungan, pengurusan serta
kewangan. Ini kerana menurut Turner (1993), sesuatu projek itu dianggap berjaya
apabila ia dapat disiapkan mengikut kos, masa dan kualiti yang telah ditentukan.
Adalah diharapkan dengan adanya pengurusan risiko yang baik, ketiga-tiga objektif
tersebut akan dicapai. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi
mengenalpasti jenis-jenis risiko yang sering dihadapi oleh kontraktor serta cara
pengurusannya dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

1.2 Kenyataan Masalah

Seperti yang telah diperjelaskan, pembangunan projek pembinaan


sememangnya tidak dapat lari dari berhadapan dengan risiko. Risiko mula wujud
apabila klien bercadang untuk melaksanakan sesuatu pembinaan. Jenis dan tahap
risiko yang dihadapi ini biasanya berbeza-beza mengikut fasa pembinaan tersebut.
Diantara fasa-fasa tersebut, fasa pembinaan merupakan fasa yang paling sukar kerana
pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya untuk merealisasikan kehendak
4

klien. Oleh itu, kontraktor perlu memastikan tanggung jawab tersebut terlaksana
dengan baik.

Ini secara tidak langsung menyebabkan kontraktor menghadapi risiko yang


lebih tinggi berbanding pihak lain. Persoalannya apakah jenis risiko yang sering
dihadapi oleh kontraktor dalam merealisasikan kehendak klien ini? Apakah pula
kaedah pengurusan yang diambil bagi meminimumkan kesan sesuatu risiko keatas
projek? Kajian perlu dibuat untuk mengupas persoalan tersebut agar jawapan dapat
diberikan

1.3 Matlamat dan Objektif

Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji risiko-risiko yang sering dihadapi
oleh pihak kontraktor semasa pelaksanaan kerja-kerja pembinaan serta cara
pengurusannya. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif telah
dibentuk, iaitu;
i. Mengenalpasti kesedaran dan pandangan kontraktor tentang risiko
dalam pembinaan.
ii. Mengkaji dan mengenalpasti jenis-jenis risiko yang sering dihadapi
oleh pihak kontraktor serta menganalisis tahap keseriusan risiko
tersebut.
iii. Mengenalpasti kaedah pengurusan risiko yang diamalkan oleh
kontraktor dalam mengurangkan kesan risiko.
5

1.4 Skop Kajian

Menurut Thavarajah (2001) peringkat tender merupakan peringkat yang


paling penting dalam pengurusan risiko bagi pihak kontraktor. Ini kerana pada
peringkat tersebut, keputusan yang dibuat oleh kontraktor akan mempengaruhi
keseluruhan proses pembinaan. Kegagalan dalam pengurusan risiko akan
menyebabkan projek tersebut gagal. Salah satu punca kegagalan projek adalah
akibat sistem pengurusan yang lemah dan tidak teratur (Sulaiman, 2004). Sulaiman
dalam kajiannya menyatakan sistem pengendalian projek boleh mengurangkan risiko
dalam pembinaan. Seterusnya beliau menyarankan penggunaan kaedah reka bina
dapat mengurangkan risiko pembinaan.

Bagi Hasnol (2002), pembelian bon pelaksanaan oleh kontraktor merupakan


satu satu medium yang digunakan untuk memindahkan risiko. Bon berfungsi untuk
melindungi pemilik projek daripada kerugian akibat kegagalan kontraktor
menyiapkan kerja mengikut spesifikasi. Namun begitu menurutnya lagi, penggunaan
bon ini lebih memihak kepada pemilik berbanding pihak kontraktor yang
menghadapi pelbagai masalah dalam pembinaan.

Sejajar dengan itu, kajian ini telah memfokuskan kepada jenis-jenis risiko
yang wujud semasa kerja-kerja pembinaan serta cara pengurusannya dari pihak
kontraktor. Bagi tujuan tersebut, responden yang dipilih terdiri daripada kontraktor
yang mempunyai pengalaman menguruskan projek dalam tempoh lima tahun
sebelum kajian iaitu dari 1999 hingga 2004. Oleh kerana proses pembangunan
projek diselubungi risiko, maka kajian ini juga menyentuh kepada jenis-jenis risiko
dalam kitar hayat pembinaan serta teknik pengurusannya secara teori dalam kajian
literatur. Disamping itu, kajian ini juga akan menyentuh tentang beberapa
peruntukan dalam borang kontrak setara yang diimplementasikan bagi meminimakan
risiko.
6

1.5 Metodologi Kajian

Bagi merealisasikan objektif kajian, penyelidikan yang dibuat perlulah


mengikuti beberapa skop kaedah yang tertentu. Isi kandungan yang akan
diketengahkan adalah berasaskan objektif kajian yang diterangkan sebelum ini.
Rajah 1.1 menunjukkan carta alir proses-proses yang telah dijalankan dalam kajian
ini.

1.5.1 Kajian Literatur

Metodologi kajian ini bermula dari peringkat kajian literatur yang dilakukan
bagi mendapatkan tajuk kajian yang sesuai. Kajian literatur ini dibuat bagi
mendapatkan latar belakang masalah yang ingin dikaji untuk menentukan matlamat,
objektif dan skop kajian. Kajian literatur dilakukan dengan menyelidiki buku-buku,
majalah, keratan akhbar, internet, jurnal dan tesis. Data yang dikumpul daripada
kajian literatur ini akan menjadi rujukan ketika membentuk soalan dalam borang soal
selidik.

Peringkat seterusnya ialah membuat kajian empirikal untuk mendapatkan


data utama atau juga dikenali sebagai data primer. Kajian empirikal dijalankan untuk
mengenalpasti jenis-jenis risiko dalam pembinaan dan cara pengurusannya oleh
pihak kontraktor. Kajian empirikal dibuat melalui dua kaedah iaitu soal selidik dan
temubual.
7

1.5.2 Kaedah Soal Selidik

Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan data secara praktikal iaitu keadaan
sebenar yang berlaku dan berdasarkan pengalaman responden. Melalui kaedah soal
selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini diperolehi. Borang soal
selidik ini akan diedarkan kepada kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja-
kerja pembinaan di dalam Negeri Johor. Untuk mempraktikkan kaedah tersebut
beberapa langkah perlu dituruti iaitu bermula dengan perancangan awal,
pengumpulan data sekunder, penyediaan borang soal selidik berdasarkan data
sekunder, pemilihan responden, pengumpulan data primer, pemindahan data,
penganalisaan dan akhir sekali rumusan dan cadangan.

1.5.3. Temubual

Temubual dilakukan bagi memperolehi fakta-fakta yang sukar diperolehi


melalui borang soal selidik. Proses temubual ini penting untuk mendapatkan
kepastian dan maklumat terperinci tentang faktor-faktor yang dianalisis berdasarkan
maklumbalas yang diperolehi dari borang soal selidik. Maklumat ini diperolehi
melalui interaksi secara langsung dengan responden yang terdiri dari kalangan
kontraktor dan profesional yang terlibat dalam projek pembinaan.

1.5.4. Analisis Data

Data-data yang telah dikumpul, kemudian dianalisis untuk memberikan


gambaran tentang tahap risiko-risiko yang wujud serta kaedah-kaedah pengurursan
8

risiko dalam industri pembinaan. Data-data mentah yang telah dianalisis akan
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah bagi memudahkan pemahaman
pembaca. Penganalisaan data bertujuan untuk memudahkan penulis membuat
perbincangan, kesimpulan dan mengemukakan cadangan yang bersesuaian
berhubung dengan topik yang dikaji.

1.6.0 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk memenuhi beberapa


kepentingan serta boleh dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
industri binaan. Kepentingan yang dimaksudkan ialah seperti berikut;
a) mengenalpasti risiko-risiko yang sering wujud dalam industri binaan
b) menyediakan bahan-bahan berguna untuk lanjutan kepada kajian
c) menyediakan bahan rujukan untuk membantu pihak yang terbabit
dalam industri pembinaan untuk memahami cara pengurusan risiko
9

Pemahaman Awal
F
a
s
Menentukan Objektif Kajian a

1
Kajian Literatur

F
Soal Selidik Temuramah a
s
a

2
Analisis

Kesimpulan dan Cadangan

Rajah 1.1 Carta metodologi kajian


BAB II

KONSEP RISIKO DAN PENGURUSANNYA

2.1 Pengenalan

Amnya individu atau organisasi menghadapi pelbagai jenis risiko dalam


kehidupan mereka. Ini menjadikan risiko sebagai sesuatu yang lumrah dalam
kehidupan. Umumnya, apabila membincangkan risiko ia mencerminkan wujudnya
unsur-unsur ketidakpastian dengan sesuatu kejadian. Risiko selalunya dirujuk
dengan kejadian buruk atau sesuatu yang tidak menguntungkan. Begitu juga dengan
industri binaan, ia tidak terkecuali daripada mengalami risiko dalam pelaksanaannya.
Malah, industri ini merupakan satu industri yang paling terdedah kepada risiko
berbanding industri-industri lain. Bab 1 sebelum ini telah mengambarkan secara am
kewujudan risiko dalam industri binaan.

Oleh yang demikian, Bab 2 ini akan menerangkan konsep asas berkaitan
risiko secara am serta cara pengurusannya. Bab ini akan menghuraikan definisi
risiko, komponen risiko dan juga klasifikasi risiko. Bagi pengurusan risiko pula, bab
ini akan membincangkan tentang definisi pengurusan risiko, objektif pengurusan
risiko dan proses-proses yang terdapat dalam pengurusan risiko. Pada akhir bab ini,
kesimpulan terhadap risiko dan pengurusannya secara am akan dinyatakan.
11

2.2 Definisi Risiko

Perkataan risiko sebenarnya telah mula digunakan sejak pertengahan kurun


ke 18 dalam urusan transaksi insuran. Amnya risiko boleh didefinasikan sebagai
sesuatu kemungkinan berlakunya kejadian buruk atau ketidakpastian tentang
kerugian. Bagi Anuar dan Abd. Aziz (2002), risiko sebenarnya boleh memberi
pelbagai maksud mengikut masa dan keadaan dimana ia digunakan.

Menurut Greave, M.J (1983), risiko boleh ditakrifkan sebagai kemungkinan


atau kebarangkalian tidak mencapai hasil yang diharapkan atau hasilnya tidak seperti
yang diingini. Jangkaan kepada hasil ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan.
Oleh itu, risiko merupakan satu perbezaan di antara hasil sebenar dan yang
dijangkakan yang merupakan fungsi pengetahuan. Takrifan ini sejajar dengan
takrifan yang diberikan oleh Arthur, William C (1985), di mana beliau mentakrifkan
risiko sebagai perubahan di dalam keputusan-keputusan yang berlaku di dalam suatu
jangkamasa dan situasi tertentu. Begitu juga dengan Vaughan (1991) yang telah
mendefinisikan risiko dalam situasi yang hampir sama, iaitu sebagai kemungkinan
terhadap keputusan yang sebaliknya daripada keputusan yang telah dijangkakan

Manakala Kwayke (1997) pula, telah mendefinisikan risiko sebagai akibat


yang negatif yang tidak diperlukan dalam sesuatu keadaan. Akibat yang wujud itu
biasanya boleh diramal dan dikenalpasti. Kebiasaannya risiko ini memungkinkan
berlakunya kerugian (Robinson dan Lavers,1998).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan


bahawa risiko merupakan suatu keadaan di mana kejadiannya tidak dapat dipastikan
dengan tepat dan ia merupakan satu kebarangkalian keputusan yang berbeza dari apa
yang dijangkakan. Kewujudannya juga boleh menyebabkan kesan negatif seperti
kerugian atau kemusnahan.
12

2.2.1 Komponen Risiko

Dari definisi-definisi yang telah diberikan, didapati risiko itu mempunyai


unsur ketidakpastian terhadap jangkaan keputusan serta kesan terhadap sesuatu
kejadian. Menurut Lim Chee Chee (2003), terdapat tiga (3) komponen penting
dalam risiko, iaitu ketidakpastian, tahap risiko dan punca kerugian.

2.2.1.1 Ketidakpastian

Ketidakpastian wujud apabila maklumat yang lengkap tentang apa yang


berlaku pada masa depan tidak diperolehi. Ini menjadikan ketidakpastian itu sesuatu
yang tidak diketahui tentang kejadiannya. Jika kita mengetahui apa yang akan
berlaku pada masa akan datang, maka risiko tidak wujud. Dengan itu, ketidakpastian
adalah merujuk kepada keraguan terhadap masa depan.

2.2.1.2 Tahap Risiko

Tidak semua risiko mempunyai kecenderungan yang sama dari segi


kejadiannya. Sesetangah risiko berlaku lebih kerap manakala sesetengah
daripadanya jarang berlaku. Untuk mengetahui tahap risiko, terdapat dua (2) konsep
yang boleh diikuti, iaitu:
a. Kombinasi kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian
Kekerapan kerugian adalah merujuk kepada berapa kali kerugian akan
berlaku dalam suatu jangkamasa tertentu. Bagi ketenatan kerugian pula
merujuk kepada kepada berapa banyak kos yang perlu ditanggung jika
13

berlaku kerugian. Kos yang perlu ditanggung sama ada kos dari segi fizikal,
emosi ataupun kewangan. Berdasarkan kekerapan kerugian dan ketenatan
kerugian, Rajah 2.1 menunjukkan satu matriks kombinasi kekerapan kerugian
dan ketenatan kerugian. Matriks tersebut mengelaskan risiko kepada empat
(4) kategori, iaitu
i. kekerapan kerugian yang tinggi dan ketenatan kerugian yang rendah
ii. kekerapan kerugian yang tinggi dan ketenatan yang kerugian yang
tinggi
iii. kekerapan kerugian yang rendah dan ketenatan kerugian yang rendah
iv. kekerapan kerugian yang rendah dan ketenatan kerugian yang tinggi.

Kekerapan Kerugian Kekerapan Kerugian


Rendah Tinggi
Ketenatan Kerugian
(iv) (ii)
Tinggi
Ketenatan Kerugian
(iii) (i)
Rendah
Rajah 2.1 Kategori risiko berdasarkan kombinasi kekerapan kerugian dan
ketenatan kerugian

b. Konsep utiliti
Berdasarkan konsep utiliti, tahap risiko dilihat sebagai satu ukuran tunggal
yang telah mengambil kira kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian. Di
mana tahap risiko merupakan fungsi kepada kekerapan kerugian dan
ketenatan kerugian, iaitu;

Tahap Risiko = f (kekerapan kerugian, ketenatan kerugian)

Ini menunjukkan individu atau organisasi berlainan mempunyai persepsi


berlainan terhadap sesuatu situasi risiko yang hampir sama. Hal ini kerana
individu berkenaan menilai sesuatu situasi berisiko berdasarkan kekerapan
kerugian dan ketenatan kerugian sebagai satu ukuran tunggal secara relatif
kepada jumlah keseluruhan kekayaan mereka.
14

2.2.1.3 Punca Kerugian

Bagi menganggarkan risiko yang akan dihadapi, punca atau sumber kepada
risiko perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Terdapat dua (2) aspek yang boleh
dijadikan panduan dalam melihat punca kerugian, iaitu;
a. Peril
Peril merupakan punca utama yang mengakibatkan kerugian. Antara peril
yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kerugian harta benda terdiri
daripada api, kilat, hujan kecurian, letupan dan sebagainya. Contohnya jika
rumah Ali terbakar kerana api, api merupakan punca utama yang
mengakibatkan kerugian. Bermaksud api ialah peril dalam kes ini.

b. Bahaya
Bahaya merujuk kepada faktor atau keadaan yang boleh memepengaruhi
suatu kejadian. Ia bukan punca utama yang mengakibatkan kerugian tetapi
sebagai suatu faktor atau keadaan yang boleh meningkatkan atau
mengurangakn kekerapan berlakunya kejadian buruk yang dialami oleh
individu. Terdapat tiga (3) jenis bahaya yang utama, iaitu;
i. Bahaya fizikal
bahaya ini berkait rapat dengan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada
risiko. Misalnya dalam pembinaan, kaedah pembinaan akan
mempengaruhi kekerapan berlakunya sesuatu kejadian.

ii. Bahaya moral


Bahaya ini mempunyai kaitan rapat dengan aspek kemanusian. Ia
merujuk kepada sikap individu atau organisasi sama ada mereka jujur
atau tidak. Contoh bahaya moral yang mungkin dihadapi oleh
syarikat insurans ialah pemegang polisi yang mungkin memalsukan
suatu kemalangan untuk menuntut wang insurans.

iii. Bahaya morel


Bahaya morel mempunyai kaitan rapat dengan aspek kemanusiaan.
Namun, bahaya morel ini merujuk kepada kecuaian atau sikap tidak
15

ambil peduli seseorang individu atau organisasi. Contohnya, kecuaian


individu tidak memakai topi keselamatan semasa menjalankan kerja-
kerja pembinaan. Sikap ini akan meningkatkan risiko kemalangan
atau kematian.

2.2.2 Klasifikasi Risiko

Terdapat pelbagai cara yang telah digunakan oleh penulis-penulis sebelum ini
bagi mengklasifikasikan risiko. Antaranya Lim Chee Chee (2003), yang telah
mengkelaskan risiko kepada tiga (3) kategori utama, iaitu;
a. Risiko kewangan dan risiko bukan kewangan
Risiko kewangan merujuk kepada kerugian yang boleh dikuantifikasikan
dalam bentuk wang ringgit. Bermaksud, kerugian yang dialami boleh diukur
dari segi kewangan. Contohnya kerosakan bangunan, kecurian harta dan
kehilangan keuntungan perniagaan akibat kebakaran. Risiko ini boleh
diinsuranskan kerana kerugian yang berlaku boleh ditentukan dengan tepat
oleh syarikat insurans.

Manakala risiko bukan kewangan merujuk kepada kerugian yang tidak boleh
dikuantifikasikan dalam bentuk wang ringgit tetapi dikaitkan dengan
perasaan yang dialami seperti perasaan bimbang, ketakutan, sakit atau sedih.
Contohnya, individu itu mungkin menghadapi risiko akibat termakan
makanan tidak bersih semasa menikmati makanan di tepi jalan. Risiko ini
biasanya tidak boleh diinsuranskan kerana syarikat insurans tidak boleh
menentukan berapa banyak pampasan yang harus dibayar.

b. Risiko tulen dan risiko spekulatif


Risiko tulen merujuk kepada keadaan tidak pasti di mana individu atau
organisasi mungkin mengalami kerugian atau tidak mengalami apa-apa dan
terus berada dalam keadaan yang sama. Risiko ini boleh dinyatakan sebagi
16

peluang untuk mendapat kerugian dan tidak ada peluang keuntungan.


Contohnya risiko kemalangan jalanraya semasa menuju sesuatu destinasi,
pemandunya mungkin tercedera dalam perjalanan menuju destinasi tersebut
atau dia akan sampai kedestinasinya dengan selamat.

