You are on page 1of 4

1.

0 1LATAR BELAKANG KEDATANGAN SUKU BUGIS KE SABAH

Sabah ialah sebuah daripada negeri yang bernaung di bawah Malaysia Kepulauan Borneo

dan Sabah juga merupakan negeri yang paling Utara di Borneo bersempadan dengan Kalimantan

dan Filipina. Sabah sangat kaya dengan kebudayaan dan keseniaan alam serta khazanah

penduduk asalnya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Maka wujudlah orang Bugis

yang dikenali sebagai Melayu-Bugis seperti keturunan bugis di Johor, Selangor, Pahang dan

Kedah; Bugis Pagatan di Kalimantan dan Bugis Sabah di Malaysia Timuri.

2.1 Asal usul dan petempatan awal suku kaum Bugis di Sabah

Suku kaum Bugis yang kadang-kala disebut sebagai orang Bugis merupakan salah satu

etnik yang terdapat dalam kelompok penduduk pelbagai etnik di negeri Sabah. Sejarah asal usul

orang Bugis berasal daripada Kepulauan Sulawesi di Indonesia ii. Bugis atau dalam bahasa Bugis

“to ugi” atau “to ugik” bersandarkan cerita yang dicatatkan dalam lontara‘ Bugis yang dikenali

sebagai lontara’ pammana yang dimiliki dan disimpan oleh Andi Makkaraka menjelaskan

tentang asal usul orang Bugisiii. Perkataan Bugis juga diambil sempena nama pemerintah yang

dikenali sebagai La Sattumpugik Datunna Cina iaitu orang yang mula-mula dipercayai

menamakan rakyatnya sebagai orang-orang ugik yang bersesuaian dengan nama akhirnya

“ugik”. Negeri yang diperintahnya dinamakan Tana Ugik atau Kedatuan Cina yang bererti negeri

Bugisiv. Penggunaan perkataan cina merujuk kepada orang-orang ugik yang bermaksud orang

Bugis bukannya Tanah Besar China. Justeru, istilah tepat bagi orang Bugis itu sebenarnya adalah

satu kolompok etnik yang terdiri daripada subsuku seperti Bugis Bone, Wajo, Pinrang, Rappang,

Enrekang, Barru, Sidrap, Luwu’ dan beberapa subsuku yang lainv.

1
Penghijrahan orang Bugis ke Sabah telah berlaku dalam pelbagai peringkat dan

mengambil masa yang panjangvi. Orang Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat dalam

kolompok penduduk pelbagai etnik di Sabah. Kebanyakan daripada mereka menetap di Pantai

Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Sandakan vii. Pada peringkat awal

penghijrahan, tumpuan pertapakan mereka ialah di daerah Tawau kerana kedudukan kerana

kedudukan geografinya yang hampir dengan Sulawesiviii. Penghijrahan suku kaum bugis ke sabah

dapat dilihat melalui beberapa peringkat penghijrahan. Gelombang pertama adalah seawal

pertengahan abad ke-17, telah berlaku perdagangan antara orang Bugis, Sulu, Tidong dan orang

Cina di sekitar sungai Tawauix. Kedatangan orang Bugis ke Sabah adalah disebabkan oleh

kedudukan sebahagian besar Kepulauan Borneo termasuk daerah Tawau yang pada masa itu

dimiliki oleh Kesultanan Bolonganx. Seterusnya ramai orang Bugis berhijrah pemberontakan

Kahar Musakkar pada tahun 40-anxi. Ketegangan yang berlaku di Sulawesi itu menyebabkan

ramai orang Bugis yang berpindah keluar dan salah satu tempat penghijrahan tersebut ialah di

Borneo Utara atau Sabah. Peringkat seterusnya kedatangan Bugis ke Sabah adalah pada tahun

1960 sehingga 1970-an yang memperlihatkan ramai orang Bugis datang ke Sabah untuk bekerja

di ladang – ladang kelapa sawit dan kilang kayu balak.

