You are on page 1of 9

https://www.bharian.com.

my/berita/kes/2019/09/609120/kadar-pencemaran-sungai-kim-kim-terlalu-tinggi

PASIR GUDANG: Kadar pencemaran Sungai Kim Kim di sini, yang pernah menjadi punca
pencemaran toksik akibat pembuangan sisa kimia pada Mac lalu, didakwa terlalu tinggi sehingga
mencecah 153 kali ganda daripada bacaan sepatutnya.
Keputusan itu didakwa diperoleh hasil ujian makmal kimia swasta bagi sampel air yang diambil di 10
lokasi berbeza yang terletak berhampiran perumahan penduduk di jajaran sungai berkenaan, dua bulan
lalu.
Pengerusi Biro Aduan Awam PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata ujian makmal bebas
itu membabitkan beberapa parameter kajian, termasuk Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan
Keperluan Oksigen Biokimia (BOD).
“Sebagai contoh, bagi bacaan COD, ada sampel yang diambil mempunyai bacaan 3,435 serta 12,245
sedangkan kadar sepatutnya hanya 80.
“Bagi kadar BOD yang sepatutnya 20 pula, ada sampel diuji mencecah bacaan 3,384.3 dan 821.3,”
katanya pada sidang media bersama wakil Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam Pasir
Gudang (BBPIPAPG) di Taman Pasir Putih di sini, hari ini.
Pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu itu menjejaskan hampir 6,000 penduduk
termasuk pelajar sekolah sehingga 111 sekolah di Pasir Gudang, di sini, diarahkan ditutup untuk
sementara waktu.
Mengulas lanjut, Mohd Khairul mendesak pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta
kerajaan negeri bersikap lebih telus dengan mendedahkan keputusan hasil ujian sampel air sungai itu
bagi membolehkan penduduk mengetahui tahap sebenar pencemaran itu.
“Berdasarkan hasil ujian, bacaan di setiap lokasi adalah berbeza, menandakan wujud aktiviti
melepaskan bahan buangan ke sungai oleh pihak tertentu di kawasan berhampiran.
“Pihak berkuasa boleh mengesan pihak industri yang membuangnya dengan membandingkan
keputusan ujian dengan bahan yang diproses kilang di kawasan terbabit.
“Keputusan ujian dan tindakan yang diambil pihak berkuasa perlu didedahkan kepada penduduk
kerana mereka berhak tahu bahan apa yang keluar dari sungai itu yang dihidu mereka setiap hari,”
katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/567883/buang-bayi-dalam-tong-sampah

Buang bayi dalam tong


sampah
Oleh Fazrik Kamarudin

AMPANG JAYA: Seorang bayi yang baharu dilahirkan ditemui dalam tong sampah di hadapan sebuah
kedai serbaneka di Pandan Indah di sini, awal pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat ditemui berbalut tuala oleh seorang pengawal keselamatan tapak
pembinaan berhampiran kedai serbaneka berkenaan, kira-kira jam 6 pagi.

Pengawal keselamatan itu yang melihat anjing menyalak berhampiran tong berkenaan,
menghampirinya sebelum terdengar tangisan bayi dari dalam tong sampah.

Dia kemudian memaklumkan penemuan bayi itu kepada polis. Bayi itu dihantar ke hospital untuk
pemeriksaan.

Sementara itu, pekerja kedai serbaneka, Siti Norain Mohd Alias, 34, berkata dia dimaklumkan
mengenai penemuan bayi itu oleh pengawal keselamatan berkenaan selepas tiba untuk membuka
kedai pagi tadi.

“Pada mulanya, dia mendengar bunyi salakan anjing berhampiran tong sampah di hadapan kedai ini,
dan apabila dia menghampiri kemudian dia terdengar tangisan bayi.

“Apabila dia membuka tong sampah dia melihat ada bayi dan terus memaklumkan penemuan itu
kepada polis,” katanya.

Siti Norain berkata, bayi itu kemudian dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan manakala
pengawal keselamatan itu pergi ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan
sedang dijalankan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/683056/pemandu-lori-kena-22-tuduhan-rogol-anak

Pemandu lori kena 22


tuduhan rogol anak

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

PASIR MAS: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap 22
pertuduhan merogol dan satu kes melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya di Taman
Bakti, Rantau Panjang, sejak Disember 2018 hingga April tahun ini.