Risiko spekulatif pula merujuk kepada keadaan tidak pasti yang boleh
menyebabkan kemungkinan memperolehi keuntungan, mengalami kerugian
ataupun tidak memperolehi apa-apa keuntungan atau kerugian. Contohnya
risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur dalam pasaran saham.
Pelabur menghadapi kemungkinan memperoleh keuntungan modal sekiranya
harga saham yang dibeli naik, mengalami kerugian modal jika harga saham
yang dibeli jatuh ataupun tidak memperolehi apa-apa kerugian atau
keuntungan sekiranya harga saham yang dibeli tidak berubah.

c. Risiko fundamental dan risiko tertentu


Risiko fundamental adalah merujuk kepada risiko yang puncanya tidak boleh
dikawal oleh sesebuah organisasi atau individu. Kesan terhadap risiko itu
pula akan dialami oleh penduduk atau rakyat di sesebuah negara. Contohnya
keadaan inflasi, bencana alam, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik.

Risiko tertentu pula merujuk kepada risiko yang berpunca daripada tindakan
individu atau organisasi tertentu dan kesannya hanya dialami oleh
sekumpulan kecil sahaja. Contohnya, rumah Ali terbakar akibat tindakan
jirannya membakar sampah sehingga menyebabkan kebakaran.

Ralph dan Irwin (1997) juga telah mengklasifikasikan beberapa bentuk risiko,
iaitu;
a. Risiko yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima
Risiko yang boleh diterima adalah risiko yang masih boleh ditanggung jika ia
berlaku dan tidak menyebabkan projek perlu dihentikan. Contohnya, sesuatu
berlaku pada aktiviti kerja pembinaan tetapi tidak menganggu laluan genting
projek pembinaan.
Risiko yang tidak boleh diterima adalah apabila sesuatu yang berlaku itu
17

memberi amaran yang projek patut diberhentikan. Contohnya, sesuatu


berlaku pada aktiviti pembinaan dan menyentuh laluan genting.

b. Risiko jangka pendek dan jangka panjang


Risiko jangka pendek adalah risiko yang memberi kesan serta merta kepada
projek apabila ia berlaku. Risiko jangka panjang pula adalah risiko yang
berlaku dan memberi kesan yang berterusan pada masa hadapan. Kedua-dua
risiko ini memberi kesan kepada proses membuat keputusan.

c. Risiko negatif dan positif


Risiko yang terjadi kadangkala boleh membantu projek selain sifatnya yang
boleh mengancam projek. Contohnya, penjadualan semula aktiviti tidak
kritikal kadangkala membantu penyiapan aktiviti kritikal dalam projek.
Risiko ini dikenali sebagai risiko positif, manakala risiko negatif adalah
sebaliknya.

d. Risiko dalaman dan luaran


Risiko yang mampu diurus dan yang tidak mampu diurus
Risiko yang berlaku disebabkan tekanan yang berlebihan dari luar merupakan
risiko yang tidak mampu ditanggung oleh organisasi.
Risiko dalaman adalah sesuatu yang unik bagi projek dan ia berlaku dalam
sempadan projek. Risiko luaran adalah risiko yang disebabkan oleh faktor
luaran dan tidak boleh dikawal oleh organisasi projek.

2.3 Pengurusan Risiko

Berdasarkan definisi risiko yang telah diberikan, menunjukkan ia perlu diberi


perhatian yang serius bagi memastikan imej dan prestasi yang baik terutamanya bagi
sesebuah organisasi. Maka, satu sistem pengurusan yang sistematik terhadap risiko
perlu dijalankan bagi mengelakkan kegagalan atau kerugian sesuatu aktiviti.
18

2.3.1 Definisi Pengurusan Risiko

Sebagaimana risiko, pengurusan risiko juga mempunyai beberapa definisi


yang boleh diketengahkan. Diantaranya adalah Lim Chee Chee (2003) yang
mendefinisikan pengurusan risiko sebagai satu proses yang dilalui oleh individu atau
organisasi untuk mengenalpasti risiko yang mungkin dihadapi dan kemudian
membuat keputusan untuk memilih teknik-teknik pengendalian risiko yang sesuai
digunakan bagi mengawasi risiko yang telah dikenalpasti. Arthur (1985) pula
mengatakan, pengurusan risiko merupakan satu proses mengenalpasti, mengukur dan
kawalan ke atas harta benda, tanggungan dan risiko-risiko tulen yang sentiasa
terdedah. Bagi Flanagan dan Norman (1993), pengurusan risiko ialah disiplin dalam
kehidupan yang mana kemungkinan sesuatu terjadi pada masa hadapan akan
memberi kesan buruk kepada kehidupan.

Melalui definisi-definisi yang diberikan, menunjukkan pengurusan risiko


merupakan satu proses mengenalpasti dan menganalisa sumber-sumber risiko dan
seterusnya menentukan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi mengawasi risiko
bagi mengelakkan kerugian.

2.3.2 Objektif Pengurusan Risiko

Sebagaimana menurut Anuar dan Abdul Aziz (2002) pengurusan risiko


merupakan satu sistem pengurusan yang bertujuan untuk mengenalpasti kesemua
risiko yang terdedah kepada projek dan perniagaan agar keputusan yang dibuat lebih
tepat dan seterusnya menguruskan risiko tersebut. Maka, dapat dilihat bahawa
objektif utama pengurusan risiko adalah untuk mencapai matlamat sesuatu organisasi
agar dapat berjalan dengan lebih lancar serta menjaga harta serta kewangan dengan
lebih berkesan. Ini kerana antara tujuan utama pengurusan risiko adalah untuk
19

mengelakkan berlakunya kerugian dan keuntungan dapat dipertingkatkan.

Pengurusan risiko juga bertujuan untuk meminimumkan kesan risiko melalui


kaedah pengawalan. Apabila sesuatu risiko itu dapat dikawal, maka proses membuat
keputusan lebih mudah dan meyakinkan. Seterusnya keuntungan akan dapat
dipertingkatkan serta dapat memberi imej yang baik kepada organisasi tersebut.

Maka, untuk mencapai objektif ini, pemilihan pengurusan risiko haruslah


bersesuaian dengan keadaan semulajadi aktiviti tersebut. Ini kerana menurut Sing
dan Kiangi (1997), sistem pengurusan risiko yang diaplikasikan haruslah praktikal,
realistik dengan kos yang ekonomik.

2.3.3 Proses Pengurusan Risiko

Dalam melaksanakan sistem pengurusan risiko, ia melibatkan proses-proses


tertentu. Flanagan dan Norman (1993) telah memperkenalkan lima langkah dalam
proses pengurusan risiko. Ia meliputi mengenalpasti risiko, klasifikasi risiko, analisa
risiko, sikap risiko dan tindakbalas terhadap risiko. Turner (1993) juga telah
memperkenalkan lima proses dalam pengurusan risiko yang hampir sama. Mengikut
Turner peringkat pertama dalam pengurusan risiko ialah mengenalpasti risiko bagi
mengenalpasti sumber dan jenis risiko yang akan wujud. Pada peringkat kedua ialah
menilai kesan risiko dengan membuat klasifikasi risiko bagi mempertimbangkan
jenis-jenis risiko. Seterusnya ialah membuat penilaian terhadap risiko bagi menilai
impak risiko dengan menggunakan pelbagai teknik. Setelah penilaian diperolehi,
peringkat seterusnya ialah cara-cara untuk meminimakan risiko tersebut melalui
kaedah-kaedah tertentu. Akhir sekali adalah membuat pengawalan dan pengawasan
terhadap risiko.
20

Dari dua pendapat ini, secara umumnya dapat dilihat bahawa pengurusan
risiko melibatkan tiga proses yang penting iaitu mengenalpasti risiko, menganalisa
risiko dan tindakbalas risiko sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Mengenalpasti risiko

Analisa risiko

Tindakbalas risiko

Rajah 2.2 Proses pengurusan risiko

2.3.3.1 Mengenalpasti Risiko

Proses mengenalpasti adalah merupakan proses yang penting bagi


memastikan sumber dan jenis risiko yang mungkin dihadapi. Dengan adanya
pengenalpastian ini, ia dapat memberi petunjuk kepada pihak pengurusan terhadap
strategi kawalan serta pembahagian risiko. Pengenalpastian ini juga dapat memberi
gambaran tentang perkara yang perlu diberi penumpuan yang terperinci. Sesuatu
risiko yang tidak dapat dikenalpasti pada peringkat awal biasanya tidak dapat
diuruskan dengan sempurna dan berkesan.

Jadual 2.1 menunjukkan sumber-sumber maklumat yang disarankan oleh Lim


Chee Chee (2003) dalam membantu organisasi mengenalpasti risiko yang mungkin
dihadapi.
21

Jadual 2.1 : Sumber maklumat bagi mengenalpasti risiko yang mungkin dihadapi
Sumber Maklumat Jenis Risiko
Pemeriksaan fizikal ke atas loji
Untuk mengenalpasti risiko utama
dan operasi organisasi
Soal selidik analisis risiko Untuk mengenalpasti risiko tersembunyi
Untuk mengenalpasti kekangan dalam
Carta alir pengeluaran dan penghataran produk atau
perkhidmatan
Untuk mengenalpasti aset utama yang harus
Penyata kewangan
diberi perlindungan
Data tuntutan sejarah Untuk mengenalpasti risiko major

2.3.3.2 Analisa Risiko

Apabila semua risiko telah dikenalpasti dan dinilaikan, langkah berikutnya


ialah mempertimbangkan teknik yang sesuai untuk menganalisa risiko tersebut.
Menurut Anuar dan Abdul Aziz (2002), analisa risiko merupakan proses bagi
menentukan secara jelas alternatif dalam membuat keputusan. Terdapat beberapa
teknik yang boleh digunakan, dari yang paling mudah hinggalah kepada teknik yang
memerlukan aplikasi perisian komputer. Teknik yang paling mudah adalah dengan
menimbang setiap risiko tersebut secara berasingan tanpa membuat pengukuran
kebarangkalian ia berlaku. Bagi teknik yang lebih rencam, ia melibatkan penentuan
kebarangkalian dan salinghubungan risiko tersebut. Teknik-teknik ini antaranya
ialah teknik premium risiko, kadar diskaun risiko terlaras, analisa sensitiviti dan
simulasi monte carlo.

Secara umumnya, analisa risiko ini bertujuan untuk mengkuantifikasikan saiz


dan kesannya ke atas sesuatu keputusan. Pengukuran ini termasuklah untuk
menentukan;
a. Kebarangkalian atau peluang sesuatu kerugian itu akan berlaku
22

b. Kesan yang berkaitan dengan kewangan akibat dari kerugian yang dialami,
seperti kesan risiko yang tinggi akan menyebabkan muflis.
c. Keupayaan untuk menjangkakan kerugian akan berlaku
d. Ketenatan atau tahap sesuatu kerugian, sama ada sangat tinggi, sederhana
atau rendah.

2.3.3.3 Tindakbalas Risiko

Peringkat seterusnya, adalah mempertimbangkan kaedah untuk mengurus dan


mengawasi risiko tersebut yang telah dikenalpasti. Mengikut Flanagan dan Norman
(1993), terdapat empat cara untuk mengatasi serta mengawal risiko, iaitu melalui
kaedah;
a. Pengurangan
Ia merupakan satu kaedah mengurangkan risiko secara berkongsi dengan
pihak lain. Contohnya, kontraktor utama akan mengurangkan risiko yang
dihadapi dalam ganti rugi yang ditentukan (LAD) dengan cara memasukkan
fasal ganti rugi yang ditentukan dalam perjanjian subkontrak. Menurut
Flanagan dan Norman (1993) membahagikan pendekatan pengurangkan
risiko kepada empat kategori. Pertama, memberi latihan dan pengetahuan
kepada kakitangan tentang potensi risiko. Kedua, alat keselamatan fizikal
untuk mengelakkan kehilangan atau kemusnahan fizikal. Ketiga, sistem
seragam yang boleh membawa pada soalan “apa…jika” dan keempat, ialah
kawalan fizikal yang boleh diambil bagi mengawal manusia dan harta benda.

b. Pemindahan
Ia merupakan kaedah memindahkan risiko daripada organisasi kepada
organisasi lain yang bersedia untuk berkongsi risiko. Menurut Turner (1993)
terdapat 3 cara pemindahan risiko, iaitu;
i. Pembelian insurans
Dengan pembelian insurans, beban menanggung kerugian telah
23

dipindahkan kepada syarikat insurans. Syarikat insurans akan


membayar pampasan kepada pemegang polisi yang mengalami
kerugian dalam bentuk tunai, pembaikan, penggantian ataupun
perkhidmatan tertentu terhadap risiko yang dihadapi.

ii. Pembelian bon


Ia merupakan satu jaminan wang bagi pihak yang berkontrak untuk
melaksanakan sesuatu kerja. Bon berfungsi untuk melindungi pemilik
daripada kerugian akibat kegagalan pihak kontraktor menyiapkan
kerja-kerja yang telah dijanjikan.

iii. Melalui kontrak


Ia merupakan satu cara untuk memindahkan risiko yang tidak diingini
oleh satu pihak kepada pihak lain. Contohnya, risiko kerosakan
rumah kediaman akibat kebakaran boleh dipindahkan oleh tuan punya
rumah kepada penyewa melalui perjanjian yang ditandatangani oleh
kedua-dua pihak yang menyatakan penyewa merupakan pihak yang
bertangungjawab untuk membaiki semula rumah sekiranya rumah
yang didiami terbakar.

c. Pengelakkan
Risiko dielakkan apabila seseorang atau sesuatu organisasi tidak mahu
menerimanya walaupun untuk satu tempoh yang singkat. Tindakan ini
diambil apabila seseorang atau sesebuah organisasi itu tidak mahu
mendedahkan diri mereka kepada risiko. Contohnya, jika seseorang itu tidak
mahu mengalami kerugian dalam perniagaan yang berisiko tinggi, maka
mereka akan melibatkan diri mereka dalam perniagaan yang berisiko rendah.
Namun begitu, kaedah ini lebih bersifat negatif. Sekiranya ia berleluasa, ia
akan merugikan ekonomi negara.

d. Pengekalan
Kaedah pengekalan dilakukan apabila tiada tindakan diambil untuk
mengelakkan, mengurangkan atau memindahkan risiko. Biasanya ia
dipraktiskan bagi risiko yang memberi kesan yang kecil dan tidak serius.
24

Pengekalan risiko boleh berlaku sama ada secara sukarela atau secara tidak
sukarela (Arthur dan Heins, 1989). Pengekalan sukarela adalah dengan
mengiktiraf dan membenarkan risiko dibuat disebabkan tiada alternatif yang
lain selain menghadapi risiko tersebut. Pengekalan risiko tanpa rela berlaku
dalam keadaan risiko wujud tanpa disedari dalam organisasi atau dalam
keadaan risiko tidak dapat dielakkan, dipindahkan atau dikurangkan.

2.4 Kesimpulan

Berdasarkan kajian literatur ke atas risiko ini, dapat disimpulkan bahawa


risiko merupakan satu kemungkinan untuk berlaku kerugian atau keuntungan.
Namun, risiko biasanya dipandang dari sudut yang negatif dan membuatkan manusia
sentiasa berhati-hati dengan risiko. Dalam membincangkan definisi risiko, didapati
tiga (3) komponen utama wujud dalam risiko, iaitu ketidakpastian, tahap risiko dan
punca kerugian. Oleh kerana risiko tidak boleh dihapuskan, maka teknik pengurusan
risiko yang sistematik perlu diamalkan bagi meminimumkan kesan risiko.

Pengurusan risiko merupakan satu proses mengenalpasti dan menganalisa


sumber-sumber risiko dan seterusnya menentukan tindakan-tindakan yang perlu
diambil bagi mengawasi risiko untuk mengelakkan kerugian. Objektif utama
pengurusan risiko adalah untuk mencapai matlamat organisasi dan menjaga harta
serta kewangan organisasi. Terdapat empat (4) kaedah dalam menentukan kaedah
mengawal dan mengawasi risiko, iaitu melalui pengurangan, pemindahan,
pengelakkan dan pengekalan risiko.

Bab seterusnya akan membincangkan tentang risiko-risiko yang wujud dalam


pembinaan serta cara-cara pengurusannya.
BAB III

PENGURUSAN RISIKO DALAM PEMBINAAN

3.1 Pengenalan

Industri binaan merupakan satu industri yang melibatkan ramai pihak. Antara
pihak-pihak utama yang terlibat adalah pihak perunding yang terdiri dari arkitek,
jurutera serta jurukur bahan, pihak klien, kontraktor dan juga pihak berkuasa.
Penglibatan pihak-pihak ini telah mewujudkan kontrak dalam pembangunan projek.
Kontrak bertujuan untuk mengariskan tanggung jawab-tanggung jawab yang perlu
mereka penuhi dalam mencapai objektif projek pembinaan. Menurut Turner (1993),
projek itu dianggap berjaya jika dapat ia disiapkan pada kos, masa dan kualiti yang
ditetapkan. Namun LY Shen (1997) berpendapat, adalah tidak sukar untuk menemui
projek pembinaan yang melebihi kos, lewat dan tidak berkualiti yang diakibatkan
oleh risiko.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Flanagan dan Norman (1993) dan
Perry dan Hayes (1985) menunjukkan terdapat pelbagai jenis risiko yang boleh
menyumbang kepada kelewatan projek. Antaranya risiko fizikal, risiko rekabentuk,
risiko pembinaan, risiko kewangan dan risiko politik. Bab ini akan membincangkan
jenis-jenis risiko yang wujud dalam kerja-kerja pembinaan. Sebelum
26

membincangkan risiko-risiko ini dengan lebih lanjut, bab ini juga akan menyentuh
secara umum proses pembangunan projek dan pihak-pihak yang terlibat dalam
pembinaan. Di akhir bab ini akan mengupas tindakan pengurusan risiko yang
diadaptasikan dalam pembinaan bagi mengurangkan kesan risiko.