Pergerakan dan perpindahan sesuatu masyarakat dari sebuah lokasi ke sebuah lokasi yang

lain merupakan adat dalam kehidupan. Dalam konteks masyarakat Bugis, istilah merantau

aktiviti yang digemari dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Kejayaan

penghijrahan keseluruh Nusantara banyak mempengaruhi kemampuan mereka untuk

menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan masyarakat tempatan. Penerimaan masyarakat

tempatan membolehkan masyarakat bugis mewujudkan petempatan mereka di sekitar borneo

termasuk Borneo Utara (Sabah). Sejarah petempatan awal komuniti Bugis bermula sejak seawal
tahun 1882 dengan kedatangan seoarang pedagang Bugis iaitu Puado dari Banjarmasin,

Kalimantan Indonesiaxii. Puado yang memulakan pembukaan tanah di Tawau bagi

mengusahakan perladangan kelapaxiii. Perkataan Pu Ado berasal daripada perkataan Puang Ade’

yang bermaksud ketua adat dan ketua hakim. Di mana kemampuannya dalam mengusahakan

tanaman kelapa di sekitar muara sungai di tawau telah menyebabkan beliau dilantik sebagai

penghulu pertama di Tawau, Sabah. Hal ini dapat dibuktikan dengan kehadiran seorang lagi

pedagang Bugis iaitu Daeng Mapatta yang berketurunan Wajo yang sering ke Tawau untuk

mendapatkan bekalan air dan makanan. Daeng Mapatta dan pengikutnya telah membina tempat

tinggal berhampiran dengan laut pada tahun 1865 dan perahu mereka terdampar di Tawau akibat

pukulan ombak. Hal ini yang menyebabkan mereka terpaksa untuk menetap di Tawau, Sabah.

Pada tahun 1900, beliau telah terlibat dalam perusahaan kelapa. Bukti pertapakan beliau di

Tawau juga adalah melalui peninggalan Masjid Bandar. Tapak Masjid Bandar merupakan hasil

waqaf beliau. Pembinaan masjid tersebut telah dilakukan pada tahun 1903.
i
Saidatul Nornis Hj. Mahali, “Pluraliti etnik dan budaya di Sabah”, Universiti Malaysia Sabah,
2007, hal 178.
ii
Asmiaty Amat, “Bugis Sabah”, Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Sabah,2012, hal 180.
iii
Saidatul Nornis Hj. Mahali, “Pluraliti etnik dan budaya di Sabah”, Universiti Malaysia Sabah,
2007, hal 177.
iv
Ibid.
v
Ibid,hal 178.
vi
Asmiaty Amat, “Bugis Sabah”, Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Sabah, 2012, hal 26.
vii
Ibid
viii
Ibid
ix
Saidatul Nornis Hj. Mahali, “Pluraliti etnik dan budaya di Sabah”, Universiti Malaysia Sabah,
2007, hal 39.
x
Osman Hj Ismail, “Prosiding Bugis Sabah 2007 : Memperkasa citra dan Jati Diri”, 2007, hal 4.
xi
Ibid, hal 40.
xii
Suraya Sintang, “Sejarah Dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah”, Universiti Malaysia Sabah dan
Persatuan Kebajikan Bugis Sabah, hal 24-25.
xiii
Ibid, hal 33.

Senarai rujukan

1. Saidatul Nornis Hj. Mahali, 2017, “Pluraliti etnik dan budaya di Sabah”, Universiti Malaysia
Sabah.
2. Asmiaty Amat, 2012, “Bugis Sabah”, Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Sabah.
3. Osman Hj Ismail, 2007, “Prosiding Bugis Sabah 2007 : Memperkasa citra dan Jati Diri”.
4. Suraya Sintang, 2007, “Sejarah Dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah”, Universiti Malaysia
Sabah dan Persatuan Kebajikan Bugis Sabah.
5. H. A. Rahman Rahim, 2011, “ Nilai-nilai utama kebudayaan Bugis”, Penerbit Ombak:
Yokyakarta Indonesia.
6. Suraya Sintang, 2016, “Sejarah Dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah”, Universiti Malaysia
Sabah dan Persatuan Kebajikan Bugis Sabah.

You might also like