Tertuduh berusia 52 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di
hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaakob.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berdepan dengan 22 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3)


Kanun Keseksaan kerana merogol.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan rogol terhadap anak kandungnya berusia 16 tahun bermula
16 Disember 2018 hingga 9 April 2020 antara jam 3 pagi hingga 12.30 tengah malam di rumah
mereka di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak
lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama, kerana melakukan
amang seksual terhadap anak kandungnya yang didakwa berlaku jam 5.30 petang pada 1 April di
lokasi yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap semua pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 21 Jun sebagai sebutan semula kes.


https://www.sinarharian.com.my/article/78933/EDISI/Terengganu/Cuba-rasuah-polis-elak-ditahan

Cuba rasuah polis elak ditahan


FARAH SHAZWANI | | 14 April 2020

KEMAMAN - Bimbang diberkas polis dua lelaki dipercayai pengedar dadah cuba merasuah anggota
terbabit dengan menawarkan wang tunai RM5,000, dalam kejadian berhampiran susur keluar Chukai
di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) tengah hari tadi.

Bagaimanapun, rayuan kedua-dua lelaki itu tidak diendahkan malah polis turut merampas dadah
milik mereka bernilai lebih RM12,000.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian tersebut berlaku
kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika motosikal yang dinaiki dua lelaki itu dilihat berpatah balik
apabila menyedari ada sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.

"Curiga dengan tindakan mereka, Ketua Polis Balai Pasir Gajah bersama seorang lagi anggota
mengekori motosikal berkenaan dan menahan mereka selepas tujuh kilometer dari lokasi sekatan
jalan raya.

"Hasil pemeriksaan menemui lebih 50 gram dadah jenis syabu, tiga botol heroin seberat 18 gram dan
400 biji pil kuda yang kesemuanya bernilai RM12,200 yang disimpan di dalam sebuah beg sandang.

"Kita juga merampas sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM5,096. Mereka juga cuba
merasuah polis dengan wang tunai RM5,000 bagaimanapun tidak dilayan," katanya pada sidang
akhbar di Balai Polis Pasir Gajah di sini hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/587265/remaja-oku-dakwa-didera

Remaja OKU dakwa didera


Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

ARAU: Remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dipercayai didera ibu dan
abangnya selain dipaksa tidur di luar rumah di Kampung Gial, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata pihaknya menerima laporan kes
penderaan remaja berusia 14 tahun itu selepas ia tular menerusi satu akaun dikenali sebagai Jurais
Abdullah di laman Twitter sejak malam tadi.

Katanya, ibu mangsa berusia 40 tahun dan abangnya berusia 15 tahun sudah dipanggil pihaknya pagi
tadi bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat akaun laman sosial itu, individu itu mendedahkan satu perbuatan
penderaan oleh jirannya di media sosial yang mendakwa remaja terbabit dibiarkan tidur di luar
rumah.

“Remaja berkenaan juga didakwa diabaikan apabila keluarganya itu keluar pergi berniaga di luar
kawasan.

“Hasil keterangan awal, mangsa dikatakan turut dipukul berikutan terdapat kesan kecederaan lama
pada bahagian belakang badan, pergelangan tangan kiri dan kesan luka baru di bahagian belakang
leher,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, pihaknya menunggu pengesahan daripada pihak hospital kerana kesan kecederaan
itu adalah kesan lama.

“Malah, pihak kami juga masih menyiasat sejak bila mangsa didera untuk tidur di luar rumah oleh
keluarganya itu,” katanya.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/34-kes-hina-agama-direkod-tahun-ini-221402

34 kes hina agama direkod tahun ini


Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama setakat
tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

Katanya, daripada jumlah itu, tiga kesalahan telah dijatuhkan hukuman, enam sedang dibicarakan,
sembilan dalam tindakan Jabatan Peguam Negara, empat dalam siasatan polis dan 12 kes sebagai
'Tiada Tindakan Lanjut' (NFA).