3.2 Proses Pembangunan Projek Pembinaan

Sebagaimana menurut Flanagan dan Norman (1993), proses pembangunan


projek pembinaan sebenarnya mengambil masa yang panjang dari kajian
kemungkinan hingga kepada penyiapan projek. Amnya proses pembangunan ini
boleh dikelaskan kepada enam (6) fasa, iaitu;

i. Peringkat permulaan
Pada peringkat ini klien mengenalpasti akan keperluan setiap skop kerja di
dalam projek pembinaan serta melantik dan memberi skop kerja atau
kehendak projek kepada pihak perunding. Pihak perunding akan mengkaji
kehendak dan cadangan rekabentuk. Kajian kemungkinan terhadap
kebolehbinaan dan keupayaan projek juga akan dijalankan pada peringkat ini.

ii. Peringkat Rekabentuk


Perunding yang dilantik akan menyediakan dan mengemukakan konsep
rekabentuk. Rekabentuk yang disediakan adalah mengikut kehendak klien
yang telah ditentukan pada peringkat awal lagi. Penilaian terhadap
penggunaan teknologi yang akan digunakan dan juga membuat kajian
terperinci berkaitan kos projek.
27

iii. Peringkat Perolehan


Peringkat ini bertujuan untuk memilih kontraktor yang benar-benar layak
melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Untuk tujuan tersebut, pihak
perunding terutamanya Jurukur Bahan akan menyediakan dokumen tender
dan memanggil tender. Kontraktor yang berjaya akan menerima Surat Setuju
Terima dari pihak klien dan seterusnya akan menandatangani kontrak.

iv. Peringkat Pembinaan


Peringkat ini merupakan peringkat yang penting, di mana kontraktor yang
terpilih perlu merealisasikan kehendak klien secara fizikal. Mereka
bertanggungjawab untuk mentaksirkan kehendak klien dalam bentuk lukisaan
kepada bentuk sebenar. Dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan, mereka
perlu mengikut penentuan yang telah ditetapkan.

v. Peringkat Pentauliahan dan Pengujian


Sebelum projek di serahkan kepada pihak klien pengujian terhadap prestasi
peralatan yang akan digunakan akan dibuat dan seterusnya ditauliahkan untuk
digunakan.

vi. Peringkat Operasi/Penggunaan Bangunan


Bangunan yang telah siap dibina akan diduduki dan diselenggarakan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Maka, secara amnya dapat dilihat bahawa setiap fasa dalam proses
pembangunan projek pembinaan itu melibatkan aktiviti-aktiviti yang kompleks serta
melibatkan banyak pihak yang terdiri daripada pelbagai kemahiran.
28

3.3 Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Pembinaan

Proses pembinaan melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai disiplin dan


kemahiran. Pihak-pihak yang terlibat ini mempunyai tanggungjawab tersendiri dan
setiap dari mereka akan menanggung risiko berdasarkan tanggungjawab tersebut.
Antara pihak-pihak yang memainkan peranan penting dalam sektor pembinaan
adalah klien, pihak perunding dan kontraktor

i. Klien
Menurut Anthony Walker (1989), klien dalam pembinaan merupakan satu
badan yang mempunyai kuasa untuk mempersetujui perbelanjaan ke atas
sesuatu projek, bentuk projek dan tempoh projek. Tegasnya, klien boleh
dinyatakan sebagai pihak utama yang membekalkan modal dalam sesuatu
projek pembangunan. Di samping itu, klien juga mempunyai bidang kuasa ke
atas segala aspek rekabentuk dan kemudahan pembangunan yang dirancang.
Klien yang tidak mempunyai pengetahuan dalam pembinaan, akan
menyerahkan tanggungjawab untuk merekabentuk, merancang dan
menganggar projek kepada pihak perunding.

Maka, risiko yang dihadapi klien juga ditanggung oleh pihak perunding dan
kontraktor setelah tanggungjawab tersebut diserahkan kepada mereka.
Walaupun bagaimanapun, klien masih lagi terdedah kepada risiko kerugian.

ii. Pihak Perunding


Pihak perunding bertanggungjawab untuk merancang dan merekabentuk
projek, menyediakan dokumen tender, menasihati tentang penawaran dan
menganugerahkan kontrak, mengawal implementasi projek dan juga
pengurusan kontrak. Menurut Kwayke (1997), setelah dilantik untuk menjadi
perunding kepada pihak klien, mereka hendaklah menggunakan kepakaran,
pengalaman dan pemerhatian yang tepat untuk membuat penyesuaian
terhadap kaedah perolehan sesuatu projek. Secara umumnya pihak perunding
29

yang terlibat dalam proses pembinaan adalah arkitek, jurukur bahan, jurutera
dan perancang.

iii. Kontraktor
Kontraktor merupakan pihak yang penting bagi merealisasikan projek
berdasarkan rekabentuk dan kos yang telah dipersetujui di dalam kontrak.
Sebenarnya tanggungjawab dan tugas utama pihak kontraktor di dalam
sesuatu projek pembinaan adalah bermula sejak dari memasuki tender
(Kwayke, 1997). Beberapa kategori kontraktor yang terlibat secara khusus
dalam projek pembinaan ialah kontraktor utama di mana mereka adalah pihak
yang bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah dijanjikan
dan menjalinkan kontrak secara terus dengan klien. Manakala sub-kontraktor
adalah pihak yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu kerja dan telah
ditugaskan oleh kontraktor utama untuk menjalankan kerja-kerja tertentu

Penglibatan banyak pihak dalam proses pembinaan ini memerlukan


koordinasi yang baik diantara pihak-pihak tersebut. Penglibatan pihak-pihak ini juga
turut menyumbang kepada pelbagai jenis risiko dalam pembinaan. Oleh itu,
Bahagian seterusnya akan membincangkan jenis-jenis risiko yang wujud dalam
pembinaan.

3.4 Risiko-Risiko Pembinaan

Proses pembangunan projek yang berperingkat dan penglibatan ramai pihak


dalam proses membangunkan projek binaan, telah mewujudkan pelbagai jenis
risiko. Kewujudan risiko ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada
kelewatan penyiapan projek dan ia perlulah diuruskan dengan baik. Turner (1993)
telah mengkelaskan risiko pembinaan kepada lima (5) kategori seperti di dalam
30

Jadual 3.1. Manakala Flanagan dan Norman (1993) dan Perry dan Hayes (1985)
pula telah mengklasifikasikan risiko pembinaan kepada enam (6) kategori
sebagaimana Jadual 3.2. Amnya, dapat dilihat bahawa pembinaan sebenarnya
berdepan dengan pelbagai jenis risiko terutamanya ketika kerja-kerja pembinaan
sedang berjalan.

3.4.1 Bencana Alam

Bencana alam merupakan peristiwa yang diluar jangkaan iaitu tindakan tuhan
yang tidak dapat dielakkan. Kategori bencana alam ialah ribut taufan banjir besar,
gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya lagi. Bencana alam yang teruk tidak
dialami di Negara ini tetapi ia tetap merupakan risiko kerana ia boleh berlaku pada
bila-bila masa sahaja. Sekiranya bencana alam ini berlaku, kerugian dan kerosakan
yang serius tidak dapat dielakkan.

3.4.2 Keadaan tanah

Keadaan tanah yang tidak menentu boleh menyebabkan pelaksanaan kerja


binaan tergendala. Siasatan yang terperinci perlu dilakukan terhadap tanah untuk
mengetahui keupayaan galasnya serta kandungan isi bumi. Ini adalah untuk
mengelak kerja tanah dilakukan semula atau kerja-kerja sampingan untuk
menyelesaikan masalah yang mungkin timbul. Contohnya, kontraktor telah
menemui lapisan batu yang keras yang boleh menyebabkan kerja-kerja pembinaan
tergendala. Keadaan ini menyebabkan kontraktor perlu menanggung kos
mendapatkan jentera yang sesuai untuk mengorek lapisan ini sebelum kerja dapat
diteruskan.
31

Jadual 3.1 : Kategori risiko pembinaan


Bil Kategori Keterangan
i Tidak dijangka Risiko ini merupakan di luar kawalan pihak pengurus
projek atau organisasi. Ia boleh disenaraikan tetapi tidak
diketahui bila akan berlaku dan memberi kesan kepada
projek. Biasanya wujud akibat tindkan kerajaan, pihak
ketiga atau takdir tuhan
ii Dijangka tetapi Kejadian di luar kawalan pihak pengurus projek dan
tidak diketahui organisasi. Kejadiannya dapat dijangkakan tetapi tidak
diketahui hadnya. Namun begitu, biasanya data yang
telah dikumpul bagi menentukan kejadian tersebut pada
tahap normal atau tidak. Terdapat dua jenis risiko dalam
kategori ini, iaitu keadaan pasaran dan polisi fiskal.
iii Teknikal Risiko ini merujuk kepada projek secara langsung. Ia
melibatkan rekabantuk, pembinaan serta cara
pengurusan secara teknikal bagi menghasilkan produk
yang diingini.
iv Bukan Teknikal Risiko ini merujuk kepada pengurusan sesuatu
organisasi yang biasanya melibatkan sumber terhad.
Risiko inui wujud apabila terdapat kegagalan projek
disebabkan oleh masalah organisasi atau sumber.
v Perundangan Perundangan boleh dibahagikan kepada undang-undang
sivil dan jenayah. Undang-undang sivil adalah berkait
dengan pentadbiran kontrak antara klien, kontraktor atau
pihak ketiga. Risiko di dalam undang-undang jenayah
adalah berkait dengan tanggung jawab atau obligasi
yang perlu dipenuhi oleh kontraktor dan klien.
32

Jadual 3.2 : Risiko-risiko pembinaan


Bil Kategori Jenis Risiko
i Fizikal Force majeure seperti gempa bumi, banjir, kebakaran
tanah runtuh dan sebagainya
ii Pembinaan Kelewatan pemilikan tapak, produktivti jentera,
kemudahan mendapatkan jentera, alat ganti, minyak,
peralatn yang tidak sesuai, cuaca, kualiti, sumber dan
produktiviti buruh, masalah buruh dan pekerja,
kemahiran kakitangan profesional, sumber dan
produktiviti sub kontraktor, sumber dan penawaran
bahan-binaan, kualiti, teknologi baru dan kaedah
pembinaan, kegagalan mengikut perancangan dan
spesifikasi, kualiti kerja yang rendah, keadaan tanah
akibat kerja penyiasatan yang tidak memuaskan,
maklumat yang tidak lengkap dalam dokumen, hubungan
dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan,
kecurian, kesilapan dalam senarai kuantiti, kemalangan
iii Rekabentuk Skop rekabentuk yang tidak lengkap, ketepatan dalam,
kesesuain spesifikasi, kemungkinan perubahan, interaksi
rekabentuk dengan kaedah pembinaan
iv Kewangan Sumber kewangan, aliran tunai klien, aliran tunai
kontraktor, pembayaran interim lewat, bayaran yang tidak
mencukupi, pertikaian bayaran, pertukaran matawang,
inflasi,
v Undang-undang Tanggungan secara langsung, undang-undang tempatan,
perbezaan perundangan diantara kawasan, kandungan
syarat-syarat kontrak,
vi. Alam Sekitar Kerosakkan ekologi, pencemaran, pemprosesan bahan
buangan, pemuliharaan bahan-bahan purba
33

3.4.3 Bahan Binaan

Kesukaran untuk memperolehi bekalan bahan binaan dari pengeluar sering


terjadi disebabkan oleh pembekal yang ingin mengambil kesempatan untuk mencari
keuntungan yang lebih. Apabila berlakunya permintaan yang tinggi terhadap bahan
binaan, pada masa inilah pengeluar akan menghadkan pengeluaran bahan binaan
supaya mereka dapat menaikan harga terhadap bahan tersebut pada kadar yang
tinggi. Ini akan menyebabkan kerugian terhadap kontraktor. Kekurangan bahan
binaan boleh menjejaskan pelaksanaan kerja yang sempurna. Untuk mengatasi
masalah ini, kontraktor terpaksa mencari alternatif lain dengan mendapatkan bekalan
bahan binaan dari luar negara. Selalunya bekalan daripada negara luar adalah tidak
mengikut spesifikasi yang ditetapkan di negara ini dan kos untuk mendapatkan bahan
tersebut sangat tinggi.

Pembaziran dan kerosakan pada bahan binaan boleh mendatangkan risiko


terhadap kontraktor. Kebiasaannya dalam sesuatu projek pembinaan, kontraktor
akan membeli bahan binaan pada kadar yang agak besar supaya dapat menjimatkan
kos dan masa. Senario sebegini memperlihatkan lebih keuntungan daripada kerugian
akan tetapi sekiranya pengurusan bahan binaan tidak sistematik seperti tempat untuk
penyimpanan, susunan bahan tidak betul mengikut jadual kerja, pengangkutan yang
digunakan untuk menghantar bahan dari stor ke tempat yang hendak dibina dan
sebagainya lagi, ini akan memungkinkan berlakunya risiko seperti kecurian,
kerosakkan, kelewatan dan kos yang tinggi.
34

3.4.4 Buruh

Kesukaran untuk mendapat buruh pada masa ini memang tidak dapat
dinafikan. Permintaan terhadap buruh semakin hari semakin meningkat. Buruh
binaan kini lebih memilih terhadap kerja yang hendak dilakukan di mana mereka
lebih gemar bekerja di kawasan yang berhampiran bandar. Selain itu mereka lebih
berminat untuk bekerja dalam projek binaan bangunan yang kurang kompleks dan
tidak berisiko tinggi. Dengan ini kontraktor akan menghadapi masalah yang besar
untuk memperolehi tenaga buruh bagi melaksanakan kerja.

Apabila keadaan seperti ini berlaku semasa sektor pembinaan yang sedang
rancak dibangunkan ini akan menyebabkan permintaan terhadap buruh semakin
tinggi, secara tak langsungnya bayaran upah akan turut meningkat. Oleh yang
demikian pihak kontraktor terpaksa memperuntukan sejumlah besar terhadap buruh
dengan menaikkan upah yang lebih tinggi untuk menarik lebih ramai tenaga buruh
bekerja dengannya. Selain itu juga, kontraktor akan menghadapi risiko kecuaian
buruh yang menjejaskan mutu kerja binaan atau memberi kesan kepada pelaksanaan
kerja. Tidak terlepas dari itu, mogok yang dilakukan oleh buruh disebabkan tuntutan
mereka tidak dipenuhi oleh kontraktor turut memberi masalah kepada kontraktor.

3.4.5 Jentera dan Loji

Jentera dan loji merupakan satu keperluan dalam melaksanakan kerja-kerja


pembinaan. Kemampuan kontraktor memiliki jentera-jentera tersebut merupakan
satu kelebihan dalam pelaksanaan kerja-kerja binaan. Namun, untuk memiliki semua
jenis jentera dan loji pembinaan adalah mustahil dan tidak ekonomik. Justeru itu,
biasanya kontraktor akan menyewa jentera-jentera binaan tertentu seperti kren dan
jentera penggorek. Masalah terhadap jentera dan loji ini selalunya merujuk kepada
35

produktiviti pengeluarannya. Masalah ini dikaitkan dengan kerosakan loji yang akan
mempengaruhi hasil keluaran kerja. Jentera yang sering rosak akibat kurang
penyelenggaraan atau pengendalian yang tidak mahir akan menyebabkan produktiviti
kerja kurang dan seterusnya akan menyebabkan kelewatan dalam pembinaan. Selain
itu, masalah mendapatkan alat ganti jentera dan kecurian juga menyumbang kepada
risiko ini.

3.4.6 Kemalangan dan Kecederaan

Dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan, kontraktor juga berhadapan


dengan risiko kemalangan di tapak bina. Kemalangan di tapak bina, boleh berlaku
akibat kecuaian pekerja itu sendiri dengan tidak memakai topi atau kasut
keselamatan. Kemalangan juga boleh berlaku akibat kecuaian pihak kontraktor yang
tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak memantau sikap pekerja-pekerja
mereka. Sekiranya berlaku kemalangan di tapak bina, kerja-kerja pembinaan perlu
diberhentikan sementara siasatan dibuat oleh pihak berkuasa. Atas faktor
keselamatan juga, kerja-kerja pembinaan diwaktu malam tidak dibenarkan dan
menyebabkan kerja lebih masa tidak dapat dibuat.

3.4.7 Pengetahuan Teknikal dan Mutu kerja

Dalam kerja kejuruteraan awam, pengetahuan teknikal yang meluas diperlukan


untuk memastikan kaedah binaan sesuai dengan keadaan tapak bina. Kontraktor
bertanggungjawab memastikan mutu kerja binaan mencapai kualiti binaan yang
diharapkan tetapi keadaan ini sukar dipastikan apabila kerja binaan melibatkan buruh
36

binaan yang ramai. Sukar bagi kontraktor untuk menentukan mutu kerja setiap
pekerjanya serta mutu kerja binaan yang dilakukan.

3.4.8 Kelewatan

Dalam projek pembinaan, risiko kelewatan adalah risiko utama yang sentiasa
wujud. Risiko ini berpunca daripada masalah seperti di bawah:
• Masalah kewangan, bayaran kemajuan yang lewat diterima daripada pihak
klien akan menyebabkan kontraktor tidak dapat meneruskan kerja binaan
seperti yang dirancangkan.
• Masalah teknikal, yang berpunca daripada pengangkutan jentera ke tapak
bina, masa yang lama untuk menunggu bahan binaan atau masalah
mengendalikan buruh binaan
• Masalah pertikaian diantara pihak klien dengan pihak kontraktor, akan
menyebabkan perlaksanaan kerja tertangguh. Menyebabkan kontraktor perlu
menanggung kos penyelenggaraan peralatan di tapak bina, kos kebajikan
pekerja dan sebagainya.
• Anggaran tempoh kontrak yang dinyatakan semasa memasuki tender perlu
bersesuaian dengan tempoh kerja yang hendak dilakukan. Sekiranya
anggaran ini tidak tepat, pihak pembinaan terpaksa memohon lanjutan masa
atau mempercepatkan kerja dengan mendapatkan lebih ramai pekerja
binaan. Kontraktor akan mengalami kerugian akibat daripada anggaran yang
tidak tepat.
37

3.4.9 Kewangan

Masalah kewangan merupakan salah satu risiko yang sering ditimbulkan oleh
pihak kontraktor. Ini kerana masalah kewangan boleh mengundang kepada
kelewatan kerja dan seterusnya kegagalan projek. Kontraktor kadang kala terpaksa
menggunakan pusingan modalnya sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan
perkara-perkara berkaitan dengan kewangan, akibat dari kelewatan bayaran
kemajuan. Kontraktor yang menghadapi masalah kewangan mungkin juga akan
melambat-lambatkan proses pembayaran kepada sub kontraktor atau pembekal bahan
binaan. Hal ini akan menyebabkan sub kontraktor dan pembekal memberhentikan
sementara kerja –kerja atau pembekalan bahan binaan kepada kontraktor tersebut.
Secara tidak langsung kelewatan kerja akan berlaku.

3.4.10 Pengurusan

Pengurusan yang cekap dan berkesan merupakan faktor terpenting dalam


pelaksanaan kerja. Pengurusan tapak bina, pengurusan bahan binaan, peralatan, yang
lemah akan menimbulkan berbagai masalah dan memberikan kesan kepada kos
pembiayaan dan kewangan kontraktor, selain itu menyebabkan kerja lewat untuk
disiapkan dari jangkamasa yang ditetapkan dan menjejaskan kualiti binaan.
Kelemahan kontraktor dalam pengurusan tapak bina dapat diatasi dengan
mendapatkan khidmat nasihat dari pihak perunding tentang skop kerja mereka.
38

3.3.11 Keadaan Ekonomi

Mengikut Anuar dan Abd. Aziz (2002), perkembangan ekonomi industri


pembinaan adalah berkait rapat dengan ekonomi negara. Sekiranya prestasi ekonomi
sesebuah negara itu menurun, secara tidak langsung ia memberi kesan pada industri
binaan. Ini dapat dilihat apabila keadaan ekonomi merundum, aktiviti pembinaan
akan berkurangan. Ia juga dipengaruhi oleh faktor inflasi. Kadar inflasi merupakan
faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh organisasi pembinaan. Kadar inflasi yang
tinggi menyebabkan kenaikan harga bahan binaan, kadar upah buruh dan kos
pengurusan. Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan kos pembinaan
secara keseluruhannya.

3.3.12 Sosial Politik

Disamping keadaan ekonomi di sesebuah negara, perkembangan politik turut


memberi pengaruh yang besar kepada pembinaan. Pengaruh politik boleh
menyebabkan perubahan kepada polisi sedia ada dan akan menjejas dan memberi
impak kepada pembinaan. Pengaruh politik juga boleh membawa perubahan kepada
cara pengurusan pembinaan. Contohnya khidmat pengurus projek yang dilaksanakan
beberapa tahun lepas bagi projek kerajaan telah ditamatkan. Kini pengurusan projek
secara Sistem Pengurusan Projek dan Program akan dilaksanakan bagi RMK-9.

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa industri pembinaan ini sentiasa


terdedah kepada risiko. Risiko-risiko yang wujud itu meliputi masalah-masalah
dalaman dan luaran. Masalah dalaman yang dihadapi oleh kontraktor itu antaranya
kelemahan pengurusan, kelemahan pengurusan kewangan dan masalah binaan.
Sementara masalah luaran pula ialah pembekalan bahan binaan, masalah politik dan
juga ekonomi. Oleh itu, kontraktor perlulah mencari jalan penyelesaian yang bijak
39

bagi menangani masalah tersebut. Maka, bahagian seterusnya akan membincangkan


sistem pengurusan risiko dalam pembinaan bagi mengurangkan kesan risiko yang
dihadapi dalam industri pembinaan.

3.5 Tindakbalas Terhadap Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko secara amnya adalah satu kaedah pengurusan yang


berfungsi untuk mengawal dan mengendalikan risiko. Tujuan utama pengurusan
adalah untuk mengawal dan meminimakan risiko yang terdapat dalam pembinaan.
Secara amnya, tindakbalas pengurusan terhadap risiko merupakan cara
meminimumkan kesan risiko. Ia boleh dibahagikan kepada 3 kaedah, iaitu;
a. Menggelakkan atau mengurangkan risiko
Kaedah ini bagi situasi yang telah diketahui akan memberi kesan yang serius.
Oleh itu, risiko tersebut perlu dielakkan. Ia dilakukan dengan menimbang
semula projek tersebut semula atau menukar projek tersebut dengan alternatif
lain.

b. Memindahkan risiko
Terdapat empat (4) kaedah yang biasa digunakan untuk memindahkan risiko
dalam projek pembinaan, iaitu;
i. klien kepada kontraktor atau perekabentuk
ii. kontraktor kepada kontraktor kecil
iii. klien, kontraktor, kontraktor kecil atau perekabentuk kepada pihak
insurans

c. Mengekal, mengongsi dan membahagi risiko


Pembahagian risiko di kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam satu kontrak
amat penting dalam menentukan sikap atau tindakan yang perlu diambil, kos
kontrak dan kos pembangunan itu keseluruhan. Rajah 3.1 menunjukkan asas
40

pembahagian risiko dikalangan pihak-pihak yang terlibat dalam projek


binaan.

LY Shen (1997) telah mengklasifikasikan tindakbalas risiko ini kepada 2 iaitu


tindakan pencegahan dan tindakan pembetulan. Setiap satunya akan dibincangkan
dalam bahagian seterusnya.

3.5.1 Tindakan Pencegahan

Tindakan ini digunakan untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko pada


peringkat awal sesuatu pembinaan. Contohnya, kontraktor yang ingin memasuki
tender perlu membuat anggaran harga dengan tepat bagi mengelakkan kesilapan
harga tender. Kesilapan keputusan yang dibuat oleh kontraktor pada peringkat ini
akan memberi kesan ketika kerja-kerja pembinaan dan akan menyumbang kepada
kegagalan projek pembinaan. Menurut Thompson dan Perry (1992), pengurusan
risiko adalah lebih bermakna jika ia dijalankan pada peringkat awal projek.

3.5.2 Tindakan Pembetulan

Walaupun tindakan pencegahan dapat membantu mengelakkan risiko projek


lewat, namun kelewatan tetap akan berlaku semasa kerja-kerja pembinaan berjalan.
Oleh itu, apabila kontraktor dapat mengesan adanya kelewatan kerja pembinaan,
mereka perlu mengambil langkah untuk mengatasinya dengan mengambil tindakan
41

pembetulan bagi mengurangkan kesan risiko tersebut. Antara tindakan pembetulan


yang biasa diambil ialah;
a. menambah tenaga buruh atau jentera
b. menambah waktu berkerja
c. mengubah kaedah pembinaan
d. membuat perubahan terhadap penjadualan aktiviti
e. Koordinasi dengan subkontraktor
f. Penyeliaan kerja yang lebih kerap dan mengurangkan kerja-kerja yang
tidak penting.
42

Tanggungan Risiko Sepenuhnya

Dibahagikan diantara

Masyarakat awam
Pihak berkuasa
Pemaju/pelanggan
Perekabentuk
Kontraktor
Kontraktor kecil
Pembekal
Pihak-pihak lain yang terlibat

Pembahagian tanggungan risiko diantara pihak-


pihak ditentukan oleh

Peraturan statut ‘Common Law’ Penerima Sukarela

Dengan cara

Melalui perjanjian kontrak dan pemberian


indemniti

Yang diubah suai melalui

Cara takrifan skop kerja


Tambahan peruntukkan masa
Peruntukan pembayaran kerosakkan
Peruntukan pembayaran interim
Peruntukkan penyelarasan kesalahan dan
sebagainya

Rajah 3.1 Asas Pembahagian Risiko


43

3.6 Kesimpulan

Dari kajian literatur yang telah dibuat, menunjukkan bahawa industri


pembinaan ini terdedah kepada risiko. Terdapat pelbagai jenis risiko yang wujud
dalam pembinaan, di mana ia boleh dikategorikan sebagai risiko fizikal, risiko
rekabentuk, risiko pembinaan, risiko kewangan, risiko undang-undang dan risiko
alam sekitar. Walaupun risiko-risiko ini tidak boleh dihapuskan, namun ia boleh
diminimumkan kesannya melalui pengurusan risiko yang sistematik. Terdapat dua
cara tindakan pengurusan risiko, iaitu tindakan pencegahan dan pembetulan.
Tindakan pencegahan merupakan cara menguruskan risiko pada peringkat awal
sebelum sesuatu pembinaan itu dijalankan. Manakala tindakan pembetulan
merupakan satu tindakan yang diambil apabila risiko itu berlaku.

Bab yang seterusnya akan membincangkan pengumpulan data melalui soal


selidik secara teknikal dan praktikal. Melalui data-data tersebut, risiko-risiko yang
dibebani kepada kontraktor dapat dikenalpasti.
BAB IV

PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS AWAL

4.1 Pengenalan

Berdasarkan kajian literatur yang dibuat dalam Bab 2 dan Bab 3 sebelum ini,
menunjukkan bahawa risiko sememangnya wujud dalam aktiviti harian kita dan
industri pembinaan juga tidak ketinggalan dalam menghadapi risikonya tersendiri.
Kewujudan risiko biasanya dirujuk sebagai sesuatu yang mendatangkan keburukan
atau kerosakan. Kelewatan merupakan antara kesan yang dirasai akibat dari risiko
pembinaan yang tidak ditangani dengan baik. Oleh itu, bagi mengurangkan kesan
risiko tersebut, teknik atau kaedah pengurusan yang efektif perlu dijalankan
disepanjang proses pembinaan sesebuah bangunan.

Secara praktisnya, kontraktor merupakan pihak yang bertanggungjawab


dalam menyiapkan kerja-kerja pembinaan, ini secara tidak langsung mendedahkan
mereka kepada pelbagai jenis risiko pembinaan. Namun begitu, mereka masih lagi
dapat menguruskan kerja-kerja pembinaan mengikut keperluan yang telah
ditentukan. Apakah sebenarnya risiko pada pandangan kontraktor ini dan
bagaimanakah mereka menguruskan risiko bagi memastikan kejayaan pembinaan
tersebut.
45

Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang
digunakan bagi mencapai objektif kajian yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dalam bab ini juga akan membincangkan segala proses yang berkaitan dengan
pengumpulan secara terperinci begitu juga dengan analisis awal. Manakala
penganalisisan secara terperinci dan kesimpulan akan diterangkan dalam Bab V dan
Bab VI

4.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian lapangan. Maka,


penyelidikan akan dijalankan dalam persekitaran semulajadi dan situasi yang
realistik agar hasil kajian yang diperolehi memenuhi kehendak dan objektif yang
ingin dicapai. Maka perancangan yang rapi dan teliti perlu dibuat bagi setiap
tindakan. Oleh itu, kajian empirikal telah dijalankan. Di bahagian ini, soal selidik
merupakan medium utama yang digunakan disamping temubual terhadap responden.

Bagi menjalankan kajian ini, ia melibatkan satu turutan aktiviti yang harus
diikuti bagi memudahkan kajian dilakukan. Turutan aktiviti yang dimaksudkan ialah
seperti berikut;

a) Perancangan awal
b) Penyediaan borang soal selidik
c) Pemilihan responden
d) Pengumpulan data
e) Pemindahan data
f) Penganalisisan
g) Rumusan
46

Dalam mempraktikkan kaedah ini, terdapat beberapa kelebihan yang boleh


diperolehi. Antaranya ialah data yang dikehendaki boleh didapati secara terus
daripada borang soal selidik, masa menjawab yang singkat dan memudahkan
responden untuk memberi jawapan. Ini kerana kesemua jawapan yang dikehendaki
telah tersedia dalam borang soal selidik dan responden hanya perlu menanda sahaja
pada jawapan yang difikirkan sesuai.

Namun begitu, tidak kesemua data dapat diperolehi dengan menggunakan


borang soal selidik sahaja. Maklumat-maklumat seperti pandangan, komen dan
penjelasan terhadap kejayaan menguruskan risiko oleh responden bagi
mencerminkan keadaan sebenar dengan jelas dan efektif amat sukar dimasukkan
bersama dengan borang soal selidik. Oleh itu, bagi menampung kelemahan ini,
kaedah temubual telah dijalankan. Melalui temubual ini, pemahaman yang jelas
dapat diperolehi memandangkan wujudnya komunikasi dua hala antara penyelidik
dengan responden. Pemahaman yang jelas ini amat penting dalam membantu
penyelidik menyediakan sebuah laporan yang baik.

Berdasarkan kelebihan-kelebihan tersebut menjadikannya sesuai


diaplikasikan memandangkan responden merupakan pihak yang terlibat secara
langsung dalam pembinaan yang lumrahnya sibuk.

4.3 Penyediaan Borang Soal Selidik

Borang kaji selidik yang disediakan bertujuan untuk memperolehi data asas
dalam kajian ini. Maka, ia direkabentuk bagi mencakupi bidang yang berkaitan
dengan pandangan responden tentang risiko pembinaan serta pengurusannya.
Disamping itu, maklumat berkaitan latarbelakang responden dan pengalamannya
dalam pembinaan juga diambilkira.
47

Berdasarkan kepada pengkajian literatur yang berkaitan serta perbincangan


dengan penyelia kajian ilmiah ini, satu deraf soal selidik telah disediakan. Ia telah
dibincangkan dengan lebih lanjut bagi tujuan persetujuan dan susunan yang
bersesuaian dan teratur agar memenuhi kriteria yang dikehendaki bagi pencapaian
objektif kajian. Hasilnya adalah satu borang soal selidik seperti yang dilampirkan
dalam Lampiran A.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang kaji selidik adalah terdiri dari
soalan-soalan objektif yang berkaitan dengan risiko dan pengurusannya. Soalan-
soalan tersebut dibahagikan kepada empat (4) bahagian. Bahagian A meliputi
maklumat peribadi responden dan pengalamannya dalam pembinaan. Pandangan
responden terhadap risiko pula dinyatakan dalam Bahagian B, manakala bahagian C
pula berkaitan dengan jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh responden dan tahap
risiko tersebut. Bahagian D adalah kaedah-kaedah responden menguruskan risiko
tersebut.

a. Bahagian A : Latar belakang responden


Bahagian ini meliputi maklumat berkaitan latarbelakang reponden dan juga
pengalaman mereka menguruskan pembinaan. Ia dinilai dari aspek kelas
pendaftaran, pengalaman kerja, usia syarikat dan bilangan projek pembinaan
yang telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun kebelakang
(2000-2005).

b. Bahagian B : Kesedaran dan persepi terhadap risiko


Bahagian ini pada asasnya adalah bagi mengenalpasti kesedaran responden
tentang kewujudan risiko dalam pembinaan serta pandangan mereka tentang
risiko. Responden juga diminta menyatakan kaedah pengenalpastian risiko
secara am yang biasa mereka praktiskan.

c. Bahagian C : Risiko pembinaan dan tahap risiko


Dalam bahagian ini disenaraikan 25 jenis risiko pembinaan yang biasanya
wujud ketika proses pembinaan. Penyenaraian jenis-jenis risiko ini adalah
hasil kajian literatur sebelum ini. Asasnya pada bahagian ini, adalah untuk
48

mengenalpasti jenis risiko yang sering dihadapi oleh responden. Disamping


itu, bahagian ini juga bagi menganalisis tahap keseriusan risiko-risiko.

d. Bahagian D : Pengurusan risiko


Setelah jenis dan tahap risiko dibincangkan, persoalan seterusnya dalam
bahagian ini adalah kaedah yang digunakan oleh responden dalam
menguruskan risiko. Responden diberi lima (5) pilihan pengurusan risiko.
Lima (5) pilihan tersebut adalah berdasarkan kaedah pengurusan risiko secara
pencegahan dan pembetulan yang dibincangkan dalam kajian literatur
sebelum ini.

Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas pendaftaran A,B dan C.

4.4 Pemilihan Responden Untuk Kajian

Dalam kajian ini, responden yang dipilih adalah terdiri daripada firma-firma
kontraktor di sekitar Negeri Johor. Rasionalnya firma kontraktor di Negeri Johor
dipilih adalah kerana negeri ini adalah antara negeri yang membangun di Malaysia.
Oleh yang demikian, pembangunan negeri ini secara tidak langsung dianggapkan
telah menyumbang kepada firma-firma kontraktor dalam kerja-kerja pembinaan
bangunan serta infrastruktur.

Ciri responden yang dipilih untuk kajian ini pula, terdiri dari firma kontraktor
yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan Kelas A, B atau C
sahaja. Disamping itu, firma tersebut mestilah telah menceburi bidang pembinaan
sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan pernah melaksanakan kerja-kerja pembinaan
dalam tempoh lima (5) tahun iaitu antara 2000 hingga 2005. Ini dibuat supaya
maklumbalas yang diterima menepati kehendak kajian kerana aspek persepsi, jenis
49

dan pengurusan terhadap risiko yang merupakan objektif utama kajian ini. Oleh itu,
hanya mereka yang mempunyai pengalaman sahaja boleh memberi maklumbalas
tersebut.

Bagi memastikan borang soal selidik ini dihantar kepada responden yang
berkelayakan, penyelidik telah mendapatkan senarai kontraktor di Negeri Johor dari
pihak Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga Persatuan Kontraktor Melayu
Negeri Johor.

4.5 Pengumpulan Data Kajian

Data yang dikumpulkan dalam kajian ini secara amnya dapat diklasifikasikan
kepada dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer ialah
data terkini yang diperlukan dalam kajian. Biasanya data jenis ini sentiasa berubah-
ubah mengikut keadaan pembinaan semasa. Data jenis ini juga lebih objektif dan
memenuhi kriteria serta matlamat kajian ini. Ini kerana ia berkait terus dengan
keadaan sebenar dalam pembinaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Dalam membuat analisis, rumusan dan cadangan bagi kajian, data primer
digunakan kerana lebih sesuai. Walaupun terdapat pelbagai kaedah empirikal yang
dapat digunakan bagi mengumpul data dari sumber primer seperti soal selidik, temu
bual dan pemerhatian, hanya kaedah yang bersesuaian akan digunakan. Kaedah yang
bersesuaian yang digunakan telah dibincangkan secara terperinci dalam bahagian
Kaedah Kajian. Kaedah pemerhatian tidak digunakan kerana, ia memerlukan
penyelidik untuk berada sendiri di tapak pembinaan bagi memerhatikan dan
mengalami sendiri situasi yang berlaku dalam jangka masa yang tertentu. Jadi,
faktor masa yang agak terhad yang dimiliki oleh penyelidik membataskan kaedah ini
daripada digunakan.
50

Bagi sumber data sekunder pula, ia merupakan sumber data yang diterbitkan
oleh sektor awam dan sektor swasta secara rasmi. Sumber data ini dapat diperolehi
melalui kajian literatur seperti yang dibincangkan dalam kaedah penyelidikan dalam
Bab 1. Walaupun tidak digunakan di dalam menjalankan analisis, data ini mesti
diperolehi juga memandangkan ia dapat memberi pemahaman kepada penyelidik
dalam bidang yang hendak dikaji dan bagi penyediaan satu set lengkap soalan soal
selidik. Semasa proses soal selidik dijalankan, pemahaman ini yang diperlukan oleh
penyelidik dan memastikan penyelidik tahu dan faham apa yang sedang berlaku atau
penerangan yang diberikan oleh responden.

4.5.1 Kaedah Pengedaran Borang Soal Selidik

Dalam kajian ini, dua kaedah penyerahan borang soal selidik telah digunakan.
Kaedah yang dimaksudkan ialah melalui pos dan melalui serahan tangan oleh
penyelidik sendiri. Oleh kerana terdapat pelbagai kekangan untuk melengkapkan
kajian ini, maka penyelidik telah menggunakan kaedah berjumpa terus dengan
responden yang berada disekitar Daerah Johor Bahru. Ini bagi mendapatkan
maklumbalas yang cepat. Namun begitu, bagi daerah yang jauh seperti Batu Pahat,
Muar dan Mersing, kaedah pos telah digunakan.

Sebanyak 24 orang responden telah dipilih dalam daerah Johor Bahru dan 11
orang bagi responden diluar Daerah Johor Bahru. Hasilnya daripada 35 borang yang
diedarkan, 27 borang telah dikembalikan untuk diteliti dan dianalisis.
51

4.5.2 Temubual

Maklumat yang diperolehi dalam borang soal selidik dilihat masih tidak
mencukupi. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan sesuatu
perkara, kaedah temubual telah diaplikasikan. Soalan-soalan yang akan
dikemukakan semasa temubual telah disediakan terlebih dahulu dalam bentuk yang
mudah difahami. Secara amnya, soalan yang dikemukakan merupakan soalan jenis
terbuka yang berkaitan dengan industri pembinaan dan bersangkut paut dengan isu
kejayaan.

Responden-responden yang sesuai untuk temubual akan dikenal pasti melalui


pengalaman mereka dalam mengendalikan projek. Pengalaman bekerja ini
diperolehi dengan bertanya terus kepada responden semasa borang diserahkan secara
serah tangan dan pada masa berkenaan juga jika difikirkan responden mempunyai
kriteria yang dikehendaki sebagai responden untuk temubual, maka penyelidik akan
meminta kebenaran responden untuk ditemubual selepas responden mengisi borang
soal selidik.