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang
memainkan isu agama dan kita akan ambil tindakan tegas kepada mereka yang sering melakukan
provokasi tanpa mengira kaum dan agama," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat,
hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) tentang
jumlah kes penghinaan agama yang direkodkan kementerian pada tahun ini.

Mohd Azis berkata, pada masa ini, KDN masih menjalankan kajian lanjut berhubung pemansuhan
Akta Hasutan 1948 dan berpendirian kesalahan yang berkaitan dengan perlindungan institusi diraja,
kaum dan agama perlu terus dikekalkan dengan memindahkannya ke dalam undang-undang lain
sedia ada seperti Kanun Keseksaan atau diwujudkan undang-undang baharu jika perlu.

Jelasnya, ia bagi memastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku sekiranya Akta Hasutan
1948 dimansuhkan.

Selain itu, KDN katanya, sedang membuat kajian dan cadangan penambahbaikan akta-akta sedia ada
supaya tindakan lebih berkesan serta menyeluruh dapat diambil polis terhadap mereka yang
membangkitkan isu-isu sensitif.
- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/node/651

Empat pelajar disyaki terbabit gengsterisme ditahan di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Empat pelajar dari beberapa sekolah menengah di sini ditahan kerana disyaki
terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar lain.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang berusia antara 15 dan 18
tahun ditahan di Persiaran Tembaga dan Jalan Sungai Dua pada Rabu lepas juga disyaki
menganggotai pertubuhan kongsi gelap.

"Tiga daripada mereka ditahan reman selama empat hari manakala seorang lagi dibebaskan dengan
jaminan polis kerana dia perlu menduduki ujian di sekolahnya hari ini," katanya kepada pemberita
malam tadi.

Beliau berkata, kes seumpama itu adalah yang pertama tahun ini yang melibatkan salah laku
gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah dan setakat ini dua laporan telah diterima.

Jumaat lepas seorang pelajar tingkatan tiga membuat laporan mendakwa dia dipaksa menyertai satu
pertubuhan kongsi gelap oleh suspek serta diperas ugut untuk membayar wang perlindungan
sebanyak RM4 sebulan sejak Disember tahun lepas.

Mangsa juga mendakwa diugut rakan sebayanya itu supaya membayar RM400 sebagai wang
tebusan untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Seorang pelajar tingkatan satu turut membuat laporan mendakwa dibelasah tiga orang pelajar
termasuk seorang pelajar perempuan di sebuah kedai makan berdekatan sekolahnya di Sungai
Nibong pada 6 Ogos lepas.

Abdul Rahim berkata, pihak polis memandang serius kegiatan merekrut pelajar sekolah untuk
menyertai kumpulan tertentu bertujuan menimbulkan kekacauan dan l mengakui terdapat individu
yang menyasar pelajar daripada bekas sekolah mereka untuk kegiatan itu.

"Polis telah mengenal pasti geng-geng terlibat dan sedang mengesan pergerakan mereka untuk
tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 31 kes bunuh dilapor di negeri ini sejak awal Januari hingga
semalam dengan 20 daripadanya melibatkan warga asing. - BERNAMA
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengirim-makanan-dianiaya-hantar-roti-canai- dadah-

238276

Pengirim makanan dianiaya hantar roti canai dadah

Hilmi Malik, Astro Awani |   April 14, 2020 14:41 MYT

Gambar roti canai yang dibungkus bersama dadah dipercayai ganja turut tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan penghantaran makanan merupakan salah satu perkhimatan penting
terutama ketika kerajaan sedang berusaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan menggunakan perkhimatan mereka untuk
menghantar bahan terlarang sehingga merisikokan keselamatan pekerja penghantaran.

Itu yang berlaku kepada seorang pekerja penghantaran dalam kejadian pada jam 7 malam Isnin,
selepas dia menerima pesanan untuk menghantar bungkusan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pekerja khidmat
penghantaran itu menerima pesanan dari seorang lelaki di Tropicana, Petaling Jaya untuk
menghantar satu bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

"Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak
sedap hati dan mendapati bungkusan itu mengandungi roti canai dan dua plastik lutsinar disyaki
dadah," katanya. 

You might also like