Daripada 24 responden yang diserahkan borang soalselidik, seramai 2 orang


responden dipilih untuk ditemu bual kerana memenuhi kriteria. Kriteria yang dilihat
ialah berdasarkan pengalaman mengendalikan projek lebih dari 5 tahun dan jawatan
yang dipegang dalam struktur organisasi projek iaitu sebagai pengarah syarikat dan
jurutera projek.

Temubual dijalankan dalam tempoh masa yang terkawal. Tujuan kawalan


masa dilakukan ialah agar temubual yang dijalankan tidak mengambil terlalu lama
masa responden tersebut, kerana difahami masa mereka adalah sangat terhad
memandangkan mereka perlu melakukan pelbagai kerja. Kesemua bahan
perbincangan akan dicatat semasa temubual dijalankan.
52

Setelah dipersetujui oleh responden untuk menerbitkan bahan temubual yang


dijalankan, kesemua data yang dibincangkan dan dicatatkan akan disimpan dan
disusun semula mengikut kesesuaian bagi pencapaian objektif kajian.

4.6 Penyusunan dan Pemindahan Data

Kesemua data yang telah dikumpulkan melalui kedua-dua kaedah yang telah
dibincangkan sebelum ini akan disusun dalam susunan yang berasingan untuk tujuan
penganalisisan. Data-data tersebut dibahagikan mengikut soalan-soalan yang
ditanya. Bagi data temubual, data yang diperolehi tidak dianalisis secara berasingan
tetapi dimasukkan ke dalam analisis borang soal selidik dan jawaban yang diperolehi
melalui temubual akan di masukkan ke dalam soalan-soalan yang terdapat dalam
borang mengikut kesesuaian.

Bagi data yang terdapat dalam borang soal selidik pula, dengan menggunakan
bantuan komputer data-data yang diperolehi akan disimpan sebelum dianalisis
mengikut pembahagian yang telah dibuat. Setelah lengkap kesemua data disimpan,
baru proses analisis dengan menggunakan komputer dapat dijalankan.

4.7 Kaedah Penganalisaan Data

Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ialah kaedah
perisian Statistical Package for Social Science atau ringkasnya SPSS. SPSS ialah
antara pakej statistik yang sering digunakan oleh penyelidik khususnya dalam bidang
sains sosial bagi menganalisis data. Pakej ini menjadi pilihan penyelidik kerana
53

operasinya yang mudah disamping keupayaannya menyediakan analisis statistik


terhadap data kajian. SPSS Window juga menyediakan sistem pengurusan data
dalam suasana grafik yang menarik dengan menggunakan menu dan kotak dialog.
Dengan demikian, semua arahan dapat dilakukan dengan mudah (Zulkarnain dan
Hishamuddin, 2001). Selain itu, perisian Microsoft Excel turut digunakan dalam
membentangkan hasil kajian ini.

Proses menganalisis data bermula dengan memasukkan data dengan


menggunakan tetingkap SPSS Data Editor sebaik sahaja kerja-kerja pengumpulan
data selesai. Data yang dimasukkan boleh merupakan data keratan rentas yang
dikumpul menggunakan soal selidik. Proses memasukkan data melalui SPSS Data
Editor boleh dilakukan secara langsung daripada soal selidik dengan setiap soalan
dalam soal selidik dipertimbangkan sebagai satu pembolehubah. Data-data ini boleh
dimanipulasi untuk mewujudkan data baru berdasarkan set data sediada dengan
menggunakan fungsi compute dan recode.

Dalam kajian ini, dua (2) kaedah yang digunakan untuk menganalisis
pembolehubah iaitu analisis frekuensi dan analisis indeks purata. Data-data akan
diringkaskan dan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Rajah-rajah yang
akan digunakan adalah seperti carta pai dan carta palang (bar chart).

4.8 Masalah Yang Dihadapi

Walaupun perancangan yang teliti telah dilakukan sebelum proses


pengumpulan data dijalankan, pelbagai masalah masih lagi wujud dan terpaksa
ditangani. Penanganan yang efektif dan cekap perlu dilakukan agar tidak
mengganggu proses pengumpulan data yang dijalankan.
54

Salah satu masalah yang telah dihadapi ialah pengumpulan balik borang
setelah diedarkan. Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, bagi borang
soal selidik melalui kaedah serahan tangan, responden akan mengisi borang yang
diberikan di hadapan penyelidik dan selepas diisi, ia terus dikembalikan. Namun
begitu, terdapat beberapa responden yang meminta meninggalkan borang tersebut
dan meminta penyelidik mengambilnya pada waktu lain. Keadaan ini menyebabkan
tiga (3) borang soal selidik secara serahan tangan tidak dikembalikan.

Bagi pengagihan borang secara pos, penyelidik telah menghubungi responden


setelah seminggu borang tersebut diposkan. Ini bagi mengelakkan responden lupa
untuk menjawab soalan tersebut. Hasilnya enam (6) borang soal selidik telah
dikembalikan. Selepas tempoh tiga (3) minggu, penyelidik telah menghubungi
semula responden yang belum mengembalikan borang tersebut dan jawapan yang
diperolehi rata-rata responden menyatakan mereka telah menghantar borang
berkenaan. Beberapa andaian telah dibuat bagi menjelaskan mengapa keadaan ini
berlaku. Antara andaian yang telah dibuat ialah :

a. Masalah mungkin berlaku semasa proses penghantaran dijalankan oleh pihak


yang menguruskan urusan pos.

b. Responden terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa untuk mengisi
borang yang telah dihantar.

c. Responden berkenaan tidak memberikan kerjasama dan bagi mengelakkan


diri dari dipersalahkan, maka mereka memberikan jawapan telah menghantar
borang yang diagihkan.

Selain itu terdapat juga responden yang tidak mengisi borang soal selidik
dengan sempurna. Antaranya ialah tidak melengkapkan borang dan menjawab lebih
dari satu jawaban bagi setiap kategori yang dinyatakan dalam borang soal selidik.
Bagi mengatasi masalah tersebut, penyelidik akan menyemak setiap borang yang
telah siap diisi dan meminta responden memperbaikinya. Untuk borang secara pos
55

pula, penyelidik telah menghubungi semula reponden dan meminta kepastian


terhadap borang yang telah diisi itu.

4.9 Analisis Awalan

Setelah borang soal selidik dapat dikembalikan oleh responden, proses


seterusnya yang terlibat dalam kajian ini ialah menganalisis data yang diperolehi
melalui borang berkenaan. Analisis yang perlu dibuat ialah analisis awalan dan
analisis terperinci.

Analisis awalan ini akan membincangkan berkenaan analisis terhadap agihan


dan maklumbalas borang kaji selidik, latar belakang responden dan pengalaman
mereka dalam mengendalikan projek pembinaan. Manakala analisis terperinci akan
akan dibincangkan dalam Bab V.

4.9.1 Analisis Agihan dan Maklumbalas Responden

Daripada 35 borang soal selidik yang diedarkan selama tiga (3) minggu,
sebanyak 27 borang dikembalikan dengan berkeadaan baik. Ini bererti sebanyak 77
% responden yang menerima borang telah memulangkan borang-borang berkenaan.
Keengganan sesetengah yang lain bekerjasama adalah antaranya disebabkan
kesibukan dengan tugas-tugas harian mereka. Ini adalah lumrah di dalam industri
binaan. Disamping itu, ada juga diantara mereka yang telah mengeposkan semula
tetapi tidak diterima oleh pengkaji.
56

T idak
Dikembalikan
23%

Dikembalikan
77%

Rajah 4.1 Maklumbalas responden

Dari jumlah borang yang dikembalikan, 96% borang telah dianalisis.


Manakala 4% borang tidak dapat dianalisis kerana borang tersebut tidak
dilengkapkan dengan sempurna dan terdapat beberapa kesilapan yang dibuat.

tidak dianalisis
4%

dianalisis
96%

Rajah 4.2 Analisis Borang Soal Selidik


57

4.9.2 Analisis Latar Belakang Responden

Bahagian ini adalah untuk mengetahui latar belakang dan pengalaman


responden dalam industri binaan. Analisis terhadap responden ini boleh dilihat
dalam Rajah 4.3 hingga Rajah 4.6.

4.9.2.1 Kelas Pendaftaran PKK dan CIDB

Rajah 4.2 menunjukkan pecahan responden mengikut pendaftaran mereka


dengan pihak Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), manakala Rajah 4.3 merupakan
pecahan gred pendaftaran kontraktor dengan pihak Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB). Berdasarkan rajah tersebut, didapati 57.7% yang
menjawab soalan terdiri daripada kontraktor Kelas A, 23.1% Kelas B dan 19.2%
Kelas C. Bagi pendaftaran kelas dengan pihak CIDB pula,63.4% adalah tergolong
daripada kontraktor gred G7. Bagi kelas G5 adalah sebanyak 23.1% dan 11.5% bagi
lain-lain gred. Lain-lain gred ini terdiri dari gred G4 sebanyak 3 responden.

Berdasarkan peratus jawaban responden, kontraktor kelas A dan G7


mencatatkan peratus paling tinggi iaitu masing-masing 57.7% dan 65.4%. Secara
tidak langsung, soal selidik ini lebih tepat kerana mereka telah biasa menguruskan
projek binaan yang bernilai lebih RM 10 juta. Keadaan ini sudah tentunya
mendedahkan mereka kepada risiko yang lebih tinggi.
58

60.0
57.7

50.0

Peratus Responden
40.0

30.0

20.0 23.1
19.2

10.0

0.0
A B C

Kelas Kontraktor

Rajah 4.3 Pendaftaran PKK

70.0

65.4
60.0

50.0
Peratus Responden

40.0

30.0

20.0 23.1

10.0 11.5

0.0
G7 G5 Lain-Lain

Gred Kontraktor

Rajah 4.4 Pendaftaran CIDB


59

4.9.2.2 Pengalaman Responden

Pengalaman responden adalah salah satu faktor penting yang diambil kira
dalam kajian ini. Oleh itu, hanya responden yang telah mempunyai pengalaman
selama lima (5) tahun ke atas sahaja yang diambil kira. Merujuk kepada Rajah 4.5,
sebanyak 65.4% adalah firma kontraktor yang telah beroperasi selama 5 hingga 10
tahun. 23.1% daripada mereka pula telah beroperasi selama 11 hingga 15 tahun dan
11.5% telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Secara keseluruhannya responden yang
dipilih mempunyai pengalaman yang luas dalam industri binaan. Tempoh
pengalaman ini cukup penting bagi memastikan maklumat atau data yang diperolehi
dari borang soal selidik ini tepat dan mencapai objektifnya.

lbh 15 tahun

11.5%

11-15 tahun
23.1%

65.4%

5-10 tahun

Rajah 4.5 Pengalaman Responden


60

4.9.2.3 Bilangan Projek Dalam Tempoh Lima (5) Tahun

Untuk memastikan responden benar-benar berpengalaman menguruskan


projek binaan, hanya kontraktor yang telah berjaya menguruskan projek binaan
dalam tempoh lima (5) tahun ini sahaja yang diambil kira. Sekurang-kurangnya
responden tersebut pernah menguruskan satu (1) projek dalam tempoh tersebut.
Merujuk kepada Rajah 4.6, 34.6% responden telah berjaya menguruskan projek
binaan sebanyak 1 hingga 3 projek, 38.5% telah berjaya menguruskan 4 hingga 6
projek, 7.7% bagi 7 hingga 10 projek dan 19.2% telah berjaya menguruskan lebih
dari 10 projek binaan.

lebih 10
19.2%

1 hingga 3
34.6%

7 hingga 10
7.7%

4 hingga 6
38.5%

Rajah 4.6 Bilangan projek yang berjaya diuruskan oleh responden

Melihat kepada peratusan tersebut, secara keseluruhannya didapati 65.4%


responden yang terlibat telah berjaya menguruskan lebih 3 projek binaan dalam
tempoh lima (5) tahun tersebut. Maka, jawapan soal selidik ini lebih tepat kerana
61

responden yang terlibat mempunyai pengetahuan dan mengetahui keadaan sebenar


dalam menguruskan risiko pembinaan.

4.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Bab ini membincangkan kaedah utama dalam


pengumpulan data, kaedah analisis dan analisis awalan kajian. Pengumpulan data
utama menggunakan kajian empirikal sementara pengumpulan data sekunder
menggunakan kajian literatur. Kajian empirikal pula dijalankan dengan
menggunakan kaedah soal selidik dan temubual. Analisis data pula dibuat dengan
menggunakan perisisian SPSS (Statistical Package for Socials Science). Daripada
analisis awal yang telah dibuat, dapat dilihat majoriti yang terlibat sebagai responden
adalah firma kontraktor Kelas A dan secara keseluruhannya, mereka mempunyai
pengalaman menguruskan projek lebih dari 3 projek binaan dalam tempoh lima (5)
tahun ini.
BAB V

ANALISIS TERPERINCI :
RISIKO DALAM PELAKSANAAN PEMBINAAN

5.1 Pengenalan

Dalam Bab IV, perbincangan yang terperinci tentang kaedah empirikal yang
dipraktikkan telah dijalankan meliputi kaedah soal selidik dan temu bual. Juga telah
dijalankan analisis awal bagi data-data yang telah dikumpulkan. Di dalam bab ini
pula, analisis terperinci terhadap jenis-jenis risiko dan pengurusannya akan
dilakukan bertujuan untuk pencapaian objektif-objektif penyelidikan. Namun,
perbincangan analisis tidak merangkumi kesemua jenis risiko yang terdapat di dalam
borang soal selidik. Adalah mungkin penyelidik untuk membincangkan satu per satu
25 punca yang disenaraikan. Oleh itu, perbincangan analisis akan dilakukan
terhadap jenis-jenis risko yang mempunyai frekuensi dan indeks purata paling tinggi
63

5.2 Kesedaran dan Persepsi Kontraktor Terhadap Risiko

Soalan dalam Bahagian B ini adalah untuk melihat kesedaran dan persepsi
pihak kontraktor terhadap kewujudan risiko dalam kerja-kerja pembinaan. Rajah 5.1
menunjukan bahawa kesemua responden (100%) sedar tentang kewujudan risiko.

Tidak
0%

Ya
100%

Rajah 5.1 Kesedaran Responden Terhadap Kewujudan Risiko

Bagi persepsi terhadap risiko juga menunjukkan bahawa semua responden


berpendapat bahawa risiko itu merupakan sesuatu kemungkinan yang perlu dikenal
pasti dan diuruskan dengan baik (rujuk Jadual 5.1).

Jadual 5.1 : Persepsi responden terhadap risiko


Persepsi Bil %
Sesuatu kemungkinan yang perlu dikenalpasti 26 100
Ancaman kepada kejayaan projek pembinaan 0 0
Situasi yang tidak memberi apa-apa kesan ke atas projek
0 0
pembinaan

Dari keputusan analisis ini, jelas menunjukan bahawa persepsi dan tahap
kesedaran responden terhadap risiko dalam pembinaan adalah baik dan mereka sedia
untuk menjalankan pengurusan risiko dalam pelaksanaan projek mereka.
64

Jadual 5.2 pula merupakan kaedah yang digunakan oleh responden untuk
mengenalpasti dan menjangkakan risiko. Melalui jadual tersebut, didapati juga
semua (100%) responden bergantung kepada pengalaman dari projek lepas bagi
meramal dan mengenalpasti risiko. Hal ini tidak mengejutkan kerana responden
yang dipilih adalah dari kalangan firma kontraktor yang berpengalaman dan telah
biasa melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Jadual 5.2 : Kaedah Mengenalpasti Risiko


Kaedah Mengenalpasti Risiko Bil %
Pengalaman dari projek lepas 26 100
Nasihat dari perunding 0 0
Secara ad-hoc 0 0

5.3 Risiko Yang Sering Dihadapi Oleh Kontraktor

Fasa pembinaan merupakan satu peringkat yang melibatkan banyak pihak dan
aktiviti. Secara tidak langsung ia telah menyumbang pelbagai jenis risiko samaada
dari segi teknikal ataupun sosial. Kontraktor pula merupakan pihak yang
bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan berdasarkan kontrak
yang telah ditandatangani. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, tentulah
mereka menghadapi pelbagai jenis risiko seperti yang telah dibincangkan dalam Bab
3 sebelum ini.

Seterusnya, bab ini akan menganalisis kajian yang telah dilakukan untuk
mengetahui jenis risiko yang sering dihadapi oleh pihak kontraktor serta tahap
keseriusan risiko tersebut kepada kerja-kerja pembinaan. Bab ini juga akan
menganalisis kaedah pengurusan risiko yang dipraktikkan oleh kontraktor dalam
memastikan kejayaan pembinaan yang dipertanggungjawabkan keatasnya.
65

5.3.1 Jenis-Jenis Risiko

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian literatur, terdapat


pelbagai jenis risiko yang wujud dalam kerja-kerja pembinaan yang mana ianya
boleh menyumbang kepada kelewatan ataupun kegagalan projek. Berdasarkan
kajian literatur yang telah dibuat, 25 jenis risiko telah disenaraikan dalam borang
selidik dan ia dikelaskan kepada pembinaan, perundangan, kewangan, rekabentuk
dan alam sekitar. Setiap jenis risiko yang disenaraikan telah dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu risiko pernah dihadapi oleh kontraktor bagi mengetahui jenis-jenis
risiko yang sering dihadapi oleh kontraktor dan bahagian kedua ialah tahap risiko
bagi mengetahui keseriusan risiko tersebut.

Untuk mengetahui kekerapan risiko yang dihadapi oleh kontraktor, responden


hanya perlu menyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada bahagian risiko yang pernah
dihadapi oleh kontraktor. ‘Ya’ sekiranya responden pernah menghadapi risiko
tersebut sebelum ini dan ‘Tidak’ sekiranya mereka tidak pernah berhadapan dengan
risiko tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati majoriti
responden menghadapi risiko-risiko yang telah disenaraikan. Merujuk kepada Rajah
5.2, secara amnya didapati peratus kekerapan bagi setiap jenis adalah melebihi 50%.
Bagi mengukur jenis-jenis risiko yang sering dihadapi oleh kontraktor, penyelidik
mencadangkan kekerapan melebihi 80% adalah dianggap berpotensi sebagai risiko
yang paling kerap dihadapi oleh responden.

Berdasarkan rajah tersebut, didapati 17 dari 25 risiko yang senaraikan


merupakan risiko yang sering dihadapi oleh kontraktor. Manakala 7 daripadanya
pula memberikan peratusan seratus peratus (100%). Ini menunjukkan kesemua
responden pernah menghadapi risiko tersebut dalam menjalankan kerja-kerja
pembinaan mereka. Risiko-risiko tersebut ialah;
i. kelewatan bahan binaan
ii. sub kontraktor
iii. hubungan pembekal
66

iv. kelewatan pembayaran kemajuan


v. aliran tunai kontraktor
vi. sumber kewangan kontraktor

Manakala lain-lain risiko yang memberi peratusan kekerapan 80% ke atas ialah;
i. kekurangan peralatan atau loji vi. perbezaan peraturan
ii. kekurangan bahan binaan vii. karenah birokrasi
iii. kemalangan di tapak bina viii. rekabentuk tidak lengkap
iv. perancangan tidak lengkap ix. produktiviti buruh
v. cuaca buruk x pencemaran

Untuk membincangkan kekerapan jenis-jenis risiko ini dengan lebih jelas,


kupasan akan dibuat mengikut kelas-kelas risiko pada bahagian seterusnya.
67

P e ma tu h a n u n d a n g - u n d a n g 77 23

Ke ro s a ka n e ko lo g i 69 31

P e n c e ma ra n 81 19

P e ru b a h a n ke rja 100 0

Re ka b e n tu k tid a k le n g ka p 85 15

S u mb e r ke wa n g a n ko n tra kto r 100 0

Ma s a la h a lira n tu n a i ko n tra kto r 100 0

Ke le wa ta n p e mb a ya ra n tu n tu ta n 100 0

P e ma tu h a n a ra h a n ke ra ja a n 73 27

Ka re n a h b iro kra s i 89 11
Jenis-Jenis Risiko

P e n ye lia a n p ih a k p e ru n d in g 77 23

Ka n d u n g a n s ya ra t ko n tra k 58 42
Ya
P e rb e za a n p e ra tu ra n 85 15
Tidak
P ro s e d u r ke lu lu s a n 77 23

P e ru b a h a n u n d a n g - u n d a n g 69 31

Ma s a la h p e mb e ka l 100 0

Cu a c a b u ru k 89 11

P e ra n c a n g a n tid a k le n g ka p 81 19

Ma s a la h s u b ko n tra kto r 100 0

Ke ma la n g a n ta p a k b in a 89 11

P ro d u ktiviti b u ru h 89 11

Ke le wa ta n b a h a n b in a a n 100 0

Ke ku ra n g a n b a h a n b in a a n 92 8

Ke ku ra n g a n p e ra la ta n @ lo ji 81 19

Ke le wa ta n p e milika n ta p a k 77 23

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
Peratusan

Rajah 5.2 Kekerapan risiko yang dihadapi oleh pihak kontraktor


68

5.3.1.1 Analisis Risiko Pembinaan

Analisis ini menjurus kepada risiko-risiko yang berkaitan dengan kerja-kerja


pembinaan secara praktikal. Dalam menganalisis kategori ini, terdapat sepuluh (10)
jenis risiko yang telah disenaraikan seperti Rajah 5.3. Hasilnya daripada sepuluh
(10) jenis risiko tersebut, risiko terhadap kelewatan bahan binaan, masalah sub
kontraktor dan masalah pembekal merupakan risiko yang sering dihadapi oleh
responden. Di mana, ketiga-tiga risiko ini telah memberikan peratusan kekerapan
setinggi 100%, menunjukkan kesemua responden pernah menghadapi risiko tersebut.

Disamping itu, risiko kepada kekurangan bahan binaan juga antara risiko
yang sering dihadapi oleh responden. Dari analisis yang dibuat, 92% responden
menghadapi masalah ini. Kesukaran mendapatkan bahan binaan di pasaran tempatan
merupakan antara sebab berlakunya masalah ini, terutamanya yang melibatkan bahan
binaan yang perlu ditempah khas. Disamping itu kekurangan bahan binaan di
pasaran tempatan akibat spekulasi pasaran turut menyumbang kepada masalah ini,
seperti kekurangan besi dan simen tidak lama dulu.

Seterusnya masalah cuaca buruk, kemalangan tapak bina dan produktiviti


buruh masih memberi peratusan yang agak tinggi iaitu 89%. Kelewatan pemilikan
tapak merupakan risiko yang paling rendah bagi kategori ini, iaitu 77%.
69

100 100 100


100 92
89 89 89
90
81 81
77
P 80
e 70
r
60
a
t 50
u 40
s
30
a
n 20
10
0

al
an

h
an

ru
na

p
ji

or
k

ru

ka
lo

k
a

bu
na

na

kt
bi

be
tap

bu
@

ng
ra
bi
bi

ak

ca

m
ti

le
nt
n
n

an
n

pe
a
ap
vi
ata
ka

ko
ha

Cu
ak
h

ah
ili

t
ba
ba
al

uk

tid
b
m

ga

al
r

su
pe

an

od
n

as
pe

n
an
ga

ah

ga
at

Pr

M
n
an

al
an
ga

ew

al

an
em
at

as
ur
an

nc
el
ew

ek

M
K
ur

ra
K
el

ek

Pe
K

Jenis Risiko

Rajah 5.3 Risiko-risiko pembinaan

5.3.1.2 Analisis Risiko Peruntukan Kontrak

Jenis-jenis risiko yang disenaraikan dalam kategori ini adalah berkaitan


dengan proses pentadbiran dan pengurusan kerja-kerja pembinaan. Merujuk kepada
Rajah 5.3, terdapat tujuh (7) jenis risiko yang telah disenaraikan oleh penyelidik.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, didapati risiko kepada karenah birokrasi
merupakan yang tertinggi dalam kategori ini, iaitu 89%. Karenah birokrasi ini
biasanya merujuk kepada prosedur-prosedur yang perlu diikuti untuk mendapatkan
sesuatu kelulusan. Prosedur yang diimplementasikan biasanya perlu melalui
pelbagai peringkat dan ia mengambil masa yang panjang.
70

Seterusnya risiko kepada perbezaan peraturan atau peruntukkan disesuatu


kawasan. Terdapat 85% responden yang menghadapi risiko ini. Risiko ini terjadi
kepada responden yang pernah menguruskan pembinaan di lokasi yang berlainan
daerah atau negeri. Prosedur kelulusan dan masalah penyeliaan pihak perunding
pula memberikan peratusan kekerapan 77%. Bagi Pematuhan kepada arahan 73%
responden menghadapi risiko ini. Ketiga-tiga risiko ini dianggap jarang dihadapi
oleh responden, kerana hanya sebahagian responden yang menghadapi masalah
tersebut.

100 89
85
77 77 73
80 69
58
Peratusan

60

40

20

0
Kandungan
kelulusan

birokrasi
Perubahan

Prosedur

Perbezaan

perunding

Karenah
Penyeliaan

Pematuhan
peraturan
undang-
undang

kerajaan
kontrak

arahan
syarat

pihak

Jenis-Jenis Risiko

Rajah 5.4 Risiko-risiko peruntukkan kontrak

Risiko yang paling rendah dihadapi oleh pihak responden ialah terhadap
kandungan syarat kontrak, iaitu hanya 58%. Ini disebabkan majoriti responden telah
biasa menjalankan kerja-kerja pembinaan yang menggunakan Borang Kontrak
Setara. Maka, mereka telah maklum tentang isikandungan syarat-syarat kontrak
yang mereka perlu ikuti.
71

5.3.1.3 Analisis Risiko Kewangan

Dalam kategori ini, tiga (3) jenis risiko telah dipertimbangkan, iaitu
kelewatan bayaran tuntutan dari pihak klien, aliran tunai kontraktor dan sumber
kewangan kontraktor. Dari analisis yang telah dibuat, Rajah 5.5 menunjukkan
bahawa kesemua (100%) responden menghadapi ketiga-tiga risiko ini.

100 100 100


100

80
Peratusan

60

40

20

0
Kelewatan pembayaran Masalah aliran tunai Sumber kewangan
tuntutan kontraktor kontraktor

Jenis-Jenis Risiko

Rajah 5.5 Risiko-Risiko Kewangan

Dari analisis tersebut, bolehlah diandaikan bahawa semua responden percaya


bahawa faktor kewangan merupakan risiko utama yang perlu mereka hadapi dalam
melaksanakan kerja pembinaan. Faktor ini secara tidak langsung ia akan
mempengaruhi perjalanan dan kemajuan keseluruhan kerja-kerja pembinaan.

Kelewatan pembayaran kemajuan berlaku apabila pihak klien lewat membuat


bayaran kepada kontraktor walaupun perakuan interim telah dikeluarkan. Dari
temubual yang dijalankan, situasi ini sering terjadi pada awal dan akhir setiap tahun.
Kelewatan ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada masalah aliran tunai
72

kontraktor. Keadaan ini juga turut mempengaruhi sumber kewangan pihak


kontraktor dalam membiayai kerja-kerja pembinaan.

5.3.1.4 Analisis Risiko Rekabentuk

Secara praktisnya, semua lukisan-lukisan bagi kerja-kerja pembangunan


projek perlu disediakan dengan lengkap sebelum kerja-kerja pembinaan berjalan.
Namun begitu, ketika kerja-kerja pembinaan berjalan, ia tidak dapat lari dari risiko
perubahan kerja sama ada penambahan atau pengurangan kerja binaan. Mengikut
analisis yang telah dibuat, didapati semua responden (100%) menghadapi risiko
perubahan kerja (Rajah 5.6). Situasi ini juga tidak menghairankan bagi kontraktor,
kerana ia telah terkandung dalam Fasal 24 Borang Kontrak JKR 203, yang
menyatakan Pegawai Penguasa boleh mengeluarkan arahan perubahan bagi kerja-
kerja pembinaan.

100 100
85
80
Peratusan

60

40

20

0
Rekabentuk tidak lengkap Perubahan kerja

Jenis-Jenis Risiko

Rajah 5.6 Risiko-Risiko Rekabentuk


73

Bagi risiko rekabentuk yang tidak lengkap pula, 85% daripada responden
pernah mengalaminya. Namun begitu, masalah rekabentuk tidak lengkap ini tidak
melibatkan struktur utama sesuatu pembinaan. Ia biasanya dapat diatasi dengan cara
perbincangan dengan pihak perunding.

5.3.1.5 Analisis Risiko Alam Sekitar

Kerja-kerja pembinaan selalunya dikaitkan dengan pencemaran dan


mengganggu persekitaran. Banjir lumpur, tanah runtuh dan masalah habuk
merupakan pencemaran yang biasanya berlaku ditapak bina. Disamping itu bunyi
bising hasil dari jentera-jentera pembinaan juga menjadi isu bagi sesuatu kawasan
pembangunan. Tapak pembinaan tidak dapat lari dari masalah ini dan kontraktor
perlu menanganinya dengan baik. Berdasarkan Rajah 5.7 didapati bahawa 81%
responden menghadapi masalah pencemaran alam sekitar, 69% pula menghadapi
risiko kerosakkan ekologi dan 77% menghadapi masalah untuk penuhi peruntukkan
yang telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar. Garis panduan dan peruntukkan yang
dibuat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar adalah bagi memastikan tapak bina yang
mesra kepada alam sekitar dan perjiranannya.
74

100
90 81
80
77
69
70

Peratusan
60
50
40
30
20
10
0
Pencemaran Kerosakan ekologi Pematuhan
undang-undang

Jenis-Jenis Risiko

Rajah 5.7 Risiko Alam Sekitar

5.4 AnalisisTahap Risiko

Bahagian ini adalah untuk mengetahui darjah keseriusan risiko-risiko


pembinaan yang telah disenaraikan dalam borang soal selidik. Bagi mengukur
darjah keseriusan ini, skala Likert telah digunakan. Responden dikehendaki
memberi maklumbalas terhadap tahap risiko yang dihadapi berasaskan skala mata
iaitu;

a) “1” = Sangat rendah


b) “2” = Rendah
c) “3” = Sederhana
d) “4” = Tinggi
e) “5” = Sangat Tinggi
75

Berdasarkan skala tersebut, satu garis panduan telah dicadangkan seperti


Rajah 5.8, iaitu dengan menentukan tahap risiko pada skala 3.50 bagi indeks min.
Bermaksud, risiko yang mempunyai min melebihi 3.50 adalah dianggap tinggi.
Maka, untuk analisis tahap risiko ini, hanya risiko yang mempunyai min yang
melebihi 3.50 sahaja akan dibincangkan.

Cadangan ketetapan (3.50 pada


indeks min) bagi menentukan
tahap keseriusan

Sgt. Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sgt. Tinggi

Rajah 5.8 Cadangan Ketetapan Tahap Risiko

Hasilnya, Jadual 5.3 menunjukkan secara keseluruhan tahap risiko dari


pandangan responden. Berdasarkan jadual tersebut, didapati lima (5) jenis risiko
yang mempunyai indeks min melebihi 3.50. Risiko-risiko tersebut ialah;
a) kelewatan bahan binaan
b) masalah sub kontraktor
c) kelewatan bayaran tuntutan
d) aliran tunai kontraktor
e) kewangan kontraktor
76

Jadual 5.3 : Nilai purata min bagi setiap jenis risiko


TAHAP RISIKO
Indeks Sisihan
Jenis-Jenis Risiko 1 2 3 4 5 Jumlah Kedudukan
Min Piawai
f % f % f % f % f % f %
Sumber kewangan kontraktor 0.0 0.0 0.0 0.0 3.0 11.5 9.0 34.6 14.0 53.8 26.0 100.0 4.42 0.70 1
Kelewatan pembayaran tuntutan 0.0 0.0 1.0 3.8 2.0 7.7 11.0 42.3 12.0 46.2 26.0 100.0 4.31 0.79 2
Masalah aliran tunai kontraktor 0.0 0.0 0.0 0.0 3.0 11.5 12.0 46.2 11.0 42.3 26.0 100.0 4.31 0.68 3
Masalah sub kontraktor 1.0 3.8 2.0 7.7 6.0 23.1 10.0 38.5 7.0 26.9 26.0 100.0 3.77 1.07 4
Kelewatan bahan binaan 0.0 0.0 1.0 3.8 10.0 38.5 12.0 46.2 3.0 11.5 26.0 100.0 3.65 0.75 5
Perancangan tidak lengkap 5.0 19.2 0.0 0.0 5.0 19.2 10.0 38.5 6.0 23.1 26.0 100.0 3.46 1.39 6
Produktiviti buruh 5.0 19.2 0.0 0.0 6.0 23.1 10.0 38.5 5.0 19.2 26.0 100.0 3.38 1.36 7
Kekurangan bahan binaan 5.0 19.2 1.0 3.8 5.0 19.2 12.0 46.2 3.0 11.5 26.0 100.0 3.27 1.31 8
Masalah pembekal 0.0 0.0 5.0 19.2 9.0 34.6 12.0 46.2 0.0 0.0 26.0 100.0 3.27 0.78 9
Perubahan kerja 1.0 3.8 2.0 7.7 13.0 50.0 10.0 38.5 0.0 0.0 26.0 100.0 3.23 0.76 10
Karenah birokrasi 9.0 34.6 4.0 26.9 7.0 26.9 6.0 23.1 0.0 0.0 26.0 100.0 2.85 1.22 11
Prosedur kelulusan 3.0 11.5 5.0 19.2 13.0 50.0 3.0 11.5 2.0 7.7 26.0 100.0 2.85 1.05 12
Cuaca buruk 3.0 11.5 1.0 3.8 20.0 76.9 2.0 7.7 0.0 0.0 26.0 100.0 2.81 0.75 13
Rekabentuk tidak lengkap 6.0 23.1 6.0 23.1 6.0 23.1 6.0 23.1 2.0 7.7 26.0 100.0 2.69 1.29 14
Kekurangan peralatan @loji 6.0 23.1 6.0 23.1 7.0 26.9 6.0 23.1 1.0 3.8 26.0 100.0 2.62 1.20 15
Perbezaan peraturan 2.0 7.7 12.0 46.2 6.0 23.1 6.0 23.1 0.0 0.0 26.0 100.0 2.62 0.94 16
Penyeliaan pihak perunding 7.0 26.9 2.0 7.7 13.0 50.0 4.0 15.4 0.0 0.0 26.0 100.0 2.54 1.07 17
Pematuhan arahan kerajaan 9.0 34.6 4.0 15.4 7.0 26.9 6.0 23.1 0.0 0.0 26.0 100.0 2.31 1.32 18
Kandungan syarat kontrak 12.0 46.2 1.0 3.8 8.0 30.8 5.0 19.2 0.0 0.0 26.0 100.0 2.23 1.24 19
Kemalangan tapak bina 8.0 30.8 9.0 34.6 6.0 23.1 3.0 11.5 0.0 0.0 26.0 100.0 2.15 1.01 20
Pencemaran 8.0 30.8 8.0 30.8 8.0 30.8 2.0 7.7 0.0 0.0 26.0 100.0 2.15 0.97 21
Kerosakan ekologi 10.0 38.5 6.0 23.1 7.0 26.9 3.0 11.5 0.0 0.0 26.0 100.0 2.08 1.13 22
Perubahan undang-undang 12.0 46.2 9.0 34.6 1.0 3.8 4.0 15.4 0.0 0.0 26.0 100.0 1.88 1.07 23
Kelewatan pemilikan tapak 15.0 57.7 4.0 15.4 4.0 15.4 3.0 11.5 0.0 0.0 26.0 100.0 1.81 1.10 24
Pematuhan undang-undang 14.0 53.8 6.0 23.1 6.0 23.1 0.0 0.0 0.0 0.0 26.0 100.0 1.69 0.84 25
77

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, risiko kepada kewangan


kontraktor memberikan indeks min yang tertinggi, iaitu 4.42. Indeks min kedua
tertinggi pula adalah risiko kepada kelewatan bayaran tuntutan dan risiko aliran tunai
kontraktor. Di mana kedua-dua risiko ini memberi indeks minnya 4.31. Sekiranya
merujuk kepada sisihan piawai, kelewatan bayaran tuntutan merupakan tahap risiko
yang kedua tertinggi. Masalah sub kontraktor pula memberikan indeks min 3.77 dan
yang terakhir ialah kelewatan bahan binaan yang mempunyai indeks min 3.65. Rajah
5.9 menunjukkan tahap keseriusan risiko mengikut turutan.

4.42
4.5 4.31 4.31

4 3.77
3.65
3.46 3.38
3.5 3.27 3.27 3.23

3 2.85 2.85 2.81


Indeks Min

2.69 2.62 2.62


2.54
2.5 2.31 2.23
2.15 2.15 2.08
2 1.88 1.81
1.69

1.5

0.5

0
g
i

ji

g
i

g
r

an

an
an

an
or

n
l

ja

k
uk

p
h

k
or

ap
n

n
as

og
ka
to

in

n
ru

an

an
ra
ka

ra
lo

pa
a

a
er
na

na

ja
kt

bi

ar
kt

lus

ur
kr
k
t

nd

ol
ak

bu

tu
be

@
tu

nd
nt

nd
ng
ng

ta
k

ra
ab

em
ra
ra

bi

bi

ro

k
lu

ek
ru
ra
un

tr

ko

-u

-u
n

ke
it i

le

pa
n
le

n
nt
nt

bi

ke
ha
an

pe
on

ac

pe
pe

nc
a

ka
ng

ng
t

an
t iv

ha

ta
ko

ak

at
ko

ak

at
an
Cu
n

ah
ba
h

Pe
ik

ur

ili
da
n

da
l
ah

ak
a

ar
ba

t id
ba
t id

ra

an
uk

ru

ah
a
r

ha
en

ed
n

m
na
ya

un

un
za
al

sy

os
su

pe
ga

ng
od

Pe
an

ar

pe
os

pi
ar

uk
n

as
tu

e
ba

ga

er
n

ah

ga

an

an
rb

ala
Pr

K
at

n
Pr
M

an
wa

nt

an

ha
K
m

an
an

ga
n

ew

ng
al

an

Pe

uh
ir a

be

em
uh
pe

ia

ba
ke

as

ur

at
an
nc

du

at
el

el
ka

ew
al

ru
at
ek
M

K
ur
an

K
r

m
ra

an
ny
be

m
Re

Pe
ah

el
ek

Pe
Pe
at

K
Pe

Pe
m

K
al
ew

K
Su

as
el

M
K

Risiko

Rajah 5.9 Tahap Keseriusan Risiko Mengikut Turutan

5.4.1 Analisis Sumber Kewangan Kontraktor

Risiko sumber kewangan kontraktor adalah merujuk kepada kewangan pihak


kontraktor dalam membiayai kerja-kerja pembinaan. Faktor ini telah menjadi salah
78

satu kriteria dalam pemilihan kontraktor semasa peringkat tender, bagi memastikan
mereka yang benar-benar mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh
menjalankan kerja-kerja pembinaan ini. Maka tidak hairanlah jika hasil analisis
menunjukkan tahap risiko ini pada kedudukan paling tinggi iaitu 4.42.

sederhana
11.5%

tinggi
sangat tinggi
34.6%
53.8%

Rajah 5.10 Tahap Risiko Sumber Kewangan Kontraktor

Hasil dari analisis yang dibuat, Rajah 5.10 memperlihatkan 53.8% responden
berpendapat sekiranya risiko ini berlaku, ia memberi tahap risiko sangat tinggi.
34.6% pula berpendapat ia pada tahap tinggi dan hanya 11.5% pada tahap sederhana.
Secara keseluruhannya 88% daripada responden berpendapat bahawa risiko ini
mempunyai tahap keseriusan yang tinggi. Ini bermaksud 23 orang responden
percaya sumber kewangan kontraktor amat mempengaruhi kerja-kerja pembinaan.
Maka, kontraktor perlu berhati-hati dalam menguruskan kewangan mereka, bagi
mengelakkan masalah kewangan dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan.
79

5.4.2 Analisis Risiko Kelewatan Pembayaran Kemajuan

Borang Kontrak JKR 203, Fasal 47 (d) ada menyatakan bahawa pihak klien
perlu membuat bayaran kemajuan kepada kontraktor dalam masa 30 hari selepas
Perakuan Interim dikeluarkan. Ini bererti masalah kelewatan seharusnya tidak wujud
jika ia dilaksanakan dengan betul. Namun, tidak semua kontraktor yang mendapat
bayaran kemajuan pada masa yang ditetapkan. Akibatnya kontraktor terpaksa
menanggung risiko ini.

50.0

46.2

40.0 42.3

30.0
Peratusan

20.0

10.0

7.7

3.8
0.0
rendah sederhana tinggi sangat tinggi

Tahap Risiko

Rajah 5.11 Tahap risiko kelewatan pembayaran kemajuan

Dari analisis yang dijalankan didapati risiko ini mempunyai tahap keseriusan
yang kedua tinggi dengan indek minnya 4.31. Kesan dari kelewatan ini, 46.2%
responden merasakan ia akan memberikan tahap yang sangat tinggi dan 42.3% pula
berpendapat risiko ini pada tahap tinggi (rujuk Rajah 5.11). Hanya 7.7% yang
menganggapnya pada tahap sederhana dan 3.8% pada tahap rendah. Amnya, majoriti
responden merasakan mereka akan mengalami masalah kemajuan kerja sekiranya
80

masalah ini berlaku. Kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi aliran
tunai kontraktor.

5.4.3 Analisis Risiko Aliran Tunai Kontraktor

Sebagaimana yang diketahui kerja-kerja pembinaan melibatkan banyak


aktiviti dan pihak yang terbabit. Secara tidak langsung ia menuntut pelaburan wang
yang tinggi terutamanya dari segi pembelian bahan binaan, penyewaan dan
penyenggaraan jentera serta kos pengurusan. Maka perancangan yang teliti perlu
dibuat oleh kontraktor bagi memastikan wang keluar masuk mereka tidak terjejas.
Berdasarkan analisis yang dibuat, risiko ini menunjukkan tahap keseriusan yang
tinggi iaitu 3.77 pada indeks min.

Rajah 5.12 menunjukkan tahap keseriusan masalah aliran tunai kepada projek
pembinaan. Melalui rajah tersebut, 46.2% responden menyatakan risiko ini
mempunyai tahap yang tinggi dan 42.3% pula menyatakan sangat tinggi. Manakala
hanya 11.5% sederhana. Dari temubual yang dijalankan, masalah aliran tunai ini
memyebabkan mereka menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran kepada
pembekal-pembekal bahan binaan dan jentera. Mereka juga menghadapi masalah
untuk membuat bayaran kepada sub-sub kontraktor yang telah menjalankan kerja
mereka.

Walaupun kelewatan bayaran kemajuan dan ketidakcukupan modal boleh


dijadikan penyumbang kepada masalah ini, pihak kontraktor seharusnya menyiapkan
diri mereka dengan pengetahuan untuk menguruskan wang mereka dengan baik.
Masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya mereka tidak mengambil inisiatif
untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik.
81

50.0

46.2

40.0 42.3

30.0
Peratusan

20.0

10.0 11.5

0.0
sederhana tinggi sangat tinggi

Tahap Risiko

Rajah 5.12 Tahap risiko aliran tunai kontraktor

5.4.4 Analisis Masalah Sub-kontraktor

Dalam memenuhi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja pembinaan,


kontraktor biasanya akan menyerahkan beberapa aktiviti pembinaan kepada sub-
kontraktor dengan persetujuan pihak klien. Namun begitu, ia bukanlah satu cara
untuk melepaskan tanggungjawab mereka. Sebagaimana yang dinyatakan dalam
Fasal 27 Borang Kontrak JKR 203, kontraktor perlu bertanggungjawab ke atas sub
kontraktor yang dilantik. Begitu juga dengan sub kontraktor, di mana mereka perlu
bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka sebagaimana yang terkandung dalam
Fasal 29 Borang Kontrak tersebut.
82

Maka, semua sub kontraktor samaada sub kontraktor dinamakan atau sub
kontraktor domestik perlu menyiapkan dan melaksanakan tanggungjawab mereka
sebagaimana perjanjian mereka dan mengikut perancangan yang telah dibuat oleh
kontraktor. Walaupun begitu, terdapat juga masalah yang ditimbulkan oleh pihak
sub kontraktor ini, terutmanya dari segi kemajuan kerja dan kualiti kerja.

Dari analisis yang telah dibuat, risiko ini memberikan indeks min 3.77, yang
menghampiri tahap yang tinggi. Berdasarkan Rajah 5.13, menunjukkan bahawa,
38.5% berpendapat masalah ini akan memberi kesan yang tinggi. 23.1% pula
berpendapat ia memberi kesan yang sangat tinggi. Selebihnya berpendapat bahawa
risiko ini sederhana tinggi tahapnya sebanyak 23.1%, rendah 7.7% dan hanya 3.8%
responden mengatakan ia sangat rendah tahapnya.

Secara keseluruhanya, masalah sub kontraktor inui akan memberi kesan yang
serius keatas kerja-kerja pembinaan. Antaranya produktiviti kerja, kualiti kerja yang
tidak memuaskan dan mogok pekerja. Keadaan ini secara tidak langsung akan
menjejaskan kemajuan kerja secara keseluruhannya dan ia akan turut meningkatkan
kos pembinaan.
83

sangat rendah

rendah

sangat tinggi 7.7%

26.9%

sederhana
23.1%

38.5%

tinggi

Rajah 5.13 Tahap risiko kepada masalah sub-kontraktor

5.4.5 Analisis Risiko Kelewatan Bahan Binaan

Bahan binaan merupakan bahan asas dalam kerja pembinaan. Kontraktor


perlu memastikan bahan binaan ini sedia dan mencukupi apabila hendak digunakan.
Namun begitu, kelewatan bahan binaan antara masalah yang timbul dalam
pembinaan. Hasil analisis yang dibuat, risiko ini mempunyai keseriusan yang tinggi
dengan indeks minnya 3.65.

Rajah 5.13 menunjukkan taburan tahap risiko terhadap risiko ini kepada
pembinaan. Merujuk rajah tersebut, hanya 11.5% responden merasakan risiko ini
pada tahap sangat tinggi dan 46.2% responden pula tinggi. Dari dua analisis ini
menunjukkan risiko ini memberi kesan yang tinggi terhadap kerja-kerja pembinaan,
di mana ia boleh menyebabkan kelewatan dalam penyiapan kerja-kerja pembinaan.
84

Namun begitu 38.5% dari responden pula merasakan ia pada tahap sederhana dan
hanya 3.8% responden berpendapat masalah ini berada di tahap yang rendah.

50.0

46.2

40.0
38.5

30.0
Peratusan

20.0

10.0 11.5

3.8
0.0
rendah sederhana tinggi sangat tinggi

Tahap Risiko

Rajah 5.14 Tahap risiko kelewatan bahan binaan

5.5 Analisis Pengurusan Risiko

Berdasarkan kepada analisis kesedaran responden terhadap kewujudan risiko


sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa responden sedar akan kewujudan risiko dan
mereka berpendapat ia perlu dikenalpasti dan diuruskan dengan baik. Secara amnya
pengurusan risiko bukanlah satu cara untuk mengurangkan risiko semata-mata, tetapi
ia juga bertujuan untuk menyediakan satu cara pengurusan yang sistematik dan input
sebagai landasan untuk membuat keputusan.
85

Dalam kajian ini, terdapat lima (5) keadah pengurusan risiko yang telah
dicadangkan oleh pengkaji. Bagi memudahkan persembahan hasil yang diperolehi,
singkatan jawapan berikut dirujuk seperti berikut;
a) “1” Membuat analisis dari projek-projek lepas
b) “2” Membuat ko-ordinasi dengan sub kontraktor
c) “3” Membuat perancangan
d) “4” Berkongsi risiko
e) “5” Melantik perunding

Jadual 5.4 menunjukkan hasil analisis terhadap kaedah pengurusan risiko yang
diamalkan oleh pihak responden dalam menangani risiko.

Jadual 5.4 : Kaedah pengurusan risiko kontraktor


Purata
Kaedah Pengurusan Risiko Kekerapan
(%)
a. Membuat analisis dari projek lepas 25.5
b. Koordinasi dengan subkontraktor 12.6
c. Menyediakan perancangan kerja 34.4
d. Kongsi risiko 12.4
e. Melantik perunding 15.0

Berdasarkan jadual tersebut, penyediaan perancangan pada peringkat awal


dan membuat analisis dari projek-projek lepas merupakan dua kaedah yang yang
sering digunakan oleh pihak responden. Kedua-dua kaedah tersebut, memberikan
purata kekerapan tertinggi iaitu 34.4% dan 25.5%. Kaedah ini menjadi pilihan
responden kerana mereka sedar akan kewujuan risiko dalam kerja-kerja pembinaan
dan mereka juga percaya ia boleh diuruskan jika diambil tindakan pada peringkat
awal. Sebagaimana menurut Thompson dan Perry (1992), pengurusan projek itu
lebih bermakna jika ia dilaksanakan dari awal projek. Ia boleh dilaksanakan melalui
perancangan yang dibuat pada peringkat awal berasaskan maklumat dan pengalaman
dari projek-projek lepas.
86

Walaupun pengalaman itu merupakan maklumat yang bernilai, namun


pengetahuan juga penting dalam pemgurusan projek. Akibat pengetahuan yang
minima terhadap satu-satu jenis risiko mendorong responden untuk melantik
perunding untuk berurusan dengan risiko tersebut. Dari analisis yang dibuat, kaedah
ini memberikan purata kekerapan sebanyak 15.0% dan merupakan kaedah yang
ketiga biasa diamalkan oleh responden. Antara risiko yang sering dirujuk kepada
perunding ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan prosedur
kelulusan.

Seterusnya kaedah yang kedua terendah yang diamalkan oleh responden ialah
koordinasi dengan sub-kontraktor dengan purata kekerapannya 12.6%. Walaupun
koordinasi ini dianggap penting dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan, namun
menurut responden, kaedah ini hanya sesuai digunakan sebagai satu tindakan
pembetulan setelah sesuatu risiko itu berlaku seperti kelewatan bahan binaan,
produktiviti kerja atau masalah sub-kontraktor.

Kaedah yang terakhir sekali diamalkan oleh kontraktor ialah berkongsi risiko
dengan purata kekerapannya hanya 12.4%. Ini menunjukkan berkongsi risiko
bukanlah satu kaedah yang menjadi pilihan kontraktor dalam menguruskan risiko
bagi kerja-kerja pembinaan.

5.6 Kesimpulan

Berdasarkan analisis-analisis yang telah dibuat dalam bab ini, dapat


disimpulkan bahawa secara keseluruhannya responden-responden yang terlibat
dalam kajian ini sedar tentang kewujudan risiko dan mereka juga tahu akan
kepentingan menguruskan risiko tersebut. Mereka juga bersetuju bahawa risiko-
risiko yang telah disenaraikan itu dihadapi oleh mereka dalam melaksanakan kerja-
87

kerja pembinaan. Yang membezakan diantara risiko-risiko tersebut ialah kekerapan


risiko itu berlaku dan tahap keseriusan risiko tersebut. Berbekalkan pengalaman
responden dalam kerja binaan, mereka menjalankan perancangan sebagai tindakan
awal bagi menguruskan risiko ini. Oleh itu tidak hairanlah jika perancangan pada
peringkat awal telah mendominasi kaedah pengurusan risiko.
BAB VI

RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

Bab yang terakhir ini akan merumuskan dan mengemukakan cadangan


terhadap kajian yang telah dijalankan. Ia akan dilakukan terhadap kesemua sumber-
sumber bertulis berkenaan tajuk penyelidikan iaitu risiko dan pengurusannya dalam
pembinaan serta penganalisisan dan penghuraian data-data yang telah dibuat melalui
kajian soal-selidik dan temu ramah. Rumusan terhadap hasil kajian yang dibuat
perlu dinilai semula dengan merujuk kepada objektif-objektif kajian. Ini adalah
penting untuk mengimbas kembali serta menilai sama ada langkah-langkah dan
segala usaha yang telah dilaksanakan dalam kajian ini dapat mencapai matlamat
penyelidikan yang telah ditetapkan. Akhir sekali cadangan penyelidikan yang akan
datang dalam bidang kajian yang berkaitan juga akan diutarakan.
89

6.2 Rumusan Dan Penilaian Kajian

Menurut Fazilah (2003) dalam kajian ilmiahnya, risiko yang paling tinggi
dalam pembangunan projek adalah ketika kerja-kerja pembinaan sedang berjalan.
Maka pada asasnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji risiko-risiko yang
sering wujud dalam kerja-kerja pembinaan tempatan serta sejauh mana keseriusan
risiko tersebut. Disamping itu, kajian ini juga melihat corak pengurusan risiko yang
dipraktikkan oleh pihak kontraktor. Dalam mencapai matlamat kajian ini, sebanyak
tiga objektif telah ditetapkan. Selain dapat menjadi panduan semasa kajian
dijalankan, objektif yang ditetapkan juga dapat mengelakkan kajian yang dilakukan
daripada terpesong kepada tajuk yang lain.

Selain itu, kaedah-kaedah kajian yang sesuai turut dikenalpasti dan


dipraktikkan bagi memenuhi keperluan objektif kajian. Secara amnya, terdapat tiga
kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini untuk pengumpulan maklumat dan
data iaitu kaedah kajian literatur, soal selidik dan temu ramah. Kajian literatur
merupakan kaedah pengumpulan maklumat menerusi bahan yang telah tersedia
seperti buku-buku, tesis, kertas seminar, keratan akhbar, majalah-majalah dan tesis.
Selain itu, carian maklumat di internet turut dipraktikkan untuk memperolehi
sumber-sumber bacaan yang berkaitan.

Seterusnya, perlaksanaan kajian soal selidik dalam penyelidikan ini pula


melibatkan satu siri turutan aktiviti bermula dari penyediaan borang soal selidik,
pemilihan responden, pengumpulan dan penyusunan data. Responden yang dipilih
dalam kajian soal selidik ialah pihak kontraktor yang terdiri daripada kelas A, B dan
C yang dipilih secara rawak di sekitar Negeri Johor. Pada masa yang sama, kaedah
temu ramah turut dijalankan ke atas wakil-wakil kontraktor yang tertentu untuk
memperolehi maklumat terkini dan pemahaman yang lebih dalam berkenaan jenis-
jenis dan tahap risiko, cara pengurusannya serta kesan risiko tersebut.
90

Menerusi kajian literatur, maklumat berkenaan definisi, kategori, jenis dan


pihak yang menyebabkan berlakunya risiko telah diperolehi. Selain itu, hasil kajian
literatur juga meliputi pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan serta kaedah
pengurusan risiko bagi mengurangkan risiko. Hasil-hasil kajian literatur ini telah
dibincangkan dan dibentangkan dalam Bab II dan Bab III.

Daripada kaedah kajian soal selidik pula, data-data terkini tentang persepsi
kontraktor terhadap risiko dan tahap risiko yang mereka hadapi dalam industri
pembinaan. Dalam kaedah temu ramah pula, kaedah ini dijalankan terhadap
responden yang berjawatan Pengurus Projek dan Jurutera yang berpengalaman bagi
menyokong dan meningkatkan pemahaman terhadap data-data daripada kaedah soal
selidik yang dijalankan.

Setelah data kajian siap dikumpulkan, ia akan disusun dan dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik. Penyusunan dan penganalisisan ini dilakukan dengan
menggunakan perisian komputer bagi memudahkan penyelidik. Perisian yang
digunakan ialah perisian Statistical Package For Social Science (SPSS 12.0 for
Windows). Hasil analisis kajian secara terperinci terhadap risiko yang sering
dihadapi oleh kontraktor telah diterangkan dalam Bab V sama ada dalam bentuk
jadual, carta ataupun huraian. Bahagian yang seterusnya akan membincangkan
pencapaian dan kesimpulan kajian dengan merujuk kepada objektif-objektif
penyelidikan.

6.3 Penilaian Objektif-Objektif Kajian

Di peringkat awal kajian pada Bab I, beberapa objektif telah digariskan ketika
ingin menjalankan kajian terhadap risiko dan cara pengurusannya, yang mana kajian
ini bermatlamat untuk mengkaji risiko-risiko yang sering dihadapi oleh kontraktor
91

serta cara pengurusannya. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai
objektif yang telah digariskan iaitu;
a) Mengenalpasti kesedaran dan pandangan kontraktor tentang risiko dalam
pembinaan
b) Mengkaji dan mengenalpasti jenis-jenis risiko yang sering dihadapi oleh
kontraktor serta menganalisis tahap keseriusan risiko tersebut
c) Mengenalpasti kaedah pengurusan risiko yang diamalkan oleh kontraktor
dalam mengurangkan kesan risiko
Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, setiap penemuan bagi objektif
yang dibentuk akan diterangkan pada bahagian seterusnya.

6.3.1 Objektif 1 : Mengenalpasti Kesedaran dan Pandangan Kontraktor


Tentang Risiko dalam Pembinaan

Daripada kajian literatur yang diperolehi, risiko secara amnya boleh memberi
pelbagai maksud, antaranya ialah kemungkinan untuk berlaku kejadian buruk,
ketidakpastian tentang kerugian dan juga kemungkinan untuk berlaku kerugian.
Melihat risiko dalam industri binaan pula, ia merupakan sesuatu perkara yang
tidakpasti dan melibatkan kos (Flanagan dan Norman, 1993). Risiko juga
sebenarnya boleh membawa kebaikan dan keuntungan. Maka tidak hairanlah jika
ramai pihak yang berani untuk menceburi bidang pembinaan, ramai diantara mereka
yang berjaya tidak kurang juga yang gagal. Ia sebenarnya bergantung kepada
kesedaran mereka terhadap risiko. Persepsi yang positif dapat membantu dalam
membuat keputusan yang tepat dan pengurusan risiko dapat dibuat dengan
sistematik.

Dari kajian yang telah dibuat, didapati tahap kesedaran responden terhadap
risiko adalah tinggi. Dimana kesemua (100%) responden menyedari kewujudan
risiko dan mereka berpendapat bahawa risiko tersebut merupakan sesuatu yang perlu
92

dikenalpasti dan diuruskan dengan baik. Berdasarkan kesedaran dan persepsi yang
baik terhadap risiko ini, responden percaya penganalisisan risiko secara intuitif
adalah lebih sesuai digunakan. Ini bermaksud mereka menggunakan pengalaman
dan pertimbangan dalam menghadapi risiko. Terbukti apabila kesemua responden
menggunakan pengalaman dalam menjangkakan risiko.

Secara keseluruhannya, responden sedar yang mereka menghadapi pelbagai


jenis risiko dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Mereka juga bersetuju
pengenalpastian risiko pada peringkat awal dapat membantu mereka membuat
keputusan serta menguruskannya.

6.3.2 Objektif 2 : Mengkaji Dan Mengenalpasti Jenis-Jenis Risiko Yang


Sering Dihadapi Oleh Kontraktor Serta Menganalisis Tahap Keseriusan
Risiko Tersebut

Bagi memenuhi kehendak objektif kedua ini, kajian soal selidik telah
dijalankan dengan menggunkan borang soal selidik. Setelah itu, borang berkenaan
dianalisis dan berdasarkan analisis yang diperolehi, terdapat lima (5) jenis risiko
yang sering dihadapi oleh kontraktor iaitu, sumber kewangan kontraktor, kelewatan
pembayaran tuntutan, masalah aliran tunai kontraktor, masalah sub kontraktor dan
kelewatan bahan binaan. Berdasarkan kepada analisis index min pula, didapati
kelima-lima risiko tersebut, memberikan bacaan yang tertinggi (Rujuk Jadual 6.1).

Maka, dapat dilihat bahawa risiko yang sering dihadapi oleh kontraktor itu
merupakan risiko yang mempunyai tahap keseriusan yang tinggi dan secara tidak
langsung ia akan menyumbang kepada kelewatan atau kegagalan projek binaan
93

Jadual 6.1 : Risiko dan tahap risiko


Risiko Yang Sering Dihadapi Oleh
Tahap Risiko (Indeks Min)
Responden
a) Sumber kewangan kontraktor 4.42
b) Kelewatan pembayaran tuntutan 4.31
c) Masalah aliran tunai kontraktor 4.31
d) Masalah sub kontraktor 3.77
d) Kelewatan bahan binaan 3.65

6.3.3 Objektif 3 : Mengenalpasti Kaedah Pengurusan Risiko Yang Diamalkan


Oleh Kontraktor Dalam Mengurangkan Kesan Risiko

Pengurusan risiko merupakan satu tindakan untuk mengurangkan, mengawal


dan berkongsi risiko. Menurut Anuar dan Abd Aziz (2002) pengurusan risiko
bertujuan untuk mengenalpasti kesemua risiko yang terdedah kepada projek agar
keputusan tepat dapat dibuat dan mengurus risiko tersebut. Cara pengurusan yang
dibuat mestilah praktikal dan realistik Secara amnya pengurusan risiko boleh dibuat
dari peringkat awal lagi sebagai tindakan pengawalan terhadap risiko yang akan
dihadapi. Risiko juga terjadi tanpa dijangkakan, maka tindakan pembetulan atau
pembaikan perlu dibuat apabila ia berlaku bagi mengurangkan kesan risiko.

Sebagimana objektif pertama dan kedua, objektif ketiga ini juga


menggunakan kajian soal selidik. Hasilnya, daripada Jadual 6.2, didapati responden
lebih selesa untuk mengawal risiko pada peringkat awal lagi dengan membuat
perancangan serta membuat analisis dari projek-projek lepas. Ini menunjukkan
responden telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum sesuatu perkara itu
berlaku. Disamping itu, mereka juga melantik perunding bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang diluar kemampuan mereka seperti yang berkaitan dengan
keperluan undang-undang. Didapati koordinasi dengan subkontraktor hanya sesuai
94

diamalkan pada peringkat kerja-kerja pembinaan sedang berjalan sebagi tindakan


pembetulan atau pembaikan terhadap risiko.

Jadual 6.2 : Ringkasan penemuan kajian terhadap pengurusan risiko kontraktor


Kaedah Pengurusan Ringkasan Keputusan
Risiko
a. Membuat analisis dari Kaedah ini dijadikan asas oleh kontraktor
projek lepas dalam menyediakan perancangan kerja.
b. Koordinasi dengan sub Kaedah ini sesuai digunakan sebagai tindakan
kontraktor pembetulan sekiranya risiko berlaku ketika
kerja-kerja pembinaan sedang berjalan
c. Menyediakan perancangan Kaedah yang biasa digunakan oleh kontraktor
kerja dalam menguruskan risiko.
d. Berkongsi risiko Kaedah ini jarang digunakan oleh kontraktor
e. Melantik perunding Kaedah ini akan digunakan oleh kontraktor,
sekiranya mereka tidak mempunyai
kemampuan untuk menyelesaikannya
disebabkan kekurangan pengetahuan atau
teknikal

6.4 Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa


kontraktor sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan
kerja-kerja pembinaan. Terdapat pelbagai risiko yang dihadapi, terutamanya
masalah kewangan. Namun, mereka tetap berjaya untuk menjalankan
tanggungjawab mereka ini dengan baik. Berlandaskan pengalaman mereka, pihak
kontraktor telah membuat perancangan dari pada peringkat awal bagi menangani
risiko dengan tujuan untuk mengurangkan dan mengawal risiko kesan risiko.
Namun, terdapat juga masalah yang timbul ketika kerja pembinaan sedang berjalan.
95

Maka, pihak kontraktor merasakan koordinasi dengan pihak sub kontraktor adalah
cara terbaik untuk menangani risiko tersebut.

6.5 Cadangan Penyelidikan Akan Datang

Kajian yang telah dijalankan hanyalah tertumpu kepada risiko-risiko yang


sering dihadapi oleh kontraktor pada peringkat pelaksanaan pembinaan Kajian juga
menumpukan kepada kaedah pengurusan risiko yang diamalkan oleh pihak
kontraktor. Kajian yang terhad ini memang tidak mencukupi untuk membentangkan
punca-punca risiko tersebut dan pihak-pihak lain yang seharusnya sama-sama
bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu, kajian ini
boleh dilanjutkan lagi terhadap;
a) Pembahagian risiko kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan
pembinaan
b) Kajian terhadap pengurusan risiko bagi projek-projek mega
96

RUJUKAN

Anuar Alias and Abdul Aziz Hussin (2002), Pengurusan Risiko dalam Projek
Pembinaan. Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Abdul Hakim Mohammed (1990). Perancangan Projek Pembinaan. Dewan Bahasa


Dan Pustaka. Kuala Lumpur

Arthur, William C and Heins (1989). Risk Management And Insurance. New York,
Mc Graw Hill, Inc

Chapman, T. and Ward, S. (1999). Project Risk Management Process, Techniques


And Insight. West Sussex, England: John Wiley and Sons ltd.

Edwards, Leslie (1995). Practical Risk Management in The Construction Industry.


Thomas Telford, London.

Flanagan, R. and Norman, G. (1993). Risk Management And Construction.


Blackwell Scientific Publication.

Fadhlin Abdullah (2004). Construction Industry and Economic Development: The


Malaysian Scene. Johor, Malaysia Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Fazilah Yusof (2003). Risiko dan Pengurusan Risiko Dalam Projek Pembinaan.
Universiti Teknologi Malaysia: PSM

Gary, D.H. (1997). Classifying Construction Contractor. Journal Building Research


and Information, Vol 25, Num 6, UK: E & FN Spon

Hasnol B Wakiran (2002). Bon dan Pengurusan Risiko Projek Pembinaan di


Malaysia Kajian Terhadap Kontraktor. Universiti Teknologi Malaysia: PSM
97

Hinze, J.W. (1998). Construction Planning And Scheduling. New Jersey: Prientice
Hall.

J Rodney Turner ,(1993). The Handbook of Project Based Management. England,


McGraw-Hill

Kwakye, A.A. (1997). Construction Project Administration in Practice. England:


Longman, The Chartered Institute of Building.

Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi 2004/05. Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional

Kerajaan Malaysia. (1983). Borang JKR 203A (Semakan 10/83)

L Y Shen (1997). Project Risk Management in Hong Kong. International Journal of


Project Management Vol. 15 No. 2, pp 101-105

Lim Chee Chee (2003). Pengurusan Risiko dan Insurans. Sintok. Penerbit Universiti
Utara Malaysia.

M J Greaves (1983). Understanding and Managing Risk in Real Estate Investments.


Surveyor and Valuer (SISV), Vol 1 No 2/83

Malaysia (1994). Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta


520).

Muhd. Sulaiman B Yusof (2004). Pengurusan Risiko Melalui Kaedah Pengendalian


Projek Dalam Industri Binaan. Universiti Teknologi Malaysia: PSM

Ossama A. Abdou (1996). Managing Construction Risk. Journal of Architectural


Engineering, March 1996

Project Management Institute (1996). A Guide to the Project Management Body of


Knowledge, Upper Darby
98

Perry and Hayes (1985). Construction Projects – Knows The Risk. Chartered
Mechanical Engineering, Page 41-45

Pym, D.V and Wideman, R.M (1987). Risk Management. The Revised Project
Management Body of Knowledge. Project Management Institute

Raftery, J. (1994). Risk Analysis in Project Management. London: E& FN Spon.

Roozbeh Kangari (1995). Risk Management Perception And Trends of U.S


Construction. Journal of Construction Engineering and Management, December
1995

Royer PS (2000). Risk Management: The Undiscovered Dimension of Project


Management. PM Network

Robinson and Lavers (1988). Construction Law in Singapore and Malaysia. 2nd ed.
Butterworth Asia.

Singh, G.H and Kiangi, G (1997). Risk and Readability Appraisal on


Microcomputers. UK, Chatwell Bratt (Publishing)

Smith, Nigel J. (1994). Managing Risk in Construction Projects. Blackwell Science.

Thavarajah A/L Munisamy (2000). Contractor’s Approaches To Risk Identification


At The Tendering Stage. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana

Thomas E Uher and A Ray Toakley, (1999). Risk management in The Conceptual
Phase of a Project. International Journal of Project Management Vol. 17, No. 3,
1999

The Institution of Civil Engineers. (1998). Management of International


Construction Project. London: Thomas Telford.
99

Thompson and Perry J.(1992). Engineering Construction Risk: a guide to project risk
analysis and assessment implications for project clients and project manager.
Telford, UK

Vaughan, E.M (1991). Risk Management. New York: John Wiley & Son

Walker, A.(1989). Project Management in Construction. 2nd Ed. Oxford: BSP


Professional Books.

Zukarnian Zakaria, Hishamuddin Md. Som (2001). Analisis Data Menggunakan


SPSS Windows. Universiti Teknologi Malaysia.
100
LAMPIRAN A

BORANG KAJI SELIDIK

RISIKO DAN PENGURUSANNYA


DALAM PEMBINAAN : PERSPEKTIF KONTRAKTOR

DISEDIAKAN OLEH;
ASLILA ABD. KADIR
SARJANA SAINS (PENGURUSAN PEMBINAAN)
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NO. TEL : 012-7546302
101

Abstrak

Risiko merupakan sesuatu yang tidak pasti akan berlaku dan


sekiranya ia berlaku, boleh membawa kepada kerugian atau
kerosakan. Dalam pembinaan, risiko merupakan satu situasi yang
tidak boleh dielakkan dan pihak yang terlibat dalam industri ini
perlu menguruskannya dengan baik dan sistematik. Kejayaan
atau kegagalan sesuatu projek pembinaan itu berkait rapat
dengan cara pengurusan risiko. Oleh itu, pihak kontraktor perlu
menyiapkan diri mereka dalam menangani situasi ini.

Objektif Kajian

i. Mengenalpasti kesedaran dan pandangan kontraktor


tentang risiko dalam pembinaan
ii. Mengkaji dan mengenalpasti jenis-jenis risiko yang
sering dihadapi oleh pihak kontraktor serta
menganalisa tahap keseriusan risiko tersebut.
iii. Mengenalpasti kaedah pengurusan risiko yang
diamalkan oleh kontraktor dalam mengurangkan
kesan risiko.

Diharapkan tuan/puan dapat menjawab soalan yang


diberikan dengan tepat agar ia dapat membantu dalam
memberi gambaran yang jelas ke atas kajian yang dijalankan.

Segala bentuk maklumat dan jawaban yang diberikan kepada


saya adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-mata.
Kerjasama anda adalah amat dihargai dan didahulukan
dengan jutaan terima kasih
102

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

Nama : ........................................................................................................

Jawatan : ........................................................................................................

Cop Rasmi Syarikat :

Tandakan 9 pada jawapan yang berkaitan di ruang yang disediakan

S1. Kelas pendaftaran PKK

A B C

S2. Gred pendaftaran CIDB

G7 G6 G5 Lain-lain; nyatakan .........

S3. Pengalaman dalam industri pembinaan

5 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun Lebih 15 tahun

S4. Bilangan kakitangan dalam syarikat ini

Kurang 10 21 hingga 30

11 hingga 20 Lebih 30

S5. Bilangan projek pembinaan yang telah berjaya disiapkan dalam tempoh lima (5) tahun
kebelakang (2000 hingga 2005)

1 hingga 3 7 hingga 10

4 hingga 6 Lebih 10
103
BAHAGIAN B : KESEDARAN DAN PERSEPSI TERHADAP RISIKO
Tandakan 9 pada jawapan yang berkaitan di ruang yang disediakan

S1. Adakah tuan sedar tentang kewujudan risiko dalam setiap pembinaan?

Ya Tidak

S2. Pandangan tuan tentang risiko

Sesuatu kemungkinan yang perlu dikenalpasti dan diuruskan dengan baik

Ancaman kepada kejayaan projek pembinaan

Situasi yang tidak memberi apa-apa kesan ke atas projek pembinaan

S3. Kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti risiko?

Pengalaman dari projek lepas

Nasihat dari perunding

Secara ad-hoc

Lain-lain (nyatakan) _______________________________

BAHAGIAN C : RISIKO PEMBINAAN DAN TAHAP RISIKO


Tandakan 9 pada jawapan yang berkaitan di ruang yang disediakan.
(hanya satu jawaban sahaja bagi setiap soalan)

Risiko yang sering dihadapi dan tahap risiko

TAHAP RISIKO
BIL JENIS RISIKO YA TIDAK SANGAT SANGAT
TINGGI SEDERHANA RENDAH
TINGGI RENDAH

1 PEMBINAAN

Kelewatan pemilikan tapak

Kekurangan peralatan @ loji

Kekurangan bahan binaan

Kelewatan bahan binaan


104

TAHAP RISIKO
BIL JENIS RISIKO YA TIDAK SANGAT SANGAT
TINGGI SEDERHANA RENDAH
TINGGI RENDAH

Produktiviti buruh

Kemalangan tapak bina

Masalah sub kontraktor

Perancangan tidak lengkap

Cuaca buruk

Masalah pembekal

2 POLITIK DAN PERUNTUKAN


KONTRAK

Perubahan undang-undang

Prosedur kelulusan

Perbezaan peraturan di sesuatu


kawasan

Kandungan syarat-syarat kontrak

Penyeliaan pihak perunding

Karenah birokrasi

Pematuhan arahan kerajaan

3 KEWANGAN

Kelewatan pembayaran tuntutan

Masalah aliran tunai kontraktor

Sumber kewangan kontraktor

4 REKABENTUK

Tidak lengkap

Perubahan kerja

5 ALAM SEKITAR

Pencemaran

Kerosakan ekologi

Pematuhan undang-undang
105
BAHAGIAN D: PENGURUSAN RISIKO
Tandakan 9 pada jawapan yang berkaitan di ruang yang disediakan.
(hanya satu jawaban bagi setiap soalan)

Jenis pengurusan risiko yang diambil oleh pihak tuan bagi mengelak dan mengatasi risiko-
risiko berikut

Melantik perunding

Kongsi risiko dengan pihak lain

Perancangan yang lengkap

Koordinasi dengan sub kontraktor

Membuat analisa risiko dari projek-projek lepas

BIL JENIS RISIKO A B C D E

1 PEMBINAAN

Kelewatan pemilikan tapak

Kekurangan peralatan @ loji

Kekurangan bahan binaan

Kelewatan bahan binaan

Produktiviti buruh

Kemalangan tapak bina

Masalah sub kontraktor

Perancangan tidak lengkap

Cuaca buruk

Masalah pembekal
106

Melantik perunding

Kongsi risiko dengan pihak lain

Perancangan yang lengkap

Koordinasi dengan sub kontraktor

Membuat analisa risiko dari projek-projek lepas

BIL JENIS RISIKO A B C D E

2 POLITIK DAN PERUNTUKAN KONTRAK

Perubahan undang-undang

Prosedur kelulusan

Perbezaan peraturan di sesuatu kawasan

Kandungan syarat-syarat kontrak

Penyeliaan pihak perunding

Karenah birokrasi

Pematuhan arahan kerajaan

3 KEWANGAN

Kelewatan pembayaran tuntutan

Masalah aliran tunai kontraktor

Sumber kewangan kontraktor

4 REKABENTUK

Tidak lengkap

Perubahan kerja
107

Melantik perunding

Kongsi risiko dengan pihak lain

Perancangan yang lengkap

Koordinasi dengan sub kontraktor

Membuat analisa risiko dari projek-projek lepas

BIL JENIS RISIKO A B C D E

5 ALAM SEKITAR

Pencemaran

Kerosakan ekologi

Pematuhan undang-undang

Jutaan terima kasih di atas kerja sama yang tuan/puan berikan di dalam kajian ini

~ SEKIAN, TERIMA KASIH ~

You might also like